28
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK SEM 4 2014/2015 BLHW 2712 (HUBUNGAN ETNIK) TAJUK: KAJIAN HUBUNGAN ETNIK DI UTEM (KAJIAN KES: PELAJAR PELBAGAI FAKULTI) AHLI KUMPULAN: 1. ILYAS HUZAIRI BIN ISHAK B011210231 2. MOHAMAD HISHAM BIN KHAIRUL MASRI B011210121 3. MOHD SHARAFI BIN SHAMSUDDIN B011210049 4. MUHAMMAD ARIF BIN ROSLI B011210233 5. MUHAMMAD SHAFIQ BIN MUSLIM B011210238 6. AMINUR HAZIEQ BIN ZULKEFLI B011210111 PENSYARAH: ENCIK ZAHIR ZAINUDDIN

Kajian Hubungan Etnik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian Hubungan Etnik

Citation preview

Page 1: Kajian Hubungan Etnik

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SEM 4 2014/2015

BLHW 2712 (HUBUNGAN ETNIK)

TAJUK: KAJIAN HUBUNGAN ETNIK DI UTEM (KAJIAN KES: PELAJAR PELBAGAI FAKULTI)

AHLI KUMPULAN:

1. ILYAS HUZAIRI BIN ISHAK B011210231 2. MOHAMAD HISHAM BIN KHAIRUL MASRI B0112101213. MOHD SHARAFI BIN SHAMSUDDIN B0112100494. MUHAMMAD ARIF BIN ROSLI B0112102335. MUHAMMAD SHAFIQ BIN MUSLIM B0112102386. AMINUR HAZIEQ BIN ZULKEFLI B011210111

PENSYARAH: ENCIK ZAHIR ZAINUDDIN

TARIKH: 5/6/2014

SCORE:

Page 2: Kajian Hubungan Etnik

NO TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan 1 - 2

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 3

2.0 Ulasan Karya 4 - 5

3.0 Kaedah Kajian

3.1 Rekabentuk Kajian 6

3.2 Tempat Kajian 6

3.3 Populasi Kajian & Sampel Kajian 6

3.4 Instrumen Kajian 6 - 7

4.0 Hasil Kajian

4.1 Bahagian A 8 - 9

4.2 Bahagian B 10 - 17

5.0 Rumusan 18

6.0 Rujukan 19

Page 3: Kajian Hubungan Etnik

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan.

Malaysia sebagai sebuah Negara yang kian pesat membangun sudah pasti akan mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan Negara, khusunya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan kaum jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan satu lagi masalah berkaitan perhubungan sosial antara kaum yang boleh mengancam kestabilan dan kemakmuran Negara.

Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesebuah Negara. Untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ia perlulah bermula daripada akar umbi termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju Negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, satu kajian telahpun dijalankan agar gambaran sebenar dapat diperolehi melalui kajian ini yang memfokuskan kepada pemahaman mahasiswa berkenaan dengan hubungan etnik, tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar di university, faktor-faktor kecenderungan berlakunya polarisasi kaum di university dan cadangan bagi memupuk dan mengukuhkan hubungan antara etnik di university. Satu kajian lapangan dilakukan dan pengumpulan data berdasarkan kaedah borang soal selidik digunakan. Sampel kajian adalah mahasiswa di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), sebanyak 40 borang soal selidik yang lengkap diisi dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman mahasiswa di Utem terhadap hubungan etnik berada pada tahap tinggi. Secara purata mahasiswa faham dan tahu maksud hubungan sesama etnik. Tahap hubungan etnik di dalam kampus pula

berada pada tahap rendah dan cenderung ke arah negatif. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai persepsi wujudnya semangat assabiyyah yang kuat disebabkan oleh perbezaan latar belakang kaum atau etnik mereka. Terdapat perkara yang boleh dilakukan oleh pihak universiti untuk meningkatkan hubungan baik antara etnik iaitu menggalakkan sambutan hari kebesaran kaum dan agama kepada etnik lain asalkan tidak menyalahi undang-undang agama sesuatu etnik yang menyambutnya. Perkara lain yang boleh dilakukan ialah mewajibkan banyak etnik terlibat dalam satu jenis sukan atau persatuan agar tidak wujud dominasi dalam sesuatu sukan atau persatuan.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Ia wujud hasil aktiviti perdagangan yang wujud semasa zaman kesultanan melayu Melaka jauh sebelum penjajahan oleh kolonial British. Disamping itu, masyarakat majmuk di Negara ini juga berpunca dari penjajahan British ke atas tanah melayu dan migrasi golongan masyarakat terutama dari Tanah Besar China dan India yang dijadikan sebagai buruh untuk kegiatan perlombongan dan perladangan. Menurut Furnivall (1948), konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari

Page 4: Kajian Hubungan Etnik

segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku.

