Upload
izudin-hasan
View
177
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK :
KAEDAH PENGAJARAN AMALI DENGAN BANTUAN BAHAN BANTU PENGAJAR
MENINGKATKAN FOKUS PELAJAR DI DALAM KELAS
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar Tingkatan 4 Teknologi Maklumat semasa proses pembelajaran berkaitan bab 3
didalam sub topik Konfigurasi dan Percubaan Sebuah Rangkaian. Seramai 17 orang murid
terlibat semasa proses pengajaran kali ini. Latar belakang bagi setiap pelajar kelas ini adalah
golongan sederhana dan rata-rata antara mereka tidak semua yang mempunyai komputer
dirumah. Jadi mereka bergantung sepenuhnya dengan komputer dimakmal ataupun di ‘cyber
café’.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penggunaan kaedah pengajaran semasa proses
pengajaran. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan latihan yang telah dibuat oleh
pelajar pada sesi pengajaran yang pertama bagi sub topic bab 3 iaitu Konfigurasi dan Percubaan
Rangkaian. Soalan meminta pelajar-pelajar untuk menggambarkan konsep perhubungan antara
rangkaian berfokuskan rangkaian LAN. Hasil tinjauan menunjukkan murid masih tidak
memahami topik yang diajar memandangkan masih ramai tidak mampu menjawab soalan yang
meminta mereka menggambarkan konsep LAN (Local Area Network) didalam topik rangkaian
sebetulnya. Berdasarkan pemerhatian kepada permasalah tersebut, langkah untuk
penambahbaikan telah diambil dengan menggunakan strategi kaedah pengajaran berasaskan
pengajaran amali atau simulasi dan pemusatan pelajar.. Keputusan analisa selepas pengajaran
kedua menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih berminat untuk belajar dan
keputusan analisa dari jawapan latihan pelajar juga meningkat. Ia menunjukkan keberkesanan
penggunaan strategi dalam pengajaran adalah sangat penting kepada seseorang guru. Saya juga
menggunakan model ASSURE untuk melengkapi kajian ini.
1
1.0 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tumpuan dan minat pelajar
terhadap topik pembelajaran di dalam kelas. Terdapat ramai pelajar yang bosan terhadap
pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini
berlaku ialah guru hanya memberi penerangan tanpa memberi contoh secara jelas. Pelajar
hanya mendengar tanpa memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Saya memfokuskan kajian ini kepada kaedah pengajaran berbentuk simulasi dan
berpusatkan pelajar. Kaedah pengajaran ini memainkan peranan yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala
murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
Kaedah simulasi yang digunakan oleh saya dibantu dengan penggunaan sedikit bahan
pengajaran.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU
Pada 11 November 2014, saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi matapelajaran ICT bagi pelajar Tingkatan 4, mengenai tajuk Rangkaian, sub topik
Konfigurasi dan Percubaan sebuah Rangkaian. Semasa menjalankan pengajaran, saya
mendapati terdapat beberapa kekurangan dan kekuatan didalam penyampaian saya.
Tahap kefahaman pelajar yang dapat diukur semasa ujian penggal kedua. Sebelum
bermulanya ujian tersebut, saya telah pun membuat sesi pengajaran bagi bab 3 iaitu
tentang Rangkaian dan pelajar-pelajar didalam kelas tersebut telah diuji dengan set soalan
ringkas berbentuk teori berkenaan WAN, LAN dan MAN. Rata-rata pelajar dapat
menjawab dengan baik teori konsep rangkaian tersebut.
Namun bagi ujian penggal kedua yang mana soalannya juga digubal oleh saya dan
juga guru pembimbing sedikit sebanyak saya menguji mereka dengan topik yang sama
iaitu Rangkaian. Didalam soalan tersebut, saya telah meminta pelajar menggambarkan
2
konsep WAN, LAN dan MAN dalam bentuk gambar rajah yang perlu dilakar oleh
mereka. Rata-rata pelajar gagal memenuhi kreteria soalan ini secara tidak langsung masih
gagal untuk memahami konsep bab Rangkaian ini.
Hasil dari permasalahan inilah saya merangka kaedah pengajaran yang lebih baik
untuk memberi kefahaman yang sebaiknya kepada pelajar-pelajar. Perkara yang saya
dapati, kefahaman secara teori masih belum mencukupi untuk memberi kefahman yang
mendalam bagi topik ini. Oleh itu, saya perlu memastikan pelajar-pelajar itu sendiri
membina rangkaian mereka sendiri agar lebih mudah di fahami.
