20
 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM KEFAHAMAN ANTARA AMAL JAMA'IE DAN AMAL IJTIMA'IE MUQADDIMAH Berorganisasi atau bergerak secara berjamaah adalah merupakan satu keperluan masyarakat umat manusia dalam apa bentuk tujuan sekalipun bagi mencapai matlamat satu- satu pertubuhan. Justeru itu berjuan secara berjamaah dalam berorganisasi yang tersusun rapi bagi menegakkan cita-cita Islam adalah satu keperluan masyarakat dan umat Islam. Firman Allah SWT: mafhumnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dengan tersusun seolah-olah mereka satu binaan yang tersusun”. (as saf:3) 2. DEFINISI AMAL JAMA’IE Amal jamai’ie adalah suatu perkara yang diputuskan oleh jemaah yang beriltizam selaras dengan manhaj yang telah ditentukan, bertujuan untuk mencapai matlamat menegakkan khilafah Islamiah di permukaan bumi ini. (Amal Jama’ie: Hal 11) 3. KEPENTINGAN AMAL JAMA’IE Usaha-usaha dan kerja-kerja berkenaan dan memberi faedah bagi gerakan dakwah adalah dengan cara berjemaah bukan dengan cara bersendirian atau berseorangan. (Ibid: Hal 9) Usaha tersebut untuk melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada Allah semata- mata, menjadikan al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber hukum dan pengajarannya. 1. Dalil-dalil dari al Quran 1

Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

  • Upload
    adam

  • View
    604

  • Download
    16

Embed Size (px)

Citation preview

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 1/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

KEFAHAMAN ANTARA AMAL JAMA'IE DAN AMAL IJTIMA'IE

MUQADDIMAH

Berorganisasi atau bergerak secara berjamaah adalah merupakan satu keperluan

masyarakat umat manusia dalam apa bentuk tujuan sekalipun bagi mencapai matlamat satu-

satu pertubuhan. Justeru itu berjuan secara berjamaah dalam berorganisasi yang tersusun

rapi bagi menegakkan cita-cita Islam adalah satu keperluan masyarakat dan umat Islam.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dengan

tersusun seolah-olah mereka satu binaan yang tersusun”. (as saf:3)

2. DEFINISI AMAL JAMA’IE

Amal jamai’ie adalah suatu perkara yang diputuskan oleh jemaah yang beriltizam

selaras dengan manhaj yang telah ditentukan, bertujuan untuk mencapai matlamat

menegakkan khilafah Islamiah di permukaan bumi ini. (Amal Jama’ie: Hal 11)

3. KEPENTINGAN AMAL JAMA’IE

Usaha-usaha dan kerja-kerja berkenaan dan memberi faedah bagi gerakan dakwah

adalah dengan cara berjemaah bukan dengan cara bersendirian atau berseorangan. (Ibid:Hal 9) Usaha tersebut untuk melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada Allah semata-

mata, menjadikan al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber hukum dan

pengajarannya.

1. Dalil-dalil dari al Quran

1

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 2/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Firman Allah SWT:

mafhumnya: “ Hendaklah ada dikalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan,

mereka melaksanakan amal ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah yang

mendapat kejayaan”. (ali Imran: 104)

Erti “UMMAH” di dalam ayat ini adalah bermaksud Ta’ifah atau jamaah. ( Fizilalil Quran

 – Syed Qutb) Jelas ianya bukan bererti individu-individu yang terpancar atau sekadar 

sekelompok manusia.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: “Dan berapa ramai nabi-nabi yang berperang dan bersamanya pengikut-

 pengikut agama Tuhan, tetapi mereka tidak merasa hina lantaran bahaya perang di jalan

 Allah, dan mereka tidak lemah dan tidak mundur, dan Allah kasih akan orang-orng yang 

sabar”. (ali Imran:146)

Ayat-ayat di atas menegaskan kepada kita pentingnya amal jama’ie untuk mencapai

matlamat yang agung di dalam jalan dakwah Islamiah ini.

2

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 3/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

2. Dalil-dalil daripada as Sunnah.

Untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan satu tanggungjawab

yang besar. Amanah ini tidak akan terlaksana dengan baik kecuali secara berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW:

ertinya: “Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjamaah itu adalah

merupakan rahmah sedangkan perpecahan itu merupakan azab”. (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW:

ertinya: “Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing juga.

