Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KATEKESE@RUMAH 2021 #30
“PERGILAH, IMANMU TELAH MENYEMBUHKANMU”
(Hari Minggu Biasa Ke – 30)
Disediakan oleh Pusat Katekatikal Keuskupan
Keuskupan Agung Kuala Lumpur
PENGENALAN Bahan ini telah disediakan sebagai satu peluang untuk keluarga berkumpul dan meluangkan masa bagi berbincang, membuat refleksi serta melakukan aktiviti-
aktiviti berkaitan Bacaan Injil untuk Hari Minggu Biasa Ke-29. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI Dokumen ini mengandungi pelbagai jenis aktiviti, yang mana ahli keluarga boleh
menyelesaikannya secara persendirian (hanya kanak-kanak sahaja), secara berdua (dengan bantuan ibu/bapa), atau sebagai satu keluarga. Ibubapa
disarankan untuk mencetak bahan ini, agar setiap ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan semua aktiviti pada masa yang sama. BILA PERLU MENGGUNAKAN BAHAN INI Pada minggu selepas keluarga telah merayakan Misa Hari Minggu Biasa Ke-30.
DOA PEMBUKAAN
Allah Bapa di Syurga, kami mengucap syukur atas anugerah setiap peribadi yang berkumpul
di sini dalam hadirat-Mu. Semoga kami bersedia untuk mendengar suara-Mu dan
datang kepada-Mu apabila Engkau memanggil kami. Roh Kudus, Roh Kedamaian dan
Kebijaksanaan, pimpin kami dalam perhimpuan keluarga kami. Dalam nama Yesus
kami berdoa, Amin.
RENUNGAN SABDA Jemput seseorang untuk membaca Bacaan dari Markus 10: 46 – 52. Kemudian,
sebagai satu keluarga, buat refleksi ke atas pertanyaan-pertanyaan yang telah
disediakan, dan kongsikan pendapat anda bersama ahli keluarga. Sekiranya perlu,
ibubapa boleh mengubah-suai soalan-soalan tersebut berdasarkan tahap
permahaman anak-anak.
MASA UNTUK RENUNGAN DAN RESPONS: Apabila Bartimeus mendengar suara orang ramai, timbul perasaan ingin tahu dan dimaklumkan bahawa yang lalu itu ialah Yesus orang Nazaret.
Apabila mendengarkan hal itu, serta-merta Bartimeus menjerit, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!”. Ia merupakan satu seruan daripada
seseorang yang terdesak dan memerlukan sesuatu dari Yesus.
‒ Bila atau kenapa orang ramai yang terdesak berseru kepada Allah?
‒ Kongsikan satu pengalaman di mana anda berseru kepada Allah dalam waktu terdesak?
Apabila orang ramai mendengar Bartimeus berseru kepada Yesus, mereka
memarahinya dan menyuruh dia diam, tetapi seruan Bartimeus menjadi lebih kuat. Ini bermakna, Bartimeus tidak berasa tawar hati atau berputus
asa. Dia tabah dalam memanggil Yesus.
‒ Pada pandangan anda, kenapakah orang ramai cuba menghalang Bartimeus untuk memanggil Yesus?
‒ Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berterusan berseru kepada Tuhan dan menjadi putus asa. Apakah perasaan anda? Apakah
yang anda buat? ‒ Apakah yang anda boleh pelajari dari Bartimeus?
Apabila Yesus memanggil Bartimeus kepada-Nya, Bartimeus mencampakkan jubahnya, lalu bangkit dan pergi kepada Yesus.
‒ Pada pandangan anda, kenapa Bartimeus mencampak jubahnya?
Kenapakah penulis Injil merasakan penting untuk mengetengahkan perkara ini?
Yesus bertanya kepada Bartimeus, “Apakah yang kamu mahu Kubuat
untukmu?”
‒ Jika Yesus bertanya pada anda hari ini, “Apakah yang kamu mahu Kubuat untukmu?”, apa yang akan anda minta pada-Nya, Kenapa?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AKTIVITI-AKTIVITI BERKAITAN Pada muka surat seterusnnya, terdapat beberapa aktiviti untuk kanak-kanak, yang
berkisarkan tentang Bacaan Injil pada minggu ini. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda
ingin lakukan bersama anak-anak anda, tetapi jika boleh, buatlah semua aktiviti yang ada!
