78
1.0 Pendahuluan Islam merupakan agama yang syumul bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Dalam agama Islam terdapat 4 pecahan penting yang merupakan baahagian besar dalam agama iaitu, ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah. Islam juga merupakan agama yang mudah dan memudahkan, disamping itu juga ia adalah sebuah agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan kehendak dan masa. Pada peringkat awal perkembangan Islam, ia dibawa dan diturnkan kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku. Sebelum kewafatan rasulullah agama Islam telah diturunkan dengan sempurna yang mana ia mepunyai pelbagai hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah SWT seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Firman Allah SWT didalam al-Quran : 1

Isu Semasa Berkaitan Al

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isu semasa

Citation preview

Page 1: Isu Semasa Berkaitan Al

1.0 Pendahuluan

Islam merupakan agama yang syumul bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah

sebesar-besar perkara. Dalam agama Islam terdapat 4 pecahan penting yang

merupakan baahagian besar dalam agama iaitu, ibadah, muamalat, munakahat dan

jinayah. Islam juga merupakan agama yang mudah dan memudahkan, disamping itu

juga ia adalah sebuah agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan kehendak

dan masa.

Pada peringkat awal perkembangan Islam, ia dibawa dan diturnkan kepada

Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku. Sebelum

kewafatan rasulullah agama Islam telah diturunkan dengan sempurna yang mana ia

mepunyai pelbagai hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah SWT seperti yang

telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Firman Allah SWT

didalam al-Quran :

Maksudnya : pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku

telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi

ugama untuk kamu.

Menurut al-Hafiz Ibnu Kathir didalam kitab Tafsir Ibnu Kathir telah menjelaskan

bahawa ini merupakan nikmat Allah SWT yang terbesar yang diberikan kepada umat

ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka. Sehingga, mereka tidak

memerlukan agama lain dan tidak memerlukan nabi lain selain nabi mereka iaitu nabi

1

Page 2: Isu Semasa Berkaitan Al

Muhammad s.a.w. Oleh kerana itu, Allah SWT telah menjadikan nabi Muhammad s.a.w

sebagai nabi terakhir dan penutup sekalian nabi bahkan nabi Muhammad s.a.w

merupakan penghulu sekalian nabi. Allah Telah mengutus Nabi Muhammad s.a.w

bukan kepada manusia sahaja bahkan juga kepada jin. Sehingga tidak ada yang halal

kecuali yang dihalalkannya, tidak ada yang haram kecuali beliau mengharamkannya

dan tiada agama kecuali yang disyariatkannya. Semua yang dikhabarkan oleh baginda

Nabi adalah benar, tidak ada kebohongan dan tidak ada pertentangan sama sekali.

Sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya : dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-

hukum dan janji-janjiNya) Dengan benar dan adil; tiada sesiapa Yang dapat mengubah

sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah Yang sentiasa Mendengar, lagi

sentiasa mengetahui.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, tidak ada lagi pembatalan hukum atau

nasikh dan mansukh. Hal tersebut kerana penurunan wahyu telah terputus dan

berakhir. Walaubagaimanapun, ruang ijtihad masih terbuka kepada mujtahidin dalam

permasalahan yang berlaku sama ada dalam ibadat, muamalat, munakahat dan

jinayah. Setelah Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia ditambah dengan

peredaran masa maka banyak masalah baru muncul di kalangan orang Islam yang

2

Page 3: Isu Semasa Berkaitan Al

mana tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.. oleh itu, ulama’ mujtahid

telah berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan dalil al-Quran, hadis,

ijmak ulama dan qias. Sebelum sesuatu hukum dikeluarkan beberapa perkara perlu

dinilai berdasarkan ilmu usul Fiqh dan kaedah Fiqh.

2.0 Konsep usul fiqh 

Usul Fiqh boleh diberi pengertian melalui dua sudut. Sudut Pertama ialah daripada

sudut erti setiap satu daripada perkataan “ushul” dan “al-fiqh” secara berasingan.

“Ushul” adalah jama‘ kepada perkataan “ashl” yang bermaksud dasar, asas atau punca

3

Page 4: Isu Semasa Berkaitan Al

yang dibina benda lain di atasnya. Contohnya: “ashl” bagi dinding ialah dasarnya.

Contoh lain: “ashl” pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan. Firman

AllahTa'ala (Ibrahim 14:24):

Maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat

perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan

cabangnya menjulang ke langit.

 

“al-Fiqh” dari sudut pengertian Bahasa Arab ialah kefahaman. Contohnya firman

Allah Ta'ala (Taha 20:27-28):

 

Maksudnya: Dan leraikanlah simpulan dari lidahku supaya mereka memahami kata-

kataku.

 

“al-Fiqh” dari sudut pengertian istilah ialah pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara‘

yang bersangkutan dengan amalan yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci.

Maksud hukum-hukum Syara‘ ialah hukum-hukum yang diambil dari Syara‘

seperti kewajipan dan pengharaman. Dengan itu dua hukum berikut tidak termasuk

4

Page 5: Isu Semasa Berkaitan Al

dalam definisi hukum-hukum akal seperti pengetahuan bahawa sesuatu yang sempurna

adalah lebih besar dari sebahagiannya.

a. Hukum-hukum adat seperti pengetahuan bahawa hujan akan turun di

waktu petang sekiranya cuaca di sebelah pagi cerah (dalam musim

hujan).

Maksud yang bersangkutan dengan amalan ialah apa yang tidak bersangkutan

dengan kepercayaan (iktiqad). Contoh amalan ialah seperti solat dan zakat.

Dengan itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad seperti tauhid kepada

Allah Ta'ala dan pengetahuan terhadap nama-nama dan sifat-sifatNya tidak

termasuk sama.

Maksud diambil dari dalil-dalil yang terperinci ialah dalil-dalil yang bersangkutan

dengan permasalahan-permasalahan terperinci al-fiqh. Dengan itu subjek Usul

Fiqh tidak termasuk sama kerana ia adalah subjek yang berdasarkan dalil-dalil

umum.

 

 

Manakala sudut kedua adalah apabila digabungkan kedua-dua perkataan

menjadi Usul Fiqh sebagai satu gelaran bagi ilmu yang tertentu. Ilmu ini didefinisikan

sebagai “ Satu ilmu yang mengkaji dalil-dalil al-fiqh yang umum  dan cara

mengeluarkan hukum darinya serta keadaan orang yang mengeluarkan hukum

tersebut.”

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut: 

5

Page 6: Isu Semasa Berkaitan Al

 

Maksud umum ialah kaedah yang umum seperti ‘perintah menunjukkan

kewajipan’, ‘larangan menunjukkan pengharaman’ dan ‘kesahihan menuntut

perlaksanaan’. Dengan itu dalil-dalil terperinci tidak termasuk sama. Namun adakalanya

ia akan disebut juga sebagai contoh bagi menerangkan sesuatu kaedah.

Maksud cara mengeluarkan hukum darinya ialah pengetahuan bagaimana

mengeluarkan hukum dari dalil-dalilnya dengan mengkaji hukum-hakam sesuatu lafaz

dan pengertiannya samada umum, khas, dibiarkan, ditentukan, memansuhkan,

dimansuhkan dan lain-lain.[3] Kefahaman terhadap perkara ini membolehkan seseorang

itu mengeluarkan hukum dari dalil-dalil fiqh.

Maksud keadaan orang yang mengeluarkan hukum tersebut ialah pengetahuan

terhadap keadaan orang yang mengeluarkan hukum dari dalil-dalil iaitu seorang

mujtahid. Orang ini digelar sebagai mujtahid kerana dia telah sampai ke peringkat

mampu berijtihad di mana dengan usahanya sendiri dia dapat mengeluarkan hukum

dari dalil-dalilnya. Jadi pengetahuan tentang mujtahid, syarat-syaratnya, hukumnya dan

lain-lain dikaji di dalam ilmu Usul Fiqh.

