Upload
vuonganh
View
252
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KAEDAH PENYEMBELIHAN ISLAM MENURUT SAINS KESIHATAN
FASYA NADYA BINTI AYOB
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI
Tuhanku
Kusyukuri setiap anugerah pemberianMu
Redhakanlah kehidupanku dunia dan akhirat
Al-Fatihah
Buat adinda yang disayangi
Mohd Afiff bin Ayob
Moga dicucuri rahmat dan bahagia di sana…
Ku abadikan halaman istimewa ini buat…….
Insan-insan yang paling bermakna di dalam hidup ini
Ayahanda & Bonda tercinta :
Ayob bin Hussin & Azizah binti Naji
Doa..Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalian
Membuatkan anakanda teguh di sini
Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati
Ilmu yang dicurah tidak terhingga
Umpama air di lautan
Tidak mengenal erti jemu
Hanya sekalung budi tersemat di jiwa
Ya Allah, peliharalah pendidik-pendidik ini
Agar mereka sentiasa di bawah naunganMU
Sahabat-sahabat yang dikasihi
Mengenali kalian saat terindah buatku
Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan
Bersama mengharungi cabaran
Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya
Dan moga rahmat Ilahi Sentiasa mendampingi
Perjalanan kehidupan ini….
Barakallahufikum...
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-
sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat
pertolongan, taufiq serta inayah-NYA telah mengizinkan saya untuk menyiapkan
penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Prof. Selamat Bin Hashim selaku penyelia
di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah
beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Segala nasihat, teguran
serta tunjuk ajar beliau merupakan jalan penyudah bagi menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah memberikan yang terbaik buatmu.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Dr. Salehhuddin Bin
Hamdan selaku Ketua Jabatan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Sains, di atas
bantuan yang diberi semasa kajian saintifik dijalankan. Tidak lupa kepada Dr.Arieff
Salleh Bin Rosman dan Dr. Tamar Jaya Bin Nizar, pensyarah di Fakulti Tamadun
Islam dan Felo CFiRST UTM di atas segala maklumat yang telah diberikan semasa
sesi temubual dijalankan.
Ucapan penghargaan juga dituju khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun
Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu
sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia ini, serta jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
tempoh menyiapkan PSM ini. Tidak lupa buat sahabat-sahabat sesi 2007-2011,
terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini. Semoga segala
kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat balasan
keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah
SWT sahaja dapat membalasnya. Amin…
v
ABSTRAK
Kajian kualitatif yang dibuat ini adalah satu kajian tentang kaedah
penyembelihan Islam menurut sains kesihatan. Objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui konsep penyembelihan Islam, membandingkan kualiti daging ayam di
antara penyembelihan Islam dan bukan Islam dan membuktikan bahawa kaedah
penyembelihan Islam adalah terbaik kepada manusia. Kajian dijalankan dengan
menggunakan kaedah temubual dan ujian penderiaan ke atas ayam yang disembelih
menurut Islam dan bukan Islam kepada 10 orang pelajar yang tidak terlatih. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa ayam sembelihan Islam lebih baik walau di simpan
lama berbanding dengan ayam sembelihan bukan Islam. Data yang diperolehi
dianalisis untuk mendapatkan skor min, standard deviation seterusnya dibandingkan
dalam graf dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) 16.0 for Windows dan Microsoft Excel. Nilai significant ujian penderiaan ini
adalah (p<0.05) dan secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan kesemua panel bersetuju untuk memilih ayam yang disembelih
menurut Islam adalah selamat untuk dimakan. Ringkasnya, melalui kajian ini dapat
disimpulkan bahawa kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik kerana lebih
berperikemanusiaan serta memberi kebaikan kepada haiwan itu sendiri dan juga
memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Kesan kebaikannya adalah berbentuk
jangka panjang dan juga jangka pendek yang merangkumi aspek-aspek yang lain
seperti kesihatan, kebersihan, sosial, sikap dan tingkah laku. Di akhir kajian,
penyelidik mencadangkan beberapa cadangan yang boleh memberi kesedaran kepada
pembeli dan penjual ayam agar dapat memastikan bekalan ayam mentah yang
dibekalkan sentiasa selamat dan bebas daripada penyakit yang merbahaya. Kajian
lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang
vi
ABSTRACT
The study indicated that the product of Islamic slaughtering method produced
the better quality based on the storage time compared to the product of non-Islamic
method. Data obtained was analyzed to determine the min, standard deviation and
then were plotted in graph using Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0
for Windows and Microsoft Excel. Significant value obtained was p<0.05 and overall
the findings indicate that every panel had agreed upon the safety of the product of
Islamic slaughtering method is safe for consumption.