Aktivity #1: Cari Perkataan
BARTIMEUS YANG BUTA
“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)
Aktiviti #2: Pilih Perkataan Yang Betul
BARTIMEUS YANG BUTA
“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)
1. Tidak dapat melihat A. Belas kasih B. Sembuh C. Buta D. Bersorak 2. Membuat permohonan dengan cemas, meminta belas ikhsan A. Buta B. Penglihatan C. Diam D. Mengemis 3. Suatu tindakan yang baik hati atau penuh kasih sayang A. Iman B. Penglihatan C. Belas kasih D. Diam 4. Senyap, tiada bunyi A. Diam B. Belas kasih C. Bersorak D. Buta 5. Menjadikan suasana lebih riang-ria, suatu jeritan untuk memberi
galakan A. Mengemis B. Bersorak C. Penglihatan D. Iman 6. Berkeyakinan dan percaya dalam kebenaran A. Bersorak B. Mengemis C. Iman D. Diam 7. Dipulihkan dari kesakitan, penyakit A. Sembuh B. Buta C. Diam D. Belas kasih 8. Kebolehan untuk melihat A. Iman B. Mengemis C. Penglihatan D. Buta
Aktiviti #3: Selesaikan Teka Silang Kata
BARTIMEUS YANG BUTA
“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB)
MELINTANG: 2. Berkeyakinan dan percaya dalam kebenaran 5. Membuat permohonan dengan cemas, meminta belas ikhsan 6. Senyap, tiada bunyi 7. Tidak dapat melihat 8. Suatu tindakan yang baik hati atau penuh kasih sayang
MENEGAK: 1. Kebolehan untuk melihat 3. Menjadikan suasana lebih riang-ria, suatu jeritan untuk memberi galakan 4. Dipulihkan dari kesakitan, penyaki
BUTA MENGEMIS BELASKASIH IMAN SEMBUH DIAM BERSORAK PENGLIHATAN
Aktiviti #4: Isi Tempat Kosong
BARTIMEUS YANG BUTA
“Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB) Lengkapkan peranggan dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul daripada kotak perkataan dibawah.
MENGGEMIS IMAN DIA DIAM BERSERU BUTA MENYEMBUHKAN KASIHANILAH MELIHAT DAPAT
Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika ____ keluar dari situ dengan murid-murid-Nya dan orang ramai itu, seorang _____ bernama Bartimeus anak Timeus, sedang duduk ________ di tepi jalan. Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia _______, "Yesus, Anak Daud, _________ aku!" Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya ______, tetapi dia semakin kuat berseru, "Anak Daud, kasihanilah aku!" Oleh itu, Yesus berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, "Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu." 50Orang buta itu mencampakkan jubahnya ke tepi lalu bangkit dan pergi kepada Yesus. Kata Yesus kepadanya, "Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?" Jawab orang itu, "Rabbi, aku ingin _______." Yesus menjawab, "Pergilah, ______ mu telah _____________
mu." Serta-merta orang itu _______ melihat, lalu mengikut Yesus
dalam perjalanan-Nya.
Aktiviti #5: Isi Tempat Kosong dengan Huruf yang betul
BARTIMEUS YANG BUTA “Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.” Markus 10: 51 (AVB) Setiap baris teka-teki mempunyai satu huruf yang tersembunyi. Tempat yang kosong adalah huruf yang tersembunyi itu untuk melengkapkan perkataan tersebut. Isikan huruf yang tersembunyi itu.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10
Aktiviti #6: Cari Perkataan
MENGGEMIS IMAN DIA DIAM BERSERU BUTA MENYEMBUHKAN KASIHANILAH MELIHAT DAPAT
YERIKHO BUTA PENGEMIS JALAN
BARTIMEUS DIAM KASIHAN BERANI
MELOMPAK RABBI TUAN IMAN
Aktiviti #7: Bantu Orang Buta mencari Yesus
BANTU ORANG BUTA MENCARI YESUS
Untuk menyelesaikan teka-teki ini, anda mesti menutup mata anda dan biarkan seseorang untuk
memberitahu ditempat harus anda buat garisan, sambil anda melalui maze ini
Aktiviti #8: Cari Perkataan
BARTIMEUS YANG BUTA Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, "Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!" Markus 10: 47 (AVB) Berdasarkan Injil Markus 10:46-52
BUTA BARTIMEUS TEPI JALAN IMAN BERGEMBIRA MENYEMBUHKAN YERIKHO KASIHANILAH KAKI YESUS MELIHAT MENGIKUT ORANG RAMAI MURID-MURID KOTA MENGGEMIS MELOMPAT DIAM RABBI BERSERU
Aktiviti #9: Warnakan Gambar ini
Aktiviti #10: Kraftangan tentang Orang Buta yang sembuh
Kraftangan ini akan membantu anda mengingati kisah Yesus menyembuh seorang
buta. Di muka sebelah topeng, anda mempunyai wajah yang sedih dengan
balutan pada mata. Ini sebagai symbol orang buta itu sebelum disembuhkan.
Pada sebelah lagi, anda mempunyai wajah gembira dengan senyuman seorang
yang telah disembuhkan oleh kuasa mujizat Kristus.
APA YANG HARUS DILAKUKAN:
1. Cetak dan warnakan templet. (lihat dibawah)
2. Potong kedua-dua wajah dan juga balutan. Anda
memerlukan 2 balutan.
3. Lekatkan setiap wajah pada kertas A4 tadi. Kedua-kedua
keping kertas harus sama warna.
4. Kemudian Potong wajah-wajah mengikut bentuknya dan
meninggalkan sempadan kertas yang kecil
5. Ambil wajah gembira dan letakkan untuk menghadap ke
bawah. Lekatkan pada batang ais krim sebagai pemegang
6. Sementara gam menggering, lekatkan balutan itu pada mata
di wajah yang sedih.
7. Akhir sekali, lekatkan wajah sedih itu dibahagian belakang
wajah gembira tadi agar batang ais krim tadi tersepit antara
wajah-wajah itu.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1. 2 Templet (wajah gembira dan wajah sedih” dan 2
balutan(lihat dibawah)
2. Pensil atau krayon warna.
3. Dua keping kertas (berwarna yang sama)-saiz A4
4. Gunting.
5. Gam
6. Batang ais krim: ataupun mana-mana batang yang sesuai.