6
Soalan 1 Juan Pablo Bonet dan Samuel Heinicke merupakan tokoh tokoh yang amat penting dalam perkembangan pendidikan orang pekak khususnya di Eropah. Kedua-dua tokoh ini memainkan peranan yang besar dalam memperkenalkan kaedah-kaedah pendidikan bagi individu dengan masalah pendengaran. Juan Pablo Bonet dilahirkan di Spanyol dan merupakan pegawai tentera dan paderi di Spanyol. Beliau melibatkan diri dalam pendidikan bagi golongan pekak setelah mendapati bahawa salah seorang anak kepada pegawai tinggi tentera Spanyol menghadapi masalah pendengaran dan para tutor yang mengajar anak pegawai tersebut mempunyai masalah untuk menyampaikan ilmu kepadanya. Beliau kemudiannya mula mengajar anak pegawai tersebut untuk membaca huruf dan juga gerak bibir. Selain itu beliau memperkenalkan isyarat tangan yang akan digunakan oleh muridnya dan juga ahli keluarga kepada muridnya itu bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan di dalam rumah tersebut. Pada tahun 1620, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk summary of letters and art of teaching speech to the mute” ia merupakan sebuah kompilasi empat buah penulisan beliau mengenai kaedah pengajaran kepada orang pekak-bisu dan panduan grafik isyarat huruf yang dihasilkan oleh Bonet. Samuel Heinicke dilahirkan di sebuah daerah di timur German. Beliau merupakan seorang tutor peribadi, dan salah seorang daripada murid beliau adalan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah pendengaran. Pada awalnya beliau mengajar murid tersebut menggunakan sistem huruf manual. Walau bagaimanapun, falsafah pengajaran Heinicke amat dipengaruhi oleh buku “The Speaking Deaf” yang meneritakan mengenai kejayaan seorang doktor mengajar orang pekak untuk bertutur. Pada asalnya beliau mengajar menggunakan isyarat tangan, gesture, dan tulisan, tetapi mula menggunakan pertuturan dan bacaan bibir dalam pengajarannya. Heinicke kemudiannya mengajar murid-murid pekaknya untuk bertutur dengan merasa getaran di tekak dan artikulasi. Beliau merasakan bahawa pertuturan merupakan asas kepada proses pemikiran dan akses kepada pertuturan merupakan kunci utama perkembangan proses pemikiran tersebut. Heinicke kemudiannya menulis artikel-artikel mengenai kaedah mengajar pertuturan kepada orang pekak yang dinamakan olehnya sebagai oralism. Beliau kemudiannya mula menumpukan pengajaran kepada individu pekak secara eksklusif dan mula menulis buku teks mengenai cara mengajar orang pekak.

jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jawapan esei bagi contoh soalan kursus sejarah pendidikan orang pekak

Citation preview

Page 1: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

Soalan 1

Juan Pablo Bonet dan Samuel Heinicke merupakan tokoh tokoh yang amat penting

dalam perkembangan pendidikan orang pekak khususnya di Eropah. Kedua-dua tokoh ini

memainkan peranan yang besar dalam memperkenalkan kaedah-kaedah pendidikan bagi

individu dengan masalah pendengaran.

Juan Pablo Bonet dilahirkan di Spanyol dan merupakan pegawai tentera dan paderi

di Spanyol. Beliau melibatkan diri dalam pendidikan bagi golongan pekak setelah mendapati

bahawa salah seorang anak kepada pegawai tinggi tentera Spanyol menghadapi masalah

pendengaran dan para tutor yang mengajar anak pegawai tersebut mempunyai masalah

untuk menyampaikan ilmu kepadanya.

Beliau kemudiannya mula mengajar anak pegawai tersebut untuk membaca huruf

dan juga gerak bibir. Selain itu beliau memperkenalkan isyarat tangan yang akan digunakan

oleh muridnya dan juga ahli keluarga kepada muridnya itu bagi membolehkan komunikasi

berlaku dengan berkesan di dalam rumah tersebut.

Pada tahun 1620, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ”summary of letters

and art of teaching speech to the mute” ia merupakan sebuah kompilasi empat buah

penulisan beliau mengenai kaedah pengajaran kepada orang pekak-bisu dan panduan

grafik isyarat huruf yang dihasilkan oleh Bonet.

Samuel Heinicke dilahirkan di sebuah daerah di timur German. Beliau merupakan

seorang tutor peribadi, dan salah seorang daripada murid beliau adalan seorang kanak-

kanak lelaki yang mempunyai masalah pendengaran. Pada awalnya beliau mengajar murid

tersebut menggunakan sistem huruf manual.

Walau bagaimanapun, falsafah pengajaran Heinicke amat dipengaruhi oleh buku

“The Speaking Deaf” yang meneritakan mengenai kejayaan seorang doktor mengajar orang

pekak untuk bertutur. Pada asalnya beliau mengajar menggunakan isyarat tangan, gesture,

dan tulisan, tetapi mula menggunakan pertuturan dan bacaan bibir dalam pengajarannya.

