27
JENIS-JENIS BACAAN Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa ‘bacaan’ itu adalah ‘membaca’, menukar grafik kepada ‘makna’ dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca. Sebenarnya ‘bacaan’ boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti: 1. Bacaan Mekanis 2. Bacaan Mentalis 3. Bacaan Intensif 4. Bacaan Ekstensif 1. Bacaan Mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 2. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini. 3. Bacaan Intensif Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. 1

JENIS bacaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doc

Citation preview

Page 1: JENIS bacaan

JENIS-JENIS BACAAN

Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa ‘bacaan’ itu adalah ‘membaca’, menukar grafik kepada ‘makna’ dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca. Sebenarnya ‘bacaan’ boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:

1. Bacaan Mekanis2. Bacaan Mentalis3. Bacaan Intensif4. Bacaan Ekstensif

1. Bacaan Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

2. Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

3. Bacaan Intensif

Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Konsep-konsep bacaan intensif:

1. Bacaan intensif merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan guru.

2. Bacaan intensif memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembang perbendaharaan kata.

3. Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid dalam bacaannya

4. Bacaan intensif mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

1

Page 2: JENIS bacaan

4. Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep bacaan ekstensif;

1. Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru.

2. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita murid itu.

3. Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.4. Bacaan ekstensif mengandaikan murid membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi

kesukaran dan melalui bacaan ekstensif ini murid mendapat kepuasaan, seronok dan terhibur.

Bacaan ekstensif mempunyai peranannya yang tersendiri khususnya dalam pembelajaran bahasa. Antara peranannya ialah;

1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap bahan bacaan.2. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid. Dalam hal ini, bacaan

ekstensif dapat membantu murid untuk mengenal perkataan dan mengenal simbol-simbol yang terdapat dalam bahan bacaan.

3. Mendedahkan murid kepada aspek-aspek bahasa. 4. Menambahkan kosa kata. Kajian menunjukkan kanak-kanak tidak banyak mengetahui

atau menguasai kosa kata melalui pembelajaran secara formal. Sebaliknya, penguasaan kosa kata banyak diperoleh melalui bahan bacaan. Malah, penguasaan kosa kata melalui bacaan dapat membantu kanak-kanak memahami kosa kata berkenaan.

5. Membantu murid dalam penulisan. Kajian mendapati kanak-kanak atau murid yang banyak membaca dapat menulis dengan baik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh penguasaan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid berkenaan yang akhirnysa dapat disalurkan dalam penulisan mereka.

6. Memotivasikan murid untuk membaca. Bahan bacaan yang digunakan untuk bacaan ekstensif sebaik-baiknya bersesuaian dengan keperluan, minat dan cita rasa murid. Perkara ini perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat dan motivasi murid untuk membaca.

7. Mengukuhkan pengetahuan bahasa yang telah dipelajari. Aspek-aspek bahasa yang telah dipelajari sebelumnya di dalam bilik darjah dapat diberi pengukuhan dan penekanan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa pada masa yang akan datang.

2

Page 3: JENIS bacaan

8. Menyakinkan murid untuk membaca teks yang panjang. Pada kebiasaannya, pengajaran bacaan yang dilakukan di dalam kelas kebanyakannya menggunakan teks yang pendek dan ringkas, serta tumpuan yang terhad kepada aspek tatabahasa dan kosa kata. Sebaliknya, bacaan ekstensif memberi keyakinan kepada murid untuk menerokai aspek-aspek bahasa yang lebih mencabar.

9. Meningkatkan kemahiran dalam membuat jangkaan. Bacaan ekstensif kadangkala melibatkan pengetahuan lepas yang dimilki oleh murid. Pengetahuan ini banyak membantu murid dalam membuat jangkaan terhadap sesuatu kejadian atau situasi yang terdapat dalam bahan bacaan. Perkara ini akan memudahkan murid untuk memahami dan membuat tafsiran terhadap bahan bacaan yang dibaca dengan lebih mudah dan cepat.

Ciri-ciri pendekatan bacaan ekstensif

1. Murid membaca seberapa banyak buku yang termampu. Bacaan boleh dilakukan di dalam atau di luar kelas.

2. Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Perkara ini penting bagi menggalakkan murid membaca dengan pelbagai tujuan dan pelbagai cara.

3. Murid memilih sendiri bahan untuk dibaca dan seterusnya murid juga dibenarkan menghentikan bacaan sekiranya bahan bacaan berkenaan didapati tidak menarik.

4. Matlamat membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman secara umum. Matlamat ini dikenal pasti melalui keaslian bahan dan minat murid.

5. Membaca dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Dalam hal ini, latihan yang sedikit ataupun tidak ada latihan diberikan selepas bacaan.

