Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB KITA
Tarikh Dibaca :
4 Rejab 1441H/
28 Februari 2020M
Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
1
KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB KITA
28 Februari 2020M/ 4 Rejab 1441H
ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أ مد لل نفسنا ومن إن الح عمالنا، من يهد الل ه ف ا مرشدا.سي ئات أ هو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي
ن شهد أ إ لا أ لا إله هم لا الل ه وحده لل ورسوله، ا دا عبده ن محم شهد أ يك له، وأ شر د وعلى آله وسل م على نبي نا محم وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين.صل
كم تفلح تقوى الل ه وطاعته لعل قوا الل ه، أوصيكم ونفسي ب ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م ون.أ
ڃ ڃ ڃ چ چ
گ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ
ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڱڱ ڱ ڳڳ ڳ ڳ
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperteguhkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melakukan segala yang
diperitntahkanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan
kita beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Mimbar pada hari ini mengalu-alukan kehadiran para Jemaah yang pastinya
datang dengan niat ikhlas bagi menunaikan kewajipan solat jumaat.
Kehadiran semua juga amat dialu-alukan oleh pihak pentadbir dan
jawatankuasa kariah. Semoga ia dinilai sebagai amal soleh yang menjadi
bekalan menuju akhirat. Marilah kita menumpukan sepenuh perhatian
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
2
kepada khutbah pada hari ini yang bertajuk : “Keamanan Negara
Tanggungjawab Kita”.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Keamanan adalah satu nikmat yang sangat berharga kepada setiap manusia.
Allah SWT menjadikan nikmat ini sebagai medium untuk kita berfikir dan
mengambil iktibar agar dengannya iman kita kepadaNya semakin bertambah.
Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat
keharmonian. Alhamdulillah, kita amat bersyukur bahawa negara kita berada
dalam suasana aman dan damai.
Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian
terbina dan yang paling utama Islam pasti akan terus dilindungi. Keamanan
adalah asas utama dalam usaha untuk memelihara agama Islam, memaju
dan memakmurkan sesebuah negara. Sedarlah, betapa pentingnya
keamanan dalam kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim AS pernah
berdoa kepada Allah SWT agar bumi Makkah dikurniakan dengan keamanan
dan kemakmuran. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126 :
ئۈ ئې ئې ئې ئى ئى ئى ی ی ی ی ئج ئح ئم ئى ئي بج بحبخ
بم بى بي تج تح تخ تم تى تي ثجثم ثى ثي جح
Bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa,
dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya,
iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara
mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang
kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
3
rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan
mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.”
Lihatlah, sejarah ketamadunan manusia menunjukkan kepada kita bahawa
nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran
dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Justeru, menyuburkan dan
mengekalkan keamanan sangat penting kepada sesebuah masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya seperti di negara ini.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Islam amat menitikberatkan keamanan bagi sesebuah negara. Rasulullah
SAW menggambarkan bahawa keamanan merupakan salah satu nikmat
terbesar di dunia dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah
RHM, daripada Abu Salamah bin Ubaidillah, daripada bapanya, Rasulullah
SAW bersabda :
صبح منكم ما حيزت له معافىمن أ ن فكأ قوت يومه عنده به آمنا في سر في جسدهنيا الد
Bermaksud :“Sesiapa di antara kamu berada pada waktu pagi dalam
keadaan sihat tubuh badannya, rasa aman dalam hidupnya, cukup
makanannya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan
untuknya.”
Melihat kepada situasi semasa pentadbiran Negara pada ketika ini, semua
rakyat di seluruh tanah air tentunya berasa agak gusar dengan isu
kepimpinan Negara yang masih belum selesai.
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
4
Sebagai rakyat yang cintakan Negara, kita hendaklah sentiasa meletakkan
keyakinan dan kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan negara.
Insya Allah, Allah SWT akan memberi petunjuk dan pertolongan dalam
menyelesaikan isu ini dengan jalan yang terbaik demi kepentingan
masyarakat dan negara yang kita cintai ini. Firman Allah SWT di dalam surah
an-Nisa’ ayat 59:
بح ئج ئح ئم ئى ئي بج یئۈ ئې ئې ئې ئى ئى ئى ی ی ی
تى تي ثج ثم ثى تمبخ بم بى بي تج تح تخ
Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ulil amri (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya,
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Dalam memastikan keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan,
mimbar mengajak dan menyeru seluruh umat Islam menjaga adab dalam
berbicara terutama di media sosial, bijak menilai dan mencari kebenaran
berkaitan sesuatu berita yang disebarkan oleh mana-mana pihak. Janganlah
ada cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan sehingga membawa kepada
perbalahan, pergaduhan dan pertelingkahan sesama muslim walaupun
berlainan pemikiran dan politik. Tunjukkan akhlak mulia sebagai muslim
sebenar lebih-lebih lagi di hadapan golongan bukan Islam.
