41
2 2 KAJIAN AMALAN SOLAT BERJAMAAH 1. PENDAHULUAN Kajian ini merupakan tugasan khas yang wajib di lakukan oleh semua pelajar Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester 4 bagi subjek Gerko 2 (DPNG 2112) melalui program GERKOFEST 4 tahun 2011 . Tugasan ini disediakan untuk memberi kesempatan kepada pelajar yang menjalani kursus Diploma Pendidikan Islam ini untuk mempraktik dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam subjek Gerko di KUIS. Selain itu ia memberi peluang dan kesedaran kepada guru tentang perkara-perkara yang dituntut dalam Islam untuk dilaksanakannya yang melibatkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat . Para pelajar yang terpilih juga akan membentangkan hasil kajian mereka pada program GERKOFEST 4 2011 di hadapan ahli masyarakat dan ahli Gerkofest 4. Adalah diharapkan agar penghasilan kajian ini mampu meningkatkan kesedaran dan keinsafan kepada kami sendiri dan para pelajar semua, betapa pentingnya penjagaan amalan solat berjamaah seterusnya dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Esa. 1.1 Pengenalan Kajian ini adalah merupakan kajian yang ingin melihat satus amalan solat berjamaah dikalangan pelajar perguruan separuh

kajian solat jemaah 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kajian solat jemaah 2011

22

KAJIAN AMALAN SOLAT BERJAMAAH

1. PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan tugasan khas yang wajib di lakukan oleh semua pelajar

Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester 4 bagi subjek Gerko 2 (DPNG 2112)

melalui program GERKOFEST 4 tahun 2011 .

Tugasan ini disediakan untuk memberi kesempatan kepada pelajar yang menjalani

kursus Diploma Pendidikan Islam ini untuk mempraktik dan mengaplikasikan segala

ilmu yang telah dipelajari dalam subjek Gerko di KUIS. Selain itu ia memberi peluang

dan kesedaran kepada guru tentang perkara-perkara yang dituntut dalam Islam

untuk dilaksanakannya yang melibatkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat . Para

pelajar yang terpilih juga akan membentangkan hasil kajian mereka pada program

GERKOFEST 4 2011 di hadapan ahli masyarakat dan ahli Gerkofest 4.

Adalah diharapkan agar penghasilan kajian ini mampu meningkatkan kesedaran dan

keinsafan kepada kami sendiri dan para pelajar semua, betapa pentingnya

penjagaan amalan solat berjamaah seterusnya dapat mengekalkan dan

meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Esa.

1.1 Pengenalan

Kajian ini adalah merupakan kajian yang ingin melihat satus amalan solat berjamaah

dikalangan pelajar perguruan separuh masa khususnya kepada pelajar lelaki

semester 1 sesi 2010/2011, semester 4 sesi 2009/2010 dan semester 5 sesi

2009/2010 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS ). Sebagai

sebuah Kolej Universiti yang mendukung sistem Pendidikan Islam , ia adalah

menjadi harapan kepada semua yang berkepentingan untuk melihat universiti ini

dapat mempamerkan syi’ar Islam yang agak menonjol untuk menjadi benchmark

(penanda aras / alat pengukur) kepada institusi pengajian tinggi yang lain dan

seterusnya memartabatkan pendidikan Islam di setiap sekolah.

Page 2: kajian solat jemaah 2011

22

1.2 Latar Belakang Kajian

Sebagaimana yang dimaklumi objektif awal penubuhannya KUIS adalah untuk

melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin

masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.

Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin

antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam,

Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, Kejururawatan serta Pendidikan. KUIS

juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah

berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi

Kelayakan Malaysia. Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia

yang berhasrat mendapat keredhaan Allah, maka KUIS telah mengamalkan Falsafah

Pendidikan Bersepadu antara ilmu, iman dan amal. Inilah yang mendasari segala

program yang dijalankan di KUIS agar dapat melahirkan insan yang bertaqwa dan

berketerampilan yang diharapkan dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri,

masyarakat dan negara. Untuk melahirkan generasi professional yang seimbang

dalam segala aspek kehidupan agar mampu menghadapi kehidupan masa depan

yang kian mencabar, KUIS menyemai dan memupuk ke dalam diri dan jiwa pelajar

dengan ilmu yang berteraskan ilmu naqli ( revealed knowledge) dan ilmu aqli

( acquired knowledge ).

1.3 Matlamat Kajian

Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengenal pasti mengenai pandangan, kekerapan

dan masalah tidak dapat melaksanakan solat berjamaah dari responden, disamping

itu juga kajian ini dilakukan bagi mendapatkan perancangan aktiviti-aktiviti atau

langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu bagi

membolehkan amalan solat berjamaah berkekalan dikalangan pelajar perguruan

separuh masa KUIS mencapai tahap yang cemerlang.

Page 3: kajian solat jemaah 2011

22

1.4 Objektif Kajian

i. Meninjau pandangan dan pengamalan pelajar perguruan separuh

masa terhadap amalan solat berjamaah di KUIS, rumah dan

tempat bertugas.

ii. Mengenalpasti status dan kekerapan amalan solat berjamaah di

kalangan Pelajar Perguruan KUIS.

iii. Mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang amalan solat

berjamaah di kalangan pelajar- pelajar Perguruan KUIS.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini adalah dijalankan di kalangan pelajar Perguruan lelaki KUIS yang

sedang menuntut pada sesi Mei 2009/2010 , September 2009/2010, dan Mei

2010/2011 . Kajian ini tertumpu pada amalan solat berjamaah dalam dua

kategori iaitu solat berjamaah yang dilaksanakan di masjid Al-Azhar dan di

sekolah dikhususkan pada solat Zuhur dan Asar manakala solat berjamaah di

masjid atau disurau di tempat tinggal serta di rumah adalah merangkumi solat

lima waktu .

Tempoh kajian ini adalah pada bulan awal Julai 2011. Kajian hanya melihat

dari sudut kekerapan amalan solat berjamaah secara lahiriah yang dilakukan

oleh pelajar.

