(KAEDAH PENGAJARAN BERASASKA TEKNOLOGI) EN. GHAZALI HAMID.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULANNO MATRIKNAMA s217419KU AHMAD JAMIL BIN KU SEMAN (K)s217273AHMAD RIZAL BIN HAMIDs217317AZMI BIN SAMINGOONs217266ABDUL MALEK BIN CHINs217327CHE AZIZ BIN HASSANs217440MARZUKI BIN ISMAILs217483MOHD RADZI BIN SAADs217856ZURAIMI BIN SHUKRIs217277AHMAD ZAKI NAIMY BIN ISMAILKAEDAH PENGAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGIPENGENALAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.

Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Definasi TeknologiTeknologimerupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dangadgetmenggunakan prinsip sains dan proses terkinisambTakrifanteknologiyang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialahaplikasi pengetahuansainsyang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Apakah pengajaran berasaskan teknologi ?Pengajaran yang menggunakan :-

KomputerKalkulator saintifikPerisian dinamik bergrafikMedia teknologiPenggunaan Teknologi Dalam PengajaranTerdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya:-

Menggunakan paparan multimediaInternetPerisian interaktifSambPersepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Samb..Dalam Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan juga memberi perhatian terhadap kepentingan teknologi dalam pengajaran pendidikan, iaitu kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan.Menyedari kepentingan ICT guru digalakkan:-Mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran.

Mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran.

Mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan.

Memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas.Sumber pengajaran menggunakan teknologi

Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah perisian power point, LCD, CD dan pelbagai software berkaitan.

Kesan Dalam PengajaranMenyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi.Pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputerPelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi masa kiniPelajar mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran merekaPengaplikasian pengajaran komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Samb..Menurut Yakop (1985) kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.

Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka.

Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka.

sambTeknologi juga dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan komputer (PBK) sememangnya tidak dinafikan peranannya seiringan dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi serata dunia.SambPengajaran berasaskan teknologi boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan.

Ianya merupakan salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.

Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas.Cadangan PenggunaanPenggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pengajaran dilihat amat sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi semua mata pelajaran.Menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut pelbagai tahap kebolehan dan kecerdasan guru.SambMemuat turun bahan bahan yang sesuai melihat kepada kecenderungan murid seperti di dalam Matematik , persekitaran atau sebagainya.

Guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video,audio, dan multimedia.

Guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakan setiap bahan dengan baik. Selain itu guru perlu menggalakkan pelajar melibatkan diri kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik.

SambTahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Justeru itu, guru dapat menyediakan perancangan rapi sebelum pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

Meningkatkan Tahap Literasi KomputerPihak pentadbir perlu membuat perubahan yang drastik ke atas kurikulum sekolah terutamanya untuk subjek yang bersangkutan dengan literasi komputer supaya ianya akan dapat membantu proses penggunaan laman web sebagai media pengajaran.Pendedahan awal perlu diberikan kepada pelajar dalam kemahiran pencarian maklumat dengan menggunakan Internet seperti penggunaan emel, ruang borak dan sebagainya.sambKajian mendapati pelajar yang mempunyai akaun Internet, berpengalaman menggunakannya dan mahir menggunakan komputer mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan lebih baik terhadap pembelajaran secara on line yang berasaskan laman web.

sambPrasarana komputer yang baik amat penting dalam memastikan pelajar mempunyai ruang akses yang cukup bagi menampung keperluan pelajar.

Menurut Mohd Sani(1998), satu daripada projek awal berkaitan dengan teknologi maklumat ialah perlaksanaan Projek Munsyi di 14 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia padatahun 1996 yang telah dibekalkan sebanyak 220 komputer.

Ini menunjukkan pembangunan prasarana adalah penting dalam menentukan kejayaan kerja yang melibatkan komputer.

KesimpulanKaedah pengajaran berasaskan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada pelajar.

Justeru kaedah pengajaran haruslah dirancang dan dipelbagaikan oleh guru agar manfaat yang besar diperolehi oleh pelajar. Tidak dapat dinafikan kos penyelenggaraan teknologi itu sendiri sangat besar an memerlukan modal yang besar.

Oleh itu semua pihak perlu berganding bahu agar pelaksaan penggunaan teknologi mendapat pulangan yang setimpal demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

Rujukan

Zamri Mohamed Amin(2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis. Shah Alam:Karisma Publication Sdn.Bhd.

Yusup Hashim & Razmah Man. 1999. Instruksi Dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Multimedia: Isu dan aplikasi dalam instruksi dan pembelajaran bestari. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 12.Negeri Sembilan. 8-10 Oktober.

Zolkepli Haron, Effandi Zakaria, Zurina Mahadi & Hukil Sino. 2001. Persepsi Pelajar PJJ UKM Terhadap Pembelajaran Secara Online. Pembentangan Kertas kerja Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 14. HotelGoldcourse, Kelang. 11 14 September.