Upload
hanisaqilah-hamdan
View
391
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
JURNAL MINGGU 2
Masalah murid lemah di dalam kelas
Pada minggu ini saya telah masuk ke kelas bagi memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada hari pertama minggu
kedua ini saya memasuki kelas 5C iaitu kelas kedua. Sekolah ini menggunakan
system pengasingan kelas dimana ia terbahagi kepada kelas murid cemerlang,
kelas murid sederhana dan kelas murid lemah. Kelas 5C merupakan kelas murid
sederhana, dimana dapat saya lihat mereka merupakan pelajar yang pandai tetapi
mempunyai sikap pemalas.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ini, saya telah
diberi tahu oleh guru pembimbing saya bahawa kelas ini merupakan kelas
sederhana dan saya dinasihati oleh guru pembimbing saya untuk bersikap lebih
garang dan tegas agar mudah untuk saya mengawal kelas tersebut. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati pelajar perempuan tidak
memberikan tumpuan sepenuhnya kerana mungkin mereka berkhayal atau tidak
focus. Bagi murid lelaki pula, mereka kerap mengganggu pelajar lain yang hendak
memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Antara penyebab berlakunya masalah ini ialah, guru kurang menggunakan
pendekatan atau strategi berasaskan murid. Jadi murid seperti ini akan bosan dan
mudah hilang focus semasa di dalam kelas. Guru juga menggunakan aktiviti yang
kurang menarik dan mungkin terlalu rumit serta tidak bersesuaian dengan tahap
kognitif mereka.
Jadi, saya menggunakan strategi memberikan aktiviti yang lebih menarik dan
berpusatkan murid agar mereka lebih memberikan perhatian dan kerjasama semasa
sesi pembelajaran berlangsung. Apa yang dapat saya katakan ialah strategi yang
saya gunakan ini berkesan dan saya berjaya menarik minat dan perhatian murid
dalam memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya rancangkan. Aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid juga
membuatkan mereka lebih berminat memberikan perhatian dan menggalakkan
penglibatan aktif murid-murid. Saya akan cuba kaedah seperti ini di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang lain pada minggu seterusnya.