2.1 Konsep Kaedah Fiqh

Pengertian Bahasa

6

Page 7: Isu Semasa Berkaitan Al

Berkaitan dengan pengertian fiqhiyyah dan kaedah fiqh menurut pengertian Bahasa

ialah:

a. Lafaz atau perkataan fiqhiyyah ( فقهية ) berasal daripada perkataan al-fiqh. Ia

membawa maksud al-fahmu ( الفهم ) iaitu suatu kefahaman.

b. Perkataan atau lafaz al-Qawa’id al-fiqhiyyah menurut pengertian Bahasa

ialah dasar-dasar yang berkaitan dengan maslah hukum.

Pengertian istilah

Menurut abdul latif muda (2000) Kaedah fiqh dari sudut pengertian istilah dapat

diberikan dalam beberapa bentuk antaranya ialah :

a. Prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang

mengandungi hukum hakam yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

Contohnya ialah : lafaz kaedah ( يزال ( الضرر maksudnya : bahaya mestilah

dihapuskan.

b. Asas-asas atau pokok-pokok fiqh yang bersifat kulli dalam beentuk nas-nas atau

teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang

disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang

tergolong di dalam lingkungannya.

c. Kaedah-kaedah hukum yang bersifat kulliyyah yang diambil daripada dalil-dalil

kulli. Iaitu daripada dalil al-Quran dan as-sunnah. Yang mana ia menjadi asas

kepada kaedah-kaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan banyak

juz’iyyah dan daripada maksud-maksud syarak.

7

Page 8: Isu Semasa Berkaitan Al

2.2 perbezaan antara usul fiqh dan kaedah fiqh

Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat antara usul fiqh dengan kaedah fiqh

seperti yang berikut:

1. Usul Fiqh merupakan ilmu tentang kaedah mengeluarkan hukum syarak

daripada dalil-dalinya seperti al-Quran, al-sunah, ijma, qiyas, istislah, istihsan

dan sebagainya. Qawaid Fiqh pula membincangkan hukum fiqh itu sendiri

berdasarkan kepada kaedah yang dikumpulkan daripada hukum-hukumn yang

mempunyai persamaan dari sudut yang tertentu. Seperti kaedah tentang niat,

syak, mudarat, adat, rukhsah dan sebagainya.

2. Dari segi punca dan tempat ambilan, Usul Fiqh berpunca dari perbahasan

lafaz-lafaz dalam Arab, nahu, saraf, balaghah. Kaedah ini diperolehi secra

istiqrak atau induktif terhadap teks-teks Arab, syaor dan khutbah. Sedangkan

Qawaid Fiqh diperolehi daripada hukum syara yang lima (wajib, haram, sunat,

makruh dan harus) , fatwa-fatwa dan masalah-masalah fiqh.

3. Kaedah-kaedah dalam Usul Fiqh lebih khusus kepada ahli ijtihad dan ahli

fatwa dalam usahanya untuk menyimpulkan hukum syarak dari dalil-dalinya,

begitu juga dalam menyelesaikan hukum masalah yang tidak disebutkan

hukumnya dalam dalil-dali muktabar dan permasalahan baru (nawazil).

4. Qawaid Fiqh pula lebih khusus dengan ahli fiqh atau pelajar yang

menjadikannya rujukan untuk mengetahui hukum-hukum furuk sebagai

alternatif kepada merujuk bab-bab yang berselerakan. Sifat kaedah Usul Fiqh

8

Page 9: Isu Semasa Berkaitan Al

adalah umum dan menyeluruh manakala Qawaid Fiqh mempunyai juga

pengecualian oleh sebab itu ia disebutkan juga sebagai kaedah aghlabiyyah

yakni kaedah kebanyakan bukan umum kulli.

 

2.2 Faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh

 

Ilmu Usul Fiqh merupakan ilmu yang tinggi nilainya, amat penting dan banyak faedah.

Antara faedahnya ialah: kemampuan untuk mengeluarkan hukum-hukum Syara‘

daripada dalil-dalilnya berlandaskan kaedah-kaedah yang betul.

 

Orang pertama yang mengumpulkan ilmu Usul Fiqh secara berasingan daripada ilmu-

ilmu lain seperti Ilmu al-Hadith, ialah al-Imam al-Syafe‘i Muhammad bin

Idris rahimahullah lalu diikuti oleh para ulamak lain yang telah menyusunnya dalam

pelbagai bentuk penulisan (samada biasa, syair, ringkasan dan teperinci).

Beberapa kelebihan yang boleh didapati dalam mempelajari ilmu usul Fiqh adalah

seperti berikut:

Mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan dan

menggunakan ilmu usul fikah dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah.

9

Page 10: Isu Semasa Berkaitan Al

Mengetahui cara-cara  bagaimana ulama menetapkan sesuatu hukum serta

mengetahui kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dan menetapkan hukum bagi

sesuatu hukum berdasarkan dalil syarak.

Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah ikut perkembangan zaman

dan keperluan masyarakat.

Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmatnya.

Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan

perbuatan mukallaf.

Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid melalui

kaedah usul dan dipadukan pendapat ulama yang berselisih di antara mereka untuk

3.0 Kaedah-Kaedah Fiqh

Kaedah Fiqh mengandungi 5 hukum asas yang digunakan sebagai cara untuk

mengeluarkan sesebuah hukum hakam, kaedah-kaedah asas fiqh adalah seperti

berikut :

1. بمقاصدها ) .maksudnya : segala urusan berdasarkan niat ( األمور

2. بالشك ) يزال ال .maksudnya : keyakinan tidak dihilangkan dengan niat ( اليقين

3. التيسير ) تجلب .maksudnya : kesukaran diiringi kemudahan ( المشقة

4. يزال ) .maksudnya : kemudaratan mesti dihapuskan ( الضرر

10

Page 11: Isu Semasa Berkaitan Al

5. محكمة ) .maksudnya : adat dijadikan hakim ( العادة

3.1 Kaedah ( بمقاصدها ( األمور

Berdasarkan soalan tugasan yang diberikan, saya akan menghuraikan kaedah

yang pertama daripada lima kaedah-kaedah asas fiqh iaitu kaedah ( بمقاصدها ( األمور

maksudnya ialah segala urusan berdasarkan niat.

Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannyaatau setiap

perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh

mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi,

antaranya :

a)      Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim:

, نوى ما المرئ وانما بالنية األعمال الله  انما الى فهجرته ورسوله الله الى هجرته كانت فمن

اليه ماهاجر الى فهجرته ينكحها امراة او يصيبها لدنيا هجرته كانت ومن ، .ورسوله

Maksudnya : sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan

sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana

Allah dan rasuln-Nya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang

berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana

11

Page 12: Isu Semasa Berkaitan Al

wanita yang ingin dikahwaninya . Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia

hijrahkannya.

b)      Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

له : نية ال لمن عمل ال الله رسول قال

Maksudnya : tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.

c)      Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

الله رسول قال نيتهم على الناس :ييعث

Maksudnya : manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.

Berdasarkan dalil-dalil daripada hadis nabi S.A.W dapat difahami bahawa setiap

gerak kerja kita dalam ibadat mestilah dimulakan dengan niat untuk membezakan

amalan tersebut adalah ibadat dan bukannya adat. Oleh itu, niat menjadi syarat utama

sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang

tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.

      3.1.1  Analisis Kaedah ( بمقاصدها ( األمور

12

Page 13: Isu Semasa Berkaitan Al

Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan epada beberapa kaedah

lain yang lebih kecil antaranya ialah :

a.       ( تلتبس ال أو عادة تكون ال عبادة فى النية اشتراط Tidak disyaratkan niat dalam (عدم

mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan

yang lain. Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya,

membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan

yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi

membezakan fardhu dengan yang lainnya.

b.      ( غيره دون يلتبس فيما التعيين Disyaratkan ta’yin(menentu) (اشتراط dalam mana-

mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan

yang tidak kesamaran dengan yang lain. Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah

seperti solat,  dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.

c.       ( يضر لم وأخطأ عينه اذا وتفصيال جماة له التعرض يشترط Sesuatu amalan yang (ماال

tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci,

apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan(tidak

batal).Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya, ta’yin imam akan makmun

dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.

