24
HARTANAH HOT | FOKUS KAWASAN | SENARAI HARTANAH 31 OKT 2018 Edisi : #19 CERITA-NAH! Hartanah Hot Ayra 2 & Maju Kuala Lumpur Isu-isu menarik: Fokus Kawasan Bandar Bukit Raja & Sungai Besi Senarai Hartanah 5 SOHO Bawah RM500,000 di Kuala Lumpur [email protected] | 03 – 2771 9774 | www.hartabumi.com @hartabumi.com Anak Muda Jangan Mimpi Nak Beli Rumah

Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

HARTANAH HOT | FOKUS KAWASAN | SENARAI HARTANAH 31 OKT 2018Edisi : #19

CERITA-NAH!

Hartanah Hot

Ayra 2 & Maju Kuala Lumpur

Isu-isu menarik:

Fokus KawasanBandar Bukit Raja & Sungai Besi

Senarai Hartanah5 SOHO Bawah RM500,000di Kuala Lumpur

[email protected] | 03 – 2771 9774 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

Anak MudaJangan Mimpi Nak Beli Rumah

Page 2: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

31 OKT 2018HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorHUDA NAIM

PenulisMEHMED AEZHAD

KreatifAMIRUL NIDZAM

HASIENAH ROSLAN

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

6-08 Oval Damansara,

No 685 Jalan Damansara,Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.Tel : 03 – 2771 9774

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin

Hartanah HotAyra 2 & Maju Kuala Lumpur

4-11

5 Soho Bawah RM500,000 Di Kuala Lumpur

Senarai Hartanah22

Fokus Kawasan16-21

Bandar Bukit Raja & Sungai Besi

Anak Muda Jangan Mimpi Nak Beli Rumah

Isu Muka Depan12-14

Page 3: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL
Page 4: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL
Page 5: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Landed vs High Rise, merupakan topik perbincangan hangat yang seringkali menjadi topik perbualan ramai dalam membuat keputusan untuk membeli rumah impian. Kategori rumah landed ini adalah seperti teres setingkat/dua tingkat, banglo, super-link dan sebangainya. Manakala rumah kategori high rise pula adalah rumah yang dibina bertingkat-tingkat memanjang ke langit seperti apartment, kondominium, SOHO dan sebagainya.

Kedua-dua kategori rumah ini mempunyai pro dan juga kontranya. Ia bergantung kepada banyak faktor sebelum kita membuat keputusan untuk memilih sama ada rumah tanah atau rumah tinggi ke langit.

Berdasarkan trend masa kini, rumah kategori high rise ini menjadi pilihan kerana beberapa faktor:

LANDED VS HIGH RISEMANA PILIHAN QALBU?

Harganya yang lebih murah berband-ing dengan rumah tanah. Kondomini-um yang berharga di bawah RM400,000 masih boleh dicari di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Lengkap dengan kemudahan dan fasiliti seperti kolam renang, gimnasium, kawalan sekuriti, dewan serbaguna, padang tenis, restoran, kedai serbaneka dan sebagainya yang kesemuanya diletakkan dalam satu bangunan untuk kemudahan penghuninya.

Mementingkan privasi pemiliknya yang inginkan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan seharian.

Saiz rumah yang besar. Saiz rumah yang selesa dalam skala 20 x 70 merupakan pilihan yang sesuai untuk mereka yang baru membina keluarga.

High Rise

Namun rumah landed terutamanya rumah teres juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri contohnya:

Landed

HARTANAH HOT31 OKT 2018HB 04

Page 6: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Cukup menarik ciri-ciri kedua-dua kategori rumah kediaman ini, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan sentiasa menjadi buruan mereka yang ingin mencari rumah idaman ataupun untuk pelaburan.

Namun bagaimana pula kalau anda dapat membeli sebuah kediaman yang mempu-nyai hampir kesemua ciri yang disebut di atas, pasti menarik bukan.

Tim Hartabumi cuba menyemak projek-pro-jek di Selangor yang mempunyai lebih kurang 70 – 90% ciri-ciri kediaman seperti teres dan high rise serentak. Berdasarkan semakan, Tim Hartabumi merasakan Perbandaran Bandar Bukit Raja (BBR) merupakan pilihan terbaik untuk anda dalam konteks kediaman berciri fantastik!

Township BBR ini menawarkan rumah berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan dan ketersambungan yang terbaik untuk pembelinya. Prinsip reka bentuk kediaman BBR memfokuskan empat nilai utama iaitu Pengudaraan Semulajadi, Pencahayaan Semulajadi, Harmoni dengan Alam Semulajadi dan Kediaman Berbilang Generasi.

Sebagai contoh kediaman “Azira” berstatus pegangan bebas ini mengetengahkan rekabentuk tropika moden kontemporari yang menyediakan bukaan bersaiz besar dan ‘jendela gaya gambar’ yang luas bagi member-ikan pemandangan yang menarik serta pengudaraan yang baik untuk penghuninya.

“Athira” pula menawarkan kediaman pelbagai generasi direka khas untuk memenuhi keperlu-an mereka yang lanjut usia, remaja dan kanak-kanak di bawah satu bumbung sebagai contoh bilik tidur dan bilik mandi tetamu disediakan di aras bawah yang mesra kerusi roda dan boleh disesuaikan bagi keperluan khusus untuk ahli keluarga yang berusia atau kurang upaya.

