20
JENIS – JENIS PENYELIDIKAN Ahli Kumpulan: AWANG SAIFUL BIN AWANG AHMAD MOHAMAD MUZAMIL BIN RABOL @ KABOL MUSTAKIM BIN JEPON PIM3113

Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

  • Upload
    amiers

  • View
    78

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fff

Citation preview

Page 1: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

JENIS – JENIS PENYELIDIKAN

Ahli Kumpulan:AWANG SAIFUL BIN AWANG AHMAD MOHAMAD MUZAMIL BIN RABOL @ KABOLMUSTAKIM BIN JEPON

PIM3113

Page 2: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

PENYELIDIKAN

ASASASAS GUNAANGUNAAN TINDAKANTINDAKAN PENILAIANPENILAIAN

Page 3: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

PENYELIDIKAN ASAS

Page 4: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Penyelidikan asas atau fundamental (kadang-kadang dikenali juga sebagai

penyelidikan tulin) dilakukan untuk meningkatkan kefahamam tentang sesuatu prinsip asas. Biasanya hasil kajian berakhir

tanpa sebarang tindakan atau tiada manfaat dari segi komersil: penyelidikan asas adalah

meningkatkan perasaan ingin tahu. Penyelidikan untuk menambah

pengetahuan baharu tentang proses asas kehidupan, termasuklah bagaimana badan kita bekerja

dengan normal.

Penyelidikan untuk menambah pengetahuan baharu tentang proses

asas kehidupan, termasuklah bagaimana badan kita bekerja

dengan normal. Kajian dilakukan di dalam makmal, selalunya terhadap sel, tisu haiwan dengan tujuan

menyiasat mekanisma asas seperti bagaimanakah tisu bertindak terhadap

sesuatu kecederaan. Penyelidikan asas berfokus untuk menambahbaik pengetahuan dan kefahaman tanpa memikirkan sebarang aplikasi. Penyelidik selalunya bekerja dalam makmal (cth: mengkaji bagaimana gene dapat membantu perkembangan …..

Page 5: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Asas (fundamental atau tulin)) – penyelidikan ini dilakukan oleh saintis yang mempunyai sifat ingin tahu atau minat dalam persoalan saintifik. Motivasi utama mereka adalah untuk mengembangkan pengetahuan manusia, bukan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu rekaan. Tidak ada nilai komesil terhadap penemuan kajian asas.

Contoh: penyelidikan asas sains adalah untuk membuktikan jawapan persoalan berikut;

•Bagaimanakah alam semesta bermula? •Apakah yang terkandung dalam proton, neutron, dan elektron? •Bagaimanakah lumut (slime molds) membiak? •Apakah kod genetik yang spesifik untuk lalat buah?

Page 6: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

PENYELIDIKAN GUNAAN

Page 7: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Definisi asas bagi penyelidikan gunaan ialah sebarang fakta yang

dikumpul untuk mendapat dan menggunakan pengetahuan yang

akan menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan sesuatu

perkara.

Definisi asas bagi penyelidikan gunaan ialah sebarang fakta yang

dikumpul untuk mendapat dan menggunakan pengetahuan yang

akan menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan sesuatu

perkara.

Penyelidikan gunaan direka bentuk untuk menyelesaikan masalah yang praktikal dan bukan

untuk memperolehi pengetahuan semata-mata. Matlamat penyelidikan ini boleh dikatakan sebagai

menambah baik kehidupan manusia. Contohnya, penyelidikan gunaan boleh menyelidik bagaimana;

•Meningkatkan hasil pertanian •Merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit•Meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga di rumah, pejabat atau kenderaan

Page 8: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113
Page 9: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Page 10: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Penyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang pendidikan terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat keputusan berasaskan data (Othman, 2011). Ia biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah sosial (organisasi) atau pun fenomena dalam jangka masa yang singkat (Lewin, 1964); ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.

Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan bagi pengamal atau pun individu yang terlibat dengan situasi sosial berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua, 2006).

Secara umumnya ahli-ahli penyelidikan tindakan bersetuju bahawa penyelidikan tindakan adalah satu kajian inkuiri di mana pengkaji perlu membuat perbincangan, refleksi dan membuat keputusan ke arah tindakan yang baru sama ada mengaplikasikan penemuan baru atau pun mendefinisikan semula masalah.

Page 11: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Elliot dan Adelman (1976 , seperti dinyatakan dalam Chua, 2006) telah mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial di organisasi pendidikan, dan tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk memperbaiki kualiti amalan harian.

Kurt Lewin (1947) mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai suatu proses lingkaran tiga-langkah iaitu (1) perancangan yang melibatkan tinjauan; (2) mengambil tindakan; dan (3) pencarian fakta tentang keputusan daripada tindakan yang dibuat (Othman, 2011).