Dia menangkap mana-mana yang jauh terpencil. Maka kamu hendaklah berjamaah dan

mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid”. (Riwayat Imam Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW:

ertinya: “Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka

mengangkat salah seorang di antaranya menjadi ketua rombongan”. (Riwayat Abi Daud)

Hadith-hadith di atas menggambarkan betapa pentingnya kita bergerak dalam jamaah. Dalam

seluruh perjuangan Rasulullah SAW baginda menggerakkan usahanya dan para sahabat

untuk menubuhkan jemaah serta berjuang melalui jemaah tersebut.

3. Dalil-dalil daripada Qawa’idul Fiqhiyyah.

"Hukum bagi wasilah adalah hukum bagi tujuan".

Dakwah Islamiah hanya dapat ditegakkan dengan adanya jemaah Islamiah dan ianya

mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu menunjukkan bahawa jemaah Islamiah

menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam dan menyertainya juga adalah satu tuntutan yang

mesti ditunaikan.

4. Dalil aqli berasaskan waqi' semasa.

3

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 4/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Logik pertama.

Setelah kejatuhan Daulah Islamiah Othmaniah, umat Islam ditindas tanpa pembelaan.

Musuh-musuh Islam bekerja secara berjamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun

rapi untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Oleh itu amal jama'ie yang tersusun rapi amat

diperlukan dlam menghadapi ketumbukan musuh.Firman Allah SWT:

Mafhumnya: "Dan orang-orang kafir sebahagiannya adalah penolong kepada sebahagian

yang lain jika kamu tidak melakukan itu (bertolong-tolong di antara muslim), tentu akan timbul 

di atas mukabumi ini dan akan berlaku kerosakan yang amat besar". (al Anfal: 73)

2. Logik kedua.

Dakwah Islamiah merupakan tuntutan yang berpanjangan dan menghadapi pelbagai

tribulasi. Sebagaimana firman Allah SWT:

mafhumnya: "Jika seruanmu kepada sesuatu benda yang dekat dan perjalanan yang pendek,

mafhumnya: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan bantahlah

mereka dengan cara yang baik". (al Anfal: 16)

3. Setelah mad'u menunjukkan sikap positif dan berminat, pendakwah hendaklah bertindak

segera dengan menyatakan kepada mad'u tentang identiti harakah dan menyuarakan pada

mereka untuk bergabung di dalam harakah.

4

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 5/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

b) Pemberian buku-buku dan ceramah.

Adalah amat digalakkan agar dengan pemberian buku-buku dan risalah -risalah

sebagai langkah pertama ke arah mewujudkan hubungan individu-individu dan mengadakan

pertemuan dengan mereka. Di samping itu ceramah dan pengajian umum merupakan cara

yang berguna untuk mencpai tujuan dakwah.

c) Akhlak pendakwah

Pendekatan melalui akhlak pendkwah dengan kudwah perjalanan hidupnya yang baik,

bersih, ramah mesra, senang didekati, bersopan santun dan bergurau senda, tidak berdolak

dalih, berbudi bahasa, menjauhkan ucapan keji dan tidak suka campur tangan urusan lain,

merupakan faktor terpenting untuk mendapat kepercayaan daripad mad'u.

4.4. Matlamat Amal Jama'ie. (Taadud Jamaah: Hal 97)

Jamaah Islamiah yang diwajibkan kita bersama adalah mempunyai dua matlamat yang

besar iaitu:

1. Matlamat Khusus

2. Matlamat Umum

Matlamat Khusus

• Melahirkan individu Muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulen

padanya.

• Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham di dalam pembentukan

individu muslim dan masyarakat Islam.

• Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum

menrima Islam.

4) Mendirikan negara Islam.

5) Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana yang berlaku pada

hari ini.

