8
Kanser Cinta. “Anak dia tu bukannnya boleh harap sangat. Harap belajar saja tinggi sampai universiti, tapi dok bertenggek atas motor dengan jantan. Ke hulu ke hilir.” Mak Cik Temah sudah seperti sedang berdebat dalam parlimen. Siap gaya tangan lagi. “Mana kau tahu, Mah? Tak baik cerita pasal orang.” Mak aku ni pun. Suka sangat layan Mak Cik Temah reporter ni. Tapi dah dia datang rumah, tak kan nak halau pulak kan? “Eh…aku tahu lah. Selalu aku nampak dia dengan budak jantan tu. Kahwin tak jugak.” Bentak Mak Cik Temah lagi dengan mulut yang terjuih-juih. Aku meletakkan cawan teh panas di atas meja. “Biarlah Mah. Yang penting kita jaga anak-anak kita elok-elok.” Mak Cik Temah memandang aku sekilas waktu itu. “Jemput minum, Mak Cik Temah.” Aku menolak cawan teh di hadapanya. Kalau boleh cepat-cepat aku nak angkat kaki masuk ke bilik. Sakit telinga. Namun kata emak, jika ada tetamu datang, jangan duduk di dalam bilik. Tidak sopan. “Air saja ke Za? Biskut ke kuih-kuih tak ada ke?” Amboi. Sudahlah datang rumah orang tak berjemput semata-mata nak mencanang pasal orang. Boleh pulak minta- minta. “Rumah aku ni bukannya macam rumah kau Mah oi serba serbi makanan ada. Kalau sesak-sesak duit tu makan saja lah apa yang ada. Itu pun ada juga orang nak datang ke rumah buruk aku ni.” Ujar Mak lembut namun menikam. Mak Cik Temah sudah berubah riak wajahnya. Aku sudah tertahan-tahan ketawa. Dasyat juga mulut mak aku. “Aku dengar anak kau si Siti tu dah nak bertunang.” Mak mengubah topik. Mesti dah malas hendak menyertai sidang berdebat dengan Mak Cik Temah. “Ya. Sebab itulah aku datang ni. Nak beritahu kau lah . Nanti datanglah. Ni kadnya.” Mak Cik Temah menghulurkan kad kepada mak. Wahhh bertunang pun sampai berkad-kad. Untunglah kau Siti… “Bertunang pun ada kad ke, Mah? Besar ke kau buat?” “Yelah. Siti kan anak perempuan tunggal aku. Lagipun aku tak nak nanti orang lupa hari nya. Bawa Za sekali, ambil berkat kata orang. Cepat sikit lekat jodoh dia macam Siti tu.” Kali ini matanya betul-betul memandang ke arahku. Aku buat-buat tidak nampak. Tengok televisyen lagi bagus. Aku dah terbakar dah ni. “Jodoh semua tu kan kerja Allah. Siapa kita ni nak atur. Kalau dah sampai, kahwinlah. Cepat dengan lambat saja. Lagipun umur Siti pun dah lanjut. Elok lah tu dia kahwin.” Betul sangat tu mak. Mak Cik Temah sudah mengipas-ngipas menggunakan tangannya. Panas lah tu. Aku menahan ketawa. “Panas lah rumah kau ni. Aku balik dululah.” Mak Cik Temah sudah bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Tapi riak mukanya nampak sangat tidak ikhlas. “La duduk lah dulu. Tak kan dah nak balik? Habiskan lah air tu dulu.” Mak menuding kepada cawan teh. Mak Cik Temah mendengus kasar sambil duduk semula menghabiskan sisa minuman dengan sekali teguk. Bingkas dia bangun kembali dan bersalam dengan mak. “Nanti datanglah. Aku balik dulu. Mak Cik balik dulu lah Za.” Aku turut bangun

