Kata-kata hikmat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kata-kata hikmat untuk bahasa MalaysiaTiada hak cipta, bebas untuk digunakan untuk semua orang.

Citation preview

Kata-kata hikmat 1. Bersekutu bertambah mutuMaknanya : Bekerjasama antara satu dengan lain semasa melakukan sesuatu pekerjaan akan menghasilkan kejayaan cemerlang.Contoh ayat: Lebih baik kita belajar secara berkumpulan daripada berseorangan bak kata orang bersekutu bertambah mutu,kata Aiman kepada Mifzal.2. Bertangguh itu pencuri masa

Maknanya : Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri.

Contoh ayat:Adam, jangan tangguh kerja rumah kamu kerana bertangguh itu pencuri masa, kata Azilah kepada anaknya.

3. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat

Maknanya : Dengan kesihatan yang baik seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.

Contoh ayat: Kita haruslah menjaga kesihatan untuk mengemukakan fikiran yang bernas bak kata orang otak yang cergas ada pada badan yang sihat.

4. Membaca itu jambatan ilmu

Maknanya :Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan.

Contoh ayat: Membaca itu jambatan ilmu bermaksud ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan, kata Cikgu Rosfaizal kepada Irfan Fikri.

5. Masa itu emas

Maknanya : Masa itu berharga

Contoh ayat:Masa tidak boleh diganti dan dibeli kerana masa itu emas.

6. Kata dikota

Maknanya :Janji mestilah ditunaikan.

Contoh ayat: Janji kita haruslah dikotakan bak kata orang kata dikota, kata Khairul kepada cucunya.

7. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

Maknanya :Kata-kata yang menyinggung hati seseorang.

Contoh ayat: Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang kerana kata-kata boleh menyebabkan kesan berpanjangan.