44
ISU SOSIAL : USAH BIAR PENDERA KANAK-KANAK BERMAHARAJALELA Pada awal tahun ini, seorang kanak-kanak Malaysia menemui ajalnya terlalu awal. Beliau meninggal dunia bukan kerana sakit atau kemalangan, sebaliknya disebabkan kecederaan otak, perut dan buah pinggang, gara-gara salah laku penjaganya, iaitu seorang yang sepatutnya boleh percayai sebagai tempat bergantung. Berdasarkan bedah siasat, didapati ada luka dan kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa yang menunjukkan kanak-kanak itu didera berkali-kali. Ini bukan kes terpencil. Merujuk statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan semakin meningkat malah kekerapan penderaan berlaku pada kadar purata tujuh kanak-kanak setiap hari di Malaysia. Malangnya, jumlah ini hanya kes yang dilaporkan. Ramai lagi kanak-kanak yang berselindung di sebalik angka itu dan jika kes mereka dilaporkan, besar berkemungkinan ia sudah pun terlambat.

ISU SOSIAL.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ISU SOSIAL.docx

ISU SOSIAL : USAH BIAR PENDERA KANAK-KANAK BERMAHARAJALELA

Pada awal tahun ini, seorang kanak-kanak Malaysia menemui ajalnya terlalu awal. Beliau meninggal dunia bukan kerana sakit atau kemalangan, sebaliknya disebabkan kecederaan otak, perut dan buah pinggang, gara-gara salah laku penjaganya, iaitu seorang yang sepatutnya boleh percayai sebagai tempat bergantung. Berdasarkan bedah siasat, didapati ada luka dan kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa yang menunjukkan kanak-kanak itu didera berkali-kali. Ini bukan kes terpencil.   Merujuk statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan semakin meningkat malah kekerapan penderaan berlaku pada kadar purata tujuh kanak-kanak setiap hari di Malaysia.  Malangnya, jumlah ini hanya kes yang dilaporkan. Ramai lagi kanak-kanak yang berselindung di sebalik angka itu dan jika kes mereka dilaporkan, besar berkemungkinan ia sudah pun terlambat. 

Mampukah kita mencegah penderaan ini daripada berlaku? Ya, saya yakin kita mampu. Bagi mencapai matlamat ini, semua lapisan masyarakat harus sedar penderaan kanak-kanak adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan harus bersedia untuk mengambil tindakan dan campur tangan jika perlu.  Dalam kes kanak-kanak ini, ada beberapa orang sudah menyaksikan mangsa didera berhampiran rumahnya. Tiada siapa yang ambil peduli. Saya tidak percaya mereka menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu

Page 2: ISU SOSIAL.docx

yang boleh diterima. Masih ada keraguan di kalangan masyarakat untuk mentafsir apa yang dilihat dan bagaimana untuk bertindak dan campur tangan secara positif bagi membantu kanak-kanak itu.Jika mereka tahu cara bertindak, nyawa anak kecil ini mungkin masih boleh diselamatkan. 

Ada mekanisme yang dapat menyokong tindakan itu. Polis dan agensi kerajaan dilatih untuk menangani kes ini. Laporan serta-merta membolehkan sekumpulan penguat kuasa undang-undang menyelamatkan anak kecil itu daripada terus didera dan dalam kes ini, mangsa meninggal dunia.  Campur tangan pihak berkuasa bergantung kepada keprihatinan keluarga, jiran dan orang awam bagi memastikan penderaan kanak-kanak dihentikan sebelum terlambat. Selaras Konvensyen Hak Kanak-Kanak, Malaysia sudah memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menjamin perlindungan mereka. Dengan rang undang-undang ini, pendera bukan saja boleh disabit atas perbuatannya malah identiti pengadu dijamin akan dilindungi di bawah undang-undang.