Kanser Cinta Cerpen

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kanser cinta

Citation preview

Page 1: Kanser Cinta Cerpen

Kanser Cinta.“Anak dia tu bukannnya boleh harap sangat. Harap belajar saja tinggi sampai universiti, tapi dok bertenggek atas motor dengan jantan. Ke hulu ke hilir.” Mak Cik Temah sudah seperti sedang berdebat dalam parlimen. Siap gaya tangan lagi.“Mana kau tahu, Mah? Tak baik cerita pasal orang.” Mak aku ni pun. Suka sangat layan Mak Cik Temah reporter ni. Tapi dah dia datang rumah, tak kan nak halau pulak kan?“Eh…aku tahu lah. Selalu aku nampak dia dengan budak jantan tu. Kahwin tak jugak.” Bentak Mak Cik Temah lagi dengan mulut yang terjuih-juih. Aku meletakkan cawan teh panas di atas meja.“Biarlah Mah. Yang penting kita jaga anak-anak kita elok-elok.” Mak Cik Temah memandang aku sekilas waktu itu.“Jemput minum, Mak Cik Temah.” Aku menolak cawan teh di hadapanya. Kalau boleh cepat-cepat aku nak angkat kaki masuk ke bilik. Sakit telinga. Namun kata emak, jika ada tetamu datang, jangan duduk di dalam bilik. Tidak sopan.“Air saja ke Za? Biskut ke kuih-kuih tak ada ke?” Amboi. Sudahlah datang rumah orang tak berjemput semata-mata nak mencanang pasal orang. Boleh pulak minta-minta.“Rumah aku ni bukannya macam rumah kau Mah oi serba serbi makanan ada. Kalau sesak-sesak duit tu makan saja lah apa yang ada. Itu pun ada juga orang nak datang ke rumah buruk aku ni.” Ujar Mak lembut namun menikam. Mak Cik Temah sudah berubah riak wajahnya. Aku sudah tertahan-tahan ketawa. Dasyat juga mulut mak aku.“Aku dengar anak kau si Siti tu dah nak bertunang.” Mak mengubah topik. Mesti dah malas hendak menyertai sidang berdebat dengan Mak Cik Temah.“Ya. Sebab itulah aku datang ni. Nak beritahu kau lah . Nanti datanglah. Ni kadnya.” Mak Cik Temah menghulurkan kad kepada mak. Wahhh bertunang pun sampai berkad-kad. Untunglah kau Siti…“Bertunang pun ada kad ke, Mah? Besar ke kau buat?”“Yelah. Siti kan anak perempuan tunggal aku. Lagipun aku tak nak nanti orang lupa hari nya. Bawa Za sekali, ambil berkat kata orang. Cepat sikit lekat jodoh dia macam Siti tu.” Kali ini matanya betul-betul memandang ke arahku.Aku buat-buat tidak nampak. Tengok televisyen lagi bagus. Aku dah terbakar dah ni.“Jodoh semua tu kan kerja Allah. Siapa kita ni nak atur. Kalau dah sampai, kahwinlah. Cepat dengan lambat saja. Lagipun umur Siti pun dah lanjut. Elok lah tu dia kahwin.” Betul sangat tu mak. Mak Cik Temah sudah mengipas-ngipas menggunakan tangannya. Panas lah tu. Aku menahan ketawa.“Panas lah rumah kau ni. Aku balik dululah.” Mak Cik Temah sudah bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Tapi riak mukanya nampak sangat tidak ikhlas.“La duduk lah dulu. Tak kan dah nak balik? Habiskan lah air tu dulu.” Mak menuding kepada cawan teh.Mak Cik Temah mendengus kasar sambil duduk semula menghabiskan sisa minuman dengan sekali teguk. Bingkas dia bangun kembali dan bersalam dengan mak.“Nanti datanglah. Aku balik dulu. Mak Cik balik dulu lah Za.” Aku turut bangun bersalam walaupun dalam hati aku dah mahu pecah menahan ketawa melihat muka masam mencuka Mak Cik Temah selepas diperli mak.“Sampaikan salam saya pada Siti.” Mak Cik Temah hanya mengganguk sebelum hilang di sebalik pintu ke luar.“Za…Za..” Sejurus itu terdengar suara ayahku memanggil. Serak diselangi batuk.***“Kanser paru-paru tahap tiga?!!” Abang Firhan seperti tidak percaya apa yang baru didengari daripada doktor muda itu. Ya Allah…dugaan apakah ini?“Ya. Bapa encik terpaksa menjalani rawatan kimoterapi secepat mungkin.