13

Page 14: Isu Semasa Berkaitan Al

d.      ( مبطل فيه فالخطأ التعيين فيها يشترط ,Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin (ما

jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu. Contohnya, tersalah niat puasa

kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.

e.       ( وأخطأضر عينه اذا تفصيال تعيينه يشترط وال جملة له التعرض يجب Amalan-amalan(ما

yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara

terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal).Contohnya,

seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata  yang

disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka

terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.

       

f.         الخاص تعم وال العام اللفظ تخصص اليمين فى Iaitu ((النية niat seseorang yang

dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan

perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas. Contohnya,

seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia

niatkan orang itu Umar.

g.     ( عندالقاضى اليمين وهو واحد موضع فى اال الالفظ نية على اللفظ Tujuan dan(مقاصد

matlamat lafaz adalah dirujuk kepada  niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah

14

Page 15: Isu Semasa Berkaitan Al

sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim. Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah

berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.

h.     ( والمعاني لاللفاظ ال والمعاني صد للمقا العقود فى Yang diambil (العبرة kira dalam

masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada

lafaz dan kalimah-kalimah sahaja. Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari

engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh

penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.

AL-ADATU MUHAKKAMAH

Al-Adatu Muhakkamah merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah

fiqhiyyah yang utama. Di dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu’ yang lain.

Di dalam tulisan ini, tumpuan perbincangan diperkecilkan kepada perkara-perkara yang

berkaitan dengan muamalat sahaja.

Perbincangan berkenaan penggunaan adat atau ‘urf sebagai penentu hukum

dalam muamalat ini telah disentuh oleh ulama al-mutaqaddimin (terdahulu)

15

Page 16: Isu Semasa Berkaitan Al

yang terkemuka seperti al-Imam Al-Suyutiy (911H) yang telah membincangkan masalah

jual beli al-mu’atah , iaitu seorang membeli barang daripada penjual yang hanya

menerima harga tanpa menyatakan ijab dan qabul, yang pada dasar hukumnya dalam

mazhab al-Imam al-Syafi’iy adalah tidak sah . Tetapi oleh kerana kebiasaan atau al-

adah itu diambil kira maka jual beli tersebut menjadi sah. Kenyataan ini juga mendapat

sokongan daripada al-Imam al-Nawawi . Kedua-dua imam al-Suyutiy dan al-Nawawi

adalah daripada mazhab al-Syafi’iy.

Perbincangan mengenainya diteruskan oleh ulama al-mu’asirah (kini) seperti

Muhammad al-Zuhayliy (1999) yang menyatakan “sekiranya berlaku jual beli yang tidak

dinyatakan dalam akad sama ada bayaran secara tunai atau tangguh, dan diketahui di

antara mereka secara kebiasaannya bayaran dijelaskan selepas seminggu atau

sebagainya, maka pembeli tersebut pada masa itu tidak perlu (diwajibkan) menjelaskan

bayaran barang tersebut serta merta, dan meninggalkan amalan biasa (dalam mazhab

al-Syafi’iy). Dalam keadaan ini, adat atau kebiasaan mereka berada pada kedudukan

yang disepakati secara jelas”.

Penulis Melayu (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000) juga ada

memperkatakan tentang masalah pengambilan al-adah di dalam menentukan sesuatu

hukum dalam muamalat. Mereka menyatakan “seorang membeli barang dengan

membayar deposit atau pendahuluan sahaja. Namun sebelum ia mengambilnya, harga

barang telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualnya

kepada orang lain dengan alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya, kerana

16

Page 17: Isu Semasa Berkaitan Al

adat kebiasaan masyarakat setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang,

dianggap telah berlaku akad. Dalam keadaan ini, adat dikira sebagai perujuk.”

Perbincangan berkenaan dengan definisi al-‘adah atau al-‘urf telah mendapat

sambutan yang agak hangat dalam kalangan para ulama. Ada di antara mereka yang

tidak membezakan keduanya dan ada yang membezakannya. Namun sekiranya kedua-

dua al-‘adah dan al-‘urf dilihat dari sudut mu’amalat maka akan terlihatlah

perbezaannya yang amat ketara.

Sekiranya di dalam bidang ibadah, penggunaan gantang untuk membayar zakat

dan cupak untuk membayar fidyah tetap tidak berubah mengikut perubahan zaman.

Tetapi di dalam bidang muamalat seperti jual beli, maka penggunaan cupak dan

gantang bukan sahaja tidak digunakan bahkan tidak dikenali oleh generasi hari ini.

Definisi al-‘adah ialah sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-‘adatu

bermaksud sesuatu yang berulang-ulang . Ia sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa

Melayu sebagai kebiasaan. Ab Latif Muda mentakrifkan adat sebagaimana yang

difahami daripada perkataan Arab itu “sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus

menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ia dapat diterima oleh akal manusia

dan ia dilakukan secara berulang-ulang” .

Definisi al-‘urf ialah kamus-kamus Arab menyatakan maksud ‘urf sebagai seerti dengan

ma’ruf iaitu sesuatu yang diketahui manusia daripada segala kebaikan dan mereka

menerimanya dengan itmi’nan . Manakala di dalam bahasa Melayu, ia sesuai

diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat resam, adat

17

Page 18: Isu Semasa Berkaitan Al

pepatih, adat Melayu dan sebagainya. Kerana adat-adat tersebut dikenali dalam

kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-lain.

Manakala definisi mu’amalatialah mu’amalat bermaksud urusan yang melibatkan

kewangan (المالية) di antara dua orang atau lebih seperti al-Salam, al-Rahn dan

sebagainya . Ada dalam kalangan penulis yang menterjemahkannya sebagai “harta dan

konsepnya seperti yang dinyatakan dalam Islam” .

Kesimpulan dalam bidang muamalat, al-‘adah atau kebiasaan yang diamalkan

oleh manusia boleh berubah dari masa ke masa dan dari generasi ke generasi malah

dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya dalam bidang jual beli seperti

yang disebutkan, kebiasaan yang diamalkan oleh generasi hari ini menggunakan alat

sukatan dan timbangan dalam kilogram telah berbeza daripada generasi dahulu.

Begitu juga kebiasaan (al-‘adah) pada suatu masa mereka berjual beli dengan

menyatakan ijab dan qabul, kemudian berubah kepada bay’ al-mu’atah (bertukar

tangan) sahaja. Kebiasaan kini orang membayar dengan tunai dan kad kredit atau kad

debit tetapi tidak mustahil datang suatu masa orang tidak lagi menggunakan tunai

langsung. Itulah kebiasaan (al-‘adah) yang akan berubah-ubah mengikut keadaan suatu

generasi.

Tetapi ‘urf atau adat resam sesuatu bangsa atau kumpulan manusia itu diwarisi

turun temurun dan mustahil akan berubah. Pepatah “biar mati anak asal jangan mati

adat” jelas menggambarkan pegangan mereka kepada adat adalah amat kuat

18

Page 19: Isu Semasa Berkaitan Al

Oleh yang demikian, persoalan mengapa pilihan para ulama menggunakan

kaedah al-‘adah muhakkamah berbanding al-‘urf muhakkam nampak jelas sekiranya

dilihat daripada segi bidang muamalat.

