Upload
dinhhanh
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KECENDERUNGAN KOPERASI
DALAM BIDANG PERUNCITAN:
PENILAIAN KEUPAYAAN DAN
DORONGAN KEJAYAAN
Kumpulan Penyelidik:
PROF. DR. ROSMIMAH MOHD. ROSLIN
PN. HJH. RAJA MAIMON RAJA YUSOF
PN. RAHIMAH ABD. SAMAD
EN. HASRIN ABU HASSAN
iv v
ISI KANDUNGAN
ABSTRAKISI KANDUNGANSENARAI JADUAL
Halamaniiivvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian1.2 Penyata Masalah1.3 Objektif Kajian1.4 Kepentingan Kajian
1122
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan2.2 Konsep Peruncitan2.3 Senario Peruncitan di Malaysia2.4 Peruncitan Dalam Gerakan Koperasi2.5 Perkembangan Koperasi Pengguna di Malaysia2.6 Perkembangan Koperasi Pengguna Peringkat
Antarabangsa2.7 Kesimpulan
334567
8
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan3.2 Pengumpulan Data3.3 Analisa Data
9910
BAB 4 HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan4.2 Pengalaman Koperasi yang Berjaya Dalam Bidang
Peruncitan4.3 Faktor Kejayaan Koperasi dalam Bidang Peruncitan4.4 Penemuan Kajian daripada Pendapat Koperasi Tempatan Melalui Soal Selidik4.5 Penglibatan Koperasi Dalam Bidang Peruncitan4.6 Penemuan daripada Analisis Inferensi
1111
13
14
1720
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 5.2 Kesimpulan Kajian5.3 Cadangan
252526
BIBLIOGRAFI 28
pihak kerajaan. Hal ini membawa maksud koperasi di Malaysia masih mahu dipimpin, diatur dan diberi panduan yang menyeluruh bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti runcit secara formal. Sesungguhnya bagi mereka untuk keluar dari kepompong koperasi dan hanya menjalankan aktiviti runcit untuk anggota sahaja adalah sesuatu yang sukar dan begitu mencabar.
Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan gambaran bahawa koperasi boleh bertapak dengan jayanya dalam bidang peruncitan. Bagi memastikan ia dapat dicapai, komitmen dari semua anggota dan pengalaman lepas dijadikan sebagai sandaran untuk berubah dan meningkatkan keupayaan koperasi untuk terus bersaing dalam sektor peruncitan di Malaysia.
Kumpulan Penyelidik:
Prof. Dr. Rosmimah Mohd. RoslinPn. Hjh. Raja Maimon Raja YusofPn. Rahimah Abd. SamadEn. Hasrin Abu Hassan
Penyelidikan ini disiapkan dalam tahun 2010
1
Bab 1Pengenalan
vi
1.1 Latar Belakang Kajian
Industri peruncitan merupakan tunggak kepada sektor perdagangan dan pengedaran. Berdasarkan perangkaan tahun 2000, ia meliputi hampir 88 peratus penglibatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Situasi ini membawa implikasi bahawa industri peruncitan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan keupayaan industri ini untuk menjana pendapatan terbaik.
Namun, sejak kebelakangan ini, sektor peruncitan Malaysia telah banyak dimonopoli oleh peruncit gergasi yang rata-rata dimiliki oleh peruncit global. Dengan jumlah yang semakin bertambah, tidak hairan sekiranya pasar raya-pasar raya gergasi ini akan mendominasi sektor peruncitan negara. Hal ini kerana antara tahun 2005 dan 2006 menunjukkan kejatuhan pertumbuhan kedai runcit kecil berbanding pasar raya hyper.
1.2 Penyataan Masalah
Dengan jumlah koperasi pengguna yang ada di negara ini, koperasi masih belum mampu untuk bersaing dalam sektor peruncitan negara, sedangkan terdapat koperasi di luar negara yang telah membuktikan bahawa koperasi boleh turut bersaing dan berjaya dalam sektor peruncitan melalui sistem dan pengurusan koperasi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menilai kecenderungan koperasi untuk terlibat dalam sektor peruncitan demi membangunkan ekonomi negara.
Bab 1PENGENALAN
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Halaman
2.1
4.5.1
4.5.2
4.5.3
4.5.4
4.5.5
4.5.6
4.5.7
4.5.8
4.5.9
Potensi Perniagaan Koperasi Pengguna
Latar Belakang Responden
Fokus pada Peruncitan
Jumlah Anggota Koperasi*Keuntungan Aktiviti Runcit 2008
Jangka masa ditubuhkan*Keuntungan Aktiviti Runcit 2008
Aktiviti Peruncitan*Keuntungan Aktiviti Runcit 2008
Analisis ’Reliability’
Analisis Korelasi
Analisis Faktor – ‘Rotated Component Matrix’
Analisis Deskriptif Tentang Kecenderungan untuk Membuka Perniagaan Runcit
6
14
17
18
19
20
21
22
23
24
3
Bab 2Sorotan Kejayaan
2
Monograf Penyelidikan
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan perkembangan dan perjalanan aktiviti peruncitan dalam gerakan koperasi di Malaysia dan juga luar negara. Ia mendedahkan situasi di beberapa koperasi pengguna yang telah berjaya dalam melaksanakan aktiviti ini. Faktor-faktor kejayaan dan kegagalan aktiviti tersebut juga disentuh secara umum.
2.2 Konsep Peruncitan
Pelbagai definisi diberikan bagi mentakrifkan maksud peruncitan, secara umumnya peruncitan adalah peniaga yang membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna akhir. Istilah peruncit juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan agensi seperti organisasi kerajaan atau pembekal utiliti awam dan lain-lain. Para pemasar hasil pekilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka.
Pada masa kini telah berlaku perubahan dalam pelaksanaan peruncitan yang mana pelanggan boleh secara terus berhubung dengan pengeluar bagi memenuhi kehendak mereka. Perubahan pada pembelian secara langsung ini akan mengubah struktur saluran pengedaran dan kesannya, peruncitan mungkin akan diketepikan apabila wujudnya saluran baru bagi menghubungkan pembeli dan pengeluar. Hal ini merupakan cabaran yang bakal dihadapi oleh peruncit masa kini.
Bab 2SOROTAN KAJIAN
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk:
i. Mengumpul maklumat sekunder tentang status kopersi dalam bidang peruncitan di peringkat tempatan dan global
ii. Menilai sejauh mana konsep koperasi boleh diaplikasikan pada sistem/format peruncitan yang sesuai
iii. Menganalisis keupayaan koperasi dalam melaksanakan perniagaan peruncitan dalam senario koperasi
iv. Membentangkan cadangan bersesuaian bagi pembentukan koperasi runcit yang berkesan
1.4 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah :
i. Memberi panduan kepada koperasi pengguna khususnya yang terlibat dalam perniagaan peruncitan dalam mengurus kedai koperasi mereka dengan lebih berkesan.
ii. Membantu agensi Kerajaan yang berkaitan mengenalpasti kaedah yang lebih untuk memastikan aktiviti kedai koperasi dapat dilaksanakan mengikut keperluan gerakan koperasi.
iii. Menyumbang kepada khazanah ilmu sebagai rujukan dari masa ke semasa.
