17
-Kaedah Fiqh: " ع ئ راا سذ الذ" iaitu menghalang perkara yang harus kerana bimbang membawa kepada Haram. -Dalilnya: ٌ ن يِ ه م ٌ ابَ ذَ عۡ م هَ لَ كِ ٮٓ ٰ َ لْ و ا اً و ز ه اَ هَ ذِ خَ 0 تَ يَ و ٍ مۡ لِ عِ رۡ يَ غِ بِ َ : اِ ل ٮِ < بَ س نَ عَ لِ ض يِ لِ A ث يِ ذَ خۡ ل: اَ وۡ هَ ل ىِ رَ 0 يۡ A شَ ي نَ مِ اسَ ٮ ل: اَ نِ مَ و"dan diantara manusia ada orang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejek- ejekan,mereka itu memperoleh azab yang menghinakan" (Luqman:ayat 6) -Mengfokuskan pada kalimah ini: " ِ A ث يِ ذَ خۡ ل: اَ وۡ هَ ل" yang membawa maksud Percakapan Kosong. Ibnu Mas'ud,Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar menyatakan kesohihan maknanya ialah Nyanyian. ~Lalu Ibnu Hazim membidas makna tersebut dengan berkata: "tiada lah hujah akan perkara ini atas beberapa sebab iaitu: -tiadanya hujah yang disandarkan pada Rasulullah -berlaku perselisihan makna dalam kalangan sahabat dan tabi'in -nas yang dikemukan itu membatalkan hujah mereka kerana perlakuan ini disifatkan sebagai kekafiran tanpa khilaf(dipersetujui ulama2) kerana mempermainkan agama Allah." ~Imam Ghazali menyokong bidasan(dakwaan) Ibnu Hazim,katanya: "ada pun yang mempergunakan ِ A ث يِ ذَ خۡ ل: اَ وۡ هَ ل(percakapan kosong/nyanyian) terhadap agama sebagai bahan gantian unutk menyesatkan manusia dari jalan Allah(agama Allah),sungguh ianya HARAM lagi dicela walaupun ia membaca Al- Quran tapi (bertujuan) menyesatkan manusia dari agama Allah,maka ianya juga HARAM." Sejumlah ulama seperti Qadi Abu Tayyib al-Tabari, Syafi’i, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan lainnya menyatakan bahwa musik hukumnya haram. Seperti kata Imam Syafi’i, ”Menyanyi hukumnya makruh dan menyerupai kebatilan. Barang siapa sering bernyanyi maka tergolong safeh (orang bodoh). Karena itu, syahadah-nya (kesaksiannya) ditolak”. Bahkan, kata al-Syafi’i, memukul-mukul (al-taqtaqah) dengan tongkat hukumnya makruh. Permainan seperti itu biasa dilakukan orang-orang

Kaedah Fiqh 1.docx

  • Upload
    zullida

  • View
    18

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

-Kaedah Fiqh:" " iaitu menghalang perkara yang harus kerana bimbang membawa kepada Haram.

-Dalilnya: "dan diantara manusia ada orang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejek-ejekan,mereka itu memperoleh azab yang menghinakan"(Luqman:ayat 6)

-Mengfokuskan pada kalimah ini:" " yang membawa maksud Percakapan Kosong.Ibnu Mas'ud,Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar menyatakan kesohihan maknanya ialah Nyanyian.

~Lalu Ibnu Hazim membidas makna tersebut dengan berkata:"tiada lah hujah akan perkara ini atas beberapa sebab iaitu:-tiadanya hujah yang disandarkan pada Rasulullah-berlaku perselisihan makna dalam kalangan sahabat dan tabi'in-nas yang dikemukan itu membatalkan hujah mereka kerana perlakuan ini disifatkan sebagai kekafiran tanpa khilaf(dipersetujui ulama2) kerana mempermainkan agama Allah."

~Imam Ghazali menyokong bidasan(dakwaan) Ibnu Hazim,katanya:"ada pun yang mempergunakan (percakapan kosong/nyanyian) terhadap agama sebagai bahan gantian unutk menyesatkan manusia dari jalan Allah(agama Allah),sungguh ianya HARAM lagi dicela walaupun ia membaca Al-Quran tapi (bertujuan) menyesatkan manusia dari agama Allah,maka ianya juga HARAM."