Therefore, it can be concluded that Islamic method of animal slaughter is the best for
the reasons of humanity and benefit to human. The benefits can be categorized into
short-term and long-term including variables aspects which are health, hygiene and
social. The researcher also suggested a few recommendations on future researches
concerning the subject and also pointed out that consumer and supplier should
consider precautions to ensure that the products is safe from disease, for consumption
and supply.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
TRANSLITERASI ARAB xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan dan Skop Kajian 7
1.8 Takrifan Istilah 7
1.10 Kesimpulan 9
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kategori Haiwan 11
2.2.1 Spesis Haiwan 11
2.3 Konsep Sembelihan 13
2.3.1 Maksud Sembelihan 13
2.3.2 Hukum Sembelihan 15
2.3.3 Alatan Sembelihan 16
2.3.4 Adab-adab Sembelihan 17
2.4 Kaedah Penyembelihan 19
2.4.1 Kaedah Penyembelihan Islam 19
2.4.2 Kaedah Penyembelihan Barat 21
2.4.3 Perbandingan antara penyembelihan 22
Islam dan Barat
2.4.3.1 Kaedah Stunning 23
2.4.4 Pembuktian Saintis Barat terhadap Kaedah
Penyembelihan Islam 24
2.4.5 Kesan Penyembelihan ke atas Daging dan Darah 25
Haiwan yang Disembelih
2.4.5.1 Kualiti Daging 25
2.4.5.2 Kesan ke atas Darah 26
2.5 Ciri-Ciri Daging Ayam Segar dan
Tidak Segar untuk Dimakan 27
2.6 Cara Pemakanan yang Sihat 29
2.6 Kajian Saintifik 30
2.6.1 Ujian Penderiaan (Sensory Evaluation) 30
2.7 Hikmah Penyembelihan Islam 31
2.8 Sorotan Kajian 32
2.9 Kesimpulan 33
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Instrumen Kajian 35
3.3.1 Pengumpulan Data Primer 35
3.3.2 Pengumpulan Data Sekunder 36
3.3.2.1 Soal Selidik 37
3.3.3 Prosedur Kajian Saintifik 37
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 40
3.4.1 Analisis Data 40
3.5 Kesimpulan 41
BAB IV DATA DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Kajian 42
4.2.1 Analisis Data Soalan A:Daging Ayam Mentah 43
4.2.2 Analisis Data Soalan A:Daging Ayam Masak 47
4.3 Kesimpulan 50
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 52
5.2.1 Konsep Penyembelihan dari Perspektif Islam 52
5.2.2 Perbandingan Kualiti Daging Ayam 53
Penyembelihan Islam dan Bukan Islam
5.2.3 Pembuktian Kaedah Penyembelihan Islam 56
Adalah Terbaik
5.3 Rumusan 56
5.4 Cadangan Dan Saranan 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Urat Yang Perlu Dipotong Sebelum Menyembelih 20
4.1 Nilai Significant Lendir 43
4.2 Nilai Significant Warna 44
4.3 Nilai Significant Keanjalan 45
4.4 Nilai Significant Bau 46
4.5 Nilai Significant Tekstur 47
4.6 Nilai Significant Kelembapan 48
4.7 Nilai Significant Penerimaan 49
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Lendir pada minggu pertama 43
4.2 Warna Pada Minggu Pertama 44
4.3 Keanjalan Pada Minggu Pertama 45
4.4 Bau Pada Minggu Pertama 46
4.5 Tekstur Pada Minggu Pertama 47
4.6 Kelembapan Pada Minggu Pertama 48
4.7 Penerimaan Pada Minggu Pertama 49
xii
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh
Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.
