Upload
yusni-jamal
View
173
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
NOTA
Citation preview
1
TOPIK 8
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI DAN ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL AWAL KANAK-KANAK
SINOPSIS Topik ini akan memberikan pendedahan kepada anda tentang strategi pengajaran dan
pembelajaran seni dan estetika dalam Pendidikan Islam dan Moral awal kanak-kanak.
Setelah membaca modul ini, anda akan memperoleh maklumat cara mengaplikasi
elemen seni dan estetika dalam bilik darjah. Anda juga akan diperkenalkan dengan
beberapa contoh standard pembelajaran yang ditetapkan oleh Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami definisi elemen seni dan estetika dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dan Moral awal kanak-kanak.
2. Mengenal pasti peranan elemen seni dan estetika dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral awal kanak-kanak.
3. Mencadangkan aktiviti yang mengaplikasi elemen seni dan estetika dalam
Pendidikan Islam dan Moral berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
2
4. Membincangkan nilai yang boleh dipupuk menerusi elemen seni dan estetika dalam
pendidikan prasekolah.
PENGENALAN Berdasarkan pengalaman anda, cuba fikirkan aktiviti yang sering dilaksanakan oleh
guru ketika slot Pendidikan Islam dan Moral di prasekolah? Mengaji? Menghafaz surah-
surah tertentu? Menulis menggunakan tulisan jawi atau bagaimana? Pernahkah anda
terfikir bahawa elemen seni dan estetika hampir dipinggirkan ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah? Mengapa? Apa peranan anda?
ISI KANDUNGAN
ELEMEN SENI DAN ESTETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
APA ITU ELEMEN SENI DAN ESTETIKA?
Elemen seni dan estetika merujuk kepada hal yang berkaitan dengan konsep
keindahan, cita rasa dan kreativiti dalam kehidupan. Elemen seni dan estetika
merupakan asas kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak. Aplikasi seni merujuk
kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu karya. Apresisasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan
3
juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja
orang lain (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2009). Bagaimana kita
memberi nilai terhadap sesuatu hasil kerja murid akan memperlihatkan kematangan kita
meletakkan peranan estetika dalam proses pembelajaran mereka.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009) menjelaskan bahawa
elemen seni dan estetika berada di bawah Tunjang Fizikal dan Estetika. Namun
demikian elemen berkenaan boleh digabungjalinkan dengan Tunjang-tunjang
pembelajaran lain yang terdapat dalam KSPK (2009). Pendidikan Islam dan Moral pula
diletakkan di bawah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Sebagai guru pendidikan
awal kanak-kanak, kita perlu peka dan bijak memgaplikasi elemen seni dan estetika
dalam proses pembelajaran bagi Pendidikan Islam dan Moral.
MENGAPA ELEMEN SENI DAN ESTETIKA PENTING DALAM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL AWAL KANAK-KANAK?
MARI BERFIKIR SEJENAK
Cuba anda fikirkan bagaimana cara memupuk nilai seni dan estetika dalam proses
pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral? Mengapa? Adakah anda tahu bahawa
peruntukan 2 jam seminggu bagi sesi Pendidikan Islam dan Moral mampu memberi
impak yang positif jika dilaksanakan secara berkesan?
4
Peranan elemen seni dan estetika dalam Pendidikan Islam dan Moral;
• Memberikan peneguhan terhadap asas pengetahuan dan kemahiran tentang
Rukun Islam, Rukun Iman dan Kalimah Syahadah melalui aktiviti seni dan
estetika.
• Memupuk kecintaan kanak-kanak terhadap alam sekitar khususnya dan
menggalakkan kepercayaan kepada kewujudan Allah.
• Menggalakkan amalan berkerjasama dan membantu rakan sebaya.
• Memupuk sikap memelihara alam sekitar dan menjaga kebersihan.
• Memantapkan fokus kanak-kanak untuk mengenal huruf Jawi melalui aktiviti
seni.
• Menerapkan nilai murni seperti baik hati, bertanggungjawab, kejujuran,
menghargai orang lain, toleransi dan berdikari.
• Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
menyeronokkan.
• Memangkinkan daya fikir secara kreatif dan kritis.
• Mengukuhkan penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak.
• Memberi asas pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan
karya seni.
• Menzahirkan idea kreatif dan apresiasi seni.
• Memberi peluang kepada pendidik untuk menggabungjalin kemahiran pedagogi
dengan kemahiran secara kreatif.