Sebelum perbincangan dilanjutkan terlebih dahulu dinyatakan beberapa signifikan yang

menjadikan adat (kebiasaan) atau ‘urf sebagai hujjah bagi menentu hukum dalam

muamalat. Dr. Abd al-Karim Zaydan (1994) telah menggariskan tiga perkara seperti

berikut  :

i. Adat atau urf yang baik. Syariat Islam tidak pernah mengetepikan adat

atau ‘urf yang baik yang mendatangkan kebaikan pula kepada

masyarakat seperti bai’ al-Salam. Walaupun ia tidak thabit melalui nas

sorih, namun amalan ahli Madinah yang baik itu diteruskan. Sebaliknya

jual beli tamar dengan tamar walaupun ia juga merupakan ‘urf mereka,

ia tidak dibenarkan kerana berlawanan dengan nas syarak yang

mengharamkan riba.

ii. Adat atau urf yang telah diamalkan secara menyeluruh menjadi suatu

ijma’ . ‘Urf merupakan suatu perkara yang kadang-kadang mempunyai

kuasa tersendiri ke atas perilaku masyarakat, oleh yang demikian

meraikannya adalah lebih mudah disamping ia meringankan kesakitan

(beban) . Begitu juga sekiranya ‘urf itu diamalkan secara berterusan oleh

kebanyakan ahli masyarakat ia boleh dianggap seoalah-olah suatu ijma’

19

Page 20: Isu Semasa Berkaitan Al

dalam kalangan mereka. Ijma’ pula merupakan suatu yang dianggap

dalil bagi melayakkan sesuatu menjadi hujjah.

iii.  Adat atau ‘urf boleh dianggap sebagai ijma’ al-sukuti. Urf telah

mendapat perhatian para fuqaha dalam amalan ijtihad mereka

sepanjang zaman dan amalan tersebut tidak pula mendapat bantahan

daripada fuqaha yang lain membuktikan bahawa ia merupakan sesuatu

yang layak dijadikan hujjah.

Dr. Abd al-Karim Zaydan juga telah menggariskan empat perkara yang menjadi

syarat  bagi sesuatu ‘urf itu boleh dijadikan hujjah dalam sesuatu urusan mu’amalat.

1. Urf yang tidak berlawanan dengan nas syarak. Iaitu sesuatu ‘urf atau mana-

mana bahagiannya hendaklah tidak berlawanan dengan nas syarak. Contohnya

mengembalikan barang yang disimpan (الوديعة) kepada isteri atau anak orang yang

membuat simpanan. Urf ini tidak berlawanan dengan syarak kerana ia tidak pernah

menetapkan hanya penyimpan sahaja yang boleh mengambil barang simpanannya.

Sebaliknya jual beli pakaian yang mendedahkan aurat, walaupun ia merupakan adat

sesuatu tempat tetapi sebahagian hasil daripada jual beli itu melanggar syariat iaitu

membuka aurat, maka ia tidak dibenarkan.

20

Page 21: Isu Semasa Berkaitan Al

2. Urf yang paling biasa. Iaitu suatu urf yang diamalkan oleh kebanyakan ahli

sesuatu masyarakat. Kecuali sedikit sahaja yang tidak mengamalkannya. Hal ini kerana

sesuatu yang menjadi pilihan ramai tidak mungkin akan hilang dengan mudah.

3. Urf yang masih diamalkan. Iaitu urf berkenaan masih berjalan dalam

masyarakat pada masa akad. Bukannya urf yang pernah diamalkan dahulu dan kini

sudah tidak diamalkan lagi, maka ia tidaklah dibenarkan.

4. Urf yang sunyi daripada perkataan atau perbuatan yang bersalahan.

Iaitu kebiasaan sesebuah perniagaan itu mengamalkan jualan secara ansuran tetapi

kedua-dua penjual dan pembeli bersetuju untuk membeli dalam keadaan tunai. Pada

masa kini ianya seperti syarikat “singer” atau “courth mammoth” yang membenarkan

juga pembeli membuat bayaran tunai, maka pada masa itu akad tidak perlu ditetapkan

hanya kepada ansuran sahaja.

Berikut disenaraikan kaedah-kaedah pecahan  daripada kaedah “ محكمة ”العادة

yang mendapat perbincangan ulama dalam bidang muamalat. Antaranya:

1. حقيقة Sكالممتنع Tعادة Uالممتنع

Sesuatu yang ditegah secara kebiasaannya adalah suatu yang dapat

diterima pada hakikatnya. Contohnya seseorang mendakwa barang yang dibeli

oleh seorang yang lain itu adalah miliknya, maka sudah tentu dakwaan tersebut

tidak dapat diterima kerana ia suatu yang tidak berlaku (ditegah) daripada sudut

hakikatnya.

21

Page 22: Isu Semasa Berkaitan Al

2. بها Uالعمل Uيجب Vحجة Sالناس Uاستعمال

Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat adalah dianggap

hujjah dan wajib beramal dengannya. Sudah tentulah selama mana ia tidak

bertentangan dengan nas syarak. Sebagai contoh kebiasaan amalan dalam

masyarakat yang membeli almari atau perabot, kos penghantarannya adalah

ditanggung oleh penjual dan barang tersebut (jual belinya akan sempurna

apabila ia) diterima di rumah.

3. SةWادWعX ال SاللةWدS ب Uُك WترU ت Uالحقيقة

Ulama telah bersepakat bahawa sekiranya pertembungan berlaku di

antara hakikat dan majaz hendaklah ditarjihkan hakikat. Manakala sekiranya

bertembung antara hakikat dan adat maka hendaklah ditarjihkan adat yang

mempunyai petunjuk atau penjelasan dalil. Hakikat yang diketepikan itu pula

adalah apabila ia ada sekatan atau halangan. Namun sekiranya hakikat tidak

mempunyai halangan atau sekatan maka pada masa itu hakikatlah yang

diamalkan.

Contohnya seseorang telah menulis di atas kertas dengan tulisannya

sendiri bahawa ia telah melepaskan si fulan daripada hutangnya, maka hutang

tersebut dianggap telah terhapus kerana adat menjelaskan iqrar dengan

penulisan diterima sebagai iqrar dengan percakapan .

22

Page 23: Isu Semasa Berkaitan Al

4. SصZ Sالن ب SينS Zعي Wالت ك SرِفUالعS ب UينS التعي

Sesuatu penetapan hukum berdasarkan ‘urf adalah sama kedudukannya

dengan penetapan hukum yang didasarkan oleh nas. Contohnya seorang yang

menyewa sebuah kedai di kawasan bazar jualan kain, tidak boleh menjalankan

perniagaan menukang besi atau membuat roti, atau sebarang pekerjaan yang

boleh mendatangkan kesusahan kepada jiran-jirannya .

5. رًطTا Wش SشروطWمX Wال ك عUرفTا Uالمعروِف

Sesuatu yang telah diketahui umum dan telah menjadi ‘urf hendaklah

dilaksanakan secara nyata tanpa meletakkan syarat. Ia hendaklah diraikan

sebagaimana yang diketahui umum secara jelas. Contohnya seorang membeli

komputer desktop tidak perlu disyaratkan membeli keyboard, mouse, moniter,

cpu dan sebagainya. Kaedah ini juga disebut pada tempat yang lain sebagai

Wهم بين Sكالمشروط Sالتجار Wين ب Uالمعروِف

Kaedah “ محكمة dalam bidang ”العادة mu’amalat yang paling banyak

mendapat perhatian para ulama untuk membincangkannya adalah yang bekaitan

dengan urusan jual beli. Fenomena ini (jika boleh dikatakan) berlaku kerana ia

(jual beli) merupakan bidang mu’amalat yang sering diamalkan dalam sesebuah

masyarakat tanpa mengira jantina, tahap pendidikan, tahap ekonomi malah umur

seseorang individu itu sendiri.

23

Page 24: Isu Semasa Berkaitan Al

Manakala bidang-bidang lain seperti sewaan hanya diamalkan oleh orang

yang perlu menyewa, begitu juga pinjaman, gadaian, syirkah dan sebagainya.