Masih dalam fasa pembangunan, Taman Bandar yang terletak dalam township BBR ini berkeluasan 125 ekar mempunyai variasi kemudahan, dengan hanya satu pintu masuk dan keluar bagi tujuan keselamatan.

Kebebasan untuk menambah ruang. Sebagai contoh menambah ruang bilik dan menambah bilik air.

Mempunyai “car porch” yang mampu memuatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa bergantung kepada keluasan car porch dan yang pentingnya ruang parkir berpagar.

Taman perumahan juga kebiasaannya mempunyai taman permainan untuk anak-anak bermain dan berhampiran dengan kemudahan awam seperti pusat membeli belah, hospital dan sekolah

Projek Township BersepaduDengan Nilai Tambah Hebat

Rumah Berkualiti Tinggi,Harga Berpatutan

Taman BandarBerkeluasan 125 Ekar

Sejak dilancarkan pada 2002, ia menjadi sebuah pembangunan kediaman yang sinonim dengan pertumbuhan nilai, merangkumi 4,333 ekar dengan lebih dari 90 peratus kawasan tanah yang bakal dibangunkan.

Malah lokasi BBR ini cukup strategik di tengah-tengah laluan antara Shah Alam ke Klang dan Pekan Meru. Malah BBR ini juga bersebelahan dengan Klang Sentral. Tidak dinafikan bahawa projek BBR ini adalah booster kepada pembangunan dan limpahan ekonomi di kejiranan Bandar Bukit Raja sehingga kini.

Jom kita lihat apa yangmenarik tentang BandarBukit Raja:

31 OKT 2018HB 05

Page 7: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Di BBR ini, penduduknya akan dapat menikmati keindahan taman hijau dan trek joging yang luas serta taman permainan untuk anak-anak kecil bermain, sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk melaksanakannya.

Selain itu, ada juga beberapa taman kecil yang disediakan di sekitar fasa pembangunan itu, memastikan kediaman terletak berhampiran kawasan hijau untuk menggalakkan gaya hidup yang aktif.

Tidak dinafikan bahawa privasi dan keselamatan penghuni / pembeli rumah merupakan keutamaan setiap pemaju waima Sime Darby Property. Sebagaimana perbandaran yang lain, BBR juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang bakal menjamin keselamatan penduduknya dengan menerusi sistem keselamatan rumah berintegrasi.

Yang menariknya, Sime Darby Property telah melancarkan Balai Polis Bantuan yang menempat-kan Unit Polis Bantuan BBR. Dengan tenaga kerja seramai 25 orang dan dua kereta peronda serta kerjasama dengan PDRM dan persatuan penduduk, BBR akan menjadi township yang lebih terjamin keselamatannya berbanding dengan taman-taman perumahan lain yang lebih rendah tahap keselamatannya.

Berteraskan falsafah pembangunan projek BBR, Sime Darby Property juga lengkap dengan deretan lot-lot kedai dan pusat komersial dalam BBR untuk kemu-dahan penghuninya yang ingin membeli barang atau mendapatkan kemuda-han-kemudahan lain yang tidak memer-lukan mereka untuk keluar dari BBR.

Malah dalam BBR juga ada kedai “mapley” untuk penduduknya mengeteh siang dan malam. Maka tak perlu susah-susah, hampir lengkap kesemuanya di dalam BBR itu sendiri. Malah sekiranya ingin membeli belah atau ke pasaraya, BBR cukup hampir dengan pasaraya besar Tesco & Giant Setia Alam serta Setia City Mall.

Ini yang lebih menarik, sekiranya jatuh sakit atau memerlukan rawatan perubatan tak perlu pergi jauh-jauh. Di hadapan pintu masuk BBR sudah ada Hospital Columbia Asia yang tersergam indah untuk penghun-inya.

Bagaimana menarik bukan, Bandar Bukit Raja ini adalah township idaman yang bercirikan fantastik gabungan rumah landed dan juga fasiliti seperti high rise! Sekiranya anda semua berminat untuk tinggal di township serba lengkap BBR ini, berikut adalah maklumat berkenaan setiap kediaman di BBR:

Township Yang Dikawaloleh Polis Bantuan 24/7

Dilengkapi dengan PusatKomersial untuk Membeli Belah

Hospital Columbia AsiaBeroperasi di BBR

31 OKT 2018HB 06

Page 8: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Saiz Binaan: 20’ x 75’ (2,012 psf)

Jumlah Bilik: 3 + 1

Jumlah Bilik Air: 4

Pegangan: Bebas

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Saiz Binaan: 22’ x 75’ (2,284 psf)

Jumlah Bilik: 3 + 1

Jumlah Bilik Air: 4

Pegangan: Bebas

Casira 1

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Saiz Binaan: 20’ x 75’ (1,901 psf)

Jumlah Bilik: 3 + 1 Jumlah Bilik Air: 4

Pegangan: Bebas

Azira

Casira 2

31 OKT 2018HB 07

Page 9: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Saiz Binaan: 22’ x 75’ (2,191 psf)

Jumlah Bilik: 3 + 1

Jumlah Bilik Air: 4

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Saiz Binaan: 20 x 75 (1,901 psf)

Jumlah Bilik: 3 + 1

Jumlah Bilik Air: 4

Athira

Ayra

31 OKT 2018HB 08

Page 10: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL
Page 11: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Maju Kuala Lumpur ialah sebuah kawasan kediaman kondominium terkini seluas 14 ekar. yang terletak berhampiran Sungai Besi.

