Upload
aleah-jehan
View
594
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR, HULU YAM BHARU,
SELANGOR
Kajian geografi tempatan
Pencemaram Alam Sekitar di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (KL)
Nama: Nur Aleah Jehan bt Abdullah
Kelas: 3 Ehsan
No. kad pengenalan: 960220-10-5110
Guru matapelajaran: Puan Masitah binti Salamat
Bil Tajuk m/s
1.Penghargaan 1
2.Pendahuluan 2
3.Objektif kajian 3
4.Kawasan kajian 4
5.Kaedah kajian 5
6.Hasil kajian 6-15
7.Rumusan 16
8.Lampiran 17-19
9.Rujukan 20
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru
matapelajaran geografi, Puan Masitah bt Salamat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya sepanjang saya menjalankan projek kajian geografi tempatan ini. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua cemerlang Sekolah Menengah Sains
Hulu Selangor, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha kerana telah mambenarkan pelajar tingkatan
tiga menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Sekalung apresiasi saya ucapkan
kepada ibu saya, Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil kerana telah banyak membantu saya
dengan memberi sokongan dan dorongan motivasi serta membantu saya dari segi ekonomi
dengan menyediakan segala medium yang saya perlukan. seter, sayusnya,a berasa amat
bersyukur kerana telah mendapat bantuan daripada rakan-rakan setingkatan saya, iaitu, Nurul
Amira Zulaikha binti Zulhapri, Shah Al-hadi bin Shahrim dan Nurul Nadhirah binti Md
Ismail. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua responden iaitu
penduduk taman melawati yang juga banyak membantu saya bagi menyempurnakan kajian
geografi tempatan ini. Dengan bantuan semua rakan-rakan dan guru-guru,folio ini berjaya
disiapkan dengan lengkap. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-
rakan dan guru yang membantu tidak kiralah yang telah membantu diri ini secara langsung
atau tidak langsung.
PENDAHULUAN
Nama saya Nur Aleah Jehan binti Abdullah. Saya belajar di tingkatan 3 Ehsan di Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor.Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya
diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT).
Saya dan ketiga-tiga rakan saya telah bersepakat untuk memilih tajuk “Pencemaram Alam
Sekitar di kawasan perumahan Taman Melawati,Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan (KL)”
untuk projek kajian geografi tempatan kami. Saya mengkaji tentang aspek punca pencemaran
alam sekitar dan merumuskan kesan pencemaran Alam Sekitar. Saya memilih kawasan kajian
ini kerana menepati tema kajian saya dan juga memudahkan saya menjalankan kajian kerana
kawasan kajian ini berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Jadi, saya tidak menghadapi
sebarang masalah pengangkutan. Masa yang diberikan bagi menyempurnakan folio ini adalah
selama sebulan. Setiap pelajar di kehendaki menulis laporan yang lengkap secara individu.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar
Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar
Mengkaji punca pencemaran alam sekitar
Merumuskan kesan-kesan pencemaran alam sekitar
Memberi cadangan bagi mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
Menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam dapatan kajian
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Taman Melawati, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (KL) sebagai
tempat bagi saya menjalankan kajian geografi tempatan saya. Taman Melawati merupakan
sebuah bandar yang serba-lengkap yang terletak di ibu kota Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Ia
ditadbirkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Lokasi kawasan ini adalah di timur laut
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Taman Melawati terletak diantara Wangsa Maju dan
Taman Wangsa Melawati,Taman Permata dan Klang Gate.Ia juga berada berhampiran
dengan sempadan negeri Selangor.Taman Melawati mempunyai kedudukan yang strategik,
iaitu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2(MRR2). Ia juga mempunyai
pautan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala
Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang. Bandar ini juga boleh diakses melalui
pengangkutan awam dengan menggunakan bas 303RapidKL dari Lembah Keramat, bas 304
Rapid KL dari stesen LRT Wangsa Maju dan juga dengan menggunakan khidmat Metro bas
191 dari Masjid Jamek. Saya memilih kawasan ini kerana taman melawati merupakan tempat
tinggal saya Di kawasan kajian yang telah saya pilih ini, terdapat beberapa kilang dan masjid
serta sekolah yang didirikan bagi memenuhi kehendak penduduk. Suhu pada waktu siang di
kawasan kajian kira-kira 34 darjah Celsius manakala pada waktu malam pula 29 darjah
Celsius. Jarak Taman Melawati dari Bandar hanyalah 3km.