3.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN
Kajian yang dilakukan ini adalah berfokuskan kepada kebolehan pelajar untuk
memahami konsep rangkaian dan menggunakan rangkaian LAN (Local Area Network)
sebagai kaedah bagi memahami konsep rangkaian. Saya juga menggunakan kaedah amali
bagi melengkapi fokus kajian saya. Di dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran
sebelum ini mendapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi terutamanya dari
segi kaedah pengajaran, gaya penyampaian dan pendekatan yang diambil. Sebagai contoh
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, murid tidak mendapat gambaran
yang jelas tentang topik yang diajar kerana guru lebih banyak membaca slaid berbanding
membuat penerangan secara terperinci dan memberi contoh.
Bagi topik yang diajar pada sesi lepas, ia sebenarnya memerlukan lebih daripada
contoh kerana topik ini melibatkan konsep yang sangat abstract bagi pelajar yang rata-
rata masih baru didalam dunia teknolgi. Seperti yang kita tahu, kefahaman pelajar
terhadap topik yang diajar sangat penting. Oleh itu, saya akan menggunakan kaedah
pengajaran berasaskan amali dan menggunakan model pengajaran ASSURE untuk
melengkapkan kajian saya ini.
3
4.0 KAJIAN LITERATUR
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu
objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk
membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih
jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.
Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi
penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan
sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu
perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang
digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh R.
Heinrich, M. Molenda, J. Russell dan S. Smaldino. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini
sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model
rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan
bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih menguasai
matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut
digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui
tentang apa itu rancangan mengajaran dan Model ASSURE.
4
4.1 Model Pengajaran ASSURE
Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama
iaitu:-
A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )
S = State objective ( Nyatakan Objektif )
S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan )
U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan )
R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )
E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula).
Keenam-enam elemen di atas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di
dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama
lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi
pengajaran.
i. Analisis Pelajar
Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus
peringkat masuk dan stail pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap,
tingkatan dan latar sosioekonomi. Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri
umum yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang
berumur tujuh tahun. Manakala kompetensi khusus peringkat masuk
merupakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan
pelajaran. Stail pula merupakan trait psikologi seperti persepsi. Di sini adalah
seperti tahap kecerdasan yang pelbagai iaitu lemah, sederhana dan pandai.
ii. Objektif Pembelajaran
Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru
kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya
realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya
perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut
5
Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah
panduan objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti
penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan /
kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan
pencapaian objektif tercapai.
iii. Memilih Kaedah Pengajaran
Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih
kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah
berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran. Oleh kerana
kelas tersebut terdiri dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih
ialah penyoalan, perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.
Media yang dipilih pula ialah kad gambar dan persembahan power point.
Manakala bahan yang dirancang ialah lembaran kerja. Kaedah dan strategi
pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi
yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya
kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan,
pembelajaran kendiri dan sebagainya.
iv. Pemilihan Penggunaan Media dan Bahan
Langkah seterusnya ialah media dan bahan. Penggunaan media adalah
penting supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipersepsikan dengan
tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan
media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang bahan yang
akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang
sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya
sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali
ialah sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh pelajar.
6
v. Memerlukan Penglibatan Pelajar
Langkah yang kelima ialah libatkan pelajar. Ia adalah penting untuk
memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti-aktiviti yang boleh
dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan
sebagainya. Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan. Selain
itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan. Bukan itu
sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang
seperti murid-murid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan
haiwan mengikut ciri-ciri yang tertentu.
Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi
idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran.
Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat
memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement
activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi
tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa
memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses
pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam
kumpulan
vi. Menilai dan Mengulangkaji
Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise
atau nilai dan semak. Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara
berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk
memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap
prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif
pengajaran telah tercapai. Nilai dan semak adalah penting untuk melihat
keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah
untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian yang dibuat meliputi
7
pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan objektif. Selain itu
media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut
disemak.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharapkan murid akan mencapai objektif berikut:
Objektif umum :
Memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih jelas dengan kaedah pengajaran yang
betul dan dibantu alat bahan bantu mengajar yang sesuai supaya pelajar dapat terlibat
secara aktif di dalam kelas seterusnya meningkatkan fokus pelajar.