5

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 6/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Matlamat Umum

Mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: "Dan ingatatlah, aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat 

kepadaku" (az Zariyat: 56)

2) Mempelopori kerja-kerja amar ma'ruf nahi mungkar.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang didatangkan untuk manusia, kamu 

menyuruh berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran, kamu beriman kepada Allah, dan

 jika beriman ahli kitab, nescaya baik buat mereka, tetapi sebahagian dari mereka beriman,

dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali Imran: 110)

3. Menyampaikan rislah Islam kepada manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT:

6

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 7/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

mafhumnya: "Dan begitu telah kami jadikan kamu satu umat yang terpilih supaya kamu 

menjadi pembawa keterangan kepada manusia sedang Rasul itu menjadi pembawa

keterangan kepada kamu, dan kami tidak wajibkan qiblat yang engkau menghadap akannya,

melainkan Kami hendaklah membezakan orang-orang yang menuruti jalan Rasul daripada

orang-orang yang berpaling di atas dua tumitnya, kerana sesungguhnya hal itu (berpindah

qiblat) memang berat melainkan di atas orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah, dan

 Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu kerana Allah maha Penyayang, Pengasih dan

Penyayang kepada kamu". (al Baqarah: 143)

4. Menghapuskan fitnah and kekufuran dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: "Dan perangilah mereka supaya tidak ada lagi fitnah, dan supaya jadilah agama

semuanya kerana Allah, maka jika sekiranya mereka berhenti, sesungguhnya Allah melihat 

apa yang kamu kerjakan". (al Anfal: 39)

Persediaan dari segi pembinaan anggota adalah menekankan kaedah haraki dalam

tarbiah. Penekanan ini adalah penting untuk melahirkan anggota yang memainkan

7

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 8/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

peranannya di dalam dakwah dan jihad menerusi jemaah. Di samping itu aspek pembinaan

anggota ini dapat melahirkan kesedaran terhadap tanggungjawab di dalam perjuangan dan

melahirkan anggota-anggota yang menjiwai serta menghayati kaedah-kaedah amal jama'ie.

3. Persediaan Di dalam Menentukan Cara Bergerak.

Firman Allah SWT:

mafhumnya: "Dan sekiranya Allah tidak menjatuhkan manusia sebahagiannya yang lain

nescaya rosak binasa bumi ini, tetapi Allah itu mempunyai kurnia di atas segala alam". (Al-

Baqarah: 251)

Ayat ini membawa pengertian bahawa selagi tidak wujud pemerintahan Islam, maka

selagi itulah berlaku tindakan-tindakan kerosakan yang dilakukan oleh manusia. Oleh itu

perlulah ada jemaah Islamiah untuk menolak kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang

angkuh kepada Allah sehingga tertegaknya daulah Islamiah. Cara bergerak yang dituntut

oleh Al-Quran adalah satu cara bergerak yang mengarahkan kepada penolakan jahiliah dan

kebatilan secara tegas tanpa ada tolak ansur.

4. Persediaan Membina Tanzim Yang Kemas.

Firah semulajadi menjadi manhaj Islam yang dicipta oleh Allah berdiri di atas nizam

yang rapi dan tanzim yang kemas. Oleh kerana itu amal jama'ie yang bercita-cita

mendaulatkan perundangan Islam perlu mencontohi fitrah semulajadi tersebut.

Diantara ciri-ciri amal jama'ie yang bernizam ialah meletakkan amanah atau

8

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 9/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

tanggungjawab kepada anggota mengikut kemampuan dan keupayaan mereka, kaedah

fiqhiyyah menjelaskan perkara itu iaitu: ertinya: "Meletakkan individu yang berkemampuan

mengikut tempat yang sesuai ".

Disamping itu amal jama'ie di dalam melaksanakan aktiviti perlu kepada perancanganyang rapi bukan bersifat irtijali. Kerja-kerja bersifat irtijali tidak akan melahirkan kejayaan yang

cemerlang kepada amal jama'ie, sebaliknya ia menjadi punca kegagalan amal jama'ie.

Amal jama'ie yang bernizam dianggap berjaya apabila ia mampu mengagih-agihkan

kerja jemaah kepada seluruh anggota daripada sekecil-kecil tanggungjawab sehingga

sebesar-besarnya. (Isti'ab: Fathi Yakan) Pengagihan tersebut bertujuan untuk tidak

membebankan anggota dengan kerja yang bertindan-tindan.

5) Persediaan Dalam Menghadapi Waqi'

Persediaan dalam menghadapi waqi' amatlah perlu agar amal jama'ie mengetahui

sejauhmanakah jahiliyah telah menular masuk ke dalam masyarakat, mengetahui dasar-

dasar dan cara-cara yang digunakan untuk melemahkan umat Islam.Firman Allah SWT

mafhumnya: "Dan sesungguhnya mereka telah (menjalankan) tipu daya mereka, pada hal di 

sisi Allah ada balasan, tipu daya mereka, walaupun dengan tipu daya mereka itu akan hilang 

gunung-gunung".

