Upload
doankiet
View
303
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KAJIAN MENINGKATKAN SOSIOEKONOMI PEKEBUN KECIL
KELAPA DI DAERAH HILIR PERAK DAN PERAK TENGAH
Penyelidik Prof. Dr. Sharil @ Charil Hj. Marzuki (Ketua)
PM Dr. Khalid Ismail PM Dr Noor Al-Huda Abdul Karim
PM Dr Hamidah Yusof Dr. Rohaila Yusof
Dr. Norasibah Abdul Jalil Dr. Khoo Yin Yin
Dr. Ahmad Zainal Abidin Abdul Razak Dr. Nek Kamal Yeop Yunus
1
Pengenalan
Kebanyakan tanaman kelapa di Malaysia terdapat di sekitar pesisiran pantai
terutama di Bagan Datoh, Sabak Bernam, Batu Pahat, Muar, Pontian, Bachok,
Besut dan Kuala Terengganu.
Pada tahun 2005, keluasan tanaman kelapa adalah 121,011 hektar, tetapi pada
tahun 2007, keluasan telah berkurang kepada 109,185 hektar dan pada tahun
2011 keluasan tersebut telah berkurangan menjadi 110,000 hektar (Wikipedia,
2012).
Terdapat beberapa jenis kelapa yang ditanam, antaranya ialah kelapa Tinggi
Malaya (Malayan Tall), kelapa Mawa, kelapa Rendah Malaya dan kelapa
Pandan.
2
3
Pengenalan
Buah Kelapa Tinggi Malaya Kelapa Matag Merah (Malayan Red Dwarf)
Kelapa Matag Kuning (Malayan Yellow Dwarf) Kelapa Matag Hijau (Malayan Green Dwarf) Kelapa Mawa
Kelapa Pandan
4
Di daerah Hilir Perak, kawasan tanaman kelapa tertumpu di Bagan Datoh dan
Hutan Melintang manakala di Perak Tengah pula ialah di Daerah Manjung
Selatan. Tanaman kelapa sangat terkenal di Bagan Datoh pada masa dahulu.
Tetapi kini keluasan kawasannya sudah mula berkurang berbanding dengan
keluasan kawasan tanaman kelapa sawit.
Nisbah keluasan tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit di Bagan Datoh
sudah menjadi 60:40. Di Hutan Melintang, nisbahnya menurun lagi kepada
40:60. Di Daerah Manjung Selatan, nisbah perbandingan keluasan kawasan
antara kedua-dua tanaman tersebut terus menurun kepada 20:80. Pelbagai
masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa terutamanya harga kelapa yang
terlalu rendah berbanding dengan harga kelapa sawit. Masalah-masalah lain
seperti serangan serangga perosak, penyakit, rumpai dan lain-lain.
Penyataan Masalah
Penyataan Masalah
5
Kumbang Tanduk Babi
Semut Kera
Serangan Haiwan Perosak
Penyataan Masalah
Senario yang dipapar menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai masalah yang
dihadapi oleh pekebun kecil kelapa yang menyebabkan mereka beralih kepada
aktiviti menanam pokok kelapa sawit.
6
Pokok Kelapa Selepas Ditebang Pokok Kelapa Sawit Pokok Kelapa Sebelum Ditebang
Penyataan Masalah
Kebanyakan pekebun kecil kelapa mempunyai pendapatan purata dalam lingkungan
RM500 sebulan (MARDI, 2009). Ini jelas menunjukkan bahawa pendapatan purata
mereka berada di bawah paras kemiskinan di mana di Semenanjung Malaysia, paras
kemiskinan adalah sebanyak RM750 sebulan.
Hasil pengeluaran kelapa adalah rendah. Oleh kerana pengeluaran kelapa negara tidak
mencukupi untuk menampung permintaan pasaran tempatan, pihak kerajaan terpaksa
mengimport kelapa dari luar negara seperti Indonesia dan India. Akibatnya berlaku
lambakan bekalan kelapa yang menyebabkan harga kelapa menurun dalam pasaran.
Kesukaran mendapatkan pekerja kerana upah yang murah.
Masalah pemasaran hasil kelapa.