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
5
Setiap umat Islam juga hendaklah memahami ajaran Islam secara
menyeluruh termasuk menghayati konsep keamanan dan kesehateraan
sebagaimana dianjurkan Islam. Sentiasalah berlapangh dada dan bertolak
ansur menjalani kehidupan. Marilah kita bersatu padu dan berganding bahu
dalam membasmi segala anasir yang boleh menggugat kestabilan dan
kemakmuran Negara yang kita cintai ini.
Mimbar amat berharap agar seluruh rakyat dapat memahami situasi yang
sedang kita hadapi ini. Ingatlah bahawa keamanan dan keharmonian Negara
mestilah diutamakan setiap masa.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan mengajak para Jemaah sekalian, marilah
kita mendoakan agar negara Malaysia yang kita cintai ini diberikan keamanan
dan kesejahteraan daripada sebarang pergolakan dan huru-hara. Kita juga
berdoa kepada Allah SWT supaya negara kita berjaya mengatasi masalah
wabak Covid-19 dan dihindarkan daripada kesan wabak tersebut yang pada
ketika ini masih lagi belum reda di beberapa buah negara.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah bersama kita renungi pengajaran
berikut :
Pertama : Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk memelihara
agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara.
Kedua : Kita hendaklah menjaga adab dalam berbicara terutama di media
sosial, bijak menilai dan mencari kebenaran berkaitan sesuatu berita yang
disebarkan oleh mana-mana pihak dan tunjukkan akhlak mulia sebagai
muslim sebenar lebih-lebih lagi di hadapan golongan bukan Islam.
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
6
Ketiga : Marilah kita sumbangkan apa sahaja demi mengekalkan keamanan
yang dikecapi dan hindarilah perkara-perkara yang akan menjerumuskan kita
kepada perpecahan yang akan melenyapkan nikmat kemakmuran di Negara
ini.
Firman Allah SWT dalam surah al-A’araf Ayat 56 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ۇٴ ۋ ۋ ۅ ۅ ۈڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ
ۉ ۉ
Maksudnya : “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak
diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang
memperbaiki amalannya.”
اكم بما فيه من الآيات والذ كر الحكيم ،بارك الل ه لي ول كم بالقرآن العظيم ،ونفعني وإي ميع العليم. ه هو الس ل من ي ومنكم تلاوته إن ستغفر الل ه العظيم لي وتقب قول قولي هذا وأ أ
ئر المسلمين ،ول كم حياء منهم ،والمؤمنين والمؤمنات ،والمسلمات ولسا موات الأ ،والأ حيم ه هو الغفور الر .فاستغفروه إن
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
7
KHUTBAH KEDUA
ين الحمد لل ه م د ،رب العال لام على سي دنا محم والس لاة مين، وعلى آله ن والص بي الأ الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين. اهر صحابه الط وأ
ن شهد أ أ ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل شهد أن سي دنا محم يك له، وأ وحده لا شر
ا م قوا الل ه بع أ د، فيا عباد الل ه، ات مر عظيم حق تقاته مركم بأ مركم ، واعلموا أن الل ه أ أ
يم ال كر سليم على نبي ه لاة والت تعالى:بالص ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ، فقال الل ه
ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ
د وعلى دنا محم هم صل على سي لل براهيم وعلى آا دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي
براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي
اشدين و لفاء الر هم عن الخ ة وارض الل جمعين، عن بقي حابة أ ابعين وتابعي الص و عن الت ابعين اومن الت كرمين تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن كرم الأ .معهم يا أ
موات. حياء منهم والأ هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأ الل
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
8
وف ي د بدوام الت هم أ الل لامة مل ك نا ك باوه دولي يڠ مها م ة والس ح ليا ويق والهداية والص الد ين ال مصطفى سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان عبد الل ه رعاية
بن حمد شاه ال مستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا سلطان حاج أ
و ليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، وكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكندر حاجه عزيزة أ
اج. الل ه سلطان إسكندر الح
اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات بر هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم حمتك الل احمين . رحم الر يا أ
لدنا هم اجعل ب يا الل ا، سخاء رخاء، دار عدل ماليز مان، آمنا مطمئن من وأ وإيمان، وأ ئر بلاد ال مسلمين. وسا
عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، عداءك أ عز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أ هم أ الل عل كلمتك إلى يوم الد ين.واخذل من خذل المسلمين، وأ
يڠ منديريكن صلاة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا الله، جاديكنله كامي اورڠ
ملالوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسلام ولايه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن
دالم مڠاڬيهكن زكاة دولايه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها
كميسكينن. بلڠڬوسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري
ار. نيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب ر
عباد الل ه،
Khutbah Jumaat Keamanan Negara Tanggungjawab Kita
9
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڑ ڎڈ ڈ ژ ژ
لوه من فضله يعطكم فاذكروا يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسأ الل ه العظيمكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ولذكر الل ه أ