Projek ini yang dibangunkan oleh ASM Development (KL) Sdn Bhd ini menggu-nakan tagline – Urban Living Redefined. Kondominium ini merupakan hartanah baru yang menawarkan jenis unit interme-diate dengan saiz binaan 882 kaki persegi.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2022 menawarkan status geran jenis pajakan (99 tahun) strata.

Turut akan dibina bersekali dengan kawasan kondominium ini ialah sebuah pusat membe-li-belah dikenali sebagai Maju Kuala Lumpur Shopping Mall yang berkeluasan 1 juta kaki persegi dengan lebih dua ribu tempat letak kereta.

Malah lebih menarik satu jambatan khas akan dibina untuk menghubungkan kawasan kediaman Maju Kuala Lumpur dengan pusat membeli-belah ini. Ia akan menempatkan pasar raya, kompleks panggung wayang, ruang makanan dan minuman, pelbagai kedai dan sebuah arena sukan.

Pasti anda tertanya-tanya spesikasi unit Maju Kuala Lumpur ini kan? Jom kita lihat:

Dan banyak lagi! Anda boleh lihat sendiri bagaimana unit-unit ini dirangka dan dibina dengan begitu terperinci sekali.

MAJU KUALA LUMPUR BAKAL JADI IKON SUNGAI BESI

Sambungan jalur lebar internet berkela-juan tinggiKabinet kasut Sistem penghancur sisa elektrik.Butang panik dalaman

882 sqf3 bilik tidur 2 bilik mandiRuang makan bergandaDapur Kawasan utilitiLantai vinil yang diimport11 nos. pencahayaan LED.

1 Juta Kaki PersegiPusat Beli Belah

Saiz Unit YangSelesa

Unit Dilengkapi PeralatanElektrik Jenama Terkenal

HB 1031 OKT 2018

Page 12: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Lebih menarik di setiap unit kondominium berkenaan akan dilengkapi dengan peralatan elektrik berkualiti tinggi dari jenama terkemuka.

Antara peralatan yang akan ditempatkan di setiap kondominium ialah empat unit pendingin hawa, satu unit televisyen, ketuhar gelombang mikro, oven, peti sejuk, mesin basuh dan pemanas air. Ha, korang dah tak perlu risau bila masuk rumah nanti. Semua peralatan elektrik dah tersedia!

Maju Kuala Lumpur memiliki pelbagai kemudahan eksklusif dan bernilai tinggi termasuk ruang BBQ, gimnasium, surau, laluan joging, taman permainan, gelang-gang pelbagai guna dan turut memiliki kawalan keselamatan 24 jam bagi memas-tikan penghuninya sentiasa merasa selamat.

Fasiliti Serba Lengkap

Sistem Pengumpulan SisaVakum Automatik

Akses Lebuhraya

KemudahanPengangkutan Awam

Sungai BesiBandar Matang

Kita selalu berhadapan dengan masalah nak buang sampah bila tinggal di kondo atau apartment kan? Kadang-kadang tu sampah terperap sampai berminggu-minggu.

Ye lah, tak semua tempat pembuangan sampah ada di setiap tingkat. Kalau disediakan pun, bau yang kurang enak pula disajikan dek sampah yang melimpah-limpah ini. Inilah yang cuba diselesaikan oleh pemaju ASM Develop-ment di mana mereka menyediakan sistem pengumpulan sisa sampah ini secara vakum dan berautomatik.

Korang dah tak perlu risau masalah bau busuk dan juga sampah yang terlalu banyak di tempat pembuangan kerana sisa-sisa ini akan terus dipam melalui sistem vakum berautomatik terus ke tempat pusat pengumpulan. Mudah, bukan?

Malah jika memiliki kenderaan sendiri ia bukan satu halangan besar kerana kawasan kediaman Maju Kuala Lumpur terhubung dengan beberapa lebuh raya utama termasuk (E37 KL Seremban Highway) dan E9 Lebuh Raya sungai Besi.

Beberapa kawasan utama terletak berhampi-ran dengan Maju Kuala Lumpur ini.

Misalnya The Mines dan Bukit Jalil terletak dalam lingkungan lima kilometer, Mid Valley Megamall, AEON Cheras Selatan, IOI City Mall dan IOI Puchong dalam lingkungan 10 kilome-ter, Kuala Lumpur, KLCC, Sunway Pyramid dan Petaling Jaya dalam lingkungan 15 kilome-ter manakala Nilai, Subang, Shah Alam dan Klang dalam lingkungan 20 kilometer.

Terletak di Sungai Besi menjadi kelebihan utama buat Maju Kuala Lumpur kerana kawasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian penting dan kita dapat melihat bagaimana pembahagian ini adalah mengikut keperluan pembangunan.

Kawasan utara di sekitar Jalan Chan Sow Lin menjadi kawasan tumpuan untuk pembangu-nan industri dan sektor perkilangan manakala kawasan tengah seperti di Desa Petaling, Salak Selatan dan Bandar Tasik Selatan menjadi tumpuan untuk kawasan kediaman.

Kita boleh melihat bagaimana kawasan-ka-wasan kediaman di Sungai Besi termasuk Salak Selatan, Kuchai Lama, Desa Petaling dan berhampiran Taman Teknologi menjadi kawasan kediaman yang sudah berkembang dan dikenali.