4 5
Bab 2Sorotan KejayaanMonograf Penyelidikan
2.4 Peruncitan Dalam Gerakan Koperasi
Koperasi secara amnya ditakrifkan oleh Akta Koperasi 1993 sebagai “satu pertubuhan yang terdiri daripada individu dan matlamatnya adalah untuk meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi”. Takrifan ini membawa makna bahawa koperasi mampu untuk berdaya saing kerana adanya kerjasama dalam kalangan anggota dan mereka di alas oleh matlamat sepunya iaitu untuk memastikan kejayaan koperasi. Oleh itu, koperasi bergerak dengan rentak yang sama dan anggota koperasi seharusnya menggalas rasa tanggungjawab bagi memastikan kejayaan koperasi. Namun begitu, sudah terlihat beberapa pengalaman koperasi yang kecundang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk hal-hal berkaitan pengurusan, pentadbiran, kewangan dan aspek pemasaran.
Berbeza dengan perniagaan lain, operasi koperasi adalah berpaksikan kepada kebajikan anggota, di mana anggota adalah merupakan pemilik koperasi dan juga pengguna/pelanggan (owner-user) kepada produk dan perkhidmatan koperasi. Ciri ‘owner-user’ ini adalah kelebihan kepada koperasi. Hal ini bermakna koperasi mempunyai pasaran tetap (captive market) secara automatik daripada anggotanya sendiri. Ciri ini membuktikan kekuatan koperasi yang mampu bersaing dan menangani cabaran ekonomi global. Hal ini dilihat sebagai pemangkin kepada keupayaan koperasi dan sekiranya ia digabungkan dengan perniagaan seperti perniagaan runcit, tiada alasan mengapa koperasi peruncitan harus gagal.
Bagi industri runcit, keupayaan peniaga banyak bergantung kepada pembentukan strategi peruncitan yang mantap. Kajian oleh A.C. Nielsen, India (2006) menunjukkan tarikan pasar raya hyper di mana 50 peratus dari pengguna di Malaysia dikatakan tertarik kepada format perniagaan runcit hyper dan akan membeli belah di pasar raya tersebut dua hingga tiga kali dalam sebulan. Keadaan sebegini mengundang kepada perubahan corak pembelian dalam kalangan pengguna di Malaysia. Samsinar, Yong dan Lim (2001) mensahihkan penemuan bahawa budaya pengguna banyak mempengaruhi corak membeli-belah mereka. Sehubungan itu, kajian berhubung dengan peruncitan bagi koperasi perlu juga menimba format perniagaan tersebut dan bagaimana format perniagaan mampu menarik pengguna yang berbeza latar belakang dan keperluan mereka.
Sebagai sebuah koperasi, pengurusan runcit perlu diseimbangkan dengan tangunggjawab koperasi kepada anggota bagi memastikan keuntungan dapat dimanfaatkan oleh semua anggota. Pada masa yang sama ia perlu menilai kehendak dan keperluan pengguna kerana tarikan perniagaan runcit bergantung kepada keupayaan untuk menarik pelanggan. Format peruncitan yang sesuai perlu diiringi dengan sistem pengurusan yang berkesan (Rosmimah & Sofiah, 2008).
2.3 Senario Peruncitan di Malaysia
Di Malaysia, industri peruncitan merupakan di antara industri penting yang menjadi penyumbang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sekor ini terbentuk dengan gabungan peruncit, perniagaan kecil dan pasar basah. Sektor peruncitan juga merupakan gabungan pasar raya, koperasi bersatu dan kedai-kedai yang menjual peralatan tertentu dan diletakkan dalam satu pusat membeli belah di kawasan penempatan tertentu. Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir dalam aliran produk daripada pengeluar kepada pengguna (Azlah et al.).
Perdagangan runcit merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Perdagangan runcit ini dibahagikan kepada klasifikasi berunsurkan jenis barangan (Guy, 1990) atau saiz kedai (Cox, 1988). Sememangnya saiz kedai runcit menjadi isu hangat ketika ini apabila industri runcit di Malaysia mula didominasi oleh peruncit berskala besar. Pasar raya ’hyper’ melihatkan kewujudan yang begitu meluas ketika ini dan ini sebenarnya membuka ruang persaingan yang semakin mencabar (Mohd Roslin & Melewar, 2008).
Dalam menghadapi persaingan dalam industri peruncitan Azlah et al. (2005) mencadangan beberapa perkara :
i. Menganggotai persatuan peniaga bagi memastikan maklumat terkini mengenai dunia perniagaan yang diperoleh.
ii. Meningkatkan ilmu dalam bidang perniagaan supaya lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa. Perkembangan ekonomi menerusi k-ekonomi, e-pengetahuan, pemasaran menerusi maya adalah antara pembaharuan dalam perniagaan.
iii. Merujuk dan membincangkan masalah dengan pihak yang berkemahiran. Dengan cara ini para peniaga dapat mencari penyelesaian dengan mengetahui punca masalah tersebut dan langkah-langkah penyelesaian yang perlu diambil untuk mengelakkan kerugian dalam perniagaan mereka.
iv. Persatuan peniaga hendaklah memantau perkembangan dan kemajuan perniagaan anggota.
v. Penilaian semula dasar kerajaan. Perkembangan industri peruncitan negara lebih didominasi pelabur asing berbanding dengan pelabur tempatan. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, industri peruncitan tempatan akan mengalami kerugian disebabkan oleh dasar kerajaan yang terlalu longgar.
Sememangnya diakui sektor peruncitan memerlukan perubahan yang nyata. Perubahan ini bukan merangkumi hanya peruncit itu sendiri, tetapi pelbagai agensi sokongan serta bantuan berterusan dari pihak kerajaan sendiri.
6 7
Bab 2Sorotan KejayaanMonograf Penyelidikan
Namun demikian, dari tahun ke tahun, koperasi pengguna mengalami kejatuhannya terutama sekali apabila kerajaan memberhentikan bantuan. Antara sebab kejatuhan adalah kerana koperasi pengguna masih tidak mampu untuk bersaing khususnya dengan syarikat swasta. Selain daripada itu masalah dalaman seperti pengurusan yang tidak cekap dan lain-lain aktiviti penyelewengan juga menyumbang kepada kejatuhan ini.
Pada tahun 2008, terdapat 3,326 koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna, namun hampir separuh dari jumlah tersebut adalah koperasi sekolah (2,050 buah). Hanya 1,276 buah koperasi dewasa sahaja yang benar-benar berkecimpung dalam aktiviti pengguna ini (SKM, 2008).