Kurang nilai tambah hasil kelapa.
7
Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk Meningkatkan Sosioekonomi Pekebun Kecil
Kelapa Di Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah.
Objektif kajian adalah seperti di bawah:
Mengesan tahap sosioekonomi pekebun kecil kelapa di Daerah Hilir Perak dan
Daerah Perak Tengah.
Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil
kelapa.
Meneliti keberkesanan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan di dalam
membantu pekebun kecil kelapa.
Mengenal pasti kaedah pemasaran yang ditawarkan oleh pekebun kecil kelapa di
Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah.
Memberi cadangan berkaitan dasar pengeluaran hasil kelapa di Daerah Hilir Perak
dan Daerah Perak Tengah.
8
Kepentingan Kajian
Perspektif Mikro
Meningkatkan tingkat keupayaan dan tahap sosio ekonomi pekebun kecil
ekonomi
Peningkatan pendapatan pekebun kecil kelapa melalui pengeluaran hasil kelapa dari
Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah, dapat meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti
sosioekonomi yang lebih baik.
Perspektif Makro
Memakmurkan semula industri pengeluaran kelapa diperingkat nasional.
Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara
melalui Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Program
(ETP) yang dilaksanakan pada peringkat nasional.
Begitu juga berdasarkan tujuh Bidang Hasil Utama Perak Amanjaya, ialah “Setiap
wilayah dan lapisan masyarakat menikmati faedah daripada inisiatif pembangunan
secara adil dan seimbang.”
9
Metodologi
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif.
Responden seramai 436 orang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah dijalankan
secara persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah borang soal selidik bertujuan untuk
mengumpul data. Soal selidik ini terdiri daripada 45 soalan yang dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu: maklumat am responden, tingkat dan sumber pendapatan, perbelanjaan dan
simpanan, pemilikan kenderaan, peralatan dan infrastruktur, maklumat permasalahan
utama pekebun kecil kelapa dan pemasaran. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Pemurnian telah dibuat terhadap instrumen
selepas kajian rintis.
Penganalisisan data menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif merangkumi
peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan bagi memerihalkan ciri-ciri
sampel. Analisis deskriptif dijalankan ke atas data-data bagi mendapatkan keputusan kajian
yang disasarkan seperti yang tertera di objektif 1 hingga 4.
10
Metodologi
11
Bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datoh dan Pegawai Pertanian Negeri Hutan Melintang
Menemubual Ketua Unit dan Ahli PPK di Simpang Tiga dan Hutan Melintang
Taklimat Borang Soal Selidik Di Simpang Tiga dan Hutan Melintang
Kerangka Konseptual Kajian
12
Meningkatkan
keluasan /
pengeluaran kelapa
Meningkatkan nilai
tambah (proses)
Menambahbaikkan
pemasaran
Harga yang tinggi
Menerokai pasaran
yang baru
Pendidikan /
pengetahuan
Pemilikan nilai
tambah
Pasaran
Modal
Dasar
Bantuan kerajaan
Faktor perosak
Meningkatkan
Sosioekonomi
Pekebun
Kecil Kelapa
Pemboleh Ubah
Tidak Bersandar Mediator
Pemboleh Ubah
Bersandar
Laporan Dapatan Kajian: Profil Responden
13
Tarikh Tempat / Kawasan Bilangan set soalan berjaya di kutip
16 Okt, 2012 Bagan Datoh 217
17 Okt, 2012 Hutan Melintang 197
23 Okt, 2012 Perak Tengah 22
Jumlah 436 *
*Daripada 650 set soalan yang diedarkan, 436 (67.07%) berjaya dijawab mengikut
kehendak soalan dan dijadikan sampel kajian
14
Butiran Responden Bilangan Peratus (%) Keturunan
Melayu 433 99.03
Cina - -
India 3 0.07
Lain-lain - -
Tahap Pendidikan
Universiti 10 2.3
Politeknik/Kolej 16 3.7
Sekolah Menengah 180 41.3
Sekolah Rendah 213 48.9
Tidak Bersekolah 17 3.9
Bilangan tanggungan
Kurang dari 2 105 24.1
3 - 4 198 45.4
5 - 6 89 20.4
7 - 8 34 7.8
9 ke atas 10 2.3
Profil Responden: Butiran Lanjut
Laporan Dapatan Kajian: Status Sosioekonomi PKK
Status Ekonomi PPK
- Diukur melalui tingkat pendapatan, perbelanjaan dan simpanan
PPK.