Maka sudah tentu ia tidak mendapat begitu banyak perhatian dan perbincangan

dalam kalangan fuqaha sama ada golongan al-mutaqaddimin atau al-mu’asirin.

1. Bai Al-Salam (السلم)

Iaitu jual beli melalui tempahan seperti menempah pakaian, makanan dan

sebagainya dengan didahulukan bayaran manakala barang akan diserahkan

kemudian setelah tempahan tersebut selesai. Ia adalah satu-satunya bidang

mu’amalat yang diasaskan oleh amal ahli Madinah (urf) berbanding jual beli (

,(البيع hutang, sewaan, qard al-hasan dan lain-lain yang diasaskan oleh nas

syarak samada al-Quran ataupun al-Hadith.

Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal

daripada jual beli barang yang tidak ada ( المعدوم (بيع namun oleh kerana

keperluan masyarakat maka ia dikecualikan daripada kategori tersebut . Beliau

juga menegaskan bahawa hadith Abd al-Rahman yang diriwayatkan oleh imam

al-Bukhariy dan sebuah lagi hadith Ibnu ‘Abbas yang diriwatkan oleh kedua-dua

imam al-Bukhariy dan Muslim, serta ayat ke-282 surah al-Baqarah semuanya

berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang telah diharuskan oleh syarak

maka jual beli secara tempahan (bay’ al-salam) juga adalah harus .

2. Jual beli (البيع)

24

Page 25: Isu Semasa Berkaitan Al

Pensyariatan jual beli adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah:

275). Manakala dalam bidang jual beli ini, kaedah “ محكمة diguna pakai untuk ”العادة

mengharuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 Bai al-Mu’atah (pertukaran tangan).

2.2 Jual beli dengan bayaran deposit .

2.3 Menentukan alat untuk sukatan atau timbangan dalam jual beli.

Ahli Baghdad menggunakan cupak yang dikenali sebagai cupak Baghdad.

2.4 Penggunaan mata wang bagi tujuan pembayaran.

Setiap tempat menggunakan mata wang yang tersendiri.

3. Sewaan atau upah (الإجارة)

Pensyariatan sewaan atau upah adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-

Talaq: 6) dan sebahagian ulama seperti Dr. Mustafa al-Bugha menjadikan ayat 26

surah al-Qashash yang mengisahkan Nabi Musa diupah oleh Nabi Syuaib dengan

dikahwinkan anak perempuannya .

Manakala dalam bidang sewaan atau upah ini, kaedah “ محكمة diguna pakai ”العادة

untuk mengharuskan perkara-perkara seperti berikut

3.1 Perihal barang keperluan akibat daripada alat yang disewa.

Seorang yang menyewa mesin jahit maka ia tidak memasukkan pembiayaan benang di

25

Page 26: Isu Semasa Berkaitan Al

dalam akad sewaan tersebut . Begitu juga orang yang menyewa kereta tidak boleh

menuntut harga petrol daripada tuan punya kenderaan.

3.2 Kewajipan membayar upah. Seorang yang menyerahkan kain kepada tukang

jahit tidak perlu mensyaratkan upah bagi pekerjaan tersebut kerana kebiasaan setiap

pekerjaan dibayar upah. Maksudnya syarat untuk membayar upah tidak diperlukan

dalam akad .

4. Pawah

Pawah adalah bentuk upah memelihara binatang yang diamalkan oleh

sebahagian penduduk di beberapa kawasan di Malaysia dan menjadi adat atau curf

sehingga kini. Sekiranya mereka memawah lembu betina untuk dipelihara oleh

seseorang, anak pertama dan kedua akan dikembalikan kepada hak milik tuannya yang

asal manakala anak ketiga akan menjadi milik orang yang memelihara (sebagai upah).

Seterusnya anak keempat dan kelima akan kembali kepada tuannya dan anak keenam

menjadi hak milik orang yang memelihara dan begitulah seterusnya.

Imam al-Qurtubi (671H) di dalam menghuraikan ayat 26 surah al-Qashash beliau

berpendapat “tidak harus akad al-Ijarah yang difahami sebagai pawah. Iaitu

menetapkan upah memelihara binatang dengan anak yang bakal dilahirkan oleh

binatang berkenaan. Kerana sesuatu yang belum terjadi itu merupakan sesuatu yang

belum pasti.”

Sekiranya dirujuk kepada tafsiran ini, maka ‘urf sebegini tidak boleh diamalkan

sebagai sebahagian dari al-Ijarah. Namun sekiranya ‘urf sebegini diambil kira sebagai

26

Page 27: Isu Semasa Berkaitan Al

asas bagi menentukan keharusan akad pawah maka ia dibolehkan kerana selama ini ia

berjalan dalam masyarakat tanpa menimbulkan sebarang persengketaan.

ISU SEMASA BERKAITAN AL-ADATUL MUHKAMAT

ISU SEMASA 1

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.

2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.

27

Page 28: Isu Semasa Berkaitan Al

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di

atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin

menambah maklumat, bagaimsayapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa

menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah

dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap

kontrak yang kian popular di kalangan masyarakt hari ini.

RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit

Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau

msaya-msaya pihak lain, yang msaya ia memberi kemudahan kepada pemegangnya

untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"

‘Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi "Iaitu urusan

pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang

msaya salah satu pihak secara tunai msayakala pihak kedua secara tangguh di atas

tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"

Msayakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam

Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran

(penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada msaya-msaya

28

Page 29: Isu Semasa Berkaitan Al

individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia

membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua

pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat

pembayaran tunai (segara), kersaya ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak

pengeluar."

2. JENIS KAD

Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah

seperti berikut :

•a) Kad Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil

penggunaannya setiap bulan. Antaranya jenisnya : American Express, Diners Club.

Antara cirinya yang terpenting :-

1)  Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpsayan di Bank

Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan

apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-

hutangnya hasil penggunaan kad.

29

Page 30: Isu Semasa Berkaitan Al

2)  Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line and limit), lalu ia boleh

menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin

tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan

waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan

dibekalkan dengan penyata bulsayan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah

digunakan.

3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang

ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah

ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang

dari keahlian dan sebagainya.

4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan

sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

•b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya     Visa Card,

Master Card, Diners Card, American Express Card.

Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma

terdapat beberapa perbezaan utama.

30

Page 31: Isu Semasa Berkaitan Al

Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna' nya secara keseluruhannya

setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan,

tetapi dibenarkan untuk membayar hanya nisbah kecil dari bil . Msayakala

bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh

izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan

mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.

Kad ini juga ada yang mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna

pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak msaya yang disukainya selagi

msaya di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar

nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), msayakala jika bakinya di tangguh

sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan

dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar

18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan

menindas.

Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar

negara di msaya2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.

Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

31

Page 32: Isu Semasa Berkaitan Al

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan

pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini

adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimsaya ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar

Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini

adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian

dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada

pemegang kad, kersaya ia telah terpindah kepada Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian

pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka

adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh

Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini

tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan 

Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang

meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh

pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa

OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada

persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK

32

Page 33: Isu Semasa Berkaitan Al

HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimsayapun, ketetapan

dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit

konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam

kontraknya. Bagaimsayapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan

sebelum di kenakan faedah Riba.

2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad

Hukumnya : harus, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang

telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga

HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan

jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan

khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah

Riba yang diharamkan.

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan

Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986. 

2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar.

Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam

perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan

yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang msaya biasanya berlegar sekitar 2-

33

Page 34: Isu Semasa Berkaitan Al

5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards,

London, 1989 ,ms 14) 

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank

akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang

disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil

penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hsayafi yang sah. Jumlah kos

ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan

lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah

wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kersaya menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam

mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh

dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang

mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)

Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim

mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim

Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalsayan.