Objektif Khusus:
1. Meningkatkan tumpuan pelajar terhadap proses pembelajaran.
2. Menarik minat pelajar dengan penggunaan gambar.
3. Memberi kefahaman yang lebih terperinci.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 16 orang pelajar Tingkatan
4 IT untuk memahami jenis-jenis rangkaian di dalam subjek Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
8
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model ASSURE untuk
melengkapkan proses dapatan kajian. Menggunakan enam elemen didalam model
ASSURE akan menjadi satu proses lengkap dalam menyediakan hasil kajian yang bakal
dilakukan. Model ini mengetengahkan beberapa faktor utama iaitu dari segi kaedah
pengajaran dan alat bantu mengajar yang mana akan menjadi keutamaan dalam kajian ini.
7.1 ANALISIS PELAJAR
Elemen dan langkah pertama ini digunakan untuk saya mengukur beberapa ciri-
ciri umum pelajar yang menjadi sampel untuk kajian ini, iaitu dari segi umur, tahap
pengetahuan sedia ada, dan latar sosioekonomi. Berdasarkan analisis daripada
pemerhatian saya, rata-rata pelajar tingkatan 4 IT ini mempunyai banyak persamaan
terutamanya tahap pengetahuan sedia ada dan latar belakang sosioekonomi yang
membawa kepada penerimaan kandungan pelajaran. Kurangnya pendedahan kepada isu
dan perkara luar mewujudkan keterbatasan kepada pemahaman yang lebih mendalam.
Satu aspek perbezaan, adalah dari segi tahap kecerdasan pelajar, iaitu ada pelajar yang
lemah, dan ada juga yang pandai.
7.2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Bagi melaksanakan proses penambahbaikan dan kajian ini, saya telah menetapkan
beberapa objektif sebagai penanda aras untuk memacu proses dan kandungan pengajaran
saya. Oleh sebab dapatan daripada refleksi adalah berkenaan kaedah pengajaran, saya
telah menetepkan beberapa objektif baru untuk bagi memperbaiki isu tersebut.
Antaranya, pada akhir pembelajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat memahami dengan
betul konsep jenis rangkaian, dan pelajar-pelajar haruslah terlibat dalam aktiviti
pengajaran.
9
7.3 MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN
Elemen ini menekankan pemilihan kaedah pengajaran. Pemilihan kaedah
pengajaran ini penting bagi mencapai objektif utama iaitu bagi memastikan pelajar-
pelajar menguasai pemahaman kepada konsep jenis rangkaian komputer. Pendekatan
yang dignakan sebelum ini lebih kearah berpusatkan guru yang mana guru hanya
menggunakan slaid pengajaran semata-mata untuk menerangkan pemahaman konsep.
Oleh itu, pemilihan terhadap jenis kaedah pengajaran baru adalah perlu untuk
memudahkan objektif kajian tercapai. Antara kaedah pengajaran yang dipilih untuk
menggantikan kaedah pengajaran sebelumnya adalah kaedah pengajaran berbentuk amali
yang mana guru perlu memastikan pelajar-pelalajr terlibat sama dalam proses
pembelajaran.
7.4 MEMILIH PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN
Pemilihan bahan pengajaran adalah penting supaya mesej dapat disampaikan
dengan baik dan dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar-pelajar. Bahan pengajaran
ini merangkumi gambar-gambar dan contoh yang jelas tentang jenis-jenis rangkaian.
Gambar yang digunakan masih tetap melibatkan konsep yang mana, konsep ini yang
menjadi isu utama untuk dibaiki dan diberi kefahaman mendalam.
7.5 MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR
Langkah seterusnya adalah memastikan penglibatan pelajar-pelajar dalam proses
pengajaran. Melalui kaedah ini, guru membuat demostrasi dihadapan pelajar-pelajar
untuk membuat sambungan antara komputer makmal. Seterusnya, proses tersebut
diulangi oleh pelajar untuk membuat penyambungan yang sama antara komputer mereka.
Guru juga meminta pelajar-pelajar untuk mendapatkan beberapa media seperti gambar
dan fail mp3 daripada pautan laman web yang telah diberikan oleh guru.
