36
1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap kegiatan bahasa mempunyai objek dan kajian linguistik juga tidak terkecuali dalam hal ini. Linguistik selalu dikatakan sebagai ilmu yang mengkaji tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya. Seperti dikatakan Martinet (1987:19) linguistik telaah ilmiah mengenai bahasa manusia. Bahasa sebagai objek kajian linguistik boleh dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa alam yang menjadi objek kajian ilmu fizik, atau berbagai ilmu perubatan dan kaedah rawatan yang menjadi objek kajian dalam ilmu perubatan kedoktoran. Meskipun dalam dunia keilmuan bukan hanya linguistik yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya, tetapi linguistik tetap merupakan ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa, sedangkan ilmu lain tidak sedemikian. Ilmu-ilmu lain yang turut menggunakan bahasa sebagai objek ialah ilmu sastera, ilmu sosial, psikologi dan sebagainya. Namun, untuk membezakan bagaimana bahasa

Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap kegiatan bahasa mempunyai objek dan kajian linguistik juga tidak

terkecuali dalam hal ini. Linguistik selalu dikatakan sebagai ilmu yang mengkaji

tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.

Seperti dikatakan Martinet (1987:19) linguistik telaah ilmiah mengenai bahasa

manusia.

Bahasa sebagai objek kajian linguistik boleh dibandingkan dengan

peristiwa-peristiwa alam yang menjadi objek kajian ilmu fizik, atau berbagai ilmu

perubatan dan kaedah rawatan yang menjadi objek kajian dalam ilmu perubatan

kedoktoran. Meskipun dalam dunia keilmuan bukan hanya linguistik yang

mengambil bahasa sebagai objek kajiannya, tetapi linguistik tetap merupakan

ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa, sedangkan ilmu lain tidak

sedemikian.

Ilmu-ilmu lain yang turut menggunakan bahasa sebagai objek ialah ilmu

sastera, ilmu sosial, psikologi dan sebagainya. Namun, untuk membezakan

bagaimana bahasa tersebut dijadikan sebagai objek kajian, kita harus melihat

perbezaan pendekatan ilmu-ilmu tersebut terhadap bahasa. Misalnya, ilmu

sastera mendekati bahasa sebagai sebagai karya seni atau sebagai sesuatu

alat untuk mengungkapkan keindahan budaya. Manakala, ilmu sosial pula

menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi dalam masyarakat. Dalam ilmu

linguistik pula, pelbagai aspek bahasa yang dilihat untuk kajian linguistic.

Antaranya adalah hakikat bahasa, faktor bahasa dan faktor luar bahasa,

klasifikasi bahasa serta bahasa tulis dan sistem aksara.

Page 2: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

2

1.2 Objektif kajian

a) Mendalami pendekatan bahasa yang digunakan dalam kajian linguistik.

b) Mengetahui secara terperinci hakikat bahasa yang menjadi pendekatan

dalam mengkaji ilmu linguistik.

c) Mengenal pasti faktor luar bahasa yang menjadi objek dalam kajian

makro linguistik seperti masyarakat bahasa, variasi dan status social

bahasa, penggunaan bahasa, kontak bahasa serta bahasa dan budaya.

d) Mengenali pengklasifikasian bahasa dan sistem aksara.

1.3 Kaedah kajian

Dalam tugasan ini, kami telah menggunakan kaedah rujukan, iaitu

menggunakan rujukan buku-buku ilmiah yang dipinjam dari Perpustakaan

Tunku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami telah merujuk

sepenuhnya sumber dari perpustakaan tersebut bagi mendapatkan maklumat

mengenai tajuk tugasan ini, iaitu Bahasa Sebagai Objek Linguistik. Antara buku-

buku yang menjadi rujukan ialah Linguistik Suatu Pengantar, Linguistik Umum,

Studi Linguistik Umum Dan Historis Bandingan serta Linguistik Am. Selain itu,

kami juga menggunakan buku rujukan utama kami dalam kursus Bahasa dan

LInguistik yang ditulis oleh Dr. Hji Zulkeflee Hj Yaacob sebagai rujukan. Kami

juga menyoal pensyarah Bahasa dan Linguistik, iaitu Dr. Hj Zulkeflee Hj Yaacob

untuk mengembangkan isi tentang tugasan ini.

1.4 Batasan kajian

Kajian ini memfokuskan mengenai bahasa sebagai objek linguistik yang

dibahagikan kepada beberapa subtajuk seperti hakikat bahasa, bahasa dan

faktor luar bahasa, klasifikasi bahasa serta bahasa tulis dan sistem aksara..

Page 3: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

3

Antara hakikat bahasa yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah bahasa

sebagai sistem, bahasa sebagai lambang, bahasa adalah bunyi, bahasa itu

bermakna, bahasa baersifat arbitrari, bahasa itu konvensional, bahasa itu

produktif, bahasa itu unik, bahasa itu universal, bahasa itu dinamik, bahasa itu

bervariasi dan bahasa itu manuasiawi. Manakala, bahasa dan faktor bahasa

pula merangkumi masyarakat bahasa, variasi dan status sosial bahasa,

penggunaan bahasa, kontak bahasa serta bahasa dan budaya. Klasifikasi

bahasa pula meliputi klasifikasi genetik, klasifikasi tipologi, klasifikasi areal dan

klasifikasi sosialinguistik. Bahasa tulisan pula merujuk kepada sistem aksara

seperti aksara piktograf, ideograf, silabik dan fonemis.

