24
Sinopsis Dalam novel Kabus di Perbukitan yang saya kaji ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di

Kabus Di Perbukitan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

Page 1: Kabus Di Perbukitan

Sinopsis Dalam novel Kabus di Perbukitan yang saya kaji ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

       Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

          Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

         

Page 2: Kabus Di Perbukitan

Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

        Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.

            Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Page 3: Kabus Di Perbukitan

Persoalan

Persoalan novel Kabus di Perbukitan ialah sayang akan bangsa dan tanah air. Contohnya, Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.

Selain itu, terdapat persolana keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak. Contohnya, perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun.

Tamabahan pula, terdapat persoaln kasih sayang antara ibu, ayah dan anak. Contohya, perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun. Contoh lain ialah, Mejar B Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah. Contoh lain ialah Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.

Di samping itu, terdapat persoaln pelestarian alam semula jadi. Contohnya, Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

Selain itu, terdapat persoalan kepentingan agama dalam kehidupan. Contohya, Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun. Contoh lain terdapat Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

Terdapat juga personalan pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut. Contohnya, Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukr dan Haji Awang penuh berhemah dan berlemah lembut. Contoh lain ialah Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan.

Page 4: Kabus Di Perbukitan

Selain itu, persoaln ketaksuban agama yang keterlaluan dan masalah kumpulan militan Islam. Contohnya, Mohd. Attar, rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif ditangkap ketika membawa bom di Singapura.

Tambahan pula, persoalan semangat kental untuk memajukan sektor pertanian. Contohnya, Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar. Contoh lain ialah Zain, anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya. Contohnya, Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

Di samping itu, terdapat persoalan sikap optimis terhadap sektor agrikultur dan pertanian. Contohnya, Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

Akhirnya, terdapat persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Contohnya, tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

Page 5: Kabus Di Perbukitan

Nilai Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat nilai ketenguhan jati diri bangsa dan agama. Contohnya, Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet. Contoh lain ialah, Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand. Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan. Contohnya, Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.

Selain itu, terdapat nilai kasih saying. Contohnya, Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Contoh lain ialah Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital. Contoh lain ialah Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat. Contohnya, Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand. Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

Tamabahan pula, terdapat nilai ketabahan.Contohnya Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

Di samping itu, terdapat nilai keberanian. Contohnya, Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Contohnya, Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

Page 6: Kabus Di Perbukitan

Tambahan pula, terdapat nilai kebijaksanaan. Contohnya, Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

Selain itu, terdapat nilai bertanggungjawab. Contohnya, Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan.Contohnya, Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

Seterusnya, terdapat nilai keprihatinan. Contohnya, Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam. Contoh lain ialah, Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.

Selain itu, terdapat nilai kesetiaan. Contohnya, Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Terengganu. Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

Di samping itu, terdapat nilai ketaatan kepada agama. Contohnya, Faridah bangun bersembahyang Subuh. Contoh lain ialah Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepasberkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bula.

Akhirnya nilai yang terdapat dalam novel ini ialah berdikari. Contohnya, golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Page 7: Kabus Di Perbukitan

Pengajaran

Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat pengajaran kita mestilah mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri. Contohnya, Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

Selain itu, kita mestilah meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalam hidup. Contohnya, Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand. Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

Tambahan pula, kita perlu memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan. Contohnya, Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan.

Seterusnya, kita haruslah berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu. 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

Di samping itu, kita mestilah berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju. Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buah-buahan

Page 8: Kabus Di Perbukitan

Justeru, kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan Negara. Contohnya, Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan. Contoh lain ialah, New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

Seterusnya, kita mestilah beradab dan menghormati golongan tua.Contohnya, Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar. Contoh lain ialah Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri. Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.

Tambahan pula, kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan. Contohnya, Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris –Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya. Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

Di samping itu, kita haruslah ingat asal usul keturunan kita. Contohanya, Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne. Contoh lain lain, Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

Akhirnya, kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan Negara. Contohnya, Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut. Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

Page 9: Kabus Di Perbukitan

Gaya Bahasa

Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat gaya bahasa penggunaan Bahasa Inggeris. Contohnya, wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House.

Selain itu, terdapat gaya bahasa peribahasa. Contohnya, peribahasa Melayu seperti masa itu emas. Peribahasa Arab seperti masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepalajika kita lambat bertindak dan perahu sudah di air, pendayung di tangan

Tambahan pula, terdpat gaya bahasa personifikasi. Contohnya, cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan, cuaca yang begitu dingin menggigit Senja merangkak tua.

Seterusnya, terdapat gaya bahasa hiperbola. Contohnya, dosa-dosaku sudah melaut banyaknya dan tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung.

Akhirnya, terdapat gaya bahasa simpulan bahasa. Contohnya, buah mulut.

Page 10: Kabus Di Perbukitan

Teknik Plot

Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat teknik plot pemerian.Contohnya, gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

Selain itu, terdapat teknik plot dialog. Contohnya, dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Merekabersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.

Seterusnya, terdapat teknik plot imbas kembali. Contohnya, tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

Tambahan pula, terdpat teknik plot imbas muka. Contohnya, “ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil. Contoh lain ialah, Buyong membuat andaian bahawa Mejar B Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

Akhirnya, terdapat teknik plot suspens. Contohnya, pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.Contoh lain ialah kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.