Guru telah bertindak sebagai komputer utama. Seterusnya aktiviti dijalankan
dengan membahagikan mereka mengikut label tertentu sebagai contoh Jabatan IT,
Jabatan Kewangan dan Jabatan Pendaftaran. Kumpulan tersebut juga dilabelkan dengan
nama label yang lain iaitu ‘SUA cawangan Johor’, SUA cawangan Kedah; dan ‘SUA
10
cawangan Sabah’. Guru juga memastikan ada kumpulan berada pada komputer yang
tidak berada pada sambungan perkongsian fail.
Peraturan ringkas telah ditetapkan, sebagai contoh meminta Jabatan Pendaftaran
menghantar fail kepada Jabatan Kewangan, seterusnya meminta komputer yang tidak
bersambung dengan rangkaian perkongsian untuk mengakses. Saya juga meminta mereka
yang berlabel ‘SUA cawangan Kedah’ mengakses file yang berada di kumpulan ‘SUA
cawangan Sabah’. Perkara yang cuba dicapai dari aktiviti ini adalah bagi memastikan
pelajar-pelajar dapat memahami perkaitan antara hubungan yang berlaku dengan konsep
jenis rangkaian komputer, iaitu LAN, MAN dan WAN.
7.6 MENILAI DAN MENGKAJI
Langkah yang terakhir adalah proses menilai dan melihat tahap yang telah
dicapai. Langkah ini bertujuan mendapatkan gambaran secara keseluruhan sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan terhadap pretasi pelajar. Jika penilaian
tersebut mencapai tahap yang diinginkan, maka dapat disimpulkan objektif telahpun
tercapai.
Penilaian ini merangkumi dua bentuk pengumpulan data, iaitu menggunakan
borang soal selidik, dan juga pengagihan borang soalan berbentuk subjektif. Bagi borang
soal selidik, dua kategori penilaian telah diperincikan iaitu ‘Kaedah Pengajaran Guru
Menggunakan Alat Bantu Mengajar di Dalam Kelas’ dan ‘Penyampaian Isi Pengajaran’.
7.6.1 DAPATAN DAN ANALISIS DATA
Soal selidik ini menggunakan skala kesukaan (Likert scale) sebagai penanda aras.
Elemen utama bahagian ini adalah mengukur tahap keberkesanan guru dalam mengajar
subjek Teknologi Maklumat melibatkan kaedah pengajaran, kaedah aktiviti dijalankan
dan pengunaan bahan bantu mengajar semasa menjalankan proses pengajaran.
11
Teknologi maklumat merupakan subjek yang sukar difahami.
Kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar untuk belajar subjek Teknologi maklumat
Penggunaan pembelajaran kumpulan dalam PnP dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Penggunaan slide powerpoint dan contoh gambar dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dalam subjek Teknologi maklumat.
Video atau slide powerpoint yang ditayangkan oleh guru menarik perhatian pelajar untuk terus memberi perhatian semasa guru mengajar
Kaedah pengajaran dalam subjek Teknologi maklumat perlu lebih menggunakan pembelajaran atas talian seperti menggunakan akaun VLE-frog.
0 2 4 6 8 10 12 14
Kaedah Pengajaran Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar di Dalam Kelas
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Graf 7.0
12
Penggunaan media dapat memberikan kefahaman kepada pelajar
Penggunaan media membantu pelajar menyatakan dan memahami objektif pembelajaran dengan tepat.
Penggunaan slide powerpoint ini dapat membantu pelajar mengesan pengajaran yang terdapat dalam sub topik tertentu.
Penggunaan gambar membantu pelajar memahami sesuatu topik yang teknikal dengan lebih jelas.
Pengajaran secara amali dapat membantu pelajar memahami maksud yang ingin disampaikan.
0 2 4 6 8 10 12 14
Penyampaian Isi Pengajaran
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Graf 7.1
13
DAPATAN DARI KAEDAH PENGAJARAN GURU MENGGUNAKAN
ALAT BANTU MENGAJAR DI DALAM KELAS
Berdasarkan data dari carta bar yang disediakan, terdapat beberapa isu penting
yang perlu diketengahkan dan diulas. Antara persoalan yang memerlukan pelajar menilai
adalah berkenaan kaedah pengajaran guru samada mempengaruhi atau tidak proses
pembelajaran mereka bagi subjek Teknologi Maklumat. Hasilnya, 9 pelajar berpendapat
Sangat Setuju, dan 8 orang berpendapat Setuju dengan kenyataan ini. Hanya seorang
sahaja yang kurang bersetuju, namun hampir keseluruhan pelajar berpendapat mereka
setuju bahawa kaedah pengajaran guru mempengaruhi proses mereka belajar.