1.5 Definisi konsep

Bahasa digunakan untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan,

menyampaikan ilmu, memberi arahan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan

Edisi Ketiga (1996:87),bahasa ialah lambang bunyi bahasa yang dipakai

sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa

mencerminkan pemikiran, sikap, kebudayaan dan peradaban masyarakat.

Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu “lingua” yang

membawa maksud bahasa. Linguistik secara umumnya ialah ilmu bahasa.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji tentang bahasa. Linguistik dikatakan

sainstifik kerana empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat,didengar dan

dirasa. Oleh hal yang demikian, linguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian

tentang bahasa manusia.

Page 4: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

4

2.0 PERBINCANGAN DAN HURAIAN

2.1 Pengertian bahasa

Secara umumnya, masyarakat berpendapat bahawa definisi bahasa

adalah sekadar alat komunikasi seharian. Memang tidak dapat dinafikan

bahawa sukar untuk mendefinisikan takrifan bahasa itu sendiri kerana setiap

orang cuba untuk membuahkan pendapat masing-masing tentang pengertian

bahasa. Bahasa digunakan untuk berkomunkasi, meluahkan perasaan,

menyampaikan ilmu, memberi arahan, menipu, mengugut dan sebagainya.

Bahasa juga dapat menzahirkan pemikiran, peradaban dan kebudayaan

sesebuah masyarakat yang diamalkan dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. Setiap kegiatan yang bersifat ilmiah tentu mempunyai objek.

Linguistik turut mempunyai objek, iaitu mengambil bahasa sebagai objek

kajiannya.

2.2 Hakikat bahasa

Bahasa sebagai objek linguistik dapat kita dekati melalui hakikat dari

bahasa, iaitu bahasa sebagai sistem, bahasa sebagai lambang, bahasa adalah

bunyi, bahasa itu bermakna, bahasa itu arbitrari, bahasa itu konvensional,

bahasa itu produktif, bahasa itu unik, bahasa itu universal, bahasa itu dinamik,

bahasa itu bervariasi dan bahasa itu manuasiawi.

2.2.1 Bahasa sebagai sistem

Perkataan sistem sudah biasa digunakan dalam kehidupan seharian

dengan makna “cara” atau “aturan”. Kaitan bahasa sebagai sistem dalam hal

Page 5: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

5

keilmuan bererti susunan teratur berpola yang membentuk sesuatu yang

bermakna dan berfungsi. Setiap bahasa di dalam dunia sama ada yang baru

atau yang lama, moden atau kuno, mempunyai aturan-aturan dan rumus-rumus

yang tertentu dan jelas. Contohnya, semua bahasa di dunia mempunyai

golongan kata seperti penggolonggan kata nama dan kata kerja dalam

pengajian bahasa Melayu di Malaysia, bidang sintaksis juga mempunyai sistem.

Analisis klausa berdasarkan fungsi unsur-unsurnya iaitu subjek dan predikat.

Misalnya, Ali menendang bola. Ali adalah subjek manakala menendang bola

adalah predikat kepada klausa tersebut. Tanpa unsur tersebut, klausa tersebut

tidak akan gramatis. Selain itu, kajian linguistik juga merangkumi fonologi dan

morfologi.

2.2.2 Bahasa sebagai lambang

Lambang juga dijadikan sebagai salah satu infrastruktur bahasa yang

dikenali sebagai bahasa lambang. Bahasa lambang telah digunakan sebelum

Masihi apabila terdapat banyak lambang-lambang dijumpai di dinding gua, di

permukaan batu dan di atas dedaun. Contoh bahasa sebagai simbol yang

paling mudah ialah dengan melihat warna bendera kita kerana setiap warna

melambangkan sesuatu. Misalnya, warna merah melambangkan keberanian,

warna putih melambangkan kesucian, warna biru melambangkan perpaduan

dan warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja. Simbol atau lambang

merupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat, gejala,

gerak isyarat, kod, indeks dan ikon. Tanda dapat mewakili idea, fikiran,

perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah (misalnya

Page 6: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

6

kemalangan jalan raya dan keadaan selepas hujan). Simbol menandai sesuatu

yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah (misalnya warna logo

institusi dan warna bendera). Tanda tidak bersifat arbitari, sedangkan simbol

bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia dan

ini mencerminkan bahasa kerana bahasa ialah simbol. Isyarat ialah tanda yang

disengajakan supaya penerima bertindak balas (misalnya isyarat dalam acara

sukan atau lalu lintas). Gerak isyarat ialah tanda yang dilakukan dengan

gerakan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang (misalnya gerakan

manusia dan haiwan). Gejala ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa

maksud tertentu, tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan sesuatu akan

berlaku ( misalnya ramalan doktor terhadap pesakit). Ikon pula ialah tanda yang

mirip dengan sesuatu yang diwakilinya (misalnya gambar bangunan dan

patung). Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain (seperti asap yang

menunjukkan wujudnya api dan tanda penunjuk arah). Kod ialah tanda

wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak isyarat yang

mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan (bahasa rahsia).

