Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAMPIRAN 1
1
TUJUAN
Garis Panduan ini disediakan bertujuan memberi penerangan mengenai
pelaksanaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building
System – IBS) bagi projek pembinaan dalam sektor swasta dengan :
(i) menjadikan penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada
syarat wajib dalam permohonan kelulusan Kebenaran Merancang
(Planning Permission) atau Perintah Pembangunan (Development
Order) dan permohonan Pelan Bangunan (Building Plan); serta
(ii) penggunaan kaedah IBS adalah diwajibkan bagi semua projek
swasta yang bernilai RM50 juta dan ke atas di mana nilai projek ini
bersamaan / berkadaran dengan Keluasan Lantai Kasar (gross floor
area – GFA) 50,000m2 (meter persegi) dan ke atas dengan minimum
pengiraan Skor IBS yang ditetapkan adalah sebanyak 50 Skor IBS.
LATAR BELAKANG
Dasar Dan Keputusan Kerajaan Dalam Pelaksanaan IBS
2. IBS merupakan teknik atau kaedah pembinaan di mana komponen
pembinaan dihasilkan dalam keadaan yang terkawal, iaitu di kilang atau di
kawasan tapak bina, seterusnya diangkut dan dipasang dalam kerja
pembinaan dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak bina.
3. Objektif pelaksanaan pembinaan menggunakan kaedah IBS adalah
untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan,
menyeragamkan rekabentuk binaan, mempercepatkan tempoh pembinaan
serta seterusnya membantu usaha ke arah pengurangan kebergantungan
negara kepada para pekerja asing tidak mahir dalam sektor pembinaan.
2
4. Pada peringkat awal pelaksanaan dasar penggunaan kaedah IBS,
Kerajaan telah menyediakan Roadmap IBS (2003–2010) dan Roadmap
IBS (2011–2015) yang telah dihasilkan oleh Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board – CIDB).
Melalui pelan hala tuju IBS ini, pelbagai program telah dirangka untuk
meningkatkan tahap penggunaan kaedah IBS dalam industri pembinaan.
5. Matlamat Roadmap IBS ini juga antara lainnya ialah mengekalkan
tahap penggunaan kaedah IBS dengan 70 Skor IBS bagi sesebuah projek
pembinaan dalam sektor awam dan menggalakkan penglibatan pihak
sektor swasta dalam penggunaan kaedah IBS dengan 50 Skor IBS.
6. Sebagai kesinambungan kepada siri Roadmap IBS ini, Kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif dan menetapkan sasaran untuk meningkatkan
penggunaan IBS melalui Program Transformasi Industri Pembinaan
(Construction Industry Transformation Programme – CITP) (2016–2020)
yang dirangka khusus bagi mentransformasi sektor pembinaan.
7. Di bawah Inisiatif Keempat (P4), Teras Ketiga iaitu Produktiviti, dalam
CITP, telah digariskan strategi dan sasaran keberhasilan utama untuk
memperluaskan serta meningkatkan tahap pelaksanaan penggunaan
kaedah IBS dengan 50 Skor IBS bagi projek dalam sektor swasta yang
dijangka akan dapat membantu pertumbuhan industri IBS dalam negara.
8. Pada masa yang sama, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe –
11), Kerajaan turut memberikan penekanan berhubung pelaksanaan IBS
melalui Strategi D2 (Memacu produktiviti), Bidang Fokus D
(Mentransformasikan sektor pembinaan), Teras Strategik Keenam
(Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran)
yang bertujuan memacu produktiviti dalam sektor pembinaan dengan
meningkatkan penggunaan teknologi dan pemodenan seperti kaedah IBS.
3
9. Maka, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September 2015 telah
bersetuju dengan syor untuk mewajibkan pelaksanaan penggunaan
kaedah IBS bagi projek yang bernilai RM50 juta dan ke atas dalam sektor
swasta. Mekanisma terbaik pelaksanaan syor ini adalah dengan
memasukkan syarat penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian
daripada syarat dalam kelulusan permohonan Kebenaran Merancang atau
Perintah Pembangunan dan semasa proses penyerahan Pelan Bangunan.
