21
Aspek morfologi dan sintaksis yang terdapat dalam cerpen. Aspek Morfologi Imbuhan Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. i. Imbuhan awalan Imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh 1: Imbuhan awalan yang terdapat dalam cerpen. Cikgu Ali dalam lingkungan usia 50-an merupakan antara guru yang telah lama berkhidmat di SMK Bandar Penarik. Dia melihat Razi sedang mengusik pelajar tersebut. Papp! Cikgu Ali menghentak meja guru. Perlakuan Razi diketahui oleh guru disiplin, Cikgu Zahri yang terkenal dengan sifat garangnya dan suka mendenda pelajar Razi dikatakan bersalah dan perlu dihukum. Cikgu Ali dapat mengagak itu adalah perbuatan Razi kerana beranggapan pasti Razi marah akibat didenda. Dia merancang untuk mencari apakah masalah sebenar Razi. Dia menuju ke gelanggang bola tampar. Dari jauh Cikgu Ali melihat kelibat Razi sedang duduk di bawah sebatang pokok.

kajian 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cyguh

Citation preview

Page 1: kajian 2

Aspek morfologi dan sintaksis yang terdapat dalam cerpen.

Aspek Morfologi

Imbuhan

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk

lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dibahagikan kepada

empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

i. Imbuhan awalan

Imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.

Contoh 1: Imbuhan awalan yang terdapat dalam cerpen.

Cikgu Ali dalam lingkungan usia 50-an merupakan antara guru yang telah lama

berkhidmat di SMK Bandar Penarik.

Dia melihat Razi sedang mengusik pelajar tersebut.

Papp! Cikgu Ali menghentak meja guru.

Perlakuan Razi diketahui oleh guru disiplin, Cikgu Zahri yang terkenal dengan

sifat garangnya dan suka mendenda pelajar

Razi dikatakan bersalah dan perlu dihukum.

Cikgu Ali dapat mengagak itu adalah perbuatan Razi kerana beranggapan pasti

Razi marah akibat didenda.

Dia merancang untuk mencari apakah masalah sebenar Razi.

Dia menuju ke gelanggang bola tampar.

Dari jauh Cikgu Ali melihat kelibat Razi sedang duduk di bawah sebatang pokok.

ii. Imbuhan akhiran

Imbuhan yang hadir selepas kata dasar.

Contoh 2: Imbuhan akhiran yang terdapat dalam cerpen.

Fikirannya serabut memikirkan akan tingkah pelajarnya itu.

Page 2: kajian 2

“Razi, cikgu pun minta maaf kerana selalu memarahi Razi. Sebenarnya cikgu

sayangkan Razi.

Dalam kelas hari tu, kereta cikgu pun saya yang calarkannya, saya minta maaf

banyak-banyak cikgu.” kata Razi dengan nada yang kesal.

Dia berasa sangat bersyukur kerana pelajarnya sudah berjanji untuk berubah.

Inilah saat paling bermakna sepanjang khidmatnya sebagai pendidik.

Kenapa kelas ni bising sangat? Sudah pandaikah kamu?” Cikgu Ali bersuara.

Selang setengah jam kemudian, Cikgu Ali terganggu oleh teriakan seorang

pelajar perempuan.

Dia rasa terhina diberi hukuman itu.

Setelah diberitahu oleh seorang pelajar lelaki kelasnya, Cikgu Ali bergegas menuju ke

keretanya.

iii. Imbuhan apitan

Imbuhan yang hadir serentak

Contoh 3: Imbuhan apitan yang terdapat dalam cerpen.

Perlakuan Razi diketahui oleh guru disiplin, Cikgu Zahri yang terkenal dengan

sifat garangnya dan suka mendenda pelajar.

Razi dikatakan bersalah dan perlu dihukum.

Razi didenda membersihkan tandas sekolah selama seminggu.

Walaupun berasa aman mengajar, hati Cikgu Ali tidak senang kerana

memikirkan tentang Razi.

Tiba-tiba dia dan semua pelajar terkejut dengan kehadiran Razi dalam keadaan

tidak terurus masuk ke dalam kelas.

Dia tidak pernah melaporkan kelakuan Razi pada kami

Cikgu Ali dapat mengagak itu adalah perbuatan Razi kerana beranggapan pasti

Razi marah akibat didenda.