1.6 Kepentingan Kajian

i. Kajian ini dapat memberi maklumat tentang status amalan

Penjagaan solat berjemaah di kalangan pelajar Diploma Perguruan

KUIS separuh masa dan faktor-faktor pendorong kepada amalan

tersebut.

Page 4: kajian solat jemaah 2011

22

ii. Kajian ini diharap dapat membantu kepada pihak-pihak yang

berkepentingan untuk mengambil langkah-langkah tertentu atau

melaksanakan program-program tertentu yang menjurus kepada

penggalak dan penyuburan amalan penjagaan solat berjemaah

sehari semalam.

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini memaparkan kajian–kajian yang dikaji mengenai amalan solat

berjamaah dikalangan siswa Diploma Perguruan separuh masa di KUIS.

Tujuannya adalah untuk mengkaji sejauh manakah tahap pengetahuan, amalan

para guru mengenai kepentingan solat berjamaah. Selain itu untuk mengetahui

masalah dan kekangan yang di hadapi para pelajar siswa perguruan separuh

masa untuk mengerjakan solat berjamaah di masjid Al-Azhar KUIS, rumah dan

sekolah. Namun begitu daripada borang soal selidik tersebut kami dapati ada

disegelintir siswa yang tidak sempat menunaikan solat secara berjamaah

memandangkan waktu kelas yang terlalu padat, dan di sebabkan masa tidak

mencukupi dan kerana terlalu sibuk dengan bebanan kerja. Namun begitu kita

harus ingat bahawa amalan solat secara berjamaah ini di angkat oleh Allah

S.W.T sebanyak 27 darjat.

2.2 (Kajian/Penulisan Lalu Mengenai Tajuk Kajian)

Daripada kajian-kajian lalu yang kami perolehi melalui pembacaan , dan kajian

daripada pelajar lepas menerangkan bahawa tahap pengetahuan siswa terhadap

amalan solat berjamaah adalah di tahap yang cemerlang, walau bagaimanapun

kekangan waktu, kesibukan kerja dan faktor kebersihan diri antara penyebab

utama kelewatan, atau ketidaksempatan untuk melakukan solat secara berjamaah

Page 5: kajian solat jemaah 2011

22

mengikut waktu solat yang di tetapkan. selain itu, para pelajar juga maklum

mengenai pengertian solat berjamaah, kelebihan solat berjamaah dan tuntutan

solat berjamaah pada solat fardhu. .Oleh itu, kami sangat mengalakkan kepada

para pelajar supaya dapat menunaikan solat secara berjamaah walaupun dalam

keadaan apa sekalipun ia sepatutnya menjadi satu keutamaan lebih-lebih lagi

para pendidikan dalam bidang pendidikan Islam . Luangkanlah masa untuk solat

berjamaah kerana ia adalah ganjaran anugerah dari Allah S.W.T untuk

hambanya.

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah soal selidik terhadap dua puluh enam

(26) orang siswa Diploma Perguruan separuh masa di KUIS tanpa mengira umur

secara populasi.

Dalam bab ini juga ada membincangkan tentang reka bentuk kajian, jenis

maklumat data, kaedah pungutan maklumat data, kaedah penganalisisan data

dan instrumen atau bentuk pengukuran yang digunakan dalam kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriftif dan cuba menerangkan sejauh

mana pengetahuan, pengamalan, kekerapan dan kekangan pelajar separuh masa

diploma perguruan mengenai kepentingan solat berjemaah. Kajian ini cuba

mencari hubungan beberapa pembolehubah yang boleh direkod melalui data

yang dikumpulkan dan diperolehi dan dianalisis untuk memperolehi peratus

bilangan amalan solat berjemaah. Kemudian untuk mengetahui tahap

pengetahuan responden mengenai amalan solat berjamaah dari sudut

pengetahuan, pengamalan, kekerapan dan pandangan melalui borang soal

selidik.

Page 6: kajian solat jemaah 2011

22

3.3 Kawasan Kajian

Kajian ini dilakukan disekitar kawasan KUIS sahaja dengan cara mengedarkan

borang kajian soal selidik tentang amalan kepentingan amalan solat berjemaah

di kalangan siswa yang menyambung pengajian dalam bidang Diploma

Perguruan Pendidikan Islam separuh masa.

3.4 Persempalan

Kajian yang kami buat adalah melalui borang soal selidik yang disediakan.

3.5 Jenis Maklumat Dan Data

Maklumat dan data diperolehi dengan cara menganalisis data dari borang soal

selidik yang telah disediakan DAN FAIL AKTIVITI SURAU.

3.6 Kaedah Penganalisisan Data

i. SOAL SELIDIK

Soal selidik telah dibentuk dan diedarkan kepada lima puluh orang (50) siswa

Diploma Perguruan separuh masa yang menyambung pengajian di Kolej

Universiti Islam Selangor (KUIS). Ini beerti penyelidikan mengambil populasi

sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik yang telah dibentuk

mengandungi lima bahagian sebagaimana berikut:

Bahagian A:

Merupakan bahagian maklumat responden.

Page 7: kajian solat jemaah 2011

22

Bahagian B:

Dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan pelajar tentang

amalan solat berjemaah.

Bahagian C:

kekerapan para pelajar mendirikan solat berjemaah samaada di masjid kuis,

dimasjid atau surau tempat tinggal, di rumah dan di sekolah.

Bahagian D:

Pandangan responden mengenai amalan solat berjemaah merangkumi beberapa

permasaalahan seperti, masalah tidak solat berjemaah di KUIS, di tempat tinggal

atau di rumah, dan di sekolah.

Bahagian E:

Responden memberi pendapat mengenai amalan solat berjemaah di kalangan

siswa separuh masa di masjid KUIS dan cadangan bagi menambahbaikan solat

berjemaah di kalangan siswa separuh masa di masjid KUIS secara bertulis.