Tidak ketinggalan, Childline Malaysia, satu inisiatif masyarakat umum sudah bergabung tenaga dengan kerajaan untuk menghasilkan talian khas, 15999, membolehkan orang awam dan kanak-kanak membuat panggilan bagi mendapatkan nasihat atau aduan mengenai penderaan. Sangat penting untuk meningkatkan kepekaan dalam komuniti supaya menggunakan khidmat yang disediakan dan kesedaran bahawa mereka dapat membawa perubahan. Sebagai ahli masyarakat, kita harus memperkasakan pengetahuan mengenai penderaan kanak-kanak dan melaksanakan tanggungjawab sebagai individu atau secara berkumpulan untuk menghentikannya. Untuk membuka peluang ini, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyediakan laman web, www.uniteagainstabuse.my.

Sesiapa saja boleh mengetahui lebih lanjut mengenai isu dan apa yang boleh dilakukan untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Laman web ini sebahagian daripada kempen Get On Board oleh UNICEF untuk menggalak masyarakat bertindak dan bertanggungjawab terhadap kanak-kanak di sekeliling mereka sama ada di dalam rumah, keluarga atau dalam komuniti. Kita memainkan peranan penting, walaupun ia semudah bersuara untuk menunjukkan yang anda mengambil berat atau dengan membuat panggilan meminta bantuan. Kempen Get On Board jelas sekali melihat cabaran yang dilalui ibu bapa dalam membesarkan anak dan menyediakan jaringan bagi perkhidmatan khas yang disediakan kerajaan bagi membantu mengatasi masalah tekanan dalam memenuhi tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Page 3: ISU SOSIAL.docx

UNICEF juga memohon setiap komuniti menyediakan aktiviti sokongan bagi ibu bapa untuk menangani masalah ini. Sifat masyarakat yang sentiasa berubah, antaranya murung dan menyendiri, tekanan ekonomi, perceraian, hilang pekerjaan dan kemiskinan antara faktor yang mendorong kepada sikap pendera. Dengan memfokus usaha untuk menstabilkan keluarga dan menyediakan sokongan untuk kesihatan pembangunan kanak-kanak secara kolektif menyediakan persekitaran yang dapat mengurangkan kebarangkalian berlaku penderaan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran selamat dan dilindungi daripada segala jenis penderaan, sama ada dalam bentuk fizikal, seksual atau pengabaian. Persekitaran ini mungkin terlaksana jika masyarakat bersatu menegakkan hak asasi kanak-kanak, bercakap mengenai keganasan secara terbuka dan membela hak perlindungan untuk mereka.

Sementara kerajaan bertanggungjawab dalam merealisasikan Konvensyen Hak Kanak-Kanak, ibu bapa dan penjaga lain seperti guru, kakitangan kesihatan, pemimpin belia dan kanak-kanak sendiri mempunyai peranan yang amat penting untuk melindungi hak ini Kanak-kanak terlalu muda yang tidak berupaya untuk melaporkan penderaan atau kanak-kanak lebih tua yang takut kepada pendera seharusnya boleh bergantung kepada orang lain untuk mengambil tindakan. Apa yang dilihat melalui statistik, kes yang dilaporkan hanya memberi gambaran kecil mengenai realiti penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kita perlu lebih maklumat. Kajian secara mendalam amat diperlukan untuk membantu kerajaan menentukan tahap untuk dijadikan ukuran bagi membendung penderaan kanak-kanak.

Data daripada kajian ini juga akan dijadikan asas bagi mengawasi sikap pendera terhadap kanak-kanak pada masa depan dan pendekatan masyarakat terhadapnya. Campur tangan berasaskan bukti ini sama pentingnya dengan intervensi individu oleh ahli keluarga dan komuniti. Kita tidak boleh menunggu untuk lebih ramai lagi kanak-kanak meninggal dunia atau disakiti sepanjang hayat. Kita harus bersedia untuk mengambil tindakan dan sikap mendiamkan diri ini perlu dihentikan. Saya menyeru masyarakat Malaysia untuk bersama kami, berganding bahu untuk menghentikan terus penderaan terhadap kanak-kanak.