Dengan saiz keluasan yang selesa, Maju Kuala Lumpur dilihat sebagai kawasan kediaman yang strategik memandangkan ia terletak di kawasan Sungai Besi yang kini menjadi hab pengangkutan awam utama di Kuala Lumpur.

Jarak Maju Kuala Lumpur dengan Terminat Bersepadu Selatan (TBS) yang menempatkan stesen bas, stesen ERL, stesen LRT dan stesen Komuter hanya kira-kira empat kilome-ter sahaja.

Lebih menarik perhatian projek ini nanti akan siap serentak pada tahun 2022 dengan projek jajaran MRT laluan Sungai-Buloh-Serdang-Pu-trajaya yang turut menempatkan stesen berhampiran Maju Kuala Lumpur. Stesen MRT dan LRT ini mempunyai jambatan yang dihubungkan terus ke Maju Kuala Lumpur sekaligus memudahkan pergerakan penduduk Maju KL untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

31 OKT 2018HB 11

Page 13: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

ISU MUKA DEPAN

Buatlah seberapa banyak rumah mampu milik sekali pun, atau letaklah pelbagai jenis syarat supaya orang kaya tidak boleh membe-li rumah dengan banyak, tetapi jika pembeli itu sendiri tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman, ianya tidak berguna. Sabtu lalu, satu forum bertajuk “Homeless Generation” anjuran sebuah NGO, Muda Arus Baru diadakan di Johor Bharu bagi membin-cangkan isu pemilikan rumah di Malaysia. Forum ini menampilkan dua panelis iaitu Saudara Shahril Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Saudara Radzi Tajuddin, Pengarah Eksekutif Hartabumi.com.

“Contohlah saudara-saudari, kalau kita terlalu panik tentang hutang kerajaan, kita pun buatlah tindakan tertentu, pelabur pun tariklah keluar pelaburan, kerajaan pun perbelanjaannya menguncup, akhirnya kita mengundang masalah yang pada asalnya tidak ada”.

Antara cara bagi mengukur harga rumah mampu milik adalah dengan menggunakan gaji penengah. Mengikut piawaian bank dunia, harga rumah mampu milik bersamaan 3 kali gaji tahunan. Sekarang mari kita lihat sama ada harga rumah di Malaysia ini mampu milik atau tidak. Pada tahun 2016, penengah isi pendaptan rumah di Malaysia adalah RM5,228 sebulan dan harga purata rumah ketika itu adalah RM387,258.

Rata-rata rakyat di Malaysia memiliki tempat tinggal sama ada menyewa atau memiliki rumah. Setakat ini tiada lagi isu gelandangan yang kritikal dalam negara ini menurut Shahril Hamdan. Akan tetapi, jika kerajaan masih lagi gagal dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat, ketika itu kerajaan ada 2 pilihan iaitu:

Menurut saudara Shahril Hamdan, kita tidak boleh terlampau panik mengenai isu rumah kerana dikhuatiri dasar yang dibuat akan “backfired” semula kepada kita.

Mewujudkan lebih banyak perumahan sosial seperti PPR

Menggalakkan penyewaan dan menguatkan akta sewaan

Kita letakkan isu perumahan mampu milik dalam konteks yang sebenar. Saya kira kita semua boleh setuju keperluan asasi manusia adalah untuk ada tempat tinggal, ada kediaman.

Shahril Hamdan

31 OKT 2018HB 12

Anak MudaJangan Mimpi Nak Beli Rumah

Page 14: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Kadar pengangguran anak muda merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara pada kadar 11%

4 daripada 5 pekerjaan dicipta adalah pekerjaan berpendapatan rendah

Kadar kenaikan gaji hanya sekitar 2-3% setahun

Berdasarkan data ini, kita dapat lihat dengan jelas bawaha harga purata rumah jauh lebih tinggi berbanding harga mampu milik iaitu RM188,208. Hal ini membuktikan wujudnya mismatch diantara bekalan dan permina-taan (supply and demand).

Ianya bukanlah perkara mudah bagi kerajaan untuk membuat sebarang dasar kerana industri hartanah adalah industri yang kompleks.

Persepsi memiliki rumah di usia muda adalah bukti kewangan yang stabil telah memberi tekanan kepada anak muda. Kadar pemilikan rumah di Malaysia hanya lah sekitar 43 – 44% sahaja, seiring dengan data yang menunjukkan hanya 1 daripada 3 anak muda sahaja yang layak membeli rumah.

16,682 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malay-sia (PR1MA) siap dibina sejak 2013 . Kredit: FMT Dalam menangani isu rumah mampu milik, Shahril Hamdan mencadangkan ada dua dasar yang boleh dilakukan oleh kerajaan iaitu dasar dari sudut permintaan dan juga dasar dari sudut bekalan. Bagi sudut permintaan, kerajaan mampu meningkatkan kemampuan pembeli seperti skim MyDeposit. Manakala bagi sudut bekalan, kerajaan boleh menyediakan rumah mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Rumah Selangorku.

Namun, saudara Radzi Tajuddin berpendapat isu 'kemampuan' dan akses kepada pinjaman adalah lebih penting yang perlu diutamakan. Menurut beliau, “Dalam keadaan hutang yang tinggi, hutang pula hutang kad kredit yang interest sangat tinggi, disposable income yang sangat terhad, boleh atau tidak mereka mendapat pinjaman perumahan?” Selain daripada mengharapkan usaha daripa-da kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah, rakyat juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan profil kewangan yang sihat bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman rumah.

