1.0 Pendahuluan
Islam merupakan agama yang syumul bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah
sebesar-besar perkara. Dalam agama Islam terdapat 4 pecahan penting yang
merupakan baahagian besar dalam agama iaitu, ibadah, muamalat, munakahat dan
jinayah. Islam juga merupakan agama yang mudah dan memudahkan, disamping itu
juga ia adalah sebuah agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan kehendak
dan masa.
Pada peringkat awal perkembangan Islam, ia dibawa dan diturnkan kepada
Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku. Sebelum
kewafatan rasulullah agama Islam telah diturunkan dengan sempurna yang mana ia
mepunyai pelbagai hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah SWT seperti yang
telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Firman Allah SWT
didalam al-Quran :
Maksudnya : pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu.
Menurut al-Hafiz Ibnu Kathir didalam kitab Tafsir Ibnu Kathir telah menjelaskan
bahawa ini merupakan nikmat Allah SWT yang terbesar yang diberikan kepada umat
ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka. Sehingga, mereka tidak
memerlukan agama lain dan tidak memerlukan nabi lain selain nabi mereka iaitu nabi
1
Muhammad s.a.w. Oleh kerana itu, Allah SWT telah menjadikan nabi Muhammad s.a.w
sebagai nabi terakhir dan penutup sekalian nabi bahkan nabi Muhammad s.a.w
merupakan penghulu sekalian nabi. Allah Telah mengutus Nabi Muhammad s.a.w
bukan kepada manusia sahaja bahkan juga kepada jin. Sehingga tidak ada yang halal
kecuali yang dihalalkannya, tidak ada yang haram kecuali beliau mengharamkannya
dan tiada agama kecuali yang disyariatkannya. Semua yang dikhabarkan oleh baginda
Nabi adalah benar, tidak ada kebohongan dan tidak ada pertentangan sama sekali.
Sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-
hukum dan janji-janjiNya) Dengan benar dan adil; tiada sesiapa Yang dapat mengubah
sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah Yang sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa mengetahui.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, tidak ada lagi pembatalan hukum atau
nasikh dan mansukh. Hal tersebut kerana penurunan wahyu telah terputus dan
berakhir. Walaubagaimanapun, ruang ijtihad masih terbuka kepada mujtahidin dalam
permasalahan yang berlaku sama ada dalam ibadat, muamalat, munakahat dan
jinayah. Setelah Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia ditambah dengan
peredaran masa maka banyak masalah baru muncul di kalangan orang Islam yang
2
mana tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.. oleh itu, ulama’ mujtahid
telah berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan dalil al-Quran, hadis,
ijmak ulama dan qias. Sebelum sesuatu hukum dikeluarkan beberapa perkara perlu
dinilai berdasarkan ilmu usul Fiqh dan kaedah Fiqh.
2.0 Konsep usul fiqh
Usul Fiqh boleh diberi pengertian melalui dua sudut. Sudut Pertama ialah daripada
sudut erti setiap satu daripada perkataan “ushul” dan “al-fiqh” secara berasingan.
“Ushul” adalah jama‘ kepada perkataan “ashl” yang bermaksud dasar, asas atau punca
3
yang dibina benda lain di atasnya. Contohnya: “ashl” bagi dinding ialah dasarnya.
Contoh lain: “ashl” pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan. Firman
AllahTa'ala (Ibrahim 14:24):
Maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat
perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan
cabangnya menjulang ke langit.
“al-Fiqh” dari sudut pengertian Bahasa Arab ialah kefahaman. Contohnya firman
Allah Ta'ala (Taha 20:27-28):
Maksudnya: Dan leraikanlah simpulan dari lidahku supaya mereka memahami kata-
kataku.
“al-Fiqh” dari sudut pengertian istilah ialah pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara‘
yang bersangkutan dengan amalan yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci.
Maksud hukum-hukum Syara‘ ialah hukum-hukum yang diambil dari Syara‘
seperti kewajipan dan pengharaman. Dengan itu dua hukum berikut tidak termasuk
4
dalam definisi hukum-hukum akal seperti pengetahuan bahawa sesuatu yang sempurna
adalah lebih besar dari sebahagiannya.
a. Hukum-hukum adat seperti pengetahuan bahawa hujan akan turun di
waktu petang sekiranya cuaca di sebelah pagi cerah (dalam musim
hujan).
Maksud yang bersangkutan dengan amalan ialah apa yang tidak bersangkutan
dengan kepercayaan (iktiqad). Contoh amalan ialah seperti solat dan zakat.
Dengan itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad seperti tauhid kepada
Allah Ta'ala dan pengetahuan terhadap nama-nama dan sifat-sifatNya tidak
termasuk sama.
Maksud diambil dari dalil-dalil yang terperinci ialah dalil-dalil yang bersangkutan
dengan permasalahan-permasalahan terperinci al-fiqh. Dengan itu subjek Usul
Fiqh tidak termasuk sama kerana ia adalah subjek yang berdasarkan dalil-dalil
umum.
Manakala sudut kedua adalah apabila digabungkan kedua-dua perkataan
menjadi Usul Fiqh sebagai satu gelaran bagi ilmu yang tertentu. Ilmu ini didefinisikan
sebagai “ Satu ilmu yang mengkaji dalil-dalil al-fiqh yang umum dan cara
mengeluarkan hukum darinya serta keadaan orang yang mengeluarkan hukum
tersebut.”
Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:
5
Maksud umum ialah kaedah yang umum seperti ‘perintah menunjukkan
kewajipan’, ‘larangan menunjukkan pengharaman’ dan ‘kesahihan menuntut
perlaksanaan’. Dengan itu dalil-dalil terperinci tidak termasuk sama. Namun adakalanya
ia akan disebut juga sebagai contoh bagi menerangkan sesuatu kaedah.
Maksud cara mengeluarkan hukum darinya ialah pengetahuan bagaimana
mengeluarkan hukum dari dalil-dalilnya dengan mengkaji hukum-hakam sesuatu lafaz
dan pengertiannya samada umum, khas, dibiarkan, ditentukan, memansuhkan,
dimansuhkan dan lain-lain.[3] Kefahaman terhadap perkara ini membolehkan seseorang
itu mengeluarkan hukum dari dalil-dalil fiqh.
Maksud keadaan orang yang mengeluarkan hukum tersebut ialah pengetahuan
terhadap keadaan orang yang mengeluarkan hukum dari dalil-dalil iaitu seorang
mujtahid. Orang ini digelar sebagai mujtahid kerana dia telah sampai ke peringkat
mampu berijtihad di mana dengan usahanya sendiri dia dapat mengeluarkan hukum
dari dalil-dalilnya. Jadi pengetahuan tentang mujtahid, syarat-syaratnya, hukumnya dan
lain-lain dikaji di dalam ilmu Usul Fiqh.
2.1 Konsep Kaedah Fiqh
Pengertian Bahasa
6
Berkaitan dengan pengertian fiqhiyyah dan kaedah fiqh menurut pengertian Bahasa
ialah:
a. Lafaz atau perkataan fiqhiyyah ( فقهية ) berasal daripada perkataan al-fiqh. Ia
membawa maksud al-fahmu ( الفهم ) iaitu suatu kefahaman.
b. Perkataan atau lafaz al-Qawa’id al-fiqhiyyah menurut pengertian Bahasa
ialah dasar-dasar yang berkaitan dengan maslah hukum.
