Upload
asmawi-bin-abdullah
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
1/23
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP
PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH: KAJIAN KES DI
SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH BERA
NAMA: AISYAH BINTI CHE ISMAIL NO I/C: 921230-06-5712
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN, 28330 TRIANG,
PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH: 19 FEBRUARI 2011
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
2/23
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan
kajian ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya
menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan
Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kerjasama kepada saya dalam
menyiapkan kajian ilmiah ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan membolehkan saya
menjalankan kajian ini dengan lebih lancar.
Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada Encik Asmawi bin Abdullah selaku guru
pembimbing kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya
melengkapkan kajian ini khususnya daripada aspek kaedah dan penulisan laporan kajian.
Sokongan dan kerjasama rakanrakan juga turut saya hargai. Sokongan dan kerjasama
rakan-rakan dalam kajian ini banyak membantu saya dalam proses menjalankan kajian ilmiah
ini serta membantu memantapkan lagi kajian ini.
Kerjasama pelajar-pelajar pra universiti juga amat dihargai khususnya sebagai responden
untuk melengkapkan kajian ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pelajar banyak
membantu saya bagi melengkapkan kajian ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan kajian ini. SEKIAN.
i
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
3/23
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan i
Abstrak 1
Pendahuluan 2
Pernyataan masalah 3
Tujuan kajian 4
Soalan kajian 4
Skop kajian 5
Kepentingan kajian 5
Kaedah kajian 6
Dapatan kajian 7
Perbincangan 12
Kesimpulan 14
Rujukan 15
Lampiran 16
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap
perkhidmatan kantin sekolah dalam kalangan pelajar pra universiti. Selain daripada itu, kajian
ini bertujuan untuk melihat tahap kebersihan diri serta persekitaran, harga makanan, jumlah
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
4/23
kuantiti bagi pelajar dan perkhidmatan serta layanan yang diberikan oleh para pekerja kantin.
Kajian ini telah dijalankan disebuah sekolah menengah di daerah Bera, Pahang. Subjek kajian
yang adalah seramai 50 orang pelajar pra universiti. Instrumen kajian adalah menggunakan
borang soal selidik dan data di analisis menggunakan kaedah statistik dan peratus. Hasil
kajian mendapati daripada aspek kebersihan sama ada persekitaran mahupun kebersihan diri
didapati sebahagian besar pelajar mengatakan tahap kebersihan adalah kurang memuaskan.
Kajian ini juga mengkaji mengenai harga makanan di kantin dan dapatan kajian mendapati
hampir semua pelajar mengatakan harga menu yang tertera ditampal tidak sama dengan harga
semasa urusan jual beli. Seterusnya, sebahagian besar pelajar berpendapat kuantiti makanan
yang disediakan tidak mencukupi dan hanya sebahagian kecil sahaja yang mengatakan
kuantiti makanan adalah mencukupi. Dalam kajian ini juga mendapati,tahap perkhidmatan
dan layanan yang diberikan oleh pekerja kantin adalah kurang memuaskan. Kesimpulannya,
kajian ini juga merupakan sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan tahap pengurusan
kantin di sekolah tersebut dan memberikan idea kepada pihak sekolah bagi membangunkan
taraf perkhidmatan kantin.
1
PENDAHULUAN
Kantin merupakan tempat yang dikhaskan untuk warga sekolah makan dan minum sepanjang
tempoh persekolahan. Layanan kantin atau kafetaria merupakan salah satu bentuk layanan
khusus di sekolah yang berusaha menyediakan makanan dan minuman yang diberikan kepada
para pelajar siswa atau warga sekolah. Good (1959) dalam bukunyaDictionary of Education
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
5/23
mengatakan bahawa: cafetaria a room or building in which public school pupils or college
student select prepared food and serve themselves. Kantin adalah suatu ruang atau bangunan
yang berada di sekolah mahupun perguruan tinggi, di mana menyediakan makanan yang sihat
untuk para pelajar yang dilayani oleh petugas kantin.
Selain itu, kantin sekolah memainkan peranan penting di setiap sekolah dan merupakan
sumber ekonomi kepada setiap pekerja dan pihak kantin itu sendiri. Kualiti dan kebersihan
kantin itu juga haruslah menepati setiap kepuasan dalam diri setiap pelanggan yang datang ke
kantin tersebut. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pelanggan yang pergi ke kantin
mahukan kesempurnaan dan keselesaan yang terjamin supaya tidak mendatangkan kesan
yang buruk kepada diri masing-masing. Oleh itu, kantin sendiri harus mengikuti prosedur
tentang cara mengolah dan menjaga kebersihan kantin. Makanan yang disediakan kantin
haruslah bersih dan halal. Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran
sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
Pengurusan sesebuah kantin sekolah adalah merupakan tanggungjawab bersama Pengetua
atau Guru Besar, GPK HEM dan pengusaha kantin itu sendiri. Pihak sekolah hendaklah
menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan dan kemudahan
kemudahan kantin sentiasa terkawal agar para pelajar selesa sewaktu makan di kantin.