Dapatan kajian:
analisis pendapatan
analisis perbelanjaan
analisis simpanan
15
Status Ekonomi PKK - Pendapatan: Analisis Umum
16
Jadual 4.2 Keputusan Analisis Deskriptif Pendapatan (Y) Pekebun Kecil Kelapa
N Min. Mak. Purata Sisihan Piawai
Pendapatan 432 50.00 4900.00 1124.53 777.43
Tingkat Pendapatan Frekuensi Peratus Rendah 1-499 50 11.6
500-999 178 41.2 Sederhana Rendah 1000-1499 96 22.2
1500-1999 56 13.0
Sederhana 2000-2499 16 3.7
2500-2999 21 4.9
Sederhana tinggi 3000-3499 5 1.2
3500-3999 2 .5
Tinggi 4000-4499 8 1.9
Jumlah 432 100.0
Ymin=RM50
Ymak=RM4900
Ypurata=1124.53
Jadual mengikut kategori
pendapatan menunjukkan;
Lebih dari separuh dari responden
keseluruhan (52.8%) berpendapatan
kurang dari RM1000, yang
merupakan tingkat pendapatan
rendah.
35.2% berada di paras pendapatan
sederhana rendah, dan lain-lain
responden berada pada paras
pendapatan sederhana tinggi dan ke
atas.
Status Ekonomi PKK - Perbelanjaan: Analisis Umum
17
AEmin=RM150
AEmak=RM2500
AEpurata=RM838.97
Keputusan analisis deskriptif
tingkat perbelanjaan pekebun kecil
kelapa secara keseluruhan. Dari
436 orang responden, hanya 417
memberikan maklum balas.
Dapatan yang diperoleh
menunjukkan tingkat perbelanjaan
minimum dan maksimum
mencatatkan nilai dari serendah
RM150 sehingga setinggi
RM2,500. Tingkat perbelanjaan
purata mencatatkan nilai
RM838.97.
N Minimum Maksimu
m Min(purata) Sisihan Piawai
Perbelanjaa
n
417 150.00 2500.00 838.97 481.44
TINGKAT PERBELANJAAN FREKUENSI PERATUS
1-499 97 23.3
500-999 195 46.8
1000-1499 76 18.2
1500-1999 31 7.4
2000-2499 12 2.9
2500 DAN LEBIH 6 1.4
JUMLAH 417 100.0
Jadual 5
Analisis Deskriptif Perbelanjaan Purata
Analisis Frekuensi Tingkat Perbelanjaan
Status ekonomi PKK – Simpanan: Analisis Umum
N Min. Mak. Purata Sisihan
Piawai Simpanan 157 .00 1000.00 298.38 230.51
18
Tingkat Frekuensi Peratus Peratus Kumulatif Rendah 0 4 2.5 2.5
1-49 1 .6 3.2
50-99 14 8.9 12.1
Sederhana
Rendah 100-149 35 22.3 34.4
150-199 6 3.8 38.2
Sederhana Tinggi 200-249 20 12.7 51.0
250-299 1 .6 51.6
Tinggi 300-349 11 7.0 58.6
350-399 2 1.3 59.9
400-499 24 15.3 75.2
Sangat Tinggi 500 keatas 39 24.8 100.0
Total 157 100.0
Jadual 4.12
Analisis Deskriptif Tingkat Simpanan Pekebun Kecil Kelapa
Min. = RM0
Maks =RM1000
Purata = RM298.38
Dapatan tingkat simpanan mengikut kategori
menunjukkan peratus tertinggi (24.8%)
simpanan berada pada tingkat sangat tinggi
iaitu sebanyak RM500 keatas. Peratus kedua
tertinggi (22.3%) berada pada tahap
sederhana rendah iaitu antara RM100-RM149,
manakala peratus ke tiga dan ke empat
tertinggi (15.3% dan 12.7%) menyimpan pada
kadar diantara RMRM400-RM499 dan RM200-
RM249 sebulan. Tingkat simpanan selainnya
adalah kurang dari 10%.