Pengertian istilah
Menurut abdul latif muda (2000) Kaedah fiqh dari sudut pengertian istilah dapat
diberikan dalam beberapa bentuk antaranya ialah :
a. Prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang
mengandungi hukum hakam yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
Contohnya ialah : lafaz kaedah ( يزال ( الضرر maksudnya : bahaya mestilah
dihapuskan.
b. Asas-asas atau pokok-pokok fiqh yang bersifat kulli dalam beentuk nas-nas atau
teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang
disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang
tergolong di dalam lingkungannya.
c. Kaedah-kaedah hukum yang bersifat kulliyyah yang diambil daripada dalil-dalil
kulli. Iaitu daripada dalil al-Quran dan as-sunnah. Yang mana ia menjadi asas
kepada kaedah-kaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan banyak
juz’iyyah dan daripada maksud-maksud syarak.
7
2.2 perbezaan antara usul fiqh dan kaedah fiqh
Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat antara usul fiqh dengan kaedah fiqh
seperti yang berikut:
1. Usul Fiqh merupakan ilmu tentang kaedah mengeluarkan hukum syarak
daripada dalil-dalinya seperti al-Quran, al-sunah, ijma, qiyas, istislah, istihsan
dan sebagainya. Qawaid Fiqh pula membincangkan hukum fiqh itu sendiri
berdasarkan kepada kaedah yang dikumpulkan daripada hukum-hukumn yang
mempunyai persamaan dari sudut yang tertentu. Seperti kaedah tentang niat,
syak, mudarat, adat, rukhsah dan sebagainya.
2. Dari segi punca dan tempat ambilan, Usul Fiqh berpunca dari perbahasan
lafaz-lafaz dalam Arab, nahu, saraf, balaghah. Kaedah ini diperolehi secra
istiqrak atau induktif terhadap teks-teks Arab, syaor dan khutbah. Sedangkan
Qawaid Fiqh diperolehi daripada hukum syara yang lima (wajib, haram, sunat,
makruh dan harus) , fatwa-fatwa dan masalah-masalah fiqh.
3. Kaedah-kaedah dalam Usul Fiqh lebih khusus kepada ahli ijtihad dan ahli
fatwa dalam usahanya untuk menyimpulkan hukum syarak dari dalil-dalinya,
begitu juga dalam menyelesaikan hukum masalah yang tidak disebutkan
hukumnya dalam dalil-dali muktabar dan permasalahan baru (nawazil).
4. Qawaid Fiqh pula lebih khusus dengan ahli fiqh atau pelajar yang
menjadikannya rujukan untuk mengetahui hukum-hukum furuk sebagai
alternatif kepada merujuk bab-bab yang berselerakan. Sifat kaedah Usul Fiqh
8
adalah umum dan menyeluruh manakala Qawaid Fiqh mempunyai juga
pengecualian oleh sebab itu ia disebutkan juga sebagai kaedah aghlabiyyah
yakni kaedah kebanyakan bukan umum kulli.
2.2 Faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh
Ilmu Usul Fiqh merupakan ilmu yang tinggi nilainya, amat penting dan banyak faedah.
Antara faedahnya ialah: kemampuan untuk mengeluarkan hukum-hukum Syara‘
daripada dalil-dalilnya berlandaskan kaedah-kaedah yang betul.
Orang pertama yang mengumpulkan ilmu Usul Fiqh secara berasingan daripada ilmu-
ilmu lain seperti Ilmu al-Hadith, ialah al-Imam al-Syafe‘i Muhammad bin
Idris rahimahullah lalu diikuti oleh para ulamak lain yang telah menyusunnya dalam
pelbagai bentuk penulisan (samada biasa, syair, ringkasan dan teperinci).
Beberapa kelebihan yang boleh didapati dalam mempelajari ilmu usul Fiqh adalah
seperti berikut:
Mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan dan
menggunakan ilmu usul fikah dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah.
9
Mengetahui cara-cara bagaimana ulama menetapkan sesuatu hukum serta
mengetahui kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dan menetapkan hukum bagi
sesuatu hukum berdasarkan dalil syarak.
Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah ikut perkembangan zaman
dan keperluan masyarakat.
Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmatnya.
Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan
perbuatan mukallaf.
Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid melalui
kaedah usul dan dipadukan pendapat ulama yang berselisih di antara mereka untuk
3.0 Kaedah-Kaedah Fiqh
Kaedah Fiqh mengandungi 5 hukum asas yang digunakan sebagai cara untuk
mengeluarkan sesebuah hukum hakam, kaedah-kaedah asas fiqh adalah seperti
berikut :
1. بمقاصدها ) .maksudnya : segala urusan berdasarkan niat ( األمور
2. بالشك ) يزال ال .maksudnya : keyakinan tidak dihilangkan dengan niat ( اليقين
3. التيسير ) تجلب .maksudnya : kesukaran diiringi kemudahan ( المشقة
4. يزال ) .maksudnya : kemudaratan mesti dihapuskan ( الضرر
10
5. محكمة ) .maksudnya : adat dijadikan hakim ( العادة
3.1 Kaedah ( بمقاصدها ( األمور
Berdasarkan soalan tugasan yang diberikan, saya akan menghuraikan kaedah
yang pertama daripada lima kaedah-kaedah asas fiqh iaitu kaedah ( بمقاصدها ( األمور
maksudnya ialah segala urusan berdasarkan niat.
Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannyaatau setiap
perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh
mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi,
antaranya :
a) Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim:
, نوى ما المرئ وانما بالنية األعمال الله انما الى فهجرته ورسوله الله الى هجرته كانت فمن
اليه ماهاجر الى فهجرته ينكحها امراة او يصيبها لدنيا هجرته كانت ومن ، .ورسوله
Maksudnya : sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan
sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana
Allah dan rasuln-Nya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang
berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana
11
wanita yang ingin dikahwaninya . Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia
hijrahkannya.
b) Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:
له : نية ال لمن عمل ال الله رسول قال
Maksudnya : tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.
c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:
الله رسول قال نيتهم على الناس :ييعث
Maksudnya : manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.
Berdasarkan dalil-dalil daripada hadis nabi S.A.W dapat difahami bahawa setiap
gerak kerja kita dalam ibadat mestilah dimulakan dengan niat untuk membezakan
amalan tersebut adalah ibadat dan bukannya adat. Oleh itu, niat menjadi syarat utama
sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang
tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.
3.1.1 Analisis Kaedah ( بمقاصدها ( األمور
12
Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan epada beberapa kaedah
lain yang lebih kecil antaranya ialah :
a. ( تلتبس ال أو عادة تكون ال عبادة فى النية اشتراط Tidak disyaratkan niat dalam (عدم
mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan
yang lain. Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya,
membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan
yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi
membezakan fardhu dengan yang lainnya.
b. ( غيره دون يلتبس فيما التعيين Disyaratkan ta’yin(menentu) (اشتراط dalam mana-
mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan
yang tidak kesamaran dengan yang lain. Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah
seperti solat, dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.
c. ( يضر لم وأخطأ عينه اذا وتفصيال جماة له التعرض يشترط Sesuatu amalan yang (ماال
tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci,
apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan(tidak
batal).Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya, ta’yin imam akan makmun
dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.
