Upload
mohd-taufik-bin-abd-rashid
View
259
Download
15
Embed Size (px)
DESCRIPTION
lif
Citation preview
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
BAB 1
PENGENALAN
1.1) Pengenalan
Salah satu daripada pelbagai keputusan yang harus dibuat oleh seseorang
perekabentuk bangunan berbilang tingkat adalah mengenai pemilihan peralatan
untuk sebuah sistem pengangkutan dalam bangunan khususnya sistem
pengangkutan menegak, iaitu lif penumpang, barang atau perkhidmatan dan juga
tangga bergerak atau lebih dikenali sebagai eskalator.
Peralatan ini merupakan perbelanjaan bangunan yang utama. Sebagai
contoh, sebuah bangunan 25 tingkat kemungkinan menelan 10 peratus dari jumlah
kos keseluruhan binaan bangunan tersebut. Kualiti perkhidmatan dalam bangunan
merupakan faktor yang penting yang diambil kira oleh seseorang bakal penyewa
ruang dalam bangunan tersebut. Lazimnya, arkiteklah yang memutuskan jenis
peralatan yang dipilih tetapi dia perlu mendapatkan khidmat pakar runding dalam
bidang yang berkenaan dengan pengangkutan dalam bangunan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
1.2) Latar belakang masalah
Pengurusan dan penyenggaraan lif merupakan aspek penting yang perlu
diambil kira dalam memastikan keselamatan pengguna adalah terjamin. Terdapat
banyak salah laku seperti vandalisme yang boleh mengganggu perjalanan sistem
lif yang seterusnya membawa kepada kerosakan pada sistem lif itu sendiri. Selain
itu, kecuaian pihak pengurusan untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk
memperbaiki dan menyenggara sistem lif turut menyumbang kepada masalah
kerosakan yang sering dihadapi pada sistem lif.
Kejadian terbaru yang melibatkan kemalangan pada lif ialah kejadian di
mana seorang pelajar tahun dua yang cedera parah setelah lif yang dinaiki di
tingkat 17 di Blok F, Taman Damai, jatuh terhempas pada 11 Oktober yang lalu
(Utusan Online, 12 Oktober 2006). Difahamkan bahawa sebaik menaiki lif
berkenaan, ia tiba-tiba tidak berfungsi dan tersekat di antara tingkat 17 dan 16.
Mangsa dan rakan mangsa yang terperangkap dikatakan berusaha untuk membuka
pintu lif berkenaan sebaik sahaja ia tersekat sambil dibantu oleh penduduk yang
lain dari luar lif. Namun, hanya rakan mangsa sahaja yang sempat untuk
memanjat keluar dan mangsa tidak sempat untuk keluar daripada lif berkenaan
dan lif berkenaan tiba-tiba bergerak dan terus terhempas ke bawah.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
1.3) Pernyataan masalah
Lif merupakan satu sistem kemudahan bangunan yang berfungsi sebagai
pengangkutan menegak dalam sesebuah bangunan. Keperluan lif dalam bangunan
adalah untuk menjamin kebajikan dan keselesaan serta memberi kesenangan
kepada pengguna, di samping untuk membantu meningkatkan kecekapan dan
menjimatkan masa pengguna sesebuah bangunan ( G. C Barney 1977). Seksyen
124 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam menyatakan keperluan
pemasangan lif pada bangunan tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemasangan lif
pada bangunan diperlukan bukan sekadar untuk memberikan imej bangunan
malah ia juga sebagai pematuhan kepada kehendak undang-undang.
Pada bangunan tinggi, lif adalah akses utama. Apabila pengoperasiannya
diberhentikan, maka semua aktiviti pengguna akan tergendala dan akan
memberikan kesan kepada semua pihak yang memerlukan perkhidmatan lif. Ini
terbukti melalui rungutan orang ramai apabila salah satu perkhidmatan lif di
Hospital Batu Pahat telah diberhentikan. Pemberhentian salah satu lif ini
menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu dengan lebih lama untuk
mendapatkan perkhidmatan lif, terpaksa menggunakan tangga sebagai akses
kedua. Keadaan ini kritikal kerana berlaku di hospital yang sebahagian besar
penggunanya adalah pesakit. Dengan keadaan yang sakit atau kurang sihat
sanggupkah mereka menggunakan tangga atau berdiri untuk menunggu lif dengan
lebih lama?
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 1.0 : Bangunan Kediaman Yang Memerlukan Lif
Ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan lif amat penting sebagai
pengangkutan dalam bangunan tinggi yang penggunanya terdiri daripada pelbagai
golongan seperti kanak-kanak, orang dewasa serta orang tua. Walau
bagaimanapun lif adalah satu sistem yang dicipta bagi membantu kecekapan
manusia, dan setiap sistem yang dicipta memerlukan penyenggaraan.
Penyenggaraan merupakan satu proses kerja untuk menjaga, membaik
pulih atau meningkatkan kecekapan semua kemudahan bangunan, bangunan dan
kawasan sekitarnya (Hasnan Abdullah, 1994). Penyenggaraan sebenarnya adalah
satu kerja yang sinonim kerana ia melibatkan bukan sahaja kerja pembaikan
malah ianya cuba melindungi keperluan untuk pembaikan itu sendiri. (R.Chudley
1981). Kerja-kerja penyenggaraan pada asasnya merupakan satu aspek penting
bagi bangunan. Walau bagaimanapun masih ramai yang beranggapan bahawa
kerja penyenggaraan adalah tidak lebih daripada kerja pembaikan kerosakan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Disebabkan ketidakfahaman ini maka, kerja penyenggaraan seringkali dianggap
tidak penting dan kurang diberi perhatian.
Pada peringkat perancangan dan rekabentuk keputusan yang dibuat
melibatkan semua peringkat pembangunan dan menghasilkan kos pembinaan
dapat namun setelah pembangunan siap apa yang sebenarnya berlaku dan
bagaimana dengan kos untuk penyenggaraan serta apakah elemen yang perlu
diselenggarakan? Persoalan ini seringkali dianggap perkara yang kedua walhal
penyenggaraan amat penting kerana merupakan satu proses yang berterusan
apabila siapnya sesebuah bangunan sehingga mencapai tahap keusangan.
Penyenggaraan bukanlah isu baru, malah merupakan satu isu yang sering
diperkatakan dan sering menjadi rungutan semua pihak terutamanya pengguna.
Kenyataan ini dibuat berdasarkan satu keratan akhbar yang mendakwa bahawa
terdapat banyak aduan mengenai kurangnya penyenggaraaan dibuat pada
bangunan tinggi menyebabkan timbulnya kesulitan kepada penghuni. Antara
rungutan yang kerap diterima ialah kerosakan lampu, lif dan kebersihan
bangunan. Berikutan itu Datuk Dr Ting Chew Peh (yang pada ketika itu Menteri
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) menyatakan bahawa banyak masalah
pengurusan penyenggaraan bangunan terutamanya bagi bangunan kediaman
tinggi. (Berita Harian 2 Julai 1997).
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 1.1 : Lif Tidak Dapat Digunakan
Berdasarkan kenyataan ini, satu kajian akan dijalankan terhadap
pengurusan penyenggaran bagi sistem kemudahan lif di kediaman tinggi.
Bangunan kediaman tinggi jenis rumah pangsa kos rendah dipilih kerana
berdasarkan tinjauan yang dibuat ianya merupakan bangunan yang paling kritikal
menghadapi masalah lif. Contohnya lif di Rumah Pangsa Awam, Johor Bahru.