6. Bahan bacaan bersesuaian dengan ketrampilan berbahasa murid khususnya dari pada aspek kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kamus sebaik-baiknya dielakkan bagi memastikan bacaan berjalan lancer tanpa gangguan.

7. Bacaan dilakukan bersendirian secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri. Murid akan menentukan di mana dan bila mereka akan membaca.

8. Kelajuan bacaan ditingkatkan terutamanya apabila menmbaca bahan bacaan yang mudah difahami.

9. Guru memandu murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah, memastikan bahan yang dibaca oleh murid dan membimbing murid agar mendapat manfaat daripada bacaan berkenaan.

10. Guru menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh daripada bahan bacaan.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

1. Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. 

3

Page 4: JENIS bacaan

Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut;(a) perasaan murid(b) bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut;

1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka.

2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada.

3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:

1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati.

2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal.

3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung.

4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur.

Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut;

1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan

dan lain-lain.4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikal

4

Page 5: JENIS bacaan

penglihatan pendengaran pertuturan umur jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi

adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi? adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku? adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial? adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif

daya kecerdasan kebolehan mental secara keseluruhan adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar? adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,

Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

  3. Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;

1. mengenal gambar yang berlainan 2. mengenal bentuk yang berlainan.

5

Page 6: JENIS bacaan

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. 

4. Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;

1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.

3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;

1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.

2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. 

3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji

kefahaman mereka.

Contoh aktivitiAktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah;

1. Kad huruf

6

Page 7: JENIS bacaan

Kad Huruf

2. Kad Suku Kata

Kad Suku Kata

3. Kad Perkataan

Kad Perkataan

4.  Kad Frasa

Kad Frasa

5. Kad Ayat

Kad Ayat5. Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca. Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;

1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.

2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks.

3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara

bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.

Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut;

7

Page 8: JENIS bacaan

1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.

2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca. 

3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.

4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran

membaca.

Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literal 

makna perkataan makna ayat huraian isi idea utama urutan idea perbandingan hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi 

membuat kesimpulan mengeluarkan idea utama membuat perbandingan menunjukkan hubungan sebab dan akibat membuat jangkaan memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal 

membezakan kenyataan daripada fantasi membezakan fakta daripada pendapat menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan

8

Page 9: JENIS bacaan

mengulang.Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.

Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad.

Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN)

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan

membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan

mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk

memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi

segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca

yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan

membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan

membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu.

Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca

bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini

dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara

perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai

9

Page 10: JENIS bacaan

personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu

falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi

kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari,

memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan

adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi

keperluan individu tersebut secara berkesan.

Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua

jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau

menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.

Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana

beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada

suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan

mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai

kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami

apa yang dibacanya,

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan

pengetahuan.

(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

10

Page 11: JENIS bacaan

Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada

bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang

banyak dan susah.

(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran

dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.

(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata

yang susah.

Berdasarkan pendapat beberapa sumber, mereka mengkonsepkan kemahiran membaca mengikut kefahaman mereka. Antaranya Harris dan Sipar mengkonsepkan sebagai proses interpretasi makna, lambang-lambang bercetak dan memahami apa yang dibaca. Mengikut Smith dan Johnson pula merupakan proses komunikasi dan melalui situasi pertukaran idea disamping pembaca dapat mesej daripada penulis. Atan Long pula mengkonsepkan sebagai pemindahan dan penterjemahan lambang serta memahami makna dalam setiap pembacaan yang dilakukan. Mengikut Kenedy pula mereka mengecam bentuk visual dan menghubungkan bunyi, bentuk dan makna pembacaan.

Kemahiran membaca ini mempunyai beberapa tujuan. Iaitu membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Dengan membaca juga dapat melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul. Penuturan ayat-ayat gramatis dalam kalangan murid-murid juga perlu diterapkan. Di samping itu, murid juga perlu dilatih supaya membaca dengan senyap dan pantas di samping memahami isi yang dibaca dengan pantas. Tambahan lagi, murid-murid perlu ditanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan jelas, cepat dan tepat. Tujuan membaca dibahagi kepada dua iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjutan.

Terdapat empat tujuan serta merta dalam kemahiran membaca. Antaranya ialah untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Dalam tujuan ini juga adalah supaya murid berkebolehan dalam

11

Page 12: JENIS bacaan

pembacaan secara senyap. Sikap suka membaca dan mahu membaca secara terus menerus diwujudkan dalam diri murid-murid disamping mencari maksud daripada apa yang dibaca. Selain itu, minat mahu membaca juga perlu ditimbulkan. Ini boleh dijadikan sebagai alat hiburan pada masa lapang.