13
d. ( مبطل فيه فالخطأ التعيين فيها يشترط ,Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin (ما
jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu. Contohnya, tersalah niat puasa
kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.
e. ( وأخطأضر عينه اذا تفصيال تعيينه يشترط وال جملة له التعرض يجب Amalan-amalan(ما
yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara
terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal).Contohnya,
seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata yang
disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka
terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.
f. الخاص تعم وال العام اللفظ تخصص اليمين فى Iaitu ((النية niat seseorang yang
dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan
perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas. Contohnya,
seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia
niatkan orang itu Umar.
g. ( عندالقاضى اليمين وهو واحد موضع فى اال الالفظ نية على اللفظ Tujuan dan(مقاصد
matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah
14
sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim. Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah
berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.
h. ( والمعاني لاللفاظ ال والمعاني صد للمقا العقود فى Yang diambil (العبرة kira dalam
masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada
lafaz dan kalimah-kalimah sahaja. Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari
engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh
penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.
AL-ADATU MUHAKKAMAH
Al-Adatu Muhakkamah merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah
fiqhiyyah yang utama. Di dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu’ yang lain.
Di dalam tulisan ini, tumpuan perbincangan diperkecilkan kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan muamalat sahaja.
Perbincangan berkenaan penggunaan adat atau ‘urf sebagai penentu hukum
dalam muamalat ini telah disentuh oleh ulama al-mutaqaddimin (terdahulu)
15
yang terkemuka seperti al-Imam Al-Suyutiy (911H) yang telah membincangkan masalah
jual beli al-mu’atah , iaitu seorang membeli barang daripada penjual yang hanya
menerima harga tanpa menyatakan ijab dan qabul, yang pada dasar hukumnya dalam
mazhab al-Imam al-Syafi’iy adalah tidak sah . Tetapi oleh kerana kebiasaan atau al-
adah itu diambil kira maka jual beli tersebut menjadi sah. Kenyataan ini juga mendapat
sokongan daripada al-Imam al-Nawawi . Kedua-dua imam al-Suyutiy dan al-Nawawi
adalah daripada mazhab al-Syafi’iy.
Perbincangan mengenainya diteruskan oleh ulama al-mu’asirah (kini) seperti
Muhammad al-Zuhayliy (1999) yang menyatakan “sekiranya berlaku jual beli yang tidak
dinyatakan dalam akad sama ada bayaran secara tunai atau tangguh, dan diketahui di
antara mereka secara kebiasaannya bayaran dijelaskan selepas seminggu atau
sebagainya, maka pembeli tersebut pada masa itu tidak perlu (diwajibkan) menjelaskan
bayaran barang tersebut serta merta, dan meninggalkan amalan biasa (dalam mazhab
al-Syafi’iy). Dalam keadaan ini, adat atau kebiasaan mereka berada pada kedudukan
yang disepakati secara jelas”.
Penulis Melayu (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000) juga ada
memperkatakan tentang masalah pengambilan al-adah di dalam menentukan sesuatu
hukum dalam muamalat. Mereka menyatakan “seorang membeli barang dengan
membayar deposit atau pendahuluan sahaja. Namun sebelum ia mengambilnya, harga
barang telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualnya
kepada orang lain dengan alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya, kerana
16
adat kebiasaan masyarakat setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang,
dianggap telah berlaku akad. Dalam keadaan ini, adat dikira sebagai perujuk.”
Perbincangan berkenaan dengan definisi al-‘adah atau al-‘urf telah mendapat
sambutan yang agak hangat dalam kalangan para ulama. Ada di antara mereka yang
tidak membezakan keduanya dan ada yang membezakannya. Namun sekiranya kedua-
dua al-‘adah dan al-‘urf dilihat dari sudut mu’amalat maka akan terlihatlah
perbezaannya yang amat ketara.
Sekiranya di dalam bidang ibadah, penggunaan gantang untuk membayar zakat
dan cupak untuk membayar fidyah tetap tidak berubah mengikut perubahan zaman.
Tetapi di dalam bidang muamalat seperti jual beli, maka penggunaan cupak dan
gantang bukan sahaja tidak digunakan bahkan tidak dikenali oleh generasi hari ini.
Definisi al-‘adah ialah sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-‘adatu
bermaksud sesuatu yang berulang-ulang . Ia sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu sebagai kebiasaan. Ab Latif Muda mentakrifkan adat sebagaimana yang
difahami daripada perkataan Arab itu “sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus
menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ia dapat diterima oleh akal manusia
dan ia dilakukan secara berulang-ulang” .
Definisi al-‘urf ialah kamus-kamus Arab menyatakan maksud ‘urf sebagai seerti dengan
ma’ruf iaitu sesuatu yang diketahui manusia daripada segala kebaikan dan mereka
menerimanya dengan itmi’nan . Manakala di dalam bahasa Melayu, ia sesuai
diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat resam, adat
17
pepatih, adat Melayu dan sebagainya. Kerana adat-adat tersebut dikenali dalam
kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-lain.
Manakala definisi mu’amalatialah mu’amalat bermaksud urusan yang melibatkan
kewangan (المالية) di antara dua orang atau lebih seperti al-Salam, al-Rahn dan
sebagainya . Ada dalam kalangan penulis yang menterjemahkannya sebagai “harta dan
konsepnya seperti yang dinyatakan dalam Islam” .
Kesimpulan dalam bidang muamalat, al-‘adah atau kebiasaan yang diamalkan
oleh manusia boleh berubah dari masa ke masa dan dari generasi ke generasi malah
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya dalam bidang jual beli seperti
yang disebutkan, kebiasaan yang diamalkan oleh generasi hari ini menggunakan alat
sukatan dan timbangan dalam kilogram telah berbeza daripada generasi dahulu.
Begitu juga kebiasaan (al-‘adah) pada suatu masa mereka berjual beli dengan
menyatakan ijab dan qabul, kemudian berubah kepada bay’ al-mu’atah (bertukar
tangan) sahaja. Kebiasaan kini orang membayar dengan tunai dan kad kredit atau kad
debit tetapi tidak mustahil datang suatu masa orang tidak lagi menggunakan tunai
langsung. Itulah kebiasaan (al-‘adah) yang akan berubah-ubah mengikut keadaan suatu
generasi.
Tetapi ‘urf atau adat resam sesuatu bangsa atau kumpulan manusia itu diwarisi
turun temurun dan mustahil akan berubah. Pepatah “biar mati anak asal jangan mati
adat” jelas menggambarkan pegangan mereka kepada adat adalah amat kuat
18
Oleh yang demikian, persoalan mengapa pilihan para ulama menggunakan
kaedah al-‘adah muhakkamah berbanding al-‘urf muhakkam nampak jelas sekiranya
dilihat daripada segi bidang muamalat.