Sistem lif dipilih kerana ia merupakan kemudahan paling asas yang berfungsi
sebagai akses utama dalam sesebuah bangunan kediaman tinggi. Sebagaimana
yang berlaku di Hospital Batu Pahat, ianya seakan sama dengan apa yang berlaku
di rumah pangsa kos rendah. Memandangkan rumah adalah pusat yang
menempatkan keluarga serta pusat kegiatan hidup pelbagai kemungkinan boleh
berlaku, contohnya jika berlaku kecemasan, sanggupkah pengguna menggunakan
tangga sebagai akses? Bagaimana pula untuk mengangkut barang yang berat
seperti perabot, sanggupkah pengguna menggunakan tangga dengan membawa
beban perabot yang berat?
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 1.2 : Rumah Pangsa Awam P
Oleh sebab itu, bagi menangani masalah ini, sejauhmanakah pihak yang
menguruskan penyenggaraan berfungsi? Bagaimana pula penerimaan pengguna
terhadap sistem yang disediakan itu. Situasi ini berlainan dengan situasi
bangunan kediaman mewah seperti kondominium. Bagi kondominium,
pengurusan penyenggaraan dibuat oleh pihak swasta (Perbadanan Pengurusan).
Bayaran akan dikenakan terhadap perkhidmatan penyenggaraan menyebabkan
tiada masalah kritikal yang timbul dengan gaya hidup mewah yang ditonjolkan di
kondominium.
Berlainan pula dengan rumah pangsa kos rendah kerana tiada pihak
khusus yang menguruskan penyenggaraan dan ianya bergantung kepada kerajaan
tempatan semata-mata. Oleh sebab itu sejauh manakah kerajaan tempatan
menguruskan penyenggaraan kemudahan bangunan di rumah pangsa kos rendah.
Adakah memenuhi kepeluan serta menjaga kebajikan atau hanya sekadar pada
nama, bersesuaian dengan imej iaitu rumah pangsa kos rendah, semua pihak
menganggapnya sebagai satu masalah yang remeh.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 1.3 : Lif Yang Kotor
Rajah 1.4 : Keadaan Di Luar Pintu Lif
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
1.4) Persoalan kajian
Berikut merupakan antara persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam kajian
yang dijalankan:
Apakah sistem lif yang digunakan di Flat?
Apakah sistem penyenggaraan lif yang digunakan?
Siapakah yang bertanggung jawab dalam mengendalikan pengurusan lif di
tempat kejadian?
1.5) Objektif kajian
Antara objektif kajian yang dijalankan ialah:
Mengenalpasti sistem lif yang digunakan di Flat.
Mengenalpasti sistem penyenggaraan lif yang digunakan.
Mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dalam mengendalikan
pengurusan sistem lif di tempat kejadian.
1.6) Rasional kajian
Berikut merupakan rasional daripada kajian yang dijalankan:
Dapat mewujudkan kesedaran dan sikap prihatin masyarakat dan penduduk
terhadap kepentingan penjagaan lif.
Membantu pihak kerajaan mempertingkatkan tahap kesedaran sivik
masyarakat dan penduduk terhadap kesan tingkah laku vandalisme.
Membantu pihak pengurusan Flat P mencari langkah terbaik bagi mengatasi
masalah lif yang berlaku di Flat.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
BAB 2
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
2.1) Sistem Lif Yang Digunakan
2.1.1 Sistem Lif Penumpang
Lif penumpang digunakan untuk membawa penumpang-penumpang dan
dipasang di dalam bangunan-bangunan pejabat, hotel dan rumah pangsa atau
pangsapuri. Kelajuannya lebih tinggi berbanding dengan lif-lif di hospital atau di
antara 1.0 m/s ke 10.0 m/s bergantung kepada ketinggian bangunan.
Rajah 2.0 : Keadaan Lif Di Rumah Pangsa Awam P
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Ciri-ciri prestasi sebuah lif yang unggul hendaklah merangkumi aspek-
aspek yang berikut:
a) masa menunggu kereta lif yang minimum di mana-mana tingkat dalam
bangunan
b) pecutan lif yang selesa
c) kadar pengangkutan yang cepat
d) rencatan pergerakan lif secara licin dan cepat semasa lif berhenti
e) arasan (levelling) yang tepat secara automatik di setiap pendaratan
f) mengankut dan memunggah dengan cepat di setiap perhentian dalam
perjalanan lif
Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor lain yang penting ialah:
a) operasi pintu lif mestilah cepat dan senyap
b) petunjuk secara visual kedudukan tingkat/ paras bangunan serta arah
perjalanan lif harus diperuntukkan di dalam kereta lif dan juga pendaratan
(luar) lif
c) kendalian peralatan mekanikal lif yang lancar, senyap dan selamat untuk
semua keadaan bebanan lif dalam operasinya
d) pencahayaan dalam lif yang mencukupi dan selesa
e) persekitaran dalam kereta lif yang ceria pada amnya
f) aspek dari segi keserasian binaan kereta dan pintu sesalur lif (shaftway
door) dengan senibina bangunan
g) peralatan kecemasan dan keselamatan yang boleh diharap
h) integrasi sesalur lif dalam bangunan kerana ia merupakan elemen ruang
yang sangat penting
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.1.2 Susunatur Bahagian-Bahagian Lif
Sesebuah sistem lif mengandungi bahagian-bahagian utama yang berikut:
a) kereta lif (lift car)
b) kabel-kabel lif
c) mesin menarik lif (lif machine)
d) peralatan kawalan (control equipment)
e) penimbang berat (counterweight)
f) sesalur lif (lift hoistway)
g) rel panduan (guide rails)
h) bilik mesin atas (penthouse)
i) lubang lif (pit)
j) penimbal (buffer)
Perincian komponen-komponen lif
a) kereta lif
a. kereta lif merupakan sebuah sangkar yang diperbuat daripada bahan
yang kalis api
b. ia terkandung dalam sebuah rangka struktur dan digantung di bahagian
atasnya dengan kabel penarik lif
c. di tepi kereta terdapat kekasut panduan yang memandu kereta lif
secara menegak di dalam sesalur lif
d. mempunyai pintu keselamatan
e. mempunyai peralatan kendalian dan kawalan
f. mempunyai petunjuk aras atau tingkat
g. mempunyai sistem pencahayaan yang memuaskan
h. mempunyai pintu keluar kecemasan
i. mempunyai sistem pengudaraan untuk penumpang lif
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
b) kabel-kabel lif
a. kabel atau lif disambung kepada bahagian rasuk di atas lif
b. ia menanggung beban lif dan muatan dalam lif
c. diperbuat daripada keluli yang direka khas untuk pemasangan lif
d. bilangan kabel berbeza mengikut keperluan kelajuan dan kapasiti lif
disusun secara selari, lazimnya empat hingga lapan tali
e. kabel berbilang diamalkan untuk tujuan keselamatan walaupun hanya
salah satu dari kabel-kabel tersebut sudah mencukupi untuk
menanggung ke semua beban lif
f. faktor keselamatan adalah seperti berikut:
i. 7.6 hingga 12 untuk sesebuah lif penumpang
ii. 6.6 hingga 11 untuk sebuah lif barang
g. kabel melalui sebuah kerek yang mempunyai alur-alur untuk
perjalanan kabel
h. kabel dipasang ke sebuah penimbang berat di bahagian bawah lif
c) penimbang berat
a. terdiri daripada kepingan-kepingan keluli terpotong yang dipasang
dalam sebuah rangka. Penimbang berat dipandu perjalanannya melalui
dua buah rel panduan di bahagian dinding belakang sesalur lif.
