Upload
others
View
31
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL PARIT BUNTAR
Pengenalan
Jabatan Kecemasan Dan Trauma adalah merupakan ‘ Front Line’ bagi pesakit atau pelanggan untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan di Hospital Parit Buntar selain daripada Jabatan Pesakit Luar. Jabatan Kecemasan Hospital Parit Buntar beroperasi 24 jam sehari untuk memberi rawatan perubatan dan kecemasan kepada pesakit.
Perkhidmatan Jabatan kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitive. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara upacara rasmi.
Jabatan ini juga merujuk kes-kes yang memerlukan kepakaran ke hospital berpakar seperti Hospital Ipoh dan Hospital Taiping.Di samping itu juga unit ini adalah berperanan mengambil-alih peranan Jabatan Pesakit Luar iaitu memberi rawatan kes-kes bukan kecemasan selepas waktu pejabat. Skop Perkhidmatan yang Diberikan
Sistem Triage @ Sistem Saringan.
Resusitasi & Prosedur Intervensi.
Pengurusan Kes Kecemasan Asma.
Pengurusan Perawatan Definitif.
Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).
Pengurusan Pra-hospital : 1. Perkhidmatan Ambulan. 2. Pengurusan Bencana. 3. Ambulan Team(stand by)
Modal Insan / Sumber Manusia
Unit ini dikendalikan oleh sekumpulan petugas yang terdiri daripada :
2 Orang Pegawai Perubatan UD44 pada setiap masa
Seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 Y/M Jabatan Kecemasan
Seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 ( Klinikal )
17 orang Penolong Pegawai Perubatan U29/U32 (KUP) yang bertugas mengikut giliran bagi 3 syif.
5 orang Jururawat Terlatih U29/U32 (KUP) dan 2 Jururawat Masyarakat U19 yang bertugas mengikut giliran bagi 3 syif.
13 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang bertugas dalam waktu mengikut giliran bagi 3 syif.
Objektif
Bersedia memberikan perkhidmatan 24 jam dengan keutamaan diberikan kepada kes-kes kecemasan.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berkesan dan selamat sejajar dengan kehendak pelanggan.
Memberikan perkhidmatan yang professional dan berteraskan ‘ Budaya Koporat ‘.
Objektif Kualiti
Ambulan akan berlepas tidak melebihi 5 Minit selepas menerima panggillan. Misi Sentiasa memberi Perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan terutama kes-kes kemalangan dan kecemasan.
Visi Kesempurnaan memberi rawatan awal menjamin perkhidmatan yang cekap dan pantas serta mencapai matlamat ditetapkan.
Piagam Pelanggan Jabatan Kecemasan & Trauma
1. Kes kritikal akan diperiksa dengan serta merta. 2. Kes Separa kritikal akan diperiksa dalam masa 30 Minit.
3. Kes tidak kritikal akan diperiksa dalam masa 90 minit mengikut situasi.
4. Setiap panggilan Ambulan dikendalikan dalam masa 5 Minit. 5. Setiap pendaftaran masuk wad dan pertanyaan dikendalikan dengan segera
6. .Berusaha memberi perkhidmatan dengan bersopan dan senyuman mesra.
Statistik Pencapaian Beban kerja
Berikut adalah statistik kedatangan pesakit di Jabatan Kecemasan sepanjang Tahun 2018.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Kedatangan Baru
3613 3609 3653 3568 3796 4342 3555 4167 4285 4125 4754 4555
Jumlah Kedatangan
4462 4236 4484 4274 4488 4594 4473 4430 4586 4736 4890 4899
Graf menunjukkan kedatangan kes di Jabatan Kecemasan pada 2018.
Berdasarkan statistik kedatangan kes di atas, menunjukkan kedatangan baru Berjumlah 48022(88.029%) manakala jumlah kedatangan keseluruhan berjumlah 54552 hanya 6532 (11.97%) kes ulangan.