Seterusnya, antara persoalan utama untuk diuukur adalah dari segi penggunaan
bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran. Soalan memberi persoalan jelas tentang
penggunaan ‘slaid power point’ dan contoh gambar samada memudahkan pelajar
memahami sesuatu topik ataupun tidak. Hasil dari soal selidik, seramai 11 pelajar sangat
bersetuju dan 7 pelajar bersetuju bahawa penggunaan slaid dan gambar sangat membantu
dalam proses pengajaran. Ini memberi kenyataan secara jelas bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar dapat membantu pelajar memahami topik-topik yang bakal diajar.
Isu seterusnya adalah berkenaan pembelajaran secara kumpulan. Persoalan ini
juga dinilai memandangkan langkah penambahbaikan yang bakal saya lakukan adalah
berkenaan aspek kaedah pengajaran daripada penerangan kepada kaedah amali. Hasil dari
dapatan soal selidik, seramai 11 pelajar menyatakan setuju dengan kaedah ini, diikuti 7
orang dengan sangat setuju dan hanya seorang sahaja yang kurang bersetuju. Ini
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sebenarnya lebih mahukan suasana aktif didalam
kelas bagi menarik minar mereka dalam belajar.
14
DAPATAN DARI PENYAMPAIAN ISI PENGAJARAN
Bagi kategori ini, perkara yang diukur adalah melibatkan persoalan samada
penggunaan bahan dan media dapat membantu pelajar memahami objektif pembelajaran
dengan cepat. Kaedah pengajaran juga diukur samada membantu pelajar memahami
perkara yang ingin disampaikan atau tidak. Antara persoalannya, adakah penggunaan
media dapat membantu pelajar penyatakan dan memahami objektif pembelajaran dengan
tepat atau tidak. Dapatan soal selidik menunjukkan 10 orang bersetuju, 6 orang sangat
bersetuju dan hanya 2 orang tidak bersetuju. Hasil ini menunjukkan kepada saya bahawa
penggunaan media dan bahan mampu membantu kaedah pengajaran yang dipilih
mencapai objektif kajian.
Persoalan seterusnya adalah berkenaan bentuk pengajaran. Persoalan
menngetengahkan samada pengajaran secara amali dapat membantu pelajar memahami
maksud yang ingin disampaikan. Hasil dari dapatan soal selidik, seramai 12 pelajar
bersetuju dengan kenyaataan ini, 4 orang orang sangat bersetuju dan 2 orang kurang
setuju. Rumusannya, secara majoriti pelajar-pelajar sangat bersetuju dengan kaedah
pengajaran seumpama ini untuk membantu mereka memahami penyampaian proses
pengajaran.
7.6.2 RUMUSAN DARI ANALISIS DATA
Setelah kajian dan data diekstrak dalam bentuk empirikal, dapat dirumuskan
bahawa kaedah pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar turut
mempengaruhi proses penerimaan maklumat oleh pelajar. Daripada kajian ini, pelajar-
pelajar sebenarnya lebih berminat untuk memberi lebih perhatian jika proses pengajaran
itu tidak terlalu berbentuk komunikasi dua hala, sebaliknya mereka lebih berminat jika
terdapat input lain semasa proses pengajaran. Antaranya dari segi penggunaan selaid
bergambar, keterlibatan dalam proses berkumpulan dan wujud komunikasi antara pelajar
dengan pelajar yang lain semasa menjalankan proses pengajaran.
15
8.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan supaya guru lebih kreatif
dalam melakukan penyampaian isi kandungan di dalam kelas. Hal ini kerana
penyampaian isi kandungan yang jelas membuatkan pelajar mudah faham dan membantu
mencapai objektif pengajaran. Contohnya guru menggunakan strategi berpusatkan bahan
yang mana berfokuskan kepada cara penyampaian isi kandungan yang menggunakan
contoh gambar pada paparan slaid. Ia membantu dalam membuatkan pelajar lebih fokus
terhadap apa yang guru ingin sampaikan di dalam kelas.