Oleh Hans OlsenPenulis ialah Wakil UNICEF di MalaysiaBerita Harian28 November 2010Anda mungkin juga meminati:

ISU SOSIAL : HIDUP KANAK-KANAK TERANCAM

ISU KANAK-KANAK : JANGAN KOMPROMI KESELAMATAN ANAK

ISU KESIHATAN : ETIKA DI MEJA MAKAN BENTUK KANAK-KANAK

RENCANA ILMIAH UNTUK BACAAN ANDA

LinkWithin

Page 4: ISU SOSIAL.docx

Posted by PRINCE ZULKARNAIN FARIHIN AL IVANI at 3:54:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookLabels: RENCANA SUMBER ILMU DAN ILHAM

Reactions: 

Tiada ulasan:Catat Ulasan

Links to this postBuat Pautan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

CARA MUDAH UNTUK MENCARI ARTIKEL DALAM BLOG INI

Translate

Powered by  Translate

EMPUNYA BLOG

Saya ialah Cikgu Zulkarnain Farihin @ Philip Seli. Saya berkhidmat di SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak sejak dari 1997 hingga kini. Saya mengajar subjek Bahasa Malaysia STPM, Kertas 1 dan Kertas 2.

SINGGAHLAH KE BLOG CIKGU ZUL YANG LAIN

Jijik! Di Kalimantan, Orang Utan dijadikan pelacur

Search

Page 5: ISU SOSIAL.docx

Top 10 Most Expensive Homes in the World Read

Body Mass Index Calculator

‘‘Bagi saya, semua warga negara Malaysia mesti kena tahu Bahasa Melayu. Saya ingin menarik perhatian di sini bahawa hanya Malaysia satu-satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di negara lain tidak ada. Di Singapura tidak ada sekolah Cina pun. Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan. Tindakan Dong Zong ini saya fikir kerana mereka mahu masyarakat Malaysia terus menjadi masyarakat majmuk. Tiap-tiap kaum duduk berasingan. Sedangkan kita sudah menjadi negara bangsa, mana boleh mereka mahu keadaan ini diulangi. Apa maksud warga negara pun mereka tidak tahu. Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia, bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan.’’

RUANG BORAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA

Page 6: ISU SOSIAL.docx

“… merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha dan tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga…”

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA

“Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada Negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.”

PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA

Page 7: ISU SOSIAL.docx

“Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan.”

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT

“Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaultan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemedekaan di Malaysia.”

PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA

Page 8: ISU SOSIAL.docx

“… Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu Tun Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.mahathir telah menentang arus bagi memcipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini…”

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM

“Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar. Di hati murni mereka terpahat sebuah impian. Andai sengketa membelenggu sesama. Andai kerakusan menguasai kita. Ke manakah tumpah harapan mereka. Kerana, di bahu kitalah terpikul segunung amanah. Di jemala kita terjunjung selaut ikrar. Melunas sumpah, menunai janji. Ayuhlah, rakan dan taulan, sahabat dan saingan. Lupakan beza lebihkan menerima. Bertatihlah bersama ku. Kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan. 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia”

SILA AMBIL TINDAKAN KALAU PERLU

SOALAN-SOALAN LAZIM / FAQ SBPA KPM

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN

Page 9: ISU SOSIAL.docx

PERUBAHAN GRED TERBAHARU MULAI OKTOBER 2011 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU MOD PJJ BAGI PPPLD AMBILAN 2012 DI BAWAH RANCANGAN

SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PPPS GRED DG41 DAN DG44 YANG SUDAH BERKHIDMAT 8,9,

Malu pada diri sendiri lebih hebat dari malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat. …Bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua

POS TERKINI

Pahlawan yang sebenarnya pahlawan berpayung di bawah kebenaran meski di mana; sebab kebenaran itu

Page 10: ISU SOSIAL.docx

sendiri adalah pahlawan sejati yang terletak di tempatnya paling atas. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksaan peraturan-peraturan.

CARIAN PALING POPULAR DI BLOG INI

PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENGATASI MASALAH TEKANAN MENTALDasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, selaras dengan pembangunan yang semakin gah di persada dunia, semakin berbagai-bagai punca...

GEJALA PEMBUANGAN BAYI - PUNCA DAN LANGKAH MENGATASISOALAN Gejala pembuangan bayi merupakan fenomena jahiliah moden. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini da...

KESAN-KESAN DAN CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SOALAN Penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa dikatakan telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsa...