Antara koperasi yang giat menjalankan aktiviti peruncitan adalah:
1. Koperasi Pasaraya Malaysia Bhd (MCSS)2. Koperasi Pengguna Malaysia Bhd (MCCS)3. Koperasi Pasaraya Johor Bhd 4. Koperasi Shamelin Bhd
2.6 Perkembangan Koperasi Pengguna Peringkat Antarabangsa
Koperasi pengguna di luar negara juga bermula dengan permasalahan dalam menangani masalah bekalan makanan serta kenaikan harga barangan akibat daripada krisis ekonomi yang menyebabkan inflasi dan kenaikan harga barangan. Kewujudkan kedai runcit serta pasar raya koperasi secara umumnya bertujuan untuk memastikan anggota koperasi mendapat bekalan makanan yang selamat dan keperluan harian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Koperasi pengguna di India diperkenalkan pada tahun 1911 bertujuan menjaga hak pengguna dari eksploitasi orang tengah, sehinggalah koperasi ini mengalami kerugian ketika zaman great depression iaitu sekitar tahun 1930-an. Walaupun koperasi pengguna India menerima sokongan padu dari kerajaan India tetapi ianya tetap mengalami kemerosotan di sepanjang penubuhannya akibat penyelewengan dan persaingan.
Singapura menubuhkan Koperasi pengguna pertama pada tahun 1946 bertujuan untuk mengatasi masalah inflasi yang disebabkan oleh krisis minyak. Walaubagaimanapun, koperasi pengguna yang ditubuhkan pada akhir 40-an hingga 50-an mengalami kegagalan. Antara faktor kegagalan adalah kerana ketiadaan pengurusan profesional, tiada sokongan serta penipuan dalam timbangan dan peletakkan harga. Sehinggalah tertubuhnya National Trade Union Cooperative (NTUC) gabungan antara beberapa koperasi lain pada awal 70-an mengukuhkan kedudukan koperasi pengguna di negara ini.
2.5 Perkembangan Koperasi Pengguna di Malaysia Koperasi pengguna di Malaysia bermula pada tahun 1936. Peringkat awal penubuhan koperasi pengguna adalah lambat. Peperangan, krisis dan darurat dalam negara telah menyebabkan kenaikan harga barang keperluan utama dan kenaikan kos sara hidup. Keadaan ini ditambah lagi dengan masalah kekurangan bekalan keperluan utama serta penipuan ke atas barangan dan timbangan. Keadaan ini menjadikan jualan barangan di pasaran gelap berleluasa. Justeru, kerajaan memutuskan untuk mempromosi dan mengalakkan koperasi pengguna sebagai alat untuk mengawal dan menstabilkan kenaikan harga barangan pengguna. Kawalan yang ketat telah diambil oleh kerajaan dengan memberikan lesen jualan barangan keperluan utama kepada koperasi sahaja. Hal ini adalah kerana kedai koperasi lebih mudah dikawal selia dari segi simpanan stok dan jualan barangan keperluan utama. Ketika inilah jumlah koperasi pengguna bertambah dengan cepat.
Apabila keadaan negara kembali stabil dan stok penyimpanan serta penjualan barangan keperluan utama mencukupi, bantuan dan layanan istimewa yang diberikan oleh kerajaan kepada koperasi pengguna telah dihentikan. Koperasi pengguna terpaksa bersaing dengan pihak swasta yang tumbuh bak cendawan terutamanya di kawasan luar bandar. Namun, anggota koperasi mula mengambil kesempatan dari situasi ini dengan tidak membayar hutang mereka kepada koperasi. Ketidaksetiaan anggota ini menjejaskan kemajuan koperasi pengguna.
Pada tahun 1970an, penglibatan koperasi dalam aktiviti peruncitan semakin rancak. Beberapa koperasi besar telah menceburi bidang ini dengan membuka rangkaian kedai runcit dan pasar raya. Hal ini juga diperkuatkan dengan hasil kajian yang diperolehi mengenai potensi koperasi dalam sektor peruncitan oleh Azmah, Rohana dan Indar Kaur (1997) di mana 50 peratus daripada responden yang dikaji mendapati koperasi pengguna mempunyai masa depan yang positif seperti yang tertera di Jadual 2.2.
Jadual 2.1: Potensi Perniagaan Koperasi Pengguna
Keseluruhan Bandar Luar BandarPotensi Tinggi 16.7% 21.4% 12.5%
Berpotensi 43.8% 42.9% 43.8%Sederhana 33.3% 28.6% 37.5%
Tiada Potensi 6.3% 7.1% 6.3%
9
Bab 3Metodologi Kajian
8
Monograf Penyelidikan
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan metodologi pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Kajian ini memerlukan maklumat dari dua perspektif iaitu dari bidang peruncitan dan pengurusan koperasi. Oleh itu, integrasi maklumat dibuat dalam dua tahap pengumpulan data dengan menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu kualitatif dan kuantitatif.
3.2 Pengumpulan Data 3.2.1 Tahap Satu
Pada tahap satu kajian “exploratory” ini, kaedah kualitatif dengan teknik pensampelan berbentuk ‘open dan purposive’ digunakan dalam pengumpulan maklumat iaitu melalui pengumpulan data sekunder serta temu bual dan pengamatan. Tiga koperasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu NTUC Fairprice, Singapura, Chiba Coop, Jepun dan Koperasi Pasaraya Johor Bhd. Tujuannya adalah bagi mendapatkan gambaran asas tentang format peruncitan berlandaskan koperasi serta mengenal pasti kekangan dan kekuatan koperasi dalam perniagaan runcit. Maklumat yang diperoleh seterusnya dijadikan pemboleh ubah dalam membentuk instrumen kajian di Tahap Dua.
Bab 3METODOLOGI KAJIAN
Berbeza pula dengan Jepun, koperasi penggunanya bermula pada tahun 1965, sekumpulan suri rumah telah bergabung tenaga menubuhkan sebuah organisasi pembelian terkumpul yang membolehkan mereka membeli susu dengan harga murah dan berkualiti. Apabila usaha kumpulan ini berjaya dan menjalar ke serata wilayah Jepun, banyak koperasi telah dapat ditubuhkan. Bagi menyelaras penyediaan dan penghantaran barangan keperluan, Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU) di tubuhkan. Semua koperasi pengguna Jepun bernaung di bawah JCCU untuk mendapatkan perkhidmatannya dalam membekal, mempromosi dan mengedarkan barangan yang diperlukan oleh koperasi.
Walaupun beberapa kejayaan dicapai oleh koperasi pengguna di Eropah terdapat juga beberapa isu yang perlu diberi perhatian. Menurut Stephenson (1994) penurunan jumlah outlet runcit koperasi di United Kingdom telah menyebabkan berlakunya penggabungan yang menjadi Persatuan Koperasi. Terdapat dua (2) buah persatuan koperasi yang berpengaruh iaitu Persatuan Koperasi Pemborong dan Persatuan Koperasi Peruncitan. Isu-isu yang masih berlegar dalam koperasi adalah isu seperti struktur, kuasa, sikap, persaingan dan tiada jaminan koperasi untuk berada di tahap selamat pada masa hadapan. Adalah diakui bahawa koperasi di Eropah memahami bahawa pemikiran yang kreatif dan berinovasi adalah penting dalam pengurusan koperasi bagi membuktikan kewujudan koperasi yang relevan dalam sektor peruncitan di Eropah.