Persediaan dari sudut ini boleh dicapai melalui program tarbiah siasiyyah dan latihan-

latihan analisis politik semasa.

6) STRATEGI PERGERAKAN AMAL JAMA'IE

Amal Jama'ie di dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan menghadapi

cabaran tribulasi amat memerlukan kepimpinan yang matang dan tajam dalam menentukan

strategi bergerak. Diantara perkara penting di dalam menentukan strategi bergerak adalah

seperti berikut:

1- Membina kekuatan Amal Jama'ie.

9

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 10/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Persediaan ini adalah untuk meningkatkan mutu kemampuan amal jama'ie di dalam

bidang kepimpinan serta meningkatkan ummah dari sudut tarbiah dan thaqafah. Dari sudut ini

amal jama'ie perlu menyusun nizam pentarbiyahan dalaman yang dapat melahirkan tokoh-

tokoh dalam bidang teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan kekuatan amal jama'ie

daladm usahanya menegakkan syariat Allah SWT.Selain dari itu usaha untuk meningkatkan ummah bereti amal jama'ie henadklah

menyusun nizam pentarbiyahan, kerana ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman,

keilmuan, dan penghayatan ummah terhadap Islam. Usaha ini penting untuk mengisi

kefahaman dan keilmuan dikalangan pendukung dan penyokong yang hanya bersemangat

berkobar-kobar sahaja.

2- Menyatukan Jemaah.

Waqi' masyarakat masa kini berada di dalam keadaan berpecah belah dan berlakunya

berbilang-bilang jemaah. Usaha untuk menyatukan jemaah perlu dilakukan kerana gerakan

Islam masa kini adalah penyambung risalah Nabi Muhammad SAW yang diantaranya ialah

menyatukan umat manusia di bawah panji-panji LA ILAHA ILLA ALLAH. (Taa'dud Jamaah:

Harun Taib)

Kaedah pertama

Kaedah pertama adalah kembali ke pangkuan jalan. Dengan erti kata lain bahawa setiap

perkumpulan atau jemaah yang ditubuhkan atas dasar tidak puas hati terhadap jemaah yang

sedia ada, hendaklah bersedia untuk kembali kepada jemaah asal dan bersama-sama

membetulkan sesuatu yang ia tidak berpuas hati.

2) Kaedah kedua

Setiap jemaah yang telah wujud haruslah membuat ketetapan dan persetujuan untuk

bekerjasama ke arah pencapaian cita-cita dan matlamat.

Firman Allah SWT: mafhumnya: "Dan hendaklah kamu bertolong bantu untuk membuat 

kebaikan dan jangan kamu bertolong bantu di dalam membuat dosa dan keburukan".

10

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 11/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Jika persetujuan ini dapat diwujudkan maka perkara-perkara berikut hendaklah di ambil kira

iaitu:

1- Setiap jemaah Islam boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara

berasingan tetapi bersedia untuk mengubah suai uslub bekerja dari masa ke semasa.2- Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam mengawasi para anggotanya supaya

sentiasa patuh kepada pimpinan umum.

3- Setiap jemaah yang menjadi anggota hendaklah memberikan wala' yang tidak berbelah

bagi kepada pimpinan umum, selama mana ia bertindak mengikut aturan dan peraturan yang

tidak dipersetujui.

4- Setiap jemaah yang menjadi anggota pakatan tidak boleh sama sekali memberi sokongan,

pertolongan kepada mana-mana pihak atau mana-mana anggota yang menjadi musuh

pakatan ini.

5- Setiap jemaah haruslah tidak menyerang antara satu sama lain malahan hendaklah sama-

sama mempertahankan sahabatnya ketika menghadapi musuh.

6- Bidang kerja setiap anggota dan jamaah hendaklah hendaklah diselaraskan dengan baik.

7- Untuk mengurus dan mentadbir pakatan ini untuk menjamin ianya berjalan dengan baik,

maka satu jamaah berpimpinan hendaklah diwujudkan mengikut persetujuan bersama.

3- Memperkuatkan Dakwah.

