5
KEBUDAYAAN Tarian Daling- daling Suku kaum Ubian/bajau laut Tarian Sumazau dari suku kaum Dusun Pakaian tradisional Suku Kaum Dusun Kota Belud. Sabah terkenal dengan kepelbagaian suku kaumnya. Di daerah Kota Belud, suku kaum terbesar ialah suku kaum Dusun, diikuti oleh suku kaum Bajau dan suku kaum bumiputera yang seperti Irranun, Murut, Sungai dan sebagainya.

Kebudayaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kebudayaan

KEBUDAYAAN  

 

Tarian Daling-daling

Suku kaum Ubian/bajau

laut

 

Tarian Sumazau dari

suku kaum Dusun

 

Pakaian tradisional

Suku Kaum Dusun

Kota Belud.

 

Sabah terkenal dengan kepelbagaian suku kaumnya. Di daerah Kota Belud, suku

kaum terbesar ialah suku kaum Dusun, diikuti oleh suku kaum Bajau dan suku kaum

bumiputera yang seperti Irranun, Murut, Sungai dan sebagainya.

Page 2: Kebudayaan

DUSUN  

Ciri-ciri Pakaian Tradisi 

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

b) Gonob (sarong) paras lutut.

 

Perhiasan Pakaian

a) Renda bercorak dijahit tangan pada lengan

blaus.                                                                                                                        

b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan

berbagai corakl kain berenda.c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning

keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.

d) 2 pasang selendang merah.

e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan

     kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

 

Page 3: Kebudayaan

TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM DUSUN

SUMAZAU

Sumazau merupakan sebuah tarian tradisi suku kaum Dusun-Kadazan di Sabah. Bagi

suku kaum Dusun di daerah Kota Belud, tarian ini lebih dikenali sebagai mongigol.

Sumazau bermaksud lompatan. Tarian Sumazau dimulai dengan lompatan-lompatan

kecil mengikut cara pergerakan unggas. Fungsi tarian berkait rapat dengan

kepercayaan aninisme. Tarian Sumazau dilakukan untuk upacara memuja kuasa

ghaib, memuja semangat, upacara perubatan, tolak bala, jamuan besar atau 'mangi

makan' serta memanggil semangat padi (monoluhut atau mangavau).

BAJAU / BAJAU LAUT (UBIAN)

Suku kaum bajau / bajau laut merupakan suku kaum kedua terbesar di Kota Belud.

Suku kaum ini tinggal di kawasan pesisiran pantai. Aktiviti utama suku kaum ini ialah

pertanian dan ada juga yang melakukan aktiviti sebagai nelayan.

TARIAN SUKU KAUM BAJAU KOTA BELUD

LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan

ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin

perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan

sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan

upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan

istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-

anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan

Page 4: Kebudayaan

selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN BERUNSAI

Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Penari-

penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang membelakangi dan bergerak ikut

pusingan bulatan kekanan. Mereka nyanyikan lagu tradisional beramai-ramai sambil

sambut menyambut. Gerakan asas bagi tarian ini adalah gerakan kaki mengikut lagu-

lagu yang mereka nyanyikan. Tidak diperlukan iringan muzik dalam tarian ini dan

Berunsai selalu ditarikan di hari-hari perkahwinan.

http://kotabelud.pid.net.my/section.cfm?id=26