Page 3: kajian 2

Pembentukan Kata

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) memberi definisi bahawa perkataan ialah satu unit

ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan

beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu

kata tunggal, kata majmuk, kata terbitan dan kata ganda.

i. Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu

tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal

mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

Contoh 1: Kata tunggal akronim yang terdapat dalam cerpen.

Cikgu Ali dalam lingkungan usia 50-an merupakan antara guru yang telah lama

berkhidmat di SMK Bandar Penarik.

“Razi, kenapa dengan kamu ni? Suka mengusik orang. Ingat Razi, tahun depan

kamu nak ambil SPM,” kata Cikgu Ali

Contoh 2: Kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam cerpen.

Tanpa diduga, air matanya mengalir perlahan-lahan menitis ke rambut Razi

Contoh 3: Kata tunggal dua suku kata yang terdapat dalam cerpen.

Cikgu dah tua, baik berehat di rumah. Lebih bagus cikgu pergi mampus!” Marah Razi

biadap. Cikgu Ali bangun dari kerusi dan ingin menampar Razi.

Page 4: kajian 2

ii. Kata Majmuk

Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan

dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata

majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh

menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contoh 1: Kata majmuk istilah khusus yang terdapat dalam cerpen.

“Dia menarik nafas panjang sambil memikirkan sesuatu. Batu tidak boleh

dilawan oleh batu. Dia merancang untuk mencari apakah masalah sebenar Razi.

Dia menuju ke gelangggang bola tampar.

“Razi dah lama tak datang sekolah cikgu,” jawab Amira, penolong ketua kelas.

Cikgu Ali resah.

Contoh 2: Kata majmuk mendukung maksud kiasan yang terdapat dalam cerpen.

Cikgu sibuk hal saya ni kenapa? Ah, sudahlah cikgu! Suka hati saya lah nak

buat apa!” Razi tiba-tiba membentak. Cikgu Ali terdiam.

iii. Kata Ganda

Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tiga jenis

penggandaan iaitu

penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak

Contoh 1: Kata ganda berentak yang terdapat dalam cerpen.

Suasana kelas Tingkatan 4 Alfa agak hingar-bingar seperti terdapat sebuah

pasar didirikan di situ. Nazri, gagal memainkan tanggungjawab sebagai ketua

kelas.

Suara hiruk-piruk kedengaran di sana sini. Kehadiran Cikgu Ali mengejutkan

mereka. Cikgu Ali guru Bahasa Malaysia

Page 5: kajian 2

Contoh 2: Kata ganda penuh yang terdapat dalam cerpen.

“Cikgu sibuk hal saya ni kenapa? Ah, sudahlah cikgu! Suka hati saya lah nak

buat apa!” Razi tiba-tiba membentak. Cikgu Ali terdiam.

Dia pergi ke tempat letak basikal pelajar-pelajar sekolah. Dia menendang setiap

basikal hingga jatuh bertindih-tindihan. Dendamnya tidak berakhir di situ. Dia

ternampak sebuah kereta yang sangat dibencinya. “

Maafkan saya cikgu, saya betul-betul minta maaf dengan cikgu.

“Tapi cikgu, saya banyak buat salah dengan cikgu. Dalam kelas hari tu, kereta

cikgu pun saya yang calarkannya, saya minta maaf banyak-banyak cikgu.” kata

Razi dengan nada yang kesal.

Contoh 3: Kata ganda separa yang terdapat dalam cerpen.

Dia pergi ke tempat letak basikal pelajar-pelajar sekolah. Dia menendang

setiap basikal hingga jatuh bertindih-tindihan. Dendamnya tidak berakhir di

situ. Dia ternampak sebuah kereta yang sangat dibencinya.

Banyak salah saya pada cikgu,” luah Razi menghulurkan tangannya sambil

menangis teresak-esak. Cikgu Ali menyambut tangan Razi.

Tanpa diduga, air matanya mengalir perlahan-lahan menitis ke rambut Razi.

Inilah saat paling bermakna sepanjang khidmatnya sebagai pendidik.

iv. Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau

menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Nik Safiah et.al

(1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses

pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Page 6: kajian 2

Contoh 1: Kata terbitan yang terdapat dalam cerpen.

Ya, cikgu saya janji. Terima kasih kerana memberi kesedaran kepada saya

cikgu,” kata Razi sekali lagi sambil memeluk Cikgu Ali. Cikgu Ali membalas

pelukan itu. Dia berasa sangat bersyukur kerana pelajarnya sudah berjanji

untuk berubah. Tanpa diduga, air matanya mengalir perlahan-lahan menitis ke

rambut Razi. Inilah saat paling bermakna sepanjang khidmatnya sebagai

pendidik.