Oleh hal yang demikian, soal perpaduan dan hubungan di antara kaum merupakan sebuah agenda penting Negara dalam memastikan kestabilan politik ekonomi dan sosial sentiasa terjamin. Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat harus dipertahankan agar dapat dikekalkan keharmonian kaum supaya kejadian seperti peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu untuk memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari bawah termasuklah pelajar di unversiti yang merupakan calon golongan elit pada masa akan datang.

1.2 Latar Belakang Kajian.

Hubungan kaum adalah sesuatu yang berkaitan dengan interaksi dalam kalangan semua kaum dalam jangka waktu tertentu. Interaksi kaum juga dirujuk kepada satu hubungan antara dua sistem yang mana sekiranya suatu kejadian berlaku keatas sebuah sistem maka kejadian yang sama akan turut berlaku keatas sistem yang lain. Ia merupakan satu pertalian sistem yang saling mempengaruhi satusama lain (Chaplin, 1985). Dalam kajian yang kami jalankan ini hubungan kaum yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan hubungan interaksi individu di kampus. Interaksi sosial melibatkan satu individu atau lebih atau sebuah kelompok. Ini juga melibatkan pengaruh individu keatas individu lain atau saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Sebahagian aktiviti-aktiviti yang dilihat merangkumi pemahaman mahasiswa tentang hubungan etnik, penglibatan dalam diskusi pelajaran, penglibatan dalam persatuan, aktiviti sukan dan perhubungan personal melibatkan pemilihan kawan dalam memilih rakan sebilik dan membincangkan masalah personel.

Suasana interaksi adalah perasaan kesenangan atau keselesaan hasil daripada aktiviti fizikal yang releks dan bebas dari kesakitan serta tidak mengalami sesuatu yang mengecewakan. Oleh itu keselesaan interaksi adalah mengambarkan tentang kesenangan dan tanpa kerisauan individu untuk menjalin hubungan dengan individu lain atau kelompok, organisasi dan komuniti (Rusminah Sayuti, 2012).

1.3 Pernyataan Masalah.

Page 5: Kajian Hubungan Etnik

Pelajar universiti atau institusi pengajian tinggi merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan Negara serta pencorak pemikiran masyarakat akan dating.

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana perpaduan terbina dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum terutama dari aspek saling bantu-membantu, hormat-menghormati serta toleransi dalam kalangan pelajar. Dalam erti kata lain adakah wujudnya perpaduan dalam kehidupan sehairan pelajar di kampus dan adakah nilai ini menjadi amalan dalam kalangan peajar.

1.4 Objektif Kajian.

Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu untuk mengkaji sejauh mana pemahaman pelajar UTeM tentang hubungan etnik, tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar UTeM, mengkaji faktor-faktor berlakunya polarisasi kaum dalam kalangan pelajar di UTeM, dan cadangan langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan antara etnik.

2.0 Ulasan karya.

Page 6: Kajian Hubungan Etnik

Rabushka (1973) melihat perbezaan perwatakan kaum dalam kalangan penduduk kota metropolitan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang rata-rata diduduki oleh kaum cina. Manakala penduduk kaum Melayu majoritinya mendominasi kawasan luar. Dalam kajian berkenaan aspek ethnosentrism mendapati masyarakat cina mempunyai sikap ethnosentric lebih tinggi berbanding kaum melayu, mereka lebih mengutamakan aktiviti kaum berbanding aktiviti antara kaum. Dalam aspek toleransi pula, kajian menunjukkan bahawa segelintir kaum melayu sahaja menyatakan kesanggupan mereka untuk makan bersama dengan kaum cina. Ini disebabkan oleh faktor agama, dalam soal perkahwinan campur pula didapati bahawa masing-masing agak kurang toleransi dalam aspek tersebut. Secara keseluruhannya didapati bahawa kaum Cina di bandar tidak mempunyai masalah dan lebih toleransi dalam konteks kesanggupan mereka untuk makan, bekerja mahupun tinggal bersama dengan kaum melayu. Dalam aspek strereotaip pula, kaum melayu melihat orang cina sebagai cerdik, bercita-cita tinggi, aktif, sopan dan bersih. Manakala, kaum cina pula menggambarkan ornag melayu sebagai bersih, kurang bercita-cita, aktif, sopan dan cerdik.