2.7 Kesimpulan
Peruncitan sememangnya satu cabang perniagaan yang memberi sumbangan penting kepada ekonomi negara. Justeru, tidak hairanlah sekiranya ia menjadi satu alternatif dalam keputusan perniagaan sesebuah koperasi. Walaupun keadaan industri runcit yang begitu mencabar ketika ini di Malaysia kerana kehadiran peruncit tersohor dari negara luar, namun ruang untuk peruncit tempatan bertapak masih ada. Ini terlihat jelas apabila peruncit ternama tempatan seperti Mydin dan Econsave berlumba-lumba untuk mendominasi sebuah pasaran geografi di Malaysia. Berasaskan kepada pandangan ini, penglibatan koperasi dalam bidang peruncitan tidak patut diperlekehkan kerana mereka juga berpotensi untuk maju dalam sektor perniagaan ini.
11
Bab 4Penemuan Kajian dan Perbincangan
10
Monograf Penyelidikan
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil kajian dari dua perspektif iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Hasil dari kajian kualitatif membolehkan penyelidik membentuk kerangka penyelidikan dan seterusnya membentuk soal selidik. Soal selidik pula dijadikan instrumen bagi mendapatkan pandangan responden dalam bentuk kajian kualitatif. Dapatan daripada kajian kualitatif, analisis telah dijalankan bagi menilai secara empirikal penemuan yang mampu memberi gambaran tentang kejayaan koperasi dalam bidang peruncitan. Analisis ini memberi rumusan kukuh tentang perkara yang dirasai oleh koperasi secara umum dalam menilai kecenderungan mereka kepada perniagaan peruncitan.
4.2 Pengalaman Koperasi yang Berjaya dalam Bidang Peruncitan
Bertujuan untuk mendapatkan pemboleh ubah baru serta isu-isu penting yang memberi kesan ke atas kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan runcit yang dijalankan oleh koperasi, dua buah koperasi luar negara yang tersohor telah dipilih iaitu :
i. NTUC Fairprice, Singapura ii. Chiba Coop, Jepun
Hasil daripada temu bual dan pengamatan yang dilaksanakan beberapa faktor yang menyebabkan kejayaan koperasi dalam melaksanakan aktiviti peruncitan melalui sistem koperasi telah dikenal pasti.
Bab 4HASIL KAJIAN
3.2.2 Tahap Dua
Pengumpulan data ditahap dua ini bermula dengan pembentukan instrumen kajian dalam bentuk soal selidik. Soal selidik ini kemudiannya diedarkan kepada 500 buah koperasi pengguna yang menjadi kerangka pensampelan kajian melalui kaedah ‘survey’. Bagi kajian kuantitatif ini, pensampelan strata secara rawak menggunakan kawasan geografi sebagai strata telah diguna pakai. Koperasi yang dikenal pasti adalah mengikut kawasan dan dibahagikan kepada zon. Setelah dibuat pemilihan dan penapisan dari aspek kewujudan kesahihan maklumat, sebanyak 215 soal selidik telah diterima dan diguna pakai. Jumlah ini meliputi 43 peratus kadar respon dan analisis “reliability” yang dijalankan menunjukkan ianya boleh diterima.
3.3 Analisa Data
Analisis data bagi kajian kualitatif dinilai melalui teknik analisis kandungan dan tema yang dikenal pasti dibentuk sebagai kategori dan seterusnya dijadikan pemboleh ubah kajian. Hasilnya dibuat pembentukkan kerangka kajian menyeluruh. Data kuantitatif pula menggunakan teknik analisis deskriftif melalui tabulasi silang dan analisis profil responden. Seterusnya analisis inderensi melalui korelasi, analisis ‘regression’, ‘factor analysis’ dan penlaian ‘reliability’ dilaksanakan.
12 13
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
Hasil daripada penggabungan, kawasan operasi koperasi semakin luas dengan jumlah anggota 123,487. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari terutamanya ketika berlakunya krisis ekonomi dan mengakibat kenaikan harga barangan dan makanan. Kekuatan ini membolehkan koperasi membekal dan menjual barangan keluaran koperasi sendiri dengan jenama “COOP Safeter”. Semua bekalan koperasi disokong oleh pembelian produk segar secara pukal terus dari ladang tanpa menggunakan khidmat orang tengah.
Secara keseluruhannya, Chiba Coop amat mementingkan keperluan anggotanya terutama dari aspek keselamatan makanan dan kesihatan. Sokongan daripada anggota melalui sistem komunikasi dua hala juga membolehkan Chiba Coop mengukuhkan prestasinya demi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anggota dan masyarakat di sekeliling.
4.3 Faktor Kejayaan Koperasi dalam Bidang Peruncitan
Berdasarkan kepada dapatan dari kajian kualitatif, penemuan ini dibahagi kepada dua iaitu isu strategik dan isu tektikal.
4.3.1 Isu Strategik
Antara isu strategik yang diketengahkan adalah:
i. Kekuatan Koperasi Pengguna bermula dengan penggabungan institusi
ii. Pengurusan perniagaan koperasi diuruskan secara professionaliii. Sokongan kuat daripada anggota
4.3.2 Isu taktikal
Isu taktikal dilihat daripada aspek operasi iaitu:
i. Membekalkan produk dengan jenama sendiriii. Rantaian bekalan terus dari pengeluar kepada penggunaiii. Gudang setempat dan pusat pengedaraniv. Menjalankan kajian dan melaksanakn komunikasi berkesanv. Tumpuan kepada isu komuniti iaitu penjagaan kesihatan dan
pemakanan yang selamat merupakan strategi perniagaan.vi. Mementingkan keperluan pelangganvii. Penggunaan teknologi terkini terutamanya teknologi komunikasi
maklumat (ICT)
4.2.1 National Trade Union Cooperative (NTUC) Fairprice, Singapura
NTUC Fairprice Cooperative Limited telah ditubuhkan pada tahun 1973 gabungan antara beberapa koperasi pengguna. Berpaksikan kepada misi membantu anggota koperasi dan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana mengimbangi kos kehidupan mereka, Fairprice sentiasa mensasarkan untuk menyediakan pelanggan dengan barangan berkualiti, tinggi nilai dan perkhdimatan yang cemerlang.
Kini, koperasi ini mempunyai rangkaian kedai runcit melebihi 200 buah yang terdiri daripada 76 buah Pasar raya Fairprice, sebuah Fairprice Xtra, sebuah pasar Liberty, dua ‘homemart’, 12 Fairprice Xpress dan 11- Cheers iaitu kedai serbaguna. Dengan kekuatan seramai 470,000 anggota, Fairprice turut memberikan kemudahan kepada masyarakat sekelilingnya dalam membekalkan barangan harian dan makanan yang diperlukan.
Kekuatan NTUC Fairprice didokongi oleh hampir seramai 5,000 kakitangan dengan struktur operasinya dikendalikan oleh kakitangan professional. Ianya juga merupakan pasar raya pertama yang mempunyai pusat gedung pemborong dan pusat pengedaran makanan segar seluas 13,000 kaki persegi. Dengan struktur dan sistem yang ada, Fairprice berupaya mencapai kawalan inventori yang cemerlang dan pelaksanaan prosedur peruncitan yang berkesan. Menjadikan ianya sebuah pasar raya terulung di Singapura.
