Upload
nizna-abdul-jamil
View
254
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/25/2019 Justifikasi Pelan Darjah Yang Kondusif
1/2
Justifikasi Pelan Darjah yang Kondusif
Aspek yang perlu dititikberatkan untuk menghaslkan pelan darjah yang kondusif adalah
susunan kerusi dan meja. Kami telah memilih susunan ladam kuda yang menempatkan empat
orang pelajar dalam satu kumpulan ladam kuda. Hal ini bertujuan memudahkan pelajar
bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Kami memilih susunan ladam kuda ini untuk memenuhi
keperluan kepelbagaian terutama bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, susunan
ladam ini juga akan memudahkan pelajar berkomunikasi dengan guru. Hal ini kerana susunan
ladam kuda yang disediakan adalah berhadapan dengan whiteboard dan meja guru. !esteru,
ini akan membuatkan pelajar menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran
guru. "enurut Akhiar # Shamsina $%&'(), susunan separa bulatan dapat menggalakkan murid
untuk menyertai aktiviti pembelajaran dengan lebih mudah. *engukuhan utk pnd khas.
+erdasarkan pandangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa susunan meja berbentuk ladam
kuda ini akan memudahkan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
seara efektif.
Selain itu, kami juga memilih untuk mewujudkan sudut pembelajaran di belakang bilik
darjah. "enurut oriati et al. $%&&), paparan hasil kerja murid, bahan bantu belajar, maklumat
sekolah, peraturan bilik darjah dan maklumat tentang mata pelajaran akan menjadikan sesuatu
pembelajaran tersebut lebih bermakna. /i samping itu, sudut mata pelajaran ini juga
membantu perkembangan intelek murid kerana bahan-bahan sudut mata pelajaran tersebut
dalam bentuk maujud dan bahan beretak yang merangsang keinginan murid untuk meneroka
sendiri maklumat tersebut. Sebagai ontoh, terdapat sudut mata pelajaran Sains, "atematik
dan Sejarah. 0ontoh bahan yang disediakan untuk mata pelajaran Sejarah adalah seperti
gambar tokoh pejuang terdahulu, peta dunia dan artifak. !usteru, sudut mata pelajaran adalah
penting untuk menjadikan sesebuah kelas tersebut kondusif di samping memberi maklumat
mengenai bahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid.
/alam sesebuah bilik darjah, penahayaan dan pengudaraan adalah amat penting bagi
memastikan murid dapat menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru. /alam pelan
lantai yang telah disediakan, terdapat dua pintu dan empat tingkap. Seperti yang kita sedia
maklum ada di antara murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penafasan. 1dara
yang masuk melalui pintu dan tingkap ini amat penting dalam membantu daripada berlakunya
kesesakan. 2ingkap juga diletakkan jauh sedikit dari kawasan pembelajaran bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan. +agi tujuan keselamatan, peti pertolongan emas diletakkan di
7/25/2019 Justifikasi Pelan Darjah Yang Kondusif
2/2
bahagian belakang. *eti pertolongan emas ini amat penting jika berlakunya sebarang
kemalangan yang tidak diingini. *eti pertolongan emas ini perlu diletakkan jauh dari murid
supaya mereka tidak bermain dengan ubat-ubatan yang ada di dalamnya. 3a juga diletakkan di
tempat yang agak tinggi supaya murid tidak mudah menapainya.