Amal Jama'ie haruslah berusaha menyebarkan risalah Islam yang jelas kepada

seluruh lapisan masyarakat. Sesungguhnya tanggungjawab mendirikan Daulah Islamiah

merupakan kewajipan setiap umat Islam lelaki mahupun perempuan dan bukannya tugas

individu tertentu sahaja. (Al Qudwah ala Thoriq Dakwah: Mustafa Masyhur)

4- Menghadapi ancaman luar.

Untuk menjaga diri dari ancaman yang datang dari luar adalah berasaskan di atas

kerahsian dalam bergerak dan tanzim dalam pimpinan. (Amal Jama'ie: Hal 13)

a- Kerahsian dalam bergerak.

11

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 12/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Apa yang dimaksudkan dengan kerahsian di sini ialah bekerja, bergerak terus

menerus dengan cara senyap-senyap tanpa digembar-gemburkan dan tidak pula bermaksud

untuk mendedahkan kepada umum. Kegiatan berbentuk kerahsian ini berbeza antara satu

sama lain mengikut kadar sedikit atau banyak aktiviti tersebut perlu dirahsiakan.

Pucuk pimpinan sahaja yang boleh menentukan pelbagai kegiatan sulit itu sesuaidengan situasi jemaah dan boleh membuat perhitungan terhadap bencana-bencana yang

diduga akan menimpa.

b- Kerahsiaan dalam tanzim

Susunan pimpinan harakah semestinya dirahsiakan kepada umum terutamanya

daripada musuh dakwah. Malah sesetengah jawatan seharusnya dirahsiakan daripada

pengetahuan anggota biasa yang tidak ada keperluan maslahat untuk mereka.

Mengetahuinya mungkin secara tidak disedari mereka akan mendedahkan perkara tersebut

kepada musuh.

c- Kerahsian dalam pimpinan.

Kerahsian ini bermaksud perlu dirahsiakan nama-nama anggota kepada umum

terutama barisan pimpinan yang bertanggungjawab di dalam harakah.

5. Menghadapi Ancaman Dalaman.

Untuk menghadapi ancaman dalaman ada kaedah utama yang perlu diberi perhatian

oleh anggota jemaah.

Kaedah pertama.

Setiap perkataan yang diucapkan dan tindakan yang dilakukan oleh mana-mana

anggota jemaah yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jemaah dan menyalahi konsep

dakwah Islamiah serta bercanggah dengan peraturan organisasi maka adalah dianggap

salah dan anggota berkenaan itu sendiri hendaklah bertanggungjawab.

2) Kaedah kedua

Kedudukan seseorang anggota menurut penilaian jemaah adalah berdasarkan setakat

mana kefahaman. Ini diperlihat dari tutur katanya dan tindakannya asma ada bertepatan

12

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 13/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

dengan prinsip jemaah , selaras dengan konsep dakwah dan peraturan lembaga jemaah atau

sejauhmanakah pula ia menyimpang dari asas tersebut.

Berdasarkan kepada dua kaedah di atas, seseorang anggota akan dapat membuat

ukuran yang membezakan di antara perkataan dan ucapan yang selaras dengan syara' atau

bertentangan dengannya. Dapat juga dikenal pasti keperiabdian anggota yang benar-benar ikhlas, jujur, tegas dan teguh pendirian dari peribadi yang mengutip kegiatan jamaah serta

anggota yang menimbulkan angkara di dalam jamaah.

6. Barisn Pelapis.

Dakwah Islamiah merupakan amanah yang dipikul oleh generasi demi generasi. Oleh

itu untuk mewujudkan kesinambungan kerja memerlukan kepada menyediakan generasi

pelapis. Mewujudkan generasi pelapis gerakan Islam telah dilaksanakan oleh Rasulullah

SAW apabila baginda mengetuai rombongan umat Islam yang diketuai oleh Saidina Jaafar 

Abu Talib ke Habshah.

Sabda Rasulullah SAW:

ertinya: "Orang-orang yang hadir pada hari ini hendaklah menyampaikan kepada orang yang 

tidak hadir". (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas dapat diambil pengertiannya betapa pentingnya perlu diwujudkan

generasi pelapis dari masa ke semasa untuk menerima Islam dalam bentuk yang tulen dan

syumul.