34

Page 35: Isu Semasa Berkaitan Al

Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia

(RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini

akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna

menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau

diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an

exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-

a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh

Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai

Haram kersaya mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan

maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

Bagaimsayapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kersaya pemegang tidak

membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum

haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan

hukumnya adalah Harus. Ini adalah kersaya ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya

tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi'

dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

35

Page 36: Isu Semasa Berkaitan Al

b) Hadiah-hadiah lain : Harus atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan

ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat

hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah.

Bagaimsayapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-

Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).

5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja. Iaitu pihak

pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan

Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kersaya kontrak yang

diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair

Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak).

Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit

Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan

perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa

sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah

berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini

adalah kersaya wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan

demikian juga Kad Kredit.

36

Page 37: Isu Semasa Berkaitan Al

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak

menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini,

Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ;

Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada

April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah

terlakssaya, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit

ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke

Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan

ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.

Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka

memfatwakannya sebagai haram  ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada

persidangan 23-28 September 2000 )

Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari

mengambil mudah. Ini kersaya kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah

lebih diutamakan" . Maka hukumnya : Haram. 

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit.

Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di

dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini,

maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara

segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang

37

Page 38: Isu Semasa Berkaitan Al

kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut

- sebagaimsaya termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin

sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini.

Sebagaimsaya yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang

adalah At-Taqabud fil hal. 

Hukumnya : Haram. Ini adalah kersaya kelewatan Bank menerima timbal balik

dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya

mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kersaya Bank menuntut Bil dari

pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh

izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah

HARAM kersaya berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh.

Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000.

BAGAIMSAYAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan

yang amat sangat. 

8. Denda Penalti Kersaya Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.

Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad

akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam

tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.

38

Page 39: Isu Semasa Berkaitan Al

Hukumnya : Haram, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat

dilarang di dalam Islam kersaya terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan

harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada

Nov 1998.Bagaimsayapun terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi

Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan harus, tetapi jumlah

denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan.  Ia dibolehkan berdasarkan

kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam

melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan

Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad

Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak

ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan

dikenakan faedah.

Hukumnya : Haram, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa

sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain

pada Nov 1998.

39

Page 40: Isu Semasa Berkaitan Al

ISU SEMASA 2

Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan

faedah bagi bil berbaki?

40

Page 41: Isu Semasa Berkaitan Al

JAWAPAN : Asalnya adalah haram dan batal syarat tersebut. Bagaimsayapun terdapat

pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu

hukumnya harus, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang

baki yang boleh dikenakan Faedah.

Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit. Ia dianggap pemegang kad membuat

pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine'

bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).

Hukumnya: 

1. Harus, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam

akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya

sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank

mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.

2. Haram jika Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil

pinjaman yang diberikan. Kersaya ia adalah Riba al-Qurudh. Kecuali

jika pihak bank pemberi pinjaman hanya mengambil kos kecil yang

tetap, hasil khidmat pemprosesan yang dibuatnya sahaja. ketika itu

harus , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya

ketiga pada 1986 M.

41

Page 42: Isu Semasa Berkaitan Al

3.  Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya

(berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap

pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua

hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu.

Sebagaimsaya Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba'

Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak

pemberi pinjaman adalah RIBA.

ISU SEMASA 3: Menggunakan Master Cards yang mengenakan Caj Tambahan

Soalan

Di Negara-negara Eropah, anda boleh mendapatkan visa atau master card. Ia boleh

digunakan untuk membayar di kedai, tetapi jika ia digunakan untuk mengeluarkan wang

daripada cash points, anda dikenakan caj 1.5% (iaitu apabila anda menerima penyata

42

Page 43: Isu Semasa Berkaitan Al

untuk membayar semula apa-apa yang telah anda belanjakan, akan ada sejumlah

tambahan sebanyak 1.5% dikenakan). Adakah ini dianggap Riba sebab mereka tidak

memanggilnya riba dalam penyata, tetapi cuma caj untuk menggunakan kemudahan

pengeluaran?

Jawapan

"Masalah kad kredit ialah sejenis isu yang rumit. Perhatikan perenggan-perenggan

berikut sebagai ringkasan:

1. Kontrak kad kredit mempunyai klausa Riba bersyarat . Kad kredit boleh

digunakan untuk membayar pembelian dan mengeluarkan wang. Syarat itu tertakluk

kepada pelanggan untuk diaktifkan. Jika anda membayar dalam tempoh grace period,

tanpa mengeluarkan wang, maka tiada riba. Pengeluaran wang mengaktifkan klausa

riba dari hari pengeluaran (anda tertinggal hal ini, anda boleh melihatnya pada penyata,

ia tambahan kepada caj 1.5%) dan meninggalkan baki dalam akaun anda mengaktifkan

riba dari tarikh penyata (bukan dari hujung grace period).

2. Hal di atas diharamkan kepada msaya-msaya Muslim atau Bank Islam untuk

mengeluarkan kontrak kad kredit dengan syarat ini, dan diharamkan juga kepada

msaya-msaya Muslim untuk menandatangani kontrak itu jika ada kemungkinan dia

menggunakannya dengan cara itu yang mengaktifkan klausa Riba ( dengan cara

sedemikian lebih mahal daripada pinjaman terus daripada bank berasaskan riba),

dibenarkan untuk menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad itu untuk

pembelian sahaja untuk semua Muslim yang yakin akan diri mereka boleh membayar

43

Page 44: Isu Semasa Berkaitan Al

dalam tempoh grace period dan tidak menggunakannya untuk mengeluarkan wang

(mereka mesti yakin akan ketepatan dan keupayaan mereka dalam pembayaran pada

masanya).

3. Caj atau komisyen pengeluar kad kredit yang di ambil daripada peniaga

dibenarkan, begitu juga dengan yuran tahunan. Tambahan lagi, masalah dalam

pengeluaran wang bukannya yuran pengendalian (iaitu sebanyak 1.5% yang anda

sebutkan) tetapi pengaktifan klausa riba seperti yang disebut diatas."

Easy payment atau plan pembayaran mudah merupakan satu kemudahan yang

disediakan oleh penyedia kad kredit. Yakni bank pengeluar kad kredit yang diuruskan

sama ada oleh pihak MasterCard atau Visa. Ia juga dikenali sebagai bayaran ansuran

tanpa faedah atau ‘zero interest’. Melalui kemudahan ini, para pemegang kad kredit

boleh menikmati penggunaan barangan yang dibeli secara ansuran dengan tidak

dikenakan sebarang faedah. Maksudnya, sama sahaja sama ada bayar secara tunai

sekaligus atau dengan kad kredit secara bulan-bulan, tak ada pertambahan harga dan

tidak dikenakan interest tetapi masih boleh memiliki dan membeli barangan yang tinggi

harga sekalipun.

Melalui kaedah pembayaran seperti ini, pemegang kad biasanya diberi pilihan

sama ada ingin membayar ansuran selama 6 bulan, 12, 24 atau sehingga 36 bulan (3

tahun). Contoh, barang yang berharga RM1800 boleh dimiliki dengan membayar secara

bulan-bulan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 18 bulan yakni setahun setengah.

Siapa yang tidak mampu milik barang itu bukan? Kalau setakat bayar RM100 sebulan.

44

Page 45: Isu Semasa Berkaitan Al

Pengalaman, sudah dua barang saya beli guna kemudahan seperti ini. Pada

tahun 2005 saya beli sebuah komputer notebook. Bayar bulan-bulan selama 12 bulan

dengan harga tidak sampai RM200. Kemudian pada tahun lepas beli handset dengan

bayaran RM88.++ selama setahun. Terima kasih kepada pihak bank yang menyediakan

kemudahan ini yang boleh dianggap sebagai menguntungkan pihak para pelanggan.