Terdapat juga beberapa kajian ilmiah berkaitan dengan tajuk yang dikaji, antaranya ialah Rusminah Sayuti et, al. (2004), mengenai hubungan kaum dalam kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Dapatan hasil kajian daripada kajian tersebut didapati bahawa suasana interaksi dalam kalangan pelajar di kampus menunjukkan kecenderungan kepada keadaan yang positif berdasarkan peratus situasi yang lebih positif sebanyak 57% berbanding situasi yang negatif iaitu sebanyak 43%.

Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Mohsin (1991) mengenai masalah hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa university di Malaysia mendapati bahawa kadar interaksi dalam kalangan responden di UKM dan UM adalh seragam dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan responden di UTM. Selain itu, beliau juga mendapati bahawa pelajar university tidak menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh university dengan sepenuhnya untuk berinteraksi dan seterusnya membentuk integrasi etnik di universiti. Pelajar berbeza etnik masih lagi mempunyai sikap streotaip dan prasangka antara satu sama lain. Keadaan ini menunjukkan hubungan antara etnik masih lagi renggang akibat daripada kewujudan sikap permusuhan dalam kalangan pelajar.

Kajian Abdullah Taib (1984) pula melihat kadar interaksi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di tiga buah Universiti. Kajian tersebut mendapati interaksi antara etnik yang sama lebih tinggi berbanding kadar interaksi antara etnik. Hal ini didorong oleh banyak factor antaranya ialah pembelajaran seperti perbincangan dalam kumpulan mengenai pelajaran atau tugasan.

Page 7: Kajian Hubungan Etnik

Kajian Ibrahim Saad (1980) pula menumpukan kepada soal mengenalpasti tahap penghayatan identiti nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Kajian yang dilakukan oleh beliau turut menggunakan model pelajar sebagai pengukur untuk mencari identit-identiti yang boleh diklasifikasikan sebagai identiti nasional. Kajian beliau dilakukan keatas peljar sekolah mennegah yang terpilih di kawasan bnadar dan luar bandar. Dalam kajian tersebut beliau mendapati bahawa di kawasan luar bandar adalah lebin tinggi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding pelajar di kawasan bandar.

Sanusi Osman (1989) dalam kajiannya terhadap polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi telah menggariskan beberapa masalah polarisasi dalam kalangan pelajar berbagai etnik. Dalam kajinnya beliau mendapati bahawa kebanyakkan kegiatan yang melibatkan peluang-peluang interaksi para pelajar tidak mendorong kepada hubungan mahupun pergaulan yang lebih luas. Ini disebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan kegiatan sesama etnik. Antara faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya masalah polarisasi adalah disebabkan oleh masalah pelajar dan perkembangan masyarakat yang membawa isu-isu kepentingan kaum-kaum tertentu. Ketiga, masalah sistempolitik dan ekonomi iaitu para pelajar di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik luaran yang akhirnya mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan jarang memikirkan strategi kea rah memupuk hubungan kaum yang lebih rapat dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Dalam kajian Mansor Mohd. Noor dan rakan-rakan (2001) tahap atau darjah etnik seseorang individu itu akan menentukan tingkahlakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang tebal batas etniknya akan mengutamakan perkiraan etnik di dalam tingkahlakunya. Berbeza dengan individu yang nipis atau pupus batas etniknya akan mengutamakan perkiraan bersifat non-etnik hingga boleh berhubungan dengan individu-individu lain berdasar silang kumpulan. Dalam suasana sosial berbentuk ini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni. Berlainan jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubung dengan etnik lain berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat plural, terpisah, terasing dan masing-masing berada dalam kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama.

Page 8: Kajian Hubungan Etnik

3.0 Kaedah Kajian

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian dengan mengunakan instrument kajian melalui soal selidik, semua perolehan data akan dianalisi dan diterangkan secara deskriptif.

Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang ditetapkan. Penganalisaan data kajian adalah meliputi perkara seperti latar belakang responden, pemahaman pelajar mengenai hubungan etnik, tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar, polarisasi kaum di UTeM dan cadangan untuk memupuk dan mengukuhkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

3.2 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar di kampus induk UTeM, iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian telah dijalankan disekitar kampus induk terutamanya di perpustakaan UTeM. Pemilihan kawasan kajian ini adalah untuk memudahkan urusan penyelidikan dilakukan dengan pengedaran dan pengutipan borang soal selidik.

3.3 Populasi Kajian dan Sampel Kajian.

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang berjumlah 40 orang. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di sekitar UTeM dan kawasan fakulti. Pemilihan sampel diseimbangkan untuk setiap etnik, jantina dan fakulti.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen utama kajian ini adalah berbentuk soal selidik di mana kami telah mengedarkan borang kaji selidik kepada responden sekitar UTeM.

Borang soal selidik telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang responden. Responden dikhendaki menjawab soalan berkaitan jantina, kaum, umur dan fakulti.

Page 9: Kajian Hubungan Etnik

Bahagian B adalah soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan objektif kajian iaitu pemahaman terhadap hubungan etnik, tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar, faktor polarisasi kaum di university dan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan dan memupuk hubungan antara etnik di UTeM.

Data yang diperolehi hasil dari borang soal selidik ini dianalisa secara manual dan data diperolehi akan dimasukkan kedalam sistem komputer untuk dijadualkan. Selain itu hasil dari lima skala likert yang digunakan untuk mengukur tahap persetujuan terhadap pernyataan yang dikemukakan telah dibahagikan kepada tahap penskoran kecenderungan terhadap positif atau negatif.

Page 10: Kajian Hubungan Etnik

4.0 Hasil Kajian

Frekuensi Peratus (%)

Frekuensi Peratus (%)Jantina Lelaki 13 32.5

Perempuan 27 67.5Bangsa Melayu 26 65

Cina 7 17.5India 7 17.5Lain-lain 0 0

Umur <20 5 12.521-30 33 82.531-40 2 541-50 0 0>50 0 0

Fakulti FTMK 20 50FKE 4 10FKEKK 7 17.5FKP 9 22.5

4.1 Bahagian A

Jadual 1: Profil Responden

Data yang diperolehi hasil dari borang soal selidik dianalisa dengan teliti berdasarkan jumlah responden, jantina, bangsa, umur dan fakulti. Berdasarkan data yang diperolehi, dari sudut jantina perempuan mempunyai bilangan lebih tinggi berbanding lelaki. Ini disebabkan faktor tempat. Kami memilih perpustakaan untuk mengedarkan borang-borang analisa kepada responden dan kami dapati bilangan perempuan lebih berbanding lelaki. Dari sudut bangsa, responden melayu senang dijumpai di perpustakaan berbanding bangsa lain dan kemungkinan pelajar melayu lebih menyukai belajar di perpustakaan. Hal ini kemungkinan mereka berasa selesa belajar di keadaan yang sunyi serta boleh membuat perbincangan bersama pelajar lain. Dari sudut umur, kami dapati responden yang berumur 21-30 mengungguli peratus sari yang lain. Ini disebabkan kebanyakkan responden lepasan matrik mahupun asasi. Dari sudut fakulti,

Page 11: Kajian Hubungan Etnik

kami dapati responden dari FTMK lebih ramai berbanding yang lain. Ini disebabkan faktor tidak sengaja dan kemungkinan responden FTMK lebih gemar belajar di perpustakaan.

1. Pada umur berapakah anda memahami rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama yang berbeza ?

59%23%

10% 9%

UMUR

<1313-1920-30>30

Majoriti responden yang masih berumur 13 tahun kebawah sudah memahami tentang kepelbagaian rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik,budaya dan juga agama. Rata-rata responden yang berumur 20-30 an sudah memahami kepelbagaian yang ada di Malaysia.

2. Pada umur berapakah anda memahami perbezaan kaum, budaya dan agama boleh menimbulkan salah faham dan konflik dalam Negara kita ?

10%

78%

13%

UMUR

<1313-1920-30>30

Rumusan daripada graf di atas menunjukkan majoriti responden berpendapat mereka yang berumur 13-19 tahun faham perbezaan kaum, budaya dan agama boleh menimbulkan salah faham dan konflik dalam negara. Hal ini disebabkan beberapa

Page 12: Kajian Hubungan Etnik

faktor,antaranya mereka tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan. Selain itu perasaan ingin memberontak juga menjadi salah satu faktor.

