42
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

kaedaah pembelajaran.ppt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sesuai untuk semua bakal guru yang ingin tahu mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid. amat membantu.

Citation preview

  • PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

  • PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUALMATLAMATMatlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.OBJEKTIFSetelah menggunakan modul ini, guru berupaya :Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

    Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.

    Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.1

  • Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual ?2

  • PENGENALANAnda mungkin perlukannya suatu hari nanti.Kenapa saya mesti belajar perkara ini?3

  • Mereka tidak boleh didorong untuk belajar Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik

    4

  • Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru

    Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan

    Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran

    Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru

    Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikanKegagalan membantu murid mencari hubungkait Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada

    Antara sekolah dengan dunia luar

    Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain

    Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan

    Apakah kekangan dalam membina hubungkait tersebut ?6

  • APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.7Pengalaman Harian IndividuPersekolahanAlam PekerjaanKehidupan Masyarakat

  • Teori pembelajaran secara kontekstual Pengetahuan sedia adaPengetahuan baruPembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.8

  • PsikologiBudayaFizikalSosialPembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.9

  • Kehidupan HarianMakmalBilik DarjahTempat KerjaPenekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.10

  • Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah pendekatan kontekstual PALING sesuai ? Kumpulan sederhana 13 17 tahun cenderung kepada aplikasi konsep terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sekolah-sekolah menengah harianJenis muridCiri muridLokasi11

  • SainsMatematikKomunikasiTeknologi MaklumatBahasaTeknikal dan VokasionalKemanusiaanPendekatan Kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu

  • Mengapa Kontekstual ?15

  • Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. 16Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran? Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

  • APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.17

  • CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan :

    10 % Apa yang kita baca

    20 % Apa yang kita dengar

    30 % Apa yang kita lihat

    50 % Apa yang kita dengar dan lihat

    70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain

    80 % Apa yang kita alami sendiri

    95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Kita BelajarSumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation18

  • TEORI KECERDASAN PELBAGAIMenurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai.Logik-MatematikKinestetikInterpersonalVisual-ruangNaturalisMuzikVerbal-LinguistikIntrapersonalSetiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.19

  • Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada :GuruMuridIndustri 21

  • MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

    22

  • GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.

    Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.

    Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

    23

  • INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan

    Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

    24

  • APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?

    R

    EA

    CT

    Relating(Menghubungkait)

    Experiencing(Mengalami)

    Applying(Mengaplikasi)

    Cooperating(Bekerjasama)

    Transfering(Memindahkan)

    Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta

    Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup

    Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

    Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

    Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahuiDalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut :28

  • Experiencing (Mengalami)Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

    Relating (Menghubungkait)

    Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.29

  • Applying (Mengaplikasi)

    Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

    Cooperating (Bekerjasama)Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

    Transfering (Memindahkan)Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.30

  • Bagaimana Melaksanakannya ?32

  • Bagaimanakah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual ?

    Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:

    33

  • MOTIVASISegmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya :34

  • Segmen ini merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

    PEMAHAMAN35

  • Kemahiran yang diperolehi murid dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situasi. Murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

    Bidang kerjaya juga dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual.

    36

  • Menggulung fakta utama tajuk dan menilai kemajuan adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru mengupas tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.

    Penilaian tidak semesti secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.

    IMBASAN KEMBALI DAN PENILAIAN37

  • Pembelajaran MuridPengajaran GuruSokongan Pentadbir SekolahSokongan MasyarakatMatlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.42

  • PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

    Sokongan Pentadbir SekolahPengajaran GuruKomunikasiSokongan Masyarakat43

  • KomunikasiGuruMuridIbu bapaMasyarakat44

  • Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual. Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.

    Komunikasi Antara :

    Murid GuruIbu bapaMasyarakat45

  • Pengajaran GuruTeks danBahan SokonganPenilaianPersekitaran Luar SekolahKurikulum Suasana Bilik Darjah46

  • Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran. Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.KurikulumTeks & Bahan SokonganPenilaianSuasana Bilik DarjahPersekitaran Luar Sekolah Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya. 47

  • Sokongan Pentadbiran SekolahKepimpinanKewanganMasaPerkembangan Staf Infrastruktur48

  • Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Guru perlu belajar dan memahami keadaan sebenar tempat kerja di mana murid mungkin ditempatkan. Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan. Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran kontekstual dengan berkesan.Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti.Perkembangan StafInfrastruktur KewanganKepimpinanMasa49

  • Sokongan MasyarakatSokongan TeknikalDan KewanganKerjasama Industri Dan SekolahPenyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar50

  • Sokongan Masyarakat Industri perlu berkomunikasi dengan Kementerian Pelajaran untuk menyumbang dalam perkembangan kurikulum. Hubungan rapat antara Kementerian Pelajaran dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali di dalam situasi tempat kerja sebenar.51

  • PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL I knew Applied Math wouldnt be easy for me. Math never is. Im learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner. (Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah Still the SAME Mathematics, History, Music, Science BUT taught and learned DIFFERENTLY53

  • TERIMA KASIH