2
PERNYATAAN MASALAH
Pengusaha kantin dan para pekerja bertanggungjawab dalam penyediaan makanan di kantin
sekolah. Penyediaan makanan yang tidak sesuai dan tidak bersih serta tidak mematuhi
beberapa syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan
mendatangkan pelbagai kesan buruk. Masalah kebersihan diri para pekerja dan persekitaran
http://id.wikipedia.org/wiki/Prosedurhttp://id.wikipedia.org/wiki/Prosedur8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
6/23
kantin yang kurang memuaskan akan menyebabkan pelbagai penyakit berlaku seperti
kolera(taun) dan keracunan makanan.
Selain itu, pengusaha tidak mematuhi menu dan sebut harga yang telah dipersetujui
semasa permohonan untuk mendapatkan tender. Biasanya harga yang dijual lebih mahal
berbanding harga yang ditampal di kaunter pembelian makanan.
Pelajar juga tidak mempunyai pilihan untuk membeli makanan. Makanan yang disediakan
sewaktu rehat amat terhad iaitu satu atau dua jenis sahaja setiap hari. Kuantiti makanan yang
sedikit tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai dan menyebabkan para pelajar
terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan makanan.
Kecekapan para pekerja kantin juga memainkan peranan dalam mengawal kesesakan
pelajar sewaktu rehat. Layanan para pekerja yang kurang mesra tidak dapat merapatkan
hubungan sesama pelajar.
Memandangkan kantin adalah kawasan yang penting bagi sesebuah sekolah, kajian ini
dijalankan bagi meninjau sejauh manakah tahap kepuasan pelajar terhadap kantin sekolah
mereka.
3
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan kantin
sekolah. Kajian ini akan dapat memberi gambaran secara empirikal tentang tahap kepuasan
pelajar terhadap perkhidmatan kantin sekolah. Antara tujuan kajian ini ialah untuk
mengetahui tahap kebersihan diri para pekerja kantin. Kajian ini juga dijalankan bagi
meninjau sejauh manakah tahap kebersihan persekitaran kantin. Selain itu, kajian ini juga
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
7/23
bertujuan untuk mengetahui harga menu yang ditampal di kantin sama dengan semasa urusan
jual beli. Kajian ini juga dijalankan untuk meninjau kuantiti makanan yang disediakan
mencukupi atau tidak untuk para pelajar. Daripada kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui
tahap perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh warga kantin kepada para pelajar.
SOALAN KAJIAN
Berlandaskan tujuan kajian di atas maka kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang
berikut :
1.Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri serta persekitaran?
2.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan?
3.Adakah kuantiti makanan yang disediakan mencukupi untuk para pelajar?
4.Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan?
4
SKOP KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai 50 orang pelajar pra universiti dan hanya dijalankan di sebuah
sekolah menengah di Daerah Bera. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi
gambaran di sekolah lain.
KEPENTINGAN KAJIAN
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
8/23
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar para
pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di kantin
sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar
memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka. Harga yang ditetapkan
juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab memastikan
pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi untuk
meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pihak pengurusan sekolah harus sentiasa memantau perkhidmatan kantin dari segi kualiti
makanan, kebersihan persekitaran kantin serta kebersihan pengendali makanan secara
keseluruhan. Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan pelajar tentang tatacara ketika
berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin.
Pihak pengurusan kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar
mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Pengusaha juga perlulah menjaga nama
5
baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Selain itu,
pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir bagi memuaskan hati
semua pihak.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalansoalan kajian di atas.
Sekumpulan pelajar yang terdiri pelajar pra universiti dari sebuah sekolah telah digunakan
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
9/23
sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai 50 sampel telah
digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab keempat-empat soalan
tersebut.
Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden iaitu
pelajar pra universiti meghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara
sampel yang digunakan adalah seramai 17 (34%) sampel pelajar lelaki dan 33 (66%) sampel
pelajar perempuan. Sampel kajian ini diambil mengikut kelompok pelajar mengikut kelas,
kelas pertama seramai 17 (34%) sampel, kelas kedua seramai 18 (36%) sampel dan kelas
ketiga pula seramai 15 (30%) sampel.