4.2 Bahagian B

3. Adakah anda pernah dengar tentang Hubungan Etnik ?

TIDAK PERNAH TIDAK PASTI PERNAH0

10

20

30

40

Adakah anda pernah dengar tentang Hubungan Etnik ?

Keputusan diatas menunjukkan tiada seorang pun yang tidak pernah mendengar tentang hubungan etnik. Seramai 15 orang menyatakan tidak pasti. Hal ini mungkin disebabkan tiada pendedahan tentang hubungan etnik dalam kalangan mereka. Manakala seramai 35 orang mengatakan pernah mendengar tentang hubungan etnik.

4. Adakah anda memahami definisi Hubungan Etnik ?

TIDAK TIDAK PASTI YA0

10

20

30

Adakah anda memahami definisi Hubungan Etnik ?

Page 13: Kajian Hubungan Etnik

Mengikut keputusan di atas, kumpulan minoriti megatakan tidak memahami definisi hubungan etnik. Seramai 15 orang pula menyatakan tidak pasti tentang memahami definisi hubungan etnik. Hal ini mungkin disebabkan mereka keliru dengan maksud atau memahami definisi hubngan etnik. Manakala seramai 20 orang memahami definisi hubungan etnik.

5. Pada pandangan anda, adakah hubungan antara etnik wujud di UTeM ?

TIDAK TIDAK PASTI YA05

10152025

Pada pandangan anda, adakah hubungan antara etnik wu-jud di UTeM ?

Majoriti megatakan ya tentang wujudnya hubungan etnik di Utem. Hal ini kerana,Utem terdiri daripada pelbagai kaum dan mereka saling berkomunikasi antara satu sama lain. Persekitaran yang aman juga menjadi faktor wujudnya hubungan antara etnik di Utem.

6. Sulit hendak membina persahabatan dengan pelajar yang lain.

43%

15%

43%

setuju tiada pilihan tidak setuju

Page 14: Kajian Hubungan Etnik

Soalan diatas berkenaan dengan kebolehan responden untuk menjalinkan persahabatan dengan pelajar berlainan etnik. Secara ringkasnya didapati tiada sebarang perbezaan pendapat antara mereka yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan peratusan sejumlah kira-kira 42%. Manakala bagi yang tidak pasti pula adalah sejumlah 15%. Jadi ,dapat dirumuskan bahawa masih terdapat kelemahan dalam menjalinkan hubungan persahabatan antara pelajar berlainan etnik dan hal ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan serta mungkin juga terdapat jurang dengan ada perbezaan agama, adat resam dan cara hidup.

7. Pelajar-pelajar jarang merayakan hari kebesaran kumpulan etnik mereka dengan menjemput individu dari etnik lain.

60%

13%

28%setuju tiada pilihan tidak setuju

Berkenaan dengan soalan diatas, majoriti responden dilihat bersetuju dengan jumlah 60% dari 40 responden manakala mereka yang tidak setuju serta tiada pilihan masing-masing sejumlah 28% dan 12%. Hal ini terjadi disebabkan kurangnya pergaulan antara kaum yang seterusnya menimbulkan rasa kurang selesa untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Pendekatan seperti rumah terbuka yang menggabungkan perayaan kaum berlainan sedikit sebanyak mungkin dapat membantu.

8. Tidak menghadapi masalah bertukar-tukar nota kuliah dan belajar dalam kumpulan dengan pelajar dari etnik yang lain

Page 15: Kajian Hubungan Etnik

85%

8% 8%

setuju tiada pilihan tidak setuju

Soalan diatas berkait dengan hubungan etnik dalam sesi pembelajaran. 85% responden bersetuju bahawa tiada masalah untuk bertukar nota dengan etnik lain. Hanya sejumlah 15% yang kurang bersetuju. Dapat dirumuskan bahawa stail hubungan etnik dalam bidang akademik mungkin selangkah maju ke hadapan berbanding aspek lain dan ini menunjukkan satu perkembangan positif.

9. Lebih selesa untuk tinggal sebilik dengan rakan yang sama bangsa dan agama.

70%

20%

10%

setuju tiada pilihan tidak setuju

Soalan diatas menyentuh antara skop yang paling kecil dalam hubungan etnik. 70% responden bersetuju bahawa lebih selesa untuk tinggal dengan rakan yang sama bangsa.10% tidak setuju dan 20% lagi tidak pasti. Setelah dilihat pada majoriti, satu kesimpulan kecil dapat dibuat iaitu perbezaan agama dan adat antara faktor menyumbang kepada pilihan majoriti responden.