Sejumlah ulama seperti Qadi Abu Tayyib al-Tabari, Syafii, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan lainnya menyatakan bahwa musik hukumnya haram. Seperti kata Imam Syafii, Menyanyi hukumnya makruh dan menyerupai kebatilan. Barang siapa sering bernyanyi maka tergolongsafeh(orang bodoh). Karena itu, syahadah-nya (kesaksiannya) ditolak.

Bahkan, kata al-Syafii, memukul-mukul(al-taqtaqah)dengan tongkat hukumnya makruh. Permainan seperti itu biasa dilakukan orang-orang zindiq, hingga mereka lupa membaca al-Quran. Al-Syafii mengutip sebuah hadits yang mengatakan bahwa permainan dadu adalah salah satu jenis permainan yang paling dimakruhkan dibanding permainan-permainan yang lain. Dan saya, tegas al-Syafii, sangat membenci permainan catur. Bahkan semua jenis permainan. Sebab permainan bukanlah aktivitas ahli agama dan orang-orang yang memiliki harga diri(muruah). [1]

Begitu juga dengan Imam Malik. Guru al-Syafii ini melarang keras musik. Menurutnya, Jika seseorang membeli budak perempuan, dan ternyata budak tersebut seorang penyanyi, maka pembeli berhak untuk mengembalikan budak tersebut (karena termasuk cacat). Pendapat Imam Malik ini kemudian diikuti oleh mayoritas ulama Madinah kecuali Ibnu Said. [2]

Hal senada diungkapkan Abu Hanifah yang mengatakan bahwa musik hukumnya makruh, dan mendengarkannya termasuk perbuatan dosa. Pendapat Abu Hanifah ini didukung oleh sebagian besar ulama Kufah, seperti Sofyan al-Tsauri, Himad, Ibrahim, Syubi dan ulama lainnya. Pendapat-pendapat di atas dinukil dari Al-Qadi Abu Tayyib al-Tabari.[3]

Halal dan haram berhiburSabda baginda rasulullah :Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Quran) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian(hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).Hukum memainkan alat muzik (contoh gitar) atau berhibur dapat tergantung pada beberapa pertimbangan iaitu:1.Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat2.Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya3.Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut4.Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu5.Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukan

Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuatSeperti sabda RasulullahSesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan(Muttafaqun Alaih)Dalam soal bermain alat muzik, ia terdapat 2 bahagian iaitu bermain dengan niat dan tujuan atau bermain tanpa niat dan tujuan. Bermaintanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti dalam keadaan kegembiraan dan semangat, kesedihan dan duka. Dalam hal bermain dengan tujuan dan niat, ini dilihat dari baik buruk niatnya, berniat untuk menghilangkan jemu, ingin mendatangkan semangat (yang tidak melalaikan) atau berniat untuk mencari kemewahan dunia, keglamouran dan kepopularan.

Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnyaFirman Allah,Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)"(Surah Al-Araf, ayat 157).Demikian juga denganmuzik atau hiburan, boleh atau tidak dengan melihat kesannya terhadap umat (pendengar) apakah ia membawa kebaikan atau kerusakan.Dalam soal ini, apakah ia membawa kesan positif, memberi peringatan atau kesan negative, melalaikan sehingga membazir masa dan melupakan perkara penting yang lain.

Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebutFirman Allah swt :

Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)(Surah Al-Hajj : 30).

Isi muzik atau hiburan juga terkait dalam soal boleh atau tidak pada hal ini. Adakah yang diisi itu dengan kata-kata kotor dan lucah serta keji, atau dalam muzik apa yang dialunkan itu sesuatu alunan yang membawa maksud yang tidak baik atau pemujaan.

Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan ituBoleh atau tidaknya juga ditentukan oleh cara melaksanakan suatu hiburan itu. Melaksanakan suatu hiburan dengan sopan santun, budi pekerti, aurat terjaga dan lelaki dan perempuan berasingan. Atau melaksanakan suatu hiburan dengan menggerakan badan yang mengiurkan, terlompat-lompat, terbuka aurat dan percampuran lelaki dan perempuan.Secara hikmah dan faedah dari Firman Allah,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..."(An Nur: 30)"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..."(An Nur: 31)

Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukanWaktu melakukan atau melaksanakan juga menentukan boleh atau tidak bermain alat music dan berhibur ini. Apakah waktu pelaksaan itu semasa ada kematian, kelahiran, waktu ibadah, perkahwinan dan hari raya seperti hadis ini:"Daripada Aisyah Radhiallahu anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda:"Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya."(Hadis Shahih Muttafaq Alaih)HaramJika memainkan alat muzik atau menghiburkan, dengan niat dan tujuannya untuk mendapat nama, popular dan glamour, untuk mendapat pujian dari orang ramai dan dipandang tinggi, hukumnya haram. Sekalipun menghiburkan dengan nasyid, tetapi mempunyai niat yang salah dan buruk, ia menjadiharam.Hiburan yang melalaikan pendengar, melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba-NYA, sebagai anak dan sebagai pelajar, mengkhayalkan diri sehingga membazir masa, hukum hiburan ituharam. Pedulilah samada yang membawa hiburan itu kumpulan nasyid, jika kumpulan nasyid ini menghiburkan pendengar dengan membawa lagu kekasih, tetapi ia mengkhayalkan para pendengar terutama wanita dengan tergedik-gedik berangan mahukan lelaki, hiburan itu menjadiharam. Walau kumpulan My Chemical Romance menyampaikan lagu My Mother dengan membawa mesej untuk sayangi ibu dan memberi kesan yang baik pada pendengar, ia dapat menjadi halal.Isi lirik lagu yang dinyanyikan, kata- kata yang keluar ketika memainkan alat muzik seperti kata-kata kasar dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang bercanggah dari syariat Islam. Maka hukumnya menjadiharam. Apabila melaksanakan permainan alat muzik, nyanyian dan hiburan ini, ia disertakan sekali dengan tari menari, joget tehenjut-henjut, gerakan badan yang mengiur dan mengghairahkan, pakaian yang tidak cukup kain serta tiada batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka hiburan iniharam. Sama juga jika berhibur pada waktu yang membawa kepada fitnah, seperti waktu kematian atau waktu solat yang dapat menyebabkan tertinggalnya solat itu, hukumnya adalahharam

Ulama' Fiqh ' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan dan juga perayaan. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan.

Malangnya industri muzik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Kembali kepada persoalan apakah Hukum mendengar lagu atau konsert K-POP... Di sini saya berpendapat Hukumnya adalah Haram sekiranya Artis K-POP:

* Mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram...* Memperdengarkan lirik yang berunsur lucah, yang merangsang syahwat, yang menarik rangsangan di antara bukan mahram untuk melakukan maksiat, berpelukan, perzinaan dan sebagainya...* Haram juga sekiranya konsert atau nyanyian tersebut melalaikan pendengar sehingga meninggalkan ibadah fardhu atau terganggu tumpuannya ketika melakukan ibadah Fardhu.* Juga Haram sekiranya terdapat aktiviti permujaan kepada mana-mana makhluk, berhala dan sebagainya... Maka dengan itu sekiranya artis K-POP itu menjadi pemujaan atau kegilaan kepada remaja-remaja maka wajarlah artis itu ditegahTERDAPAT DALIL ORANG-ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU(NYANYIAN) DAN BANTAHAN DARI ULAMA-ULAMA

Terdapat beberapa dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian diterima iaitu :

Golongan yang mengharamkan nyanyian mengunakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud dan Ibnu Abbas bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman Allah SWT:

Dan di anatara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah SWT tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah SWT itu olok-olok. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan (Luqman:6)

Dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah SWT dalam memuji orang orang yang beriman. Firman Allah SWT

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat,Mereka berpaling daripada(Al-Qashash:55)

Ini termasuklah Al-Laghwu(perkataan yang tidak berguna), maka wajib kita menghindarinya. Terdapat 3 golongan iaitu:

1.Golongan yang mendengar nyanyian untuk membantu dirinya melakukan maksiat kepada Allah SWT maka dia seorang yang fasiq.2.Golongan yang mendengar nyanyian dengan niat yang baik untuk menghiburkan diri dan untuk memperkuatkan ketaatannya kepada Allah SWT , maka orang itu dikatakan membuat kebaikan dan termasuk dalam kebenaran.3.Golongan yang tidak berniat apa-apa sama ada kebaikan mahupun kejahatan orang ini termasuk dalam golongan lagha(sia-sia).