Instrument kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada
soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu jantina dan kelas. Bahagian
kedua pula terdiri daripada empat perkara yang berkaitan dengan tahap kebersihan diri
pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin, harga menu di kantin sekolah,
kuantiti makanan serta tahap perkhidmatan para pekerja kepada pelajar. Manakala, bahagian
ketiga pula mengemukakan soalan terbuka iaitu cadangan bagi meningkatkan taraf
6
perkhidmatan kantin. Antara cadangan yang dikemukakan ialah persekitaran di dalam dan di
luar kantin lebih bersih, pihak sekolah memastikan tiada haiwan seperti ayam berkeliaran di
kawasan kantin, segala keperluan seperti sudu dan pinggan mencukupi untuk pelajar dan
menyarankan pihak kantin mempelbagaikan menu agar pelajar tidak terhad memilih makanan
serta cukup untuk para pelajar.
Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji yang mengambil data dan dianalisis
menggunakan kaedah statistik iaitu bagi mengukur peratus. Data diproses dengan
menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf, carta pie serta jadual .
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
10/23
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah cuba menjawab empat soalan utama kajian. Bahagian ini akan cuba
mengemukakan data empirikal bagi menjawab keempat-empat soalan kajian tersebut.
1.(a) Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri ?
Jadual 1: Kebersihan diri pihak pengurusan kantin
Kebersihan diri Jumlah pelajar Peratus (%)
Sangat Bersih 1 2
Bersih 5 10
Memuaskan 10 20
urang Memuaskan 24 48
Kotor 7 14
Sangat kotor 3 6
Jadual 1 menunjukkan tahap kebersihan diri pihak pengurusan kantin. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa peratusan tahap kebersihan diri pihak pengurusan kantin yang paling
7
tinggi adalah kurang memuaskan iaitu sebanyak 48 %.
Sementara itu, sebanyak 20% bagi kategori memuaskan, diikuti 14% mengatakan kotor.
Kelompok pelajar yang mengatakan bersih dan sangat kotor ialah 10 % dan 6 %. Peratus
yang mengatakan tahap kebersihan diri di tahap sangat bersih adalah sebanyak 2% .
b). Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan persekitaran ?
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
11/23
Jadual 2 : Kebersihan persekitaran kantin
Kebersihan persekitaran Jumlah Pelajar Peratus ( % )
Sangat Bersih 1 2
Bersih 3 6
Memuaskan 8 16
Kurang memuaskan 18 36
Kotor 13 26
Sangat Kotor 7 14
8
Jadual 2 menunjukkan kebersihan persekitaran kantin sekolah tersebut. Dapatan kajian
daripada soal selidik, kurang memuaskan adalah sebanyak 36 %, kotor adalah sebanyak
26% dan seterusnya memuaskan sebanyak 16%.
Seterusnya, sebanyak 14% pelajar mengatakan kebersihan persekitaran kantin adalah sangat
kotor dan bersih sebanyak 6%. Peratusan bagi persekitaran yang sangat bersih ialah 2%
sahaja iaitu peratusan yang sangat kecil jumlahnya.
2.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah
dilekatkan?
Jadual 3 : Harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan
Harga menu Jumlah pelajar Peratus (%)
Ya 12 24
Tidak 38 76
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
12/23
9
Jadual 3 menunjukkan harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah
dilekatkan. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, sejumlah 76 % pelajar mengatakan
harga semasa urusan pembelian tidak sama dengan harga yang telah dilekatkan. Manakala
hanya 24% pelajar sahaja yang menjawab harga semasa urusan pembelian sama seperti
butiran harga yang telah dilekatkan.
3. Adakah kuantiti makanan yang disediakan mencukupi untuk para pelajar ?
Jadual 4 menunjukkan kuantiti makanan yang disediakan untuk para pelajar. Berdasarkan
dapatan kajian yang dijalankan, sebanyak 88% pelajar mengatakan makanan yang disediakan
tidak mencukupi untuk para pelajar. Manakala bagi yang menjawab Ya adalah sebanyak 12%
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
10
Jadual 4: Kuantiti makanan
Kuantiti makanan Jumlah pelajar Peratus (%)
Ya 6 12
Tidak 44 88
4. Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan ?
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
13/23
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
14/23
dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh pelajar mengatakan kebersihan
persekitaran adalah kurang memuaskan seperti longkang, sinki dan kawasan untuk para
pelajar makan.
Dari sudut harga pula, hampir sebahagian pelajar memberikan respon bahawa harga
semasa urusan pembelian tidak sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan. Hanya
segelintir pelajar berpendapat harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga
yang telah dilekatkan.
Berdasarkan analisis kajian, makanan yang disediakan untuk para pelajar adalah tidak
mencukupi bagi para pelajar. Hanya segelintir pelajar sahaja berpendapat kuantiti makanan
mencukupi untuk para pelajar. Hal ini disebabkan jumlah menu yang disediakan terhad dan
para pelajar tidak dapat membuat pilihan makanan.
Kajian ini menunjukkan bahawa tahap perkhidmatan serta layanan pekerja kantin kepada
pelajar adalah kurang memuaskan. Sikap kurang mesra antara satu sama lain tidak dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain khususnya sebagai warga sekolah.