5
• Mengurangkan tekanan kepada guru dan kanak-kanak ketika mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran.
• Menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai satu proses yang menyeronokkan.
Jadual 8.1berikut merupakan contoh gambar yang menunjukkan aktiviti
menggabungkan elemen seni dan estetika dalam kalangan kanak-kanak.
Jadual 8.1: Gambar Hasil Kerja Kanak-kanak
Gambar Penerangan
Gambar ini dihasilkan oleh seorang kanak-kanak berusia empat tahun enam bulan semasa aktiviti melakar dan mewarna bersama rakan secara berkumpulan. Guru cuba memupuk sikap bekerjasama dan kreativiti. Ketika ditanya, salah seorang kanak-kanak ini menjelaskan,"Ini gambaq abah, umi dan saya. Ada trees banyak, ada clouds. Pastu ada rain turun. Rainbow cantik tau. Ni nak hadiah kat umi."
Gambar ini menunjukkan pada peringkat awal kanak-kanak, elemen seni dan estetika dapat membantu mereka menguasai pratulis dan prabaca. Penggunaan elemen seni dan estetika dapat memotivasikan kanak-kanak khususnya dari aspek menggalakkan mereka fokus melakukan sesuatu perkara. Penggunaan warna misalnya akan menarik perhatian mereka.
6
Gambar ini menunjukkan pada peringkat awal kanak-kanak, elemen seni dan estetika dapat membantu mereka bersaing secara positif dan berusaha menyempurnakan aktiviti yang diberi.
Soalan
Perbincangan
Apakah perbezaan elemen seni dan estetika? Pada pandangan anda
mengapakah elemen estetika sering dipinggirkan dalam pengajaran
dan pembelajaran murid prasekolah?
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH Fokus Pendidikan Islam dalam pendidikan prasekolah telah ditetapkan oleh KSPK
(2009). Justeru itu sebagai guru yang kreatif, anda wajar merujuk ketetapan tersebut
sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang perlu
dilaksanakan perlulah menggabungjalin fokus atau standard pembelajaran yang
ditentukan dengan aktiviti yang berunsur seni. Misalnya menjalankan aktiviti melukis.
mewarna dan menulis huruf-huruf Jawi. Anda juga boleh menggunakan doh bagi
menjadikan aktiviti membentuk huruf Jawi supaya menarik minat murid seterusnya
membantu mereka mengingat dengan lebih berkesan. Selain itu, mengadakan aktiviti
7
seni seperti menghasilkan kolaj huruf Jawi menggunakan pelbagai bahan seperti pasir,
kacang hijau, perca kain dan kapas juga akan menarik perhatian kanak-kanak.
Soalan Perbincangan
Cadangkan satu aktiviti yang sesuai dengan menggabungkan
elemen seni visual dan estetika bagi memotivasi murid prasekolah
menghafal Surah-surah asas. Rujuk kurikulum prasekolah terkini.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL PRASEKOLAH Sama seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral juga mempunyai standard
pembelajaran yang harus dicapai pada peringkat pendidikan prasekolah. Penggunaan
elemen seni dan estetika boleh membantu kanak-kanak mengenal pasti tingkah laku
positif dan negatif. Apatah lagi jika guru bijak menggabungjalin seni visual dalam
menyampaikan isi pelajaran. Nilai baik hati misalnya amat sukar untuk dihuraikan
dengan kata-kata supaya kanak-kanak faham. Namun demikian, jika guru menjalankan
aktiviti secara koperatif akan memupuk sikap baik hati dan bekerjasama bagi
melengkap sesuatu projek yang dijalankan. Kita boleh lihat contoh aktiviti menghasilkan
model Komputer secara berkumpulan. Sikap tolong-menolong dan baik hati akan
terlihat dalam kalangan kanak-kanak ketika mereka berusaha menyiapkan model
tersebut.
Secara tidak langsung guru mampu membantu kanak-kanak memahami nilai
baik hati dengan mengaplikasi perlakuan berkenaan. Aktiviti tersebut akan lebih
8
berkesan jika diberi nilai estetika setelah kanak-kanak berjaya menyiapkan model
komputer.
Rujuk laman web Children's Arts & Activities | eHow.com http://www.ehow.com/info untuk maklumat tambahan.