LAMPIRAN 1

Ini adalah kajian untuk melihat pandangan dan amalan siswa mengenai solat

berjamaah bagi siswa separuh masa yang sedang menuntut di KUIS dalam

bidang Diploma Perguruan Pendidikan Islam. Anda dipohon untuk memberi

pandangan dan jawapan secara jujur.

Bahagian A: Maklumat Peribadi

1. Umur: tahun

2. Kelulusan akademik tertinggi:

1 SPM 2 STAM 3 STPM 4 STPM

Page 8: kajian solat jemaah 2011

22

Bahagian B: Berikan pandangan anda mengenai amalan solat berjamaah

Tandakan () atau bulatkan pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda.

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju

Bil

Perkara

San

gat

tid

ak

setu

ju

Tid

ak

setu

ju

Kur

ang

se

tuju

Aga

k se

tuju

Set

uju

San

gat

se

tuju

1 Islam menuntut amalan solat berjamaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di dunia.

1 2 3 4 5 6

2 Islam menuntut amalan solat berjamaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di akhirat.

1 2 3 4 5 6

3 Amalan solat berjamaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Sabtu di masjid KUIS.

1 2 3 4 5 6

4 Amalan solat berjamaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Ahad di masjid KUIS.

1 2 3 4 5 6

5 Apabila masuk waktu solat, semua siswa separuh masa perlu menunaikan solat berjamaah di masjid KUIS pada awal waktu.

1 2 3 4 5 6

6 Memohon izin daripada pensyarah untuk menunaikan solat berjamaah apabila masuk waktu solat.

1 2 3 4 5 6

7 Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di kuliah bagi memberi ruang kepada pelajar menunaikan solat berjamaah.

1 2 3 4 5 6

8 Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di tutorial bagi memberi ruang

1 2 3 4 5 6

Page 9: kajian solat jemaah 2011

22

Bil

Perkara

San

gat

tid

ak

setu

ju

Tid

ak

setu

ju

Kur

ang

se

tuju

Aga

k se

tuju

Set

uju

San

gat

se

tuju

kepada pelajar menunaikan solat berjamaah.

Bahagian C: Kekerapan anda mendirikan solat berjamaah

Sila berikan jawapan berasaskan skala di bawah:

Tidak pernah Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap Sangat kerap

1. Nyatakan Kekerapan solat berjamaah anda di masjid KUIS:

Bil Perkara

Tid

ak

pern

ah

Jara

ng-

jara

ng

Kad

ang

-ka

dan

g

Ker

ap

San

gat

ke

rap

1 Zuhur 1 2 3 4 5

2 Asar 1 2 3 4 5

2. Nyatakan kekerapan solat berjamaah anda di masjid @ disurau di tempat tinggal anda:

Bil Perkara

Tid

ak

pern

ah

Jara

ng-

jara

ng

Kad

ang

-ka

dan

g

Ker

ap

San

gat

ke

rap

1 Subuh 1 2 3 4 5

2 Zuhur 1 2 3 4 5

3 Asar 1 2 3 4 5

4 Maghrib 1 2 3 4 5

5 Isyak 1 2 3 4 5

Page 10: kajian solat jemaah 2011

22

3. Nyatakan kekerapan amalan solat berjamaah anda di rumah:

Bil Perkara

Tid

ak

pern

ah

Jara

ng-

jara

ng

Kad

ang

-ka

dan

g

Ker

ap

San

gat

ke

rap

1 Subuh 1 2 3 4 5

2 Zuhur 1 2 3 4 5

3 Asar 1 2 3 4 5

4 Maghrib 1 2 3 4 5

5 Isyak 1 2 3 4 5

4. Nyatakan kekerapan amalan solat berjamaah anda di sekolah:

Bil Perkara

Tid

ak

pern

ah

Jara

ng-

jara

ng

Kad

ang

-ka

dan

g

Ker

ap

San

gat

ke

rap

1 Zuhur 1 2 3 4 5

2 Asar 1 2 3 4 5

Page 11: kajian solat jemaah 2011

22

Bahagian D: Berikan pandangan anda mengenai amalan solat berjamaah

Tandakan () atau bulatkan pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda.

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju

1. Masalah tidak solat berjamaah: di KUIS:

Bil Perkara

San

gat

tid

ak

setu

juT

ida

k se

tuju

Kur

ang

se

tuju

Aga

k se

tuju

Set

uju

San

gat

se

tuju

1 Jadual kelas yang sangat padat menyebabkan anda tidak berkesempatan untuk bersolat berjamaah di Masjid KUIS.

1 2 3 4 5 6

2 Faktor kebersihan diri menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjamaah di KUIS

1 2 3 4 5 6

3 Faktor kebersihan pakaian menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjamaah di KUIS

1 2 3 4 5 6

4 Anda melakukan solat jamak dan qasar 1 2 3 4 5 6

5 Waktu rehat yang terhad untuk urusan asasi. 1 2 3 4 5 6

Page 12: kajian solat jemaah 2011

22

2. Masalah tidak solat berjamaah: di tempat tinggal/rumah:

Bil Perkara

San

gat

tid

ak

setu

juT

ida

k se

tuju

Kur

ang

se

tuju

Aga

k se

tuju

Set

uju

San

gat

se

tuju

1 Jarak antara rumah dan masjid yang jauh menyukarkan untuk keluar berjamaah di masjid.

1 2 3 4 5 6

2 Kesuntukan masa menyebabkan anda tidak solat berjamaah di rumah.

1 2 3 4 5 6

3 Kesibukan menyebabkan anda tidak solat berjamaah di rumah. 1 2 3 4 5 6

4 Kurang kesedaran dalam individu itu sendiri dalam melaksanakan solat berjamaah di rumah.

1 2 3 4 5 6

3. Masalah tidak solat berjamaah: di sekolah:

Bil Perkara

San

gat

tid

ak

setu

juT

ida

k se

tuju

Kur

ang

se

tuju

Aga

k se

tuju

Set

uju

San

gat

se

tuju

1 Sesi pengajaran dan pembelajaran yang padat. 1 2 3 4 5 6

2 Kesuntukan masa di sekolah. 1 2 3 4 5 6

3 Kesibukan di sekolah. 1 2 3 4 5 6

4 Sekolah tidak mempunyai tempat ibadat. 1 2 3 4 5 6

Bahagian E:

Page 13: kajian solat jemaah 2011

22

1. Apakah pendapat anda mengenai amalan solat berjamaah dikalangan siswa separuh masa di masjid KUIS.

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

2. Apakah cadangan anda bagi menambahbaikan solat berjamaah dikalangan siswa separuh masa di masjid KUIS.

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

ii. PROSEDUR SOALSELIDIK

Soal selidik kepada beberapa responden oleh penyelidik sendiri. Responden di

beri masa secukupnya untuk menjawab soalan dan dalam soal selidik tersebut

responden boleh bertanya kepada penyelidik sekiranya ada masalah yang tidak

difahami. Borang soal selidik diedarkan kepada Lima puluh (50) orang siswa

Diploma Perguruan Penddidikan Islam separuh masa yang menyambung

pengajian mereka di KUIS dan dua puluh enam (26) orang daripadanya telah

menjawab borang soal selidik tersebut dan menyerahkan kembali borang soal

selidik tersebut kepada penyelidik.

3.7 Instruman Kajian

Page 14: kajian solat jemaah 2011

22

Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah terdiri daripada analisis data

dan soal selidik. Kemudian instrumen tersebut mengandungi item-item yang

berkaitan dengan tahap pengetahuan amalan , pandangan, dan kekerapan solat

berjemaah di masjid KUIS, di rumah dan di sekolah. Skala likert yang akan

digunakan bagi mengukur pandangan mengenai amalan dan masalah tidak dapat

menunaikan solat berjemaah adalah seperti berikut :

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Kurang Setuju

4. Agak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Manakala pembolehubah mengenai tahap kekerapan amalan solat berjemaah

di masjid KUIS, di masjid atau di surau tempat tinggal dan di rumah adalah

seperti berikut :

1. Tidak Pernah

2. Jarang-Jarang

3. Kadang-Kadang

4. Kerap

5. Sangat Kerap

3.8 Limitasi

Skop kajian ini hanya ditumpukan kepada satu jenis kajian iaitu borang soal

selidik. Data kuantitatif dikumpul daripada 26 orang siswa Diploma Perguruan

Pendidikan Islam separuh masa di KUIS. Penemuan dan kesimpulan daripada

data kuantitatif hanya boleh digeneralisasikan kepada Koleh Universiti tersebut

Page 15: kajian solat jemaah 2011

22

sahaja. Oleh kerana kajian ini hanya dibuat di KUIS sahaja maka, amat

disyorkan supaya ia dapat dibuat ke atas IPTA atau IPTS lain untuk mengetahui

sejauh manakah keprihatinan dan kekerapan pelajar khususnya dari kalangan

guru yang menyambung pengajian ini bagi mengetahui tahap pengetahuan

mereka mengenai kepentingan amalan solat berjemaah ini. Semua kajian ini

mempunyai limitasi samaada dari segi metadologi atau fizikal. Limitasi boleh

diatasi dengan kajian-kajian seterusnya yang dicadangkan oleh penyelidik untuk

melengkapkan persoalan sesuatu isu yang dikaji.

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan dapatan analisis data daripada kajian yang telah dijalankan.

Penganalisisan data dibuat melalui analisis dengan menggunakan peratus populasi

untuk membezakan pengetahuan dan pengamalan amalan solat berjamaah serta

kekerapan melaksanakanya di masjid Al-Azhar (KUIS), masjid atau surau di tempat

tinggal serta di sekolah bagi menggambarkan sampel kajian yang dijalankan oleh

penyelidik. Berikut adalah maklumat responden mengikut analisis kajian seperti

maklumat di bawah.

4.2 Maklumat Responden Mengikut Umur

Umur Responden %

18 – 23 6 23.1

Min = 26.7

24 – 29 15 57.7

30 – 35 4 15.4

36 – 41 1 3.8

Jumlah 26 100.0

Jadual 1

Page 16: kajian solat jemaah 2011

22

Berdasarkan jadual 1, Jarak perbezaan umur siswa yang mengisi borang soal

selidik mengenai amalan solat berjemaah adalah diantara 18 tahun hingga 41

tahun. Melalui kajian yang kami buat umur yang paling ramai mengisi borang

soalselidik adalah dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 23 tahun iaitu

seramai 6 orang peratus sebanyak 23.1%. Manakala umur 24 tahun hingga 29

tahun seramai 15 orang jumlah peratus sebanyak 57.7%, umur 30 tahun hingga

35 tahun seramai 4 orang jumlah peratus sebangak 22%, dan akhir sekali

berumur 36 tahun hingga 41 tahun seramai 1 orang dengan jumlah peratus

sebanyak 3.8%.

4.3 Maklumat Responden Mengikut Kelulusan

Kelulusan Responden %

SPM 16 61.5

STAM 6 23.1

STPM 3 11.5

Diploma 1 3.8

Jumlah 26 100.0

Jadual 2

Berdasarkan gambar rajah 2, jelas kepada kita bahawa pelajar-pelajar lelaki yang

mengambil bidang diploma perguruan adalah dari kalangan kelulusan SPM hingga

Diploma. Pelajar yang berkelulusan SPM adalah seramai 16 orang dengan peratus

sebanyak 61.5, kelulusan STAM adalah seramai 6 dengan peratus 23.1. pelajar yang

berkelulusan STPM pula seramai 3 orang dengan peratus 11.5. dan lepasan

Diploma selain Diploma Perguruan seramai 1 orang dengan jumlah peratus

sebanyak 3.8. berikut jelas bahawa tahap pengetahuan pelajar adalah lebih tinggi

berdasarkan kelulusan SPM seterusnya STAM, STPM dan Diploma.

4.4. PANDANGAN RESPONDEN MENGENAI AMALAN SOLAT BERJEMAAH

Page 17: kajian solat jemaah 2011

22

Item Soal SelidikSangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Agak Setuju

SetujuSangat Setuju

Min

B1 - Islam menuntut amalan solat berjemaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di dunia.