Walaupun berasa aman mengajar, hati Cikgu Ali tidak senang kerana

memikirkan tentang Razi. Tiba-tiba dia dan semua pelajar terkejut dengan

kehadiran Razi dalam keadaan tidak terurus masuk ke dalam kelas. Cikgu Ali

memanggil dia ke hadapan. Tanpa berlengah, dia terus menuju ke arah meja

guru.

Golongan Kata Nama

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama

am dan kata ganti nama . bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam

tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas pula

dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup

dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia

dan bukan manusia.

Contoh1: Kata nama khas yang terdapat dalam cerpen.

i. Kata Nama Khas

Suasana kelas Tingkatan 4 Alfa agak hingar-bingar seperti terdapat sebuah

pasar didirikan di situ. Nazri, gagal memainkan tanggungjawab sebagai ketua

kelas.

Page 7: kajian 2

Cikgu Ali dalam lingkungan usia 50-an merupakan antara guru yang telah lama

berkhidmat di SMK Bandar Penarik.

Cikgu, pengetua bayar cikgu gaji untuk menasihati sayakah? Cikgu untung

berapa? Guna otak lah cikgu!” soal Razi kasar.

Setelah seminggu Cikgu Ali berada di hospital, Razi dipanggil oleh pengetua

sekolah, Puan Munirah.

ii. Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Contoh 1: Kata nama am yang terdapat dalam cerpen.

Suasana kelas Tingkatan 4 Alfa agak hingar-bingar seperti terdapat sebuah pasar

didirikan di situ. Nazri, gagal memainkan tanggungjawab sebagai ketua kelas. Suara

hiruk-piruk kedengaran di sana sini. Kehadiran Cikgu Ali mengejutkan mereka. Cikgu Ali

guru Bahasa Malaysia. Cikgu Ali dalam lingkungan usia 50-an merupakan antara guru

yang telah lama berkhidmat di SMK Bandar Penarik. Sudah hampir 26 tahun Cikgu Ali

menabur bakti di sekolah ini.

Setelah diberitahu oleh seorang pelajar lelaki kelasnya, Cikgu Ali bergegas

menuju ke keretanya. Cikgu Ali dapat mengagak itu adalah perbuatan Razi

kerana beranggapan pasti Razi marah akibat didenda. Dia menarik nafas

panjang sambil memikirkan sesuatu. Batu tidak boleh dilawan oleh batu

iii. Kata Ganti Nama

“Kenapa Razi berbuat begitu dengan Cikgu Ali? Dia begitu baik dengan Razi tau,” tutur

Puan Munirah lembut. Hati Razi tersentuh. Suara keibuan Puan Munirah

menggoyahkan perasaannya. Dia berasa seperti lebih dihargai apabila berhadapan

dengan pengetua itu. “Sekarang ni Cikgu Ali masih di hospital. Pergilah melawat dia. Dia

sayangkan Razi. Dia tidak pernah melaporkan kelakuan Razi pada kami. Cikgu Ali juga

ada meminta kami untuk tidak mendenda Razi,” sambung Puan Munirah lagi.

Jemput masuk”, pelawa Puan Munirah lembut. “Apa khabar Razi? Sihat?”. Langkah

pertama pengetua untuk menarik perhatian Razi. Razi mengangguk walaupun hatinya

sangat gementar ketika itu.

Page 8: kajian 2

Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.

Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti

kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan (Nik Safiah Karim et.al,

1996). Za’ba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Za’ba menyatakan, jika

kita menyebut fasal membuat atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah

memakai perkataan yang dinamakan ‘perbuatan’, kerana ialah sebutan bagi

menyatakan perbuatan itu.

i. Kata kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata

kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Contoh 1: Kata kerja tak transitif yang terdapat dalam cerpen.

Pergilah melawat dia. Dia sayangkan Razi. Dia tidak pernah melaporkan

kelakuan Razi pada kami.

ii. Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa

nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada

dua jenis, iaitu kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja transitif

yang berfungsi dalam ayat pasif.

Contoh 1: Kata kerja transitif yang terdapat dalam cerpen.