Sebelum perbincangan dilanjutkan terlebih dahulu dinyatakan beberapa signifikan yang
menjadikan adat (kebiasaan) atau ‘urf sebagai hujjah bagi menentu hukum dalam
muamalat. Dr. Abd al-Karim Zaydan (1994) telah menggariskan tiga perkara seperti
berikut :
i. Adat atau urf yang baik. Syariat Islam tidak pernah mengetepikan adat
atau ‘urf yang baik yang mendatangkan kebaikan pula kepada
masyarakat seperti bai’ al-Salam. Walaupun ia tidak thabit melalui nas
sorih, namun amalan ahli Madinah yang baik itu diteruskan. Sebaliknya
jual beli tamar dengan tamar walaupun ia juga merupakan ‘urf mereka,
ia tidak dibenarkan kerana berlawanan dengan nas syarak yang
mengharamkan riba.
ii. Adat atau urf yang telah diamalkan secara menyeluruh menjadi suatu
ijma’ . ‘Urf merupakan suatu perkara yang kadang-kadang mempunyai
kuasa tersendiri ke atas perilaku masyarakat, oleh yang demikian
meraikannya adalah lebih mudah disamping ia meringankan kesakitan
(beban) . Begitu juga sekiranya ‘urf itu diamalkan secara berterusan oleh
kebanyakan ahli masyarakat ia boleh dianggap seoalah-olah suatu ijma’
19
dalam kalangan mereka. Ijma’ pula merupakan suatu yang dianggap
dalil bagi melayakkan sesuatu menjadi hujjah.
iii. Adat atau ‘urf boleh dianggap sebagai ijma’ al-sukuti. Urf telah
mendapat perhatian para fuqaha dalam amalan ijtihad mereka
sepanjang zaman dan amalan tersebut tidak pula mendapat bantahan
daripada fuqaha yang lain membuktikan bahawa ia merupakan sesuatu
yang layak dijadikan hujjah.
Dr. Abd al-Karim Zaydan juga telah menggariskan empat perkara yang menjadi
syarat bagi sesuatu ‘urf itu boleh dijadikan hujjah dalam sesuatu urusan mu’amalat.
1. Urf yang tidak berlawanan dengan nas syarak. Iaitu sesuatu ‘urf atau mana-
mana bahagiannya hendaklah tidak berlawanan dengan nas syarak. Contohnya
mengembalikan barang yang disimpan (الوديعة) kepada isteri atau anak orang yang
membuat simpanan. Urf ini tidak berlawanan dengan syarak kerana ia tidak pernah
menetapkan hanya penyimpan sahaja yang boleh mengambil barang simpanannya.
Sebaliknya jual beli pakaian yang mendedahkan aurat, walaupun ia merupakan adat
sesuatu tempat tetapi sebahagian hasil daripada jual beli itu melanggar syariat iaitu
membuka aurat, maka ia tidak dibenarkan.
20
2. Urf yang paling biasa. Iaitu suatu urf yang diamalkan oleh kebanyakan ahli
sesuatu masyarakat. Kecuali sedikit sahaja yang tidak mengamalkannya. Hal ini kerana
sesuatu yang menjadi pilihan ramai tidak mungkin akan hilang dengan mudah.
3. Urf yang masih diamalkan. Iaitu urf berkenaan masih berjalan dalam
masyarakat pada masa akad. Bukannya urf yang pernah diamalkan dahulu dan kini
sudah tidak diamalkan lagi, maka ia tidaklah dibenarkan.
4. Urf yang sunyi daripada perkataan atau perbuatan yang bersalahan.
Iaitu kebiasaan sesebuah perniagaan itu mengamalkan jualan secara ansuran tetapi
kedua-dua penjual dan pembeli bersetuju untuk membeli dalam keadaan tunai. Pada
masa kini ianya seperti syarikat “singer” atau “courth mammoth” yang membenarkan
juga pembeli membuat bayaran tunai, maka pada masa itu akad tidak perlu ditetapkan
hanya kepada ansuran sahaja.
Berikut disenaraikan kaedah-kaedah pecahan daripada kaedah “ محكمة ”العادة
yang mendapat perbincangan ulama dalam bidang muamalat. Antaranya:
1. حقيقة Sكالممتنع Tعادة Uالممتنع
Sesuatu yang ditegah secara kebiasaannya adalah suatu yang dapat
diterima pada hakikatnya. Contohnya seseorang mendakwa barang yang dibeli
oleh seorang yang lain itu adalah miliknya, maka sudah tentu dakwaan tersebut
tidak dapat diterima kerana ia suatu yang tidak berlaku (ditegah) daripada sudut
hakikatnya.
21
2. بها Uالعمل Uيجب Vحجة Sالناس Uاستعمال
Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat adalah dianggap
hujjah dan wajib beramal dengannya. Sudah tentulah selama mana ia tidak
bertentangan dengan nas syarak. Sebagai contoh kebiasaan amalan dalam
masyarakat yang membeli almari atau perabot, kos penghantarannya adalah
ditanggung oleh penjual dan barang tersebut (jual belinya akan sempurna
apabila ia) diterima di rumah.
3. SةWادWعX ال SاللةWدS ب Uُك WترU ت Uالحقيقة
Ulama telah bersepakat bahawa sekiranya pertembungan berlaku di
antara hakikat dan majaz hendaklah ditarjihkan hakikat. Manakala sekiranya
bertembung antara hakikat dan adat maka hendaklah ditarjihkan adat yang
mempunyai petunjuk atau penjelasan dalil. Hakikat yang diketepikan itu pula
adalah apabila ia ada sekatan atau halangan. Namun sekiranya hakikat tidak
mempunyai halangan atau sekatan maka pada masa itu hakikatlah yang
diamalkan.
Contohnya seseorang telah menulis di atas kertas dengan tulisannya
sendiri bahawa ia telah melepaskan si fulan daripada hutangnya, maka hutang
tersebut dianggap telah terhapus kerana adat menjelaskan iqrar dengan
penulisan diterima sebagai iqrar dengan percakapan .
22
4. SصZ Sالن ب SينS Zعي Wالت ك SرِفUالعS ب UينS التعي
Sesuatu penetapan hukum berdasarkan ‘urf adalah sama kedudukannya
dengan penetapan hukum yang didasarkan oleh nas. Contohnya seorang yang
menyewa sebuah kedai di kawasan bazar jualan kain, tidak boleh menjalankan
perniagaan menukang besi atau membuat roti, atau sebarang pekerjaan yang
boleh mendatangkan kesusahan kepada jiran-jirannya .
5. رًطTا Wش SشروطWمX Wال ك عUرفTا Uالمعروِف
Sesuatu yang telah diketahui umum dan telah menjadi ‘urf hendaklah
dilaksanakan secara nyata tanpa meletakkan syarat. Ia hendaklah diraikan
sebagaimana yang diketahui umum secara jelas. Contohnya seorang membeli
komputer desktop tidak perlu disyaratkan membeli keyboard, mouse, moniter,
cpu dan sebagainya. Kaedah ini juga disebut pada tempat yang lain sebagai
Wهم بين Sكالمشروط Sالتجار Wين ب Uالمعروِف
Kaedah “ محكمة dalam bidang ”العادة mu’amalat yang paling banyak
mendapat perhatian para ulama untuk membincangkannya adalah yang bekaitan
dengan urusan jual beli. Fenomena ini (jika boleh dikatakan) berlaku kerana ia
(jual beli) merupakan bidang mu’amalat yang sering diamalkan dalam sesebuah
masyarakat tanpa mengira jantina, tahap pendidikan, tahap ekonomi malah umur
seseorang individu itu sendiri.
23
Manakala bidang-bidang lain seperti sewaan hanya diamalkan oleh orang
yang perlu menyewa, begitu juga pinjaman, gadaian, syirkah dan sebagainya.
Maka sudah tentu ia tidak mendapat begitu banyak perhatian dan perbincangan
dalam kalangan fuqaha sama ada golongan al-mutaqaddimin atau al-mu’asirin.