Dalil dengan hadith dari Siti Aisyah sesungguhnya Allah SWT mengharamkan qainah(penyanyi perempuan), menjualnya, memakan hasilnya dan mengajarinya.

Jawapannya ialah:

1.Yang dimakskudkan dengan qainah ialah hamba perempuan yang menyanyi di hadapan lelaki dalam majlis dikhuatirkan boleh menimbulkan fitnah. Apabila menimbulkan fitnah ia akan menjadi haram.

Golongan yang mengharamkan nyanyian ke atas wanita dengan alasan yang tidak munasabah iaitu suara wanita adalah aurat , padahal perkara tersebut tidak mempunyai dalil, dan tidak pula yang mirip dengan dalil dari agama Allah bahawa suara wanita itu salah satu aurat.

Kemungkinan semua nash-nash yang dijadikan dalil diatas mungkin shahih tetapi tidak sharih (jelas) dan tidak ad asaut pun yang sampai kepada Rasulullah untuk mengatakan nyanyian itu haram.

Hukum NyanyianUlama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzikadalah haram manakala sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan MuzikSeperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian mengharamkan terus nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah dengan mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran bagi menyokong pendirian mereka. Antara dalil dari al-quram yang golongan ini ber[egang padanya termasuklah:Firman Allah:Maksudnya:dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.Surah Luqman:6Perkataan lahwal hadis di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada ibnu Masud, Ibnu Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu Masud telah bersumpah dengan berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. Ini disebut oleh Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada pada tahap hadis yang marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang hadis pada sahabat adalah lebih berautoriti dan leboh layak diterima berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya meskipun masih terdapat pertikaian berhubung pendapat berkenaan.Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi perkataan lahwal-hadith tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada maksud nyanyian sahaja. Bahkan ada juga yang mentafsirkannya sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang ajam (bukan arab) berhubungkait dengan raja-raja mereka.Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa tafsir sahabat adalah sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran tafsiran para sahabat lazimnya berasaskan kepada kefahaman mereka sendiri berhubung ayat-ayat al-quran. Ini kerana banyak berlaku pertentangan antara tafsiran dikalangan sahabat sendiri. Jika semua tafsiran mereka setaraf hadis marfuk sudah tentu tafsuran mereka tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan yang lain.Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh dijadikan hujah kerana beberapa sebab:1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh dijadikan hujah.2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para sahabat yang lain.3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiriDalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:Maksudnya: dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil.Surah al-Qasas: 55Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz al-laghwa dalam ayat ini adalah kata-kata bodoh seperti caci-maki, sumpah-seranah dan sebagainya. Ibnu Jurayj telah memberi sedikit kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau ditanya secara sinis: Pada hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan dating dalam suratan kebajikan atau kejahatan kita? Lalu beliau menjawab: tiada dalam suratan kebajikan mahupun suratan kejahatan. Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam satu firman Allah:Maksudnya:Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu Yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) Dengan sebab sumpah Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha PenyabarSurah Al-baqarah: 255 33. Katakanlah: "Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa tidak semua nyanyian adala laghwa bahkan ia mempunyai hokum yang tersendiri bergantung kepada niat si pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah hiburan menjadi suatu qurbah dan perkara yang harus menjadi satu amalan taat. Berbeza pula dengan niat buruk yang akan merosakkan amalan yang pada zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya. Bagi sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa niat sama ada ibadat mahupun untuk maksiat, ia merupakan satu perkara lagho yang dimaafkan. Ia samalah seperti seorang yang bersiar-siar di taman atau duduk di pintu rumahnya sambil melihat permandangan di luar.Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:-Maksudnya : Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa Yang Engkau rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara mereka, maka Sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan Yangcukup.Dandesak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut campurlah Dengan mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.Al-Israa: 63 dan 64Sesetengah ahli tafsirmenyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan dalam ayattttersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan ialah nyanyian, seruling, dan hiburan. Ad dohlak berkata: suara tiupan seruling (muzik). Namun begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum. Oleh itu, kita tidak wajib berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai ahli tafsir lain yang membuat tafsiran berbeza sama sekali.Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang menggalakkan perbuatan maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan sebagai bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya ialah: apa yang difahami daripada ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat. Kerana maksudnya di sini ialah keran Iblis yang dilaknat itu telah diberitahu agar menyesatkan umat manusia. Sesungguhnya iblis tidak berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.Syaitan guna muzik lalaikan manusiaSENI suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara yang tersendiri. Pada umumnya seni suara bertujuan mendapat hiburan dan keseronokan.

Antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri cakap kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa.

Tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkahwinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, akidah dan pada waktu lahirnya seorang bayi.

Jelasnya, Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Kedatangannya untuk memberi rahmat kepada alam seluruhnya. Ia bukan untuk menyekat dan menghalang minda serta kecenderungan manusia, tetapi membimbing dan mengarah ke arah kebaikan dan kemuliaan insan.

Justeru, Islam membebaskan manusia daripada belenggu kongkongan dan kawalan nafsu dan syaitan.

Dalam membincangkan mengenai muzik dan nyanyian ada beberapa pandangan dan tafsiran ulama terdahulu dan terkini terhadap nas al-Quran dan hadis mengenainya.

l Dalil al-Quran.

Allah berfirman bermaksud: Dan antara manusia (ada), orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) daripada agama Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan. Mereka berhak menerima azab yang hina. (Surah Luqman, ayat 6)

Kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa laghwa al-hadis ialah nyanyian. Allah berfirman yang bermaksud: Pujuklah (wahai iblis) siapa yang engkau mampu antara mereka dengan menggunakan ajakanmu Sawtika. (Surah al-Isra, ayat 64)

Mujahid menjelaskan ajakanmu (Sawtika) dalam ayat ialah nyanyian dan serunai. Allah berfirman yang bermaksud: Dan penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidaklah kamu perhatikan mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah dan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak lakukan kecuali orang yang beriman dan beramal salih, banyak mengingati Allah serta mereka membela diri selepas dizalimi. Dan orang yang zalim akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. (Surah al-Syuara, ayat 224-227)

Apa yang dapat difahamkan dalam ayat di atas bahawa Allah mengutuk nyanyian yang digunakan untuk menyesatkan manusia daripada agama Allah. Begitu juga syaitan menggunakan media nyanyian dan muzik untuk melalaikan manusia daripada tanggungjawabnya terhadap agama Allah.

Seterusnya, Allah mengecam penyair yang tidak beriman dan menjalankan kegiatan hidupnya tanpa matlamat, berusaha menyesatkan orang ramai dan mencari pengaruh dengan menggunakan syairnya. Tetapi penyair beriman dan beramal salih serta sentiasa menjalankan tanggungjawab agama dengan baik tidak termasuk dalam golongan yang dikutuk oleh Allah. Hal ini kerana syair mereka mengajak orang ramai kepada kebaikan.

l Dalil hadis.

Dalam sahih al-Bukhari meriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah mengahwinkan seorang perempuan dengan seorang lelaki Ansar, maka Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Wahai Aisyah tidakkah ada hiburan berserta kamu kerana orang Ansar gemar kepada hiburan.

Dalam sahih Muslim pula ada meriwayatkan bahawa Aisyah berkata (maksudnya): Rasulullah masuk dan bersamaku ada dua jariah (hamba perempuan) yang sedang menyanyi dengan nyanyian perang Buath, lalu Rasulullah berbaring di atas tilam dan memalingkan mukanya.

Kemudian Abu Bakar pula masuk dan menengking aku lalu berkata: Serunai syaitan ada di sisi Rasulullah. Maka Rasulullah menghadapkan mukanya kepada Abu Bakar dan berkata: Biarlah mereka berdua. Selepas Rasulullah memejamkan matanya aku mengisyaratkan dengan mata kepada kedua-duanya maka mereka pun keluar...

Dalam riwayat lain pula bermaksud: Abu Bakar masuk dan bersamaku ada dua jariah dari kaum Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian orang Ansar mengenai Buath. Aisyah berkata kedua-duanya bukan penyanyi. Abu Bakar berkata: Adakah ada serunai syaitan dalam rumah Rasulullah. Kejadian itu berlaku pada hari raya. Rasulullah berkata: Hai Abu Bakar setiap kaum ada hari raya, maka ini ialah hari raya kita.

