15
PENGENALAN Konsep kompetensi Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personality traits’ yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan cemerlang. Kompetensi juga ditakrifkan sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu. Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai; Definisi umum Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah didefinisikan sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya. Definisi khusus Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat. Definisi guru 1

Pengurusan Bilik Darjah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan pengurusan bilik darjah Assignment Pengurusan Bilik Darjah

Citation preview

PENGENALAN

Konsep kompetensi Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas.

Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan cemerlang. Kompetensi juga ditakrifkan sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu.

Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai;

Definisi umum Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah didefinisikan sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya.

Definisi khusus Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat. Definisi guru Guru dalam konteks tajuk tugasan ini bermaksud ialah tenaga pengajar yang telah mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal guru, guru permulaan, guru dan pentadbir sekolah (termasuk pengetua dan guru penolong kanan). Bakal guru pula ialah seseorang individu yang sedang mengikuti latihan perguruan di peringkat diploma dan ijazah pertama. Guru permulaan ialah guru yang telah mengikuti latihan perguruan dalam mmana-mana peringkat pengajian dan telah berkhidmat dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun.

Konsep kompetensi guru Standard profesional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru. Kompetensi guru termasuklah perkara yang berkaitan personal, profesional dan sosial seperti pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.

Dalam kurikulum, guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini. Pedagogi pula, guru mestilah tahu mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang sesuai. Seterusnya penilaian, guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar, bagaimana menilai kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana menetapkan tahap kemajuan. Sumbangan guru kepada sekolah seharusnya memberi sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal mengambil berat terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi dan pendirian komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti. Yang terakhir, sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion pergurun dengan menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan pembangunan dalam profesion perguruan dan asas kemahiran dan bersedia untuk membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya berfikir dan berkelakuan sebagai profesional.

Perkara asas bagi menggariskan standard guru profesional ialah apa yang perlu diketahui dan boleh dilakukan. Formula asas kebolehan guru perlu ditunjukkan dalam bidang berikut: penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru dan teknologi.

Model Kompetensi Guru Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Contohnya, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang.

Komponen Kompetensi Tiga komponen kompetensi yang utama adalah pengetahuan iaitu kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan. Komponen seterusnya ialah kemahiran iaitu kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi. Ketiga ialah ciri-ciri peribadi iaitu nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam.

Kualiti kompetensi guru yang berkesan dalam mengurus sesebuah bilik darjah

Murid merupakan sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan serta perancangan strategik yang berkesan. Gurulah yang berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.

Kualiti kompetensi guru dapat dilihat melalui persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah. Persediaan yang merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap. Melalui usaha tersebut, guru akan memastikan anak muridnya telah menguasai sepenuhnya ilmu yang telah diajar melalui latihan pengayaan atau pengukuan.

Seorang guru yang berkompetensi akan prihatin kepada anak muridnya dengan menguruskan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Maka dengan itu, keadaan bilik darjah akan menjadi lebih kondusif dan murid-murid akan mengalami pembelajaran yang selesa dengan gurunya. Jika hari-hari guru tengking dan marah murid-murid, maka suasana pembelajaran menjadi suram dan murid-murid tidak berani untuk menyuarakan pendapat mereka.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Maka dengan itu, seorang guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan. Justeru itu suasana pembelajaran akan lebih kondusif dan dapat memotivasikan murid-murid.

Guru juga perlu berwibawa dengan sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah yang kondusif. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas dan bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan, markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah cukup menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi mereka.

Selain itu, guru harus menunjukkan teladan sebagai seorang profesional iaitu dengan membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, seterusnya bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif menunjukkan pengurusan bilik darjah yang kondusif. Ini kerana guru lebih mudah mengawal kelasnya melalui aktiviti yang menyeronokkan murid-murid. Minat mereka akan teransang dengan unsur-unsur aktiviti yang melibatkan bermain. Melalui penglibatan murid-murid, guru perlu menjadikan suasana di bilik darjah lebih ceria dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan situasi bilik darjah.Untuk menjadikan pengurusan bilik darjah menjadi lebih kondusif, guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukkan akan menjadikan guru lebih berkompetensi bagi menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan, bilik darjah ku, rumah ku.

Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai cita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan yang dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dalam kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran serta mencorakkan tingkahlaku yang memudahkan pengawalan disiplin murid. Oleh sebab itu, guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid serta pengurusan bilik darjah yang lebih kondusif.

