11
Kek kukus asam manis Bahan-bahan (loyang bulat 9 inci) 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 1 1/2 cwn gula halus 1 sudu besar ovallette 2 cwn tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 gm minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanila beberapa titis pewarna kuning dan hijau asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap) Cara Membuat:- 1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. 2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati. 3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran. 4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. 5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis. 6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. 7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk. Kek asam manis versi butter Bahan-Bahan 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2

Kek Kukus Asam Manis

  • Upload
    mat-yee

  • View
    36

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sedap nye

Citation preview

Kek kukus asam manisBahan-bahan (loyang bulat 9 inci) 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 1 1/2 cwn gula halus 1 sudu besar ovallette 2 cwn tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 gm minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanila beberapa titis pewarna kuning dan hijau asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)Cara Membuat:-1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.Kek asam manis versi butterBahan-Bahan 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2 4 biji telur 3/4 cawan butter 3/4 cawan gula 1 sk ovallete 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besarCara-Cara1. Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.2. Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.3. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.4. Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.5. Kukus setiap lapisan 5 atau 7 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.6. Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.7. Buat sehingga habis dan utk lapisan terakhir kukus 15 minit.

Kek sarang semutBahan-Bahan 1 1/4 cawan gula halus* 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus) 125gm butter 4 biji telur gred A 1/4 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla

Cara-Caranya1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.3. Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.4. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilikBila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.1. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata 2. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.3. Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.4. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya . 5. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.6. Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah. **45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redaiTunggu kek sejuk sebelum di potong.

Kek asam manisBahan-Bahan 325 gm mentega 250 gm gula kastor 300 gm tepung naik sendiri 6 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Cara- Caranya1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.**Aluminium foil tu hendaklah di sapukan mentega di permukaan yg hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Slmt Mencuba

Kek sponge coffeeBahan (A)

6 biji kuning telur (gred A) 30gm gula halus 80ml susu cair 80ml minyak masak 100gm tepung naik sendiri 2 sudu kecil coffee emulcoCaranya.1. Pukul kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung berselang seli dngn minyak dan susu cair.2. Masukkan coffee emulco dan pkl sebati. Ketepikan dulu.Bahan (B)

6 biji putih telur 12gm tepung jagung (2 sudu besar, rata) 125gm gula halus.Caranya1. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga bertanduk.2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kaub balikkan.3. Masukkan 1/4 dari bhn (A) dan kaub balikkan.4. Masukkan kesemuanya dan kaub balikkan hingga rata semuanya.5. Tuang dlm loyang.(loyang berlubang 22cm)*loyang jgn digris. Boleh dilapik dgn kertas minyak dan sapu sedikit butter/majerin di dasarnya sahaja.Bakar dlm suhu 160C + - 50 mins.6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Biarkan sejuk dahulu, barulah di potong.Kek marble cheeseBahan-Bahan 170 gm mentega 125 gm krim keju 250 gm gula kastor 5 biji kuning telur 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh 1 camca teh serbuk penaik } diayak 1 camca teh vanila 1 camca teh strawberry emulco 5 biji putih telur 1/8 camca teh garamCara membuat1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Ketepikan dulu.5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih.6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.8. Bahagikan kepada 2 adunan sama banyak. Satu bahagian letak perisa vanilla dan satu bahagian lagi letak strawberry emulco.9. Letakkan adunan vanilla berselang seli dngn adunan strawberry. 10. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega..11. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.12. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Kek kukus buahBahan-bahan 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter) 350g gula pasir 60ml air panas 500g buah-buahan campuran 3 biji telur gred A 350g tepung gandum* 1 sudu kecil cream of tartar* 2 sudu kecil soda bicarbonat* 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* 1 sudu kecil esen vanilaCara-cara1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga. 4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya.

** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

Carrot kekBahan- Bahan 2 1/2 cwn tepung gandum 1 1/2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bicarbonate 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis Secubit garam halus 1 cwn gula perang halus 1/2 cwn gula castor 4 biji telur 1 cwn minyak jagung/masak 100gm mentega, dicairkan 200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya 150gm apple hijau, diparut 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letakCara Membuat Kek1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.2. Masukkan kesemua bahan lain.3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.CREAM CHEESE TOPPING: 250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi 4 sudu besar butter 1/3 cwn gula icing, diayak 1 sudu kecil jus lemon*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

**untuk kek di atas, Yatie buat dlm 2 loyang saiz 7inci. Bakar dlm 2 loyang berasingan. Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping dan deco ikut kreativiti masing2Kek labu

BAHAN-BAHANNYA :-) 3 biji telur gred A 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair) 1 1/2 cawan gula halus 1 camca teh esen vanilla 1/4 camca teh garam 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus 2 1/2 cawan tepung gandum * 1 camca teh soda bicarbinate* 1/2 camca teh baking powder* 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)CARA MEMBUATNYA :-)1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...Kek lapis pesonaBahan-Bahan: (loyang 8x8inci)A: 1 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-300gm 400 ml susu segar/susu cair-suamB: 500 gm cream cheese (Philadelpia/Tartura) 20 ml susu segar/cair 1/2 cawan gula halusCaranya :1. Satukan cream cheese dan gula halus,pukul sebati.2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan dulu.4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.5. Panaskan susu segar,padamkan api...biarkan suam je.6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan.8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Yatie taburkan coklat rice je kat atas kek.11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.Kek cheese butterKek Mentega Keju 170 gm mentega 125 gm krim keju 250 gm gula kastor 5 biji kuning telur 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh 1 camca teh serbuk penaik } diayak 2 camca teh vanila 5 biji putih telur 1/8 camca teh garamCara membuat1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih.6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega..9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.