Manakala dalam tujuan lanjutan pula, kemahiran membaca dijadikan sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Ini dapat merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka mengikuti perkembangan alam dan manusia. Selain itu, fahaman mereka dapat diluaskan serta idea-idea yang salah dapat diperbetulkan. Bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup juga boleh diperolehi melalui tujuan lanjutan ini.

Terdapat empat jenis bacaan iaitu bacaan mekanis, bacaan intensif, bacaan mentalis dan bacaan ekstensif.

Bacaan mekanis didefinisikan dengan bacaan kuat. Bacaan ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. Bacaan mekanis ni merupakan satu pembacaan yang mengikut intonasi, nada dan tekanan yang dilakukan dengan betul. Bahan bacaan yang mudah juga digunakan dan cara ini tidak membebankan fikiran.

Tujuan bacaan mekanis ini adalah untuk membolehkan murid berlatih membaca sendiri. Ini juga membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Di samping itu, murid boleh mencapai kecekapan membaca secara kuat serta membolehkan murid tahu untuk menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat yang betul.

Terdapat empat cara pelaksanaan yang boleh dijalankan untuk bacaan mekanis ini. Antaranya ialah guru membaca dan murid mengikut. Guru juga hendaklah membimbing murid-murid membaca secara individu dan bergilir-gilir. Selain itu, guru hendaklah membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru. Di samping itu, guru hendaklah berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman murid.

Bacaan intensif pula didefinisikan dengan bacaan yang dilakukan dengan teliti, memahami, mentafsir apa yang dibaca dengan tepat serta menekankan kepada kajian-kajian terhadap cirri-ciri tatabahasa dan meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.

Tujuan bacaan intensif ialah untuk membolehkan murid membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

12

Page 13: JENIS bacaan

mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. Laras bahasa yang pelbagai juga dapat dikenalpastii dan rumusan daripada keseluruhan bacaan dapat dibuat. Di samping itu, isi-isi yang diperoleh dapat dinilai dan diulas melalui bahan-bahan bacaan yang dibaca.

Cara pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam bacaan intensif ini ialah membenarkan murid-murid menggunakan kamus atau buku teks rujukan tatabahasa. Soalan-soalan untuk bacaan intensif ini juga perlu dipelbagaikan. Antaranya ialah bentuk objektif, salah betul, lisan dan jawapan bertulis. Bahan bacaan intensif dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas. Kemudian ia akan dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

Bacaan ekstensif didefiniskan dengan bacaan yang dilakukan di luar kelas tanpa bimbingan guru. Ia menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuhkan minat membaca dan berkebolehan dalam memetik isi-isi penting. Selain itu, ia didefinisikan juga dengan mengandaikan murid membaca tanpa menghadapi kesukaran dan mendapat keseronokan, kepuasan dan terhibur.

Pemahamam murid dipertingkatkan merupakan salah satu daripada tujuan membaca. Murid juga perlu didedahkan kepada aspek-aspek bahasa. Murid juga dapat menambahkan kosa kata mereka serta dapat membantu mereka dalam penulisan. Murid juga perlu dimotivasikan supaya dapat memupuk kesedaran membaca dalam diri murid-murid. Selain itu, pengetahuan bahasa yang telah dipelajari dapat diperkukuhkan. Serta kemahiran dalam membuat jangkaan dapat dipertingkatkan.

Dalam cara pelaksanaan pula, guru hendaklah menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Membaca juga perlu dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Apa yang paling utama ialah guru hendaklah menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh daripada bahan bacaan. Bacaan ini hendaklah dilakukan secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri. Tambahan lagi, murid hendaklah membaca seberapa banyak buku yang termampu.

Bacaan mentalis didefinisikan dengan bacaan akaliah iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap dijalankan setelah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

Tujuan bacaan senyap adalah untuk melatih murid-murid supaya boleh

13

Page 14: JENIS bacaan

membaca dengan sendiri. Ini juga dapat melatih murid-murid membaca mentalis dengan pantas. Di samping itu, bacaan mentalis juga menitikberatkan penggunaan kemahiran bacaan mentalis untuk mendapat pengetahuan. Serta bacaan mentalis juga dikenali sebagai hiburan.

Bacaan mentalis dilaksanakan adalah untuk kefahaman. Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan mudah kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. Guru-guru pula hendaklah memberi dan menentukan bahan bacaan yang digunakan oleh murid-murid. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah dari segi pembacaan. Selain itu, guru bertanggungjawab untuk bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

Bahan bacaan yang hendak dibaca oleh murid hendaklah ditentukan oleh guru dan murid-murid hendaklah berusaha untuk memahamkannya sendiri. Guru perlu menghadkan masa murid-murid membacaa dan memahamkan isi bacaan. Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-soalan. Ini boleh juga dijalankan dengan cara menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif. Di samping itu, guru juga hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan. 

pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa

Pendekatan Binaan•       Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis.•       Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. •       Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang

lebih mudah kepada yang kompleks. •       Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara

berstruktur dan menyeluruh. •       Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad,

seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.