0

(.00%)

0

(.00%)

2

(7.69%)

0

(.00%)

7

(26.92%)

17

(65.38%)

5.5

B2 - Islam menuntut amalan solat berjemaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di akhirat.

0

(.00%)

0

(.00%)

0

(.00%)

0

(.00%)

4

(15.38%)

22

(84.62%)

5.85

B3 - Amalan solat berjemaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Sabtu di masjid KUIS.

0

(.00%)

0

(.00%)

3

(11.54%)

4

(15.38%)

12

(46.15%)

7

(26.92%)

4.88

B4 - Amalan solat berjemaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Ahad di masjid KUIS.

0

(.00%)

0

(.00%)

3

(11.54%)

6

(23.08%)

11

(42.31%)

6

(23.08%)

4.77

B5 - Apabila masuk waktu solat, semua siswa separuh masa perlu menunaikan solat berjemaah di masjid KUIS pada awal waktu.

1

(3.85%)

1

(3.85%)

2

(7.69%)

5

(19.23%)

9

(34.62%)

8

(30.77%)

4.69

B6 - Memohon izin daripada pensyarah untuk menunaikan solat berjemaah apabila masuk waktu solat.

1

(3.85%)

0

(.00%)

0

(.00%)

5

(19.23%)

9

(34.62%)

11

(42.31%)

5.08

B7 - Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di kuliah bagi memberi ruang kepada pelajar menunaikan solat berjemaah.

1

(3.85%)

0

(.00%)

0

(.00%)

1

(3.85%)

5

(19.23%)

19

(73.08%)

5.54

B8 - Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di tutorial bagi memberi ruang kepada pelajar menunaikan solat berjemaah.

0

(.00%)

0

(.00%)

0

(.00%)

2

(7.69%)

8

(30.77%)

16

(61.54%)

5.54

Jadua 3Petunjuk:

1. Sangat Tak Setuju

Page 18: kajian solat jemaah 2011

22

2. Tidak Setuju

3. Kurang Setuju

4. Agak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Berdasarkan jadual di dalam item B1 menunjukkan pelajar-pelajar memilih jawapan

setuju iaitu B3: 46.15% /min (4.88), B4: 42.31% / min(4.77), B5: 34.62% / min(4.69),

B6: 34.62 / min (5.08), Manakala dalam item B1: 65.38% / min (5.5), B2: 84.62% /

min(5.85), B7: 73.08% / min (5.54) dan B8:61.54% / min (5.54) pelajar-pelajar

memilih kepada petunjuk yang sangat setuju. Dapatlah di buat kesimpulan bahawa

pelajar-pelajar mengambil berat mengenai amalan solat berjemaah yang dituntut

mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

4.5 KEKERAPAN RESPONDAN MENDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

KUIS

Item Soal SelidikTidak

PernahJarang-jarang

Kadang-kadang

KerapSangat Kerap

Min

C11 - Kekerapan solat jemaah di Masjid KUIS - Zuhur

0

(.00%)

2

(7.69%)

4

(15.38%)

11

(42.31%)

9

(34.62%)4.04

C12 - Kekerapan solat jemaah di Masjid KUIS - Asar

0

(.00%)

4

(15.38%)

11

(42.31%)

9

(34.62%)

2

(7.69%)3.35

Jadual 4

Petunjuk:

1. Tidak pernah

2. Jarang-jarang

Page 19: kajian solat jemaah 2011

22

3. Kadang-kadang

4. Kerap

5. Sangat kerap

Berdasarkan jadual 4 dapat dilihat bahawa kekerapan pelajar-pelajar menunaikan

solat berjemaah dimasjid KUIS adalah membimbangkan. Ini dapat memperlihatkan

dalam jadual di atas yang menunjukkan bahawa jumlah peratus tertinggi bagi solat

zohor C11: 42.31% / min (4.04) dengan petunjuk kerap manakala solat asar

menunjukkan persamaan peratus 42.31% / min (3.35) dengan petunjuk kadang-

kadang pelajar mendirikan solat berjemaah di Masjid KUIS, perbezaan kepada

petunjuk kerap dan kadang-kadang berkemungkinan jadual waktu belajar yang agak

padat atau pelajar-pelajar yang telah tamat sessi P&P sebelum waktu solat asar di

masjid KUIS.

4.6 KEKERAPAN SOLAT BERJEMAAH DIMASJID @ DISURAU DITEMPAT TINGGAL RESPONDEN

Item Soal SelidikTidak

PernahJarang-jarang

Kadang-kadang

KerapSangat Kerap

Min

C21 - Kekerapan solat jemaah surau tempat tinggal - Subuh

2

(7.69%)

5

(19.23%)

12

(46.15%)

6

(23.08%)

1

(3.85%)2.96

C22 - Kekerapan solat jemaah surau tempat tinggal - Zuhur

1

(3.85%)

6

(23.08%)

5

(19.23%)

12

(46.15%)

2

(7.69%)3.31

C23 - Kekerapan solat jemaah surau tempat tinggal - Asar

2

(7.69%)

5

(19.23%)

6

(23.08%)

10

(38.46%)

3

(11.54%)3.27

C24 - Kekerapan solat jemaah surau tempat tinggal - Maghrib

1

(3.85%)

1

(3.85%)

4

(15.38%)

12

(46.15%)

8

(30.77%)3.96

C25 - Kekerapan solat jemaah surau tempat tinggal - Isyak

1

(3.85%)

2

(7.69%)

6

(23.08%)

10

(38.46%)

7

(26.92%)3.77

Jadual 5

Petunjuk:

1. Tidak pernah

2. Jarang-jarang

Page 20: kajian solat jemaah 2011

22

3. Kadang-kadang

4. Kerap

5. Sangat kerap

Berdasarkan jadual 5 menunjukkan peratus dan min pada item C21 (subuh) :

46.15% / min (2.96) yang menunjukkan kepada kadang-kadang pelajar menunaikan

solat berjemaah di masjid @ disurau ditempat tinggal pelajar. Manakala bagi item

C22 (Zohor): 46.15% / min (3.31), item C23 (Asar): 38.46% / min (3.27), item C24

(Maghrib) : 46.15% / min (3.96) dan item C25 (Isyak): 38.46 / min (3.77) yang

memberi petunjuk kepada kerap pelajar menunaikan solat maghrib dan isyak

dimasjid dan disurau ditempat tinggal pelajar.