b. berat penimbang berat bersamaan dengan berat kereta yang kosong
campur dengan 40% daripada berat muatan dalam sebuah lif
c. penimbang berat mempunyai beberapa fungsi:
i. membantu menarik kerata lif
ii. mengurangkan saiz mesin menarik lif
iii. mengurangkan permintaan kuasa dan kos penggunaan tenaga
d. 75% daripada tenaga yang digunakan dalam menarik lif dipulangkan
semasa lif menurun. Proses ini dipanggil penjanaan semula kerana
semasa kereta lif menurun , fungsi motor bertukar sebagai janakuasa
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
e. selain kabel penarik, terdapat juga kabel pemampasan (compensating
ropes) yang dipasang di bahagian bawah kereta lif bertujuan
mengimbangkan beban lif, terutama dalam bangunan yang tinggi
d) mesin lif
a. memusingkan kerek kabel lif untuk menaik/menurunkan kereta lif.
b. terdiri dari sebuah rangka berat yang bersama-sama
i. kerek
ii. motor
iii. pemacu
iv. gear
v. brek
vi. brek keselamatan kendalian magnetik
vii. lain-lain alat tambah yang perlu
c. kebanyakan lif yang sedia ada, dibekalkan tenaga oleh sebuah set
motor-janakuasa (motor-generator set) berasingan yang akan
beroperasi semasa mengangkut penumpang atau barang.
d. Pemasangan lif yang terkini peralatan kuasa dan kawalan jenis pepejal
(solid-state) mengambil tempat set motor-janakuasa
e. Terdapat sebuah penguasa had laju berhampiran dengan mesin lif
untuk menghadkan kelajuan perjalanan lif pada kadar yang selamat.
e) Peralatan kawalan
Ini terbahagi kepada 3 kumpulan
i. Kawalan pemacu
- berkaitan dengan kelajuan, pecutan, penentuan kedudukan dan arasan
kereta lif
ii. Kawalan kendalian
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
- merangkumi bidang kendalian pintu kereta lif, fungsi punatekan-
punatekan paras dan peranti-peranti petunjuk yang lain.
iii. Kawalan penyeliaan
- berkaitan dengan perjalanan secara berkumpulan pemasangan lif
berbilang kereta. Peralatan ini bersifat elektromekanikal dalam
pemasangan yang dahulu tetapi kini telah diganti dengan jenis
yang bercorak keadaan pepejal (solid-state) dan kesemua peranti
petunjuk seperti punatekan di dalam kereta, di lobi lif, dan
peranti lain yang berbunyi diselaraskan secara bersepadu untuk
memberikan pengangkutan yang cepat, selamat dan selesa.
Rajah 2.1 : Punatekan Di Dalam Lif
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
f)Sesalur lif
i. Merupakan saluran menegak untuk kandungkan kereta dan penimbang
berat lif.
ii. Dibahagian sisi sesalur lif terdapat rel panduan kereta lif dan penimbal
untuk menahan hentakan dari penimbang berat semasa ia menurun ke
bawah sesalur ke bawah sesalur lif.
g) Bilik mesin lif atas
i. Lazim di bahagian teratas sesalur lif.
ii. Ketinggian di antara 1 hingga 2 paras bangunan
iii. Kandungan di dalam bilik termasuklah:
- motor penarik lif (traction motor)
- set motor-janakuasa (motor-generator set)
- peralatan kawalan
Akhir kata, kesemua mesin-mesin dan peralatan di atas direkabentuk
untuk memberi perkhidmatan lif yang senyap dan bebas dari getaran.
Rajah 2.2 : Keadaan Pintu Lif Di Tingkat 5
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.1.3 Keperluan Lif Dalam Sebuah Bangunan
Sesebuah bangunan perlu dikaji dengan teliti untuk justifikasi
memasang sebuah sistem lif kerana kos dan faktor-faktor yang lain. Di
antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan sama ada memasang
atau tidak, sebuah sistem lif di dalam sesebuah bangunan adalah seperti
berikut:
i. kehendak undang-undang
ii. kepentingan pengguna bangunan
iii. mengatasi keadaan kecemasan dalam bangunan
1) Kehendak undang-undang kecil bangunan
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 tempatan menetapkan
bangunan yang bersifat kediaman wajib dipasang sistem lif sekira
bangunan tersebut melebihi 4 tingkat. Bilangan minimum adalah sebuah.
Dalam hal ini, pemilik bangunan tidak mempunyai pilihan dan mesti akur
kepada undang-undang ini.
2) Kepentingan pengguna
Pejabat, hospital, pusat membeli-belah atau pangsapuri merupakan tempat
tumpuan orang ramai. Pemilik-pemilik sesebuah bangunan tersebut sudah
tentu mempunyai kepentingan ekonomi masing-masing dan inginkan
seramai pengunjung yang boleh. Tanggungjawab pemilik adalah untuk
menyediakan seberapa banyak boleh, kemudahan kepada pengunjung
tersebut. Perkhidmatan lif yang selesa merupakan salah satu kemudahan
yang dimaksudkan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
3) Mengatasi keadaan kecemasan dalam bangunan
Pemilik bangunan bertanggungjawab menjamin keselamatan pengguna
dan menjadi kehendak pihak bomba supaya bangunan yang mempunyai lif
mesti juga sediakan sebuah lif kecemasan bomba. Oleh kerana lif bomba
jarang sekali digunakan maka adalah mencukupi sekadar menyediakan
sebuah lif biasa kepada pihak bomba bila berlakunya kebakaran,
umpamanya.
2.1.4 Faktor-Faktor Dalam Membuat Pilihan Lif
a) Fungsi bangunan
b) Pengguna bangunan
c) Batasan-batasan seperti rekabentuk bangunan, kewangan, bekalan kuasa
elektrik, dan kehendak-kehendak
d) Undang-undang dan pihak berkuasa
e) Beban kontrak lif
f) Kelajuan kontrak lif
g) Pilihan lif
a) Fungsi bangunan
Fungsi bangunan harus difahami telah terlebih dahulu sebelum pilihan sistem
lif yang tepat dapat dilakukan. Bangunan yang mempunyai fungsi sebagai pusat
membeli-belah, contohnya, mestilah diselaraskan dengan tujuan tersebut. Lif yang
digunakan di dalam hospital tentunya tidak sesuai diamalkan di dalam sebuah
pusat membeli-belah.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
b) Pengguna bangunan
Jenis pengguna sesebuah bangunan haruslah dikenalpasti daripada beberapa
aspek, seperti psikologi dan sosiologi pengguna itu sendiri. Umpamanya, di dalam
sebuah hospital, terdapat pelbagai jenis pengguna, iaitu yang terdiri daripada
kalangan doktor, pesakit, pelawat dan kakitangan sokongan hospital tersebut.
Tahap keselesaan yang dialami akan menjadi berbeza-beza di antara pengguna-
pengguna tersebut. Pemilihan sistem lif mestilah memenuhi sekurang-kurangnya
kehendak minimum sesuatu golongan pengguna tersebut.
Aktiviti pengguna harus juga diambil kira. Contohnya, di pusat membeli-
belah, didapati setengahnya pula penjual. Bagi pihak penjual mungkin penting
baginya supaya sistem lif dapat memberi khidmat mengangkut barang yang ia
jual, maka lif barang perlu disediakan.