•       Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.

•       Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.

•       Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.

14

Page 15: JENIS bacaan

•       Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya. Pendekatan Cerakinan

•       Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.•       Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut. •       Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata,

perkataan dan ayat dengan baik. •       Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi

memudahkan murid untuk membaca.•       Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata

tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. •       Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik

dan kaedah membaca dengan betul.•       Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan

menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna. Pendekatan Komunikatif

•       Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.•       Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang

dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai ‘keupayaan berkomunikasi’.•       Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.•       Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang

pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana:  Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap   Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja   Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan/secara berpasangan, dalam melakukan

pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.•       Aktiviti yang boleh dilaksanakan:-

a. Bercerita b. Teater pembaca c. Laporan/ulasan buku d. Choral speaking            

PENGALAMAN BAHASA (lea)•       Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam

membaca.•       Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang

sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.

•       3 peringkat dalam proses membaca iaitu:-•       lateral •       Interpretasi & inferens •       Penilaian makna •       Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan

mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.

15

Page 16: JENIS bacaan

•       Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.

•       Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

•       Sebagai contoh:    Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.

•       Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:

a. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

b. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

c. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.

d. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.

e. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

Kaedah Pandang dan Sebut•       Kaedah seluruh perkataan •       Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata•       Aktiviti utama – memandang dan menyebut•       Perkara yang dipandang - gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar•       Perkara yang disebut - perkataan pada bahan yang ditunjukkan •       Kaedah ini mementingkan dua perkara;

        i)            Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar        ii)            Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.

•       Prosesnya :a)      Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. b)      Setelah di cam, tidak dibunyikan, tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Pada

peringkat permulaan, perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar. c)       Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek

dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.

d)      Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.e)      Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.f)       Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi

perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. Kelebihan kaedah pandang & sebut

a)      Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.

b)      Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna.

16

Page 17: JENIS bacaan

c)       Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.d)      Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang

betul dari mula. Kelemahan kaedah pandang & sebut

a)      Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.

b)      Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

c)       Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.d)      Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Kaedah Abjad•       Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu,•       Cara penyampaian:-a)      Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya, iaitu a – z(menerusi nyanyian, kad, dsb)b)      Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata.c)       Penggabungan suku kata membentuk perkataan.d)      Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv.

Rasional kaedah abjad•       Oleh sebab perkataan mengandungi huruf/lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama

huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya.•       Menurut Walker;lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal

huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca.•       Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan

akhirnya perkataan.•       Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

Kelebihan kaedah abjada)      Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata

yang hampir tetap bunyinya. b)      Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum

dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

c)       Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.d)      Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.

Kelemahan kaedah abjada)      Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang

dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.b)      Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini mebolehkan mereka membaca

merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.c)       Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid

kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.d)      Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Kaedah FonikCara pelaksanaannya:-

•       Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;                a dibunyikan aa

17

Page 18: JENIS bacaan

                z dibunyikan zi •       Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba’ tanpa

bunyikan “be” dan “aa”.•       Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan.

                                bu + ta = buta                                 bu + ka = buka

•       Pembacaan ayat – ayat mudah:                                Ibu beli buku                                 Ibu buka buku                                 Ibu baca buku Rasional kaedah fonik

•       Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.•       Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang

dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.

•       Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya.

•       Mohd. Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan. SQ 3R

•       SQ3R adalah singkatan bagi;                                S (survey)      tinjau                                 Q (question) soal/tanya                                 R (read)         baca                                 R (recite)       imbas kembali atau nyatakan                                            secara lisan                                 R (review)     baca semulaSurvey

•       Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri.

•       Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca.•       Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub tajuk, gambar, simbol

ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. •       Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Question•       Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.•       Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks.•       Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi.•       Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.•       Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan- peramalan jawapan yang paling

relevan.Read

•       Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.•       Dalam masa yang sama, murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan

murid boleh menyenaraikan soalan tambahan.

18

Page 19: JENIS bacaan

•       Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.

•       Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.

Recite•       Setelah murid membaca keseluruhan teks, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat

kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.•       Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. •       Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.•       Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang

terdapat dalam teks. •       Murid boleh membandingkan jawapan mereka.

Review•       Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.•       Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas

kembali).•       Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.•       Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan.

KWLH•       Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau

perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. •       Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai

sumber. •       Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

Tujuan teknik KWLH•       Murid  dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses

pengajaran dan pembelajaran.•       Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.•       Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain

sumber yang telah disediakan.•       Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.

19