1. Bai Al-Salam (السلم)
Iaitu jual beli melalui tempahan seperti menempah pakaian, makanan dan
sebagainya dengan didahulukan bayaran manakala barang akan diserahkan
kemudian setelah tempahan tersebut selesai. Ia adalah satu-satunya bidang
mu’amalat yang diasaskan oleh amal ahli Madinah (urf) berbanding jual beli (
,(البيع hutang, sewaan, qard al-hasan dan lain-lain yang diasaskan oleh nas
syarak samada al-Quran ataupun al-Hadith.
Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal
daripada jual beli barang yang tidak ada ( المعدوم (بيع namun oleh kerana
keperluan masyarakat maka ia dikecualikan daripada kategori tersebut . Beliau
juga menegaskan bahawa hadith Abd al-Rahman yang diriwayatkan oleh imam
al-Bukhariy dan sebuah lagi hadith Ibnu ‘Abbas yang diriwatkan oleh kedua-dua
imam al-Bukhariy dan Muslim, serta ayat ke-282 surah al-Baqarah semuanya
berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang telah diharuskan oleh syarak
maka jual beli secara tempahan (bay’ al-salam) juga adalah harus .
2. Jual beli (البيع)
24
Pensyariatan jual beli adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah:
275). Manakala dalam bidang jual beli ini, kaedah “ محكمة diguna pakai untuk ”العادة
mengharuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 Bai al-Mu’atah (pertukaran tangan).
2.2 Jual beli dengan bayaran deposit .
2.3 Menentukan alat untuk sukatan atau timbangan dalam jual beli.
Ahli Baghdad menggunakan cupak yang dikenali sebagai cupak Baghdad.
2.4 Penggunaan mata wang bagi tujuan pembayaran.
Setiap tempat menggunakan mata wang yang tersendiri.
3. Sewaan atau upah (الإجارة)
Pensyariatan sewaan atau upah adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-
Talaq: 6) dan sebahagian ulama seperti Dr. Mustafa al-Bugha menjadikan ayat 26
surah al-Qashash yang mengisahkan Nabi Musa diupah oleh Nabi Syuaib dengan
dikahwinkan anak perempuannya .
Manakala dalam bidang sewaan atau upah ini, kaedah “ محكمة diguna pakai ”العادة
untuk mengharuskan perkara-perkara seperti berikut
3.1 Perihal barang keperluan akibat daripada alat yang disewa.
Seorang yang menyewa mesin jahit maka ia tidak memasukkan pembiayaan benang di
25
dalam akad sewaan tersebut . Begitu juga orang yang menyewa kereta tidak boleh
menuntut harga petrol daripada tuan punya kenderaan.
3.2 Kewajipan membayar upah. Seorang yang menyerahkan kain kepada tukang
jahit tidak perlu mensyaratkan upah bagi pekerjaan tersebut kerana kebiasaan setiap
pekerjaan dibayar upah. Maksudnya syarat untuk membayar upah tidak diperlukan
dalam akad .
4. Pawah
Pawah adalah bentuk upah memelihara binatang yang diamalkan oleh
sebahagian penduduk di beberapa kawasan di Malaysia dan menjadi adat atau curf
sehingga kini. Sekiranya mereka memawah lembu betina untuk dipelihara oleh
seseorang, anak pertama dan kedua akan dikembalikan kepada hak milik tuannya yang
asal manakala anak ketiga akan menjadi milik orang yang memelihara (sebagai upah).
Seterusnya anak keempat dan kelima akan kembali kepada tuannya dan anak keenam
menjadi hak milik orang yang memelihara dan begitulah seterusnya.
Imam al-Qurtubi (671H) di dalam menghuraikan ayat 26 surah al-Qashash beliau
berpendapat “tidak harus akad al-Ijarah yang difahami sebagai pawah. Iaitu
menetapkan upah memelihara binatang dengan anak yang bakal dilahirkan oleh
binatang berkenaan. Kerana sesuatu yang belum terjadi itu merupakan sesuatu yang
belum pasti.”
Sekiranya dirujuk kepada tafsiran ini, maka ‘urf sebegini tidak boleh diamalkan
sebagai sebahagian dari al-Ijarah. Namun sekiranya ‘urf sebegini diambil kira sebagai
26
asas bagi menentukan keharusan akad pawah maka ia dibolehkan kerana selama ini ia
berjalan dalam masyarakat tanpa menimbulkan sebarang persengketaan.
ISU SEMASA BERKAITAN AL-ADATUL MUHKAMAT
ISU SEMASA 1
Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.
27
Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di
atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin
menambah maklumat, bagaimsayapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa
menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah
dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap
kontrak yang kian popular di kalangan masyarakt hari ini.
RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT
1. Takrif Kad Kredit
Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau
msaya-msaya pihak lain, yang msaya ia memberi kemudahan kepada pemegangnya
untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"
‘Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi "Iaitu urusan
pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang
msaya salah satu pihak secara tunai msayakala pihak kedua secara tangguh di atas
tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"
Msayakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam
Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran
(penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada msaya-msaya
28
individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia
membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua
pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat
pembayaran tunai (segara), kersaya ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak
pengeluar."
2. JENIS KAD
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah
seperti berikut :
•a) Kad Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil
penggunaannya setiap bulan. Antaranya jenisnya : American Express, Diners Club.
Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpsayan di Bank
Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan
apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-
hutangnya hasil penggunaan kad.
29
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line and limit), lalu ia boleh
menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin
tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan
waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan
dibekalkan dengan penyata bulsayan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah
digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang
ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah
ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang
dari keahlian dan sebagainya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan
sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.
•b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card,
Master Card, Diners Card, American Express Card.
Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma
terdapat beberapa perbezaan utama.
30
Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna' nya secara keseluruhannya
setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan,
tetapi dibenarkan untuk membayar hanya nisbah kecil dari bil . Msayakala
bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh
izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan
mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
Kad ini juga ada yang mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna
pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak msaya yang disukainya selagi
msaya di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar
nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), msayakala jika bakinya di tangguh
sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan
dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar
18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan
menindas.
Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar
negara di msaya2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.
HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT
31
1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan
pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini
adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimsaya ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar
Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini
adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian
dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada
pemegang kad, kersaya ia telah terpindah kepada Pengeluar.
Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian
pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka
adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh
Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini
tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.
2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan
Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang
meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh
pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa
OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada
persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK
32
HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimsayapun, ketetapan
dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit
konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam
kontraknya. Bagaimsayapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan
sebelum di kenakan faedah Riba.
2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : harus, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang
telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga
HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan
jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan
khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah
Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan
Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.
2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar.
Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam
perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan
yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang msaya biasanya berlegar sekitar 2-
33
5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards,
London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank
akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang
disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil
penggunaan kad daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hsayafi yang sah. Jumlah kos
ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan
lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah
wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kersaya menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam
mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh
dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang
mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).
4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim
mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim
Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalsayan.
34
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia
(RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini
akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna
menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau
diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an
exclusive opportunity for a select few)
Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-
a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh
Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai
Haram kersaya mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan
maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.
Bagaimsayapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kersaya pemegang tidak
membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum
haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan
hukumnya adalah Harus. Ini adalah kersaya ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya
tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).
Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi'
dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
35
b) Hadiah-hadiah lain : Harus atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan
ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat
hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah.
Bagaimsayapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-
Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).
5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja. Iaitu pihak
pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan
Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kersaya kontrak yang
diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair
Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak).
Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.
6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit
Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan
perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa
sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah
berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini
adalah kersaya wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan
demikian juga Kad Kredit.
36
Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak
menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini,
Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ;
Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada
April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah
terlakssaya, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit
ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke
Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan
ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.
Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka
memfatwakannya sebagai haram ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada
persidangan 23-28 September 2000 )
Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari
mengambil mudah. Ini kersaya kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah
lebih diutamakan" . Maka hukumnya : Haram.
7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di
dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini,
maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara
segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang
37
kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut
- sebagaimsaya termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin
sekitar 2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini.
Sebagaimsaya yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang
adalah At-Taqabud fil hal.
Hukumnya : Haram. Ini adalah kersaya kelewatan Bank menerima timbal balik
dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya
mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kersaya Bank menuntut Bil dari
pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh
izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah
HARAM kersaya berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh.
Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000.
BAGAIMSAYAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan
yang amat sangat.
8. Denda Penalti Kersaya Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.
Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad
akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam
tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.
38
Hukumnya : Haram, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat
dilarang di dalam Islam kersaya terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan
harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.
Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada
Nov 1998.Bagaimsayapun terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi
Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan harus, tetapi jumlah
denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ia dibolehkan berdasarkan
kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam
melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan
Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.
9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad
Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak
ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan
dikenakan faedah.
Hukumnya : Haram, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa
sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain
pada Nov 1998.
39
ISU SEMASA 2
Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan
faedah bagi bil berbaki?
40
JAWAPAN : Asalnya adalah haram dan batal syarat tersebut. Bagaimsayapun terdapat
pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu
hukumnya harus, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang
baki yang boleh dikenakan Faedah.
Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit. Ia dianggap pemegang kad membuat
pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine'
bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).
Hukumnya:
1. Harus, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam
akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya
sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank
mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.
2. Haram jika Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil
pinjaman yang diberikan. Kersaya ia adalah Riba al-Qurudh. Kecuali
jika pihak bank pemberi pinjaman hanya mengambil kos kecil yang
tetap, hasil khidmat pemprosesan yang dibuatnya sahaja. ketika itu
harus , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya
ketiga pada 1986 M.
41
3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya
(berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap
pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua
hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu.
Sebagaimsaya Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba'
Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak
pemberi pinjaman adalah RIBA.
ISU SEMASA 3: Menggunakan Master Cards yang mengenakan Caj Tambahan
Soalan
Di Negara-negara Eropah, anda boleh mendapatkan visa atau master card. Ia boleh
digunakan untuk membayar di kedai, tetapi jika ia digunakan untuk mengeluarkan wang
daripada cash points, anda dikenakan caj 1.5% (iaitu apabila anda menerima penyata
42
untuk membayar semula apa-apa yang telah anda belanjakan, akan ada sejumlah
tambahan sebanyak 1.5% dikenakan). Adakah ini dianggap Riba sebab mereka tidak
memanggilnya riba dalam penyata, tetapi cuma caj untuk menggunakan kemudahan
pengeluaran?
Jawapan
"Masalah kad kredit ialah sejenis isu yang rumit. Perhatikan perenggan-perenggan
berikut sebagai ringkasan:
1. Kontrak kad kredit mempunyai klausa Riba bersyarat . Kad kredit boleh
digunakan untuk membayar pembelian dan mengeluarkan wang. Syarat itu tertakluk
kepada pelanggan untuk diaktifkan. Jika anda membayar dalam tempoh grace period,
tanpa mengeluarkan wang, maka tiada riba. Pengeluaran wang mengaktifkan klausa
riba dari hari pengeluaran (anda tertinggal hal ini, anda boleh melihatnya pada penyata,
ia tambahan kepada caj 1.5%) dan meninggalkan baki dalam akaun anda mengaktifkan
riba dari tarikh penyata (bukan dari hujung grace period).
2. Hal di atas diharamkan kepada msaya-msaya Muslim atau Bank Islam untuk
mengeluarkan kontrak kad kredit dengan syarat ini, dan diharamkan juga kepada
msaya-msaya Muslim untuk menandatangani kontrak itu jika ada kemungkinan dia
menggunakannya dengan cara itu yang mengaktifkan klausa Riba ( dengan cara
sedemikian lebih mahal daripada pinjaman terus daripada bank berasaskan riba),
dibenarkan untuk menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad itu untuk
pembelian sahaja untuk semua Muslim yang yakin akan diri mereka boleh membayar
43
dalam tempoh grace period dan tidak menggunakannya untuk mengeluarkan wang
(mereka mesti yakin akan ketepatan dan keupayaan mereka dalam pembayaran pada
masanya).
3. Caj atau komisyen pengeluar kad kredit yang di ambil daripada peniaga
dibenarkan, begitu juga dengan yuran tahunan. Tambahan lagi, masalah dalam
pengeluaran wang bukannya yuran pengendalian (iaitu sebanyak 1.5% yang anda
sebutkan) tetapi pengaktifan klausa riba seperti yang disebut diatas."
Easy payment atau plan pembayaran mudah merupakan satu kemudahan yang
disediakan oleh penyedia kad kredit. Yakni bank pengeluar kad kredit yang diuruskan
sama ada oleh pihak MasterCard atau Visa. Ia juga dikenali sebagai bayaran ansuran
tanpa faedah atau ‘zero interest’. Melalui kemudahan ini, para pemegang kad kredit
boleh menikmati penggunaan barangan yang dibeli secara ansuran dengan tidak
dikenakan sebarang faedah. Maksudnya, sama sahaja sama ada bayar secara tunai
sekaligus atau dengan kad kredit secara bulan-bulan, tak ada pertambahan harga dan
tidak dikenakan interest tetapi masih boleh memiliki dan membeli barangan yang tinggi
harga sekalipun.
Melalui kaedah pembayaran seperti ini, pemegang kad biasanya diberi pilihan
sama ada ingin membayar ansuran selama 6 bulan, 12, 24 atau sehingga 36 bulan (3
tahun). Contoh, barang yang berharga RM1800 boleh dimiliki dengan membayar secara
bulan-bulan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 18 bulan yakni setahun setengah.
Siapa yang tidak mampu milik barang itu bukan? Kalau setakat bayar RM100 sebulan.
44
Pengalaman, sudah dua barang saya beli guna kemudahan seperti ini. Pada
tahun 2005 saya beli sebuah komputer notebook. Bayar bulan-bulan selama 12 bulan
dengan harga tidak sampai RM200. Kemudian pada tahun lepas beli handset dengan
bayaran RM88.++ selama setahun. Terima kasih kepada pihak bank yang menyediakan
kemudahan ini yang boleh dianggap sebagai menguntungkan pihak para pelanggan.
Apa yang difikirkan sendiri. Kenapa pihak bank sanggup bersusah payah
menanggung beban membayar kepada pihak peniaga dengan harga yang tinggi sekali
gus kemudian ambil balik daripada pelanggan mereka sedikit-sedikit pada setiap bulan?
Saya ada beberapa rasional mengikut pendapat peribadi saya sendiri sahaja.