Bagi kalangan pembeli pula, mereka mestilah diyakini bahawa pusat membeli
belah mengamalkan konsep membeli-belah dalam keadaan selesa dan mempunyai
daya tarikan supaya pengguna menjalankan aktiviti membeli. Segala aspek
bangunan dan pengguna mestilah dikaji sebelum keputusan memilih sesuatu
sistem lif untuk bangunan tersebut.
c) Batasan-batasan
Setelah diambil kira aspek fungsi bangunan dan penggunanya, aspek
pemasangan fizikal lif juga perlu dikaji. Antara batasan-batasan yang harus
diketahui ialah:
a. rekabentuk bangunan
- Arkitek lazimnya menentukan kedudukan sesalur lif dalam bangunan,
saiznya, ruang gerak atasnya dan bilangan lif yang perlu. Saiz sesalur lif
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
yang tidak sempurna boleh jejaskan perkhidmatan lif sekiranya saiznya
tidak mencukupi untuk menentukan arus trafik yang sesuai untuk sesebuah
bangunan dengan terpaksa mengikut kehendak untuk sesebuah bangunan
bukan jenis kediaman. Seorang pengguna hanya perlu menunggu selama
tidak lebih dari 30 saat daripada masa ia tekan punat memanggil sebelum
mendapatkan perkhidmatan lif. Untuk mencapai matlamat tersebut dari
segi rekabantuk lif, kemungkinannya perlukan kereta lif lebih besar dari
saiz sesalur lif yang disediakan oleh pihak arkitek. Ini bererti masa
menunggu akan menjadi lebih panjang dari yang telah direkabentuk.
b. Kewangan
- kedudukan kewangan pemilik bangunan tidak seharusnya menjadi
ukuran dalam menyediakan perkhidmatan lif dalam sebuah bangunan. Kos
sistem lif amat berbeza dengan mutu perkhidmatan lif tersebut.
c. Bekalan kuasa elektrik
- semasa membuat pilihan lif perlu diketahui berapakah tenaga bekalan
elektrik yang diperlukan untuk sistem lif. Semakan perlu dibuat dengan
pihak pembekal tenaga supaya dapat memastikan yang sedai ada dapat
diperolehi. Berhubung dengan perkara ini, pihak jurutera mekanikal
hendaklah berhubung rapat dengan pihak berkuasa.
d. Kehendak-kehendak pihak berkuasa yang tertentu
- kehendak-kehendak pihak berkuasa yang tertentu mestilah diambil kira
dan disesuaikan semasa membuat pilihan lif dan sistem kawalannya. Di
antara kehendak-kehendak undang-undang adalah seperti yang berikut:
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Peraturan-Peraturan (Lif Elektrik dan Lif Barang) Kilang dan
Jentera
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Kehendak-kehendak piawaian dalam pemasangan lif seperti
Jabatan Kilang dan Jentera BS dan AS.
Setakat ini masih boleh merujuk kepada mana-mana satu dari
piawai yang tersebut. Kehendak-kehendak Bomba disertakan bersama di
dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
d) Beban kontrak
Beban kontrak adalah beban maksimum yang boleh dibawa oleh sesebuah lif
mengikut rekabentuk dan binaan lif tersebut. Ia seharusnya diselaraskan dengan
perkara-perkara yang telah disebut di atas.
e) Kelajuan kontrak
Kelajuan kontrak merupakan had laju sesebuah lif yang bergerak ke atas atau
bawah. Lazimnya, seseorang perekabentuk yang menentukan laju kontrak yang
bersesuaian dengan diselaraskan dengan faktor-faktor yang disebut di atas.
f) Pemilihan lif
Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas, jenis lif yang sesuai
dapat ditentukan untuk sesebuah bangunan. Setelah beban dan kelajuan kontrak
diketahui, dimensi lif dapat diperolehi daripada jadual dalam piawai BS5655 Part
5 1981. Ukuran sesalur lif dan lain-lain ukuran kemudiannya disemak dengan
ukuran dalam pelan bangunan daripada pihak arkitek untuk memastikan ia
menepati keperluan rekabentuk lif untuk bangunan itu.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.1.5 Sistem Kendalian dan Penyeliaan Lif
1. Keperluan Sistem Kawalan
Sistem kendalian lif boleh ditakrifkan sebagai kawalan tindakbalas secara
automatik (tanpa operator) sebuah atau sekumpulan kereta lif kepada panggilan
untuk memberi perkhidmatan lif. Sistem yang efektif:
Mengambil kirakan semua panggilan dari lobi lif atau dari dalam kereta lif
itu sendiri.
Mengenali arah tuju kereta dan kedudukan kereta.
Hubungkait antara panggilan dengan kedudukan kereta daam sistem.
Sebuah sistem yang baik haruslah dapat menjangkakan permintaan
perkhidmatan lif dan bukannya bertindak semata-mata kepada permintaan
tersebut. Ini adalah supaya kecekapan yang maksimum dapat diperoleh.
Sistem kendalian lif mengambilkira semua faktor di atas dan menghantar
kereta lif mengikut priority. Panggilan lif tidak statik dan sistem kawalan canggih
serta besar perlu untuk menunaikan tugasnya dengan sempurna dan sambil dapat
memuaskan kedua pihak pemilik bangunan dan juga pengguna dalam bangunan.
Sistem yang kecil memadai untuk memasang lif yang kecil.
2. Kawalan Kereta Lif
a) Kawalan Punatekan Automatik Tunggal
- Kaedah ini merupakan sistem kawalan yang paling mudah untuk
kawalan automatik sistem lif yang dikendalikan penumpang. Ia boleh
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
kendalikan hanya satu panggilan pada satu-satu masa. Ini bermakna setiap
panggilan pada satu-satu masa. Ini bermakna setiap panggilan itu akan
mendapat khidmat lif sampai ke destinasi yang diingini. Sebuah punatekan
di lobi lif hanya boleh memanggil kereta lif apabila kereta tidak berjalan.
Punatekan menunjukkan samada kereta lif sedang digunakan. Panggilan
boleh dibuat apabila mendapatkan lampu hijau. Sistem kawalan ini sesuai
untuk bangunan yang rendah, di mana permintaan khidmat lif dalam kadar
5 atau ke bawah panggilan sejam. Ia sesuai di dalam bangunan jenis
pangsapuri, rumah bersifat kediaman dan bangunan industri yang
menggunakan lif barang.
b) Kawalan Mengumpul
- Sistem ini tidak lagi diamalkan dalam sistem lif terkini. Sekiranya trafik
dalam bangunan meningkat sistem kawalan tunggal tidaklah sesuai lagi,
kerana sistem tunggal tidak mempunyai kemudahan menerima dan
menyimpan panggilan. Masalah ini boleh meningkatkan masa menunggu
untuk dapatkan khidmat lif. Ia sesuai digunakan untuk bangunan yang
sederhana tinggi. Di dalam sistem ini, setiap pelantar lif mempunyai
sebuah punatekan. Di setiap pelantar lif, pengguna lif boleh mendaftar
panggilan masing-masing dan lif yang sampai ke paras berkenaan akan
mengumpul penumpang. Punatekan akan menunjukkan arah perjalanan lif
dan sekiranya ia sehaluan pengguna, maka lif akan memberi khidmat yang
di minta. Sistem hanya sesuai untuk bangunan seperti bangunan industri
ringan atau untuk memberi perkhidmatan bersifat industri.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
c) Kawalan Operasi Mengumpul Terpilih
- Sistem ini sesuai untuk trafik sederhana seperti yang terdapat di dalam
rumah apartment, pejabat yang kecil dan juga hospital. Beberapa buah
kereta lif disediakan untuk sistem dan bilangan kereta lazimnya tidaklah
kurang daripada 3. Kereta lif yang terdekat akan menjawab panggilan
berkenaan di mana-mana pelantar lif. Kereta-kereta lif juga berhenti di
tingkat bawah bangunan secara automatik melainkan sebuah yang lain.
Ciri-ciri sistem:
Lif putar balik apabila sudah menjawab panggilan yang tertinggi.
Set motor-janakuasa berhenti setelah kesemua panggilan dilayan.
Mempunyai kecenderungan kereta-kereta lif berkumpul sama.