PUNCA-PUNCA DAN KESAN-KESAN RASUAH Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendir...

ISU PENDIDIKAN : DASAR 1 MURID 1 SUKAN DILANCARKANKementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembang...

KARANGAN BAHASA MALAYSIA STPMSOALAN KARANGAN Pengambilan orang gaji asing telah menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan masalah yang timbul aki...

PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENGATASI PENYAKIT AIDSSOALAN AIDS merupakan sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya dan jumlah kesnya kini semakin meningkat saban tahun. Jelaskan punca reba...

Page 11: ISU SOSIAL.docx

ISU KENEGARAAN : RUKUN NEGARATajuk Karangan: Rukun Negara dijadikan ideologi Negara untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu. Namun kini, prisip Rukun Negara makin terp...

Fokus Utama : Manfaat Dasar 1 Murid 1 Sukan Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktivit...

KEPENTINGAN MASYARAKAT PENYAYANG“Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan ...

Penderitaan menjadi guru yang paling mujarab mengajar manusia untuk sedar dan berusaha. Kanan atau kiri tak jadi soal. Yang jadi soal ialah perjuangan untuk rakyat jelata. Kiri pun perjuangan dan kanan pun perjuangan

SENARAI JUDUL UTAMA

ALIH BENTUK TEKS  (11)

ANALISIS KESALAHAN BAHASA  (14)

TOKOH BAHASA BERKATA  (8)

Page 12: ISU SOSIAL.docx

Perjuangan tidak pernah terlambat. Kita boleh mulai lagi di mana saja. Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali sahaja

KOMEN PEMBACA BLOG. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KE ATAS KOMEN-KOMEN YANG DIBERIKAN

Yang kami perlukan, Kata benar bukan cerita besar. Bahasa membina dunia. Menyusun diri dan memberi layangan pengalaman

Page 13: ISU SOSIAL.docx

Dengan ilmu kita dapat mengenali diri, kita ini siapa dan mahu pergi ke mana sesudah ini. ....Menimbulkan kesukaran kepada orang lain adalah dosa. Satu perbuatan yang ALLAH benci

Page 14: ISU SOSIAL.docx
Page 15: ISU SOSIAL.docx
Page 16: ISU SOSIAL.docx
Page 17: ISU SOSIAL.docx
Page 18: ISU SOSIAL.docx
Page 19: ISU SOSIAL.docx
Page 20: ISU SOSIAL.docx
Page 21: ISU SOSIAL.docx

PESANAN CIKGU ZUL

Page 22: ISU SOSIAL.docx

Bagi pelajar yang malas, hidup ini terlalu mudah iaitu dengan membiasakan diri untuk mengatakan 'tidak' dan tidur. Pelajar sebegini hanya memandang kehidupan yang dilaluinya pada masa sekarang yang mewah diulit kemewahan yang disajikan oleh ibu bapa. Dia tidak pernah memikirkan masa depan yang bakal dilaluinya nanti. Setelah menghadapi kegagalan dan hidup tersepit, barulah dia akan sedar bahawa hidup bukan semudah mengantuk di dalam kelas. Pada masa itu, barulah dia tahu bahawa pentingnya ilmu. Akan tetapi, menyesal di kemudian hari tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur.

Page 23: ISU SOSIAL.docx

PESANAN CIKGU ZUL

Kadang-kadang kita terlalu banyak merancang tetapi kurang untuk memohon untuk diperkenankan. Kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir tetapi kurang bertawakal. Kadang-kadang kita terlalu banyak risau dan kurang optimis kerana kita kadang-kadang terlupa bahawa ujian itu tarbiyaah Allah. Anak-anak didikku,

Page 24: ISU SOSIAL.docx

ingatlah, seorang pelajar tidak boleh meninggalkan pelajarannya dan mengharapkan kejayaan. Seorang petani tidak boleh menanti hasil tuaian sedangkan dia tidak membajak dan menyemai benih. Seorang umat pula tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa melakukan suruhan Allah dan meninggalkan apa yang di larang. Sesungguhnya, bukan senang nak jadi senang.

