JPN perak SKEMA9222PercubaanSTPM

  • View
    111

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of JPN perak SKEMA9222PercubaanSTPM

SKEMA 922/2 1 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

SKEMA PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2

PANDUAN MENANDA:

FAKTA : GARISKAN JAWAPAN PELAJAR HURAIAN/CONTOH : ( SILA BUAT TANDA KURUNG) SALAH FAKTA : TANDA DENGAN GARIS YG BERGELOMBANG DAN TULISKAN JAWAPAN. JIKA TERLEBIH FAKTA : TANDA SEPERTI BIASA. DI RUANG KOSONG TULISKAN TF SF DI RUANG KOSONG KERTAS

SKEMA 922/2 2 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera 1. Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut dalam penghasilan karya sastera dari awal 1900 sehingga selepas merdeka: a. Emansipasi Wanita, b. Nasionalisme (a) Emansipasi Wanita Definisi : Persoalan tentang perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama dengan lelaki [1M] F 1: Persoalan emansipasi wanita ini merangkumi hak yang sama dengan lelaki seperti dalam bidang pendidikan, menentukan masa depan,kebebasan memilih jodoh. F 2: Persoalan ini mengemukakan kepentingan hak wanita Islam moden untuk mendapat kebebasan seperti kaum lelaki dalam menentukan kehidupan melalui novel Hikayat Faridah Hanum, karya Syed Sheikh Al-Hadi (1925) dan Iakah Salmah, karya Ahmad Rashid Talu (1928). F 3: Persoalan emansipasi wanita banyak mewarnai tema novel-novel di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. . F 4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang seperti dalam Tanggungan Muda, karya Pungguk; Pelayan, karya Ahmad Lutfi; Salina, karya A.Samad Said, Ranjau Sepanjang Jalan, karya Shahnon Ahmad dsb. F 5: Golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya Badai Semalamdan Adibah Amin Seroja Masih di Kolam menyemarakkan lagi persoalan ini. Pilih 4 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah (Fakta & Hurai/contoh 3M) 4 isi x 3 markah = 12 M (b) Nasionalisme F 1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru dan wartawan seiring dengan pergolakan sosial, ekonomi dan politik Malaya. F2: Persoalan ini muncul daripada dasar penjajah yang mengeksploitasi ekonomi dan mengabaikan keperluan pendidikan tinggi anak-anak Melayu. F3: Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan lagi persoalan ini dalam karya sastera. F4: Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, karya Ishak Haji Muhammad serta Korban Keris Melaka, karya Samsuddin Salleh menanamkan semangat cinta kepada tanah air. F5 : Persoalan yang menggambarkan tindakan penjajah yang tidak adil telah membentuk semangat perpaduan bangsa, [13 ] [12 ]

SKEMA 922/2 3 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK F 6: Persoalan nasionalisme juga banyak diungkapkan melalui sajak-sajak yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Masuri SN melalui sajak nya berjudul Seribu Harapan. . Pilih 4 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah ( Fakta 1M, Hurai/contoh 2M) 4 isi x 3 markah = 12 M

SKEMA 922/2 4 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

2. Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.(a) Jelaskan latar belakang tokoh (b) Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini. [10 ] [15]

(a) Latar Belakang F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor. F3. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV di High School Kelang / 1940 bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan Jepun. F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution. F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor. F6. Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai pengarang. F7. Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang, ketua pengarang dan akhirnya sebagai pengurus pada tahun 1970. F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan. F9. Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern Publisher. F10.Pada tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.

Pilih 5 isi sahaja. 1 isi 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 M

(b) Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini.

[15 m]

SKEMA 922/2 5 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK F1 : Asraf membawa slogan Seni Untuk Masyarakat. H/C: Slogan ini menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya. Ia dapat memberi mesej, pengajaran dan memberi kesedaran kepada para pembaca. Esei dan kritikan Asraf disiarkan dalam Utusan Zaman dan Majalah Mastika. F2 : Asraf menekankan kesan positif karya terhadap pembaca. H/C: Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb. F3 : Asraf mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat. H/C: Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju. F4 : Polemik terjadi antara Asraf dengan Hamzah tentang fungsi seni. H/C : Pertentangan konsep atau falsafah seni yang melibatkan falsafah Seni Untuk Masyarakat yang didokong oleh Asraf dengan konsep Seni untuk Seni yang didokong oleh Hamzah. F5 : Falsafah Seni untuk Seni H/C : Hamzah beranggapan sastera mestilah berfungsi untuk mendidik dan menghibur dengan meletakkan nilai estetika /keindahan gaya bahasa yang sama pentingnya dengan fungsi social seperti mesej atau persoalan. Kritikan Hamzah dalam majalah Hiburan, Dalam Memajukan Sastera, September 1950. Hamzah mempertahankan pendirian terhadap kepentingan nilai estetika disamping nilai sosial dalam karya sastera. F6 : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50. H/C: Sebahagian besar esei kritikan yang dihasilkan pengarang ASAS 50 membincangkan tentang fungsi seni sastera untuk masyarakat. Ini selaras dengan moto ASAS 50, iaitu Seni Untuk Masyarakat.

Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah ( Fakta 2M, Hurai/contoh 1M) 5 isi x 3 markah = 15 M

Bahagian B: Novel dan Cerpen

SKEMA 922/2 6 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Jawab satu soalan sahaja 3. Jelaskan konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas dan peleraiannya berdasarkan peristiwa dalam novel. [25m]

Konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas ialah; F1 Konflik antara En Muhammad dengan Rahim[2m] H/C : Konflik tercetus apabila Rahim tidak bersetuju dengan tindakan ayahnya menubuhkan syarikat perlombongan Lembah Tualang di Kampung Pulai. Rahim menganggap bahawa ayahnya lebih mementingkan diri serta kekayaan berbanding hal-hal lain. Hal ini menyebabkan Rahim membantah sikap dan tindakan ayahnya yang menghalau penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. [2m] Peleraiannya; En Muhammad terpaksa mendengar cakap anaknya iaitu Rahim dengan mengikut segala perancangan Rahim seandainya ingin melihat anaknya meneruskan legasi perniagaannya. [1m] F2 Konflik antara En Muhammad dengan Lebai Maarup[2m] H/C : Tindakan Lebai Maarup menyerahkan tanah pusaka bapanya sebagai tanah wakaf dan bukan untuk tujuan perlombongan menimbulkan rasa marah kepada En. Muhammad. Lebai Maarup mula mencetuskan konflik secara halus apabila melihat tindakan En. Muhammad yang hanya ingin mengaut keuntungan hasil daripada aktiviti perlombangan. Namun Lebai Maarup tetap tidak berganjak dengan keputusan yang dibuatnya iaitu mewakafkan tanahnya. [2m] Peleraiannya; En Muhammad terpaksa menerima keputusan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanah Lebai Maarup. [1m] F3 Konflik antara Sudin dengan Mat Akil[2m] H/C : Konflik mula tercetus apabila kedua-dua mereka meminati seorang wanita bernama Gayah.Konflik memuncak apabila pelbagai peristiwa menimpa Sudin.Antaranya peristiwa kemalangan sewaktu menunggang motosikal. Sudin dimasukkan ke hospital, namun Sudin yakin peristiwa tersebut bukanlah kemalangan biasa tetapi seperti telah di rancang kerana dia teringat bahawa topi keledarnya seperti di cabut orang dan dia juga turut mendengar suara Mat Akil. [2m] Peleraiannya : Sudin berjaya mengahwini Gayah manakala Mat Akil terpaksa merengkok didalam penjara. [1m] F4 Konflik antara keluarga Penghulu Mahmud dengan keluarga Iman Saad[2m] H/C : Konflik antara dua buah keluarga tercetus sejak Zaman Orang Kaya Datuk Indera Mat Saman. Konflik ini bermula apabila moyang Sudin iaitu Lebai Maali seorang yang berpengaruh serta dihormati kerana ilmunya telah dipersalahkan kerana tidak mengizinkan orang kampung yang kebanyakannya anak murid beliau pergi menuntut bela atas kematian seorang penghulu. Penghulu tersebut telah diberi kuasa oleh Datuk Mat Saman untuk menjalankan dan mengusahakan kawasan lombong. Namun banyak lombong ditutup dan lenyap setelah kematian penghulu tersebut disebabkan penyamun,perompak dan kongsi gelap. Sejak itu, keturunan dan keluarga Iman Saad dipandang hina oleh keluarga Datuk Indera Mat Saman. [2m]

SKEMA 922/2 7 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Peleraian : Perhubungan antara keluarga Orang kaya Datuk Indera Mat Saman dan Lebai Maali kembali pulih apabila Sudin dan Gayah akhirnya berkahwin juga. [1m] F5 Konflik antara En Muhammad dengan Tauke Chan[2m] H/C : Konflik antara En Muhammad dan Tauke Chan tercetus apabila En Muhammad membuka kawasan perlombongan di Kampung Pulai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Tauke Chan kerana beliau juga berminat untuk memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan. Sebagai rasa tidak puas hati Tauke Chan telah mengupah Pendekar Omar memusnahkan lading orkid Cik Puan Tipah, memukul Ali iaitu pengurus ladang tersebut serta rakan-rakannya. [2m] Pele