Keputusan yang diperoleh menunjukkan kadar
simpanan yang agak tinggi dikalangan PKK.
Penyelidik merumuskan, nilai simpanan yang
diberikan adalah berdasarkan persepsi sahaja.
Penyelidik menjalankan analisis perbandingan
(persepsi dan lanjutan) bagi mendapatkan
status simpanan yang lebih realistik bagi PKK
Status ekonomi PKK – Simpanan: Analisis Perbandingan
19
Keputusan analisis mendapati, bagi
analisis umum (berasaskan persepsi)
nilai simpanan adalah positif iaitu
sebanyak RM285 @ RM298.38.
Kiraan nilai simpanan berdasarkan
tingkat pendapatan umum dan tingkat
perbelanjaan analisis lanjutan pula
menunjukkan nilai negatif atau -
RM282.17 (RM1,124.53-RM1,406.7).
Dari keputusan ini, nilai simpanan dari
yang diperoleh dari kaedah ke dua
adalah lebih realistik kerana
berasaskan analisis lanjutan yang
lebih terperinci dan bukan berasaskan
persepsi.
Analisis
RM
RM
Pendapatan 1124.53 1124.53
Perbelanjaan
umum (persepsi)
lanjutan (terperinci)
838.97
1406.7
Simpanan
umum (persepsi)
lanjutan (terperinci)
285.56
@ 298.38 (Jadual 4.12)
-282.17
Rumus: Status Ekonomi PKK
Keputusan yang diperoleh memberi gambaran tentang status
ekonomi pekebun kecil yang rendah atau sekadar cukup untuk
sara diri. Tingkat simpanan yang rendah atau negatif memberi
indikasi pekebun kecil kelapa mempunyai tingkat keupayaan
kewangan dari segi modal yang rendah. Keadaan ini
menerangkan kesukaran yang mereka hadapi untuk menjalankan
aktiviti tanam semula yang secara umumnya memerlukan modal
yang besar.
20
Maklumat Umum Masalah Penanaman kelapa
Majoriti 326 orang (79.58%) menanam jenis pokok Kelapa Tinggi, diikuti
seramai 71 orang (17%) menanam kelapa jenis Matag.
Manakala selebihnya seramai 10 orang (2.42%) dan 6 orang (1%) menanam
jenis kelapa Mawa dan Pandan.
21
Jenis Tanaman Kelapa Bilangan Peratus Pokok kelapa tinggi 326 79.58 Matag 71 17.00 Mawar 10 2.42 Pandan Jumlah
6 413
1.00 100
Jadual 4.19
Jenis Tanaman Kelapa
Pulangan Hasil Kelapa dan Perbandingan Dengan Hasil Kebun Yang Lain
Perbezaan tingkat pendapatan per ekar yang diperoleh pekebun kecil kelapa yang
menanam Kelapa Tinggi, kelapa sawit, kelapa Matag. Berdasarkan dapatan kajian
seramai 245 orang (56.19%) pekebun yang menanam pokok kelapa tinggi, mendapat
purata hasil bulanan sebanyak RM291.66 sebulan. Daripada 223 orang (51.15%)
pekebun yang menanam kelapa sawit pula, purata hasil kelapa sawit yang diperoleh
adalah sebanyak RM665.00 sebulan. Seramai 60 orang (13.76%) pekebun kecil kelapa
Matag mendapat purata pulangan bulanan sebanyak RM641.00.
22
Jenis hasil Bilangan Peratus (%) RM sebulan
Kelapa tinggi 245 56.19 291.66
Kelapa sawit 223 51.15 665.00
Kelapa matag 60 13.76 641.00
Jadual 4.21
Perbezaan Hasil Pendapatan Yang Diperoleh Mengikut Jenis Tanaman (RM/Per Ekar)
Masalah Penanaman Kelapa
Jadual 4.22 menunjukkan respons dari pekebun kecil kelapa tentang 11
masalah yang dihadapi oleh mereka.