PESANAN CIKGU ZUL

Page 25: ISU SOSIAL.docx

Jika mahu menuntut ilmu kita kenalah jadi orang yang berilmu. Orang yang berilmu tidak akan menjadikan kelas haru-biru sehingga guru hilang kesabaran. Anak-anak didikku, guru itu merupakan penyampai ilmu. Jangan diganggu semasa dia menjalankan tanggungjawab kerana setiap maklumat yang disampaikan akan mendapat berkat jika anda memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

Page 26: ISU SOSIAL.docx

Meniru bukanlah cara yang terbaik untuk membantu kita berjaya dalam pelajaran. Jika kita biasa meniru dan meminta bantuan orang lain bagi pihak kita, pada suatu masa apabila tabiat ini sudah mendarahdaging dalam diri kita, orang akan meragui keupayaan diri kita. Hal ini demikian kerana kita asyik meminta sehingga sanggup berkorban apa-apa sahaja demi memastikan orang membantu kita. Akhirnya, kita akan menjadi mangsa akibat daripada kesilapan diri sendiri. Oleh itu, berusahalah sendiri walaupun payah. Jika gagal pada kali pertama, bersabarlah dan bina semula kekuatan untuk bangkit semula. Jangan biasakan diri dengan sikap suka meniru dan meminta orang membantu kita untuk berjaya. Biarlah jatuh tersungkur, nikmat kejayaan itu akan lebih bermakna jika kita berusaha sendiri.

MOTIVASI UNTUK ANDA

Page 27: ISU SOSIAL.docx

JADIKAN PEMBAKAR SEMANGAT

Page 28: ISU SOSIAL.docx
Page 29: ISU SOSIAL.docx
Page 30: ISU SOSIAL.docx
Page 31: ISU SOSIAL.docx

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=26

Hak Asasi Manusia

Pengenalan

Apakah maksud Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama

manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling

bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi

manusialah kita membina kesucian meruah manusia. -Kofi Anan

Senarai Hak Asasi termasuk:

Hak asasi Kanak-kanak

Hak asasi Wanita

Hak asasi Orang Kurang Berupaya

Hak asasi Pengguna

Hak Asasi Kanak-Kanak

Pengenalan

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang

masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati

kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang

sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk

berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. 

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights

Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali

mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana

bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi

adalah:

Hak untuk hidup

Hak memperoleh perlindungan

Page 32: ISU SOSIAL.docx

Hak berkembang

Hak penyertaan

Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh

cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang

berikut:

penjagaan

pendidikan

kemudahan asas

advokasi

perundangan

perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak. 

Senarai Pautan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my

UNICEF - http://www.unicef.org/malaysia

United Nations (UN) - http://www.un.org/rights/index.shtml

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

-http://www.kpwkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my

World Health Organization (WHO) - http://www.who.int

International Committee of the Red Cross (ICRC) - http://www.icrc.org

Yayasan Penyayang Malaysia - http://www.penyayang.org.my

Menghormati Hak Wanita

Pengenalan

Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotesi menjadi sumber pembangunan dalam

pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik kian meningkat. Berpegang kepada hakikat

inilah, pada tahun 1989, kerajaan kita telah menggubal Dasar Wanita Negara yang

mengiktirafkan hak-hak wanita.  Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita negara dan

Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan,

kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Ia juga memberi panduan serta hala tuju dalam

semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya

yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau

sebab kejantinaannya. (link kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat  http://www.kpwkm.gov.my)

Senarai Pautan

Page 33: ISU SOSIAL.docx

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my

National Council of Women's Organizations (NCWO)

-http://www.womensorganizations.org

All Women's Action Society (AWAM) - http://www.awam.org.my

United Nations (UN) - http://www.un.org/rights/index.shtml

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

-http://www.kpwkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my

Institut Sosial Malaysia (ISM) - http://www.ism.gov.my

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya 2002,  kurang berupaya bererti

`penghalangan atau kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara

yang dianggap normal bagi orang biasa.' Golongan kurang berupaya terdiri daripada

individu yang mempunyai kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota, buta, pekak, bisu

dan lumpuh atau kecatatan mental seperti celebral plasy, sindrom down dan autisme.