Page 2: Kanser Cinta Cerpen

Saya turut bersimpati. Tapi keadaan akan menjadi semakin parah jika lambat bertindak.” Doktor Amirul kelihatan serba salah dan simpati. Keadaan itu diselangi dengan bunyi batuk yang kedengaran semakin kerap.Emak sudah tidak terkata apa dengan berita ini. Hanya mampu menggosok belakang badan ayahku. Semuanya tidak dijangka sama sekali. Patutlah batuk ayahku semakin lama semakin teruk.***Amirul meletakkan steteskop di dalam laci meja kerjanya. Telefon bimbit dan beg dicapai. Mata sudah meminta dilenakan. Semalaman on-call membuatkannya mengantuk dan penat. Namun demi tugasnya sebagai doktor, dia harus menunaikan tanggungjawabnya. Langkah diatur ke arah tempat parkir kereta. Dalam perjalanan ke situ, matanya sempat menangkap perbualan dua figura di tepi pintu masuk wad.“Tak apa. Abang balik dulu. Biar Za tengokkan ayah. Abang bawa mak balik dulu. Dari semalam mak jaga ayah. Tidur pun tak menentu.”Fikiran Amirul melayang mengingatkan keadaan pesakitnya, Encik Rahman.***Amirul menapak masuk ke dalam rumah sambil tersenyum kepada Haji Khaidir dan Hajah Salmah yang sedang bersarapan. Salamnya disambut kedua-dua orang tuanya.“Sarapan dulu, Along.” Ajak Hajah Salmah.“Ummi masak apa? Nasi lemakkk… sedapnya. Ni yang suka balik sini ni.” Langkah kanan kerana hari ini dia pulang menjenguk orang tuanya. Jika tidak Amirul akan pulang ke rumah sewa berdekatan dengan tempat kerjanya.“Amboi, kalau suka saja balik. Tak suka tak balik lah?” Usik Haji Khaidir pula. Amirul sudah tersengih-sengih sambil menyendukkan nasi lemak ke pinggannya.“Abah ni. Tak adalah macam tu. Kalau balik rumah sendiri mana nak dapat sarapan best macam ni.”“Kalau kahwin kan senang. Ada orang masakkan sarapan. Ada orang jagakan makan minum.” Tujah Hajah Salmah. Dia memang tahu kelemahan anaknya. Cakap sahaja pasal kahwin pasti kalah.“Ummi ni. Ke situ pula.” Kendur suaranya.“Macam mana, Along?”“Macam mana apa, abah?” Terhenti suapan nasi lemaknya.“Kalau dah ada calon tu kenalkan pada abah dengan ummi. Nak tunggu apa lama-lama membujang.” Amirul memang lemah betul dengan hal yang satu ni. Nasi lemak rasa susah betul nak turun ke tekak.“Tak sedia lagi lah ummi. Lagipun Along tak pandai nak cari.”“Abah bagi petua. Kalau dia pandai jaga ibu bapanya, mesti pandai jaga suami. Abah guna petua tu masa nak kahwin dengan ummi kamu ni dulu. Tengok sekarang ni ha.” Haji Khaidir sengih sambil menggosok perutnya yang memboroi dan disambut tawa isteri dan anaknya.***“Uncle Muthu. Bagi gula sekilo dengan kicap satu.”“Okey.”Lupa lah pula nak kena beli apa lagi. Nak beli apa lagi? Nak beli apa? Apa? Lupa lah pulak, Dah tahu otak tu berkarat lain kali tulis senarai barang nak beli Firza oii. Baru tadi dekat rumah mak cakap. Sampai di kedai aku dah lupa. Kicap dah, gula dah, garam ada lagi, santan kelapa…“Eh Za!!”“Santan kelapa kau terbalik! Kau ni tak reti bagi salam ke?” Siti kepoh ni rupanya. Kacau betul aku tengah mengasah ketajaman otak nak ingat senarai barang.“Sorry. Kau buat apa ni?” Sambil mempamerkan barisan giginya.“Tengah jahit baju. Banyak betul tempahan ni, tak nampak ke?” Kalau ya pun nak berbasi-basi bagilah soalan bernas sikit. Tak nampak ke punya gah kedai runcit Uncle Muthu yang maju lagi bermutu tinggi ni.“Kau ni ada-ada saja. Erm.. Kau ada dapat tak kad undangan majlis pertunangan aku tu?” Aku agak dah. Mesti dia nak tanya pasal ni. Macam aku tak tahu perangai minah kepoh ni.