Apakah situasi sebenar yang dihadapi orang muda? Ada tiga fakta yang merisaukan berkaitan anak muda iaitu:

Dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah, kita sering kali dibandingkan dengan negara jiran Singapura. Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti Singapura? Mengapa kita tidak menggunakan teknolo-gi Sistem Binaan Berindustri (IBS)? Tapi dalam sibuk kita membuat perbandin-gan ini, ramai yang terlepas satu perkara penting iaitu data. Di Malaysia, masih belum wujud data yang berteraskan permintaan seperti Singapura. Tiada data yang menunjukkan rumah bagaimana yang penduduk setempat mahukan, harga berapa yang sesuai mengikut gaji penduduk dan produk apa yang paling sesuai dibina.

Oleh kerana ketiadaan data ini, wujudnya pembinaan produk yang salah. Sebagai contoh di Ipoh, rumah pangsapuri PR1MA dijual pada harga RM300,000 sedangkan berhadapan projek tersebut, rumah teres 3 bilik dijual pada harga RM320,000.

Situasi di Malaysia ini unik. Kita punya purata pemilikan rumah di Malaysia sangat muda sekitar 26-28 tahun. Di negara maju seperti UK 37 tahun, US 34 tahun dan China 35 tahun.

Radzi Tajuddin

Sumber: The Edge

Sumber: The Edge

31 OKT 2018HB 13

Page 15: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Anda rasa rumah yang mana satu pembeli akan pilih? Hal ini juga yang menjadi punca kenapa lebih daripada 70% daripada rumah yang dibina pemaju berharga di atas RM300,000. Kerana pemaju sendiri tidak tahu apa permintaan sebenar sesuatu kawasan.

Shahril Hamdan pula melontarkan pendapat yang berbeza dalam mengawal harga rumah dari sudut bekalan.

Menurut beliau kerajaan perlu meletakkan syarat tertentu melibatkan pembelian hartan-ah oleh pelabur luar negara. “Kita tak ban totally, tapi kita mungkin hanya boleh hadkan pembelian di sesetengah zon, atau hanya beberapa jenis unit sahaja.

Jangan landed property tapi kondo sahaja. Sekarang pun sudah ada limitation belian minimum RM1 juta” jelas beliau.

Apakah dasar-dasar yang bakal diperkenal-kan kerajaan bagi menyelesaikan isu rumah mampu milik ini? Sampai bilakah anak muda tengok sahaja rumah-rumah yang dibina?

Dengan kaedah ini, kos menyediakan rumah mampu milik dapat dikurangkan seperti mana yang dilakukan pimpinan terdahulu seperti Uda dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Saya rasa dah tiba masanya untuk agensi perumahan mampu milik tukar daripada menjadi seorang pemaju kepadamenjadi kontraktor

Radzi Tajuddin.

Sumber: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

31 OKT 2018HB 14

Page 16: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL
Page 17: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Bandar Bukit Raja (BBR) merupakan antara perbandaran (township) terawal dibangunkan di Klang pada tahun 2002.

Diilhamkan oleh Sime Darby Property yang merupakan antara konglomerat hartanah terhebat masa kini, kini BBR sekali lagi menjadi tumpuan ramai kaki hartanah yang mendambakan rumah kediaman berciri moden sebagai destina-si persaraan di hari tua.

Tapi takkanlah beli rumah semata-mata nak bersara kan, banyak lagi faktor kenapa dan mengapa BBR ini merupa-kan pilihan ideal para pembeli dan pelabur hartanah di Malaysia.

BBR merupakan antara bandar berkonsepkan township terawal diilhamkan oleh Sime Darby Property yang wujud di daerah ini seiring sejalan dengan Bandar Setia Alam dan lain-lain.

Sejak pelancarannya pada tahun 2002, Kini BBR memasuki era baharu dengan gaya hidup moden berteraskan falsafah bandar lengkap untuk semua. Falsafah tersebut bukan main-main tau. Sime Darby Property serius dalam menterjemahkan falsafah tersebut kepada buyers.

Untuk Rumah Pertama Anda.LOKASI STRATEGIK

Tak percaya, cuba korang tengok peta BBR di atas yang mana BBR ini lokasinya betul-betul di tengah-tengah arus kemode-nan dan pembangunan. BBR bersebelahan dengan Taman Klang Utama, Pekan Meru, Bandar Setia Alam dan Shah Alam.

Jika diamati, pembangunan di sekitarnya amat pesat dengan terbinanya deretan rumah kedai dan kilang-kilang yang menye-diakan peluang pekerjaan kepada penghuni BBR. BBR sahaja sudah cukup dilengkapi dengan kemudahannya yang tersendiri termasuklah balai polis. Maka dengan kejiranannya yang cukup meriah, apa lagi yang dimahukan oleh korang untuk settle down dekat sini kan.

Nak Ikut lagu Mana Kalau Nak ke Bandar Bukit Raja ni?

