5
JADUAL RINGKASAN STAIL F - PENEMUAN TERBIMBING PERKARA KETERANGAN DEFINISI Satu proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid . Guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklum balas murid untuk mendapatkan jawapan yang betul. S tail pengajaran ini melibatkan murid dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing murid untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membant u murid ke arah mendapatkan jawapan yang betul. OBJEKTIF Untuk memupuk sikap inkuiri dan penemuan dalam pembelajaran. Untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap langkah di mana memberi peluang kepada murid untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan. Memberi peluang kepada murid dalam menemui

Jadual Ringkasan Stail f

Embed Size (px)

DESCRIPTION

stail f

Citation preview

JADUAL RINGKASAN STAIL F - PENEMUAN TERBIMBING

JADUAL RINGKASAN STAIL F - PENEMUAN TERBIMBING

PERKARAKETERANGAN

DEFINISISatu proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklum balas murid untuk mendapatkan jawapan yang betul.Stail pengajaran ini melibatkan murid dalam proses penemuan.Oleh yang demikian, guru akan membimbing murid untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membantu murid ke arah mendapatkan jawapan yang betul.

OBJEKTIFUntuk memupuk sikap inkuiri dan penemuan dalam pembelajaran.Untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap langkah di mana memberi peluang kepada murid untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan.

Memberi peluang kepada murid dalam menemui konsep dan prinsip yang melibatkan pemikiran tertumpu.

Menghasilkan tindak balas murid dengan soalan yang tepat dan betul.Membina kemahiran penemuan yang logik. Penemuan yang logik dapat mengelakkan pemesongan topik berlaku semasa proses penemuan murid.Dapat menggalakkan kreativiti murid memandang proses penerokaan berlaku sepanjang pembelajaran dan pemudahcraan.Membina kesabaran guru dan murid. Hal ini dikatakan begitu kerana kesabaran amat diperlukan dalam proses penerokaan untuk mencapai objektif pembelajaran.

FASA PRA IMPAKFasa Pra-Impak merupakan langkah -langkah dalam rancangan pengajaran. Bagi fasa ini, guru memaikan peranan dalam :

Membuat persediaan dan perancangan dari segi isi pelajaran.

Menentukan susunan langkah seperti solan klu yang memandu murid menemui matlamat pembelajaran dan pemudahcaraan.Untuk menghasilkan langkah yang berkaitan dengan subjek, guru perlu menjangka murid mungkin akan memberi jawapan kepada simuli (langkah) yang diberikan.

Jika tindakbalas yang diberikan tidak menepati kehendak, guru perlu menghasilkan langkah yang lain yang lebih dekat dengan subjek.

Walaubagaimanapun, lebih daripada satu tindakbalas boleh diberikan.

Guru pula perlu bersedia dengan klu yang hendak diberikan.

Klu yang diberikan perlulah membawa murid kepada satu tindakbalas dan meminggirkan tindakbalas lain.

FASA IMPAKDalam impak penemuan terbimbing ini menguji reka bentuk urutan. Satu urutan itu dihasilkan dan diuji oleh setiap murid, kemudian direka semula dan diuji kembali, mungkin juga menjadi prototaip kepada kumpulan sasaran yang diberikan. Apabila sampai kepada tahap ini, urutan yang sama boleh digunakan dalam kebanyakan kumpulan dengan kebarangkalian berjaya yang tinggi.

Dalam impak ini juga guru perlu menyedari kepentingan beberapa faktor iaitu : (a) Objektif, sasaran, dan langkah yang akan digunakan

oleh guru.

(b) Susunan setipa soalan yang akan digunakan.

(c) Saiz atau bilangan klu yang diberikan.

perhubungan langkah, kelajuan urutan, dan emosi pelajar.

FASA PASCA IMPAK

CIRI-CIRI

KEBAIKAN

KELEMAHAN

RUMUSAN

PELAKSANAAN STAIL F

Pertama, guru perlu memberi dan menanyakan soalan yang telah dirancang kepada murid.

Kedua, tunggu jawapan daripada murid.

Ketiga, jika ia masih tidak dapat jawab soalan yang diberikan, guru boleh memberi klu ataupun panduan.

Keempat, guru boleh membuat pilihan jika ingin meneruskan eksperimen dengan menanyakan soalan yang berikutnya ataupun tidak.