Zon Lif
- Untuk mengelakkan masalah di atas konsep zon lif dalam bangunan telah
diperkenalkan. Ini memerlukan kajian dibuat tentang corak trafik dalam
sesebuah bangunan. Waktu memuncak dan menurun dikenalpasti terlebih
dahulu dan perkhidmatan lif diberi mengikut keperluan semasa. Mod
operasi lif boleh ditukar bila dan seorang attendan lif boleh
melakukannya.
d) Kawalan Sistem Komputer
- Hanya sistem berkomputer sahaja yang dapat mengesan dan mengawal
pergerakan kereta dalam sebuah sistem pengangkutan lif yang kompleks.
Kendalian sistem lif hendaklah dilakukan dengan kadar yang optimum
dengan strategi rekabentuk sistem yang canggih. Sebuah logaritma
digunakan untuk mengendalikan perkara ini untuk memberi perkhidmatan
lif yang memuaskan semua pihak. Program yang berunsurkan ’artificial
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
intelligence’ (kepintaran ciptaan) sesuai sekali untuk corak panggilan
kereta yang rumit dikendalikan oleh sistem yang biasa.
Sistem Kuasa Kecemasan untuk Lif Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984
Undang-undang Kecil No.253 – Ekstrak
1) Beban yang sesuai ataupun cukup untuk semua beban penting
termasuk operasi serentak bagi semua lif-lif bomba dan satu lif yang
lain.
2) Menyediakan atau membekalkan kuasa di waktu kecemasan bagi
pencahayaan dan kuasa yang penting untuk keselamatan nyawa.
3) Bekalan kuasa kecemasan untuk satu atau lebih bagi:
Bateri simpanan
Set janakuasa standby
Kehendak-kehendak Bangunan Bagi Lif
1. Separator atau rasuk bersilang (cross beam) akan disokong oleh
struktur R.C atau steel angles
2. Lubang lif dengan drains yang sesuai, kalis air , mild steel cat ladder
dan electrical outlet.
3. Pengudaraan di dalam bilik mesin untuk memastikan suhu ambient
bilik mesin tidak melebihi 40˚C. Penggunaan penyaman udara
adalah lebih baik.
4. Hoisting beam atau hook
5. Kuasa elektrik sementara atau tetap dan pencahayaan kepada lif shaft
dan bilik motor dan switchgears
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
6. Sensing cables dari sambungan bantuan bagi automatik changeover
contactors dan fire alarm panel diakhiri di dalam mesin.
7. Pembetulan faktor kuasa, jika diperlukan pada punca bekalan masuk
utama ke bangunan.
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Undang-undang Kecil Bangunan 1984 mengenai pemasangan lif dan
perkara-perkara yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Ini diterangkan di
bawah:
Undang-undang Kecil 124
Bagi semua bangunan bukan kediaman yang melebihi empat tingkat di
atas atau di paras akses utama, sekurang-kurangnya satu lif hendaklah
disediakan.
Undang-undang ini adalah di bawah Kehendak-Kehendak Pembinaan.
Undang-undang Kecil 151
Jika ruang bagi lubong lif tidak disambungkan kepada ruang terlindung,
lubong lif tersebut hendaklah dilengkapkan dengan liang udara yang tidak
kurang daripada 0.09m² bagi setiap lif dan terletak di bahagian atas lubong
itu. Jika liang udara itu tidak keluar terus ke udara lepas, lubong lif itu
hendaklah diudarakan ke luar melalui suatu saluran yang mempunyai
TKA yang dikehendaki bagi lubong lif.
Undang-undang Kecil 152
1. Tiap-tiap ruang buka dalam lubong lif atau pintu masuk lif
hendaklah membuka ke satu lobi terlindung melainkan cara
perlindungan lain yang sesuai bagi ruang buka itu yang memuaskan
pihak berkuasa tempatan disediakan. Kehendak-kehendak ini tidak
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
terpakai bagi bangunan perindustrian jenis terbuka atau bangunan
khas yang lain yang diluluskan oleh KPBB.
2. Pintu pelantar hendaklah mempunyai TKA yang tidak kurang
daripada setengah dari TKA bagi struktur api yang mempunyai TKA
minimum setengah jam.
3. Tiada apa-apa kaca yang boleh digunakan untuk atau di dalam pintu
pelantar kecuali untuk penglihatan yang mana sesuatu panel
penglihatan hendaklah digilap dengan kaca keselamatan berdawai
dan hendaklah tidak lebih daripada 0.0161 meter persegi dan jumlah
keluasan satu atau lebih panel penglihatan dalam pelantar hendaklah
tidak lebih daripada 0.0156 meter persegi.
4. Setiap ruang buka panel terang hendaklah menolak bebola yang
berdiameter 150 mm.
5. Peruntukan hendaklah dibuat bagi semua pintu pelantar dengan
bantuan kunci keselamatan tanpa mengira kedudukan kereta lif.
Undang-undang ini di bawah Kehendak-Kehendak Menentang Kebakaran.
Undang-undang Kecil 153
1. Semua lif hendaklah dilengkapkan dengan pengesan asap.
2. Lif yang tidak membuka ke suatu ruang asap tidak boleh
menggunakan alat membuka semula pintu yang dikawal oleh
pancaran cahaya atau pengesan-foto melainkan digabungkan dengan
ciri daya penutup yang menyebabkan pintu itu tertutup dalam masa
yang ditetapkan dahulu selepas 30 saat daripada apa-apa gangguan
pada pancaran itu.
Undang-undang ini di bawah Kehendak-Kehendak Menentang Kebakaran.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Undang-undang Kecil 243
1. Dalam suatu bangunan di mana tingkat atas yang diduduki adalah
lebih daripada 18.8m di atas paras akses perkakas bomba, lif bomba
hendaklah disediakan.
2. Sesuatu penthouse yang diduduki tidak lebih daripada 50 peratus
keluasan lantai yang sebaik sahaja di bawahnya hendaklah
dikecualikan daripada ukuran ini.
3. Lif bomba hendaklah di tempatkan dalam lubong terlindung
berasingan jika ia membuka ke ruang berasingan.
4. Lif bomba hendaklah disediakan pada kadar satu lif dalam tiap-tiap
kumpulan lif yang mengeluar ke dalam kepungan terlindung yang
sama atau ruang asap yang mengandungi sesalur pancur, dengan
syarat bahawa lif bomba itu ditempatkan tidak lebih daripada 61
meter jarak perjalanan daripada titik lantai itu yang terjauh sekali.
Undang-undang ini di bawah Penggera Kebakaran, Pengesan Api,
Pemadam Api dan Akses Menentang Kebakaran.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.2) Sistem Penyenggaraan Lif
Bagi memudahkan kerja penyenggaraan satu sistem yang baik amat
diperlukan agar penyenggaraan yang dijalankanberkesan. Menurut teori
pengurusan penyenggaraan, kaedah menjalankan kerja penyelenggaraan boleh
dibuat melalui dua cara iaitu:
1. sistem terus
2. sistem kontrak
2.2.1 Sistem Terus
Sistem terus ialah kerja penyenggaraan yang dilakukan oleh
kakitangan yang diambil bekerja secara terus oleh organisasi tersebut.
Sistem ini mengambil pekerja dan menyerapkan kedalam organisasi
penyemnggaraan bagi menjalankan kerja penyenggaraan. Dengan kata
lain, pekerja yang diambil bekerja adalah sebahagian daripada organisasi.
Pekerja yang diambil bekerja mestilah mempunyai pengetahuan tentang
bidang kerja yang akandilakuakan. Perkhidmatan penyenggaraan yang
akan dibuat oleh pekerja adalah berdasarkan perancangan arahan dan
kawalan organisasi yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.2.2 Sistem kontrak.