Ahmad meriwayatkan daripada Anas, katanya (yang bermaksud): Orang Habsyah menyanyi di hadapan Rasulullah dan menari seraya berkata, Muhammad hamba yang soleh. Maka Rasulullah bertanya: Apa yang mereka kata? Sahabat menjawab: Mereka berkata Muhammad hamba yang soleh.

At-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Aisyah katanya, Rasulullah bersabda bermaksud): Isytiharkan perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana.

Hadis di atas menjelaskan bahawa nyanyian dan bunyian boleh diadakan dalam majlis perkahwinan, hari perayaan dan kebesaran tertentu dan juga peperangan.

Begitu pun, ada nas hadis yang mengharamkan nyanyikan antaranya: Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya nyanyian menumbuhkan nifak dalam hati.

Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Beberapa orang dari kalangan umatku meminum arak dan mereka namakannya bukan dengan nama arak. Mereka dialunkan oleh suara biduanita dan dihiburkan oleh muzik.

Hadis di atas adalah sebahagian daripada hadis Rasulullah yang menyebut dengan jelas larangan terhadap orang yang menyanyi, bermain muzik dalam majlis hiburan yang disediakan dengan minuman arak, penyanyi perempuan dan unsur maksiat lain.

Dalil pertama:

Daripada Maqil B. Yasar radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mujam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Dalil Kedua:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)

Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa baiat.

Daripada Aisyah radhiyallahu anhu, beliau berkata:

{ }

Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam berbaiat dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Dan tangan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)

Dalam surah Al 'Araf Allah berfirman maksudnya :

" Katakanlah, Tuhan ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) kamu mempersekutu dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ke ketahuni."

(QS Al 'Araf :33)

Perbuatan jahat dan jijik.

Pada ayat tersebut terdapat perkataanfawahisyamenurut bahasa arab melanggar batas, dalam istilah syar'iyah ialah setiap perbuatan yang keji dan jijik, menurut akal, agama dan adab atau sopan santun iaitu suatu perbuatan yang terkenal jijik sejak zaman dahulu seperti zina, rogol, seks diluar tabi'ie, sumbang maharam dan lain2 perbuatan yang jijik. Tetapi pada zaman jahiliyah terdapat satu etika yang agak ada sedikit kedepan iaitu hanya melihat perbuatan zina sebagai satu kejahatan apabila dilakukan secra terang-terangan atau ditempat terbuka, tetapi jika dilakukan secara sembunyi, maka dianggap bukanlah satu kesalahan, sama juga dengan undang-undang konvensional, zina itu tidak boleh dijatuhi hukuman terhadap pelakunya, jika dilakukan dalam bentuk suka sama suka, dan kes zina dianggap salah apabila dikaitkan dengan kes rogol, jadi melakukan zina secara sembunyi atas dasar suka sama suka, tidak dapat dihukum, jika ingin untuk dibawa ke mahkamah hendaklah dibuat pertuduhan kepada kes rogol. Tumbuhnya rumah berpeleseran seperti rumah urut, rumah tumpangan, kelab-kelab hiburan (hedonisme) yang berkedok (bersembunyi) disebalik tempat-tempat tersebut.

Islam datang membawa peraturan yang mengharamkan terhadap perbuatan tersebut, baik secara terang atau sembunyi-sembunyi. Adapun motivasi pelarangan tersebut, kerana perlakuan tersebut jelas membawa akibat yang buruk terhadap peribadi maupun terhadap masyarakat, setiap perbuatan yang dilrang oleh Allah adalah termotivasi untuk menghindarkan mudharat dan kerosakan kepada individu dan masyarakat seluruhnya yang berpunca dari perbuatan keji dan jijik itu.

Firman Allah SWTMereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)(Surah An-Nisa, 4:89).Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian artis-artis berbanding keperibadian para ulama dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksi pemikiran.Firman Allah swt yang bermaksud:Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?(Al-Anam: 32).Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.(Ali Imran: 185).Firman Allah yang bermaksud:Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).(Al-Qiamah: 20-21).