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
4000
4500
5000
Jan Mac Mei Jul Sept Nov
Kedatanganbaru
Jumlahkedatangan
Berikut adalah statistik panggilan Ambulan dan Rujukan Kes Tahun 2018
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sept Okt Nov Dis JUMLAH
Panggilan Ambulan
76 70 103 89 85 88 73 65 90 87 96 106 1028
Rujukan Kes
147 114 115 107 117 124 144 121 130 124 130 157 1530
Lain-lain 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Berdasarkan statistik di atas, menunjukkan panggillan Ambulan sejumlah 1028 (35.58%) manakala rujukan kes sejumlah 54548 (64.41%) manakala lain-lain sejumlah 0 (0%)
76
70
103
8985
88
73
65
9087
96
106
0
20
40
60
80
100
120
Jan Mac Mei Jul Sept Nov
Panggilan Ambulan
Lain-lain
BEBAN KERJA JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL PARIT BUNTAR
BAGI TAHUN 2018
Perkara Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
Aktiviti 1. Jumlah Kedatangan Pesakit 2. Panggilan ambulan 3. Kes OSCC 4. Prosedur minor 5. Kedatangan mengikut kategori zon
- Kritikal - Semi kritikal - Bukan kritikal - Bukan Kecemasan
4462
76
23
892
85 1224 3149
89
4236
70
34
997
111 1035 3090 241
4484
103
45
962
86 1186 3212 219
4274
89
46
857
100 1142 3032 195
4488
85
43
1012
97 1095 3296 241
4594
88
32
1190
107 1146 3341 187
4473
73
28
1187
104 1208 3161 232
4430
65
34
1097
110 1195 3125 1151
4586
90
47
988
105 1302 3179
94
4736
87
69
991
120 1410 3206 970
4890
96
78
1019
128 1554 3208 219
4899
106
68
1201
135 1665 3099 118
Pengurusan sumber manusia 1. Professional
- Pakar - Pegawai Perubatan
2. Sokongan
- PPP - JM/SN - Pem.Perawatan Kesihatan
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
0 2
17 7
12
Berikut adalah jumlah kedatangan mengikut Disiplin.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
Bedah 76 80 89 91 101 105 110 125 112 125 128 135
Paediatrik 1069 1066 1022 1126 1108 1200 1043 1200 1086 1100 1112 1200
Trauma 476 489 546 528 602 499 548 555 565 600 625 632
Perubatan 2837 2601 2825 2528 2677 2790 2769 2550 2823 2911 3025 2932
Berdasarkan kepada statistik di atas, jumlah keseluruhan kedatangan mengikut displin adalah 55556, daripada jumlah tersebut displin Bedah Mencatatkan sebanyak 2291 (2.53%), Paediatrik 13332 (22.29%), Trauma 6665 (12.92%) dan Perubatan 33268 (62.26%). ***Jumlah statistik di atas TIDAK termasuk kes-kes Bukan Kecemasan.
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
Jan Mac Mei Julai Sept Nov
Bedah
Paediatrik
Trauma
Perubatan
CARTA ORGANISASI
JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
HOSPITAL PARIT BUNTAR
Pegawai Perubatan UD48 DR MUNIRAH BINTI SOFI
Pen. Pegawai Perubatan U32 ( Pengurusan)
En. Samsuri Hamid
Pen. Pegawai Perubatan U32 ( Klinikal )
En. Arif Fauzan Zolkifle
En. Mohd Shahrani En. Hosni Ali
En. Thanaraja Gobalakrishnan
En. Mohd Hafizudin
En. Elias
En. Mohd Shaiful Hafis
En. Hanafi Ismail Pn. Azlin Syuhaida
En. Mohammad Khalil Ikhsan
JT Nor fazilah bt Jumri JM.Fauziah Mohd Noor JM. Suriani Ab Rahim
JT Haniza
Jururawat Terlatih U29 /U32 (KUP) Jururawat Masyarakat U19
Unit Forensik
En. Khairul Hisham
En. Rosli Amran
En. Mohd Sharizal
En. Mohd Shaiful Manap
En. Sahimi En. Rosli Achil
En. Zolkifli Robi
En. Selamat Ardi
En. Mohd Bakar Abd Kadir
En. Mohd Shaiful
En. Selamat Otot
Jabatan Kecemasan & Trauma
En. Mohd Shahrul Nizam
En. Mohd Zuhairi
JT Norsuhada Mohamad
En. Mohd Faisal
En. Sapri Sarman
Penolong Pegawai Perubatan U29
En. Khairul Nizan En. Azrul
En. Saffrin
JT Sabilah Ismail JT Fadzilah Ismail
En. Khairul Anuar Sukhri
Unit Forensik
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Pengarah Hospital DR HJH CHE SARIFAH BT SULIEMAN
En. Vikneswaran
AKTIVITI - AKTIVITI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL PARIT BUNTAR TAHUN 2018
Sepanjang Tahun 2018, Jabatan ini tidak ketinggalan menjalankan aktiviti yang bertujuan bagi meningkatkan taraf serta kualiti perkhidmatan yang lebih efisyen kepada pelanggan.
Unit ini juga menghantar anggota untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek samaada di dalam dan dari hospital berpakar serta Pejabat Kesihatan Kerian. Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota di samping dapat menyumbang kearah meningkatkan kualiti perkhidmatan kecemasan.