Sistem kontrak ialah pihak pengurusan akan memeterai perjanjian
atau membuat persetujuaan secara kontrak dengan kontraktor yang berjaya
memasuki tender bagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan lif. Sistem
ini sangat sesuai digunakan kerana penyenggaraan lif merupakan kerja
yang memerlukan kepakaran yang tinggi (specialist work). Di bawah
sistem kontrak ini, kontraktor akan menjalankan kerja-kerja perkhidmatan
pembaikan, dan penggantian terhadap kompenen kompenen lif yang
didapati rosak supaya ianya dapat memenuhi fungsi lif. Kontraktor
kontrak yang yang ditawarkan tertakluk kepada suatu tempoh yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan dan kebiasaannya mengambil tempoh
dua tahun untuk suatu kontrak. Dalam sistem ini, terdapat dua jenis
kontrak iaitu kontrak komprehensif (untuk lif yang beroperasi) dan bukan
komprehensif (untuk penukaran kompenen atau pemasangan semula lif
yang mencapai tahap keusangan. Kontraktor akan menjalankan kerja
penyenggaraan mengikut kontrak dikenali sebagai kos penyenggaraan
berjadual dan kos penyenggraan disebabkan oleh kerosakan vendalisma
dan penukaran kompenen dikenali sebagai kos penyenggaraan tidak
berjadual.
2.2.3 Sistem yang digunakan.
Di Rumah Pangsa Awam P, pengurusan penyenggaran diserahkan
sepenuhnya oleh Jabatan Perumahan Negeri kepada JKR. Oleh itu, sistem
kontrak telah digunakan. Sistem kontrak dipilih kerana terdapat beberapa
kelebihan berbanding sistem terus iaitu kos penyenggaraan dapat
dikurangkan dengan ketiadaan sebut harga yang berbeza untuk setiap kali
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
penukaran kompenen lif. Ini kerana, hanya kompenen terus dirujuk kepada
JKR yang merupakan tempat rujukan sumber harga. Tambahan pula,
pekeliling Arahan Perbendaharaan terkini telah dilakukan mewakili kerja
penyenggaraan lif dilakukan oleh syarikat pengeluaran lif. Syarikat yang
mengeluarkan lif pula mestilah berdaftar Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerja (JKKP).
2.2.4 Kawalan Kerja Penyengaraan.
Pengurusan penyenggaran memerlukan satu system perekodan dan
laporan yang bertujuan untuk pengawasan bagi memudahkan rujukan
dibuat apabila diperlukan. Melalui laporan dan rekod pengawasan dapat
dijalankan dimana setiap kerja akan direkodkan. Selain itu ia digunakan
sebagai rujukan untuk mendapatkan satu sistem penyenggaraan yang lebih
efisyen untuk jangka masa akan datang. Perbandingan antara laporan
dengan rekod penyenggraan tersebut akan digunakan untuk analisis bagi
mendapatkan satu kaedah pemeriksaan dan kawalan yang lebih baik.
Kontraktor yang menjalankan kerja penyenggaraan akan menghantar satu
laporan berkenaan lif tersebut. Laporan ini kemudiaannya akan
dikemaskini dan disimpan bagi menjadikannya satu rekod.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.2.5 Masalah yang Dihadapi Oleh Pihak Pengurusan Penyenggaraan.
Dalam menjalankan kerja penyenggaraan masalah utama yang
dihadapi oleh pihak pengurusan ialah menangani masalah kekerapan
kerosakan lif yang disebabkan oleh sikap pengguna. JKR bahagian
Mekanikal telah mendakwa majoriti kerosakan lif yang berlaku adalah
berpunca daripada perbuatan tidak bermoral pengguan lif seperti
melakukan vendalisme, mengotorkan bahagian dalam lif dan mencuri
kompenen lif. Kerosakan yang disebabkan perbuatan yang tidak bermoral
ini, merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan kos
penyenggaraan yang tidak efektif.
Rajah 2.3 : Keadaan Lif Yang Kotor
Pihak pengurusan mendakwa tiada masalah teknikal yang dihadapi
oleh pihak pengurusan dalam menangani penyenggaraan kerana system
kontrak telah digunakan dan tanggungjawab utama ialah menjalankan
pengawasan dan pengawalan keatas kerja kontraktor.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 2.4 : Keadaan Pintu Lif Yang Usang
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Rajah 2.5 : Kerja Pembaikan Lif Apabila Berlaku Kerosakan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
LIF ROSAK Kontaktor penyenggaran (perkhidmatan 24 jam
Aduan Jabatan Perumahan NegeriJKR bahagian MekanikalKontraktor penyenggaraan
Kerja pembaikan dan pemeriksaan
Penyediaan laporan kerosakan
Tindakan pengguna
Arahan pembaikan kerosakan
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.2.6 Kesimpulan
Sistem yang digunakan dalam menjalankan kerja penyenggaraan
lif dirumah pangsa ialah sistem terus dan sistam kontrak. Sistem kontrak
merupakan sistem terbaik kerana diserahkan secara kontrak kepada
kontraktor penyenggaraan lif yang mempunyai kemahiran yang tinggi
selaras dengan kerja penyenggaraan lif yang memerlukan kepakaran
(specialist work). Sistem terus pula bergantung pada pekerja yang diambil
bekerja oleh organisasi. Pekerja akan dibayar gaji mengikut persetujuan
kedua-dua pihak. Dari segi kepakaran kerja sistem kontrak lebih baik
kerana dibuat kontraktor lif. Jika terdapat penukaran komponen sebut
harga komponen terkawal berbanding sistem terus organisasi pengurusan
terpaksa merujuk kepada pihak tertentu seperti JKR untuk mendapatkan
sebut harga yang berpatutan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.3) Pihak yang bertanggungjawab dalam penyenggaraan lif
2.3.1 Jabatan kerja Raya (JKR)
a) Skop kerja penyenggaraan oleh JKR
Kerja penyenggaraan lif yang telah dibuat oleh JKR (Bahagian
Mekanikal) merangkumi:
1. membuat pemeriksaan rutin, menyelaraskan, melincirkan
kompenen lif seperti jentera dan motor, janaretor, pengawal
kereta, lif, gear, brek moto, kasut brek dan semua bahagian
mekanikal dalam lif.
2. membersihkan semua jentera (machinery), tali, alat pengawal,
kompenen pintu lif, wayar dan keperluan keselamatan.
3. melindungi dan menggantikan keperluan yang telah rosak atau
berkurangan bagi melincirkan pergerakan lif seperti minyak
pelincir, lambu isyarat petunjuk dan pencahayaan, serta fius yang
mengawal isyarat lif.
4. membuat pemeriksaan terhadap “Guide Shoe Gibes” atau kasut
panduan apabila perlu bagi melancarkan perjalanan lif.
5. menyemak dan membekalkan semuja tali yang perlu digantikan
atau diselenggarakan dari masa kesemasa dengan mengambil
kira factor keselamatan.
6. membuat pemeriksaan rutin terhadap semua kompenen
keselamatan dan governor serta melakukan ujian terhadap
kompenen tersebut.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
b) Program kerja penyenggaran.
Bagi menghasilkan kerja penyenggaraan yang berkesan memerlukan
satu kajian yang teliti. Penghasilan program kerja ini juga
merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pihak pengurusan
ataupun pemilik bangunan. Satu program kerja yang menyeluruh
terhadap kerja penyenggraan bangunan perlu dilaksanakan bagi
memastikan bangunan tersebut berada dalam keadaan yang baik.