FOKUS KAWASAN

Bandar Bukit Raja di Tengah-Tengah Suburnya Pembangunan dan Populasi

Adakah Bandar Bukit Raja

HB 1631 OKT 2018

Page 18: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Kalau nak ke BBR ini mudah sahaja meman-dangkan ada banyak akses laluan lebuh raya yang terus menghubungkan BBR dan di daerah sekitarnya. Lebuhraya yang boleh menghubungkan dunia luar dengan BBR adalah seperti berikut:

Kalau korang dari Utara, akses paling mudah adalah Lebuhraya PLUS terus menuju ke NKVE dan exit di Bandar Bukit Raja. Begitu juga kalau dari Lebuhraya Persekutuan, ambil exit Bukit Raja dan menuju ke Meru. Yang menariknya, lokasi BBR ini cukup strategik, betul-betul berhampiran dengan setiap exit lebuhraya yang dinamakan di atas.

Tidak perlu bersusah-payah. Malah penduduk BBR juga senang sekiranya ingin berjalan jauh kerana jarak antara BBR dan exit lebuhraya tidak sampai 5KM. Malah kini lebuhraya baru iaitu Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (LPPB) yang mana jajarannya bermula dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang kini sedang giat disiapkan dan dijangka dibuka untuk laluan trafik pada awal 2019.

Maka tiada isu rumahtangga setiap kali Hari Raya kerana korang boleh guna highway baharu ini nak balik ke kampung.

Kalau korang taknak guna lebuhraya, ha taknak bayar tol lah tu kan? Kalau korang nak tahu selain daripada variasi lebuhraya yang menjadi pilihan untuk bergerak ke sini sana, BBR mempunyai sokongan kemudahan logistik yang serba lengkap untuk kemudahan penghuninya.

Contohnya stesen Klang Sentral yang terletak di Meru betul-betul bersebelahan dengan BBR, cukup memudahkan penghuni BBR dan di sekitarnya untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas ekspres di sana.

Malah bandar BBR juga disokong oleh kemudahan KTM yang menghubungkan penduduk di sana sehingga ke utara menerusi mod kereta api. Menarik bukan?

Korang kena bersyukur jika duduk di BBR ini kerana BBR ini lokasinya betul-betul bersebe-lahan dengan Setia City Mall Shopping Centre yang terletak dengan Bandar Setia Alam Meru yang mana jaraknya hanya dalam 5KM memandu dari BBR. Menariknya, BBR ini bukan setakat dihubung-

kan dengan jaringan lebuhraya yang cukup lengkap tetapi BBR juga mempunyai jaringan jalan raya negeri yang mana aksesnya juga luas. BBR dibangunkan dengan falsafah dan idea untuk memudahkan penduduknya bergerak ke sini sana.

Siapa sangka BBR mempunyai akses yang mudah untuk ke utara melalui pintu jalan “belakang”. Ha jalan belakang tu lagu mana pulak kan? BBR ni mempunyai variasi exit jalan negeri yang hebat, menerusi Pekan Meru korang boleh terus menuju ke Tanjung Karang, Kuala Selangor sehinggalah ke Perak dan Utara mengikut jalan dalam.

Tak perlu bayar tol, ikut sahaja jalan dalam dan menikmati keindahan kampung sepanjang perjalanan.

Jalanraya Kampung Pula Bagaimana?

Takkan Jalanraya dan Lebuhraya Je?

Kalau Nak Shopping Pula, ada tempat ke?

1PLUS Highway

Federal Highway

New Klang Valley Expressway (NKVE)

South Klang Valley Expressway (SKVE)

North Klang Straits Bypass

ELITE Highway

KESAS Highway

HB 1731 OKT 2018

Page 19: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Kalau Sakit Ada Hospital tak?

Kalau Nak Beli Barang Dapur Pula?

Kalau anda kaki wayang, tak perlu susah – susah nak jalan jauh, dekat Setia City Mall ada GSC untuk korang lepaskan gian menonton cerita kegemaran korang.

Setiap minggu boleh bertukar lokasi untuk membeli barang kering dan barang basah.

Malah, kedua-dua hypermarket tersebut juga mempunyai pakej lengkap untuk hiburan anak-anak yang sukakan taman mainan dan para isteri yang suka mencuci mata mencari hiasan wanita.

Sekiranya anda inginkan kepelbagaian, boleh tekan pedal minyak menuju ke pekan Meru yang juga tidak kurang hebatnya dengan deretan rumah kedai yang pelbagai. Di Pekan Meru juga ada Speedmart dan Pasaraya NSK untuk sebagai pilihan tempat korang.

Sime Darby Property betul-betul menghayati falsafah bandar lengkap untuk semua terutamanya dalam aspek hospitaliti kerana korang tak payah susah-susah dan pening untuk meredah perjala-nan yang panjang ke hospital sekiranya jatuh sakit.

Kini Columbia Asia Hospital telah beroperasi sepenuhnya betul-betul di pintu gerbang BBR. Hospital ini serba lengkap dengan kemudahan rawatan untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak. Janji korang ada insurans.

Ha, tuntasnya bagaimana dengan fakta-fakta yang dilampirkan dalam karya ada apa dengan Bandar Bukit Raja ini? Menarik bukan, dengan kepesatan pembangunan di Bandar Klang dan kejiranannya, maka tidak dinafikan lagi bahawa Bandar Bukit Raja bakal menjadi bandar terkemuka di daerah Klang yang akan melestarikan pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Yang paling menariknya tentang BBR ini adalah kerana township ini mempunyai deretan rumah kedai yang serba lengkap untuk menyediakan kemudahan kepada penghuninya.