Page 3: Kanser Cinta Cerpen

“Dapat.” Serbuk cili kena beli ke? Ke tak payah?“Jangan lupa datang nanti. Pakai cantik-cantik tau.” Beras rasanya banyak lagi. Tak payah beli lagi.“Kalau aku pakai tak cantik kau nak halau aku balik ke?” Serbuk cili ni cantik juga kalau aku gerimiskan atas kepala Siti ni. Ala-ala salji turun. Cuma bezanya orang main salji suka tapi ni menangis.“Ish kau ni. Takkan lah aku nak halau kau. Cuma majlis aku tu nanti besar. Ramai orang datang. Kena lah pakai cantik-cantik. Tak kan lah kau nak pakai selekeh macam ni.” Aku rasa tidak lama lagi Uncle Muthu bakal menjadi saksi fenomena salji serbuk cili menyirami sanggul Siti ni.“Tak pe lah. Bukannya orang nak tengok aku pun. Selekeh.” Aku membetulkan duduk tudung bawal. Tapi aku hairan dengan Siti ni, datang kedai runcit pun nak berkebaya bagai siap sanggul tinggi. Ada bunga cucuk lagi tu. Sikit lagi aku nak tergolek geli hati tengok bunga sanggul dia. Entah pokok bunga siapa pulak dia petik gamaknya. Hari tu bukan main laju dia lari masa Mak Kiah nampak dia petik bunga ros kesayangannya.“Bukan lah selekeh. Maksud aku, tak cukup meletup lagi.” Katanya sambil membetulkan bunga sanggulnya. Suka hati kau lah nak meletup ke apa ke. Aku rasa nak meletup ni kau tahu tak?“Kau tak nak tanya ke siapa bakal tunang aku tu?” Kena tanya ke? Agak-agak masuk exam SPM tak soalan ni?“Siapa?” Serbuk cili tak payah kot. Mak tak sebut pun tadi. Erm apa lagi nak beli ni? Ingat balik Firza…“Dia anak kawan mak aku. Kerja dekat bandar. Tak kerja dekat-dekat sini. Erm… dia pakai kereta besar. Maklumlah orang kerja dekat bandar.” lantaklah kau membebel sorang-sorang Siti oii. Serbuk kopi ke? Serbuk teh? Ke serbuk kunyit? “Dia ada datang rumah hari tu dengan mak dia. Aku pun dah kenal-kenal dengan dia. Masa tu dia bawa aku pergi makan dekat restoran mewah. Takkan nak pergi warung tepi jalan pulak kan?” Minyak masak pun tak payah, banyak lagi.“Lagipun kalau warung ni takut sakit perut kalau makan. Tak bersih. Geli lah.” Cuka kot. Bukan lah. Tauhu, rempah, serbuk ketumbar, serbuk perasa…semua bukan. Nak ingat dah. Sikit lagi. “Kau rasa warna apa sesuai dengan kulit aku ni kalau nak pilih baju pengantin nanti, Firza?”“Hah!!!Asam jawa!!” Dah ingat. Asam jawa. Nak beli asam jawa. Asam jawa aku nak beli. Asam jawa!“Asam jawa?” Sedikit menjerit.“Ya lah. Aku baru ingat aku nak beli asam jawa. Uncle, asam jawa satu ya.”“Za! Kau dengar tak aku tanya apa tadi?” Siap tampar lengan aku lagi.“Laa kau ada bercakap dengan aku ke tadi? Sorry lah. Asam jawa aku lagi penting. Kira semua ya uncle.”***Amirul sedang menyemak fail rekod kesihatan pesakit di meja berdekatan jururawat. Dahinya yang berkerut ketika menyelak kepingan kertas menarik perhatian jururawat di situ.“Hai Doktor Amirul. Tak kan baca rekod tu pun sampai berkerut dahi kot?” Ujar jururawat Norimah. Mereka selalu berbual memandangkan jururawat Norimah orang lama di situ.“Tak adalah Kak Imah. Ada-ada saja.”“Tak mengaku pulak dia. Doktor jangan kerja kuat sangat. Dah la waktu bekerja doktor kerja, break time pun bekerja juga. Mana tak letih. Doktor pun kena rehat juga.” Jururawat Norimah tahu bahawa Doktor Amirul adakalanya tidak sempat keluar makan tengah hari kerana sibuk dengan tugasnya. Seperti hari ini, ketika dia mengajak keluar untuk makan tengah hari sebentar tadi, doktor Amirul menolak dengan alasan ada kerja harus disiapkan.“Saya okey je ni. Lagipun ni kan tugas saya. Selagi saya mampu, saya jalankan tugas saya.”“Kalau ada isteri boleh jagakan makan minum. Tak ada lah macam ni.” Sengaja dia mahu mengusik walaupun dia tahu Amirul alergik bab ini.“Ke situ pulak Kak Imah ni. Lagipun saya dah sarapan banyak pagi tadi.”Amirul mengelak namun dia senang bergurau begitu. Itulah hiburannya semasa bekerja.“Kak Imah cakapkan saja. Mana tahu diam-diam datang bagi kad jemputan nanti.” Amirul hanya ketawa.