10. sukar untuk berbincang tentang masalah peribadi dengan rakan yang berlainan agama dan etnik.

Page 16: Kajian Hubungan Etnik

55%

23%

23%setuju tiada pilihan tidak setuju

Carta pai diatas menunjukkan peratusan pendapat mengenai keterbukaan dalam berbincang tentang masalah peribadi. 55% bersetuju bahawa sukar untuk berkongsi masalah manakala 22% lagi tidak bersetuju dan 23% lagi tiada pilihan. Responden yang bersetuju mungkin berdepan masalah komunikasi memandangkan terhadap perbezaan bahasa antara etnik.

0

2

4

6

8

10

12

14

16

2

14

15

8

1

11)Terdapat prasangka dan stereotaip yang kuat antara kaum.

amat tidak setuju tidak setuju tiada pilihan setuju amat setuju

Page 17: Kajian Hubungan Etnik

Carta di atas menunjukkan pendapat responden- responden terhadap pransangka dan streotaip antara kaum. Skor tertinggi ialah tidak setuju yang diwakili oleh 16 orang responden dan mewakili 40 peratus daripada keseluruhannya. Selain itu, sebanyak 37.5 peratus responden tidak pasti dan hanya 22.5 peratus setuju. Oleh itu, kebanyakan responden tidak mempunyai prasangka dan streotaip yang kuat antara kaum. Akan tetapi, ramai juga responden tidak pasti akan perkara ini kerana hanya kurang satu responden yang tiada pilihan daripada responden yang setuju.

5%

15%

28%43%

10%

12) Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai etnosentrism (semangat

assabiyah/kekitaan) yang tinggiamat tidak setuju tidak setuju tiada pilihan setuju amat setuju

Carta pai di atas menggambarkan pendapat responden terhadap semangat assabiyah atau etnosentrism antara pelajar. Berdasarkan kajian, peratusan tertinggi iaitu sebanyak 70 peratus responden bersetuju bahawa sebahagian besar pelajar mempunyai semangat assabiyah yang tinggi manakala bilangan peratusan yang sama iaitu sebanyak 15 peratus dikongsi oleh responden yang tidak setuju dan tiada pilihan. Justeru,ramai responden berpendapat bahawa semangat assabiyah tinggi dalam kalangan pelajar.

Page 18: Kajian Hubungan Etnik

8%

48%

13%

30%

3%

13) kebanyakan pelajar tidak menjaga sensitiviti kaum dengan menyindir /

menghina kaum lain ketika berinteraksi.amat tidak setuju tidak setuju tiada pilihan setuju amat setuju

Carta pai di atas menunjukkan pendapat tentang kebanyakkan pelajar tidak menjaga sensitiviti kaum dengan menghina kaum lain ketika berinteraksi. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, sebanyak 54 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Selain itu, sebanyak 33 peratus setuju dan hanya 13 peratus tiada pilihan. Secara keseluruhannya, lebih separuh daripada responden tidak bersetuju bahawa kebanyakkan pelajar tidak menjaga sensitiviti kaum dengan menghina kaum lain ketika berinteraksi.

5%

18%

20%45%

13%

14) Kurang perbincangan secara terbuka dan serius dalam kalangan pelajar pelbagai etnik mengenai politik, ekonomi dan

sosial.

amat tidak setuju tidak setuju tiada pilihan setuju amat setuju

Page 19: Kajian Hubungan Etnik

Carta pai di atas menunjukkan kenyataan mengenai kurangnya perbincangan secara terbuka dan serius dalam kalangan pelajar pelbagai etnik mengenai politik, ekonomi dan sosial. Sebanyak 58 peratus responden bersetuju, 22 peratus tidak setuju dan 20 peratus lagi tiada pilihan. Kebanyakkan responden bersetuju bahawa kuruangnya perbincangan seara terbuka dan serius dalam kalangan pelajar pelbagai etnik mengenai politik dan sosial.

0

5

10

15

20

25

30

35

21

29 30

2119

15) Program yang perlu dilaksanakan oleh pihak universiti untuk memupuk dan mengukuhkan perpaduan di antara

kaum dalam kalangan pelajar.