4.2.2 Chiba Coop, Jepun
Penubuhan Chiba Coop adalah hasil dari gabungan tiga buah koperasi penduduk di sekitar kawasan Chiba iaitu Koperasi Penduduk Chiba, Koperasi Penduduk Funabishi dan Koperasi Penduduk Toukatsu. Tujuan asal penubuhan Chiba Coop adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan harian yang sering berlaku selepas peperangan. Bermula dengan jualan secara kecil-kecilan, koperasi kemudiannya berupaya membuka sebuah kedai yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan di sebuah kawasan seluas lebih kurang 32 meter persegi.
Pelbagai usaha dilakukan oleh koperasi bagi menggalakkan anggotanya melanggan dengan koperasi. Usaha memperkenalkan sistem bayar dahulu banyak mendatangkan masalah, justeru sistem ini ditukar dengan sistem pembelian secara pukal. Sistem pembelian secara pukal mensyaratkan anggotanya membuat pesanan melalui borang pesanan.
14 15
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
Jumlah keanggotaan
Kurang daripada 100 orang 39 18.1
100-300 orang 79 36.7
301-500 orang 22 10.2
Lebih 500 orang 75 34.9
Jumlah Saham Modal (2008)
Kurang daripada RM10 ribu 56 26.0
RM10 ribu-RM50 ribu 44 20.5
RM51 ribu-RM100 ribu 30 14.0
Lebih daripada RM100 ribu 85 39.5
Jumlah Aset (2008)
Kurang daripada RM50 ribu 96 44.7
RM50 ribu-RM100 ribu 32 14.9
RM101 ribu-RM500 ribu 25 11.6
Lebih daripada RM500 ribu 62 28.8
Keuntungan Keseluruhan (2008)
Kurang daripada RM100 ribu 141 65.6
RM100 ribu – RM500 ribu 33 15.3
RM501 ribu – RM 1 juta 16 17.4
Lebih daripada RM 1 juta 25 11.6
4.4 Penemuan Kajian daripada Pendapat Koperasi Tempatan melalui Soal Selidik
4.4.1 Latar Belakang Responden
Sebanyak 215 responden telah ditemu bual mewakili sebahagian besar dari koperasi yang mampu memberikan keterangan mengenai aktiviti mereka serta potensi dalam menceburi bidang peruncitan. Dapatan yang diperoleh memberi gambaran tentang kekukuhan koperasi menceburi bidang peruncitan.
Jadual 4.5.1: Latar Belakang Responden
Aktiviti Utama Jumlah Peratus (%)
Pengguna 103 48.0
Kredit 47 22.0
Pembinaan 5 2.3
Pertanian 13 6.0
Pengangkutan 6 2.8
Perumahan 5 2.1
Perindustrian 2 0.9
Perkhidmatan 34 15.8
Tahun ditubuhkan
Sebelum 1990 104 48.4
1990-1995 32 14.9
1996-2000 26 12.1
2001-2005 34 15.8
Selepas 2005 19 8.8
16 17
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
Jadual 4.5.2 Fokus Pada Peruncitan
Koperasi menjalankan peruncitan? Jumlah Peratus (%)
Ya 84 39.0
Tidak 131 61.0
Keuntungan dari peruncitan?
Kurang daripada RM50 ribu 94 43.7
RM50 ribu-RM100 ribu 16 7.4
RM101 ribu-RM500 ribu 9 4.2
Lebih daripada RM500 ribu 3 1.4
4.5 Penglibatan Koperasi dalam Bidang Peruncitan
Melalui tabulasi silang antara jumlah anggota koperasi dan keuntungan aktiviti runcit (2008) adalah didapati koperasi besar mampu untuk meraih keuntungan hasil dari aktiviti peruncitan dan ini berkait rapat dengan jumlah keanggotaan yang besar (Jadual 4.5.3). Namun aspek kematangan dan keuntungan berkait rapat dengan tempoh koperasi telah bertapak (sila rujuk jadual 4.5.4).
Seperti yang tertera di Jadual 4.5.1 sebahagian besar koperasi (48%) menjalankan aktiviti yang menjurus kepada keperluan pengguna. Ini diikuti oleh koperasi yang menawarkan kemudahan kredit kepada anggota (22%) serta kemudahan yang pelbagai (16%). Kematangan koperasi juga boleh diukur melalui lama penubuhannya, adalah didapati sebahagian besar (48.4%) dari koperasi yang ditemui merupakan koperasi yang telah lama diasaskan memandangkan mereka ditubuhkan sebelum tahun 1990 lagi. Selain itu, sebahagian besar koperasi ini mempunyai anggota yang agak ramai iaitu antara 100 hingga 300 orang (dilaporkan oleh 36.7% koperasi) atau anggota melebihi 500 orang (dilaporkan oleh 35%). Sesungguhnya, koperasi yang telah tertubuh begitu lama melihatkan kemantapan mereka dalam menarik begitu ramai anggota.
Walaupun demikian, kewujudan koperasi yang agak lama ini tidak melihatkan keupayaan mereka meraih keuntungan yang begitu banyak. Hal ini ternyata apabila hampir (66%) dari koperasi ini melaporkan keuntungan kurang daripada RM100 ribu pada tahun 2008. Sememangnya terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada keuntungan sebegini, namun dapat dirumuskan bahawa penglibatan koperasi dalam perniagaan yang tidak berskala besar mampu menghasilkan keuntungan yang agak sederhana sahaja. Hanya (11.6%) sahaja koperasi yang melaporkan jualan melebihi RM 1 juta pada tahun 2008.
4.4.2 Fokus kepada Peruncitan
Jadual 4.5.2 menunjukkan bahawa hanya (39%) dari koperasi yang ditemui menjalankan aktiviti runcit secara formal sama ada dalam bentuk pasar mini atau pasar raya. Keadaan ini memberi gambaran bahawa bidang peruncitan secara formal masih belum berleluasa dalam kalangan koperasi di Malaysia. Manakala daripada aspek keuntungan pula, hampir (44%) koperasi memperoleh kurang daripada RM50 ribu keuntungan pada tahun 2008. Hanya tiga (3) atau (1.4%) koperasi yang mampu meraih keuntungan lebih daripada RM500 ribu pada tahun 2008.
18 19
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
Jadual 4.5.4 Jangka Masa ditubuhkan*Keuntungan Aktiviti Runcit 2008
Jumlah keuntungan aktiviti runcit sahaja (2008)
Jumlah
Tahun Koperasi
ditubuhkan
Kurang RM50 ribu
RM50 ribu-
RM100 ribu
RM101 ribu-
RM500 ribu
Lebih daripada RM500
ribu
tiada
Sebelum 1990 30 9 3 2 60 104
1990-1995 17 3 4 1 7 32
1996-2000 12 1 1 0 12 26
2001-2005 22 1 1 0 10 34
Selepas 2005 13 2 0 0 4 19
Jumlah 94 16 9 3 93 215
Jadual 4.5.3 : Jumlah Anggota Koperasi* Keuntungan Aktiviti Runcit 2008Jumlah keuntungan aktiviti
runcit sahaja (2008)Jumlah
Jumlah Anggota
Kurang RM50 ribu
RM50 ribu-
RM100 ribu
RM101 ribu-
RM500 ribu
Lebih daripada RM500
ribu
tiada
Kurang daripada 100 orang 23 2 3 0 11 39
100-300 orang 41 5 1 0 32 79
301-500 orang 10 3 2 0 7 22
Lebih 500 orang 20 6 3 3 43 75
Jumlah 94 16 9 3 93 215
20 21
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
Ketiga-tiga isu di atas ini diandaikan berhubung rapat dengan kejayaan koperasi dan dianggap konsisten hasil daripada analisis ‘reliability’ sebagaimana dalam jadual di bawah.