2.2.3 Bahasa adalah bunyi

Bunyi yang dikatakan dalam bahasa itu merujuk kepada bunyi yang

dihasilkan oleh alat ujaran manusia. Ini juga terbatas kepada alat ujaran

manusia seperti mulut manusia, kerongkong dan rongga hidung. Bunyi-bunyi

yang dikeluarkan alat ujaran manusia ini dinamakan simbol-simbol bahasa,

Namun tidak semua bunyi yang keluar daripada alat ujaran manusia dikira

sebagai bahasa contohnya batuk dan bersin. Kenyataan bahawa bahasa itu

Page 7: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

7

ujaran, ini menyebabkan para linguistik menganalisis bunyi-bunyi yang

dihasilkan sehingga terbentuknya cabang linguistik seperti fonetik dan fonologi.

Ujaran lisan merupakan bahasa primer dan bahasa tulisan merupakan bahasa

sekunder. Maka bahasa tulisan boleh dikatakan merupakan rakaman daripada

bahasa lisan. Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan digantikan

dengan tulisan huruf dan tanda lain megikut sistem bahasa Melayu. Antara

tulisan yang mempengaruhi bahasa Melayu pada peringkat awal ialah huruf

Jawi dan huruf Latin.

2.2.4 Bahasa itu bermakna

Bahasa sebagai lambang atau simbol, tentulah ada yang

dilambangkannya. Suatu yang dilambangkan itu ialah pengertian, konsep, idea,

atau fikiran yang disampaikan dalam bentuk wujud bunyi. Oleh kerana lambang

itu merujuk kepada sesuatu konsep, idea atau fikiran, maka bahasa itu

mempunyai makna. Misalnya, lambang yang mewujudkan bunyi [unta], lambang

tersebut merujuk pada sejenis binatang berkaki empat, mempunyai leher yang

panjang dan belakangnya berbonggol. Contoh lain, lambang yang mewujudkan

bunyi [rumah], maka lambang itu merujuk kepada konsep bangunan tempat

tinggal manusia yang berdinding dan beratap. Kemudian, lambang bunyi unta

dan rumah itu dihubungkan dengan benda nyata yang wujud. Dalam bidang

semantik, terdapat teori yang mengatakan bahawa makna itu sama dengan

bendanya, tetapi ada juga yang mengatakan bahawa makna itu adalah

konsepnya sebab tidak semua lambang bahasa yang ada bunyi itu mempunyai

Page 8: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

8

hubungan dengan benda-benda konkrit di alam nyata. Misalnya lambang-

lambang bunyi [unta] dan [rumah] merupakan benda-benda konkrit di alam

nyata, tetapi semua lambang bunyi seperti [agama] dan [adil] tidak mempunyai

benda konkrit di alam nyata. Lebih jelas lagi, bahasa itu tidak mempunyai

rujukan di alam nyata. Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan

satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa,klausa, ayat dan wacana.

Morfem ialah makna leksikal, frasa, klausa dan ayat ialah makna gramatikal,

manakala wacana pula makna pragmatik atau makna konteks. Bentuk bunyi

yang tidak bermakna dalam bahasa apa pun, tidak boleh dianggap sebagai

bahasa kerana fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea atau

pemikiran.

2.2.5 Bahasa itu arbitrari

Bahasa itu dikatakan arbitrari kerana hubungan yang tidak tetap antara

makna bahasa dan ungkapan bahasa. Kita tidak boleh menghasilkan bunyi-

bunyi dan simbol-simbol bahasa dengan sesuka hati tanpa mempunyai

perkaitan khusus dengan makna yang dirujuk. Malahan, Misalnya, kita tidak

dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian,

iaitu hidrogen dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria. Kita juga tidak

dapat menjelaskan mengapa dalam bahasa Melayu disebut bunga, bahasa

Jawa kembang, bahasa Inggeris flower dan bahasa Jepun hana. Hal iini

demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi (penanda) dan konsep yang

dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk terhadap konsep

yang diwakilinya. Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda,

Page 9: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

9

tentulah tidak wujud jamak bahasa. Jika ada perbezaan pun tidaklah terlalu

banyak. Berlawanan dengan sifat ini ialah bunyi-bunyi ikonik yang mempunyai

hubungan secara langsung dengan benda yang diirujuk. Dalam beberapa

bahasa di dunia ini, terdapt bunyi-bunyi imitiatif seperti membebek yang merujuk

kepada kambing, mengiau untuk kucing dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyi

imitatif ini dinamakan onomatopia. Namun bunyi-bunyi ini masih terdapat sifat

kearbitariannya kerana terdapat perbezaan cara membunyikannya dalam

beberapa bahasa misalnya bunyi anjing. Salakan anjing dalam bahasa Inggeris

ialah wow-wow, bahasa Melayu woo-woo, bahasa Perancis gnaf-gnaf dan

bahasa Jepun wan-wan. Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana

bahasa itu arbitrari.