Maafkan saya cikgu, saya betul-betul minta maaf dengan cikgu. Banyak salah

saya pada cikgu,” luah Razi menghulurkan tangannya sambil menangis

teresak-esak. Cikgu Ali menyambut tangan Razi.

Dia rasa terhina diberi hukuman itu. Razi berdendam. Dia pergi ke tempat letak

basikal pelajar-pelajar sekolah. Dia menendang setiap basikal hingga jatuh

bertindih-tindihan.

Page 9: kajian 2

Cikgu, pengetua bayar cikgu gaji untuk menasihati sayakah? Cikgu untung

berapa? Guna otak lah cikgu!” soal Razi kasar. Kemarahan Cikgu Ali memuncak.

Papp! Cikgu Ali menghentak meja guru. Darahnya naik.

Kata Adjektif

Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur inti

dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata

dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa

nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat

seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh

terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama

ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.

Contoh 1: Kata adjektif dalam cerpen

“Kenapa Razi berbuat begitu dengan Cikgu Ali? Dia begitu baik dengan Razi

tau,” tutur Puan Munirah lembut. Hati Razi tersentuh. Suara keibuan Puan

Munirah menggoyahkan perasaannya. Dia berasa seperti lebih dihargai apabila

berhadapan dengan pengetua itu. “Sekarang ni Cikgu Ali masih di hospital.

Pergilah melawat dia. Dia sayangkan Razi. Dia tidak pernah melaporkan

kelakuan Razi pada kami. Cikgu Ali juga ada meminta kami untuk tidak

mendenda Razi,” sambung Puan Munirah lagi.

. Banyak salah saya pada cikgu,” luah Razi menghulurkan tangannya sambil

menangis teresak-esak.

Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk

mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai

kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata.

Page 10: kajian 2

i. Kata Hubung Gabungan

Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

Contoh 1: Kata hubung gabungan yang terdapat dalam cerpen.

Cikgu Ali membalas pelukan itu. Dia berasa sangat bersyukur kerana pelajarnya

sudah berjanji untuk berubah. Tanpa diduga, air matanya mengalir perlahan-

lahan menitis ke rambut Razi. Inilah saat paling bermakna sepanjang khidmatnya

sebagai pendidik.

ii. Kata Hubung Pancangan

Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau

klausa induk.

Contoh 1: Kata hubung pancangan yang terdapat dalam cerpen.

Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang

menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan

pegangan dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada tidak lagi boleh

diubah.

iii. Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan

frasa utama dalam predikat.

Contoh 1: Kata pemeri ialah yang terdapat dalam cerpen.

Ringkas dan secara logiknya ialah perubahan ekonomi memerlukan perubahan

politik.

Contoh 2: Kata pemeri adalah yang terdapat dalam cerpen.

Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak ratusan

tahun lalu dan ia adalah penggabungan sistem dalam politik dan kerajaan.

Page 11: kajian 2

Aspek Sintaksis

3.2.1 Ayat Majmuk

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan ayat

majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat

majmuk juga disebut ayat berlapis.

i. Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal

yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan,

atau, tetapi, dan sebagainya.

Contoh 1: Ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam cerpen.

Najib yang memulakan gerak kerja era kepemimpinannya dengan program

transformasi kerajaan dan kemudian menggariskan Model Ekonomi Baru (MBE),

ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di kebanyakan negara.

(perenggan 1, baris 7)

ii. Ayat majmuk pancangan

Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu

atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi

sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim et. al. 2002: 484). Dalam bahasa

Melayu, terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan mengikut cara pembentukan serta

jenis ayat yang dipancangkan.

a. Ayat relatif

Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang.

Contoh 1

Kita menganggap Najib sebagai pemimpin yang berani melakukan perubahan

besar, dari pendekatan baru ekonomi kepada politik

Page 12: kajian 2

Ayat komplemen

Menurut Nik Safiah et. al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya

disertai beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk

menandakan hubungan berkenaan. (bahawa dan untuk)

Contoh 1

Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang

menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan

pegangan dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada tidak lagi boleh

diubah.

Ayat keterangan

Ayat majmuk keterangan menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri

daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai

keterangan kepada predikat.

Contoh 1: Ayat keterangan yang terdapat dalam cerpen.

Pemikiran jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak

memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh

pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya.

iii. Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,

yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan

berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et. al., 2002:496).

Contoh 1: Ayat majmuk campuran yang terdapat dalam cerpen.