Oleh kerana itu pemimpin amal jama'ie masa kini perlu mengambil perhatian untuk

menyediakan generasi pelapis yang menerima Islam yang syumul. Untuk menjamin keaslian

di jalan dakwah tanpa ada bibit-bibit penyelewengan dan pengurangan. (Al Qaidul Qudwah

'ala Toriq Dakwah: Hal 61)

7. Uslub Fikrah Wasatiah.

Di dalam amal jama'ie memerlukan keseimbangan (kesederhanaan) di dalam

melaksanakan sesuatu kerja. Kesederhanaan ini akan mengelakkan daripada perasaan

melampau di dalam gerak kerja yang dilakukan. (Abjadiyyat: Hal 53) Islam agama yang

mudah dan tidak membebankan umatnya di dalam melaksanakan segala tuntutannya.

13

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 14/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Firman Allah SWT:

mafhumnya: "Kerana Allah menghendaki keringanan bagi kamu dan tidak menghendaki

keberatan ke atas kamu". (al Baqarah: 185)

Sabda Rasulullah SAW:

ertinya: "Bermudah-mudahlah kamu jangan berpayah sulit".

Doktor Yusuf Qardhawi menyatukan fikrah wasatiah ini adalah untuk meletakkan

kemudahan ia mengambil jalan tengah di antara kepayahan dengan kelonggaran. ( Awwliyat

al Harakah Islamiah - Dr. Yusuf Qardhawi: Hal 111)

Namun begitu kesederhanaan ini tidak bermakna seseorang da'ie boleh

menggadaikan prinsip perjuangan. Menjadi satu kesalahan besar apabila seseorang da'ie

berganding bahu bersama pemerintahan yang tidak melakasnakan undang-undang Islam.

Kaedah fiqh menyatakan:

"Matlamat tidak menghalalkan cara".

Setelah dibuat kajian, penggabungan da'ie di dalam kerajaan pemerintahan yang tidak

melaksnakan hanya akan membawa fitnah yang besar kepada mereka. Penegasan ini telah

dinyatakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

14

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 15/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Mafhumnya: "Katakanlah: "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang 

kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah

menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan aku tidak pernah pula menjadi 

 penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku". (al 

Kafirun: 1-6)

8. Hazar 

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Ambillah langkah-langkah kewaspadaanmu

dan majulah berkelompok-kelompok".

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: "Orang-orang kafir menghendaki supaya kamu lengah-lengah dari senjata dan

pimpinanmu, maka mereka menyeru mu dengan sekaligus".

Sirah Nabawiyyah menyatakan kepada kita tentang betapa waspadanya Rasulullah

SAW mengambil berat di dalam masalah hazar.Tindakan ini dapat dilihat bermula dari

marhalah dakwah sirriyah, rancangan hijrah dan sehingga pembinaan daulah Islamiah di

Madinah. Di Madinah, baginda Rasulullah sentiasa menghantar pasukan kawalan untuk

mengawasi pergerakan musuh di sempadan-sempadan Darul Islam.

Namun begitu tindakan hazar ini tidak bermakna untuk membekukan kegiatan para

du'at. Sebaliknya ia bertujuan untuk mengembangkan risalah Islam dengan cara menutup

pintu-pintu mudharat yang mungkin akan menghancurkan atau menyekat perkembangan

dakwah ini,

7. DEFINISI AMAL IJTIMA'IE

15

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 16/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Amal Ijtima'ie adalah suatu kerja yang dilaksanakan oleh individu persorangan atau

mana-mana pertubuhan bertitik tolak dari perancangan yang dilakukan untuk mencapai

matlamat-matlamat memberi kebajikan kepada masyarakat umum.

Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan diantara bentuk amal ijtima'ie ialah seperti membinamasjid-masjid, menubuhkan persatuan-persatuan dan organisasi yang mengendalikan uruan

agama sama ada ia dikehendaki oleh Kementerian Wakaf atau pertubuhan lain yang

menyokong kerajaan. Kadangkala pertubuhan ini dapat memberi sumbangan terhadap

agama Islam sama ada kadar yang sedikit atau banyak. Kerja-kerja tersebut akan mendapat

keredhaan dari Allah SWT sejauhmanakah keikhlasan mereka melaksanakan tugas tersebut.