Heinicke kemudiannya mengajar murid-murid pekaknya untuk bertutur dengan

merasa getaran di tekak dan artikulasi. Beliau merasakan bahawa pertuturan merupakan

asas kepada proses pemikiran dan akses kepada pertuturan merupakan kunci utama

perkembangan proses pemikiran tersebut.

Heinicke kemudiannya menulis artikel-artikel mengenai kaedah mengajar pertuturan

kepada orang pekak yang dinamakan olehnya sebagai oralism. Beliau kemudiannya mula

Page 2: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

menumpukan pengajaran kepada individu pekak secara eksklusif dan mula menulis buku

teks mengenai cara mengajar orang pekak.

Setelah beberapa lama mengajar individu pekak dan kejayaan yang mula diiktiraf

oleh ramai pihak, beliau telah dijemput untuk membuka sekolah pekak (oral) awam yang

pertama di duna. Sekolah tersebut dinamakan "Electoral Saxon Institute for Mutes and

Other Persons Afflicted with Speech Defects," pada asalnya dan dinamakan semula

kepada "Samuel Heinicke School for the Deaf." di Leipzing, German.

Page 3: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

Soalan 2

Komunikasi seluruh merupakan sebuah kaedah komunikasi yang menggabungkan

penggunaan komunikasi verbal dan komunikasi manual dalam pelaksanaannya dengan erti

kata lainnya ia menggabungkan pertuturan dengan kaedah komunikasi alternatif dan

augementatif lain seperti bahasa isyarat, kod tangan, dan gesture badan ketika

berkomunikasi. Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) merupakan sebuah sistem komunikasi

manual yang menggunakan kod-kod tangan bagi memberi gambaran terhadap perkataan

bahasa melayu yang digunakan.

Komunikasi seluruh kod tangan bahasa melayu adalah suatu kaedah pengajaran

dan komunikasi yang amat penting dan perlu diperkenalkan kepada murid-murid di sekolah

khususnya dalam pengajaran matapelajaran bahasa malaysia. Penggunaan komunikasi

seluruh KTBM memberi beberapa kelebihan dalam pengajaran bahasa berbanding

penggunaan kaedah komunikasi manual (bahasa isyarat) dan oral-aural semata-mata.

Salah satu kelebihan utama penggunaan komunikasi seluruh KTBM dalam

pengajaran adalah kerana KTBM menggunakan sistem bahasa yang digunakan dalam

bahasa melayu. KTBM mengaplikasikan penggunaan tatabahasa bahasa melayu

sepenuhnya seperti penggunaan imbuhan, susun kata, pembinaan frasa dan ayat, serta

peraturan bahasa dalam bahasa melayu. Ini berlainan dengan penggunaan bahasa isyarat,

yang secara dasarnya menggunakan sistem bahasa yang tersendiri seperti pengabaian

imbuhan, susun kata dan peraturan-peraturan bahasa yang berbeza berbanding bahasa

melayu formal. Ini bermakna, murid dapat mempelajari penggunaan bahasa melayu formal

dengan lebih baik berbanding dengan menggunakan bahasa isyarat di dalam kelas.

Selain itu, penggunaan komunikasi seluruh KTBM juga membantu murid-murid untuk

menambah lebih banyak kosa kata yang boleh disesuaikan penggunaannya mengikut

situasi. Ini kerana KTBM sendiri dibentuk dengan mengkodkan perkataan-perkataan yang

berbeza dengan kod yag tersendiri walaupun perkataan tersebut merupakan perkataan

yang sinonim dengan perkataan yang lain. Berlainan dengan bahasa isyarat yang

mengisyaratkan perkataan mengikut erti perkataan. Ini bermakna perkataan dengan maksud

yang sama seperti cinta,kasih, dan sayang diisyaratkan menggunakan satu isyarat yang

sama. Penggunaan kod tangan yang berbeza adalah penting dalam memahami teks-teks

bertulis bahasa melayu seperti buku-buku ilmiah mahupun elemen sastera dalam bahasa

melayu. Sesetengah ayat lebih sesuai disampaikan dengan menggunakan satu-satu

perkataan yang tidak sesuai jika digantikan dengan perkataan lain walaupun mempunyai erti

kata yang sama. Oleh itu KTBM dapat membantu murid untuk lebih memahami

Page 4: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

kepelbagaian kata yang terdapat dalam bahasa melayu melalui penggunaannya dalam

pembelajaran.

Penggunaan komunikasi seluruh juga membantu murid untuk berkomunikasi dengan

guru dan kemudiannya komunikasi di luar dengan lebih baik. Komunikasi seluruh

menggunakan kaedah komunikasi secara bersepadu, iaitu menggunakan pertuturan dan

kaedah komunikasi alternatif dan agumentatif sekaligus untuk menyampaikan maklumat.

Penggunaan kod tangan bersama pertuturan dan kaedah komunikasi lain membantu murid

menerima dan menyampaikan maklumat dengan lebih baik, samada dengan individu pekak

ataupun individu normal.