Jadual 4.5.6: Analisis ’Reliability’
Jumlah responden
Pembolehubah(isu)
Jumlah itemNilai alfa
(alpha value)
215
Pandangan (persepsi terhadap perniagaan runcit) 13 .7083
Ciri koperasi 8 .5462
Keupayaan koperasi 9 .7887
Kejayaan 10 .8194
Seterusnya analisis inferens telah dijalankan bagi memberi jawapan kepada objektif kajian iaitu:
i. Hubungan antara elemen koperasi dengan kejayaan dalam peruncitan
ii. Faktor-faktor kejayaan koperasiiii. Kecenderungan koperasi menjalankan perniagaan runcit.
4.6.1 Hubungan Antara Elemen Koperasi Dengan Kejayaan Dalam Peruncitan
Kejayaan sesebuah koperasi untuk menceburi bidang peruncitan dilihat amat berhubung dengan dua elemen utama iaitu pandangan atau persepsi koperasi itu sendiri tentang perniagaan runcit dan kerja yang ada pada koperasi itu untuk menceburi bidang peruncitan. Sesungguhnya sesebuah koperasi tidak mampu berjaya sekiranya mereka kurang menerima dan tiada asas untuk menjalankan perniagaan tersebut. Cabaran yang sering dikaitkan dengan bidang peruncitan sememangnya memerlukan kecekalan pihak peniaga dan sebagai koperasi mereka harus mampu untuk menghadapi cabaran yang dikaitkan dengan bidang peruncitan.
Seterusnya data tentang koperasi yang sudah menceburi perniagaan runcit melalui format pasar mini atau kedai runcit dan kaitannya dengan jumlah keuntungan mereka diselidik melalui Jadual 4.5.5 di bawah.
Jadual 4.5.5: Aktiviti Peruncitan*Keuntungan Aktiviti Runcit 2008
Jumlah keuntungan aktiviti runcit sahaja (2008)
Jumlah
Aktiviti Peruncitan
Kurang RM50 ribu
RM50 ribu-
RM100 ribu
RM101 ribu-
RM500 ribu
Lebih daripada RM500
ribu
tiada
Ya 53 15 7 1 8 84
Tidak 41 1 2 2 85 131
Jumlah 94 16 9 3 93 215
Analisis ini membawa huraian bahawa perniagaan runcit membawa pulangan yang masih boleh dianggap sederhana. Daripada 84 koperasi yang mengatakan bahawa mereka ada menceburi aktiviti runcit secara formal, (63%) daripada mereka memperolehi keuntungan kurang daripada RM50 ribu dalam setahun (2008). Hal ini bukanlah jumlah yang begitu memberansangkan tetapi memandangkan bahawa penglibatan koperasi ketika ini adalah berskala kecil, maka tidak hairanlah ia bukan bidang perniagaan yang begitu lumayan pulangannya.
4.6 Penemuan daripada Analisis Inferensi
Kajian ini mengambil kira beberapa isu penting yang dianggap mampu membawa kepada pembentukan perniagaan runcit yang berjaya daripada aspek:
• Pandangan atau persepsi koperasi itu sendiri dalam bidang peruncitan• Ciri yang ada pada koperasi yang memungkinkan mereka menjalankan
perniagaan runcit• Keupayaan mereka dalam menceburi bidang peruncitan
22 23
Bab 4Penemuan Kajian dan PerbincanganMonograf Penyelidikan
bual dengan NTUC Fair Price di Singapura, faktor pengurusan peruncitan dikira perlu dijalankan oleh mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ini dan bukan dari kalangan anggota koperasi sendiri. Percanggahan pandangan sebegini melihat kepada kematangan koperasi di Malaysia untuk menilai keupayaan mereka dalam bidang pengurusan peruncitan.
Faktor Sokongan pula dilihat sebagai satu keperluan untuk kejayaan oleh koperasi di Malaysia. Sokongan dalam bentuk modal dan juga bantuan dari pihak kerajaan menjadi elemen keyakinan yang dirasakan perlu bagi mereka untuk menempa kejayaan dalam bidang peruncitan secara formal. Selain itu sokongan dari anggota koperasi sendiri adalah sangat penting kerana menceburi bidang perniagaan sebegini memerlukan komitmen dan penyatuan tenaga yang tinggi.
Sememangnya penemuan ini tidak memeranjatkan kerana anggota koperasi yang kurang pengalaman dalam bidang peruncitan secara formal tidak akan ada keyakinan yang utuh untuk terus menerokai bidang ini. Sesungguhnya laluan koperasi di Malaysia ini masih jauh sekiranya kita mahu membandingkan dengan koperasi yang telah menceburi bidang peruncitan ini sekian lama di luar negara seperti NTUC di Singapura dengan rangkaian pasaraya Fair Price mereka atau Chiba Coop di Jepun.
Jadual 4.5.8 : Analisis Faktor - ‘Rotated Component matrix’Komponen
Faktor membawa kejayaan 1 2Komitmen ALK .691Sokongan kerajaan .804Kepakaran dalam bidang peruncitan .558Sokongan anggota koperasi .808Visi dan misi koperasi yang jelas .737Keupayaan modal yang banyak .792Sikap anggota koperasi yang mahu membantusatu sama lain .796
Persetujuan anggota untuk mencapai matlamatyang sama .831
Kerjasama sepenuhnya daripada semua anggota koperasi .819
‘Eigenvalues’ 4.528 1.272
Jadual 4.5.7: Analisis Korelasi
Pandangan Upaya Ciri Jaya
Pandangan Pearson Correlation 1 .227(**) .569(**) .483(**)
Sig. (2-tailed) . .001 .000 .000
N 215 215 215 215
Upaya Pearson Correlation .227(**) 1 .208(**) .041
Sig. (2-tailed) .001 . .002 .551
N 215 215 215 215
Ciri Pearson Correlation .569(**) .208(**) 1 .526(**)
Sig. (2-tailed) .000 .002 . .000
N 215 215 215 215
Jaya Pearson Correlation .483(**) .041 .526(**) 1
Sig. (2-tailed) .000 .551 .000 .
N 215 215 215 215** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
4.6.2 Menilai Faktor Kejayaan Menggunakan Analisis Faktor
Dengan berbekalkan ‘eigenvalues’ yang boleh diterima (>1) dua komponen atau faktor telah dikenal pasti. Komponen atau Faktor Satu (1) yang dikenal pasti melalui analisis ini dinamakan sebagai faktor Pengurusan Strategik koperasi manakala faktor kedua adalah dalam bentuk Sokongan.