Perancangan dan penyeliaan yang teratur akan memberikan
pengurusan penyenggaraan yang cekap. Program dan perancangan
ini hendaklah mengambil kira semua aspek yang diperlukan dari
masa kesemasa ketika menjalankan kerja. Tujuan utama program ini
perlu disediakan adalah untuk memastikan kerja penyenggaraan
dijalankan secara berkesan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Perancangan program kerja dibuat dalam tempoh tertentu yang telah
ditetapkan bersesuaian dengan sistem dan perisian.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Program jangka pendek
- Program jangka pendek adalah kerja penyenggaraan rutin yang
dilakukan setiap dua minggu dan sebulan sekali tujuan kerja
penyenggaraan jangka pendek ini adalah untuk memastikan
peralatan berkeadaan baik. Kebiasaannya kerja penyenggaraan
ini tidaklah melibatkan kepakaran yang tinggi dan ianya
merupakan kerja pemeriksaan semata-mata.
Kerja Penyenggaraan Setiap 2 Minggu
a) Check all bearings, oil, oil rings, oil chain etc. all machines should be carefully
checked by abnormal temperature rise.
b) Check all load wires of relays and contacts, check their movement.
c) Clean traction machine, M-G set, relay panel, control panel starting panels,
selectors, governor, car top car gate, sill and pit.
d) Check break action and adjust if necessary.
e) Check movement of door switches, gate switches and emergency stop switch.
f) Check indicator lamps and indicator.
g) Check annunciator lights, buzzers and car lights.
h) Check leveling difference, brake slippage, acceleration, deceleration and riding
comfort.
i) Check movement of car control.
j) Check operation of weighing devices.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Kerja Penyenggaraan Setiap Bulan
a) turn grease cups for speed governor and compensating pulley.
b) Check and oil selector.
c) Top up rail lubricators.
d) Clean ropes. Oil if necessary
e) Clean M-G sets brushes, brush holder and inside frame. Adjust slip rings if
necessary.
f) Oil electric brake pins.
g) Oil all pins of door openings mechanisms and door levers.
h) Clean hoist way, beams slow down cams, outside cages, rails and counterweight
rails.
i) Clean, oil and adjust door closers and levers.
j) Clean main sheaves, secondary sheaves and rope sheaves on car top and
counterweight top.
k) Clean brake wheels.
l) Oil compensating rope tensioning pulleys.
Program Jangka Sederhana.
- Program penyenggaraan jangka sederahana merangkumi kerja
pemeriksaan bagi tempoh setiap 2 bulan dan setiap 3 bulan. Ianya
melibatkan kerja- kerja pemeriksaan rutin dan pembersihan serta
penukaran konponen yang dirasakan perlu bagi tempoh yang
ditetapkan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Kerja Penyenggaraan Bagi Setiap 2 Bulan
a) Clean and oil door hangers, door rails, interior of hangers case. If necessary adjust
eccentric rollers, car door hangers, door connecting rope and chains.
b) Check door shoe.
c) Clean and oil safety gears.
d) Clean and oil car and counterweight guide shoe. Adjust if necessary.
e) Clean and oil interior of terminal limit switches and position switches. Check
rubber roller of terminal limit switches.
f) Check oil and clean interior of door switches, gate switches.
g) Check flexible cables.
h) Check movement of limit switches.
i) Clean and oil interior of car control switches.
j) Clean and check push button of car control panels.
k) Check the voltage of exciter and automatic voltage regulators.
l) Check the condition of commutator and brushes of rotors.
m) Check and clean the sleeve and plunger of electromagnetic brakes.
Kerja penyenggaraan setiap 3 bulan
a) Check the operation of terminal limit switches and final limit switches.
b) Check the governor switches.
c) Clean the brush holders and commutators of the door motors.
d) Check the traction rope of broken wires, wear, elongation and even tension. If
necessary.
e) Using the electric blower, remove the dust inside the M-G set’s, traction machines
and control panels.
f) Clean the indicators.
g) Check the voltage of rectifiers.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Program Jangka Panjang.
- Program jangka panjang melibatkan kerja-kerja pemeriksaan rutin
yang dilakukan mengikut tempoh enam bulan dan setiap dua belas
bulan. Kerja penyenggaraan lif untuk program jangka panjang
melibatkan pemeriksaan peralatan, perkhidmatan, pembaikan dan
juga penggantian komponen jika perlu serta pengujian peralatan.
Kerja Penyenggaraan Setiap 6 Bulan
a) check the operation of safety gears.
b) Check oil of oil buffers.
c) Check and clean the hall buttons and contact.
d) Check the compensating chain or ropes.
e) Check and oil the bearing of door motors.
f) Grease the secondary sheaves car top sheaves.
g) Check the wear of guide shoe of car and counterweights.
h) Grease the bearing of generators.
Kerja Penyenggaraan Setiap 12 Bulan
a) clean the connection boxers of every floor, car cage. Tighten all screw and check
the condition of tables at conduit inlet and outlets.
b) Check the condition of worm gears of thrust bearing of gear boxes.
c) Check and tighten screw of controls panels, starting panels and relay panels.
d) Remove the dust inside the landing inductor switches by electric blower.
e) Test all the safety devices.
f) Dismantle, clean and adjust the electromagnetic brakes of gearless machines.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.3.2 Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (JKKP)
a) Keperluan penyenggaraan berdasarkan akta-akta keselamatan dan
kesihatan pekerjaan 1994 ( Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera
( Akta 139)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan
satu badan yang bertanggunjawab untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi
orang lain daripada bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan di sektor-sektor berikut :
Perkilangan
Perlombongan dan penguarian
Pembinaan
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Kemudahan – gas, elektrik dan air dan perkhidmatan
pembersihan
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
Perdagangan borong dan runcit
Hotel dan restoren
Kewangan, insuran dan harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun
Dalam pemasangan lif pula ianya tertakluk dibawah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana lif merupakan
jentera yang bergerak dan ia merupakan mesin angkat yang
memerlukan pengawasan dan pengawalan daripada pihak berkuasa
untuk mengeluarkan kelulusan bagi memastikan ianya selamat
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
digunakan oleh pengguna. Oleh sebab itu, bagi pemasangan lif JKKP
merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan lif
berada dalam keadaan selamat digunakan dan tidak merbahaya kepada
pengguna. Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
( Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera ( Akta 139) dan 15 peraturan
dibawahnya yang memperuntukkan kehendak dan keperluan terhadap
keselamatan lif dalam bangunan. Oleh sebab itu pemasangan lif di
bangunan adalah tertakluk di bawah kelulusan pihak Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
b) Fungsi dan peranan JKKP
Menjadi sekretariat dan memberikan input kepada Majlis Negara
bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Mengkaji, mengenalpasti dan merangka dasar, peraturan-
peraturan, tata amalan dan garis panduan yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Menyemak dan memperakukan rekabentuk jentera-jentera
berperakuan yang terdiri daripada dandang stim, pengandung
tekanan tak berapi, mesin angkat dan lif.
Menyediakan sukatan peperiksaan dan penilaian serta
mengendalikan peperiksaan untuk pengiktirafan orang yang
kompeten.
Menyediakan kriteria pengiktirafan dan membuat kerja
pengiktirafan firma dan organisasi berkebolehan. Contohnya
firma kontraktor lif yang akan membuat pemasangan terhadap lif
memerlukan kelulusan dan pengiktirafan daripada pihak JKKP.
Mengenalpasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan
tindakan kecemasan jika membuat pemeriksaan audit ke atas
pemasangan berbahaya besar.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan
kesihatan ke atas kilang, jentera dan tempat-tempat kerja yang
lain yang diliputi oleh Akta 514.
Membuat pemantauan bahaya kesihatan di tempat kerja.
Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan oleh orang
yang kompeten.
Menyiasat kemalangan dan kejadian berbahaya yang berlaku di
tempat kerja serta aduan yang berkaitan. Contohnya apabila lif
terhempas siasatan akan dilakukan terhadap kejadian tersebut
bagi mengenalpasti punca kejadian.
Memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan kepada agensi-agensi awam dan swasta serta
persatuan-persatuan. Contohnya memberikan khidmat nasihat
kepada klien dalam merekabentuk lif bagi sesebuah bangunan
dan kegunaan.
c) Aspek Pengawasan Lif Mengikut JKKP
Pengawasan terhadap lif dilihat daripada aspek rekabentuk yang
dicadangkan oleh klien serta spesifikasi lif tersebut. Dalam
mengawasi pemasangan lif di bangunan, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menetapkan beberapa peringkat
iaitu bermula dengan:
Kontraktor yang berdaftar dengan JKKP akan menghantar
cadangan lif yang akan dipasang beserta spesifikasi yang
dikenali sebagai ”First Schedule” kepada ibu pejabat JKKP.
Penyediaan spesifikasi lif adalah berdasarkan kehendak Akta
Kilang dan Jentera 1970.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
JKKP akan menyemak spesifikasi lif yang dicadangkan dan akan
membuat pertimbangan berdasarkan kehendak-kehendak akta
yang sama.
Jika memenuhi semua kriteria yang dikehendaki, maka kelulusan
akan diberikan bagi rekabentuk tersebut.
Membuat pemeriksaan dan ujian ke atas lif yang dipasang
berdasarkan peraturan-peraturan ( pemberitahu, perakuan dan
pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 mengikut peraturan 17(c).
( First Checking)
Mengeluarkan perakuan bahawa lif boleh digunakan dengan
selamat oleh pengguna bagi tempoh 15 bulan pertama
(maksimum), jika terdapat perkara yang tidak mengikut
kehendak dan peraturan pihak JKKP berhak memberikan tempoh
penggunaaan kurang daripada tempoh tersebut dan berhak
menghentikan pengoperasian lif tersebut. Lif akan diberi
nombor siri yang menandakannya ianya telah diakui oleh JKKP.
Setelah beroperasi pemeriksaan ulangan ( annual cheaking)
dibuat keatas lif berkenaan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
2.3.3 Kesimpulan
Lif mempunyai beberapa jenis mengikut fungsi penggunaan seperti
lif penumpang dan lif barang. Pengoperasian lif terbahagi kepada dua jenis
iaitu melalui tekanan hidroulik dan tarikan motor menggunakan tali dan
pemberat. Kedua-dua operasi menggunakan kuasa elektrik. Lif terdiri
daripada beberapa komponen utama untuk menggerakkan kereta lif dan
dikawal oleh beberapa jenis sistem kawalan. Komponen lif memerlukan
kerja penyenggaraan untuk menggelakkan kerosakan dan melicinkan
pengoperasian. Kerja penyenggaraan lif terbahagi kepada penyenggaraan
berjadual dan tidak berjadual. Untuk melaksanakan kerja penyenggaraan
lif memerlukan perancangan, kawalan, organisasi, dan arahan yang
bertindak sebagai pengurus kepada kerja penyenggaraan.
Rajah 2.6 : Lif Yang Tidak Dapat Digunakan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
BAB 3
CADANGAN
3.1) Pengenalan
Kesedaran masyarakat, komitmen daripada pihak kerajaan dan swasta,
teknologi terkini dan kelengkapan yang cukup adalah faktor utama dalam
menentukan keberkesanan sistem pengurusan lif terutamanya dalam aspek
pengangkutan. Di Malaysia , sikap prihatin, rasa tanggungjawab dan kesedaran
tentang kepentingan menjaga kemudahan lif masih lagi berada pada tahap yang
rendah. Ramai lagi di antara kita masih lagi kurang menyedari tentang
kepentingan penjagaan lif sebenarnya bermula daripada rumah. Dengan adanya
kesedaran tentang kepentingan penjagaan lif secara tidak langsung akan dapat
meminimakan kerosakan sistem pengangkutan tersebut.
Kempen kesedaran dan pengetahuan masyarakat secara berterusan yang
dijalankan oleh pihak berkuasa adalah faktor utama dalam menentukan
keberkesanan penjagaan sistem lif. Penjagaan lif yang berterusan akan dapat
mnegurangkan kos pentadbiran serta penyenggaraan. Selain itu keadaan ini pasti
akan dapat memastikan keselamatan pengguna lif.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
Keberkesanan sistem pengurusan akan menjadi lebih berkesan jika pihak-
pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab dapat memainkan peranan yang lebih
serius dalam mengatasi masalah persekitaran. Selain itu, ketelusan pihak
pengurusan juga amatlah penting bagi memastikan lif yang diguanakan sentiasa
selamat untuk digunakan.
3.2) Cadangan Menangani Masalah.
a) Mewujudkan penjaga lif.
- Penjaga lif merupakan orang yang bertugas untuk mengawal keadaan serta
keselamatan dalam lif. Dengan kewujudan jawatan penjaga lif, kerosakan lif
akan dapat dikurangkan kerana salah satu penyebab iaitu vandalisme
kerosakan lif telah dapat dihapuskan.
b) Meningkatkan lagi kesedaran sivik.
- Kesedaran sivik adalah satu elemen yang amat penting dalam suatu ahli
masyarakat. Kesedaran sivik merupakan satu disiplin yang sepatutnya ada
dalam diri setiap individu. Jadi untuk meningkatkan tahap disiplin tersebut
beberapa langkah yang efektif sangat perlu dilaksanakan supaya setiap
kemudahan yang disediakan akan dapat digunakan dengan selamat dan dapat
digunakan oleh setiap ahli masyarakat.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
3.3) Kesimpulan
Hasil kajian yang telah dijalankan terhadap keberkesanan sistem
pengurusan lif di Rumah Pangsa Awam P mendapati perkhidmatan yang
diberikan adalah kurang memuaskan. Pihak pengurusan lif didapati kurang
membuat penyeliaan dan pengawasan secara teratur dan berkesan terhadap kerja-
kerja pemungutan oleh kontraktor di kawasan pentadbirannya.
Prestasi kontraktor juga dikatakan kurang memuaskan hasil daripada
aduan dan rungutan penduduk sekitar. Malah apa yang diperolehi melalui
pemerhatian, didapati bahawa pihak kontraktor dan sub-kontraktor yang diberikan
tanggungjawab menjalankan pengurusan penyenggaraan sistem lif mementingkan
keuntungan semata-mata berbanding keberkesanan pengurusan sistem itu sendiri.
Namun begitu, antara punca lain yang dapat dilihat menyumbang kepada
permasalahan ini ialah sikap dan tanggungjawab penduduk di kawasan kediaman
terhadap kemudahan lif yang disediakan.
Selain itu, tiada usaha daripada pihak yang terlibat untuk mengetahui
permasalahan penduduk setempat agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan
mereka. Justeru, mereka tidak dapat mengenalpasti kelemahan mereka dalam
melakukan penyelenggaraaan dan memberikan perkhidmatan.
Sistem penyenggaraan lif yang bersesuaian juga perlu dikaji mengikut
jenis flat serta kepadatan penduduk yang menghuni flat tersebut. Oleh itu sebelum
sesebuah bangunan dibina perkara-perkara sebegini perlu diambil kira.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
GAMBAR-GAMBAR RUMAH PANGSA AWAM P
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SPE 3112 Perkhidmatan BangunanKeberkesanan Pengurusan Sistem Lif Di Rumah Pangsa Awam
http://tangkapgambar.blogspot.com/