1-Kursus pengurusan masyarakat pelbagai budaya diwajibkan 2- Penglibatan dalam persatuan pelajar & kegiatan kesukanan 3- Galakan semasa menyambut hari kebesaran kaum & agama 4- Wujud & galakan penyertaan dalam pasukan beruniform. 5- Wujudkan perbincangan atau forum.

Graf bar di atas memaparkan program-program yang perlu dilaksanakan oleh pihak universiti untuk memupuk dan mengukuhkan perpaduan di antara kaum dalam kalangan pelajar. Program galakan semasa menyambut hari kebesaran kaum dan agama mendapat undian sebanyak 25 peratus. Program penglibatan dalam persatuan pelajar dan kegiatan kesukanan mendapat sekongan sebanyak 24.67 peratus daripada keseluruhan responden. Program mewajibkan kursus pengurusan masyarakat pelbagai budaya dan program galakan penyertaan pasukan beruniform mepunyai peratusan yang sama iaitu 17.5 peratus manakala program mewujudkan perbincangan atau forum mendapat 15.83 peratus sokongan daripada responden. Secara keseluruhan , dua program yang paling disokong ialah program galakan semasa menyambut hari kebesaran kaum dan agama dan program penglibatan dalam persatuan pelajar dan kegiatan kesukanan.

Page 20: Kajian Hubungan Etnik

5.0 Kesimpulan

Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya interaksi antara kaum di Utem lebih cenderung kepada negatif. Hal ini kerana kurangnya pergaulan dan pergaulan mesra antara satu etnik dengan etnik lain. Akan tetapi,etnik yang menyentuh sensitiviti suatu etnik lain dan perkara yang dapat menimbulkan perbalahan antara etnik tidak wujud di Utem.

Berdasarkan kepada tahap kefahaman mahasiswa di Utem terhadap hubungan etnik berada pada tahap tinggi. Secara purata mahasiswa faham dan tahu maksud hubungan sesama etnik.

Tahap hubungan etnik di dalam kampus pula berada pada tahap rendah dan cenderung ke arah negatif. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai persepsi wujudnya semangat assabiyyah yang kuat disebabkan oleh perbezaan latar belakang kaum atau etnik mereka.

Antara faktor yang menyebabkan hubungan etnik di Utem berada pada tahap yang rendah ialah wujudnya prasangka dan steriotaip yang kuat antara kaum Selain itu, semangat perkauman yang tinggi juga pengundang utama kepada masalah ini dant isu-isu antara etnik ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka juga salah satu faktornya.

Terdapat perkara yang boleh dilakukan oleh pihak universiti untuk meningkatkan hubungan baik antara etnik iaitu menggalakkan sambutan hari kebesaran kaum dan agama kepada etnik lain asalkan tidak menyalahi undang-undang agama sesuatu etnik yang menyambutnya. Perkara lain yang boleh dilakukan ialah mewajibkan banyak etnik terlibat dalam satu jenis sukan atau persatuan agar tidak wujud dominasi kaum dalam sesuatu sukan atau persatuan.

Harapan agar mahasiswa di Utem dapat mencapai tahap hubungan akrab antara etnik ke tahap yang optimum dan tinggi.

Page 21: Kajian Hubungan Etnik

6.0 Rujukan

1. Rabushka, A.(1968), Ethnic Components of Political Integration in Two Malayan Cities. Michigan : University Microfilms, Inc.,Ann Arbor.

2. Sanusi Osman (1989), Ikatan Etnik dan Kelas Di Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New York : New York University Press.

4. Abdullah Taib (1984). Integrasi dan Polarisasi Mahasiswa Universiti di Malaysia. Laporan Teknikal,Biro Perundangan dan Penyelidikan. Bangi:Universiti Utara Malaysia. (tidak diterbitkan).

5. Ibrahim Saad (1980), Competing Identities in a Plural Society. Singapore : The Institute of South East Asian Studies.

6. Mansor Mohd Noor dan rakan-rakan (2001),Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang : Pusat Penyelidikan Dasar,Universiti Sains Malaysia.

7. Ibrahim Saad (1980), Competing Identities in a Plural Society. Singapore : The Institute of South East Asian Studies.

8. Rusimah Sayuti, Salma Ishak dan Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah (2004). Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Seminar Anatrabangsa Pemantapan Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme. 4-6 September 2004. Langkawai Kedah, 162-172.