3
E02 Penulisan dan Jurnal Mingguan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. Bilangan Jurnal : 3/4 Minggu Praktikum : 3 Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 29 Feb 2016 – 4 Mac 2016 Tajuk Jurnal : Murid tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung. 1. Masalah Masalah yang saya temui pada minggu ini adalah terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian semasa PdP diadakan terutamanya murid yang duduk di belakang. Mereka selalunya sembang dan bermain. Terdapat juga mereka yang suka berjalan ke sana sini dan membuat kerja lain. 2. Analisis masalah Selepas membuat refleksi pengajaran, saya menyedari bahawa masalah ini berlaku disebabkan oleh mereka kurang berminat atau bosan dengan penerangan saya. Saya juga mendapati bahawa kebanyakan masa saya tidak berjalan ke belakang kerana laluan yang agak sempit. Saya hanya memberi penerangan di bahagian depan kelas. Hal ini mungkin menyebabkan mereka yang duduk di belakang mungkin tidak

Jurnal Mingguan 3 Praktikum Fasa 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Juranal Refleksi Minggu 3

Citation preview

Page 1: Jurnal Mingguan 3 Praktikum Fasa 1

E02 Penulisan dan Jurnal Mingguan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Bilangan Jurnal : 3/4

Minggu Praktikum : 3

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 29 Feb 2016 – 4 Mac 2016

Tajuk Jurnal : Murid tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung.

1. Masalah

Masalah yang saya temui pada minggu ini adalah terdapat murid yang tidak

menumpukan perhatian semasa PdP diadakan terutamanya murid yang duduk di

belakang. Mereka selalunya sembang dan bermain. Terdapat juga mereka yang

suka berjalan ke sana sini dan membuat kerja lain.

2. Analisis masalah

Selepas membuat refleksi pengajaran, saya menyedari bahawa masalah ini

berlaku disebabkan oleh mereka kurang berminat atau bosan dengan

penerangan saya. Saya juga mendapati bahawa kebanyakan masa saya tidak

berjalan ke belakang kerana laluan yang agak sempit. Saya hanya memberi

penerangan di bahagian depan kelas. Hal ini mungkin menyebabkan mereka

yang duduk di belakang mungkin tidak mendengar secara jelas serta berasa diri

mereka diabaikan. Oleh itu, mereka sengaja membuat nakal untuk menarik

perhatian guru.

3. Cadangan

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, guru seharusnya mengenali dan

mengingat nama murid. Guru boleh terus memanggil murid yang tidak memberi

perhatian tersebut untuk mengulang semula apa yang disampaikan oleh guru

Page 2: Jurnal Mingguan 3 Praktikum Fasa 1

atau rakan. Hal sedemikian seolah-olahnya memberi amaran kepada murid

tersebut. Guru juga perlu sentiasa berjalan ke bahagian belakang dan bahagian

tepi kelas untuk memastikan murid-murid tidak membuat kerja lain atau

bersembang. Guru juga boleh menayangkan video yang berkaitan dengan topik

bagi menarik minat murid supaya bersedian untuk belajar.

4. Tempoh Penyelesaian

Sepanjang tempoh praktikum.

5. Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengingat nama murid dan dengan ini saya bole

memanggil mereka untuk menjawab soalan atau mengulang semula apa yang

disampaikan. Saya akan menggunakan video atau gambar-gambar menarik yang

berkaitan dengan topik pembelajara supaya murid tidak berasa bosan.

6. Catatan

Perancangan pengajaran yang menarik dapat memupuk minat murid untuk

belajar. Guru tidak patut memarahi atau memberi denda kepada murid yang tidak

menumpukan perhatian kerana hal ini berlaku mungkin disebabkan rancangan

sesi pengajaran guru yang tidak menarik dan tidak dapat merangsang minat

mereka. Kepelbagaian bahan bantu mengajar dan cara penyampaian guru dapat

mengurangkan masalag murid yang tidak menumpukan perhatian dalam PdP.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan :

Nama : Nama :

Page 3: Jurnal Mingguan 3 Praktikum Fasa 1

Tarikh : Tarikh :