Jadual 4.22 - Masalah Pekebun-pekebun Kelapa
23
Masalah Bilangan Peratus
Kekurangan modal 142 32.6 Galakan/ Insentif pihak kerajaan 265 60.8 Buruh 280 64.2 Kemudahan jalan raya ke kawasan kebun 314 72.0 Pemasaran 298 68.3 Harga kelapa 130 29.8 Orang tengah 248 56.9 Biji benih Matag 313 71.8 Binatang perosak (monyet, babi hutan, kumbang)
101 23.2
Bantuan baja 213 48.9
Aktiviti Penanaman Semula Kelapa
Jadual 4.23 menunjukkan bilangan pekebun kecil kelapa yang telah
melakukan aktiviti tanam semula kelapa
Jadual 4.23 – Maklumat Tanam Semula Kelapa
24
Pernah tanam semula Bilangan %
Ya Tidak
123 309
29.1 70.9
Bil. kali tanam semula Frekuensi %
1 76 64.47 2 39 33.05 3 2 1.69 4 - - 5 1 .84
Jumlah 118
Masalah Penanaman Semula Kelapa
Jadual 4.25 menunjukkan maklumat bagi pekebun kecil kelapa yang
membuat keputusan untuk tidak melakukan tanam semula kelapa.
Jadual 4.25 Alasan Tidak Cenderung Tanam Semula Kelapa
25
Sebab-sebab Frekuensi %
Harga sawit lebih mahal Banyak haiwan perosak Harga kelapa murah Tiada bantuan modal Masalah buruh Hasil tidak lumayan Persaingan dengan kelapa impot Lebih mudah menjaga sawit
20 18 12 10 7 4 3 8
24.38 21.95 14.63 12.20 8.54 4.88 3.66 9.76
Jumlah 82 100
Peranan Agensi Kerajaan
Mengikut respons pekebun kecil kelapa agensi yang paling banyak memberi sumbangan
untuk meningkatkan pendapatan mereka ialah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan iaitu
(56.0%), diikuti dengan Jabatan Pertanian Negeri atau Kawasan (52.1%), Jabatan Pertanian
Persekutuan (9.9%), FAMA (8.9%), lain-lain agensi seramai 23 orang (5.3%), dan agensi
yang paling sedikit memberi sumbangan kepada pekebun kecil kelapa ialah MARDI (4.6%).
26
Agensi Bilangan Peratus (%)
Jabatan Pertanian Persekutuan 43 9.9
Jabatan Pertanian Negeri/Kawasan 227 52.1
MARDI 20 4.6 Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan 244 56.0
FAMA Lain-lain agensi
39 23
8.9 5.3
Jadual 4.29
Bantuan Dari Agensi Kerajaan
Peranan Agensi Kerajaan
27
Bentuk Bantuan Bilangan Peratus Modal
Jabatan Pertanian Persekutuan 11 25.6 Jabatan Pertanian Negeri Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan FAMA
12 19 1
27.9 44.2 2.3
Teknikal Jabatan Pertanian Persekutuan 13 18.3 Jabatan Pertanian Negeri MARDI Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan FAMA
44 1 12
1
62.0 1.4
16.9 1.4
Baja Jabatan Pertanian Persekutuan 26 15.8 Jabatan Pertanian Negeri MARDI Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan
115 1 22
69.7 0.6
13.3
Jadual 4.30
Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan
28
Bentuk Bantuan Bilangan Peratus Benih Kelapa
Jabatan Pertanian Persekutuan 42 36.2 Jabatan Pertanian Negeri MARDI Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan
60 2 11
51.7 1.7 9.5
Kursus Jabatan Pertanian Persekutuan 14 8.6 Jabatan Pertanian Negeri MARDI Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan FAMA
96 2 48 2
59.3 1.2 29.6 1.2
Tanam Semula Jabatan Pertanian Persekutuan 7 10.9 Jabatan Pertanian Negeri Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan
42 14
65.6 21.9
Pemasaran Jabatan Pertanian Persekutuan Jabatan Pertanian Negeri Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan FAMA
2 5 17 11
5.7 14.3 48.6 31.4
(SambunganJadual 4.30:Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan)
29
Rumusan
• Bantuan modal dan pemasaran paling banyak diberikan oleh
Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan manakala Jabatan
Pertanian Negeri paling banyak memberi bantuan teknikal,
baja, biji benih, kursus dan tanaman semula.