2.2.6 Bahasa itu konvensional

Sifat ini sebenarnya adalah lanjutan daripada sifat kearbitrarian yang

ada pada bahasa. Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu bersifat

konvensional. Ahli masyarakat mematuhi persetujuan bahawa lambang tertentu

mewakili konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah, komunikasi akan

terganggu. Terdapat tiga keadaan konvensi yang berkaitan dengan makna

konvensional iaitu polisem, sinonim dan akronim. Polisem ialah satu lambang

dapat melambangkan lebih daripada satu konsep. Contohnya perkataan kepala

boleh bermaksud anggota badan manusia, ketua dan kepala lutut. Sinonim pula

ialah satu konsep yang boleh dilambangkan oleh lebih daripada satu lambang.

Misalnya perkataan mati mendokong makna perkataan meninggal dunia, korban

dan mampus. Akronim pula satu lambang untuk satu konsep. Contoh istilah

Page 10: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

10

baru dalam bentuk akronim ialah gasar dan pulihara. Sifat bahasa yang

mempunyai makna ini membolehkan para ahli linguistik mengkaji bidang-bidang

seperti semantik, leksikografi, falsafah bahasa, penterjemahan dan sebagainya.

2.2.7 Bahasa bersifat unik

Sesuatu bahasa itu dikatakan unik kerana bahasa mempunyai ciri

khusus yang spesifik yang tiada pada bahasa lain. Ciri khusus ini berkaitan

dengan sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat atau sistem yang

lain. Antara ciri keunikan bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat

morfemis tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna jika kita memberi penekanan

pada kata dalam sesuatu ayat, makina kata itu tidak akan berubah tetapi

maksud keseluruhan ayat berubah. Contohnya, pada ayat berikut, dia menjolok

buah. Jika penekanan kata pada dia, maka makna ayat itu adalah orang itu

yang melakukan tindakan itu bukan orang lain. Kalau penekanan kata diberikan

kepada kata kerja menjolok, maka makna ayat itu bermaksud tindakan yang

dilakukan oleh dia ialah menjolok dan bukan tindakan lain misalnya memetik.

Manakala jika tekanan pada kata buah, maka makna ayat adalah buah yang

dipetik oleh dia.

2..2.8 Bahasa bersifat universal

Bahasa itu bersifat universal kerana setiap bahasa yang ada di dunia ini

mempunyai ciri-ciri yang sama. Ciri-ciri yang universal ini bersifat umum dan

dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa

yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan walaupun

Page 11: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

11

jumlahnya berbeza. Misalnya, bahasa Melayu mempunyai 6 vokal dan 22

konsonan, bahasa Arab mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28

konsonan serta bahasa Inggeris yang mempunyai 16 vokal (termasuk diftong)

dan 24 konsonan. Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna

seperti kata, frasa, klausa, ayat dan wacana, namun cara pembentukannya

mungkin tidak sama. Kalau pembentukan itu bersifat khas dan dimiliki oleh

sebuah bahasa, maka itu merupakan keunikan bahasa tersebut.

2.2.9 Bahasa bersifat dinamik

Dinamik bahasa merujuk kepada sifat bahasa yang berubah-rubah, hal

ini demikian kerana bahasa mempunyai kaitan dengan manusia. Kegiatan

manusia yang sering berkembang akan menyebabkan berlakunya

perkembangan dan perubahan dalam sesuatu bahasa sama ada dari segi

fonologi, leksikal, morfologi, sintaksis atau semantik. Dari segi fonologi

misalnya, perkataan keparat dan naskah dalam bahasa Melayu dikatakan

berasal daripada perkataan kafarat dan nuskhatun dalam bahasa Arab. Tetapi

oleh sebab perubahan itu telah lama berlaku, maka ramai masyarakat yang

tidak menyedarinya. Perubahan budaya dan ilmu akan menyebabkan banyak

konsep baru telah terhasil dalam sesuatu bahasa sama ada melalui proses

peminjaman, penterjemahan, penciptaan dan sebagainya. Hal ini tidak berlaku

dalam komunikasi binatang yang bersifat statik. Misalnya anjing yang suka

menyalak ketika bergaduh telah berlaku sejak dahulu lagi.

2.2.10 Bahasa itu bervariasi

Page 12: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

12

Setiap masyarakat bahasa pasti mempunyai variasi atau ragam bahasa

dalam pertuturan. Variasi bahasa boleh berlaku secara idiolek, dialek kawasan

dan dialek sosial. Idiolek adalah variasi bahasa yang bersifat perseorangan

kerana setiap masyarakat mempunyai bahasa masing-masing. Dialek pula

merujuk kepada kelainan bahasa dalam masyarakat yang berbeza dari segi

sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek boleh dibahagikan kepada dialek

kawasan dan dialek sosial. Dialek kawasan adalah variasi bahasa yang

digunakan oleh masyarakat dalam sesuatu kawasan. Dialek sosial pula merujuk

kepada bahasa yang digunakan oleh sekelompok mesyarakat berdasarkan

status sosial

2.2.11 Bahasa itu produktif

Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur yang terbatas itu dapat

membentuk unsur yang tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem bahasa

itu. Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole dan langue. Tingkat

parole bermaksud ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan dan tingkat parole

bermaksud keterbatasan akibat kaedah atau sistem bahasa. Keproduktifan

pembentukan kata dengan imbuhan tertentu bergantung juga pada ciri inheren

bentuk dasarnya. Misalnya terdapat bentuk membukit, menaik dan meninggi,

tetapi tidak terdapat dalam bentuk dibukit, dinaik dan ditinggi.