(Awwaliyat al Harakah Islamiah - Dr. Yusuf Qardhawi)

KEPENTINGAN AMAL IJTIMA'IE

Islam tidak melarang umatnya untuk melakukan kebajikan dikalangan manusia,

bahkan kerja-kerja kebajikan ini merupakan misi kehidupan seorang muslim.

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Ruku'lah, sujudlah, sembahlah Tuhanmu

dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada

 jalan Allah dengan jalan yang sebenar-benarnya".

Setiap anggota jamaah perlu memahami bahawa amal ijtima'ie merupakan salah satu

wasilah untuk mencapai matlamat utama amal jama'ie. Oleh itu, penglibatan anggota jamaah

di dalam amal ijtima'ie amat digalakkan selagi mana kerja-kerja tersebut tidak bertentangan

dengan syara' dan tidak menganggu kerja-kerja amal jama'ie.

Mungkin ada diantara anggota jemaah yang tidak dapat melaksanakan amanah amal

 jama'ie dengan baik, tetapi mereka mempunyai kemampuan dibidang ijtima'ie. Oleh itu

menyalurkan tenaga anggota ke bidang ijtima'ie merupakan satu kejayaan kepada jamaah

dalama usaha melahirkan anggota yang bergerak, berfikir dan bertindak. Atau dengan kata

lain anggota yang produktif bukannya yang pasif dan kaku.

2. Matlamat Dan Fungsi Amal Ijtima'ie

16

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 17/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Tidak dinafikan matlamat utama amal jama'ie adalah untuk mengembalikan khalifah

Islamiah di atas muka bumi ini. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan sekiranya ada jemaah

atau pertubuhan-pertubuhan yang melaksanakan kerja-kerja tarbiah individu dalam

masyarakat atau amal-amal kebajikan masyarakat kerana kerja-kerja membimbing danmemberi petunjuk adalah juga menjadi tuntutan Islam.

Sabda Rasulullah SAW

Ertinya: "Apabila Allah memberi hidayah kepada seseorang kerana ajaranMu maka badimu 

lebih baik dari kekayaan unta merah.

Diantara lain matlamat dan fungsi amal ijtima'ie adalah untuk masyarakat bagi

mengurangkan segala bentuk kerosakan, membasmi kemiskinan, kejahilan dan penderitaan.

Amalan tersebut pada waktu yang sama akan mendatangkan kebaikan kepada jemaah Islam

dan akan menambahkan lagi kepercayaan orang lain terhadap jemaah tersebut.

3. Aliran Fahaman Amal Ijtima'ie

Terdapat dua aliran di dalam amal ijtima'ie iaitu:

a) Aliran pertama.

Golongan ini terlalu melebihkan dan amat mengambil berat masalah amal ijtima'ie.

Lalu menjadikannya sebagai tumpuan utama dan pusat segala aktivitinya. Pada

pandangannya mereka sekiranya ruang lingkup amal ijtima'ie luas dan ramai yang

menyertainya memungkinkan berlakunya suatu pembaharuan di dalam masyarakat tanpa

sebarang rasa rugi.

Kesilapan aliran ini:

1- Kepincangan dalam ijtima'ie sesungguhnya meresap masuk dan mengalirnya dai

dalamnya sebagaimana racun yang mengalir di dalam tubuh badan yang tidak mungkin dapat

diperbaiki dari suatu sudut dan membiarkan sudut yang lain.

17

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 18/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

2- Masyarakat adalah satu komponen yang tidak boleh dibahagikan seperti badan manusia

yang lengkap dengan anggotanya. Semuanya saling bertindak balas dari sudut kesihatan,

kesakitan dan sebagainya. Oleh itu amat salah dengan hanya dilihat dari sudut kebajikan

cara ijtima'ie yang terpisah dari sudut kemasyarakatan yang lain.

3- Apa yang dicita-citakan dari sebuah masyarakat adakah lebih besar dari sekadar 

memerangi kefakiran, penyakit atau kejahilan kerana ianya adalah elemen-elemen yang kita

objektifkan untuk mencapainya.

b) Aliran kedua.

Golongan ini menolak ijtima'ie sekiranya berdasarkan semata-mata amal sosial,

badan-badan kebajikan dan berkhidmat kemasyarakatan. Dirasakan tujuan ini terkeluar 

daripada matlamat utama untuk menegakkan Khilafah Islamiah, jauh dari gerak kerja utama

iaitu menyebarkan dakwah dan menyediakan kader-kader ke arah itu. Sebagaimana juga

ianya memesongkan pandangan ramai untuk kebaikan secara menyeluruhnya dapat dicapai

melalui sistem perundangan Islam.