Selain itu, kepentingan kajian ini juga ialah untuk memastikan pelajar tidak bosan
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kepelbagaian
dan kekreatifan dalam gaya penyampaian pengajaran di dalam kelas adalah sangat
penting supaya pelajar tidak bosan semasa sesi pembelajaran dan pelajar boleh
melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti di dalam kelas. Apabila pelajar berasa bosan,
ini boleh menjejaskan pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar akan menunjukkan
sikap malas dan tidak mengambil peduli tentang apa yang diajar oleh guru. Oleh itu,
strategi atau kaedah pembelajaran yang sesuai adalah sangat penting untuk menarik minat
dan perhatian pelajar di dalam kelas.
9.0 PENILAIAN
Setelah kajian tersebut dijalankan dan proses penambahbaikan dilakukan,
penilaian terhadap kajian tersebut dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanannya.
Penilaian dilakukan dengan mengukur prestasi mereka melalui ujian penggal kedua.
Sebelum itu, pretasi ujian bulanan mereka telah direkodkan sebagai tanda aras. Di dalam
kedua-dua ujian ini terkandung topik utama, meliputi bab 3 iaitu tentang Rangkaian.
Kaedah yang diimplimentasikan ke dalam topik ini seharusnya memberi kesan kepada
topik-topik yang lain.
16
MURID Markah Ujian Bulanan Markah Ujian Penggal Peningkatan (%)
1 68 77 0.09
2 70 85 0.15
3 56 69 0.13
4 72 81 0.09
5 53 64 0.11
6 65 69 0.04
7 74 83 0.09
8 45 52 0.07
9 72 78 0.06
10 61 75 0.14
11 65 62 -0.03
12 54 65 0.11
13 43 51 0.08
14 55 67 0.12
15 65 73 0.08
16 72 78 0.06
Penggunaan dan pengolahan kaedah baru dalam pengajaran dapat menyelesaikan
banyak masalah dan memberi impak positif kepada murid. Ini dapat dilihat melalui
peningkatan positif markah mereka. Perbezaan peningkatan dalam Ujian Bulanan dan
Ujian penggal ditunjukkan dalam graf dibawah. Ini membuktikan keberkesanan langkah
intervensi yang telah diambil.
17
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 160
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Perbandingan Ujian Bulanan dan Ujian Penggal
Ujian Bulanan Ujian Penggal
Graf 9.1
Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan kaedah yang digunakan ini berkesan
dan memberi impak kepada prestasi keputusan peperiksaan mereka. Malah, rata-rata
antara mereka juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap
keputusan masing-masing.
10.0 REFLEKSI KAJIAN
Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh
langkah intervensi yang telah dirancang. Saya amat percaya jika kita tidak
mempelbagaikan aktiviti dalam P&P kita, maka semakin ramai murid yang akan berasa
subjek ICT adalah subjek yang membosankan. Kemahiran melihat konsep secara lebih
nyata perlu dititikberatkan supaya pelajar mampu memahami teknologi dengan lebih
mendalam. Ini kerana, subjek berasaskan teknologi terlalu pesat berkembang dan pelajar
seharusnya cukup pantas mengikuti perubahan yang berlaku.
11.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, para pelajar sukar untuk menumpukan
perhatian di dalam kelas jika proses pengajaran hanya berlaku satu hala sahaja iaitu guru
menerang atau membaca dan pelajar hanya mendengar. Bagi kajian yang seterusnya, saya
18
mencadangkan agar kajian mengenai kepelbagaian gaya pengajaran oleh guru di dalam
bilik darjah dilakukan. Hal ini seperti dalam isu sebelum ini di mana keupayaan pelajar
untuk menerima sesuatu pelajaran adalah berbeza. Ada pelajar lebih kepada visual, ada
sesetengah pelajar lebih kepada audio.
Oleh itu, dengan adanya kajian berkaitan kepelbagaian gaya pengajaran dapat
membantu guru dalam menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai untuk para
pelajar. Para pelajar juga dapat menerima pelajaran secara adil jika guru menggunakan
kepelbagaian gaya pengajaran. Namun jika para guru dapat mengesan cara yang sesuai
dapat untuk menarik minat pelajar, justeru cara tersebut perlu diteruskan agar dapat
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seeloknya lagi terus
dikembangkan.
12.0 RUMUSAN
Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi pengajaran yang sesuai
sangat mempengaruhi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.
Strategi pemusatan bahan merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diambil
perhatian oleh semua guru. Hal ini kerana strategi atau kaedah yang digunakan di dalam
kelas akan mempengaruhi mutu pengajaran guru di dalam kelas. Jika guru salah guna
kaedah, kualiti pengajaran mungkin tidak memuaskan.