2.2.12 Bahasa itu manusiawi

Bahasa itu dikatakan bersifat manuasiawi kerana bahasa merupakan

alat komunikasi manusia. Jika ditelitikan semula tentang ciri-ciri bahasa

Page 13: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

13

sebelum ini, bahasa itu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia,

bersifat arbitrer, bermakna dan produktif, maka binatang boleh dikatakan tidak

ada bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa binatang dikatakan tetap dan

bahasa binatang tidak dapat berkembang. Oleh hal yang sedemikian, bahasa

itu disifatkan sebagai manusiawi kerana bahasa itu milik manusia. Alat

komunikasi binatang pula terbatas untuk memenuhi keperluan hidup dengan

menghasilkan bunyi-bunyi khas.

2.3 Bahasa dan Faktor Luar Bahasa

Objek kajian linguistik mikro adalah struktur intern bahasa atau sosok

bahasa itu sendiri sedangkan objek kajian linguistik makro adalah bahasa dalam

hubungannya dengan faktor-faktor di luar bahasa. Objek kajian linguistik makro

sangat luas dan beragam. Masalah yang erat kaitannya dengan kegiatan sosial

di dalam masyarakat, lebih jelasnya hubungan bahasa dengan masyarakat.

2.3.1 Masyarakat Bahasa

Masyarakat bahasa adalah sekelompok orang yang merasakan mereka

sebangsa, seketurunan, sewilayah tempat tinggal atau mempunyai kepentingan

sosial yang sama. Selain itu, bahasa masyarakat juga merujuk kepada

sekelompok orang yang merasakan mereka menggunakan bahasa yang sama.

Misalnya, secara linguistik bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah

bahasa yang sama kerana kedua-dua bahasa tersebut berasal daripada

rumpun bahasa yang sama, iaitu rumpun bahasa Melayu. Kedua-dua

Page 14: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

14

masyarakat juga dapat memahami antara satu sama lain jika berbicara kerana

terdapat persamaan dalam bahasa masing-masing.

2.3.2 Variasi dan Status Sosial Bahasa

Variasi bahasa merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang disebabkan

oleh kepelbagaian masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza

seperti latar belakang umur, jantina, pendidikan atupun kerjaya. Berdasarkan

penutur, variasi bahasa boleh dibezakan dengan dialek kawasan, dialek sosial

dan idiolek. Terdapat dua jenis perbezaan bahasa dalam variasi bahasa

berdasarkan status pemakaiannya, iaitu variasi bahasa tinggi (T) dan variasi

bahasa rendah (R). Variasi bahasa tinggi (T) digunakan dalam urusan rasmi

seperti dalam urusan pentadbiran dan bahasa pengantar dalam pendidikan.

Manakala variasi bahasa rendah (R) pula digunakan dalam situasi tidak formal

seperti perbualan seharian, komunikasi dengan ahli keluarga dan sebagainya.

2.3.3 Penggunaan bahasa

Hymes (1974) seorang pakar sosiolinguistik mengatakan bahawa suatu

komunikasi dengan menggunakan bahasa harus memperhatikan lapan unsur

yang diakronimkan menjadi SPEAKING. (1) setting and scene: unsur yang

berkenaan dengan tempat dan waktu terjadinya percakapan, (2) paticipants:

orang-orang yang terlibat dalam percakapan, (3) ends: maksud dan hasil

percakapan, (4) acts sequences : hal yang merujuk pada bentuk dan isi

percakapan , (5) key : menunjuk pada cara atau semangat dalam

melaksanakan percakapan, (6) instrumentalities : menunjuk pada jalur

Page 15: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

15

percakapan, (7) norms : menunjuk pada norma perilaku peserta percakapan ,

(8) genres : menunjuk pada kategori atau ragam bahasa yang digunakan.

2.3.4 Kontak bahasa

Setiap bahasa yang bertemu dengan bahasa yang lain dikatakan

mengalami kontak bahasa kerana dalam masyarakat terbuka, anggota

masyarakat dapat menerima anggota masyarakat yang lain sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme dan

multilingualisme dengan pelbagai ragam kesnya seperti interferensi, integrasi,

alih kod dan campur kod. Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu,

terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan untuk maksud tertentu. Orang

yang menguasai satu bahasa dinamakan monolingual, unilingual atau monoglot.

