Upload
hanisaqilah-hamdan
View
2.372
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
JURNAL MINGGU 4
Tarikh : 25 Julai 2011
Hari : Isnin
Isu : Kes buli dalam kalangan murid-murid sekolah.
Isu / masalah
Saya pernah mendengar kisah berlakunya kes buli di dalam bilih darjah sesama rakan
daripada seorang murid perempuan dalam kelas yang saya ajar. Murid berkenaan
mengadu salah seorang rakannya yang berbangsa India sering dibuli oleh seorang
rakan yang lain. Selain itu, pada perhimpunan mingguan minggu lalu, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Sabak turut mengusulkan isu berkenaan, iaitu kes buli
di kalangan murid kepada semua murid. Malah ada kes yang berlaku sehingga murid
yang menjadi mangsa buli tidak hadir ke sekolah kerana takut diugut dicederakan oleh
rakan yang membuli.
Fokus isu/ masalah
i. Punca
Seperti yang telah kita sedia maklum, di sekolah, terdapat murid-murid yang
mempunyai pelbagai latar belakang dari pelbagai aspek seperti keluarga,
sosioekonomi, dan sebagainya selain daripada kepelbagaian kaum. Perbezaan ini
memungkinkan wujud rasa rendah diri di kalangan murid-murid yang mempunyai
taraf hidup yang sederhana berbanding dengan murid yang berlatarbelakangkan
keluarga yang tinggi taraf hidupnya. Murid-murid yang rendah diri ataupun pendiam
ini berkemungkinan besar akan menjadi mangsa bagi murid-murid yang agresif yang
merasakan diri mereka hebat dari pelbagai aspek.
Selain itu, antara dua kaum terbesar yang ada di Malaysia, SK Seri Sabak Uni
merupakan sekolah yang memiliki majoriti kaum Melayu dengan minoritinya India.
Disini, punca masalah buli berlaku apabila golongan majoriti ini cuba mengambil
kesempatan untuk mempermainkan golongan minoriti yang ada di dalam bilik darjah
mereka. Kerjasama antara murid mungkin sukar dilaksanakan antara mereka
disebabkan perbezaan pendapat dan pandangan
.
ii. Kemungkinan penyebab isu
Terdapat beberapa penyebab yang memungkinkan timbulnya permasalahan ini
berlaku dalam bilik darjah. Antaranya adalah :
a. Murid-murid tidak banyak bekerjasama dalam bilik darjah sesama rakan
berbeza kaum.
b. Kurang sikap hormat sesama rakan.
c. Berbangga dengan kehebatan diri sendiri.
iii. Kelemahan isu/ masalah
Isu ataupun masalah ini merupakan masalah besar yang cukup luas. Malah, pihak
sekolah juga turut berusaha untuk melaksanakan pelbagai cara seperti kempen,
motivasi, kaunseling dan sebagainya hanya untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya
masalah ini tidak dikaji dan diselesaikan, murid yang menjadi mangsa buli akan
terus takut untuk ke sekolah malah akan lebih teruk sekiranya berlaku pergaduhan
sehingga mendatangkan kecederaan kepada mana-mana pihak.
iv. Kekuatan isu/ masalah
Setiap masalah yang timbul memiliki kekuatan tersendiri sekiranya dapat
diselesaikan dengan sempurna. Sekiranya kes ini dapat diatasi, murid-murid akan
hadir ke sekolah dengan perasaan yang selesa tanpa perlu memikirkan masalah
yang bakal berlaku di sekolah. Murid yang dibuli terutamanya akan lebih gembira
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di samping murid yang membuli tidak
perlu memikirkan jenis kejahatan yang ingin dilakukan. Seterusnya, murid akan lebih
fokus terhadap pembelajaran yang akhirnya dapat meningkatkan prestasi mereka
dalam pelajaran mereka. Akhir sekali, sekolah akan berjaya menjadi satu institusi
yang aman dan masalah disiplin akan dapat dikurangkan.
v. Ramalan kesan dan akibat
Sekiranya isu ini tidak diendahkan oleh guru-guru, tidak mustahil kejadian membuli
akan menjadi lebih parah. Malah ada di setengah-setengah sekolah yang
menjadikan buli ini sebagai budaya yang menjadi amalan setiap lapisan umur.
Tambahan pula, ada juga kes-kes ini terjadi di peringkat yang lebih tinggi seperti
institusi-institusi pengajian tinggi. Hal ini membuktikan bahawa, kes buli ini, jika tidak
dibendung dari peringkat awal lagi, ia akan menjadi tabiat dan amalan seseorang
hingga dewasa. Malahan, ia juga turut dapat mempengaruhi tabiat dan tingkah laku
murid berkenaan. Sekiranya ingin menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa murid-
murid, haruslah bermula dari awal. Sikap yang tidak elok seperti ini harus dijelaskan
dengan terang dan nyata supaya mereka faham apakah sikap yang baik dan tidak
baik yang perlu ada dalam diri seseorang.
