15
NOREMARDIANA BINTI NORDIN INTERVENSI UNTUK MENGESAN MASALAH DALAM MATEMATIK

Kaedah Newman 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah Newman 2

NOREMARDIANA BINTI NORDIN

INTERVENSI UNTUK

MENGESAN MASALAH

DALAM MATEMATIK

Page 2: Kaedah Newman 2

Newman (1983), menyatakan masalah utama

murid dalam menjawab soalan berbentuk

perkataan terletak kepada peringkat kefahaman

dan transformasi, iaitu menukarkan perkataan

dalam soalan kepada ayat atau simbol

matematik

Kaedah Newman

Page 3: Kaedah Newman 2

Model berasaskan Teori Newman (1977) membantu untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan dalam penyelesaian masalah.

Ia mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah Matematik:

1. Membaca (decoding), 2. Pemahaman3. Transformasi4. Kemahiran Proses5. Pengenkodan (encoding)

Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

Page 4: Kaedah Newman 2

1. Pembacaan / Reading Di peringkat ini, murid perlu berkeupayaan untuk

membaca dan memahami masalah matematik. Murid sering melakukan kesilapan kerana salah

faham terma, simbol, perkataan dan frasa dalam soalan

2. Pemahaman Di peringkat ini, murid-murid perlu mengaitkan

masalah kepada konsep matematik. Masalah timbul apabila murid tidak memahami

istilah atau frasa dalam perkataan masalah.

5 Fasa Analisis Kesilapan Newman

Page 5: Kaedah Newman 2

3. Tranformasi Kebolehan untuk mendapatkan jawapan. Murid biasanya keliru dan tidak dapat menulis

simbol-simbol dan operasi yang relevan yang berkaitan.

4. Kemahiran Proses Murid menghadapi kesukaran dengan pengiraan

dan proses. Di peringkat ini, murid perlu mengaitkan masalah

kepada ayat matematik, operasi matematik dan diikuti dengan pengiraan yang sesuai.

Page 6: Kaedah Newman 2

5. Pengenkodan / Encoding Di peringkat ini, murid merekodkan jawapan

kepada masalah. Murid perlu memahami fakta, konsep dan prosedur

matematik. Murid perlu tulis semua jawapan yang mungkin

menggunakan istilah yang betul dan simbol-simbol. Murid biasanya lemah kerana mengalami

kesukaran dengan proses mental dan tiada kebolehan menulis jawapan dengan betul.

Page 7: Kaedah Newman 2

1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam matematik.

2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi.

Pelaksanaan Temuduga The Newman

Page 8: Kaedah Newman 2

3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara menyelesaikan masalah. Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan.

4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/ arahan Newman atau soalan yang bersesuaian. Jangan bantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang munasabah.

Page 9: Kaedah Newman 2

5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temuduga).

6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

Page 10: Kaedah Newman 2

1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.

2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak

lakukan.

3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk

mendapatkan jawapan?

Lima Soalan / Arahan Newman

Page 11: Kaedah Newman 2

4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak

mendapat jawapan itu, dan “bercakap kuat”

semasa membuatnya supaya cikgu faham

bagaimana awak berfikir.

5.Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

Page 12: Kaedah Newman 2

Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa

yang murid cakap dan pastikan guru berfikir di

peringkat mana murid mengalami kesilapan

membuat latihan.

Justeru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang

murid lakukan.

Page 13: Kaedah Newman 2

1. Mengenal pasti ralat Bacaan:

“Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak faham

beritahu saya.”

2. Mengenal pasti ralat Pemahaman:

“Beritahu saya, apa kehendak soalan itu.”

3. Mengenal pasti ralat Transformasi:

“Sekarang beritahu saya apa kaedah yang awak

gunakan untuk dapatkan jawapan.”

Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman

Page 14: Kaedah Newman 2

4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses:

“Sekarang semak setiap langkah dalam tugasan

awak dan beritahu saya apa yang awak fikirkan.”

5. Mengenal pasti ralat encoding - ketidakupayaan

untuk menzahirkan jawapan dalam bentuk yang

boleh diterima pakai:

“Beritahu saya, apa jawapan kepada soalan itu?

Tunjukkan jawapan awak.”

Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman

Page 15: Kaedah Newman 2

Sekian,

Terima Kasih.