Item seperti komitmen ALK, visi dan misi koperasi, matlamat sepunya dan kerjasama daripada semua anggota koperasi membawa kepada implikasi bahawa isu-isu strategik menjadi tunggak kepada kecenderungan mereka ke arah perniagaan runcit. Anggota koperasi ketika ini melihat perniagaan runcit sebagai satu alternatif perniagaan yang baik sekiranya ALK dan anggota koperasi sendiri benar-benar merancang dan memahami selok belok bidang peruncitan. Analisis ini juga menunjukkan satu penyataan tentang penglibatan orang luar dari koperasi untuk menguruskan perniagaan runcit mereka ditolak sepenuhnya oleh anggota koperasi. Sekiranya penemuan ini dihubungkaitkan dengan penemuan dari temu
25
Bab 5Kesimpulan
24
Monograf Penyelidikan
5.1 Pengenalan
Bab ini secara ringkasnya membentangkan kesimpulan hasil daripada dapatan kajian serta cadangan yang boleh diambil oleh pihak berkepentingan bagi menambah baik aktiviti peruncitan negara. Secara keseluruhannya sistem koperasi masih boleh diguna pakai dalam memajukan aktiviti peruncitan koperasi, namun terdapat beberapa aspek perlu diambil perhatian dan tindakan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan.
5.2 Kesimpulan Kajian
Kajian ini mengenal pasti dua faktor yang dianggap penting oleh koperasi untuk berjaya dalam bidang peruncitan:
i. Sokongan padu daripada anggota dan kerajaan. Majoriti responden berpendapat penglibatan lansung daripada anggota koperasi adalah penting dalam memastikan kejayaan aktiviti peruncitan. Mereka tidak melihat kepakaran dari luar sebagai satu keperluan untuk maju kerana mereka lebih senang dengan penglibatan dan komitmen daripada ALK dan anggota koperasi sendiri.
ii. Mengurus aktiviti peruncitan mengikut sistem pengurusan strategikPenemuan kajian mendapati kejayaan peruncitan berkait rapat dengan dua keperluan atau elemen koperasi iaitu pandangan atau persepsi mereka tentang bidang peruncitan dan keupayaan mereka mengendalikan perniagaan tersebut.
Bab 5KESIMPULAN DAN CADANGAN
4.6.3 Kecenderungan Koperasi Untuk Menjalankan Perniagaan Runcit
Penilaian ini dibuat dalam kalangan koperasi yang masih belum menjalankan aktiviti peruncitan, analisa deskriptif dijalankan untuk menilai kecenderungan mereka.
Jadual 4.5.9 : Analisis Deskriptif Tentang Kecenderungan untuk Membuka Perniagaan Runcit
Penyataan
Akan memberi
pertimbangan untuk
membuka perniagaan
runcit
Akan mencari peluang
perniagaan runcit
Merasakan bahawa
perniagaan runcit tidak sesuai
Pohon sokongan
dari anggota koperasi
untuk buka perniagaan
runcit
Perniagaan runcit
tidak akan dipertimbang sama sekali
N 215 215 215 215 215
Min (mean) 4.87 4.93 3.97 5.00 3.66
‘Std. Deviation’ 1.631 1.594 2.079 1.527 2.272
Skala: 1: Amat tidak bersetuju, 2: Tidak bersetuju, 3: Agak tidak bersetuju,
4: Agak bersetuju, 5: Bersetuju, 6: Amat bersetuju
Berdasarkan kepada penilitian Jadual 4.5.9, sememangnya terdapat kecendurungan dalam kalangan koperasi yang belum lagi menceburi bidang ini untuk mempertimbangkan perniagaan runcit. Seperti yang tertera pada penyataan pertama bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk perniagaan runcit min yang diperolehi adalah 4.87 yang lebih hampir kepada skala ‘bersetuju’. Begitu juga dengan min penyataan bahawa mereka mencari peluang perniagaan di mana nilai 4.93 diperoleh. Malahan bagi penyataan negatif bahawa perniagaan runcit adalah tidak sesuai untuk mereka, nilai min adalah 3.97 yang cenderung pada skala ‘tidak bersetuju’. Begitu juga dengan penyataan bahawa perniagaan runcit tidak akan dipertimbangkan sama sekali di mana min yang diperolehi adalah 3.66.
Dapat dijelaskan bahawa analisis ini adalah kecenderungan koperasi untuk mempertimbangkan perniagaan runcit secara formal. Sememangnya tidak mustahil bagi mereka untuk menerokai bidang peruncitan kerana pengalaman dari dalam dan luar negara melihatkan potensi lumayan perniagaan runcit ini.
26 27
Bab 5KesimpulanMonograf Penyelidikan
iii. Melaksanakansistempengurusanyanglebihefisien Koperasi perlu lebih terbuka dalam menguruskan aktiviti
peruncitan bukan hanya kepada anggota tetapi juga orang awam. Oleh itu, koperasi perlu disediakan dengan sistem rantaian bekalan, sistem inventori dan sistem maklumat pelanggan yang lebih canggih dan teratur.
iv. Menggunakan aplikasi format peruncitan berlainan di lokasi berbeza
Peruncitan moden masa kini memerlukan peniaga yang lebih agresif. Koperasi yang mahu menceburi peruncitan masa kini harus mengikut perkembangan aktiviti peruncitan dan kehendak pelanggan mengikut lokasi dan sasaran pasaran.
v. Menyediakan pakar dalam Bidang Peruncitan Kegagalan koperasi lalu banyak dipengaruhi oleh ketiadaan
pakar dalam bidang peruncitan untuk mengendalikan aktiviti tersebut. Koperasi disarankan untuk mengambil pakar dalam kalangan individu atau kumpulan dari luar sekiranya mereka tidak mempunyai kepakaran tersebut dalam kalangan anggota lembaga atau anggota koperasi. Tanpa kepakaran tidak mustahil bagi koperasi mengalami kegagalan dalam aktiviti peruncitan.
vi. Penggabungan Koperasi Aktiviti peruncitan memerlukan sokongan dari saiz pasaran yang
luas dan besar. Penggabungan koperasi dilihat mampu untuk mencapai hasrat ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh koperasi luar negara yang berjaya.
5.4 Kesimpulan
Hasil daripada dapatan dan analisis kajian adalah didapati potensi bagi koperasi untuk maju dalam bidang perniagaan wujud dengan jelas. Apa yang diperlukan adalah satu sistem pengendalian yang lebih efisyen, mantap dan bestari selari dengan perkembangan aktiviti peruncitan masa kini.
Namun, ramai anggota merasakan mereka kurang pengetahuan dalam membentuk strategi peruncitan yang mantap. Malahan kajian juga menemukan ketidakupayaan dan ketiadaan kepakaran dalam bidang peruncitan dalam kalangan anggota koperasi itu sendiri. Sekiranya keadaan ini berlanjutan maka koperasi yang mahu menceburi bidang peruncitan akan kecundang kerana tiada persediaan untuk menghadapi persaingan.
Kejayaan koperasi luar Negara seperti NTUC Fairprice di Singapura dan Chiba Coop di Jepun membuktikan koperasi mampu untuk bersaing dalam bidang peruncitan. Persediaan yang perlu ada pada koperasi adalah dari aspek pengendalian koperasi yang tersusun, professional dan berpandangan jauh. Penggunaan sistem rantaian bekalan yang teratur, teknologi komunikasi maklumat yang canggih dan sistem maklumat pelanggan yang mantap menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka.