10. Mekanisma ini dilihat sebagai satu pendekatan yang terbaik untuk
meningkatkan penggunaan kaedah IBS bagi projek pembinaan dalam
sektor swasta berbanding pendekatan yang lain memandangkan ianya
membolehkan pelaksanaan dasar dan usaha–usaha meningkatkan
penggunaan IBS dapat dijayakan pada semua peringkat di seluruh negara.
PELAKSANAAN IBS DALAM PERMOHONAN KEBENARAN
MERANCANG / PERINTAH PEMBANGUNAN DAN PELAN BANGUNAN
Kriteria Mewajibkan Pelaksanaan Penggunaan Kaedah IBS
11. Projek pembinaan dalam sektor swasta DIWAJIBKAN menggunakan
kaedah IBS sekiranya ia memenuhi kiteria yang telah ditetapkan. Secara
khususnya, kriteria yang ditetapkan adalah seperti dinyatakan berikut :
(i) projek pembinaan bangunan yang dilaksanakan oleh pihak sektor
swasta yang secara keseluruhannya bernilai RM50 juta dan ke atas;
(ii) penggunaan terma atau takrifan nilai projek “RM50 juta dan ke atas”
dalam Garis Panduan ini adalah merujuk jumlah keseluruhan
Keluasan Lantai Kasar (gross floor area – GFA) bangunan;
(iii) jumlah keseluruhan Keluasan Lantai Kasar yang ditetapkan adalah
dengan keluasan 50,000 m2 (meter persegi) dan ke atas; dan
4
(iv) projek pembinaan yang hanya melibatkan projek bangunan sahaja
dengan kategori bangunan ditafsirkan sebagai rumah kediaman,
rumah kediaman bertingkat, bangunan komersil dan industri.
Mekanisme Pelaksanaan IBS Bagi Projek Swasta
12. Mekanisme pelaksanaan penggunaan kaedah IBS bagi projek swasta
adalah berpandukan kepada proses permohonan Kebenaran Merancang
atau Perintah Pembangunan dan proses permohonan Pelan Bangunan
sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
13. Penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada syarat wajib
dalam permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan,
dan permohonan Pelan Bangunan akan diguna pakai oleh pihak berikut :
(i) PBT bagi kawasan pentadbirannya selaku pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT) iaitu merujuk subseksyen 5(1),
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan
(ii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBDN) bagi
kawasan di luar sesebuah PBT iaitu merujuk subseksyen 5(2),
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
14. Penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada syarat wajib
permohonan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang atau Perintah
Pembangunan, dan permohonan Pelan Bangunan, akan dikenakan
terhadap projek swasta yang mempunyai Keluasan Lantai Kasar
50,000m2 (meter persegi) dan ke atas dengan minimum 50 Skor IBS.
15. Carta alir pelaksanaan syarat wajib menggunakan kaedah IBS bagi
projek swasta melalui permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah
5
Pembangunan dan proses permohonan Pelan Bangunan di peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti yang dijelaskan di Lampiran.
16. Semua permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah
Pembangunan dan permohonan Pelan Bangunan perlu mengemukakan
maklumat mengenai pematuhan pencapaian tahap minimum 50 Skor IBS.
17. Laporan, pelan dan maklumat yang berkaitan dengan pengiraan Skor
IBS perlu dinyatakan dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) iaitu
dengan merujuk kepada Manual LCP Edisi Kedua Tahun 2011 yang
telah disediakan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).
18. Ia perlu dinyatakan dengan jelas di bawah tajuk/kandungan
Pematuhan Dasar dan Garis Panduan (Pematuhan Kepada Perkara–Perkara Teknikal Lain) iaitu merujuk Bahagian B : Ringkasan LCP 1A
(Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan) dalam Manual LCP.
19. Semua pengiraan Skor IBS perlu disahkan oleh “Orang Yang
Berkelayakan (Qualified Person)” dengan merujuk tafsiran dalam Akta
Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu “seorang arkitek, jurutera
atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar di bawah mana–mana
undang–undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftarannya”.
