5
Kaedah Fiqh : Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN 1. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya `Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin2. Kaedah Lain a. `Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakinb. `Yang yakin tidak dihilangkan dengan syak dan tidak boleh dihilangkan melainkan dengan yakinc. `Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandaid. `Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambil kira dan yang yakin diamalkan terhadapnyae. `Syak tidak menghimpit yang yakin3. Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham a. Yakin Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara Abu al-Baqa : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil b. Ghalabah al-Zann Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin ½ harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti

Kaedah Fiqh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FIQH

Citation preview

Page 1: Kaedah Fiqh

Kaedah Fiqh : Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan

KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN

1. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian

untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh

ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap

dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya

`Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin’

2. Kaedah Lain

a. `Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin’

b. `Yang yakin tidak dihilangkan dengan syak dan tidak boleh dihilangkan melainkan dengan

yakin’

c. `Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai’

d. `Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambil kira dan yang yakin diamalkan

terhadapnya’

e. `Syak tidak menghimpit yang yakin’

3. Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham

a. Yakin

Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak

Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara

Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan

Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin

merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak

dikatakan makrifa al-yaqin Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang

menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil

b. Ghalabah al-Zann

Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan

• ½ ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin

• harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia

Page 2: Kaedah Fiqh

berasaskan penelitian dan bukti

c. Zann

• Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat

mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya

• Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai

tahap keyakinan dan ghalabah al-zan

• harus dibina hukum dan diterima

d. Syak

• Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara i.e. keraguan tidak

dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat

• tidak diterima dalam hukum fiqh

e. Waham

• Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau

cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh

• Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan

meleset atau salah

• Tidak diterima dalam hukum fiqh

4. Jenis syak

a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram

b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus

c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus

5. Sumber asal kaedah

a. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan

dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah sesekali ia

keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau’

b. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang

telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan

dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’

6. Kaedah Pecahan

a. `Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya’

• Wanita yang ditalak rajie, membuat pengakuan bahawa ia masih dalam keadaan suci dan

Page 3: Kaedah Fiqh

iddah belum habis. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya.

Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat

• Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah. Di mana isteri membuat

pengakuan suaminya tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan pakaian kepadanya.

Pengakuan isteri itu yang diterima. Alasannya kerana asalnya nafkah tersebut adalah

tanggungjawab suami dan ia belum diberikan

b. `Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya’

• Seseorang mempunyai hak atau diberikan kebenaran menggunakan jalan di hadapan rumah

orang lain semenjak dahulu kala, pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia

tidak mengetahui sejarah asal mulanya

• Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada

dalam tanah orang lain yang telah berlaku semenjak sekian lama. Tuan tanah tidak berhak

menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui asal mulanya

c. `Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab’

• Penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan : `Itulah 1 kesan luka yang saya

cederakan awak’. Namun mangsa mengatakan : `Awak cederakan saya pada 2 tempat’.

Pengakuan yg diterima ialah kata2 penjenayah kerana asalnya ia bebas drp tanggungjawab

d. `Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan

keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau

dikuasai oleh dugaan’

• Seorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Sekiranya ikrar dalam

keadaan memberi keputusan atau kehakiman ikrarnya diterima. Jika dalam keadaan orang

biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak diterima sebagai keputusan

e. `Asal segala sesuatu itu tiada’

• Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada kerosakan, sedangkan

penjual menafikannya. Diterima pengakuan penjual, kerana asalnya kecacatan pada barang

dijual tiada

f. `Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu,

selagi tiada dalil menyalahinya’

• Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada hidup atau mati. Harta

pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia

keluar dari rumah dahulu, sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya

g. `Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir’

• Seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung, kemudiannya wanita tersebut

Page 4: Kaedah Fiqh

melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Tidak berapa

lama kemudian, bayi itu meninggal dunia. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak

dikenakan tanggungjawab, kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain

h. `Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya’

• Suatu ketika Rasulullah saw melihat para sahabat di Madinah bersusah payah memanjat

pokok kurma untuk mengahwinkan bunga kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lantaran,

Baginda menyarankan supaya mereka tidak perlu bersusah payah begitu. Namun ternyata jika

bunga tamar tidak dikahwinkan menyebabkan buahnya kurang baik mutunya. Selepas peristiwa

itu, Baginda menyerahkan urusan yang berkaitan keduniaan kepada umatnya.

HR Anas bin Malik : `Kamu lebih mengetahui dalam hal yang berkaitan dengan urusan

keduniaanmu’

i. `Hukum asal dalam masalah seks adalah haram’

• Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa di sebuah kampong tertentu terdapat

seorang wanita yang haram dikahwininya, namun ia tidak mempastikan mana satu wanita yang

dimaksudkan. Ia tidak mengahwini semua wanita yang tinggal di kampong itu sehingga ia dapat

mempastikan mana satu wanita yang haram dikahwininya

j. `Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki’

• Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang dibeli. Ia dikira melanggar sumpahnya

jika ia memakan daging lembu tersebut. Namun jika meminum susunya tidak mengapa kerana

daging merupakan makna hakiki dan susunya merupakan makna majazi

k. `Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki, dipindahkan kepada pengertian majazi’

• Seseorang lelaki bersumpah tidak akan makan pokok durian. Menurut pengertian hakiki dia

tidak akan makan batang dan dahannya. Namun pengertian hakiki tersebut sukar serta tidak

dapat dilaksanakan. Waktu itu, berpindah perlaksanaannya kepada pengertian majazi, iaitu

tidak akan makan buah durian

l. `Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, dianggap ia belum

melakukannya’

• Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu sembahyang atau

ibadat wajib lain. Hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum

melakukannya

m. `Sesiapa yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu2 tentang sedikit atau banyaknya,

dikira yg sedikit. Kerana ia lebih meyakinkan’

• Seseorang suami syak sama ada ia telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih.

Ia hendaklah mengira yang paling sedikit

Page 5: Kaedah Fiqh

7. Kategori Hukum Asal dan Zahir

(A) `Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir’

a. Asal lebih kukuh secara pasti

b. Zahir lebih kukuh secara pasti

c. Asal lebih kukuh menurut pendapat yang lebih tepat

d. Zahirnya lebih kukuh daripada asal

(B) `Berlaku pertentangan di antara 2 asal’

a. seseorang yang meragui sedikit atau banyaknya darah kutu yang terkena pada pakaian

sembahyangnya. Imam al-Haramain, ada 2 kemungkinan : asalnya terhindar dari najis dan

asalnya juga najis dan darah seperti itu dimaafkan

(C) `Berlaku pertentangan di antara 2 zahir’

a. seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh

orang yang diikrarkan

• qaul jadid Imam Syafie : ikrar wanita diterima. Kerana zahirnya ia menunjukkan kebenaran

antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui

• qaul qadim Imam Syafie : andainya pembuat pengakuan dan orang yang diakui menetap

dalam satu daerah, hendaklah dibawa saksi. Kerana zahirnya ia bertentangan dengan zahir

yang lain iaitu 2 orang yang tinggal dalam satu daerah sememangnya telah mengetahui

keadaan diri masing2 serta mudah bagi keduanya membawa saksi