2
JURNAL Bilangan Jurnal : Ke- 1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 31 Januari 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SJK(C) Ini merupakan minggu pertama untuk saya mengajar di SJK(C) dan ini juga merupakan praktikum kali pertama yang memerlukan saya meninggalkan kediaman di Ipoh dan tinggal di persekitaran yang baru ini. Walaupun ini merupakan kali ketiga saya menjalankan praktikum namun saya masih berasa gementar. Dalam praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar dua kelas, iaitu kelas 3H untuk subjek Bahasa Cina dan kelas 5H untuk subjek Sains. Berbanding dengan sekolah-sekolah yang telah saya jalankan kedua-dua praktikum yang lalu, tahap murid untuk sekolah ini jauh berbeza dengan tahap murid-murid di sekolah yang lalu. Hal ini kerana murid-murid di sekolah ini banyak terdapat murid bumiputera dan murid India jadi tahap penerapan mereka agak lambat terutamanya dalam subjek Bahasa Cina, jadi ini merupakan satu cabaran yang agak besar kepada saya. Dalam minggu ini, hanya terdapat tiga hari persekolah disebabkan oleh cuti Tahun Baru Cina, oleh yang demikian, saya hanya terdapat sekali peluang untuk memasuki kelas 3H untuk mengajar Bahasa Cina manakala tidak mempunyai peluang untuk memasuki kelas Sains. Selepas mengajar di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa kebanyakan murid-murid yang selalu memberi respond semasa saya mengajar di dalam kelas ialah murid Cina manakala yang lain hanya mendiamkan diri sahaja, ini berkemungkinan disebabkan kali pertama saya memasuki kelas, oleh itu masing-masing masih belum mengenali antara satu sama lain. Setelah saya berbincang dengan guru kelas saya, barulah saya mengetahui bahawa terdapat sesetengah yang tidak dapat menjawab adalah disebabkan masih belum faham isi pengajaran yang telah saya jalankan. Oleh yang demikian , selepas berbincang dengan guru, saya merancang pada sesi pengajaran yang seterusnya saya akan cuba untuk menyelitkan sedikit Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman mereka terdapat kehendak saya terutamanya semasa mengajar erti perkataan. Selepas sesi pengajaran dalam minggu ini, saya telah menyedari bahawa jumlah kali kami menjalankan praktikum tidak bermaksud kami

JURNAL praktikum

  • Upload
    sky

  • View
    22

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

simple jurnal for IPG practical's friends as reference

Citation preview

Page 1: JURNAL praktikum

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- 1

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 – 31 Januari 2014

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SJK(C) …

Ini merupakan minggu pertama untuk saya mengajar di SJK(C) … dan ini juga

merupakan praktikum kali pertama yang memerlukan saya meninggalkan

kediaman di Ipoh dan tinggal di persekitaran yang baru ini. Walaupun ini

merupakan kali ketiga saya menjalankan praktikum namun saya masih berasa

gementar.

Dalam praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar

dua kelas, iaitu kelas 3H untuk subjek Bahasa Cina dan kelas 5H untuk subjek

Sains. Berbanding dengan sekolah-sekolah yang telah saya jalankan kedua-dua

praktikum yang lalu, tahap murid untuk sekolah ini jauh berbeza dengan tahap

murid-murid di sekolah yang lalu. Hal ini kerana murid-murid di sekolah ini banyak

terdapat murid bumiputera dan murid India jadi tahap penerapan mereka agak

lambat terutamanya dalam subjek Bahasa Cina, jadi ini merupakan satu cabaran

yang agak besar kepada saya.

Dalam minggu ini, hanya terdapat tiga hari persekolah disebabkan oleh cuti

Tahun Baru Cina, oleh yang demikian, saya hanya terdapat sekali peluang untuk

memasuki kelas 3H untuk mengajar Bahasa Cina manakala tidak mempunyai

peluang untuk memasuki kelas Sains.

Selepas mengajar di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa kebanyakan

murid-murid yang selalu memberi respond semasa saya mengajar di dalam kelas

ialah murid Cina manakala yang lain hanya mendiamkan diri sahaja, ini

berkemungkinan disebabkan kali pertama saya memasuki kelas, oleh itu masing-

masing masih belum mengenali antara satu sama lain. Setelah saya berbincang

dengan guru kelas saya, barulah saya mengetahui bahawa terdapat sesetengah

yang tidak dapat menjawab adalah disebabkan masih belum faham isi pengajaran

yang telah saya jalankan. Oleh yang demikian , selepas berbincang dengan guru,

saya merancang pada sesi pengajaran yang seterusnya saya akan cuba untuk

menyelitkan sedikit Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman mereka

Page 2: JURNAL praktikum

terdapat kehendak saya terutamanya semasa mengajar erti perkataan.

Selepas sesi pengajaran dalam minggu ini, saya telah menyedari bahawa

jumlah kali kami menjalankan praktikum tidak bermaksud kami telah mengetahui

keprofesionalan sebagai seorang guru dengan mendalam kerana setiap kali, kami

menjalankan praktikum di sekolah yang berbeza, yang mempunyai persekitaran

pengajaran yang berbeza, jenis murid yang berbeza dan sebagainya. Justerus

saya perlu banyak belajar lagi supaya saya betul-betul dapat menyiapkan diri

dengan kemahiran-kemahiran mengajar yang diperlukan serta betul pada

penamatan kursus saya sebagai seorang pelatih.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................