Cadangan
i. Sesuai dan relevan
Guru seharusnya menunjukkan rasa mengambil berat terhadap murid-muridnya.
Guru perlu lebih prihatin dalam mengawal murid-murid. Walaupun pihak sekolah
boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk membendung masalah ini, guru yang
menjadi pengawal dalam bilik darjah juga harus prihatin terhadap masalah yang
berlaku lebih-lebih lagi sekiranya kes ini terjadi di dalam bilik darjah yang sedang
berjalan. Di sinilah fungsi guru sebagai pembimbing memainkan peranan di mana
seorang guur harus memandang dengan lebih teliti masalah yang berlaku dalam
kelas berkenaan. Hal ini adalah kerana, lazimnya, seseorang murid sukar untuk
menceritakan masalah mereka kepada seseorang yang tidak dikenali. Oleh itu,
gurulah yang harus mendekatkan diri mereka dengan murid supaya murid yang
menjadi mangsa kes buli ini terasa dilindungi.
ii. Kreatif dan kritis
Aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah mempengaruhi keselesaan dan juga tindak
balas murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Semua murid mudah tertaik dengan perjalanan P&P guru yang tidak membosankan.
Oleh yang demikian, guru perlu merancang satu aktiviti yang lebih melibatkan
kerjasama antara ahli kumpulan supaya golongan yang suka membuli mahupun
murid yang menjadi mangsa dapat bekerjasama dalam satu kumpulan. Kumpulan
yang dibentuk pula harus dengan ditentukan oleh guru dan bukannya dipilih antara
rakan masing-masing. Guru menggabungkan murid yang bermasalah dengan yang
menjadi mangsa dalam satu kumpulan bersama seorang atau dua ahli lain.
Guru perlu kreatif dalam merancang dan mengelola aktiviti P&P yang dapat
menarik minat murid-murid sepanjang sesi P&P disamping menitik beratkan
penglibatan aktif semua murid secara individu mahupun berkumpulan.
Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu.
Saya memilih 2 kali sesi pengajaran dan pembelajaran selepas masalah telah dikenal
pasti dalam bilik darjah yang berbeza sebagai subjek untuk saya mencuba untuk
mencari cara yang paling sesuai yang dapat menarik minat murid dengan aktiviti P&P
yang melibatkan kerjasama semua pihak.
Tindakan susulan
i. Pelan tindakan
Tarikh Kelas Pendekatan/ cara
15 Ogos 2011 5C Amali Poster(kumpulan
ditentukan guru)
16 Ogos 2011 3B (kumpulan ditentukan guru)
17 Ogos 2011
5G Aktiviti pemainan dalam P&P
19 Ogos 2011 5 B Belajar sambil bermain
ii. Rujukan
(Pembacaan/ internet/ perbincangan)
Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya
a. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan merangkumi langkah-
langkah berikut :
Perancangan
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran
Harian
Persediaan guru
Pengurusan bilik darjah
Pelaksanaan proses P&P
b. Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan,
kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang
menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid.
Guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa sikap
prejudis terhadap budaya murid yang berbeza.
a. Pelaksanaan
i. Tempoh masa sesuai
Saya memilih untuk menjalankan kajian terhadap dua kelas yang berbeza tetapi
sama peringkat umurnya. Salah satu kelas, iaitu kelas 5 B telah saya kenal pasti
murid yang sering membuli rakannya yang lain manakala kelas 5C, yang merupakan
kelas pertama tidak mempunyai masalah besar kecuali pergaduhan kecil yang
bermula dari ejek-mengejek dan juga gurauan kasar. Kedua-dua situasi bakal
menimbulkan perbalahan sekiranya tidak dibendung. Oleh itu, saya memilih 2
minggu iaitu 2 kali sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menguji keberkesanan
aktiviti P&P yang telah dirancang. Setiap aktiviti adalah untuk menguji tahap
kerjasama antara ahli-ahli dalam sesuatu bilik darjah.
ii. Keberkesanan langkah
Keberkesanan langkah akan dilihat dan dinilai setelah saya selesai membuat
pelaksanaannya pada minggu ke-8.
JURNAL MINGGU 6
Tarikh : 8 Ogos 2011
Hari : Isnin
Isu : Murid tidak menunjukkan minat sebelum bermula sesi
pengajaran dan pembelajaran
Seperti yang telah dilihat setelah mengesan isu ataupun masalah ini, saya telah
melaksanakan set induksi berbentuk lembaran kerja berkaitan isi pengajaran yang
lalu dimana murid diminta mengenalpasti bahagian badan luar ikan yang telah
dipelajari pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Selain itu, saya telah
menggunakan kad-kad gambar yang memaparkan suasana dalam akuarium. Saya
telah mencuba untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dalam set induksi yang
memungkinkan murid-murid dapat menumpukan perhatian terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.