1. Pihak bank menjangka akan mendapat pulangan sekiranya pihak pelanggan
tidak dapat menyelesaikan bayaran bulsayan mereka tepat pada masanya. Maksudnya,
kalau mereka hanya mampu bayar jumlah minima bil kad kredit, maka mereka
sebenarnya akan dikenakan faedah ke atas penggunaan bulan tersebut. Perkara ini
akan bertambah dari bulan ke bulan. Ataupun lagi teruk “lagi untung” sekiranya
pelanggan tak mampu bayar langsung bil mereka pada akhir setiap bulan. Lagi banyak
caj boleh dikenakan!
2. Pihak bank ingin pastikan pelanggan mereka tidak memberhentikan
penggunaan kad kredit sehingga jumlah easy payment itu dibilkan sepenuhnya.
Dengan itu, pihak bank akan dapat yuran tahunan selama tempoh masa yang tertentu.
Perkara ini akan lebih lagi menguntungkan pihak bank sekiranya pelanggan menambah
penggunaan kemudahan easy payment mereka dengan membeli barang-barang setiap
45
bulan atau paling kurang setahun sekali. Kesetiaan (keterikatan) mereka dengan bank
akan bertambah panjang.
3. Pihak bank ingin menggalakkan para pelanggannya berbelanja kersaya
dengan easy payment mereka sudah merasakan mereka mampu berbelanja dengan
bayaran balik yang sedikit pada setiap bulan. Harga beribu telah bertukar menjadi
puluhan atau ratusan ringgit sahaja. Siapa pun mampu berbelanja!
Pun begitu, bagi pengguna kad kredit yang cerdik dan pintar pengurusan
kewangan, mereka masih dapat gunakan kemudahan easy payment ini tanpa terkena
jerat atau perangkap sebagaimsaya yang saya fikir dan senaraikan di atas. Iaitu mereka
bayar bil kad kredit secara keseluruhannya pada akhir setiap bulan, maka mereka tidak
dikenakan apa-apa caj. Lepas tu pula mereka hanya memilih kad kredit yang
dikeluarkan secara percuma oleh bank-bank tertentu (semestinya dengan syarat-syarat
yang mampu mereka patuhi). Akhir sekali mereka tidak berbelanja ikut nafsu tetapi ikut
kemampuan dan perancangan perbelanjaan yang berhemat.
Peristiwa terkini teringin sekali lagi pada tahun ini untuk berbelanja dengan
kemudahan easy payment. Pada saya, bil terakhir handset saya ni adalah bulan depan.
Kalau ikutkan, bermula bulan depan akan ada sejumlah wang lebihan daripada
perlepasan kredit berkenaan yang boleh saya gunakan bagi memenuhi keperluan
perbelanjaan yang lain pula. Tidak ada masalah dan saya boleh mulakan servey
(harga).
Masuk sebuah kedai elektronik yang namanya memang terkenal di seluruh
negara. Kedai besar dan mewah dipenuhi barangan-barangan elektronik dan dipenuhi
46
juga banner-banner yang memberikan tawaran itu ini. Memang syok kersaya sebaik
sahaja menjengah masuk sudah datang salesman yang manis muka, mesra dan ceria
pula laysayannya. Waa sejuknya mata.
Disamping bertanyakan itu dan ini, saya memberitahu hasrat menggunakan
kemudahan easy payment. Katanya “kalau nak buat easy payment, mesti jumlah bilnya
lebih RM1000 (satu ribu)”. “hmm tak ada masalah kersaya kita memang nak cari
banyak barang kali ni” bisik saya kepada isteri. Memang pun kersaya tahun ini kami
diberikan rezeki oleh Allah untuk duduk di rumah sendiri yang baru siap (tapi sehingga
hari ini, kuncinya belum diserahkan lagi pun, hehe).
“Tak ada apa-apa caj tambahan ke ni ncik?” tanya saya kepada si (salesman)
berpekerti mulia itu. “Tak ada, dah namanya easy payment encik.. zero interest”
sahutnya sambil tergelak-gelak. Terusik juga hati saya. Yalah rasa macam
diperbodohkan pula dengan soalan itu tadi.
“Atau saya perlu sertai apa-apa skim macam kena daftar kad ahli kedai ni ke
dulu?” tanya saya lagi. Biar nampak bodoh tapi tidak ditipu oleh maklumat yang
terselindung.
“Hmmm, untuk dapat kemudahan easy payment yang u kata tu..” belum habis
pun ayat saya. “Tak ada ncik”. jawabnya pantas. “Apa-apa bayaran pun tak ada? swipe
sekali tapi bayar sampai 18 bulan?” saya teruskan provokasi cara tersendiri.
“Adalah, encik perlulah bayar yuran proses, sekali saja” celahnya dengan suara
yang agak perlahan dan tidak disertai dengan gelak-gelak lagi. “La riba apa pula tu?”
getus saya. “Bukan riba la encik, memang semua orang kena bayar, bank dah tetapkan
47
macam tu, sekali sahaja dan amaunnya tetap walaupun berapa jumlah easy payment
yang encik buat” sambungnya macam bersyarah. “Berapa amaunnya itu?” tanya saya.
Setelah saya memberitahu bank pengeluar kad kredit saya dia pun jawab “kalau
kad encik ni, berapa amaun yang encik beli pun bayaran prosesnya tetap RM85, tak
kiralah seribu ka, dua ribu hatta 50 ribu pun” jelasnya. “Wah, kalau bank lain?” “ada
yang hanya RM25 encik, paling murah yuran proses adalah RM25”.
“Memang riba lah ni” luah saya macam tak puas hati. “Tak encik” sangkalnya.
“Riba apa pulanya, dah bank tetap macam tu, lagipun encik bukan bayar yuran proses
ni tiap-tiap bulan, sekali ni saja” sambungnya berceramah pula. “Ini namanya riba al-
Fadl, iaitu pertambahan harga ke atas harga asal yang dibayar semasa akad, saya
tahu” saya cuba beri sedikit ilmu kepadanya. Seterusnya kami berdua diam sambil saya
memulakan langkah keluar. Kecewa pun ada sebenarnya.
“Kat msaya-msaya kedai pun sama lah encik, kalau nak guna easy payment
memang kena bayar yuran proses, kalau tak msaya pihak bank nak untung?” akhirnya
salesman tadi cuba melepaskan geramnya pula. Sambil berpaling dengan langkah
tetap diteruskan, saya berkata “saya dah dua kali guna easy payment ni, tak ada pun,
sekali beli komputer dan terbaru beli handphone”. “oo itu masa promosi encik, masa tu
kami pun tak kenakan caj ni, sebab bank tengah promote penggunaan easy payment
ni” sambungnya memberi info tambahan.
Disebalik easy payment Saya ambil peluang untuk bertanyakan perkara
berhubung yuran proses ini kepada pengeluar kad kredit melalui email dalaman atas
talian (perbankan internet). Dalam masa tak sampai 24 jam, pihak bank memberitahu
48
mereka tidak pernah menetapkan kepada msaya-msaya peniaga untuk mengenakan
apa-apa yuran proses ke atas pihak pelanggan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan
memilih untuk menggunakan kemudahan itu dibeberapa kedai tertentu, pihak peniaga
yang akan membayar yuran proses berkenaan kepada pihak bank.