Kesimpulannya, guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah. Antara kemahirannya adalah dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau menggunakan daya inovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Pengenalan sekolah kurang murid

Salah satu jenis sekolah yang sentiasa menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas dan sumber pendidikan adalah sekolah kurang murid (SKM). SKM adalah satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah-sekolah ini sering menghadapi masalah iaitu kekurangan kemudahan asas, kekurangan sumber guru, sumber buku dan rujukan dan lain-lain aspek pendidikan.

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.

Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyasarkan matlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM). Kebanyakannya, Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman.

Menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah sekolah kurang murid di pedalaman

Sepertimana yang telah kita ketahui sekolah kurang murid memiliki prasarana sekolah yang serba kekurangan kerana jumlah pelajarnya yang kurang. Namun, pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Situasi ini telah menimbulkan masalah lain dari segi pengurusan bilik darjah yang tidak kondusif dan selesa. Walaupun pengajaran dan pembelajaran berlaku, adakah pembelajaran yang dialami oleh murid tersebut berkualiti atau tidak. Maka dengan itu, semua pihak yang berkenaan harus memastikan masalah ini dapat diselesaikan melalui cadangan penambahbaikan pengurusan bilik darjah.

Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mengadakan kelas bercantum iaitu merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Perlaksanaan kelas bercantum mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan yang diamalkan di Sekolah Kurang Murid di sekolah-sekolah kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak yang bilangan penduduknya kurang ramai dan menyebabkan bilangan muridnya juga kurang.

Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Di antara konsep dan ciri-ciri kelas bercantum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.

Seterusnya ialah penambahbaikkan dari segi pengurusan alat bantu mengajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Alat membantu mengajar boleh dijadikan medium utama dalam pembelajaran dengan melibatkan penggunaan alat membantu mengajar dengan banyak. Ini kerana sekolah di pedalaman kebanyakannya tidak memiliki fasiliti pendidikan yang mencukupi. Melalui alat membantu mengajar ini sedikit sebanyak dapat memberikan mereka pendedahan kepada dunia luar. Justeru, pelbagai alat bantu mengajar perlu disediakan dan kekurangan alat bantu mengajar boleh menjejaskan pencapaian yang diharapkan. Guru juga perlu tahu menggunakan alat bantu mengajar dengan cekap kerana kegagalan guru menguruskan alat bantu mengajar dengan berkesan boleh menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid.

Seterusnya, guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan agar pengurusan bilik darjah lebih terkawal dan berdisiplin. Pengurusan murid-murid dilakukan dengan melantik ketua-ketua darjah bagi membantu guru mengawal disiplin kelas. Secara tidak langsung dapat memupuk kepimpinan di kalangan ketua-ketua darjah yang dilantik dan murid-murid yang lain juga akan belajar cara menghormati ketua. Tugas guru pula dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih lancar sebagaimana dirancang dengan bantuan ketua-ketua darjah yang dilantik. Tugas mereka bukan hanya untuk mempermudahkan kerja guru malah memberikan nilai tambah dalam diri mereka iaitu keberanian dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Melalui pengalaman, mereka akan menjadi lebih yakin pada masa yang akan datang untuk bergaul dengan masyarakat diluar setelah mereka tamat alam persekolahan rendah.

Oleh kerana sekolah tersebut sekolah kurang murid, pendekatan keadah pengajaran individu amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan murid-murid mengambil bahagian dalam setiap sesi pembelajaran guru. Ini bertujuan untuk menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah dari segi kawalan kelas dan tumpuan murid-murid. Dengan itu, guru lebih fokus kepada murid-murid yang mengalami masalah seperti tidak tahu membaca, mengeja dan masalah disiplin. Maka guru akan membantu serta membimbing murid-murid tersebut. Pada sesi pembelajaran yang akan datang, guru lebih mudah untuk menguruskan kelas kerana guru tahu mana satu murid yang akan mengalami masalah ketika pembelajaran. Melalui itu, guru tahu strategi pengajarannya untuk mencuri perhatian murid-muridnya.

Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan. Penambahbaikkan yang dilakukan ialah pembahagian kumpulan adalah berbeza-beza setiap kali sesi pembelajaran. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran asas atau menjalankan aktiviti pengayaan dengan pemulihan. Bagi pengajaran aktiviti pembelajaran lain seperti kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya pula, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dengan pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan. Pengurusan bilik darjah lebih mudah jika berkumpulan dengan melantik ketua kumpulan dan tanggungjawab ketua kumpulan memastikan kumpulannya menyiapkan tugasan yang diberikan atau membuat latihan yang diberikan oleh guru. Dengan itu, guru lebih senang mengurus dengan memanggil ketua kumpulan sahaja untuk mengagihkan latihan yang diberikan kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, guru juga boleh menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah dengan mengadakan sistem pemarkahan sahsiah dan pencapaian akademik. Seterusnya memberikan habuan kepada murid-murid tersebut seperti hamper atau alat keperluan dalam pembelajaran sekolah seperti beg, kasut dan pakaian. Cara ini bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid-murid malah murid-murid akan menjadi lebih tekun untuk belajar dan bersaing secara dengan sihat dengan rakan-rakannya yang lain. Maka dengan itu, kualiti pengurusan bilik darjah akan bertambah baik kerana masing-masing akan menunjukkan yang terbaik kepada guru mereka. Ini bukan kerana untuk membuatkan mereka berpura-pura atau berlakon apabila berhadapan dengan guru tetapi untuk membudayakan mereka menjadi insan yang sentiasa menjaga tingkah lakunya dalam kelas dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya dalam akdemik dan kokurikulum.

Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai dan ditambahbaik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. Namun, pengubahsuaian tersebut haruslah mengambil kira kesesuaian pendekatan penyampaian guru, peringkat pencapaian murid dan kebolehan sedia ada murid. Melalui penambahbaikan ini, pembelajaran dan pengajaran guru akan memperkembangkan kemahiran berfikir murid-murid. Kemahiran berfikir murid-murid akan membuatkan mereka mengenali mana yang buruk dan mana yang baik. Kecenderungan murid-murid adalah untuk menjadi orang yang baik jika pendedahan yang digunakan oleh guru yang melibatkan nilai-nilai murni yang baik dan cara guru itu sendiri yang baik hati. Ini kerana dalam perkembangan murid-murid, mereka akan cenderung meniru tingkahlaku guru-guru disekolah.

Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan pengurusan bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan, guru perlulah memilih pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelenggara sesebuah bilik darjah dan menyampaikan sesuatu pelajaran. Dengan pemilihan pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan, objektif pelajaran akan tercapai dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sekaligus matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin menjadikan pendidikan di negara kita bertaraf dunia akan tercapai.

Contoh gambar bilik darjah yang kondusif Gambar 1: Susunan meja dan kerusi Gambar 2: Pencahayaan bilik darjah yang kemas. yang sesuai. Gambar 3: Ruang tengah yang luas Gambar 4: Ruang menampalkan sesuai untuk aktiviti berkumpulan. maklumat dan isi pembelajaran

Gambar 5: Ruang menampal hasil Gambar 6: Pendidikan keselamatan kerja murid-murid. di sekolah.

Gambar 7: Jadual waktu yang jelas Gambar 8: Meja guru yang luas dan dan ruang menyimpan latihan. tidak sempit serta selesa.

Gambar 9: Meja digandingkan dan Gambar 10: Luar kelas yang bersih dan Jarak yang selesa untuk murid bergerak tidak mengganggu.

REFLEKSI

Sebagai seorang bakal guru, banyak input perlu saya terapkan dalam diri saya sebelum menghadapi duni sebenar alam perguruan. Input itu juga harus melibatkan ilmu serta strategi yang berkesan untuk memastikan pengurusan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui refleksi ini, banyak pengalaman yang dilisankan dapat menjadi panduan semula kepada kami untuk menambahbaik kekurangan dalam diri ini.

Untuk permulaan, guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. Permulaan ini dapat membantu guru mengesan kelemahan diri dan memperbaikinya.

Sehubungan dengan itu, tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya. Ini juga boleh membantu guru atau diri saya sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapioleh murid-murid.

Selain itu, guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan. Ini akan menjadikan diri saya sendiri sentiasa bertanggungjawab dengan tugasan sebagai tenaga pengajar.

Melalui ini, saya telah munasabah diri sendiri untuk menjadi guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.

Untuk menjadi guru yang berwibawa, saya perlu sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, saya perlu mengambil penjagaan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Saya juga perlu meletakkan kemampuan diri untuk membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang.

Guru adalah segala-galanya. Penambahbaikan pengurusan bilik darjah yang berkualiti bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

4