Apa yang difikirkan sendiri. Kenapa pihak bank sanggup bersusah payah

menanggung beban membayar kepada pihak peniaga dengan harga yang tinggi sekali

gus kemudian ambil balik daripada pelanggan mereka sedikit-sedikit pada setiap bulan?

Saya ada beberapa rasional mengikut pendapat peribadi saya sendiri sahaja.

1. Pihak bank menjangka akan mendapat pulangan sekiranya pihak pelanggan

tidak dapat menyelesaikan bayaran bulsayan mereka tepat pada masanya. Maksudnya,

kalau mereka hanya mampu bayar jumlah minima bil kad kredit, maka mereka

sebenarnya akan dikenakan faedah ke atas penggunaan bulan tersebut. Perkara ini

akan bertambah dari bulan ke bulan. Ataupun lagi teruk “lagi untung” sekiranya

pelanggan tak mampu bayar langsung bil mereka pada akhir setiap bulan. Lagi banyak

caj boleh dikenakan!

2. Pihak bank ingin pastikan pelanggan mereka tidak memberhentikan

penggunaan kad kredit sehingga jumlah easy payment itu dibilkan sepenuhnya.

Dengan itu, pihak bank akan dapat yuran tahunan selama tempoh masa yang tertentu.

Perkara ini akan lebih lagi menguntungkan pihak bank sekiranya pelanggan menambah

penggunaan kemudahan easy payment mereka dengan membeli barang-barang setiap

45

Page 46: Isu Semasa Berkaitan Al

bulan atau paling kurang setahun sekali. Kesetiaan (keterikatan) mereka dengan bank

akan bertambah panjang.

3. Pihak bank ingin menggalakkan para pelanggannya berbelanja kersaya

dengan easy payment mereka sudah merasakan mereka mampu berbelanja dengan

bayaran balik yang sedikit pada setiap bulan. Harga beribu telah bertukar menjadi

puluhan atau ratusan ringgit sahaja. Siapa pun mampu berbelanja!

Pun begitu, bagi pengguna kad kredit yang cerdik dan pintar pengurusan

kewangan, mereka masih dapat gunakan kemudahan easy payment ini tanpa terkena

jerat atau perangkap sebagaimsaya yang saya fikir dan senaraikan di atas. Iaitu mereka

bayar bil kad kredit secara keseluruhannya pada akhir setiap bulan, maka mereka tidak

dikenakan apa-apa caj. Lepas tu pula mereka hanya memilih kad kredit yang

dikeluarkan secara percuma oleh bank-bank tertentu (semestinya dengan syarat-syarat

yang mampu mereka patuhi). Akhir sekali mereka tidak berbelanja ikut nafsu tetapi ikut

kemampuan dan perancangan perbelanjaan yang berhemat.

Peristiwa terkini teringin sekali lagi pada tahun ini untuk berbelanja dengan

kemudahan easy payment. Pada saya, bil terakhir handset saya ni adalah bulan depan.

Kalau ikutkan, bermula bulan depan akan ada sejumlah wang lebihan daripada

perlepasan kredit berkenaan yang boleh saya gunakan bagi memenuhi keperluan

perbelanjaan yang lain pula. Tidak ada masalah dan saya boleh mulakan servey

(harga).

Masuk sebuah kedai elektronik yang namanya memang terkenal di seluruh

negara. Kedai besar dan mewah dipenuhi barangan-barangan elektronik dan dipenuhi

46

Page 47: Isu Semasa Berkaitan Al

juga banner-banner yang memberikan tawaran itu ini. Memang syok kersaya sebaik

sahaja menjengah masuk sudah datang salesman yang manis muka, mesra dan ceria

pula laysayannya. Waa sejuknya mata.

Disamping bertanyakan itu dan ini, saya memberitahu hasrat menggunakan

kemudahan easy payment. Katanya “kalau nak buat easy payment, mesti jumlah bilnya

lebih RM1000 (satu ribu)”. “hmm tak ada masalah kersaya kita memang nak cari

banyak barang kali ni” bisik saya kepada isteri. Memang pun kersaya tahun ini kami

diberikan rezeki oleh Allah untuk duduk di rumah sendiri yang baru siap (tapi sehingga

hari ini, kuncinya belum diserahkan lagi pun, hehe).

“Tak ada apa-apa caj tambahan ke ni ncik?” tanya saya kepada si (salesman)

berpekerti mulia itu. “Tak ada, dah namanya easy payment encik.. zero interest”

sahutnya sambil tergelak-gelak. Terusik juga hati saya. Yalah rasa macam

diperbodohkan pula dengan soalan itu tadi.

“Atau saya perlu sertai apa-apa skim macam kena daftar kad ahli kedai ni ke

dulu?” tanya saya lagi. Biar nampak bodoh tapi tidak ditipu oleh maklumat yang

terselindung.

“Hmmm, untuk dapat kemudahan easy payment yang u kata tu..” belum habis

pun ayat saya. “Tak ada ncik”. jawabnya pantas. “Apa-apa bayaran pun tak ada? swipe

sekali tapi bayar sampai 18 bulan?” saya teruskan provokasi cara tersendiri.

“Adalah, encik perlulah bayar yuran proses, sekali saja” celahnya dengan suara

yang agak perlahan dan tidak disertai dengan gelak-gelak lagi. “La riba apa pula tu?”

getus saya. “Bukan riba la encik, memang semua orang kena bayar, bank dah tetapkan

47

Page 48: Isu Semasa Berkaitan Al

macam tu, sekali sahaja dan amaunnya tetap walaupun berapa jumlah easy payment

yang encik buat” sambungnya macam bersyarah. “Berapa amaunnya itu?” tanya saya.

Setelah saya memberitahu bank pengeluar kad kredit saya dia pun jawab “kalau

kad encik ni, berapa amaun yang encik beli pun bayaran prosesnya tetap RM85, tak

kiralah seribu ka, dua ribu hatta 50 ribu pun” jelasnya. “Wah, kalau bank lain?” “ada

yang hanya RM25 encik, paling murah yuran proses adalah RM25”.

“Memang riba lah ni” luah saya macam tak puas hati. “Tak encik” sangkalnya.

“Riba apa pulanya, dah bank tetap macam tu, lagipun encik bukan bayar yuran proses

ni tiap-tiap bulan, sekali ni saja” sambungnya berceramah pula. “Ini namanya riba al-

Fadl, iaitu pertambahan harga ke atas harga asal yang dibayar semasa akad, saya

tahu” saya cuba beri sedikit ilmu kepadanya. Seterusnya kami berdua diam sambil saya

memulakan langkah keluar. Kecewa pun ada sebenarnya.

“Kat msaya-msaya kedai pun sama lah encik, kalau nak guna easy payment

memang kena bayar yuran proses, kalau tak msaya pihak bank nak untung?” akhirnya

salesman tadi cuba melepaskan geramnya pula. Sambil berpaling dengan langkah

tetap diteruskan, saya berkata “saya dah dua kali guna easy payment ni, tak ada pun,

sekali beli komputer dan terbaru beli handphone”. “oo itu masa promosi encik, masa tu

kami pun tak kenakan caj ni, sebab bank tengah promote penggunaan easy payment

ni” sambungnya memberi info tambahan.

Disebalik easy payment Saya ambil peluang untuk bertanyakan perkara

berhubung yuran proses ini kepada pengeluar kad kredit melalui email dalaman atas

talian (perbankan internet). Dalam masa tak sampai 24 jam, pihak bank memberitahu

48

Page 49: Isu Semasa Berkaitan Al

mereka tidak pernah menetapkan kepada msaya-msaya peniaga untuk mengenakan

apa-apa yuran proses ke atas pihak pelanggan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan

memilih untuk menggunakan kemudahan itu dibeberapa kedai tertentu, pihak peniaga

yang akan membayar yuran proses berkenaan kepada pihak bank.