Sebagai anggota masyarakat, golongan kurang upaya mempunyai hak dan kedudukan

yang sama seperti golongan yang lain.

Senarai Pautan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my

United Nations (UN) - http://www.un.org/rights/index.shtml

Jabatan Penerangan Malaysia - http://pmr.penerangan.gov.my

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

-http://www.kpwkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my

Melindungi Hak Pengguna

Pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, mendapatkan dan menggunakan

semua jenis barang dan pelbagai perkhidmatan termasuklah perumahan untuk

memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Dalam menuju ke arah penggunaan  lestari

(link kepada  Dasar Pengguna Negara, http://www.kdnhep.gov.my), pengguna

seharusnya menyedari hak-hak yang ada serta mengetahui akta-akta serta undang-

undang yang akan membela pengguna yang teraniaya.

Hak asasi pengguna yang harus dihormati dan dilindungi oleh setiap individu adalah

seperti yang berikut::

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Hak untuk mendapatkan keselamatan

Hak untuk mendapatkan maklumat

Hak untuk memilih

Page 34: ISU SOSIAL.docx

Hak untuk menyuarakan pendapat

Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Di Malaysia, undang-undang perlindungan pengguna dikawal oleh Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (Link

kepada http://www.kdnhep.gov.my). Antara undang-undang yang utama dan mampu

membela nasib pengguna teraniaya ialah:

ndang-undang kontrak

Undang-undang kecuaian

Undang-undang Jenayah

Undang-undang Kawalan Kredit

Akta-akta Pengguna

Antara akta yang terdapat yang bole digunapakai oleh pengguna adalah seperti berikut:

Akta Sewa Beli (Pindaan), 1992

Akta Perihal Dagangan, 1972

Akta Hakcipta, 1987

Akta Kewangan, 1965

Akta Kawalan Harga, 1946 (Disemak 1973)

Akta Timbang dan Sukat, 1972

Senarai Pautan

Kementerian Dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

-http://www.kdnhep.gov.my

Jabatan Penerangan Malaysia - http://pmr.penerangan.gov.my

Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dalam Pendidikan Moral

Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi

4 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 5 nilai seperti yang berikut: 

Bil. Nilai berkaitan dengan

diri dan masyarakat

Nilai berkaitan dengan

Hak Asasi Manusia

Page 35: ISU SOSIAL.docx

dalam KBSR   dalam KBSM 1 Tanggungjawab terhadap

Masyarakat Melindungi Hak Kanak-kanak 

2  Toleransi dalam Masyarakat 

Menghormati Hak Wanita 

3  Semangat Bermasyarakat 

Melindungi Hak Pekerja 

4  Peka terhadap Isu-isu Sosial 

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 

5  -   Melindungi Hak Pengguna 

Kesemua nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat dalam KBSR dan nilai

berkaitan dengan hak asasi manusia dalam KBSM memberi tumpuan untuk 

mewujudkan seorang individu yang dapat menghayati dan menghargai

kepentingan hidup bersama demi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian

negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Senarai Pautan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my

UNICEF - http://www.unicef.org/malaysia

United Nations (UN) - http://www.un.org/rights/index.shtml

Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights

-http://www.ohchr.org/english/

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

-http://www.kpwkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my

World Health Organization (WHO) - http://www.who.int

International Committee of the Red Cross (ICRC) - http://www.icrc.org

National Council of Women’s Organizations (NCWO)

-http://www.womensorganizations.org

All Women’s Action Society (AWAM) – http://www.awam.org.my

Institut Sosial Malaysia (ISM) – http://www.ism.gov.my

United Nations (UN) – http://www.un.org/rights/index.shtml

Jabatan Penerangan Malaysia – http://pmr.penerangan.gov.my

Yayasan Penyayang Malaysia – http://www.penyayang.org.my/

Kementerian Dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

–http://www.kdnhep.gov.my/

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) –

http://www.unesco.org/malaysia

http://www.political-news.org/breaking/14277/children-dying-before-our-eyes-

says-unicef-official-in-niger.html

Page 36: ISU SOSIAL.docx

Jabatan Penerangan Malaysia – http://pmr.penerangan.gov.my/

http://www.edidik.com/?p=3394

Page 37: ISU SOSIAL.docx

Datuk Seri Najib Tun Razak…Antara Cabaran Dan Harapan

 

Pada 3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Perdana

Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan

kuasa yang lancar oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika itu ramai yang tertanya-tanya apakah yang mampu dilakukan oleh Najib dalam

usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional setelah pilihan raya

umum ke 12 menunjukkan sokongan terhadap parti itu jatuh merudum.

