Karangan Ceramah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh

Citation preview

Karangan Ceramah : Kepentingan Amalan Nilai-nilai Murni.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Zaitun binti Ibrahim, Pengetua SMK Jalan Reko, guru-guru dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Kepentingan Amalan Nilai-nilai Murni. Sebagai permulaan bicara, ingin saya jelaskan definisi perihal kepentingan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kepentingan bermaksud, suatu perkara yang penting demi kebaikan. nilai bermaksud sifat ketinggian. Manakala murni bermaksud tidak mengandungi unsur-unsur asing yang mencemarkan. Frasa Amalan pula membawa maksud, suatu yang dilakukan sebagai kebiasaan. Pendek kata, Kepentingan Amalan Nilai-nilai Murni ialah suatu kebiasaan yang dilakukan tidak mempunyai unsur-unsur asing yang mencemarkan.

Hadirin yang dihormati sekalian, Kepentingan amalan nilai-nilai murni boleh menjadikan kita sebagai insan yang dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai-nilai murni yang diamalkan mewujudkan suasana baik. Sebagai contohnya, nilai bantu membantu sesama insan yang memerlukan. Secara tidak langsung, kita akan dihormati dan disegani dengan perlakuan yang baik. Bak kata peribahasa, buat baik dibalas baik.

Selain itu, kita akan disayangi dalam keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai anak, kita mestilah ringan tulang untuk membantu ibu dan bapa dalam urusan seharian. Contohnya, pada waktu cuti hujung minggu. Kita boleh membantu ibu di dapur dan membantu ayah membasuh kenderaan. Dengan cara ini, kita akan disayangi dan dihargai dalam keluarga.

Hadirin yang dihormati sekalian, Bukan itu sahaja, kita juga akan senang untuk mendapat ramai kawan. Hal ini dikatakan demikian kerana perlakuan kita disenangi oleh semua orang yang berada di sekeliling kita. Sebagai contoh, kita sering bertukar-tukar pendapat dan melakukan belajar secara berkumpulan. Keadaan ini akan menjadikan kita mudah untuk didekati sekali gus dihargai oleh rakan-rakan.

Sebagai penggulung bicara di atas, nilai-nilai murni sememangnya elok untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, marilah kita menyeru semua insan dari segenap pelosok negara untuk mengamalkan nilai-nilai murni lantas nama negara akan terus disanjung sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni.FORMAT KARANGAN

A. BAHAGIAN PENGENALANSelamat sejahtera dan salam muhibah saudara dan saudari sekalian, { (Pembuka kata)

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis { (Pembuka kata)

Tujuan saya berdiri di sini { (Tujuan ucapan)

Sebelum saya meneruskan ucapan pada hari ini, saya ingin mendefinisikantajuk.. { (Beri definisi tajuk)

B. BAHAGIAN ISI.

i. masukkan isi dengan huraian dan bukti untuk meyakinkan pendengar

Manusia tidak akan berjaya jika tidak disusuli dengan usaha yanggigih. Pepatah ini menyatakan { (Contoh memulakan isi 1)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, { (Kata penghadapan)

ISI 2

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, { (Kata penghadapan)

ISI 3

C. PENUTUP

Simpulkan, ulas atau rumus semula ucapan di atas secara ringkas.

Akhiri ucapan dengan memohon maaf atas kesilapan dan ucapkan terima kasih { (Penutup)*Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.Pangkat/ GelaranCara Menggunakan Panggilan

YangDi Pertuan AgongDuli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua NegeriTuan Yang Terutama

Raja Muda/ Tengku MahkotaDuli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri MalaysiaYang Amat Berhormat

Timbalan Perdana MenteriYang Amat Berhormat

Menteri Besar / Ketua MenteriYang Amat Berhormat

Menteri/ TimbalanYang Amat Berhormat

Wakil Rakyat/AdunYang Berhormat

Ahli Dewan Negara/ SenatorYang Berhormat Senator

Pegawai Tinggi Kerajaan NegeriSetiausaha Kerajaan NegeriPegawai Kewangan NegeriPenasihat Undang-UndangYang Berhormat

Ketua Hakim NegaraYang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk

Pengetua/Guru BesarYang Berusaha