Page 13: kajian 2

Pemikiran jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak

memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh

pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya.

Ayat aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif

dan ayat aktif tak transitif.

i. Ayat aktif transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh

frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Contoh 1: Ayat aktif transitif yang terdapat dalam cerpen.

Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang

menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan

dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada tidak lagi boleh diubah

ii. Ayat aktif tak transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu

yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan

kepada dua jenis iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

dan ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Contoh 1: Ayat aktif tak transitif yang terdapat dalam cerpen.

Pemimpin politik Barat juga tidak pernah bercakap soal itu kerana berpendapat sistem

politik yang ada masih relevan.

Page 14: kajian 2

Ayat pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi

kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Contoh 1: Ayat pasif dengan kata ganti nama yang terdapat dalam cerpen.

Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak ratusan tahun lalu

dan ia adalah penggabungan sistem dalam politik dan kerajaan.

Aspek tanda bacaan dan sistem ejaan

Ejaan terpisah

Kata majmuk yang dieja secara terpisah ini terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk

daripada dua kata bebas. Contoh :

Air batu Enam ratus ribu Mesin jahit

Air hujan Empat puluh lima Nasi minyak

Alat tulis Guru besar Nuzul Quran

Baju kemeja Ikan keli Peti besi

Balai raya Imam besar Periuk nasi

Bandar raya Jalan raya Pukat tunda

Bom tangan Jam tangan Ratu cantik

Burung merpati Kapal terbang Terima kasih

Daging lembu Kapal korek Topi keledar

Page 15: kajian 2

Daun pandan Kereta api Tukang besi

Dasar laut Kereta kebal Tukang emas

Duta besar Kereta kuda Ulat bulu

Gempa bumi Meja tulis Ular sawa

Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus sama ada daripada dua atau

tiga kata bebas yang dieja terpisah. Contoh :

Batu kapur Lesung sendi Peledakan gambut

Garis pusat Lintasan cahaya Rumput ternak

Kanta tangan Lintasan bebas min Susu pekat manis

Kaedah bayar balik Mata pelajaran Susu terpasteur

Kawasan pinggiran Min jangka masa Tanah gambut

Kertas kerja Model linear Telefon dail terus

Kultur mutiara Nisbah bayar balik Tempoh pinjaman

Kata majmuk yang terbentuk dari kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja

secara terpisah. Contoh :

Duta besar Naib Presiden Timbalan Perdana Menteri

Ketua Menteri Pegawai Daerah Raja Muda

Ketua Setiausaha Negara Profesor Madya Setiausaha Politik

Menteri Besar Perdana Menteri

Ejaan cara tercantum

Dalam Bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang dianggap sudah

mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun mempunyai dua kata dasar.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan ( 2003:75) antara kata majmuk yang mantap dan

dieja secara tercantum adalah seperti berikut :

Page 16: kajian 2

Adakala Darihal Kerjasama Sediakala

Antarabangsa Daripada Manakala Senjakala

Apabila Dinihari Matahari Sepertimana

Warganegara Dukacita Olahraga Setiausaha

Apakala Hulubalang Padahal Sukacita

Bagaimana Jawatankuasa Peribadi Sukarela

Barangkali Kadangkala Peribahasa Suruhanjaya

Beritahu Kakitangan Perikemanusiaan Tandatangan

Bumiputera Kepada Pesuruhjaya Tanggungjawab

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baru (2003:75) telah menyenaraikan 15

perkataan yang terdiri daripada kata majmuk yang penggunaanya sudah mantap

sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun mempunyai 2 kata dasar. Perkataan

tersebut dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk perkataan tersebut adalah :

Antarabangsa Kerjasama Suruhanjaya

Beritahu Olahraga Tandatangan

Bumiputera Matahari Tanggungjawab

Jawatankuasa Setiausaha Warganegara

Kakitangan Sukarela Pesuruhjaya

Page 17: kajian 2

Ejaan penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata majmuk itu

sahaja. Ejaannya dilakukan dengan meletakkan tanda sempang pada kata yang

digandakan. Contoh dari cerpen :

Alat-alat tulis Ketua-ketua Menteri

Balai-balai raya Menteri-menteri Besar

Kapal-kapal terbang Naib-naib Canselor

Garis-garis pusat Perdana-perdana Menteri

Guru-guru besar Timbalan-timbalan Perdana Menteri