Kajian ini juga memperoleh beberapa cadangan yang bernas bagi meningkatkan taraf
perkhidmatan kantin. Para pelajar mencadangkan agar pihak sekolah memastikan tiada
haiwan seperti ayam berkeliaran di kawasan sekolah khususnya di kawasan kantin. Selain itu,
para responden menyarankan agar pihak kantin mempelbagaikan menu agar para pelajar
tidak terhad memilih makanan yang dikehendaki serta mencukupi untuk para pelajar bagi
mengelakkan pelajar terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan makanan. Ia
merupakan satu cadangan yang positif khususnya bagi pihak kantin bagi memantapkan lagi
13
tahap pengurusan kantin sekolah.
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
15/23
KESIMPULAN
Kantin sekolah merupakan tempat yang penting untuk warga sekolah khususnya para pelajar
bagi sesi persekolahan untuk makan dan minum. Tujuan utama mengadakan kantin di
sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada para pelajar bagi
kepentingan tumbesaran dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka
berada di sekolah. Kantin sekolah juga merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik
mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang baik. Kajian ini telah cuba untuk
mendedahkan tahap kepuasan pelajar pra universiti terhadap perkhidmatan kantin sekolah
dan seterusnya dapat membantu pihak kantin meningkatkan kesempurnaan yang sedia ada
serta mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data yang telah diperlihatkan.
14
RUJUKAN
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
16/23
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005, Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.
Gempita Maju Sdn . Bhd. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras
3&4, Blok E 2,Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
The Star,Majalah Kuntum Januari 2011,Piramid Makanan dan Panduan Makanan
Sihat. KUM PRINTERS SDN BHD- Menara Star, 15 Jalan 16/11 ,46350 Petaling
Jaya
Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin, November 2008,
http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-
sekolah.html
Surat Pekelilng Ikhtisas, Mac 2010, http://www.google.com.my/search?
client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US
%3Aofficial&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btn
G=Google+Search
Perkhidmatan kantin sekolahhttp://www.bicaraguru.com/showthread.php?93-adakah
anda berpuas hati dengan kantin sekolah anda?
15
LAMPIRAN
http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-sekolah.htmlhttp://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-sekolah.htmlhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-sekolah.htmlhttp://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-sekolah.htmlhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Searchhttp://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btnG=Google+Search8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
17/23
Pusat Pembelajaran Tingkatan 6,
Sekolah Menengah Kebangsaan Purun , 28200 Triang , Pahang Darul Makmur .
___________________________________________________________________________
Soal selidik ini adalah berkenaan dengan kajian tahap kepuasan pelajar terhadap
perkhidmatan di kantin sekolah . Diharap para responden memberi maklumat dengan ikhlas .
Responden anda amat dihargai . Sekian , terima kasih .
BAHAGIAN I
Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan menggunakan pensel.
1.Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan
2.Kelas
( ) PPUB 1 ( ) PPUB 2 ( ) PPUB 3
16
BAHAGIAN II
Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
18/23
1.Apakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri? Sila pilih tahap
kebersihan diri pihak pengurusan kantin.
( ) Sangat bersih ( ) Kurang memuaskan
( ) Bersih ( ) Kotor
( ) Memuaskan ( ) Sangat kotor
2.Apakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan persekitaran kantin? Sila pilih
tahap kebersihan persekitaran kantin.
( ) Sangat bersih ( ) Kurang memuaskan
( ) Bersih ( ) Kotor
( ) Memuaskan ( ) Sangat kotor
3.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan?
( ) Ya ( ) Tidak
4.Adakah kuantiti makanan yang sering disediakan mencukupi untuk para pelajar?
( ) Ya ( ) Tidak
5.Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan?
( ) Sangat baik ( ) Memuaskan
( ) Baik ( ) Kurang memuaskan
17
Soalan Terbuka
1.Berikan cadangan anda bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kantin. Pilih satu cadangan
sahaja.
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
19/23
( ) Persekitaran di dalam dan di luar kantin lebih bersih terutama di tempat penyediaan
makanan, longkang dan singki tidak tersumbat.
( ) Pihak sekolah memastikan tiada haiwan seperti ayam berkeliaran di kawasan sekolah
khususnya di kantin sekolah.
( ) Segala keperluan seperti sudu dan pinggan mencukupi untuk para pelajar.
( ) Menyarankan pihak kantin mempalbagaikan menu agar para pelajar tidak terhad
memilih makanan yang dikehendaki serta mencukupi untuk para pelajar bagi mengelakkan
pelajar menunggu lebih lama.
18
GAMBAR KANTIN SEKOLAH
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
20/23
19
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
21/23
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
22/23
20
8/7/2019 Kajian Ilmiah - Aisyah
23/23