Konsonan
d (dad) ض ‘ (hamza) ء
t (’ta) ط b (’ba) ب
z (’za) ظ t (’ta) ت
‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث
gh (ghayn) غ j (jim) ج
f (’fa) ف h (’ha) ح
q (qaf) ق kh (’kha) خ
k (kaf) ك d (dal) د
l (lam) ل dh (dhal) ذ
m (mim) م r (’ra) ر
n (nun) ن z (zay) ز
w (waw) و s (sin) س
h (’ha) ه sh (shin) ش
y (’ya) ي s (sad) ص
Vowel
a fathah panjang a (fathah) َـ
i kasrah panjang i (kasrah) ِـ
u dammah panjang u (dammah) ُـ
xiii
SENARAI SINGKATAN
CBP - Captive Bolt Pistol
CO2 - Gas Karbon
ECG - Electrocardiogram
EEG - Electroencephalograph
g - gram
JAKIM - Jabatan Agama Islam Malaysia
Kg - kilogram
M. Excel - Microsoft Excel
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SAW - Sallalluhu `Alaihi Wasallam
SWT - Subhanahu Wa Ta`Ala
SPSS - Statistical packages for Social Science
STD - Standard Deviation
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Soalan Temubual
C Gambar
D Surat
E Data Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bermula dengan pemakanan yang sihat akan melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas. Makanan dan minuman yang halal, berkhasiat dan bersih
sememangnya menjadi pilihan semua manusia umumnya dan bagi umat Islam
khususnya. Dalam aspek kehidupan manusia, Islam amat menekankan kepada
penganutnya untuk menjaga pemakanan kerana ianya akan menjadi darah daging
seterusnya akan mempengaruhi keturunana kita pada masa akan datang.
Sebagaimana firman Allah SWT :
Maksud:Oleh itu, makanlah (Wahai oran-orang yang beriman) dari apa
yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal
lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya
menyembahNYa semata-mata.
(Al-Nahl:114)
2
Bagi membentuk generasi bermaruah maka makanan yang halal, berkualiti
dan bernilai perlu diutamakan. Baik dan buruk generasi kanak-kanak bergantung
kepada pemilihan makanan oleh ibubapa. Jika anak itu membesar dengan makanan
yang haram maka hidup akan bertuankan nafsu. Oleh sebab itu, jadikanlah Islam
sebagai cara hidup kita, dengan mengikut segala suruhanNYA dan meninggalkan
segala laranganNYA, dan berusaha untuk mencari yang halal.
Haiwan yang hidup bersama dengan manusia dalam dunia ini sebenarnya
mempunyai kaitan dan perhubungan yang cukup dekat dengan manusia. Ciptaan
Allah SWT yang cukup sempurna telah membuktikan penciptaanNYA yang sangat
hebat dan menerangkan kepada seluruh umat bahawa semua yang terkandung di
bumi ini ada matlamat dan alasan diatas kejadiannya. Melihat kepada kepelbagaian
dan keunikan kejadian haiwan yang ada di dunia ini, banyak memberi sumbangan
kepada manusia. Ada yang dijadikan sebagai tunggangan dan ada juga dijadikan
sebagai makanan.
Firman Allah SWT dalam al-Quran :
Maksudnya : “Allahlah yang menjadikan binatang ternakan untuk
kamu, sebagai mana untuk kamu kendarai dan sebahagiannya untuk
kamu makan.” (Al-Mu’min : 79)
1.2 Latar Belakang Masalah
Manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan, keperluan manusia kepada
makanan amat penting untuk meneruskan kehidupan. Justeru itu, memilih makanan
yang baik dan sihat amat dituntut agar dapat memberi tenaga kepada badan.
Makanan yang baik adalah makanan yang mengandungi vitamin, protein dan mineral
3
yang tinggi. di samping membekalkan protein-protein tertentu kepada badan agar
kekal sihat.