Manakala orang yang menguasai dua bahasa dinamakan bilingual dan orang

yang menguasai lebih daripada dua bahasa dinamakan multilingual, plurilingual

atau poliglot. Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang sama baik,

penggunaan dua bahasa secara bergantian dan kemampuan seseorang

menghasilkan pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang

bukan bahasa ibundanya.

Dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual hasil daripada kontak

bahasa, terjadi peristiwa bahasa yang disebut interferensi, intergrasi, alih kod

dan campur kod. Interferensi bermaksud kemasukan unsur bahasa lain yang

menyebabkan penyelewengan dalam kaedah bahasa yang digunakan dari

sudut fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon. Integrasi merujuk kepada

unsur bahasa lain yang sudah digarap, diperlakukan dan digunakan sebagai

Page 16: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

16

sebahagian daripada bahasa sasaran. Unsur yang diintegrasikan itu

termasuklah sebutan, ejaan dan tatabahasanya. alih kod pula bermaksud

penggunaan suatu kod yang lain (bahasa atau ragam nahasa lain). Alih kod

boleh juga terjadi kerana perubahan situasi atau perubahan topik perbincangan,

bergantung pada hakikat dengan siapa seseorang itu bercakap atau tempat dia

bercakap. Dalam masyarakat yang bilingual dan multilingual sering berlaku

peristiwa bahasa yang merujuk kepada alih kod. Akhir sekali, campur kod ialah

dua kod atau lebih digunakan bersama tanpa alasan yang munasabah, dan

terjadi dalam suasana santai. Campur kod yang terjadi dalam situasi formal

disebabkan oleh ketiadaan perkataan dalam bahasa sasaran. Situasi campur

kod sering berlaku dalam masyarakat malah dalam situasi formal juga

berlakunya campur kod.

2.3.5 Bahasa dan budaya

Objek kajian linguistik makro adalah mengenai hubungan bahasa

dengan kebudayaan. Dalam sejarah linguistik terdapat hipotesis yang terkenal

mengenai hubungan bahasa dan kebudayaan yang dikeluarkan oleh Edward

Sapir dan Benjamin Lee Whorf. Mereka menyatakan bahawa bahasa itu

mempengaruhi cara berfikir dan bertindak anggota masyarakat penuturnya.

Contohnya, tidak mungkin orang Melayu di Malaysia yang menyebut bahawa,

“Hujan salji telah turun dengan lebatnya di Kuala Lumpur semalam.” Hal ini

demikian kerana di negara Malaysia belum pernah berlaku hujan salji.

2.4 Klasifikasi bahasa

Page 17: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

17

Kajian linguistik historis komparatif, iaitu kajian yang mengkhususkan

pada perbandingan bahasa, telah mewujudkan pengklasifikasian bahasa-

bahasa yang ada di dunia. Klasifikasi ini dilakukan dengan melihat kesamaan

ciri yang ada pada setiap bahasa. Bahasa yang mempunyai kesamaan ciri

akan dimasukkan dalam satu kelompok seterusnya sub kelompok. Klasifikasi

yang baik harus memenuhi pensyaratan non-arbitrer, ekshautik dan unik.

Namun klasifikasi bahasa hanya harus ada satu kriteria, maka terdapat

beberapa pedekatan yang digunakan untuk membuat klasifikasi, iaitu

pendekatan genetik, pendekatan tipologi, pendekatan kawasan dan pendekatan

sosiolinguistik.

2.4.1 Klasifikasi genetik

Hasil daripada pendekatan genetik yang melihat pada garis keturunan

bahasa-bahasa. Klasifikasi genetik dilakukan berdasarkan kriteria bunyi dan

erti, iaitu melihat pada kesamaan bentuk bunyi dan makna yang terdapat pada

sesuatu bahasa tersebut. Setakat ini, hasil klasifikasi dapat diterima umum dan

bahasa di dunia telah dibahagikan kepada kepada beberapa rumpun besar iaitu

Indo-Eropa, rumpun Harnito-semi, rumpun Chari Nil, rumpun Dravida, rumpun

Austronesia, rumpun Kaukasus, rumpun finno-Ugris, rumpun Paleo Asiatis,

rumpun Ural-Altai, rumpun Sino-Tibet dan rumpun bahasa-bahasa Indian.

2.4.2 Klasifikasi tipologi

Klasifikasi ini pula adalah hasil daripada pendekatan tipologi yang

dilakukan berdasarkan kesamaan jenis yang terdapat pada sejumlah bahasa.

Page 18: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

18

Jenis ini merupakan unsur tertentu yang dapat timbul berulang-ulang dalam

sesuatu bahasa, iaitu mengenai bunyi, morfem, kata, frasa, dan ayat. Hasil

klasifikasi ini menjadi bersifat arbitrer kerana tidak terikat pada jenis tertentu,

namun hasilnya tetap ekshautik dan unik. Klasifikasi pada tataran morfologi

yang telah dilakukan pada abad XIX dapat dibahagikan kepada tiga kelompok.

Kelompok pertama menggunakan bentuk bahasa sebagai dasar klasifikasi.