4.7 KEKERAPAN RESPONDAN SOLAT BERJEMAAH DIRUMAH

Item Soal SelidikTidak

PernahJarang-jarang

Kadang-kadang

KerapSangat Kerap

Min

C31 - Kekerapan solat jemaah rumah – Subuh

4

(15.38%)

4

(15.38%)

8

(30.77%)

8

(30.77%)

2

(7.69%)3

C32 - Kekerapan solat jemaah rumah – Zuhur

3

(11.54%)

8

(30.77%)

9

(34.62%)

4

(15.38%)

2

(7.69%)2.77

C33 - Kekerapan solat jemaah rumah – Asar

2

(7.69%)

9

(34.62%)

9

(34.62%)

3

(11.54%)

3

(11.54%)2.85

C34 - Kekerapan solat jemaah rumah – Maghrib

1

(3.85%)

5

(19.23%)

11

(42.31%)

4

(15.38%)

5

(19.23%)3.27

C35 - Kekerapan solat jemaah rumah – Isyak

2

(7.69%)

5

(19.23%)

9

(34.62%)

6

(23.08%)

4

(15.38%)3.19

Jadual 6

Petunjuk:

1. Tidak pernah

2. Jarang-jarang

Page 21: kajian solat jemaah 2011

22

3. Kadang-kadang

4. Kerap

5. Sangat kerap

Dalam jadual 6 menunjukkan pelajar solat berjemaah bagi solat subuh ialah 30.77% /

min (3) yang bersamaan peratus bagi petunjuk kerap dan kadang-kadang, manakala

persamaan peratus dan petunjuk bagi solat Zohor 34.62% / min (2.77), solat Asar

34.62% / min (2.85) dan solat Isyak 34.62% / min (3.19). ini menunjukkan pelajar-

pelajar kadang-kadang sahaja menunaikan solat berjemaah dirumah. Hanya waktu

solat Asar sahaja pelajar-pelajar jarang-jarang menunaikan solat berjemaah di

rumah dengan peratus 34.62% / min (2.85).

4.8 KEKERAPAN RESPONDEN SOLAT BERJEMAAH DI SEKOLAH

Item Soal SelidikTidak

PernahJarang-jarang

Kadang-kadang

KerapSangat Kerap

Min

C41 - Kekerapan solat jemaah di sekolah - Zuhur

5

(19.23%)

2

(7.69%)

5

(19.23%)

10

(38.46%)

4

(15.38%)3.23

C42 - Kekerapan solat jemaah di sekolah - Asar

1

(3.85%)

2

(7.69%)

2

(7.69%)

16

(61.54%)

5

(19.23%)3.85

Jadual 7

Petunjuk:

1. Tidak pernah

2. Jarang-jarang

3. Kadang-kadang

4. Kerap

5. Sangat kerap

Berdasarkan jadual 7 dapat dilihat bahawa kekerapan pelajar-pelajar menunaikan

solat berjemaah di sekolah. Ini dapat memperlihatkan dalam jadual di atas yang

menunjukkan bahawa jumlah peratus tertinggi bagi solat Asar 61.54% / min (3.85)

Page 22: kajian solat jemaah 2011

22

manakala peratus solat Zohor C41: 38.46% / min (3.23), ini menunjukkan bahawa

pelajar menunaikan pelajar-pelajar menunaikan solah Asar berjemaah berbanding

dengan solat Zohor.

4.9 PANDANGAN RESPONDAN MENGENAI MASALAH TIDAK SOLAT BERJEMAAH

DI KUIS

Item Soal SelidikSangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Agak Setuju

SetujuSangat Setuju

Min

D11 - Jadual kelas yang sangat padat menyebabkan anda tidak berkesempatan untuk bersolat berjemaah di Masjid KUIS.

0

(.00%)

2

(7.69%)

0

(.00%)

6

(23.08%)

10

(38.46%)

8

(30.77%)4.85

D12 - Faktor kebersihan diri menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjemaah di KUIS

4

(15.38%)

5

(19.23%)

5

(19.23%)

4

(15.38%)

6

(23.08%)

2

(7.69%)3.35

D13 - Faktor kebersihan pakaian menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjemaah di KUIS

4

(15.38%)

5

(19.23%)

7

(26.92%)

7

(26.92%)

2

(7.69%)

1

(3.85%)3.04

D14 - Anda melakukan solat jamak dan qasar

9

(34.62%)

3

(11.54%)

7

(26.92%)

1

(3.85%)

2

(7.69%)

4

(15.38%)2.85

D15 - Waktu rehat yang terhad untuk urusan asasi.

2

(7.69%)

3

(11.54%)

5

(19.23%)

6

(23.08%)

5

(19.23%)

5

(19.23%)3.92

Jadual 8

Petunjuk:

1. Sangat Tak Setuju

Page 23: kajian solat jemaah 2011

22

2. Tidak Setuju

3. Kurang Setuju

4. Agak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Bagi pandangan pelajar mengenai masalah tidak solat berjemaah di KUIS seperti

jadual 8, pada item D11 menunjukkan faktor kepadatan jadual kelas merupakan

peratus tertinggi iaitu 38.46% / min (4.85) yang menyebabkan pelajar memilih

petunjuk setuju yang menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk solat

berjemaah di KUIS. Bagi item D12 iaitu faktor kebersihan diri menunjukkan peratus

23.08 / min (3.35) berbanding dengan item D13 iaitu faktor kebersihan pakaian

menunjukkan peratus 26.92 / min (3.04) yang menjadi penghalang kepada pelajar

untuk tidak menunaikan solat berjemaah diKUIS. Manakala pelajar memilih petunjuk

sangat tidak bersetuju dengan peratus 34.62% / min (2.85) bagi item D14 iaitu solat

jamak dan qasar tidak menjadi faktor penghalang bagi solat berjamaah. Pelajar-

pelajar memilih petunjuk agak setuju dengan item D15: 23.08% / min (3.92) iaitu

waktu rehat yang terhad untuk urusan asasi menjadi penyebab tidak solat berjamaah

di KUIS.