Kesilapan aliran ini.

1- Kerja kebajikan adalah sebahagaian daripada misi hidup seorang insan. Hubungan

seseorang muslim dengan Allah dikenali sebagai ibadah, hubungan dengan sesama manusia

dinamakan muamalah dan persengketaan di antara muslim dengan kafir di sebut sebagai

 jihad. Oleh itu amal kebajikan dan perbuatan baik ini telah ditegaskan dalam al Quran:

Mafhumnya: "Dan bantu-membantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa".

2- Amal ijtima'ie adalah salah satu wasilah dakwah. Oleh itu mengkaji dan menghayati

permasalahan masyarakat adalah penting kepada seseorang pendakwah.

8- PENYELEWENGAN DAN PENJELASAN ANTARA AMAL JAMA'IE DAN AMAL IJTIMA'IE

1. Harakah Islamiah tidak boleh menjadikan amal jamai'ie sebagai pandangan utama dengan

18

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 19/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

mengerahkan segala tenaga dan material untuk tujuan tersebut. Sebaliknya harakah Islamiah

perlu bijaksana mengagihkan tenaga dan material untuk amal ijtima'ir sekadar keperluannya.

Tidak diharuskan sama sekali harakah amal jama'ie membelanjakan kewangannya untuk

tujuan amal ijtima'ie. Ini disebabkan punca kewangan amal jama'ie adalah begitu terhad jika

dibandingkan dengan amal ijtima'ie. Di dalam amal ijtima'ie meraka mempunyai ahli yangramai dan dernmawan yang bersedia menyumbangkan kewangan.

2. Menjadi satu penyelewengan yang besar sekiranya sesebuah harakah amal ijtima'ie

hanya mengambil berat di dalam sesuatu bidang dengan meninggalkan bidang-bidang yang

lain. Disamping itu,mereka bertindak menggunakan kaedah "Matlamat menghalalkan cara",

untuk mencapai matlamat utama perjuangan meraka.

3. Seseorang anggota jamaah tidak boleh mengorbankan seluruh tenaga yang ada padanya

hanya untuk melaksanakan amal ijtima'ie sahaja. Sebaliknya apabila seseorang anggota

 jamaah berhadapan dengan aktiviti-aktiviti ijtima'ie yang banyak hendaklah ia

mempergunakan tenaga dan kebolehannya itu ke arah kerja ijtima'ie yang lebih banyak

mendatangkan faedah dan ke arah kejayaan bagi mempercepatkan perjalanan mencapai

matlamat untuk harakah Islamiah.

4. Seseorang anggota dianggap telah menyeleweng dari tasawwur perjuangan sebenar 

apabila ia terlibat dengan amal ijtima'ie sehingga menjejaskan kerja-kerja bagi mencapai

matlamat utam harakah. Malah seharusnya ia hendaklah memastikan bahawa apa yang

dilaksanakan di dalam amal ijtima'ie hanya sebagai wasilah yang diharuskan oleh syara'

dalam konteks menegakkan matlamat utama harakah. Oleh itu darjat wasilah adalah lebih

rendah kedudukannya jika dibandingkan dengan matlamat dan cita-cita perjuangan.

5. Menjadi satu kesilapan kepada mana-mana harakah amal jama'ie sekiranya mereka

menggunakan tenaga yang ramai untuk terlibat dalam amal ijtima'ie. Kerja-kerja amal ijtima'ie

ini hanya memadai dengan seorang anggota sahaja sekiranya ia dapat dilaksanakan dengan

baik dan mencapai objektif yang dikehendaki.

9. PENUTUP

Di dalam kertas kerja yang serba kekurangan ini, ia hanya merupakan satu teori dan

19

8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie

http://slidepdf.com/reader/full/kefahaman-antara-amal-jamaie-dan-amal-ijtimaie 20/20

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

kaedah di dalam memahami amal jama'ie dan amal ijtima'ie. Namun begitu teori dan kaedah

ini diharapkan akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita semua.

Wassalam

HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,

MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG

LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA

DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH

DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000