Page 4: Kanser Cinta Cerpen

“Kak Imah doa-doakanlah untuk saya. Mana tahu sekejab lagi saya pergi wad terserempak dengan jodoh saya.” Mereka ketawa sambil mata Amirul meliar ke arah laluan ke wad seperti betul-betul memaksudkannya. Dia menutup fail rekod kesihatan dan berlalu ke wad.***Firza baru selesai menyuapkan bapanya makan tengah hari. Kesihatan bapanya semakin baik. Rawatan kimoterapi juga hanya tinggal beberapa kali sahaja lagi. Sekejab lagi abangnya, Firhan akan datang menjemput mereka pulang.Begitulah rutin hidup mereka kerana bapa Firza harus menjalani kimoterapi setiap minggu. Bapanya tidak perlu bermalam di hospital dan hanya datang untuk rawatan tersebut sahaja. Namun sekiranya terdapat komplikasi keadaan darah yang tidak memuaskan, bapanya harus dimasukkan ke wad untuk tinjauan rapi doktor.“Sikit lagi, ayah.” Bapanya hanya menggeleng. Bapanya akan hilang selera makan dan hanya makan sedikit selepas menjalani rawatan kimoterapi.“Sikit sangat ayah makan. Tak luak sekerat bekas lagi ni.” Firza masih ingin menyuapkan bubur. Mengharap bapanya akan makan lagi.“Ayah tak nak dah. Cukup, cukup.” Firza mempamerkan muka risau. Ayah ni, macam mana nak sihat?“Okey. Kalau tak nak makan bubur, ayah kena makan buah.” Firza mengambil bekas buah-buahan yang sudah siap dipotongnya. Dia menyuakan potongan buah epal kepada bapanya. Sehinggalah Doktor Amirul datang ke katil itu. Salam bersambut. Firza mengerling pandang doktor muda itu. Kemeja ungu gelap dipadankan dengan tali leher warna kelabu cair. Jubah putih tergantung kemas di tubuhnya bersama steteskop di leher. Segak dan kemas.“Pakcik dah makan?” Ujar doktor itu dengan senyuman. Setiap kali dia menemui pesakitnya dia akan memaniskan muda. Baginya dia berkhidmat untuk masyarakat jadi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pesakitnya senang hati.“Sudah, doktor.” Bapa Firza turut senang hati dikendalikan oleh doktor yang baik hati.“Banyak pakcik makan hari ini?” Doktor Amirul menalakan pandangan ke arah Firza.“Tak sangat. Tak habis pun.” Firza menjelaskan sambil menunjukkan bekas makanan yang masih berbaki.“Mungkin tiada selera. Biasalah selepas rawatan. Tapi pastikan makannya terjaga. Jangan tak makan pula. Kalau tak ada selera pun makan juga sikit. Ya pakcik?”“Ya doktor. Terima kasih. Doktor dah makan? Dah nak petang dah ni.” Bapa Firza sudah terbiasa untuk berbual dengan doktor Amirul memandangkan mereka bertemu setiap minggu.“Belum, pakcik. Sekejab lagi saya makan.” Pada mulanya doktor Amirul menyapa dengan panggilan Encik Rahman namun ditegah oleh bapa Firza. Katanya panggil pakcik sahaja. Lebih mudah dan mesra.“Jangan sampai doktor pula yang sakit nanti. Asyik jaga kesihatan pesakit saja, Diri pun kena jaga juga.” Amirul hanya ketawa mendapat leteran tersebut. Dia mengangguk-angguk mengiyakan kenyataan itu. Kadang-kadang waktu makannya juga tidak teratur kerana terikat dengan tugas.“Baiklah, pakcik. Tapi pakcik pun kena makan ubat. Sekarang pun saya tengok rekod kesihatan pakcik semakin baik. Tiada masalah. Jadi rawatan kimoterapi pun boleh dijalankan secara teratur. Lagi cepat habis, lagi cepat sihat.” katanya sambil menyelak helaian rekod kesihatan. Sesekali dia menjeling Firza di sebelah bapanya.“Tu pun sebab doktor juga yang pantau. Kalau harapkan pakcik ni, manalah tahu pasal penyakit-penyakit ni.” Firza juga mengangguk. Tidak betah utnuk memyamuk.“Saya hanya jalankan tanggungjawab saya, pakcik. Baiklah, saya minta diri dulu.” Selepas beransur meninggalkan ruangan itu, Amirul berdiri di tepi pintu wad sambil meneliti keadaan dua beranak itu. Firza sedang menyuapkan makanan kepada bapanya. Keadaan itu juga yang menyebabkannya terhenti di pintu itu sebelum masuk selepas berbual dengan Jururawat Norimah tadi.