Untuk memahami sesuatu pelajaran yang baru bukanlah mudah untuk seseorang
pelajar. Menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan pelajar faham dengan apa yang
mereka pelajari. Oleh itu, penggunaan bahan yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah sangat penting, contohnya strategi yang digunakan dalam kajian ini
yang mana berpusatkan bahan pengajaran yang menggunakan contoh gambar dalam
penerangan. Setiap topik pembelajaran memerlukan kaedah dan strategi yang berbeza
untuk.
Sebagai guru kita perlu peka terhadap keperluan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kefahaman pelajar sangat penting untuk guru menilai sama ada
pengajaran yang dilakukan itu berjaya atau tidak.
19
RUJUKAN
Abd.Rahman, Baharudin(2004). Development Of An Interactive Teaching-Learning Technique
Of Mathematics Based On The Eif Technique For The Primary Schools. di Faculty of
Computer Science and Information System Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Hayati Mustapha (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP
(Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM,
Skudai: SatuTinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications and distribution Sdn. Bhd.
20
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK UNTUK KAJIAN
MAKLUMAT ASAS
Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
1. Jantina (1) Lelaki (2) Perempuan
2. Tingkatan
Umur
3. Minat terhadap subjek Teknologi Maklumat :
a) Sangat minat b) Minat
c) Kurang minat d) Tidak minat
21
Bil.
Pernyataan Skala
SANGAT
SETUJU
SETUJU KURANG
SETUJU
TIDAK SETUJU
1. Teknologi maklumat merupakan subjek yang sukar difahami.
2. Kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar untuk belajar subjek Teknologi maklumat.
3. Penggunaan pembelajaran koperatif/kumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
4. Penggunaan slide powerpoint dan contoh gambar dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dalam subjek Teknologi maklumat.
5 Video atau slide powerpoint yang ditayangkan oleh guru menarik perhatian pelajar untuk terus memberi perhatian semasa guru mengajar.
6. Kaedah pengajaran dalam subjek Teknologi maklumat perlu lebih menggunakan pembelajaran atas talian seperti menggunakan akaun VLE-frog.
22
BAHAGIAN A : KAEDAH PENGAJARAN GURU MENGGUNAKAN ALAT BAHAN BANTU
MENGAJAR DI DALAM KELAS
Bil. Penyataan Skala
SANGAT
SETUJU
SETUJU KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
1. Penggunaan media dapat memberikan kefahaman kepada pelajar
2. Penggunaan media membantu pelajar menyatakan dan memahami objektif pembelajaran dengan tepat.
3. Penggunaan slide powerpoint ini dapat membantu pelajar mengesan pengajaran yang terdapat dalam sub topik tertentu.
4. Penggunaan gambar membantu pelajar memahami sesuatu topik yang teknikal dengan lebih jelas.
5. Penyampaian secara langsung/lisan dapat membantu pelajar memahami maksud yang ingin disampaikan.
Bil. Pernyataan Skala
23
BAHAGIAN B : PENYAMPAIAN ISI PENGAJARAN
BAHAGIAN C : ASPEK PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
SANGAT
SETUJU
SETUJU KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
1. Soalan-soalan yang diajukan semasa P&P ini dapat menggalakkan pelajar memberikan pendapat.
2. Aktiviti semasa proses P&P dapat merangsang pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
3. Aktiviti yang dijalankan dapat membentuk pelajar yang berfikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah.
Bil. Pernyataan Skala
SANGAT SETUJU
SETUJU KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
1. Pelajar bertindak aktif sepanjang pembelajaran berlaku
3. Aktiviti dalam P&P dapat membantu pelajar untuk menonjolkan bakat dalam diri.
4. Aktiviti berkumpulan dapat menambahkan minat pelajar untuk belajar.
5. Aktiviti yang dijalankan boleh membuatkan pelajar bergerak dengan aktif.
6 Penggunaan cara pembelajaran atas talian seperti menggunakan vle-frog merupakan salah satu cara baru dalam proses pembelajaran.
24
BAHAGIAN D : STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF DAN REFLEKTIF
Pendapat anda :
Apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengajaran subjek Teknologi Maklumat?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
GAMBAR AKTIVITI
SESI PENGAJARAN KELAS
25