20. Pengiraan Skor IBS hendaklah mengikut tatacara seperti dinyatakan
dalam Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard –
CIS) CIS 18:2010 (Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score)).
21. Setelah syarat penggunaan kaedah IBS untuk projek swasta diterima
pakai serta dijadikan syarat wajib dalam permohonan kelulusan Kebenaran
Merancang atau Perintah Pembangunan dan permohonan Pelan
Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, CIDB akan melaksanakan
6
penguatkuasaan terhadap pematuhan pelaksanaan penggunaan kaedah
IBS merujuk kepada subseksyen 4(1)(m), Akta Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) iaitu dalam “mengawal
selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan”.
PEMAKAIAN DAN PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN
22. Garis panduan ini menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan syarat
wajib penggunaan kaedah IBS bagi projek swasta melalui permohonan
Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan dan proses
permohonan Pelan Bangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
23. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan
undang–undang sedia ada khususnya Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
dan Undang–undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984.
24. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan
garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu
merujuk kepada dasar–dasar, pekeliling–pekeliling, arahan–arahan dan
piawaian–piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak–pihak
berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh
undang–undang, serta garis panduan–garis panduan perancangan lain.
25. Garis panduan ini diharap akan dapat memberikan penjelasan
tentang proses serta mekanisme pelaksanaan syarat wajib penggunaan
kaedah IBS untuk projek swasta melalui permohonan kelulusan
Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan dan permohonan
Pelan Bangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Keberkesanan
dan kejayaan pelaksanaannya kelak diyakini berupaya menjadi peneraju
kepada usaha untuk mentransformasikan industri pembinaan negara.
LAMPIRAN
Mekanisme Pelaksanaan Penggunaan Kaedah IBS Sebagai Syarat Wajib Dalam Permohonan Kebenaran Merancang / Perintah Pembangunan &
Pelan Bangunan
PEMOHON
URUS SETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)
PEJABAT DAERAH & TANAH
( Permohonan Serentak Ubah Syarat & Pecah Sempadan & Penyerahan &
Pemberimilikan Semula )
JABATAN PERANCANGAN PBT
( Permohonan Kebenaran Merancang (KM) )
JABATAN BANGUNAN PBT
( Permohonan Pelan Bangunan )
Laporan dan Pelan Bangunan yang berkaitan dengan pengiraan Skor IBS
yang disahkan Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) perlu disertakan dalam Laporan Cadangan
Pemajuan (LCP) iaitu :–
LCP1a : Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan; di bahagian
“Pematuhan Dasar dan Garis Panduan – Pematuhan kepada Perkara–Perkara
Teknikal Lain”
Semakan pematuhan kepada syarat kelulusan Kebenaran Merancang berkenaan Skor
IBS sebelum kelulusan Pelan
Bangunan diberikan
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat
Setempat (OSC)
Mesyuarat Majlis Penuh PBT
Salinan laporan dan pelan berkaitan
Skor IBS kepada CIDB Malaysia
PEMOHON
LAMPIRAN 2
BILANGAN PENGELUAR/ PEMBEKAL KOMPONEN IBS
MENGIKUT NEGERI SEHINGGA 31 DISEMBER 2016
NEGERI JUMLAH KESELURUHAN
SETIAP NEGERI
1 Selangor 82
2 Johor 38
3 Negeri Sembilan 14
4 Perak 14
5 Sabah 13
6 Sarawak 13
7 Melaka 9
8 Kuala Lumpur 8
9 Kedah 8
10 Pahang 7
11 Kelantan 7
12 Terengganu 7
13 Pulau Pinang 6
14 Perlis 1
JUMLAH 227
(Sumber : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB))
LAMPIRAN 3
TABURAN PENGELUAR KOMPONEN IBS BERDAFTAR DENGAN CIDB DI SELURUH NEGARA
(SEHINGGA 31 DISEMBER 2016)
8
6
7
1 13
7
227 PENGELUAR KOMPONEN IBS
14
82
8
14 9
38
13
7