Tokoh awal yang menyusulkan klasifikasi morfologi ini ialah Frederich Von

Schlegel. Beliau membahagikan bahasa-bahasa di dunia ini kepada dua

kelompok iaitu kelompok bahasa berafiks dan kelompok bahasa yang berfleksi.

Seterusnya, terdapat juga bahasa tanpa gramatikal. Kelompok kedua pula

menggunakan akar bahasa sebagai dasar klasifikasi. Akar kata tersebut

dibahagikan kepada akar kata yang monosilabis, akar kata yang

mampunmengadakan komposisi dan akar kata yang disilabis dengan tiga

kosonan. Kelompok ketiga pula menggunakan bentuk sintaksis sebagai dasar

klasifikasi. Bahasa-bahasa dibahagikan kepada bahasa-bahasa yang yang

berbentuk, bahasa yang tidak berbentuk dan bahasa yang derivatif.

2.4.3 Klasifikasi areal

Klasifikasi areal dilakukan berdasarkan adanya hubungan timbal balik

antara bahasa yang satu dengan bahasa yang lain di dalam suatu kawasan

atau wilayah, tanpa memerhatikan sama ada bahasa itu berkerabat secara

genetik atau tidak. Selain itu, terdapat unsur pinjaman yang meliputi pinjaman

bentuk dan erti. Klasifikasi ini bersifat tidak ekshautik kerana masih banyak

bahasa-bahasa di dunia masih bersifat tertutup dan tidak menerima unsur luar.

Page 19: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

19

Usaha klasifikasi ini pernah dilakukan oleh Wilhelm Schmidt yang dilampir

dengan peta. Berdasarkan peta, diperlihatkan penyebaran geografi kelompok

bahasa yang penting dengan ciri yang tertentu. Pada peringkat fonologi,

penyebaran bunyi pada posisi awal dan posisi akhir perkataan. Peringkat

morfologi penyebaran kelompok kata yang konstrastif dalam semua

gabungannya. Peringkat leksikal penyebaran sistem bilangan. Peringkat

sintaksis penyebaran kategori kata benda dan kata ganti nama.

2.4.4 Klasifikasi sosiolinguistik

Klasifikasi ini pula dilakukan berdasarkan hubungan antara faktor

bahasa dengan faktor-faktor yang berlaku dalam masyarakat, yang tepatnya

berdasarkan status, fungsi, penilaian yang diberikan oleh masyarakat terhadap

bahasa itu. Klasifikasi ini dilakukan berdasarkan empat kriteria iaitu

pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif serta penggunaan leksikon dan

tatabahasa. Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan penggunaan

bahasa. Pembakuan berkaitan status bahasa rasmi dan tidak rasmi.

Penggunaan aktif bermaksud penutur yang menggunakannya seharian dan

adakah leksikon dan tatabahasa itu diperturunkan daripada satu generasi

kepada satu generasi yang lain. Berdasarkan kriteria tersebut, bahasa di dunia

dapat dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau bagaimanpun,

hasilnya tetap tidak unik kerana sesuatu bahasa mempunyai status yang

berbeza. Misalnya bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku, tetapi di

Swiss, bahasa Jerman berstatus kedaerahan. Klasifikasi ini juga tidak tekal dan

mutlak. Kita masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di negara

Page 20: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

20

tertentu. Misalnya bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa

baku, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar.

2.5 Bahasa tulis dan sistem aksara

Dalam hakikat bahasa, bahasa itu adalah sistem bunyi. Maka bahasa itu

adalah pertuturan atau sesuatu yang dilisankan. Namun, linguistik tidak

menutup diri terhadap bahasa tulis kerana bahasa tulis mempunyai kaitan

dengan bahasa dan apa-apa saja yang berkaitan dengan bahasa boleh menjadi

objek bahasa. Namun linguistik mempunyai keutamaan dalam kajiannya,

bidang linguistik menganggap bahawa bahasa lisan adalah primer dan bahasa

tulis adalah sekunder. Hal ini demikian kerana bahasa lisan terlebih dahulu

wujud berbanding bahasa tulis. Dalam kehidupan serba moden ini, fungsi

bahasa tulis amat besar kerana bahasa tulis dapat menembusi waktu dan

ruang. Sebaliknya yang berlaku pada bahasa lisan, sesuatu yang dilisankan

akan lenyap begitu saja jika tidak dipraktikkan. Selain itu, sifat bahasa tulis

dapat disimpan lama memudahkan pengumpulan maklumat masa lalu atau

maklumat dari tempat yang jauh. Bahasa tulis juga berfungsi sebagai rakaman

bahasa lisan kerana bahasa tulisan dapat menyimpan bahasanya untuk

disampaikan kepada generasi lain menjangkau ruang dan waktu. Namun

bahasa tulis kurang sempurna kerana banyak unsur bahasa lisan seperti

tekanan, intonasi dan nada tidak dapat dirakam sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, peranan bahasa tulis dengan sistem aksara amat

diperlukan untuk aspek pentadbiran, dokumentasi dan pendidikan.

Page 21: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

21

Apakah bahasa tulis dan bahasa lisan itu sama atau bagaimana?