Kaedah kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan pelbagai kaedah kajian yang telah saya guna pakai. Antara
kaedah kajian yang telah saya guna pakai ialah:
a) Pemerhatian: sepanjang kajian ini saya telah memerhatikan keadaan di
sekeliling taman perumahan saya. Sepanjang pemerhatian saya, banyak yang
telah saya dapati daripada kajian saya kali ini.
b) Temubual: saya telah menemubual 3 orang penduduk Taman Melawati dan
telah mendapat maklumat yang banyak.
c) Soal selidik: saya telam menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan
kepada 25 orang responden di Taman Melawati. Kandungan soal selidik
adalah seperti dalam lampiran 1.
d) Internet: saya telah melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang
konsep pencemaran alam sekitar dan bagi mendapatkan peta kawasan kajian
saya. Peta kawasan kajian boleh didapati di lampiran dan alamat sesawang
yang telah saya layari boleh didapati di bahagian rujukan.
Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil
No 76, Jalan F4,
Fasa 5, Taman Melawati,
53100, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan (KL) Tel : 017-3820377
………………………………………………………………………………………………
Pengetua
Sek. Men. Sains Hulu Selangor ,
Hulu Yam Bharu,
44300 Batang Kali,
Selangor. Tarikh : 9 Mac 2011
Tuan ,
Menjalankan Kerja Lapangan Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Saya Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil , No. Kad Pengenalan 500906-03-
5092 , ibu kepada Nur Aleah Jehan binti Abdullah murid tingkatan 3 Ehsan dengan ini
(bersetuju / tidak bersetuju) melibatkan anak saya dalam projek KGT .
3. Saya dimaklumkan bahawa guru geografi , iaitu cikgu Masita Binti Salamat akan
mengetuai pengendalian projek KGT ini .
4. Saya juga faham bahawa segala perbelanjaan dan keselamatan anak saya semasa
menjalankan projek KGT ini adalah bukan di bawah tanggungan pihak sekolah .
sekian , terima kasih .
Yang Benar ,
…………………….
( T.T ibubapa / penjaga )
Borang soal selidik
Nama:
Umur:
A) Sila tandakan pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Melawati
Pencemaran udara Pencemaran air
Pencemaran tanih Pencemaran bunyi
Pencemaran bau Lain-lain
Sila nyatakan :-………………….
B) Tandakan punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Melawati
Perkilangan pembakaran terbuka
Kenderaan perniagaan
Sampah sarap Pembinaan
A) Peta Daerah Selangor:
B) Peta
Kawasan
Taman
Melawati
Dapatan kajian
Konsep pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi
atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah
yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan
haiwan.Pencemaran dapat di kategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk
pencemaran alam. Pencemaran berlaku apabila komposisi udara atau air berubah, hasil
daripada aktiviti-aktiviti manusia dan proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan
udara berkurang dan tidak dapt lagi berfungsi dengan baik. Pencemaran juga berlaku apabila
terdapat makhluk hidup, zat, tenaga atau komponen-komponen lain di dalam air atau udara.
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1 . Pencemaran air
2 . Pencemaran bau
3 . Pencemaran tanah
4 . Pencemaran udara
5. pencemaran bunyi
Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
Dunia yang semakin maju ini memungkinkan semua perkara berlaku
termasuklah pencemaran. Pencemaran yang berlaku di dunia ini adalah hasil daripada
pertambahan populasi manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Pencemaran
berlaku apabila komposisi udara atau air berubah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia dan
proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan udara berkurang dan tidak dapt lagi
berfungsi dengan baik. Pencemaran juga berlaku apabila terdapat makhluk hidup, zat, tenaga
atau komponen-komponen lain di dalam air atau udara. Pencemaran dikelaskan kepada tiga
jenis pencemaran iaitu pencemaran air (water pollution), pencemaran udara (air pollution)
dan pencemaran tanah ( soil pollution).
Pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di kawasan kajian ialah pencemaran
bau.Pencemaran bau berlaku kerana terdapat segelintir masyarakat yang telah membuang
sampah ke tepi jalan tanpa rasa tangunggjawab. Bau busuk daripada sampah sarap itu telah
menyebabkan pencemaran bau di kawasan kajian .
Pencemaran udara juga berlaku di kawasan kajian kerana terdepat sesetengah
orang yang suka melakukan pembakaran secara terbuka. Hal in telah menyebabkan udara
menjadi tercemar kerana sampah yang di bakar mempunyai toksik dan sebagainya.Selain itu,
terdapat banyak kenderaan yang mengeluarkan asap yang banyak terutama lori-lori besar dan
juga bas-bas yang lalu di kawasan tersebut.