Peranan Agensi Kerajaan
30
Pernah menghadiri kursus? Bilangan Peratus (%) Ya 155 35.6 Tidak 269 61.7
Jenis-jenis bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pendapatan
Modal Bilangan
61 Peratus(%)
14.0 Baja dan racun 39 9.0
Projek hiliran berasaskan kelapa 12 2.8 Bantuan mesin 10 2.3 Bantuan dari segi sokongan atau pun modal 7 1.6 Benih dan baja 6 1.4
Jadual 4.31
Tinjauan Menghadiri Kursus/latihan Yang di Anjurkan Oleh Agensi Kerajaan
Sebanyak 61.7% pekebun kecil kelapa menyatakan mereka tidak pernah menghadiri
sebarang kursus yang disediakan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan.
Manakala seramai 35.6% pernah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Lembaga
Pertubuhan Peladang Kawasan, Jabatan Pertanian dan FAMA.
Beberapa keperluan pekebun kecil ialah modal, baja dan racun, projek hiliran berasaskan
kelapa, bantuan mesin, bantuan sokongan dan benih dan baja.
Keberkesanan Agensi Kerajaan
31
Jadual 4.32 Jenis bantuan kerajaan yang berkesan pernah diterima
Frekuensi Peratus 4 - bantuan kerajaan (subsidi wang, baja, benih, latihan,
infrastruktur dll) 28 35.0
2 - gantikan dengan kelapa Matag 23 28.8
1 - tidak pernah terima bantuan 16 20.0
5 – campur tangan kerajaan (harga dan kelapa import) 4 5.0
3 - gantikan dengan kelapa sawit 3 3.8
7 - melibatkan diri dalam perniagaan (hasil kelapa/iks/dll) 3 3.8
6 - projek tanam semula 2 2.5
8 - lain-lain 1 1.3
Jumlah 80 100.0
Rumusan: Peranan dan keberkesanan Agensi Kerajaan
Sebanyak 35% responden berpendapat kaedah paling
berkesan dalam membantu mereka meningkatkan taraf hidup
ialah subsidi wang, baja, benih, latihan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain manakala 23% yang lainnya
menyarankan kerajaan agar menggantikan tanaman kelapa
kepada tanaman kelapa Matag. Langkah-langkah lain yang
disarankan ialah menggantikan tanaman kelapa dengan
tanaman kelapa sawit, melibatkan diri dengan perniagaan,
campur tangan kerajaan dalam aspek penentuan harga dan
kawalan kemasukan kelapa import.
32
Laporan Dapatan Kajian: Pemasaran
Perbincangan topik ini merangkumi sub-topik berikut;
Hasil kelapa yang dijual
Hasil kelapa yang mempunyai tingkat permintaan yang tinggi
Pembeli hasil kelapa
Hasil produk kelapa yang dihasilkan (dikeluarkan)
Mempromosi hasil produk kelapa
Bentuk promosi hasil produk kelapa
33
Hasil Kelapa Yang Dijual (Jadual 4.33)
34
Hasil kelapa N=436 Bilangan Peratus Harga sebiji / sekilo/ tan / Kelapa tua 401 92.0 0.92 sebiji Kelapa muda 106 24.3 1.32 sebiji Sabut 54 12.4 0.81 sekilo Kelapa patik 44 10.1 25.32 sekilo Tempurung 37 8.5 0.87 sekilo Lidi 35 8.0 0.64 seikat Kelapa salai 24 5.5 1.75 sekilo Kelapa kering / kopra 23 5.3 1.22 sekilo Kerisik 12 2.8 4.92 sekilo Santan 11 2.5 2.69 sekilo Batang kelapa 10 2.3 2.33 semeter Nira / tuak 3 .7 0.92 secawan
Berdasarkan Jadual 4.33, boleh disimpulkan bahawa pekebun kecil kelapa di kawasan Hilir
Perak dan Perak Tengah lebih memberi tumpuan kepada menjual buah kelapa yang tua atau
muda dan kurang menghasilkan produk daripada kelapa.
