67
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU 1 DR. YAZID B. ABDUL MANAP JABATAN SAINS SCE 3114 Topik 7 ISU VI: Pencemaran & Kesannya Terhadap Bumi

Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sk

Citation preview

Page 1: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

1

DR. YAZID B. ABDUL MANAP

JABATAN SAINS

SCE 3114

Topik 7

ISU VI: Pencemaran & Kesannya Terhadap

Bumi

Page 2: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 3: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Pendahuluan

• Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman.

• Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan kandungan pelbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi mikroorganisme.

Page 4: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Pencemaran berlaku dari segi....

• Biologi - najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Esterichia coli,cacing nemotad dan mikrob lain

• Kimia - bahan kimia terlarut daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat

• Fizikal - sampah sarap daripada logam,kertas,kaca,plastik dan kelodak

Page 5: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di tasik, laut, pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja.

Page 6: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Definisi Pencemaran

• Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pencemaran – “suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap”.

Page 7: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Definisi Pencemaran

• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 “…apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung

kepada sifat fizikal, haba, kimia, atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini”.

Page 8: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Definisi Pencemaran Air

• Dr. Arthur Key (1989)

“sebagai apa-apa perubahan yang berlaku sama ada dari segi keadaan dan komposisi air sungai seperti warna, kandungan, bau dan rasa kesan daripada aktiviti manusia secara lansung atau tidak lansung sehingga menyebabkan air sungai tidak sesuai untuk digunakan dan ianya akan memberi kesan terhadap sistem ekologi sungai dan merbahaya kepada kesihatan manusia, dan sungai tidak sesuai untuk pengguna hilir sungai”.

Page 9: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 10: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Status Kualiti Air Sungai di Malaysia Indeks Kualiti Air Kelas Penerangan

90 - 100

1 airnya boleh terus diminum tanpa

rawatan

75 - 90 2 airnya memerlukan rawatan biasa

45 - 75

3 air nampak bersih, tidak berbau, tetapi

kualitinya tercemar dan orang ramai

tidak boleh berenang tetapi boleh

berkelah di tebing

20 - 45 4 tercemar*

0 - 20 5 hampir mati*

*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Page 11: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Tahun Status Kualiti Air Sungai Sungai yang Teruk Tercemar

1976 42 teruk tercemar; 16 sederhana tercemar; 7 berpotensi untuk tercemar

Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Skudai dan Sungai Melaka

1987 - Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Raja Hitam

1990 90 sungai utama yang dikaji, 7 teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang lagi sungai dikelaskan bersih

Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Kelang dan Sungai Buloh.

1997 Sungai yang tercemar bertambah daripada 13 batang pada 1996 kepada 25 batang pada 1997.

-

2006 - Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Buloh, Sungai Danga, Sungai Segget, Sungai Tebrau

2007 16 tercemar dan ‘hampir mati’ Sungai di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor

Status Kualiti Air Sungai di Malaysia

Page 12: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Status Kualiti Air Sungai di Malaysia

Page 13: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperuntukkan bajet berjumlah RM250 juta untuk membiayai projek pembersihan dan pengindahan sungai dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

• Kos bagi memulihkan setiap batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007) .

Page 14: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Jabatan Pengairan dan Saliran telah mendapat peruntukan kira-kira RM500 juta untuk melakukan kerja-kerja pemulihan sungai.

• Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S) telah diwujudkan pada tahun 2005 bagi memastikan sungai adalah satu aset yang bernilai serta mencapai objektif seperti yang digariskan di bawah iaitu;

(a) untuk memastikan sungai bersih, hidup dan bernilai dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;

(b) untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan

(c) untuk memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah sarap.

Page 15: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR • Berpunca daripada faktor semulajadi dan pelbagai aktiviti

manusia (Davis dan Conwell, 1991; Grower, 1980; Nemerow, 1991).

• Sumber yang boleh ditentukan puncanya

dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan pencemar berpunca misalnya efluen dari kilang.

Punca Tertunjuk

(Point source)

• Punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan pertanian dan kawasan pembalakan.