Latihan Dan Pembelajaran
***** Daripada jadual di atas, ini menunjukkan anggota Unit Kecemasan Sentiasa mempersiapkan diri dengan
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam perawatan kecemasan agar perawatan pesakit lebih berkualiti bagi mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti. Unit ini sentiasa memberi kesedaran kepada kakitangan tentang cara memberi perkhidmatan yang cemerlang dan juga berkomunikasi dengan pelanggan. Dan juga sentiasa mengamalkan Kerja berpasukan di dalam memberikan perawatan yang optima kepada pesakit. Unit ini juga sentiasa menerima maklumbalas dari pelanggan untuk memudahkan proses pernambahbaikan supaya Perkhidmatan Kecemasan cemerlang dan komited dari semasa ke semasa.
Bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran anggota, Unit ini telah menganjurkan beberapa kursus seperti :
1. Kursus Basic Life Support (target 4 kali setahun) 2. Menghadiri serta mengelola Perhimpunan bulanan. 3. Mengadakan Mesyuarat Unit 2 kali setahun. 4. User Training @ T&C peralatan perubatan jika diperlukan. 5. Aktiviti CNE 6. ALS 7. TLS 8. Lain-lain aktiviti hospital. * Jabatan ini mempunyai beberapa orang Fasilitator CPR yang bertauliah, di mana mereka akan update setiap 3 tahun.
Peningkatan Mutu Perkhidmatan
1. Jabatan Ini mempunyai beberapa peralatan perubatan yang terkini, di mana anggota unit ini sentiasa bersedia dan cekap dalam mengendalikan alatan tersebut.
2. Walau bagaimanapun, unit ini telah pun membuat pembelian peralatan perubatan yang baru
bagi menggantikan yang lama serta penambahan peralatan perubatan. Unit ini akan sentiasa mengikut peredaran teknologi yang semakin canggih seiring dengan pengetahuan yang terkini.
3. Beberapa orang Penolong Pegawai Perubatan di Unit ini mempunyai Post Basik Kecemasan
dan Post Basik Renal di mana mereka mempunyai kepakaran yang spesifik serta mereka sentiasa berkongsi ilmu demi kepentingan pesakit dan pelanggan. Pada tahun ini 2 orang Penolong Pegawai Perubatan memohon Post Basik , iaitu Post Basik Diabetis dan Post Basik Resporatori. Ini adalah untuk memastikan unit ini sentiasa berada di tahap yang paling optima dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit atau pelanggan.
Jenis Post Basic Jumlah PPP Pencapaian %
AEMTC 6 orang 6/12=50%
ORTHO 2 orang 2/12 =16.66%
RENAL 2 orang 2/12=16.66 %
FORENSIK 2 orang 2/12=16.66%
Jumlah 12 orang 12/12=100%
6 orang PPP masih tiada Post Basic= 33.33%
Seorang PPP masih sambung belajar Ijazah Sarjana Muda
4. Jabatan ini juga telah mempunyai peralatan Komunikasi dua hala atau Radio Trunk , ini
adalah bertujuan untuk memastikan perkhidmatan Pre Hospital Care akan lebih mantap. Peralatan ini di letak di bilik Kaunter Kecemasan, di mana Hospital Parit Buntar dijadikan Hub Call Centre.
5. Jabatan ini juga telah menerima 2 buah kenderaan Ambulan baru yang di dalamnya terdapat peralatan yang cukup canggih serta terkini bagi melancarkan lagi perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma.
6. Usaha ke arah menyediakan C&P (creaditial&previlange) bagi anggota PPP dan JM telah dijalankan dimana semua PPP dan JM telah diiktiraf oleh pakar perubatan bagi melakukan beberapa prosedur seperti yang tertera pada sijil masing-masing.
Hala Tuju Jabatan Kecemasan Dan Trauma(2016-2018)
Mewujudkan perkhidmatan Pra- hospital yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang
terkini disamping mempunyai modal insan yang berkemahiran dalam mengendalikan
perawatan kecemasan yang berkualiti dan optima.
Mewujudkan dan melengkapkan Jabatan kecemasan dengan kepakaran dalam bidang
otopedik yang bersesuaian dengan kemahiran dan fasiliti setempat.
Merancang dan mengadakan Latihan Kecemasan Dan Trauma Secara berterusan bagi
melatih anggota Jabatan kecemasan khususnya dan anggota Hospital amnya serta anggota
kesihatan dari wilayah Perak utara dan kawasan yang berhampiran. Diantara kursus-kursus
yang akan dirancang dan akan diadakan adalah seperti :
1. Basic Life Support. 2. ALS(ADVANCE LIFE SUPPORT) 3. TLS(TRAUMA LIFE SUPPORT) 4. Airway Management, Defibrillator dan Emergency Trolley 5. Radio Komunikasi Dua Hala (Radio Trunk) 6. Latihan Bencana Dalaman 7. Latihan Bencana Daerah
Disediakan Oleh SAMSURI BIN HAMID KETUA UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL PARIT BUNTAR PERAK DARUL RIDZUAN. 17 JANUARI 2018 / 29 RABIULAKHIR 1439H