Perkara seperti ini dikenakan kersaya pihak peniaga telah dapat menarik minat

pelanggan untuk berbelanja di kedai mereka melalui kemudahan easy payment yang

diperkenalkan oleh pihak bank. Kersaya tanpa kemudahan ini mungkin pelanggan itu

tadi tidak akan melakukan perbelanjaan. Oleh itu, wajarlah pihak bank mengenakan caj

ini terhadap peniaga.

Seperti juga pembelian runcit biasa, peniaga tetap dikenakan amaun tertentu

sekiranya pelanggan memilih untuk membayar menggunakan kad kredit. Rasional yang

sama kersaya peniaga dengan pakej kad kredit berjaya menarik minat pengguna

untuk berbelanja.Yuran-yuran atau caj-caj berkenaan adalah berbeza dari sebuah kedai

ke kedai yang lain. Ianya mengikut jumlah jualan yang dapat dilakukan oleh peniaga

berkenaan menggunakan kad kredit atau easy payment. Semakin tinggi claim (tuntutan)

yang dibuat oleh peniaga, maka semakin kecil peratusan yang perlu mereka jelaskan

berdasarkan kepada jumlah jualan mereka.

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh pihak pengeluar kad kredit saya yang

setakat ini tidak pernah mengecewakan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan.

Kesimpulan easy payment ini memang bagus sekiranya kita bijak menggunakan

dan mengguruskannya. Ia membantu kita mengurus keperluan hidup dengan

pengurusan kewangan yang bijak. Dengan syarat kita perlu prihatin sebelum, semasa

49

Page 50: Isu Semasa Berkaitan Al

dan selepas penggunaan easy payment. Ditakuti terjebak dengan bayaran-bayaran

yang tidak sepatutnya kita bayar. Itu jelas membebankan dan lebih teruk kalau ia

tergolong dalam kumpulan riba yang diharamkan oleh agama. Terlibat dengan riba

adalah bermaksud berperang dengan Allah dan RasulNya yang menjanjikan

(kekalahan) iaitu kehidupan tidak berkat dan sengsara di dunia ini lagi sebelum di

akhirat saya nanti.

Laporan Bergambar Amali Sembelihan

Sebelum Amali Sembelihan

50

Page 51: Isu Semasa Berkaitan Al

Perbincangan bersama pensyarah pembimbing. Semua ketua turut serta dalam perbincangan tersebut.

Persiapan bahan-bahan untuk memasak telah dilakukan sehari

sebelum amali berlangsung.

Semasa Amali Penyembelihan

51

Page 52: Isu Semasa Berkaitan Al

Amali penyembelihan sedang berlangsung Sebahagian ayam-ayam yang telah selamat disembelih

Saling bantu membantu dalam menjayakan amali ini

.

Semua peserta amali bergotong royong menyediakan makanan tengah hari.

Refleksi Amali Penyembelihan

52

Page 53: Isu Semasa Berkaitan Al

Pada 17 Ogos 2015 PISMP Pendidikan Islam SK dan SJK (C) bersama Jabatan

Pengajian Islam Dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

telah mengadakan amali sembelihan bertempat di Surau As-Syafie, bagi memenuhi

proforma mata pelajaran Pengajian Fiqh (PIM 3143). Amali ini bermula seawal 7.30

pagi dan tamat lebih kurang pukul 3.00 petang.

Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran oleh peserta seramai 39 orang

yang terdiri daripada 28 orang guru pelatih lelaki dan 11 orang guru pelatih perempuan,

turut serta 2 orang pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Wan Azlan B. Wan Adnan dan

Ustaz Ahmad Ridwan B. Osman di bawah pemantauan Ketua Jabatan Pengajian Islam

Dan Moral, Ustaz Jamaluddin B. Adam.

Seusai itu, para peserta beramai-ramai bergerak ke tempat yang telah ditetapkan di

belakang surau. Sebanyak 39 ekor ayam telah disediakan untuk para peserta. Program

ini diteruskan dengan penerangan teori sembelihan oleh kedua orang pensyarah

pembimbing. Penerangan teori ini mengambil masa selama lebih kurang 10 minit.

Penyembilhan ayam turut dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

Setiap peserta mengambil peluang mencuba dan melaksanakan sembelihan

masing-masing. Pelbagai ragam dan telatah yang dapat dilihat dalam kalangan peserta

yang terlibat. Ada yang tidak sabar dan ada juga yang takut -takut terutama dalam

kalangan guru pelatih perempuan. Keadaan yang tadinya suram menjadi riuh-rendah

lantaran gelak tawa dan gurauan peserta yang terlibat.

Setelah acara sembelihan selesai, guru pelatih telah dibahagikan tugas bergerak

melaksanakan tugas masing-masing. Bagi AJK makanan mereka menyediakan

sarapan pagi, ada yang menghantar ayam ke kedai untuk diproses, ada yang

53

Page 54: Isu Semasa Berkaitan Al

menyiapkan tempat untuk makan, ada yang menjemput para tetamu dan boleh

dikatakan semua guru pelatih melaksanakan tugas dengan baik.

Kira-kira jam 12:30 masakan semua sudah siap dan bersedia untuk dimakan.

Ketibaan Timbalan Pengarah Encik Nordin sebagai tetamu jemputan dengan beberapa

orang pensyarah dating menjamu selera. Kami menjemput semua pensyarah dan staff

bagi majlis makan. Majlis makan berlangsung sampai jam 3 petang. Kemudian, kami

membuat satu gotong royong bagi membersih sedikit persekitaran di dalam dan luar

surau agar memastikan kebersihan terjaga dengan baik.

Keseluruhan kursus ini berjalan dengan lancar, kebanyakan peserta berpuas hati

walaupun terpaksa berpanas semasa amali sembelihan dilaksanakan. Moga objektif

amali sembelihan ini tercapai dengan jayanya, terutamanya merapatkan ukhwah antara

pelajar PISMP Pendidikan Islam Semester 8 yang akan tamat pengajain tidak sampai

sebulan sahaja lagi. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK

Pelaksana yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dan para peserta yang

telah menbuatkan kursus sembelihan ini berjalan dengan begitu jayanya.

Antara objektif yang saya dalam semasa amali ini dijalankan ilah saya dapat

membezakan sembelihan yang halal dan sembelihan yang haram. Selain itu juga ia

dapat menghilangkan rasa takut saya selama ini. Semasa amali dijalankan, saya dapat

mengetahui cara sembelihan ayam yang betul dengan yang salah. Apabila cara

sembelihan ayam itu salah, maka haram memakan ayam yang disembelih dengan

betul. Saya juga akan mengaplikasikan cara sembelihan ini ketika saya berposting

ditempat yang sukar untuk mencari makanan yang halal suatu hari nanti. Ia juga dapat

memupuk kerjasama antara satu sama yang lain. Selain itu, saya juga dapat

mengetahui teknik dan adab ketika sembelihan dilakukan. Ia juga memupuk kebersihan

dan displin ketika sembelihan dilaksanakan.

Sekian Terima Kasih.

54

Page 55: Isu Semasa Berkaitan Al

Rujukan

55

Page 56: Isu Semasa Berkaitan Al

http://transformasiummah.blogspot.com/2011/02/qawaid-fiqhiyyah-tugasan-method-fiqh.html

http://insanmukmin.blogspot.com/2014/03/qawaid-fiqhiyyah.html

https://aljawhar.wordpress.com/category/usul-al-fiqh/

https://aljawhar.wordpress.com/category/fiqh-jinayah/

http://maqasidaurtaklif.blogspot.com/2011/08/perbezaan-antara-usul-fiqh-dan-qawaid.html

https://www.facebook.com/SurauTBR/posts/434410069928264

http://zulyusoff.blogspot.com/2006/12/panduan-belajar-bahasa-arab.html

https://ibnrajab.wordpress.com/2009/04/20/awasi-jerat-easy-payment/

56