Soalan Perbincangan
Cadangkan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan di prasekolah
dengan tujuan memupuk nilai murni kejujuran melalui elemen seni
bagi Pendidikan Moral. Rujuk kurikulum prasekolah terkini. Fikirkan
bagaimana peranan guru mampu merealisasikannya.
Jadual 8.2: Contoh aktiviti seni bagi Pendidikan Moral Kanak-kanak.
Gambar Penerangan
Gambar ini menunjukkan penggunaan elemen seni dan estetika dalam pengajaran Moral di Prasekolah. Persembahan boneka yang diaplikasi daripada buku cerita akan menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diminta main peranan dengan bimbingan guru.
9
Gambar ini menunjukkan hasil kerja kanak-kanak dengan bimbingan guru secara berkumpulan. Penggunaan doh dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Islam dan Moral boleh diperluaskan lagi dengan pelbagai cara. Mungkin menghasilkan huruf jawi menggunakan doh.
Gambar menunjukkan kanak-kanak yang telah menyiapkan hasil kerja seni mereka.
Berdasarkan Jadual 8.1 dan Jadual 8.2, mungkin anda telah mendapat gamabaran
serta idea yang lebih baik untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pemeblajaran di
prasekolah khususnya bagi Pendidikan Islam dan Moral. Teruskan berfikir dan cetuskan
idea yang lebih sempurna. Selamat mencuba.
RUMUSAN
Pendidikan Islam dan Moral merupakan asas kepada pembentukan sahsiah kanak-
kanak dan saluran membina jati diri yang utuh. Maka sebagai seorang guru prasekolah
10
yang efektif, kita wajar menggabungjalin pelbagai pendekatan supaya mampu
mengaplikasi elemen seni dan estetika dalam kelas. Guru mesti berfikir secara kreatif
supaya aktiviti yang dijalankan menyeronokkan. Berikut merupakan cadangan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan;
• Menggunakan Modul Teras Asas yang disediakan oleh pihak kementerian.
• Merancang pengajaran dan pembelajaran yang menyokong perkembangan
murid secara holistik.
• Memilih bahan bantu mengajar yang sesuai.
• Menunjukkan sikap positif terhadap idea murid.
• Bersikap adil.
• Melaksanakan pendekatan seperti pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri
penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan pendekatan
berasaskan projek.
Jika anda berusaha dan berfikiran secara terbuka, maka elemen seni dan estetika akan
membantu melonjakkan kefahaman murid dalam sesi Pendidikan Islam dan Moral.
Teruskan usaha anda untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan dan berwibawa.
Masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja masa kini semakin membimbangkan.
Pendidikan Islam dan Moral yang diberi kepada kanak-kanak merupakan asas yang
boleh menbantu mengurangkan senario semasa. Jangan pandang remeh isu ini. Ia
merupakan tanggungjawab kita bersama. Mari kita mulakan sekarang demi
11
kesinambungan generasi yang berakhlak mulia. Apa yang kita laksanakan hari ini
memberikan implikasi kepada masa hadapan kanak-kanak.
KATA KUNCI Seni dan Estetika
Sahsiah
Penilaian Kendiri
a. Tuliskan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen
seni dan estetika bagi Pendidikan Islam murid prasekolah.
b. Tuliskan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen
seni dan estetika bagi Pendidikan Moral murid prasekolah.
c. Cadangkan sebuah lagu yang sesuai bagi tujuan memupuk elemen seni dan estetika
dalam kalangan kanak-kanak.
12
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abdullah Nasih Ulwan. (1993). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Jilid 2. Singapura:
Pustaka national Pte. Ltd. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Morrison. G. S. (1995). Early Childhood Education Today. Engewood Cliffs: prentice Hall.
13
Maklum balas Modul
Sila lengkapkan borang ini setelah anda membaca keseluruhan modul. Tandakan (/) di ruagan yang
disediakan.
Tajuk Modul:.............................................. Kod Kursus :.....................................
Semester:................... Tahun:..................... Pusat:..............................................
Perkara Amat
Memuaskan
Memuaskan Kurang
Memuaskan
Catatan/
Komen lain
Keseluruhan modul ini
membantu saya
menguasai topik ini.
Bahasa yang digunakan
mudah difahami.
Soalan perbincangan
yang disediakan amat
sesuai.
Latihan refleksi dapat
meningkatkan
kemahiran berfikir
pembaca.
Ada unsur motivasi
yang sesuai kepada
pembaca.