Page 11: Kabus Di Perbukitan

Latar Tempat

Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat latar tempat kafetaria di UPM. Contohnya, Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.

Selain itu, terdapat latat tempat perpustakaan di UPM. COntohnya, Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan. Contoh lain ialah Rahayu pengsan.

Tambahan pula, latar tempat dalam novel ini adalah Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser. Contohnya, Faridah dan Mastura membawa murid “Sindrom Down”seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

Seterusnya, terdapat latar tempat jalan ke Pekan Raub. Contohnya, Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

Di samping itu, Smoke House juga salah satu latar tempat. Contohnya, rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Tambahan pula, terdapat latar tempat Bukit Kutu. Contohnya, Mejar B Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbaldi dalam hutan sekitar Bukit Kutu.

Selain itu, terdapat latar tempat perkampungan orang Asli. Contohnya, tempat Mejar B Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.

Justeru, Parit Satu, Sungai Besar adalah satu latar tempat dalam novel ini. Contohnya, Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.

Di samping itu, terdapat latar tempat Parit Dua, Sungai Besar iaitu kampung Azrul. Contohnya, dia menjalankan projek penternakan kambing.

Akhirnya, terdapat latar tempat Rosewood, New Zealand. Ini ialah tempat rumah Faridah di New Zealand.

Page 12: Kabus Di Perbukitan

Latar Masyarakat

Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Selain itu, terdapat masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan beberapa orang rakannya telah menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan. Persatuan tersebut mengadakan banyak program bagi mendedahkan pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Contohnya, Azrul juga menganjurkan ekspedisi meneroka hutan kayu bakau dan mendaki gunung, contohnya Gunung Kinabalu.

Tambahan pula, terdapat masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya, Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.

Seterusnya, terdapat masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya, Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

Di samping itu, terdapat masyarakat yang suka bersedekah. Contohnya, hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.

Tambahan pula, terdapat masyarakat orang Asli. Contohnya, Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

Seterusnya, terdapat masyarakat yang rindu akan anaknya. Contohnya, Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.

Di samping itu, terdapat masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

Page 13: Kabus Di Perbukitan

Justeru, terdapat masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, walaupun Hamidah ibu tiri kepada Rahayu, namun dia memberikan kasih saying sepenuhnya kepada Rahayu. Dia menemani Rahayu di hospital. Dia mendidik Rahayu dan turu berasa susah hati apa yang menimpa Rahayu.

Terdapat juga masyarakat yang berdikari. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang pertanian, Azrul tidak mahu kerja dengan kerajaan dan makan gaji. Selain itu, Azrul berdikari dengan menternak kambing,. Dia bersedia menghadapi cabaran. Dia melakukan kajian terhadap bola kambing dan menternak kambing biri-biri dan kambing kacukan.

Akhirnya terdapat masyarakat yang menghargai masa. Rahayu amat memahami akan sikap Azrul yang sentiasa menepati masa. Semasa pertemuan untuk mengulang kaji di perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Rahayu sampao tepat pada masanya dan Azrul sampai lebih awal. Hal ini menyebabkan Azrul berpotensi menjadi orang berjaya dalam kehidupanya, buktinya Azurl meneriama anugerah tertinggi sebagai Penternak Jaya Kebangsaan.

Page 14: Kabus Di Perbukitan

Latar Masa

Latar masa Kabus di Perbukitan adalah tempoh masa lebih 25 tahun. Contohnya, cerita berula ketika Faridah mula berkerja di JKM sebagai sukarelawan dalam usia awal 20-an dan pulang semula ke Malaysia setelah menetap di New Zealand 25 tahun.

Selain itu, terdapat latar masa pagi. Contohnya, Seawal jam 6.00 pagi, Rahayu bagun untuk solat sabuh. Dia berasa sesuatu sedang membengkak di lehernya. Contoh lain ialah, pada jam 5.00 pagi, En. Kamaruddin menerima panggilan telefon daripada Cikgu Riduan memberitahu kemalangan yang menimpa Faidah.

Tambahan pula, terdapat latar masa tengah hari. Contohnya, pada jam 12.00 tengah hari, Soleh dan Melina sampai di Dubai International Airport. Mereka berdua ke Dubai untuk menemui Benny yang sedang bersembunyi daripada buruan polis anatarabangsa.

Di samping itu, terdapat latar masa malam. Contohnya, pada jam 10.00 malam, Ghazali sampai di rumah Gap Cameron untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang kehilangan Faridah.

Akhirnya, terdapat latar masa larut malam. Contohnya, pada larut malam ketika Soleh menerima kedatangan Melina dan Benny yang menyatakan hasratnya hendak meminang Melina.

Page 15: Kabus Di Perbukitan

Binaan Plot

Dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat binaan plot permulaan.Contohnya, pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Selain itu, terdapat binaan plot perkembangan. Contohnya, pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing. Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina. Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak. Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai Benny dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi. Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.

Tambahan pula, terdapat binaan plot konflik. Contohnya, Mejar B Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri

Page 16: Kabus Di Perbukitan

dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam. Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

Selain itu, terdapat binaan plot Klimaks. Contohnya, Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

Akhirnya, terdapat peleraian. Contohnya, Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.