Perkara seperti ini dikenakan kersaya pihak peniaga telah dapat menarik minat
pelanggan untuk berbelanja di kedai mereka melalui kemudahan easy payment yang
diperkenalkan oleh pihak bank. Kersaya tanpa kemudahan ini mungkin pelanggan itu
tadi tidak akan melakukan perbelanjaan. Oleh itu, wajarlah pihak bank mengenakan caj
ini terhadap peniaga.
Seperti juga pembelian runcit biasa, peniaga tetap dikenakan amaun tertentu
sekiranya pelanggan memilih untuk membayar menggunakan kad kredit. Rasional yang
sama kersaya peniaga dengan pakej kad kredit berjaya menarik minat pengguna
untuk berbelanja.Yuran-yuran atau caj-caj berkenaan adalah berbeza dari sebuah kedai
ke kedai yang lain. Ianya mengikut jumlah jualan yang dapat dilakukan oleh peniaga
berkenaan menggunakan kad kredit atau easy payment. Semakin tinggi claim (tuntutan)
yang dibuat oleh peniaga, maka semakin kecil peratusan yang perlu mereka jelaskan
berdasarkan kepada jumlah jualan mereka.
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh pihak pengeluar kad kredit saya yang
setakat ini tidak pernah mengecewakan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan.
Kesimpulan easy payment ini memang bagus sekiranya kita bijak menggunakan
dan mengguruskannya. Ia membantu kita mengurus keperluan hidup dengan
pengurusan kewangan yang bijak. Dengan syarat kita perlu prihatin sebelum, semasa
49
dan selepas penggunaan easy payment. Ditakuti terjebak dengan bayaran-bayaran
yang tidak sepatutnya kita bayar. Itu jelas membebankan dan lebih teruk kalau ia
tergolong dalam kumpulan riba yang diharamkan oleh agama. Terlibat dengan riba
adalah bermaksud berperang dengan Allah dan RasulNya yang menjanjikan
(kekalahan) iaitu kehidupan tidak berkat dan sengsara di dunia ini lagi sebelum di
akhirat saya nanti.
Laporan Bergambar Amali Sembelihan
Sebelum Amali Sembelihan
50
Perbincangan bersama pensyarah pembimbing. Semua ketua turut serta dalam perbincangan tersebut.
Persiapan bahan-bahan untuk memasak telah dilakukan sehari
sebelum amali berlangsung.
Semasa Amali Penyembelihan
51
Amali penyembelihan sedang berlangsung Sebahagian ayam-ayam yang telah selamat disembelih
Saling bantu membantu dalam menjayakan amali ini
.
Semua peserta amali bergotong royong menyediakan makanan tengah hari.
Refleksi Amali Penyembelihan
52
Pada 17 Ogos 2015 PISMP Pendidikan Islam SK dan SJK (C) bersama Jabatan
Pengajian Islam Dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
telah mengadakan amali sembelihan bertempat di Surau As-Syafie, bagi memenuhi
proforma mata pelajaran Pengajian Fiqh (PIM 3143). Amali ini bermula seawal 7.30
pagi dan tamat lebih kurang pukul 3.00 petang.
Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran oleh peserta seramai 39 orang
yang terdiri daripada 28 orang guru pelatih lelaki dan 11 orang guru pelatih perempuan,
turut serta 2 orang pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Wan Azlan B. Wan Adnan dan
Ustaz Ahmad Ridwan B. Osman di bawah pemantauan Ketua Jabatan Pengajian Islam
Dan Moral, Ustaz Jamaluddin B. Adam.
Seusai itu, para peserta beramai-ramai bergerak ke tempat yang telah ditetapkan di
belakang surau. Sebanyak 39 ekor ayam telah disediakan untuk para peserta. Program
ini diteruskan dengan penerangan teori sembelihan oleh kedua orang pensyarah
pembimbing. Penerangan teori ini mengambil masa selama lebih kurang 10 minit.
Penyembilhan ayam turut dibantu oleh rakan-rakan yang lain.
Setiap peserta mengambil peluang mencuba dan melaksanakan sembelihan
masing-masing. Pelbagai ragam dan telatah yang dapat dilihat dalam kalangan peserta
yang terlibat. Ada yang tidak sabar dan ada juga yang takut -takut terutama dalam
kalangan guru pelatih perempuan. Keadaan yang tadinya suram menjadi riuh-rendah
lantaran gelak tawa dan gurauan peserta yang terlibat.
Setelah acara sembelihan selesai, guru pelatih telah dibahagikan tugas bergerak
melaksanakan tugas masing-masing. Bagi AJK makanan mereka menyediakan
sarapan pagi, ada yang menghantar ayam ke kedai untuk diproses, ada yang
53
menyiapkan tempat untuk makan, ada yang menjemput para tetamu dan boleh
dikatakan semua guru pelatih melaksanakan tugas dengan baik.
Kira-kira jam 12:30 masakan semua sudah siap dan bersedia untuk dimakan.
Ketibaan Timbalan Pengarah Encik Nordin sebagai tetamu jemputan dengan beberapa
orang pensyarah dating menjamu selera. Kami menjemput semua pensyarah dan staff
bagi majlis makan. Majlis makan berlangsung sampai jam 3 petang. Kemudian, kami
membuat satu gotong royong bagi membersih sedikit persekitaran di dalam dan luar
surau agar memastikan kebersihan terjaga dengan baik.
Keseluruhan kursus ini berjalan dengan lancar, kebanyakan peserta berpuas hati
walaupun terpaksa berpanas semasa amali sembelihan dilaksanakan. Moga objektif
amali sembelihan ini tercapai dengan jayanya, terutamanya merapatkan ukhwah antara
pelajar PISMP Pendidikan Islam Semester 8 yang akan tamat pengajain tidak sampai
sebulan sahaja lagi. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK
Pelaksana yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dan para peserta yang
telah menbuatkan kursus sembelihan ini berjalan dengan begitu jayanya.
Antara objektif yang saya dalam semasa amali ini dijalankan ilah saya dapat
membezakan sembelihan yang halal dan sembelihan yang haram. Selain itu juga ia
dapat menghilangkan rasa takut saya selama ini. Semasa amali dijalankan, saya dapat
mengetahui cara sembelihan ayam yang betul dengan yang salah. Apabila cara
sembelihan ayam itu salah, maka haram memakan ayam yang disembelih dengan
betul. Saya juga akan mengaplikasikan cara sembelihan ini ketika saya berposting
ditempat yang sukar untuk mencari makanan yang halal suatu hari nanti. Ia juga dapat
memupuk kerjasama antara satu sama yang lain. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui teknik dan adab ketika sembelihan dilakukan. Ia juga memupuk kebersihan
dan displin ketika sembelihan dilaksanakan.
Sekian Terima Kasih.
54
Rujukan
55
http://transformasiummah.blogspot.com/2011/02/qawaid-fiqhiyyah-tugasan-method-fiqh.html
http://insanmukmin.blogspot.com/2014/03/qawaid-fiqhiyyah.html
https://aljawhar.wordpress.com/category/usul-al-fiqh/
https://aljawhar.wordpress.com/category/fiqh-jinayah/
http://maqasidaurtaklif.blogspot.com/2011/08/perbezaan-antara-usul-fiqh-dan-qawaid.html
https://www.facebook.com/SurauTBR/posts/434410069928264
http://zulyusoff.blogspot.com/2006/12/panduan-belajar-bahasa-arab.html
https://ibnrajab.wordpress.com/2009/04/20/awasi-jerat-easy-payment/
56