Selain itu penggunakan kepelbagaian kaedah komunikasi dalam komunikasi seluruh

memudahkan peenyampaian maklumat kepada pelbagai lapisan audien. Ia membantu

melatih murid yang tidak dapat mendengar untuk menggunakan kod tangan dengan lebih

berkesan dan murid yang mempunyai sisa pendengaran dapat dilatih untuk bertutur

disamping menggunakan kod tangan dalam berkomunikasi. Penggunaan komunikasi

seluruh juga membantu murid untuk menyampaikan maklumat dangan lebih baik kepada

individu pekak mahupun normal apabila dilatih untuk menggunakan komunikasi seluruh

dengan lebih baik.

Page 5: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

Soalan 3

Komunikasi oral merupakan antara kaedah komunikasi terawal yang digunakan

dalam pendidikan bagi individu pekak di Malaysia. Penggunaan kaedah auditori verbal

melibatkan pembelajaran melalui pendengaran, dimana murid-murid belajar bertutur dengan

mendegar pertuturan guru tanpa sebarang que atau tanda visual daripada guru. Kaedah

oral aural pula melibatkan pembelajaran komunikasi melalui pertuturan dan bantuan alat

pertuturan seperti bahasa isyarat, gesture, bacaan bibir, dan mimik muka.

Penggunaan komunikasi oral adalah amat penting bagi kanak-kanak pekak yang

menerima pacakan koklea. Kanak-kanak dengan pacakan koklea mempunyai pendengaran

yang hampir dengan pendengaran individu normal, namun kanak-kanak perlu menerima

intervensi atau latihan bagi membolehkan mereka menggunakan pendengaran mereka

dengan lebih baik.

Antara kelebihan penggunaan kaedah komunikasi oral ialah ia menekankan

penggunaan pertuturan sebagai medium komunikasi. Secara kesecara dasarnya murid

murid dilatih untuk mendengar dan memahami bunyi-bunyi pertuturan dan kemudiannya

menghasilkan bunyi-bunyi tersebut untuk bertutur. Auditori verbal menekankan penggunaan

sisa pendengaran yang dimiliki oleh murid untuk mendengar bunyi yang dituturkan secara

teliti. Manakala kaedah oral-aural melatih murid mendengar dengan bantuan komunikasi

visual seperti vgesture, bacaan bibir, dan gerak tubuh.

Selain itu, penggunaan komunikasi oral bagi kanak-kanak dengan pacakan koklea

adalah lebih mudah untuk diajarkan kepada kanak-kanak, malahan penggunaan auditori

verbal pada asasnya adalah direka bagi memudahkan ibubapa mengajarkan pertuturan

kepada anak-anak mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Penggunaan

komunikasi oral adalah mudah dan tidak memerlukan fasilitator kanak-kanak seperti ibubapa

dan guru mereka untuk mempelajari set kemahiran tertentu seperti bahasa isyarat ataupun

kod tangan untuk mengajar anak mereka bertutur melalui kaedah ini. secara dasarnya

kaedah komunikasi oral ini merupakan mod utama komunikasi individu normal, maka secara

tidak langsung merupakan suatu kaedah yang telah biasa digunakan oleh guru dan murid.

Komunikasi oral juga membantu murid dengan pacakan kolea untuk lebih memahami

peraturan sosial dalam berkomunikasi, khususnya melalui kaedah oral-aural, murid

mempelajari tanda-tanda peralihan dalam pertutuean seperti pertanyaan, penegasan,

pernyaraan, penukaran peranan, dan situasi lain melalui pendengaran dan juga

penggunaan gesture dan que-que dalam gerak tubuh si penutur. Secara beransur-ansur

Page 6: jawapan esei Pendidikan Orang Pekak

murid akan menjadi lebih peka terhadap perubahan dan tanda-tanda itu, dan memudahkan

pertuturan berlaku ketika murid berkomunikasi.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekurangan yang dapat dalam komunikasi

oral ini. Antara kelemahan kaedah komunikasi oral ialah ia terlalu menekankan terhadap

pembangunan pertuturan murid , dan secara asasnya ia tidak melatih murid menggunakan

bahasa formal mahupun bacaan dan menulis. Bagi aspek lain pembangunan bahasa, murid

perlu didedahkan dengan penggunaan komunikasi seluruh, lebih-lebih lagi jika intervensi

komunikasi oral berlangsung lewat dari jangkauan masa yang sepetutnya.

Seterusnya, kaedah komunikasi oral ini perlu dijalankan dengan seawal mungkin,

untuk membantu pekembangan bahasa dan pertuturan murid dengan lebih awal. Jika murid

belum menerima terapi komunikasi oral hingga masa dia bersekolah, dia masih berada

dalam lingkungan perkembangan bahasa kawan-kawan yang lain dan ini menyukarkan

pembelajaran bahasa formal bagi kanak-kanak tersebut, lebih berat lagi apabila kanak-

kanak ini ditempatkan bersama-sama kanak-kanak yang tidak menerima pacakan koklea,

kanak kanak ini akan lebih cenderung menggunakan bahasa isyarat berbanding pertuturan

dengan rakan-rakannya yang lain. Oleh iu, kanak-kanak yang menerima pacakan koklea

pada umur yang lebih lewat mempunyai risiko kelambatan perkembangan pertuturan kerana

kelewatan mereka menerima terapi komunikasi oral tersebut.