4.10 PANDANGAN RESPONDAN MENGENAI MASALAH TIDAK SOLAT

BERJEMAAH DI TEMPAT TINGGAL @ DI RUMAH

Page 24: kajian solat jemaah 2011

22

Item Soal Selidik

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Agak

SetujuSetuju

Sangat

SetujuMin

D21 - Jarak antara rumah

dan masjid yang jauh

menyukarkan untuk keluar

berjamaah di masjid

5

(19.23%)

4

(15.38%)

5

(19.23%)

9

(34.62%)

2

(7.69%)

1

(3.85%)3.08

D22 - Kesuntukan masa

menyebabkan anda tidak

solat berjamaah di rumah.

3

(11.54%)

7

(26.92%)

3

(11.54%)

6

(23.08%)

7

(26.92%)

0

(.00%)3.27

D23 - Kesibukan

menyebabkan anda tidak

solat berjamaah di rumah.

2

(7.69%)

5

(19.23%)

3

(11.54%)

6

(23.08%)

8

(30.77%)

2

(7.69%)3.73

D24 - Kurang kesedaran

dalam individu itu sendiri

dalam melaksanakan solat

berjemaah di rumah.

2

(7.69%)

5

(19.23%)

2

(7.69%)

4

(15.38%)

8

(30.77%)

5

(19.23%)4

Jadual 9

Petunjuk:

1. Sangat Tak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Kurang Setuju

4. Agak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Berdasarkan jadual 9 bagi item D21 menunjukkan 34.62% / min (3.08), petunjuk

menunjukkan pelajar kepada agak setuju kerana jarak antara rumah dan masjid

menjadi faktor pelajar sukar untuk keluar solat berjemaah di masjid @ disurau. Pada

item D22 iaitu kesuntukan masa dan kesibukan menyebabkan pelajar tidak bersolat

Page 25: kajian solat jemaah 2011

22

berjemaaah di masjid @ di surau dengan peratus 26.92% / min (3.27) iaitu yang

memberi petunjuk kepada setuju. Bagi item D23 menunjukkan peratus 30.77% / min

(3.73) dengan memberi petunjuk kepada setuju disebabkan kesibukan urusan kerja

berbanding dengan item D24 iaitu 30.77% / min (4) yang memilih petunjuk setuju

bahawa kurang kesedaran individu itu sendiri dalam melaksanakan solat berjemaah

di tempat tinggal atau di rumah.

4.11 PANDANGAN RESPONDAN MENGENAI MASALAH TIDAK SOLAT

BERJEMAAH DI SEKOLAH

Item Soal Selidik

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Agak

SetujuSetuju

Sangat

SetujuMin

D31 - Sesi pengajaran dan

pembelajaran yang padat.

1

(3.85%)

4

(15.38%)

4

(15.38%)

8

(30.77%)

3

(11.54%)

6

(23.08%)4

D32 - Kesuntukan masa di

sekolah.

1

(3.85%)

7

(26.92%)

5

(19.23%)

5

(19.23%)

6

(23.08%)

2

(7.69%)3.54

D33 - Kesibukan di sekolah.0

(.00%)

6

(23.08%)

6

(23.08%)

6

(23.08%)

6

(23.08%)

2

(7.69%)3.69

D34 - Sekolah tidak

mempunyai tempat ibadat.

9

(34.62%)

9

(34.62%)

7

(26.92%)

0

(.00%)

0

(.00%)

1

(3.85%)2.08

Jadual 10

Petunjuk:

1. Sangat Tak Setuju

Page 26: kajian solat jemaah 2011

22

2. Tidak Setuju

3. Kurang Setuju

4. Agak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Berdasarkan jadual 10 bagi item D31 iaitu sessi P&P yang padat menunjukkan

pelajar agak setuju bahawa faktor tersebut menyebabkan solat berjemaah tidak

dapat dilaksanakan dengan peratus 30.77% / min (4), Pada item D32 iaitu

kesuntukan masa menyebabkan pelajar tidak bersolat berjemaaah di sekolah

dengan peratus 26.92% / min (3.54) iaitu yang memberi petunjuk kepada tidak setuju

jika dibanding dengan item D33 menunjukkan peratus yang sama 23.08% / min

(3.69) yang memberi petunjuk yang berbeza iaitu tidak setuju, kurang setuju, agak

setuju dan setuju disebabkan kesibukan di sekolah. Manakala item D34 iaitu 34.62%

/ min (2.08) yang memilih petunjuk sangat tidak setuju dan tidak setuju bahawa tiada

tempat solat di sekolah menjadi faktor solat berjamaah tidak dapat dilaksanakan.

1. Apakah pendapat anda mengenai amalan solat berjamaah dikalangan siswa separuh

masa di masjid KUIS.

2. Apakah cadangan anda bagi menambahbaikan solat berjamaah dikalangan siswa

separuh masa di masjid KUIS.

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan

Page 27: kajian solat jemaah 2011

22

Daripada hasil kajian, dari sudut pengetahuan sedia ada pelajar mengenai amalan

solat berjemaah di kalangan pelajar separuh masa KUIS membuktikan bahawa para

pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dari segi kepentingan, pengertian

dan kelebihan solat berjemaah.

Dari sudut pengamalan dan kekerapan pula dapat dilihat para pelajar berusaha

untuk menunaikan solat secara berjemaah bukan sahaja di masjid KUIS tetapi di

tempat kerja dan di rumah, walaubagaimana pun kekangan dan masalah yang

dihadapi seperti jadual pengajaran dan pembelaran yang padat, faktor kebersihan

diri dan pakaian, masa kerja yang padat dan terhad antara punca utama mereka

menangguhkan untuk menunaikan solat berjemaah di awal waktu.