Dalam mengambil makanan yang seimbang, haruslah mengandungi unsur-
unsur dasar yang diperlukan oleh tubuh iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan
mineral. Tubuh mampu mengubah lemak menjadi zat gula, dan mengubah zat gula
dan protein menjadi lemak sesuai dengan hajatnya, tetapi ia tidak dapat mengubah
zat gula menjadi protein. Keperluan tubuh manusia kepada protein adalah sekitar
setengah gram protein pada setiap kilogram, yakni sekitar 35 gram (g) bagi seorang
yang beratnya 70 kilogram (kg). (Terjemahan dari buku Sa’id Salah Al-Fayyumiy
2009: 68).
Selain itu, umat Islam wajib memastikan kehalalan makanan sebelum
mengambilnya dan memastikan makanan itu datang dari sumber yang ‘baik’ dan
berkhasiat. Menurut Imam Ibnu Kathir dalam buku Danial Zainal Abidin, (2010:
237) mentafsirkan makanan yang ‘baik’ ialah yang sesuai dengan selera di samping
tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.
Penyembelihan halal merupakan sebahagian daripada standard MS
1500:2004. Ia merupakan antara perkara penting dalam menentukan produk daging
atau produk yang berasaskan daging menepati syara’ atau sebaliknya. (Lokman Ab.
Rahman 2009: 79).
Dalam senario dunia sekarang memperlihatkan sikap manusia yang sudah
tidak mengambil kira akan kesan daripada pemakanan yang tidak sihat.
Penyembelihan menurut Islam membawa kepada kesan yang positif pada badan
untuk jangka masa panjang. (Berita Harian 9 Januari 2006).
4
Dalam pada itu, isu yang seringkali kita dengar adalah pasaraya dan pasar
tani di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum
Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak putus seperti yang
disyaratkan.(Harian Metro 4 September 2010).
Sijil halal yang diperolehi adalah sebagai menggaburi pandangan masyarakat
dan pengusaha makanan yang mengaku menjual makanan halal sedangkan ianya
tidak menepati standard yang ditetapkan oleh JAKIM. (Utusan Online 11 November
2010). Begitu juga dengan peniaga yang memperdaya pihak berkuasa dengan
menunjukan logo halal yang palsu.(Harian Metro 4 September 2010). Masalah ini
dilihat sering timbul dikalangan premis-premis sekarang, mereka lebih
mengutamakan keuntungan daripada menghasilkan produk yang halal.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah penyembelihan bukanlah isu yang asing lagi pada masa sekarang,
Bahkan setiap hari media cetak dan eletronik tidak akan terkecuali daripada
membicarakan isu ini. Dalam menyingkap permasalahan ini, majoriti daripada
masyarakat samada orang Islam atau bukan Islam tidak mengambil kisah tentang isu
sembelihan ini, sikap masyarakat yang mengambil mudah yang tidak melihat
kesannya ke atas kesihatan untuk jangka masa panjang telah menyebabkan isu ini
begitu biasa dan tidak di ambil perhatian.
Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian manusia
menggunakan bahan mentah yang datangnya dari daging binatang seperti ayam,
lembu, kerbau, dan kambing maka faktor penyembelihan dilihat sebagai sesuatu
yang perlu diberi perhatian.
Begitu juga dalam penyembelihan, kaedah penyembelihan Islam dan bukan
Islam adalah berbeza. Ini kerana, kesan dari kedua-dua cara sembelihan ini akan
mempengaruhi kualiti daging pada binatang itu sendiri dan juga memberi kesan
5
kepada pemakannya. Masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah ingin
membuktikan bahawa kaedah penyembelihan Islam adalah yang terbaik untuk
manusia dari pandangan syariah dan saintifiknya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pasti kaedah
penyembelihan menurut sains kesihatan. Objektif kajian penyelidikan ini secara
khususnya adalah seperti berikut :
i. Untuk mengkaji penyembelihan halal menurut perspektif Islam
ii. Membandingkan kualiti daging ayam penyembelihan Islam dan bukan
Islam
iii. Membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik kepada
manusia
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini secara umumnya adalah untuk mengetahui kaedah penyembelihan
menurut sians kesihatan berdasarkan objektif kajian yang diharapkan dapat
menjawab beberapa persoalan berikut :
i. Apakah maksud penyembelihan halal menurut perspektif Islam?
ii. Apakah perbandingan kualiti daging diantara penyembelihan Islam
dan bukan Islam?
iii. Apakah kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik kepada manusia?