Selain itu, pencemaran air juga berlaku di kawasan kajian khususnya bagi
longkang-longkang besar dan juga sungai yang kecil. Perkara ini adalah disebabkan
sesetengan masyarakat sekeliling yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam
longkang yang turut menjurus kepada pencemaran bau. Air longkang dan sungai menjadi
tercemar dan telah menjejaskan kehidupan akuatik di dalam air .
Punca pencemaran alam sekitar di Taman Melawati
Setelah kajian dijalankan, saya mendapati beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang
berlaku di Taman Melawati. Berikut merupakan pencemaran alam sekitar yang berlaku di
kawasan kajian saya:
A) Kenderaan
. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi
bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di kawasan tempat tinggal
saya, hampir kesemua penduduk yang tinggal di taman melawati menggunakan kenderaan
bermotor seperti motor dan kereta. Oleh kerana terlalu banyak kenderaan yang di gunakan di
kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Fakta juga menyatakan
bahawa kenderaan merupakan penyebab terbesar berlakunya pencemaran udara.
B) Pembakaran terbuka
Di sekitar kawasan Taman Melawati, ramai penduduk yang gemar melakukan pembakaran
terbuka. Mereka selalunya melakukan pembakaran sampah sarap tanpa memikirkan perasaan
orang di sekeliling dan akibatnya. Mereka gemar membakar daun-daun kering tanpa usaha
bagi mencari inisiatif lain untuk melupuskan sampah sarap tersebut. Masyarakat sepatutnya
bertanggungjawab dengan berusaha mencari inisiatif lain supaya masyarakat di sekeliling
hidup dalam keadaan yang sihat sejahtera
C) Perniagaan
Pada setiap malam jumaat di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur akan diadakan pasar
malam.Sikap para peniaga yang tidak bertanggungjawab serta para pembeli membuang
sampah merata-rata semakin menjadi-jadi. Kesannya ialah kawasan ini menjadi tercemar dan
kotor. Para peniaga sepatutnya bertanggungjawab atas hal ini dengan menyediakan tong
sampah. Setiap pelanggan juga seharusnya menyedari tanggungjawab masing-masing dan
memastikan mereka membuang sampah ke dalam tong sampah. Jika kita melihat segelintir
masyarakat yang membuang sampah. Kita sebagai masyarakat yang melihat seharusnya
menegur kerana itu merupakan tanggungjawab kita bersama.
D) Sampah sarap
Sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di kawasan persekitaran. Pembuangan ini
juga telah mengakibatkan pemandangan yang buruk kerana mereka telah membuang
sampah di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi-tepi jalan raya. Setiap warga
Malaysia seharusnya mempunyai sifat cinta akan Negara kerana ianya mampu mengatasi
masalah berikut.
Kesan pencemaran alam sekitar di Taman Melawati
KEJADIAN HUJAN ASID
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujanasidyang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dannitrogenoksida dengan air hujan. Ianya
berlaku apabila gas-gas sulfur oksida(SO2) danoksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara danbertindakbalas denganwap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnyamenjadi
asid sulfurik dan asidnitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan danawan pula bergerak ke
tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut.Asid itu akan turun bersama-samadengan
hujan dan menimpa hidupan yangterdapat di dunia. Ianya membunuhtumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air.Ia juga boleh menghakis pakaian, kertasdan bahan binaan bangunan.
Selainitu, asid tersebut juga meresap kedalamtanah dan menyebabkan kualiti tanahberkurang
dan menjadikannya tidak subur.
JEREBU
Asap yang dikeluarkan dari kliang ini boleh menyebebkan jerebu.bahanyang terampai dalam
asap ini menyebabkan kita kesukaran bernafas.selainitukandungan bahan kimia dalam asap
juga tinggi.Ini menyebabkan paru-parudalam badan kita mudah rosak.selain itu juga
penglihatan mata kita akankabur dan tidak nampak .
BAU BUSUK
Bau busuk yang dikeluarkan oleh asap kilang ini tidak menyenangkan hatipenduduk.bau
busuk ini akan dihidu oleh penduduk setiap hari.bau busuk inimenyebabkan kereta yang lalu
lalang di situ berasa loya dan busuk.keadaanini menyebabkan ramai penduduk berasa tidak
selesa tinggal di situ.