Ebutt (seperti dinyatakan dalam Chua, 2006) pula mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai suatu penyelidikan yang dibuat oleh individu atau golongan yang merupakan pengamal kepada amalan harian dalam suatu sosial atau fenomena.

Stephen Corey (seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) pula mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai usaha yang dilakukan oleh pengamal untuk mengkaji masalah yang dihadapi secara saintifik supaya dapat member panduan, membuat pembetulan dan menilai keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Mills (2000, seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran/perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.

Page 12: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Terdapat beberapa model penyelidikan tindakan yang dicadangkan oleh para penyelidik yang dapat membantu guru untuk menjalankan kajian di bilik darjah.

Dua model dibincangkan di bawah iaitu Model Kemmis dan McTaggart (1988) dan Model Spiral Kajian Tindakan Kemmis yang dikembangkan daripada Model

Kemmis dan McTaggart.

Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Page 13: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Model Spiral Kajian Tindakan Kemmis

KITARAN 1KITARAN 1

KITARAN 2KITARAN 2

Page 14: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Berdasarkan pada kedua-dua model di atas, kajian tindakan adalah merupakan satu proses berulangan iaitu kajian yang berterusan ke atas amalan sosial dan penyelidik membuat refleksi tentang tindakannya dalam kitaran pertama sebelum kitaran kedua bermula sama ada tindakannya telah mengubah keadaan semasa atau pun tidak (Chua, 2006). Proses kajian tindakan akan diulang semula jika didapati perlu berbuat demikian dengan memilih tindakan lain yang dapat membantu menyelesaikan masalah sosial berkenaan. Ini akan dilakukan dalam kitaran kajian tindakan selanjutnya.

Page 15: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

PENYELIDIKAN PENILAIAN

Page 16: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Penyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu program atau pun intervensi sosial. (Rosinah, 2011).

Ciri-ciri utama yang terkandung dalam definisi penyelidikan penilaian ialah :

Menjawab soalan spesifik yang diperuntukanMengumpul maklumatMembuat keputusan pendapatMenimbangkan dengan teliti akibata daripada tugasan yang dispeksifikasikan.

Tujuan penyelidikan penilaian adalah untuk penambahbaikan program atau intervensi. Menurut Morrison (1993),penilaian sebagai penyampaian maklumat mengenai isu-isu spesifik yang mana pendapatnya adalah berdasarkan keputusan daripada tindakan yang telah diambil.

Page 17: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Elemen-elemen Penyelidikan Penilaian1 Tujuan Menentukan penyeleseaian masalah yang

dikemukakan dan member cadangan

perubahan atau penambaikan.2 Objektif Membuat keputusan berdasarkan

penilaian,misalnya menilai keberkesanan polisi

atau projek pendidikan yang telah dilaksanakan3 Deskriptif Menjelaskan situasi masalah yang timbul.4 Asas Inkuiri Inkuiri dijalankan atas permintaan klien-klien

terhad5 Skop Kajian Fenomena di bawah kajian lebih berpusatkan

local daripada universal.6 Pendekatan

Kajian

Penggunaan kaedah-kaedah penyelidikan

berkaitan dengan penyelidikan kuantitaif atau

kualitatif atau kedua-duanya.7 Prosedur Kajian Perancangan-Pengujian pengukuran

menganalisis

Interprestasi penilaian8 Kriteria Mengutamakan kebolehpercayaan dan

kebolehtadbiran, termasuk aplikasi.9 Tempoh Kajian Menepati tempoh masa yang diperuntukkan.

Page 18: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu

program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak

sesuatu program yang telah dijalankan.

Kepentingan perkembangan profesion perguruan,. perancangan strategik dan sekolah yang berkesan

masa kini menjadikan penyelidikan penilaian semakin diutamakan. Sesungguhnya, objektif utama penilaian ialah menentukan nilai dan harganya, mencadangkan

idea dan strategi penambaikanDesmond Nuttall (1990) mengemukakan tujuh tujuan penilaian digunakan sebagai kajian :Akauntabiliti dua hala-guru dan murid-demi mengenalpasti manfaat yang optimum, termasuk peruntukkan sumber dan kemudahanUntuk penambahbaikan kursus dalaman dan kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruanUntuk mengenalpasti, membentuk,mempersembah dan memperkenalkan hasil penilaian kepada orang-orang yang berkaitan, termasuk ibu bapa,demi menjalin hubungan awam dengan lebih erat.Untuk menyediakan maklumat dasar, perancangan keputusan dan cadangan.Digunakan sebagai cara untuk keperluan diagnosis.Untuk penerokaan ke arah pertambahan kefahaman.Digunakan sebagai keberkesanan proses pembelajaran.

Page 19: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

Proses Penyelidikan Penilaian

Page 20: Jenis – Jenis Penyelidikan Ppt Pim3113

SEKIAN, TERIMA KASIH