Page 5: Kanser Cinta Cerpen

Terpana melihat layanan seorang anak menjaga bapanya. Terngiang kata bapanya tempoh hari. “Kalau dia pandai jaga ibu bapanya, mesti pandai jaga suami.”***“Doktor!! Nurse. Tolong tengok ayah saya! Doktor tolong, doktor!!” laung satu suara keluar dari kawasan wad pesakit.Amirul yang sedang berada di kaunter wad bersama beberapa orang jururawat bergegas ke wad pesakit tanpa bertanya. Tiada masa untuk bertanya dalam keadaan genting sebegini. Wajah mereka jelas terkejut dengan jeritan Firza.Amirul dan dua orang jururawat sampai di katil Encik Rahman yang sedang sesak nafas. Mereka membawa kelengkapan rawatan. Firza yang berdiri di tepi mempamerkan wajah risau.Dia begitu kaget sehingga tidak tahu untuk berbuat apa sehinggalah pesakit di katil sebelah mengejutkannya dari keadaan itu dengan menyuruh memanggil doktor. Langsir di katil bapanya di tarik untuk melakukan rawatan. Firza yang tidak dapat melihat keadaan bapanya sangat gusar. Sesekali dia menjenguk namun tidak nampak.Sudah beberapa minit masa berlalu, langsir katil masih belum dibuka. Rawatan masih dijalankan. Hatinya hanya beristighfar dan berdoa. Patutlah hatinya berasa tidak sedap ketika ibunya hendak pulang sebentar tadi selepas semalaman menjaga ayahnya. Langsir dibuka.“Alhamdullilah. Nasib baik awak cepat.” ujar Doktor Amirul sebaik selesai melakukan rawatan.“Alhamdulillah.” Firza mengesat air mata. Tidak pernah dia melihat bapanya berkeadaan sebegitu teruk. Fikirannya sudah memikirkan yang bukan-bukan namun cepat ditepis.“Tapi buat sementara waktu ni bapa awak kena bergantung pada mesin oksigen dulu. Keadaan dia belum stabil sepenuhnya. Bapa awak akan sentiasa dipantau, tapi kalau ada apa-apa berlaku, cepat-cepat panggil doktor atau nurse.”“Baiklah. Terima kasih banyak, doktor kerana selamatkan ayah saya.”“Sama-sama. Kami disini hanya menjalankan tugas kami.” Selepas Doktor Amirul dan jururawat beredar, Firza mendapatkan bapanya. Tangan tua itu dipegang erat. Bapanya tersenyum sambil menepuk-nepuk lembut tangan anaknya.***Seusai solat maghrib, telekung dilipat dan dimasukkan ke dalam beg. Sejadah pula diletakkan di rak yang disediakan di dalam surau itu. Selesai memakai tudung, Firza keluar dari surau hospital tersebut. Semasa dia sedang menyarung kasut, pandangannya melekat pada susuk tubuh seseorang di pintu surau lelaki dari arah bertentangan yang juga sedang memandang ke arahnya. Mereka berbalas senyum.“Awak belum balik?” Amirul memulakan perbualan sambil mengemaskan lipatan baju kemejanya sehingga paras lengan.“Tak. Malam ni saya yang jaga ayah. Bagi mak rehat pula.” Amirul mengangguk-angguk. Wajahnya masih ada senyuman.“Doktor tak balik lagi?” Firza memancing perbualan. Sedarinya dari pagi tadi doktor itu bekerja hari ini.“Sekejab lagi kot. Biasalah kerja macam saya bukannya boleh masuk pukul lapan balik pukul lima macam orang lain.” Firza pula mengangguk-angguk sambil ketawa kecil. Faham tugas sebagai seorang doktor yang hampir tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Kebanyakkan masa terluang di di tempat kerja.“Kadang-kadang sampai tak sempat makan, kan?” Sambut Iza dan dibalas dengan ketawa kecil Amirul. Dia tahu kerana bapanya selalu memesan kepada Amirul tentang itu. Keadaan sepi semula. Mereka masih berjalan beriringan.“Doktor, saya nak tanya sikit.”“Apa dia?”“Ayah saya boleh sembuh ke?” Soalan yang tidak diduga oleh Amirul. Terpamer riak kerisauan di wajah tenang Firza.