Punca Tak Tertunjuk (Nonpoint

source)

Page 16: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Point and Nonpoint Sources

NONPOINT SOURCES

Urban streets

Suburban development

Wastewater treatment plant

Rural homes

Cropland

Factory

Animal feedlot

POINT SOURCES

Page 17: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Punca Utama Pencemaran di Malaysia

Aktiviti Pembangunan

Tanah

Pelepasan Sisa-sisa

dari Kilang

Bahan Buangan Domestik

Page 18: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

1. Aktiviti Pembangunan Tanah

• Pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan lebuh raya, perumahan dan perindustrian.

• Tanah menjadi longsor dan menyebabkan

hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai.

• Banjir berlaku

Page 20: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

2. Pelepasan Sisa-sisa dari Kilang

• Berpunca dari pekilang yg ingin menjimatkan kos pelupusan dengan mengambil jalan mudah; sistem pengurusan air sisa yang kurang efektif dari kawasan industri

• Industri yang bersumberkan pembuatan, bahan petrokimia, getah dan bersumberkan pertanian (Hamidi, 1999).

• Memberikan kesan terhadap pengurangan kandungan oksigen terlarut (DO), pertambahan BOD dan hidrokarbon, pembeasan bahan kimia seperti alkali, asid, sulfur organik dan bukan organik, garam natrium dan pelbagai lagi.

Page 21: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

3. Bahan Buangan Domestik

• Terdiri daripada sampah sarap dan kumbahan

• Berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

• Pertambahan populasi penduduk dan rumah setinggan

• Cth: Sungai Juru dan Sungai Pinang di Pulau Pinang.

Page 22: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 23: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 24: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Manusia yang menganggap sungai dan laut sebagai tong sampah.

Page 25: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Punca-punca Lain Pencemaran Air

Aktiviti Pertanian

Kumbahan Aktiviti

Penternakan

Aktiviti Perlombongan

Page 26: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

4. Aktiviti Pertanian • Aktiviti pertanian biasanya dijalankan di kawasan tanah yang

tinggi.

• Penggunaan bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun serangga, racun herba serta baja kimia seperti baja pestiside dan insektid akan mencemar air sungai.

• Bahan kimia yang disembur pada tanaman akan mengikuti air hujan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila hujan lebat berlaku.

• Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Page 27: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

5. Kumbahan Aktiviti Penternakan

• Disebabkan pelepasan najis-najis haiwan seperti babi, kambing, lembu ke dalam sungai samada dengan sendiri iaitu melalui air larian permukaan atau dengan sengaja, di mana ianya dilakukan oleh tuan punya haiwan ternakan itu sendiri.

• Menyebabkan kandungan BOD, pepejal terampai dan nitrogen adalah tinggi.

• Berlakunya pembiakan pelbagai bakteria seperti E. coli dan terjadinya pelbagai penyakit yang datangnya daripada air seperti taun.

Page 29: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

6. Aktiviti Perlombongan

• Berpunca daripada cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak oleh tangki kapal.

• Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menambah lagi masalah pencemaran ini.

• Air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kaitan dengan mineral yang dilombong membahayakan kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai.

Page 30: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Tumpahan minyak dari tangki kapal dan pelantar minyak

Page 31: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

PENCEMAR AIR UTAMA DAN SUMBERNYA Jenis Pencemar Contoh Sumber Utama

Agen jangkitan (Patogen)

Bakteria, virus, protozoa, parasit

Bahan buangan manusia dan haiwan

Kandungan organan (BOD)

Kumbahan haiwan terbiodegradasi dan serpihan tumbuhan

Kumbahan, penternakan haiwan, kilang pemprosesan makanan dan kilang kertas

Nutrien tumbuhan

Nitrat dan fosfat Kumbahan, bahan buangan haiwan, baja bukan organik

Termal Haba Tenaga elektrik dan industri

Page 32: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Jenis Pencemar Contoh Sumber Utama

Bahan kimia organik

Minyak, gasolin, plastik, racun perosak, baja, bahan pencuci

Industri, ladang, kumbahan domestik, tapak perlombongan,

Bahan kimia bukan organik

Asid, bes, garam, komponen logam

Industri, kumbahan domestik, tapak perlombongan

Kelodak Tanah, lodak Hakisan tanah dari ladang dan tapak pembinaan dan perlombongan