Lebih daripada itu, kita juga tertanya-tanya, apakah bentuk perubahan yang mahu

dilakukan beliau apatah lagi dalam suasana politik dan ekonomi global yang dilihat tidak

begitu memberi kelebihan pada anak mantan Perdana Menteri yang kedua ini.

Namun setelah tiga tahun, ‘report card’ Najib nampaknya telah mencatatkan angka yang

begitu cemerlang, bukan saja daripada segi prestasi, tetapi juga dari segi pencapaian

yang beliau miliki.

Tanpa berlengah, sebaik saja mengambil alih kerusi ‘panas’ tersebut, Najib awal-awal

lagi telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskan falsafah 1Malaysia…

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP)

dengan 7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru

Ekonomi dengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan

menyaksikan proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadi

sebuah negara yang moden, progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.

Kemuncaknya, kesemua program dan inisiatif ini berpayung pada Dasar Transformasi

Nasional atau DTN yang mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.

Lebih membanggakan, di bawah kepimpinan beliau, kemasukan pelaburan langsung

asing telah kembali rancak dan menunjukkan trend yang meningkat.

Pelaburan langsung asing (FDI) berkembang enam kali ganda kepada RM29 bilion pada

tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia.

Page 38: ISU SOSIAL.docx

Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion

dalam tempoh enam bulan pertama 2011 berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang

sama tahun 2010.

Pada tahun 2012, pelaburan swasta berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh

peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik.

Penat lelah Najib semakin berbaloi apabila asas ekonomi negara kekal utuh.

Sistem kewangan dan perbankan negara terus teguh dengan nisbah modal wajaran

risiko adalah 14.8 peratus, jauh melebihi paras keperluan lapan peratus dalam piawaian

antarabangsa.

Rizab antarabangsa terus kukuh mencatat RM414.5 bilion pada 15 September 2011,

mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek.

Pendapatan per kapita dianggarkan meningkat kepada RM28,725 pada tahun 2011

berbanding RM26,175 pada tahun 2010.

Dalam usaha bagi membasmi kemiskinan, Najib juga telah memperkenalkan dasar-

dasar dan program-program yang berkaitan transformasi luar bandar yang

menggariskan pendekatan strategik bagi membuka ruang dan kaedah baru

meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar termasuk Orang Asli dan etnik minoriti di

Sabah dan Sarawak.

Antara pendekatan ini adalah pewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar, yang

pertama di Gopeng, Perak sebagai pusat integrasi perkhidmatan.

Selain daripada itu, FELDA turut melaksanakan program meningkatkan lagi taraf

sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka.

Najib juga tidak lupa dalam mewujudkan kesejahteraan dan kebajikan segenap lapisan

masyarakat meliputi golongan wanita, warga emas, kanak-kanak, remaja, orang kurang

upaya dan sebagainya.

Bantuan kebajikan Kerajaan dijenamakan semula sebagai Kebajikan Rakyat 1Malaysia

yang lebih holistik.

Di bawah program ini, lima ratus ribu orang warga emas, orang kurang upaya, kanak-

kanak dan mereka yang memerlukan mendapat manfaat yang melibatkan satu

peruntukan kewangan yang besar.

Page 39: ISU SOSIAL.docx

Menyedari keperluan perumahan untuk rakyat, Najib telah menggubal Dasar

Perumahan Negara dengan matlamat menyediakan perumahan yang mencukupi,

selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat.