Pada minggu ini, saya menggunakan kaedah soal jawab berkaitan pengetahuan
sedia ada murid-murid. Pada awalnya, saya rasakan bahawa kaedah yang dipilih
boleh menarik minat murid-murid. Memang saya akui pendekatan ini boleh dipilih
untuk menarik minat murid-murid, namun, guru perlu lebih bijak dalam mencipta
perjalanan permainan yang terbaik. Sekiranya murid-murid diberi gambaran yang
tidak jelas dan juga peraturan yang tidak lengkap, saya pasti, set induksi tidak akan
berjaya dan murid akan terus hilang tumpuan sepanjang sesi pengajaran tersebut
disebabkan oleh bahan yang tidak sesuai.
Pemerhatian terhadap kelas yang dikendalikan oleh saya, set induksi ini adalah
berjaya namun tidak semua murid menumpukan sepenuh perhatian. Hal ini menjadi
sukar kerana murid yang mudah hilang tumpuan tidak akan mengendahkan
pendekatan ini. Bagi mereka yang tidak mengingati isi pengajaran lalu, pendekatan
ini mungkin sukar bagi mereka. Soalan yang dikemukakan mungkin tidak mampu
untuk menarik perhatian mereka kerana emosi mereka lebih kepada bimbang
sekiranya guru mendapat tahu bahawasanya mereka tidak dapat mengingati input
guru pada sesi pengajaran yang lalu.
Bagi kelas tahun 3, aktivirti permainan ‘puzzle’ dilihat kurang berkesan. Tidak
semua murid dalam setiap kumpulan mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.
Hal ini mungkin disebabkan oleh bentuk ‘puzzle’ yang kurang menarik dan juga
gambar yang terhasil daripada cantuman pecahan gambar yang tidak mampu
mencungkil idea murid-murid. Oleh itu, murid-murid gagal mendapat gambaran
tentang isi pengajaran guru pada hari berkenaan.
Oleh itu, saya berharap agar saya dapat menemui kaedah yang paling sesuai
untuk mengatasi masalah ini. Pendekatan yang lain akan cuba saya fikirkan bagi
pelaksanaan pada minggu berikutnya.
JURNAL MINGGU 7
Tarikh : 15 Ogos 2011
Hari : Isnin
Isu : Murid tidak menunjukkan minat sebelum bermula sesi
pengajaran dan pembelajaran
( Pelaksanaan 2 bagi isu yang difokuskan dalam minggu 6 )
Berbeza dengan penggunaan bahan bantu mengajar oleh murid-murid sendiri
dimana murid-murid diberi peluang menggunakan bahan bantu mengajar yang
dibina oleh guru dalam aktiviti yang berbentuk permainan berkumpulan. Murid-murid
akan lebih teruja melihat rakan mereka membuat demonstrasi mahupun lakonan
dan menimbulkan rasa tidak sabar untuk turut terlibat dalam sesi tersebut.
Permainan secara berkumpulan dapat membantu murid berfikir secara aktif semasa
menjalankan aktiviti disamping membantu meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan
murid tentang apa yang ingin disampaikan oleh guru. Murid diberi pecahan gambar
secara rawak yang bakal membentuk satu gambar akuarium ikan hiasan yang
besar. Guru menampal beberapa keping pecahan gambar sebagai klu. Oleh itu,
setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menyelesaikan ‘puzzle’ tersebut . Selain
daripada menarik minat, penyerapan nilai berani mencuba dan yakin juga dapan
diselitkan dalam aktiviti set induksi tersebut.
Berdasarkan kedua-dua langkah yang berbeza bagi kelas tahun 5, saya dapat
simpulkan bahawa langkah ke-2 dimana guru memberi peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti di peringkat awal pengajaran adalah lebih efektif. Jika pada
minggu pertama dengan pendekatan soal jawab, didapati sebahagian sahaja yang
berminat ataupun, perhatian yang ditunjukkan adalan sementara tetapi, pada
minggu berikutnya, saya berjaya mencungkil perasaan ingin tahu murid-murid
dengan lebih berjaya.
Begitu juga bagi kelas Tahun 3. Permainan puzzle mini yang hanya diselesaikan
oleh setiap kumpulan, kurang berkesan berbanding menayangka video animasi
yang berkaitan dengan tajuk pengajaran guru pada hari berkenaan. Paparan video
berbentuk animasi dilihat lebih dekat dengan murid kerana pada umur mereka video
berbentuk ilmiah secara dewasa adalah tidak sesuai dengan tahap pemikiran dan
minda mereka. Selain itu, guru-guru yang jarang menggunakan aplikasi teknologi
dalam bilik darjah membuatkan mereka teruja untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaraan yang menggunakan paparan video seumpama ini.
Kesimpulan
i. Penilaian
Bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dipertingkatkan lagi dan juga aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang boleh dijadikan lebih menarik mengikut
kreativiti guru supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka secara maksimum.
Seterusnya, aktiviti yang dirancang selepas set induksi juga perlu diberi perhatian
supaya murid-murid kekal memberi perhatian yang maksimum sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru perlu bijak bermain dengan
intonasi dan bahasa fizikal supaya murid selesa menjalani sesi pengajaran.