PENYAKIT
Akibat daripada kegiatan kilang,penduduk juga mudah terdedah dengnpenyakit seperti
kesukaran bernafas,angin ahmar dan radang paru-paru.inimeyebabkan ramai penduduk tidak
tinggal di situ.hanya beberapa orangsahaja yang tinggal di kawasan tersebut
SUHU BUMI MENINGKAT
Tidak keterlaluan jika saya ingin katakan suhu di bumi kia meningkat. Berdasarkan
pengalaman saya, saya sendiri dapat merasakan bahangnya walaupun berada di bawah kipas
dan selepas mandi. Suhu akan mengalami perubahan yang ketara sekiranya penggunaan
penghawa dingin dan peti sejuk tidak digunakan dengan bijak. Kloroflurokarbon atau lebih
dikenali sebagai CFC yang terdapat dalam peralatan-peralatan tersebut akan menipiskan
lapisan ozon bumi perlahan-lahan dan mendedahkan penduduk di bumi kepada sinaran UV
yang tidak ditapis dan berbahayaterus dari matahari. Saya dapat lihat sendiri penggunaan
penghawa dingin dalam kalangan peniaga-peniaga dan penduduk di Taman Melawati, Kuala
Lumpur itu sendiri yang kebanyakannya berpendapatan tinggi.
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Melawati
Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.
Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Kempen kesedaran mengenai program
kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-
tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang
boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar
buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi,
dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya menjimatkan sumber alam.
Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap
yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.
penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.
Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
Kempen menggunakan pengangkutan awam
Cadangan saya yang seterusnya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen
menggunakan pengangkutan awam. Dengan menggunakan pengangkutan awam, kita dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Bayangkan jika setiap seorang daripada kita
menggunakansebuah kereta seorang untuk ke tempat kerja, bolehkah kita bayangkan betapa
banyaknyakenderaan yang digunakan dan asap yang dilepaskan ke udara? Sedangkan, sebuah
kereta boleh membawa 5 ke 6 orang dalam satu masa. Pengangkutan awam seperti bas,
KTM,monorel dan sebagainya perlulah diperkenalkan dengan lebih meluas dan sistem
keselamatan perlulah diperketatkan. Dengan itu, rakyat Malaysia tidak takut untuk
mencuba pengangkutan awam. Dalam masa yang sama, kita juga dapat mengurangkan
kesesakan lalulintas dan risiko untuk berlaku kemalangan
Bahan grafik
Jadual
Bil Jenis pencemaran Peratus
1 Pencemaran udara 30%
2 Pencemaran tanih 6%
3 Pencemaran bunyi 10%
4 Pencemaran bau 14%
5 Pencemaran air 45%
Carta pai
45%
30%
14%
10%
6%
pencemaran Alam sekitar di Taman Melawati
pencemaran airpencemaran udarapencemaran baupencemaran bunyipencemaran tanih
RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pencemaran alam
sekitar amat berbahaya pada kita. Pencemaran terbahagi kepada lima iaitu pencemaran udara,
pencemaran air, pencemaran tanih, pencemaran bunyi dan pencemaran bau.
Kesemua pencemaran ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi
kita jika tidak dibendung dari sekarang. Kita hendaklah sentiasa menjaga alamsekitar kita
daripada sebarang pencemaran.Kita sebagai penduduk negara berbilang bangsa ini
hendaklah sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikankebersihan
kawasan di sekeliling kita. Tidak perlulah kita terlalu berharap akan bantuan
kerajaan sedangkan kita boleh berusaha menjaga kebersihan dankeharmonian di kawasan
tersebut. Melalui hubungan baik antara penduduk setempat juga dapat menjalinkan hubungan
silaturrahim antara satu sama lain. Tetapi, pencemaran ini boleh belaku seandainya kita
mengabaikan kebersihankawasan tersebut.Pelbagai kesan buruk akan berlaku hasil daripada
sikap endah tidak endah penduduk di sesuatu kawasan seperti penyebaran penyakit seperti
malaria, demam denggi dan sebagainya.
Oleh itu, kita perlulah sama-sama mencegah perkara ini daripada berlaku
denganmengambil langkah awal.Bak kata pepatah”Mencegah lebih baik daripada
mengubati”.
Lampiran
Buku teks geografi tingkatan 3
Khaw Ah Seng , Habibah Hj Lateh , Tan Koh Lim , 2004 , Buku Teks Geografi
Tingkatan 3 , Ipoh , PTS publications & Distributors Sdn. Bhd.
Internet
http://www.scribd.com
http://maps.google.com.my