Hasil Kelapa Yang Tinggi Permintaannya
Pekebun kelapa berpendapat kelapa tua dan kelapa muda mempunyai permintaan yang
paling tinggi, melebihi 50% permintaan berbanding produk-produk lain. Ini dapat di lihat
dengan jelas dalam Jadual 4.34.
35
Hasil kelapa N=436 Bilangan Peratus Kelapa tua 372 85.3 Kelapa muda 235 53.9 Kelapa patik 82 18.8 Santan 78 17.9 Sabut 56 12.8 Kerisik 51 11.7 Tempurung 50 11.5 Lidi 40 9.2 Batang kelapa 29 6.7 Kelapa kering / kopra 25 5.7 Kelapa salai 22 5 Nira / tuak 21 4.8 Hampas kelapa / pallet 2 0.5
Pembeli Hasil Kelapa
Dari 409 pekebun kelapa yang memberikan maklum balas, seramai 292
Orang (71.4%) menjual kelapa melalui orang tengah dan selebihnya
Menggunakan kaedah lain. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam Jadual
4.35.
36
Pembeli Bilangan Peratus
Orang tengah 292 71.4
Dijual sendiri 97 23.7
FAMA 12 2.9
Kilang kelapa 4 1.0
Lain-lain 4 1.0
Jumlah 409 100
Hasil Produk Kelapa Yang Dihasilkan
Tidak ramai ramai pekebun kelapa menghasilkan produk sampingan dari kelapa.
Hanya 93 daripada responden terlibat dalam usaha berkenaan. Produk sampingan
yang diusahakan oleh pekebun kelapa adalah yang tertera di dalam Jadual 4.36.
37
Produk Kelapa N=436 Bilangan Peratus
Kerisik 24 5.5
Minyak kelapa dara 20 4.6
Arang 13 3.0
Dodol 10 2.3
Nata de coco 7 1.6
Kraf tangan 6 1.4
Sabun 4 0.9
Fiber 3 0.7
Hampas kelapa 3 0.7
Coconut peach 2 0.5
Papan lapis 1 0.2
Mempromosi Hasil Produk Kelapa
Dari 176 responden yang memberikan maklum balas berkaitan promosi, di
dapati seramai 129 orang (73.3%) mempromosi sendiri manakala selebihnya
mengharapkan ianya di promosikan oleh pihak swasta, agensi kerajaan dan
lain-lain. Jadual 4.37 dirujuk.
38
Promosi Bilangan Peratus
Individu 129 73.3
Pihak swasta 21 11.9
Agensi kerajaan 13 7.4
Lain-lain 13 7.4
Jumlah 176 100
Bentuk promosi hasil produk kelapa
pekebun kecil (Jadual 4.38).
39
Bentuk Promosi Bilangan Peratus
Iklan 20 21.1
Internet 14 14.7
Brosur 6 6.3
Pamplet 2 2.1
Flyer 1 1.1
Lain-lain 52 54.7
Jumlah 95 100
Kaedah mempromosi hasil produk kelapa adalah menggunakan
iklan, internet, brosur / pamplet / flyer dan melalui cara lain-lain
yang tidak dinyata. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam Jadual
4.38.
Cadangan dan Kesimpulan
40
Cadangan Kajian
• Mengawal harga kelapa supaya stabil. Antara salah satu caranya ialah dengan mewujudkan pusat
pengumpulan kelapa untuk menstabilkan harga. Kerajaan harus lebih berfungsi sebagai pemborong dan
menghalang pengimportan kelapa dari luar negara atau mengawal kemasukan kelapa import.
• Mengawal penanaman semula kelapa supaya tidak digantikan dengan tanaman lain seperti kelapa sawit.
Langkah ini adalah untuk memastikan ladang kelapa tidak berkurang yang boleh menyebabkan keluaran
kelapa negara menurun.
• Meningkatkan bantuan kerajaan dalam aktiviti penanaman semula seperti membiayai aktiviti
penebangan, pembersihan, perparitan, membina jalan ladang, benih, baja, racun serta kos guna tenaga.