Meskipun bahasa tulis itu dikatakan rakaman bagi bahasa lisan, tetapi wujud

perbezaan yang besar antara bahasa tulis dan bahasa lisan. Antara sistem

aksara yang terdapat pada masa lalu ialah aksara piktograf, aksara ideograf,

aksara silabik/suku kata dan aksara fonemis. Semua aksara ini tidak dapat

merakam bahasa lisan dengan sempurna. Aksara piktograf merupakan tulisan

terawal yang bermula daripada gambar yang terdapat di gua Altamira, Utara

Sepanyol dan beberapa tempat lain di Afrika, Indo-Amerika, Eskimo, Siberia

dan China. Gambar dikodkan supaya dapat dihubungkan dengan makna dan

bunyi untuk merekodkan idea, pemikiran, penciptaan dan sebagainya. Gambar

itu sendiri dinamakan piktogram dan sebagai sistem tulisan, gambar itu

dinamakan piktograf. Piktograf yang menggambarkan gagasan, idea atau

konsep dinamakan ideograf. Ideograf juga dikenali dengan nama logograf atau

tulisan idea. Ideograf ini kemudiannya menjadi lebih sederhana sehingga

hubungan antara gambar dengan gambarnya tiada kaitan sama sekali, misalnya

tulisan paku yang digunakan oleh bangsa Sumaria pada 4000S.M. Tulisan suku

kata atau silabik merupakan perubahan dan kemajuan daripada tulisan ideograf,

khususnya aksara paku yang berkembang oleh orang Parsi zaman Darius 1.

Lambang atau tulisan dalam sistem silabik ini mangandung bunyi suku kata dan

tidak menyatakan gambar atau kata. Aksara fonemis pula merujuk kepada

Hubungan antara fonem dengan huruf atau grafem ternyata juga bermacam-

macam dalam setiap bahasa kerana jumlah fonem yang ada dalam setiap

bahasa tidak sama.

Page 22: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

22

3.0 KESIMPULAN

3.1 RUMUSAN

Berdasarkan perkara yang dibincangkan, pelbagai aspek yang dilihat

pada bahasa yang menjadikannya sebagai objek linguistik. Terdahulu, kita

melihat dari sudut pengertian bahasa, seterusnya diikuti dengan hakikat bahasa

seperti bahasa sebagai sistem, bahasa sebagai lambang, bahasa adalah bunyi,

bahasa itu bermakna, bahasa itu arbitrari, bahasa itu konvensional, bahasa itu

produktif, bahasa itu unik, bahasa itu universal, bahasa itu dinamik, bahasa itu

bervariasi dan bahasa itu manuasiawi. Tanpa hakikat bahasa, tidak mungkin

sesuatu dapat dianalisis secara sistematik. Linguistik ialah satu ilmu kajian

bahasa yang dianalisis dengan saintifik, teratur dan sistematik. Dalam

pengertian ini, bahasa merupakan objek kajian linguistik. Selain itu, faktor luar

bahasa juga diberi penekanan kerana faktor ini mempunyai hubungan dengan

kajian linguistik makro seperti masyarakat bahasa, variasi dan status sosial

bahasa, penggunaan bahasa, kontak bahasa serta bahasa dan budaya. Selain

itu, klasifikasi bahasa juga digunakan sebagai kajian dalam bidang linguistik.

3.2 CADANGAN

Dalam zaman serba kemodenan ini, aspek bahasa juga harus

dititikberatkan bagi mengekalkan keunikan bahasa yang sedia ada. Malah,

kepentingan kajian linguistik juga menjadi wadah yang sesuai bagi

memartabatkan bahasa kita di peringkat yang lebih tinggi. Kita sebagai orang

Melayu seharusnya memahami ilmu linguistik bagi meningkatkan penguasaan

berbahasa terutamanya dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan

Page 23: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

23

elemen yang penting kerana bahasa dapat menggambarkan kejatian kita

sebagai orang Melayu di samping mempertahankan kedaulatan raja-raja

sebagai ketua sesuatu bahasa. Di samping itu, penghayatan dalam bidang ini

juga berguna kepada para guru yang mengajar Bahasa Melayu bagi

meningkatkan pemahaman dalam bidang ini. Maka, perkembangan ilmu ini

haruslah diteliti secara terperinci bagi memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Page 24: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

24

BIBLIOGRAFI

A. Chaedar Alwasilah. Linguistik Suatu Pengantar. Bandung: Penerbit

Angkasa, 1993.

Drs Abdul Chaer. Linguistik Umum. Jakarta : PT RINEKA CIPTA, 1994.

Dr. Haji Zulkeflee Hj Yaacob. Bahasa dan Linguistik. Kota Bharu : Bunga

Melayu Solution, 2011.

Jos. Daneil Parera. Studi Linguistik Umum dan Historis Bandingan. Jakarta : PT.

Desanti Grafika, 1989.

Abdullah Hassan. Linguuistik Am. Kuala Lumpur : Publications and Distributors

Sdn. Bhd, 2005.

Page 25: Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik

25

LAMPIRAN

1.1 PIKTOGRAF

1.2 IDEOGRAM