Walaupun begitu, sebagai seorang pendidik dalam bidang pendidikan islam

seharusnya menunaikan solat berjemaah ini di titik beratkan dan di jadikan satu

amalan yang berterusan dan perkara ini perlu di sokong oleh pihak-pihak tertentu

bagi memastikan para pendidik melaksanakan tuntutan agama dan menjadi seorang

pemimpin yang di redhai oleh Allah s.w.t.

5.2 Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan walaupun responden mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi tentang amalan solat berjemaah yang dituntut dalam islam . tetapi

Penyelidik berpendapat bahawa pendedahan kesedaran dan sokongan dari pihak

lain juga di perlukan bagi memastikan tahap pengetahuan para pelajar seimbang

dengan pengetahuan dan amalan . Justeru itu, pihak individu guru itu sendiri perlu

lebih efisien dan komited, dan Kesedaran individu itu sendiri menjadi tunjang

kekuatan untuk menunaikan solat berjemaah.

Berdasarkan kajian yang dibuat kita boleh membuat satu perbincangan mengenai

cara meningkatkan amalan solat berjemaah di KUIS @ di tempat tinggal

pelajar.Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tahap

kesedaran pelajar separuh masa diploma perguruan pendidikan islam mengenai

pengetahuan, pengamalan dan kekerapan melakukan solat berjemaah samaada di

masjid KUIS waktu pengajaran dan pembelajaran, di rumah atau di surau dan di

sekolah . Pihak fakulti atau persatuan yang ada di KUIS boleh merancang untuk

Page 28: kajian solat jemaah 2011

22

membuat satu program meningkatkan kesedaran pelajar separuh masa pdiploma

perguruan pendidikan islam mengenai solat berjemaah. Pihak fakulti juga perlu

mengkaji dan menyusun jadual waktu pembelajaran yang sesuai bagi membolehkan

pelajar-pelajar dan pensyarah menunaikan solat berjemaah di masjid KUIS di awal

waktu.

5.3. Cadangan

Hasil kajian ini mendapati beberapa cadangan yang perlu di ambil kira oleh

pihak-pihak tertentu khususnya pihak KUIS seperti berikut.

i. Menyusun jadual pengajaran dan pembelajaran agar tidak terlajak

sehingga mengambil waktu solat berjemaah berikutan KUIS adalah

sebuah kolej universiti yang melahirkan lebih ramai tenaga profesional

Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan

mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.

ii Menyediakan kelengkapan yang mencukupi seperti kain pelikat, untuk di

gunakan oleh para pelajar menunaikan solat berjemaah di masjid.

iii Mempromosi kepentingan dan kelebihan amalan solat berjemaah kepada

setiap pensyarah sebagai tazkirah sebelum memulakan pengajaran dan

pembelajaran serta menampal poster di kawasan-kawasan tertentu.

5.4 Cadangan Kajian Masa Depan

Kajian ini adalah kajian kecil yang dijalankan dalam masa terhad dan skop yang

terbatas.Terdapat pembolehubah-pembolehubah yang berkait rapat dengan kajian

yang ditinggalkan. Oleh itu kajian-kajian lanjut boleh dijalankan bagi melihat

keberkesanan solat berjemaah dikalangan pelajar-pelajar separuh masa KUIS

terutamanya.Antara kajian lanjut yang dijalankan ialah:-

1. Skop kajian dan jumlah responden perlu diperluaskan supaya dapatan kajian

boleh digeneralisasikan. Dapatan kajian adalah lebih luas jika mengambil kira

Page 29: kajian solat jemaah 2011

22

semua pelajar-pelajar separuh masa dan sepenuh masa pada setiap

semester dalam bidang pendidikan.

2. Tempoh kajian perlu ditambah untuk melihat kesan yang lebih jelas

khususnya untuk melihat tahap keberkesanan solat berjemaah dikalangan

pelajar-pelajar separuh masa di masjid KUIS. Sikap positif pelajar hanya

dapat dibentuk melalui kesedaran pelajar itu sendiri dalam melaksanakan

amalan solat berjemaah di KUIS dan di tempat tinggal.

3. Kajian –kajian yang akan datang perlu mengambil kira pembolehubah-

pembolehubah yang lain seperti tidak menumpukan kepada pelajar lelaki

separuh masa diploma perguruan pendidikan islam sahaja, kajian juga perlu

kepada pelajar perempuan separuh masa diploma perguruan pendidikan

islam yang menuntut di KUIS supaya perbandingan dapat dibuat.

6 PENUTUP

Diharap dengan dapatan hasil kajian amalan solat berjemaah di kalangan pelajar

separuh masa diploma perguruan pendidikan islam ini dapat di jadikan satu bahan

rujukan, pengajaran dan maklumat serta ilmu baru kepada para pendidik, pensyarah

dan pihak-pihak tertentu bahawa betapa pentingnya amalan solat berjemaah di

kalangan pendidik bagi merealisasikan sesebuah matlamat dan objektif khususnya

dalam bidang perguruan.

Tindakan dan kesedaran dari pihak – pihak tertentu bukan sahaja individu itu sendiri

perlu di ambil berat dan di pertanggungjawabkan bersama agar amalan solat

berjemaah ini mampu di amalkan tidak kira umur, kelulusan dan pangkat serta

mampu di tunaikan seawal waktu bagi mewujudkan suasana yang hormoni, aman

dan tenang.

Sesungguhnya solat itu mencegah kepada kemungkaran dan solat berjemaah itu di

angkat oleh Allah s.w.t kepada 27 darjat. Semoga amalan dan kajian ringkas dalam

waktu yang terhad dapat memberi manfaat seterusnya membuka minda dan

kesedaran para pendidik, masyarakat untuk menjadikan solat berjemaah di awal

waktu sebagai amalan dalam kehidupan seharian

Page 30: kajian solat jemaah 2011

22