• Meningkatkan pembenihan kelapa hibrid seperti Matag, Mawa dan Pandan bagi membolehkan pekebun
kecil kelapa menanam semula menggunakan jenis benih yang berkualiti. Pada masa ini harga benih kelapa
Matag terlalu mahal dan kurang di pasaran. Selain itu, penanam semula kelapa juga perlu dibantu bagi
mengawal haiwan perosak yang menjadi masalah kepada pekebun kecil kelapa. Dicadangkan penggunaan
minyak asap cair untuk menghalau haiwan perosak di kebun kelapa.
Cadangan dan Kesimpulan
41
• Meningkatkan peranan agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat dan latihan yang
berkesan dalam semua aspek penanaman, pemprosesan, penggunaan, pemasaran dan meningkatkan nilai
tambah hasil kelapa.
•Menubuhkan sebuah Lembaga Kelapa Negara bagi membantu pekebun kecil kelapa. Fungsi Lembaga
ini ialah untuk:
a) Menjalan dan menggalakkan penyelidikan dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran dan
penggunaan;
b) Memberi bantuan subsidi secara konsisten (bulanan) sama seperti nelayan-nelayan, untuk membantu
mereka dalam pengeluaran kelapa dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
c) Mengawal dan menyelaras aktiviti dan dasar penyelidikan;
d) Mempertingkatkan kualiti dalam semua aspek untuk kemajuan industri kelapa;
e) Menyelaras aktiviti pemasaran;
f) Memperluaskan pasaran hasil produk kelapa dalam dan luar negara;
g) Mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat;
h) Mengawal selia dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kelapa seperti pemprosesan,
penstoran, pengawalseliaan; dan
i) Berfungsi sebagai Baitulmal, pusat yang menyediakan pinjaman jangka pendek yang bersifat qard
Al-Hassan.
Cadangan dan Kesimpulan
42
•Mempelbagaikan nilai tambah produk kelapa dengan penubuhan kilang seperti:
a) CCO dan VCO
b) Sabun, kosmetik dan produk penjagaan kulit
c) Produk makanan
d) Kraf tangan
e) Minyak asap cair (liquid oil) seperti cuka getah
f) Coconut nets dan kusyen
g) Nata de coco
h) Bio Ethanol
i) Gula kelapa
• Pelbagaikan industri daripada hasil kelapa dengan untuk menggalakkan “satu kampung satu produk”
yang memberi fokus kepada satu produk nilai tambah kelapa sahaja. Dicadangkan satu perancangan yang
komprehensif untuk merealisasikan matlamat ini. Selain itu, pengetahuan pekebun kecil juga perlu
ditingkatkan untuk membolehkan mereka mempelbagaikan produk kelapa melalui program latihan
kemahiran.
•Mewujudkan “Coconut Village” bagi mengumpul semua hasil produk kelapa dan dipasarkan dalam satu
tempat. “Coconut Village” boleh dijadikan sebagai pusat tarikan pelancongan di negeri Perak.
Cadangan dan Kesimpulan
43
Cadangan dan Kesimpulan
44
Kesimpulan
Kajian bagi meningkatkan sosioekonomi kelapa telah dapat memberi gambaran tentang tahap
sosioekonomi dan masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa di daerah Hilir Perak dan
daerah Perak Tengah. Kajian ini juga telah dapat menerangkan apakah peranan yang
dimainkan oleh agensi kerajaan dan apakah kaedah pemasaran yang digunakan oleh pekebun
kecil kelapa. Secara umumnya, pekebun kecil kelapa di daerah Hilir Perak dan daerah Perak
Tengah masih boleh dibantu bagi meningkatkan pengeluaran hasil kelapa dan seterusnya
meningkatkan sosioekonomi mereka. Agensi kerajaan yang berkaitan masih boleh
meningkatkan peranannya bagi memenuhi semua keperluan pekebun kecil kepada daripada
aspek penamaan semula sehinggalah menghasilkan produk nilai tambah kelapa. Tingkat
pengetahuan pekebun kelapa perlu ditingkatkan terutama bagi mempelbagaikan lagi
pengeluaran produk kelapa.
Terima Kasih
&
TAMAT
45