Maka tak perlu susah-susah untuk keluar jauh membeli barang-barang dapur kerana kawasan BBR lengkap dengan Speedmart 99 serta lot-lot kedai runcit. Maka tidak timbul isu untuk mencari barang-barang keperluan harian di BBR memandangkan township ini mampan dengan kemudahan rumah kedain-ya yang bersepah. Malah hypermarket Tesco dan Giant ini bersebelahan sahaja dengan BBR.

HB 1831 OKT 2018HB 1831 OKT 2018

Page 20: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

HB 1831 OKT 2018HB 1931 OKT 2018

Sungai Besi merupakan salah sebuah kawasan perbandaran yang tertua di Kuala Lumpur. Sejarah silamnya yang gemilang dengan perusahaan bijih timah menjadikan Sungai Besi sebagai sebuah kawasan yang kekal terkenal di ibu kota.

Berkembang sejak 80 tahun lalu, Sungai Besi pernah menjadi kawasan tapak lombong bijih timah utama dunia dengan keluasan kira-kira 12 ekar. Jika kita ke kawasan ini, kita masih dapat meneliti seni bina lama British dan keadaannya juga masih elok dan terjaga.

Di sebalik sejarah yang panjang, Sungai Besi kini menjadi tumpuan pembangu-nan di ibu kota yang ketara. Kita dapat melihat bagaimana Sungai Besi kini menjadi tumpuan kawasan kediaman, selain daripada pembangunan infrastruk-tur yang berimpak tinggi.

Ada Tol Je.SUNGAI BESI

Sungai Besi terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur dan ia sebenarnya dihubung-kan dengan pelbagai rangkaian jalan raya utama di ibu kota. Beberapa jalan raya dan lebuh raya yang boleh menghubungkan kita ke Sungai Besi dengan Kuala Lumpur ialah Jalan Sungai Besi, E38 Lebuhraya SMART dan E9 Lebuhraya Sungai Besi.

Ia juga dilihat sebagai lokasi strategik kerana jalur perhubungan yang menarik kerana selain terhubung sehingga ke kawasan Serdang dan Putrajaya, Sungai Besi juga terhubung ke kawasan lain di Kuala Lumpur termasuk Selayang, Gombak dan Batu Caves melalui rangkaian lebuh raya MRR2.

Selain Kuala Lumpur, Sungai Besi turut menjadi laluan tumpuan untuk menghubung-kan warga kota ke negeri-negeri lain di Semenanjung melalui E2 Lebuhraya Utara-Selatan yang menyaksikan ia terhubu-ng sehingga ke Negeri Sembilan, Melaka dan seterusnya ke Johor.

Tidak semua kawasan kediaman di Kuala Lumpur ini memiliki ciri-ciri seperti yang ada di Sungai Besi.

1. Akses Lebuhraya

Secara umumnya Sungai Besi terbahagi kepada beberapa bahagian penting dan kita dapat melihat bagaimana pembahagian ini adalah mengikut keperluan pembangunan.

Kawasan utara di sekitar Jalan Chan Sow Lin menjadi kawasan tumpuan untuk pemban-gunan industri dan sektor perkilangan manakala kawasan tengah seperti di Desa Petaling, Salak Selatan dan Bandar Tasik Selatan menjadi tumpuan untuk kawasan kediaman.

Kita boleh melihat bagaimana kawasan-ka-wasan kediaman di Sungai Besi termasuk Salak Selatan, Kuchai Lama dan Desa Petaling menjadi kawasan kediaman yang sudah berkembang dan dikenali. Malah ia kini menjadi tumpuan warga kota kerana kepentingannya dalam aspek perhubungan.

Selain itu, kawasan-kawasan ini juga terletak berhampiran dengan kawasan-kawasan utama Kuala Lumpur termasuk Sri Petaling, Bukit Jalil dan Cheras.

Perkembangan Sungai Besi sebagai sebuah kawasan perbandaran membuatkannya tidak sukar untuk menjadi pilihan ramai malah Sungai Besi boleh disifatkan sebagai kawasan kediaman yang serba lengkap jika diteliti dari pelbagai sudut.

JANGAN INGAT

Page 21: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

HB 1831 OKT 2018HB 2031 OKT 2018

2. Pengangkutan AwamLengkap 3. Kemudahan Hospital

4. Kemudahan Pendidikan

5. Pusat Beli Belah

Mengenai pengangkutan awam pula, Sungai Besi jelas menjadi tumpuan dan ini boleh dilihat dengan kepelbagaian mod pengangku-tan awam yang berada di kawasan berkenaan.

Pertamanya sudah tentu stesen LRT Sungai Besi dan LRT Tasik Selatan, seterusnya ia memiliki sambungan ke hab pengangkutan awam di bahagian selatan Kuala Lumpur dikenali sebagai Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan yang berada dalam lingkungan Sungai Besi.

TBS sendiri memiliki jaringan pengangkutan awam tren yang pelbagai, LRT Bandar Tasik Selatan, ERL yang menghubungkan sehingga ke kawasan Putrajaya dan KLIA serta KTM Komuter. Malah di stesen KTM Bandar Tasik Selatan ini juga turut terdapat tren antara bandar yang berhenti untuk beberapa jadual perjalanan.

Jelas sekali bahawa kawasan Sungai Besi merupakan antara kawasan yang memiliki jaringan pengangkutan awam terbesar di Kuala Lumpur malah ia menjadi pusat pengangkutan awam utama dengan kehadiran TBS yang menempatkan perjalanan bas-bas ke seluruh Semenanjung.