Satu elemen tambahan yang dikenal pasti adalah faktor budaya yang banyak mempengaruhi keupayaan perniagaan. Budaya kerja masyarakat Singapura banyak dipengaruhi oleh kepimpinan mereka yang sentiasa mahukan yang terbaik. Manakala, bagi masyarakat Jepun pula, sikap motivasi dan corak bekerja telah menjadi budaya kehidupan mereka. Laluan bagi koperasi di Malaysia untuk mencerna budaya kerja koperasi yang tinggi masih belum terlihat dengan jelas. Cabaran ini harus diterima oleh anggota koperasi, pentadbir dan pengurusan koperasi sekiranya kemajuan yang mahu dikecapi dalam masa panjang.
5.3 Cadangan
Hasil daripada penemuan dan analisis kajian, beberapa cadangan diperturunkan sekiranya koperasi Malaysia mahu menempa kejayaan dalam bidang peruncitan.
i. Sokongan padu daripada semua anggota koperasi. Semua anggota perlu bersepakat dalam menjayakan aktiviti
peruncitan dalam koperasi mereka sama ada daripada aspek minda, tenaga, penglibatan dan juga kewangan.
ii. Sokongan kerajaan Koperasi di Malaysia masih memerlukan pimpinan dan panduan
rapi oleh pihak bertanggungjawab khususnya kerajaan untuk berhadapan dengan persaingan. Suntikan modal, kepakaran dan pengawasan perlu diberi perhatian.
28 29
BibliografiMonograf Penyelidikan
Evanoff, R. (1993). Learning from Japanese Cooperatives, Aoyama Journal of International Politics & Economics, 27, 113-135.
Guy, M.C. (1980). Retail Location and Retail Planning in Britain, University of Wales, Institute of Science and Technology.
Hiratsuka, K. (1991). The Cooperative Movement, Tokyo, Seikatsu Club Consumers’ Cooperative.
India Retail Report (2005). Organised Retail to Cross Rs10000 billion mark by 2010,www.expresstextile.com/20050430/apparelbiz04.shtml, [Diperolehi 7 Februari 2011].
Jabatan Perangkaan Malaysia (2000). Banci penduduk.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2006). Quarterly Distributive Trade Report.
Kakuchi, S. (1995). Japan Consumer Coops Make It Big, www.uwcc.wise.edu/icic/today/consumer/big.html, [Diperolehi 30 Mei 2009].
Koperasi Shamelin Berhad, www.shamelin.coop.my. [Diperolehi 25 Mei 2009].
Lynch, R. L., Ross, H. L. & Wray, R. D, (1984). Introduction to Marketing. New York, McGraw-Hill.
Mohd Roslin, R. & Melewar, T.C. (2008). ‘Hypermarkets and The Small Retailers in Malaysia: Exploring Retailers’ Competitive Abilities’, Journal of Asia Pacific Business, 9, (4), 329-343.
Roscoe, J.T. (1975). Fundamental Research Statistics for The Behavioural Science, 2nd edition, New York, Holt, Rinehart & Winston.
Rosmimah Mohd Roslin & Sofiah Abd Rahman (2008). Kajian Impak Perniagaan Pasaraya Hyper ke atas Peniaga Kecil, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Laporan yang tidak diterbitkan.
Ruf, B. (1995). Migros Membership: Loyal to Clear, Basic Principles, The World of Cooperative Enterprise, 49-56.
Samsinar Md Sidin, Yomg Onn Soon, & Lim Siak Kwan (2001). The Relationship Between Employment Status, Perceived Time, Shortage and Food Shopping Concerns: A study of the Malaysian wife, Journal of Consumer and Family Economics, (4), 49-58.
BIBLIOGFARI
A.C. Nielsen India (2006). All about your consumers. www.Acnielsen.Acnielsen.com.in/news/20061019.shtml. [Diperoleh 8 Mac 2007].
Ag, L. (1995). Swedish Retail Cooperatives in Transition, The World of Cooperative Enterprise. Pg: 20-26.
Angeline Tay, Sushila Devi & Ahlaimuniandy S. (1985). A New Dimension in Consumer Cooperation “The Komart Way”, Petaling Jaya, Cooperative College of Malaysia.
Armi Haji Zainuddin (2007). Nilai-nilai Koperasi dan Kekuatan Dalam Menangani Cabaran Global, www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=dec005-2007, [Diperoleh 3 Mei 2009].
Azlah bin Md. Ali, Thuaibah@Suaibah bt Abu Bakar, Hishamuddin Md Som, & Shahrizatul Noorizwan bt Muktar (2005). Kesan Kewujudan Hypermarket ke atas Peniaga Melayu Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Azlifah Abas (2008). Koperasi Pengguna di Jepun, Dimensi, 2/2008, Maktab Kerjasama Malaysia, 41-46.
Azmah Hj. Othman, Rohana Jani & Indar Kaur (1997). The Study on Consumer Cooperative Movement in Malaysia, Cooperative College of Malaysia.
Bager, T. (1998). Identity Problems of Danish Consumer Cooperatives, Journal of Consumer Policy, June, 11, (2), 223.
Berman, B. & Evans, J.R.(2006), Retail Management: A Strategic Approach, 7th, edition, New Jersey, Prentice-Hall.
Cox, R. (1988). Retail Management, London, Longman Group.
Craig, B. (1995). Making Membership Meaningful in Large Cooperatives, The World of Cooperative Enterprise, (ICA, Geneva)
Davies, K. & Burt, S. (2007). Consumer Cooperative and Retail Internationalization Problems and Prospects, International Journal of Retail & Distribution Management, 35, (2), 156-177.
Dunne, P.M. & Lusch, R.F. (2008). Retailing, Ohio, Thomson Southwestern.
3130
Monograf Penyelidikan
Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.
Shaw, S. & Gibbs, J. (1999). Procurement Strategies for Small Retailers Faced with Uncertainty: An Analysis of Channel Choice and Behavior, International Review of Retail, Distribution & Consumer Research, 1, (1), 93-109.
Singerman, J. (1987). Why Some Coops Die and What to do About The Other Cooperative Grocer, Cooperative Grocer, www.cooperativegrocer.coop/articles/2004-01-09/why-co-ops-die, [Diperolehi 7 Februari 2011].
Sparks, L. (1987). Retailing in Enterprise Zones: The Example of Swansea, Regional Studies, 21, (1), 37-42.
Stephenson, T. (1994). The Future of Retail Cooperatives: A Look Ahead, The World of Cooperative Enterprise, 153-158.
Stoel, L. (2002). Retail Cooperatives: Group Size, Group Identification, Communication Frequency and Relationship Effectiveness, International Journal of Retail and Distribution Management, 30, (1), 51-60.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2008). Statistik Koperasi. www.skm.gov.my [Diperolehi 4 Mei 2009].
Tamilmani, B. (2008). Management of Consumer Cooperative, New Delhi, India, Serial Publications.
Wijesinha, S.G. (1991). Problems Faced by the Consumer Cooperative Movement of Malaysia: A Fact Findings Mission, New Delhi, India, International Cooperative Alliance.
Zainal Abidin Mohd Said (1990). The Structure of Retail Trade in Peninsula Malaysia, Kuala Lumpur, Arenabuku.