Di bawah kepimpinannya juga, kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Program

PerumahanRakyat, Program Perumahan Awam, Program Bantuan Rumah serta

Program Rumah Mesra Rakyat, di samping melaksanakan pelbagai program baru

seperti Skim Rumah Pertamaku dan Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Dari segi pendidikan, Najib mengorak langkah dengan menyediakan pendidikan

percuma untuk membolehkan setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang dan

taraf sosioekonomi, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Langkah ini bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak melalui pelbagai

program yang telah diusahakan. Langkah-langkah penambahbaikan telah dilaksanakan

di peringkat persekolahan seperti transformasi kurikulum dan pentaksiran bagi

melahirkan modal insan yang seimbang, berilmu pengetahuan, berkemahiran, kreatif,

inovatif, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara pula sedang dilaksanakan yang antara lain

memberi penekanan terhadap peningkatan akses kepada pengajian tinggi terutama bagi

program pascasiswazah, meligatkan penyelidikan dan pembangunan ke arah

keberhasilan inovasi dan pengkomersialan serta menggalakkan pembelajaran

berterusan bagi semua lapisan masyarakat.

Dalam menjaga kebajikan dan memberi peluang yang lebih luas kepada kaum wanita

pula, Perdana Menteri telah melaksanakan pelbagai dasar, antaranya sekurang-

kurangnya tiga puluh peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor

korporat, kesinambungan kepada inisiatif yang sama dalam sektor awam

Di bawah kepimpinannya hari ini, pelbagai usaha transformasi sosiopolitik telah dan

sedang dilaksanakan yang antaranya termasuk penambahbaikan terhadap undang-

undang dan peraturan, menambahbaikan sistem pilihan raya serta memastikan hak dan

kebebasan asasi rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin.

Ini termasuklah memansuhkan akta-akta yang dianggap mengehadkan kebebasan

rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, di samping menggubal dan

meminda undang-undang dan peraturan-peraturan untuk menjamin keselamatan negara

serta mencegah keganasan dan ekstremisme.

Semua usaha ini merupakan keputusan besar kerajaan untuk memperkukuhkan

kebebasan sivil dan melaksanakan transformasi politik.

Page 40: ISU SOSIAL.docx

Najib juga amat komited untuk melindungi dan memastikan kebebasan berterusan

badan kehakiman negara kerana ia adalah teras penting kepada sistem demokrasi.

Usaha dan komitmen beliau membanteras rasuah pula terbukti dengan penubuhan

Suruhanjaya Integriti, Agensi Penguatkuasaan dan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah,

pengenalan Persepakatan Integriti serta peningkatan kadar sabitan kes rasuah

sebanyak tujuh puluh lima peratus pada tahun 2011.

Turut membanggakan apabila hasrat dan komitmen beliau untuk mengurangkan kadar

jenayah di bawah NKRA sejak 2010 telah menunjukkan hasil positif dengan indeks

jenayah mencatatkan penurunan sebanyak 11.1 peratus sementara jenayah jalanan

turun hampir 50 peratus.

Hasil positif turut dicapai apabila Laporan Indeks Keamanan Global (GPI) pada tahun

lepas telah mengiktiraf Malaysia sebagai paling negara selamat di Asia Tenggara dan

yang ke-19 di dunia.

Sesungguhnya ruang yang ada ini terlalu kecil untuk menggariskan pencapaian dan

prestasi Najib dalam tempoh tiga tahun ini.

Sekarang ini terpulanglah kepada kita semua sama ada mahu terus melihat Najib

beraksi dan bekerja untuk kemakmuran negara ini atau sebaliknya.

Cuma harus diingat, kalau dalam tempoh tiga tahun saja pelbagai usaha yang beliau

lakukan, bayangkan kalau beliau diberi lagi kesempatan untuk beliau menyambung

amanah besar ini.

Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.

Najib boleh datang dan Najib boleh pergi…namun persoalannya mampukah kita

‘memperjudikan’ nasib agama, bangsa dan negara dengan memilih seseorang

pemimpin yang hanya mampu beretorika semata-mata?

Jawapannya ada di tangan kita.

Rating: 5.7/10 (10 votes cast)

http://www.suarapeople.com/2012/04/datuk-seri-najib-tun-razakantara-cabaran-dan-harapan/

Page 41: ISU SOSIAL.docx