Logam berat Plumbum, merkuri, arsenik, kuprum, kadmium

Bahan kimia domestik, effleun dari kilang

Page 33: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

KESAN PENCEMARAN AIR TERHADAP BUMI DAN HIDUPAN

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Sistem Air Bawah Tanah

Tercemar

Mengurangkan Kandungan

Oksigen Terlarut

Kesan Terhadap Kualiti Air

Menjejaskan Keindahan Alam

Banjir

Kemusnahan Hidupan Akuatik

Page 34: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

1. Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa hampir 1 bilion orang - hampir satu daripada setiap tujuh di dunia - tidak mempunyai air minuman yang bersih.

• Hasilnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih daripada 1 juta orang mati setiap tahun dengan minum air yang tercemar atau tidak mempunyai air yang bersih untuk menjaga kebersihan sendiri.

Page 36: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Air yang kotor dan tercemar

Page 37: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Ini menambah sehingga purata hampir 4400 kematian pramatang sehari, 90% daripada mereka di kalangan kanak-kanak yang lebih muda dari umur 5 tahun.

• Secara purata, cirit-birit sahaja, kebanyakannya disebabkan oleh pendedahan kepada air yang dicemari boleh membunuh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun setiap 18 saat.

1. Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Page 38: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Penyakit yang dihantar kepada manusia melalui air minuman yang tercemar

Jenis Organisma Penyakit Kesan

Bakteria Deman kepialu

Cirit-birit, muntah, pembesaran limpa, usus bengkak; membawa maut jika tidak dirawat

Korela Cirit-birit, muntah, dehidrasi; membawa maut jika tidak dirawat

Radang usus

Sakit perut yang teruk, loya, muntah; jarang membawa maut

Page 39: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Jenis Organisma Penyakit Kesan

Virus Hepatitis berjangkit

(Type B)

Deman, sakit kepala, hilang selera, sakit perut, jaundis; jarang membawa maut tetapi boleh mengakibatkan kerosakan hati yang kekal.

Poliomielitis Deman, sakit kepala, sakit kerongkong, sakit di anggota badan; boleh menjejaskan saraf tunjang dan mengakibatkan lumpuh dan otot lemah.

Page 40: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Jenis Organisma Penyakit Kesan

Parasit protozoa

Amoebic dysentary

Cirit-birit, sakit kepala, sakit perut, kesejukan, deman; mengakibatkan liver abscess, bowel perforation dan maut

Giardiasis Cirit-birit, perut kejang, perut kembung, sendawa, keletihan

Cryptosporidium Cirit-birit, kejang melebihi 3

minggu, kematian mungkin bagi orang yang sistem keimunannya lemah

Page 41: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Jenis Organisma Penyakit Kesan

Cacing Parasit Schistosomiasis Sakit perut, ruam kulit,

anemia, keletihan

kronik

Ancylostomiasis Anemia dan tanda-

tanda kemungkinan

jangkitan bronchial

Page 42: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

2. Kesan Terhadap Kualiti Air

• Penggunaan air laut sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air.

• Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut.

• Kawasan saliran laut itu menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu air yang tinggi mengganggu ekosistem hidupan di laut

Page 43: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

2. Kesan Terhadap Kualiti Air

• Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan di sungai dan tasik seperti rumpai air, burung, ikan dan hidupan lain.

• Memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Page 44: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

3. Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

• Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik, contohnya nitrogen, fosforus dan kalium di samping sebatian-sebatian organik terlarut.

• Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD).

• Nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran air sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi.

Page 45: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

4. Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

• Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa dari kilang akan terkeluar.

• Jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.

• Tapi, sisa ini juga mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.

Page 46: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Sistem air bawah tanah dicemari oleh kebocoran tangki minyak dari kilang.

Page 47: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

5. Menjejaskan Keindahan Alam

• Sungai yang tercemar tidak sesuai diadakan aktiviti rekreasi air seperti memancing, berkelah dan juga aktiviti pelancongan.

• Sungai yang tercemar dengan sampah-sarap, tidak indah dipandang dan ini menurunkan nilai estetik sungai.

• Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

Page 49: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

6. Banjir

• Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, dasar sungai menjadi cetek.

• Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir.

• Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.

Page 50: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Banjir melanda Desa Kotorajo, Sungai Kuantan

• Banjir kilat di Kuala Lumpur

Page 51: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

7. Kemusnahan Hidupan Akuatik

• Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air.

• Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan.

• Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan- haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

Page 52: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Semua punca pencemaran ini menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu.

• Contohnya, pencemaran minyak hitam di Sungai Pahang, Temerloh telah menyebabkan beribu-ribu ikan sangkar mati akibat kekurangan oksigen.

6. Kemusnahan Hidupan Akuatik

Page 53: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Ujikaji Lapangan

Sungai Skudai, Johor

Sungai Tebrau, Johor

Page 54: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Status Pencemaran Sungai Skudai, Johor

• Sungai Skudai mengalir dari Kulai sehingga Tampoi.

• Pencemaran Sungai Skudai sekarang ini berada di tahap empat iaitu paling teruk dan sasaran kita adalah mengubahnya kepada tahap dua sebelum hujung tahun ini.

• Punca utama pencemaran: aktiviti pembangunan, perindustrian dan tabiat membuang sampah penduduk berdekatan sungai ini.

Page 55: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Pekerja membersihkan sampah yang terkumpul sepanjang Sungai Skudai

Page 56: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

Status Pencemaran Sungai Tebrau, Johor

• Sebelum ini, Sungai Tebrau dikategorikan sebagai sederhana tercemar, kini menjadi antara lima sungai paling cemar di negeri ini.

• Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), punca utama kemerosotan kualiti air Sungai Tebrau ialah pelepasan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium. Sisa-sisa domestik juga merupakan punca utama pencemaran air.

Page 57: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

VS

Pemandangan Sungai Tebrau yang bersih dan indah sebelum

pencemaran

Pemandangan Sungai Tebrau yang telah tercemar selepas

hujan lebat baru-baru ini. Sampah sarap berkumpul

kerana air bertakung semasa air pasang.

Page 58: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 59: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

1. Pemasangan Perangkap Sampah

• Perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

Page 60: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

2. Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah yang Dirawat

• Sistem perparitan daripada kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Page 61: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

3. Penggunaan Teknologi Mikro-organisme Berkesan (EM)

• EM (Effective Micro-organism) atau mikro-organisme berkesan digunakan untuk menjernihkan semula air sungai yang sudah teramat keruh atau berada dalam kelas 4 yang menjadikannya tidak selamat untuk sebarang aktiviti.

• Rawatan ini berikutan hasil positif di Sungai Segget yang menunjukkan penurunan indeks kualiti airnya, selepas menerima rawatan bahan kimia itu beberapa tahun lalu. Air kembali jernih dan dapat dinyah bau dalam masa dua hingga tiga hari.

Page 62: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Penggunaan bebola EM lebih murah kerana diperbuat daripada campuran sekam padi, dedak serta hampas kelapa sawit dengan cecair bahan kimia itu yang mengandungi tiga mikrob utama sedia ada dalam semua persekitaran iaitu bakteria asid laktik, bakteria fototropik dan yis atau ragi. – Bakteria asid laktik ialah bahan organik tapaian dan

menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. – Bakteria fototropik bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia

membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, mewujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

– Yis atau ragi merupakan bahan organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio.

3. Penggunaan Teknologi Mikro-organisme Berkesan (EM)

Page 63: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air
Page 64: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

• Mikroorganisme yang terkandung dalam bebola lumpur akan memakan kotoran di dalam air itu tatkala lumpur mula melarut dalam air sungai atau kolam.

• EM mempunyai kesan antioksida yang kuat ke atas najis binatang. Kesan antioksida ini akan melawan pereputan dan menghalang bau busuk.

3. Penggunaan Teknologi Mikro-organisme Berkesan (EM)

Page 65: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

4. Penanaman Pokok

• Bertindak sebagai penampan antara sungai dan perumahan serta kawasan-kawasan kilang.

Page 66: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air

5. Kempen Kesedaran Melalui Iklan Televisyen

• Mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap masa.

Page 67: Isu VI b Pencemaran & Kesannya Thp Bumi - Pencemaran Air