Sementara itu, dalam jajaran MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang dijang-ka siap beroperasi pada 2022, Sungai Buloh merupakan antara stesen yang turut dibina. Ini akan meningkatkan lagi kapasiti dan keistime-waan Sungai Besi dari sudut perhubungan pengangkutan awam.

Lebih menarik kawasan Sungai Besi turut dikeliling beberapa buah Hospital utama dan besar seperti Hospital Universiti Kebang-saan Malaysia (HUKM) yang terletak di Bandar Tun Razak dan sebuah hospital swasta, Columbia Asia Hospital di kawasan Cheras.

Malah berhampiran dengan Sungai Besi juga terdapat Hospital Serdang yang boleh menjadi pilihan penduduk sekitar untuk mendapatkan rawatan dan untuk kes-kes kecemasan.

Sekolah juga tidak menjadi masalah di kawasan Sungai Besi kerana ia turut menja-di tumpuan beberapa institusi pendidikan utama. Sungai Besi memiliki Sekolah Kebangsaan Sungai Besi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi.

Di samping itu dua sekolah aliran Cina dan India utama turut terletak di kawasan ini.

Berdekatan dengan kawasan Sungai Besi ialah sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan di kawasan Sungai Besi sendiri terdapat Maktab Tentera DiRaja sebuah sekolah berasrama penuh berprestij di bawah Kementerian Pertahanan.

Bagi institusi pendidikan tinggi di kawasan Sungai Besi terdapat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan tidak jauh dari Sungai Besi ialah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sungai Besi juga merupakan kawasan pilihan untuk membeli-belah dan menghabis-kan masa hujung minggu. The Mines Shopping Mall merupakan kawasan membe-li-belah utama dan sentiasa menerima jumlah pengunjung yang ramai.

Malah kira-kira 15 minit dari Sungai Besi anda boleh meluangkan masa di IOI City Mall, Putrajaya sebuah pusat membeli-belah yang antara terbesar di Malaysia. Jika anda berminat untuk menonton wayang, jangan bimbang kerana di kawasan Sungai Besi terdapat dua panggung wayang yang terletak berhampiran.

Page 22: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

HB 1831 OKT 2018HB 2131 OKT 2018

6. Rumah Ibadat

Pertama MBO di Desa Petaling dan kedua TGV di The Mines. Jadi ia menjadi kawasan kediaman terbaik untuk anda kerana mene-mpatkan ruang untuk berlibur di hujung minggu secara lebih selesa dan terbuka.

Sungai Besi juga kaya dengan kepelbaga-ian budaya. Selain daripada masjid, di sini juga terdapat lebih tiga kuil Buddha, beberapa buah kuil Hindu serta lebih lima gereja untuk penganut Kristian.

Secara keseluruhannya harga pasaran hartanah di Sungai Besi tidak banyak jauh bezanya dengan kawasan-kawasan utama lain di Kuala Lumpur. Harga keluasan tanah untuk satu kaki persegi di Sungai Besi ialah kira-kira RM500 – RM700 untuk hartanah strata. Namun begitu kelebihan perhubungan yang dimiliki Sungai Besi menjadikan ia sebuah kawasan strategik.

Sungai Besi merupakan kawasan terbaik untuk anda memulakan pelaburan hartanah kerana ia bakal memberikan pulangan positif dalam jangka masa panjang disebabkan permintaan terhadap hartanah di kawasan ini sentiasa tinggi. Sokongan pembangunan mapan dan pelan perancangan teliti oleh Kerajaan akan membantu Sungai Besi untuk terus berkembang menjadi kawasan tumpuan di ibu kota.

Bagi kawasan rumah ibadah pula, terdapat beberapa buah masjid yang sering menjadi tumpuan penganut agama Islam menjalan-kan ibadat mereka. Antara masjid utama di sini ialah Masjid Ibn Khaldun dan Masjid Tariq Ibn Ziyad.

Page 23: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

SENARAI HARTANAH

Dari RM 435,240

Saiz Binaan : 756 sqft

Jenis Kediaman : SOHO

D’SARA

Dari RM 401,648

Saiz Binaan : 667 - 1,218 sq.ft

Jenis Kediaman : SOHO

THE LINK 2 RESIDENCES

Dari RM 448,400

Saiz Binaan : 855 sqft

Jenis Kediaman : SOHO

THE NEST

Dari RM 500,000

Saiz Binaan : 450 - 1,744 sqft

Jenis Kediaman : SOHO

28 BOULEVARD

Dari RM 311,189

Saiz Binaan : 450 sqft

Jenis Kediaman : SOHO

TRION 888

RUMAH IDAMAN5 SoHo BawahRM500,000 Di Kuala Lumpur

https://hartabumi.com/properties/dsara/

HB 2231 OKT 2018

Page 24: Jangan Mimpi Nak Beli Rumah - buletin.hartabumi.com · Jangan Mimpi Nak Beli Rumah. 31 OKT 2018 HB 01 Ketua Editor RADZI TAJUDDIN Editor HUDA NAIM Penulis MEHMED AEZHAD Kreatif AMIRUL

Dapatkan di

www.buletin.hartabumi.com

ANDA SUKA BACACERITA-NAH?

Mahu dapatkan edisi lepas?