Page 6: Kanser Cinta Cerpen

“Insyallah. Keadaan bapa awak okey cuma sekarang ni ada demam sikit dengan batuk, sebab tu sesak nafas tadi tu. Sebab paru-paru dia belum pulih sepenuhnya. Tapi kalau ikutkan rekod kesihatannya, saya percaya bapa awak akan sembuh. Insyallah.” Dia tidak berani berjanji namun daripada pengalamannya, itulah yang dia boleh katakan. Semuanya bergantung kepada Allah.Keadaan sepi lagi. Amirul mengerling wajah gadis di sebelahnya. Wajah tenang itu sangat menenangkannya. Sesekali dia mencuri pandang wajah itu semasa di dalam wad pesakit. Namun ketika merawat Encik Rahman, dia berpura-pura tidak ambil kisah, bimbang disedari oleh tuannya. Kini wajah itu berjalan seiringan dengannya.“Awak tak ada adik beradik lain ke? Maksud saya, bila bapa awak sakit je, mesti awak dan mak awak yang jaga. Kadang-kadang saya nampak abang awak. Selain pada tu?” Satu persatu diluahkan, bimbang dikatakan mengambil tahu hal orang. Firza memandangnya sambil menunggu Amirul menghabiskan pertanyaannya.Amirul mengambil kesempatan pada waktu itu untuk mengamati wajah tenang tersebut. Mata yang redup, alis sedikit tebal. Sangat mendamaikan. Sedikit menggetarkan hatinya apabila bola mata mereka bertemu, menyedari ketelanjuran matanya. Tidak perlu bersolek tebal seperti sesetengah rakan sekerjanya yang cuba memikatnya. Semua itu dia hanya menetapkan hubungan mereka sebagai kawan biasa sahaja.“Saya ada tiga orang adik beradik. Abang sulung saya, Abang Firhan. Saya anak kedua dan adik saya, Firsyaz. Dia study lagi, sebab tu doktor tak pernah nampak dia. Abang saya kena kerja, jadi dia jarang dapat jaga ayah di hospital. Buat masa ni, abang seorang saja yang menanggung keluarga.” Jelas Firza panjang. Amirul senang hati kerana gadis itu tidak kekok untuk berbual.“Awak tak kerja?” Dia mahu melanjutkan lagi perbualan.“Belum rezeki lagi kot. Selepas saja saya habis belajar, ayah saja sakit. Saya kesiankan mak nak jaga ayah sorang-sorang kalau saya sibuk dengan kerja.Mungkin lepas ayah dah sembuh, saya cari kerja. Biarlah saya berbakti dengan orang tua saya dulu.” Sedikit demi sedikit dia dapat mengetahui perihal Firza. Gadis ini sanggup mendahulukan orang tuanya dan menangguhkan mengejar kerjaya. Masih dia ingat bagaimana mata yang redup itu menangis ketika bapanya sesak nafas tadi. Sedikit tersentuh hatinya melihat keadaan itu.Telefon bimbit Amirul menjerit minta diangkat. Dia menyeluk poket seluarnya dan melihat nombor tertera. Dia menyambut tanpa berlengah. Langkahnya terhenti. Begitu juga Firza. Dia berasa aneh kerana doktor itu memandangnya tanpa berkelip.“Ayah awak.”***Firza menggosok lembut belakang bapanya sambil diperhatikan oleh Amirul yang sedang menyemak fail rekod kesihatan.“Lepas ni awak pastikan ayah awak tak berjalan sendiri. Sebab demam dia belum sembuh, jadi dia cepat penat.” Firza mengangguk dengan wajah yang suram sedari tadi. Bapanya pergi ke tandas ketika dia sedang solat di surau dan mengalami sesak nafas selepas itu. Mujur jururawat cepat memberi rawatan.Terkocoh-kocoh dia berlari ke dalam wad bersama Amirul selepas menerima panggilan daripada wad.