Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    1/10

    4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

    UKM-UNIMED 9 –  10 December 2013

    1

    KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL

    INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM KALANGAN PELAJAR

    Analisa Hamdan1, Rosseni Din

    2, Siti Zuraida Abdul Manaf 

    3, Nor Syazwani Mat Salleh

    4,

    Intan Farahana Kamsin5, Helmi Norman

    6, Nor Mohamad Ismail

    7 & Ahmad Syukri

    Mohamad Zaid8

    [email protected], [email protected], [email protected],

    [email protected], [email protected], [email protected],

    [email protected] & [email protected]

    1-7  Personalized Education Research Group, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM), 43600 Bangi Selangor, Malaysia

    8 Asya Tech Solution Sdn. Bhd., 43000 Bangi Selangor, Malaysia

    ABSTRAK

    Sistem pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan peredaran zaman dankemajuan teknologi. Teknologi yang berkembang dengan pesat ini dikenal pastimenyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankanuntuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Walau bagaimanapun, kajian khusus penggunaan teknologi Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran bermakna masih diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihandan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress,YouTube dan PowerPoint untuk mencapai pembelajaran bermakna. Seramai 13 orang

     pelajar sarjana muda tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telahditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual tersebutdilaksanakan melalui interaksi dalam laman Twitter. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi mampu meningkatkan (i) potensi pelajar untuk menguasai

    sesuatu topik, (ii) maklum balas daripada pelajar, dan (iii) interaksi pelajar introvertdalam perbincangan dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian juga mengesan peningkatan (i) kebergantungan pelajar terhadap teknologi dalam proses P&P, (ii) plagiat, dan (iii) cyber-bully  dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini diharapkandapat memberikan suatu gambaran kepada guru dan pelaksana model I-MeT untuk

    melakukan penambahbaikan dalam proses P&P. Kursus etika di alam siber perludiperkenalkan kepada pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siberyang lain dapat dielakkan.

    Kata Kunci: Teknologi Web 2.0, Twitter, Model Integrasi e-Latihan Bermakna,

    kualitatif, temu bual separa berstruktur

    PENGENALAN

    Teknologi berubah dan berkembang dengan cepat di seluruh dunia. Minat individu dalam

    kalangan generasi baru mahupun institusi pendidikan terhadap teknologi Web 2.0 semakin

     bertambah. Ini adalah disebabkan penggunaan teknologi memudahkan sesuatu urusan. Dalam

    konteks pendidikan, teknologi Web 2.0 memudahkan pelajar dalam menjalani proses

     pembelajaran dan mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)(Hamdan et al. 2013). Hampir seluruh institusi pendidikan di dunia mengintegrasikan teknologi

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    2/10

     Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

    Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

    2

    Web 2.0 dalam P&P termasuklah Malaysia dan Indonesia (Maknun, 2013; Howe dan

    Kekwaletswe, 2010; Redecker et al., 2009; Fristchi dan Wolf, 2012; Raymond dan McKimm,

    2010; Glenn, 2008).

    Sistem pendidikan di Malaysia juga mengalami perubahan selaras dengan kemajuan pesat

    teknologi. Teknologi Web 2.0 yang dikenal pasti menyokong proses pengajaran dan

     pembelajaran telah diintegrasikan dalam pembelajaran hibrid di institusi-institusi pendidikan

    seperti institusi pengajian tinggi mahupun sekolah (Hamdan et al 2013). Walau bagaimanapun,

     pelaksanaannya masih tidak menyeluruh. Ini adalah disebabkan masalah kekurangan (i)

    kemudahan infrastruktur terutama sekali di kawasan pedalaman dan luar bandar, dan (ii)

    kesedaran terhadap kepentingan teknologi yang menyokong proses P&P dalam kalangan

     pelajar, ibu bapa, guru dan juga pentadbir institusi pendidikan tersebut.

    Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dialamiinstitusi pendidikan terutama sekali dari segi kemudahan infrastruktur. Dalam meningkatkan

    lagu mutu pendidikan negara, kerajaan Malaysia juga menyediakan peruntukan yang agak besar

    untuk tujuan tersebut melalui Bajet 2014 (Anon, 2013). Selain itu, kesedaran terhadap

     pentingnya teknologi Web 2.0 yang digunakan sebagai alat untuk menyokong P&P perlu

    dipertingkatkan. Hal ini dapat diatasi dengan memberikan kesedaran terhadap kelebihan dan

    kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang digunakan di institusi pendidikan kepada guru,

     pihak pentadbiran dan juga ibu bapa.

    Terdapat banyak kajian berkenaan kelebihan dan kekurangan teknologi Web 2.0 yang

    dilaksanakan dalam P&P (Wójcik, 2012; Taranto et al. 2011; Danciu & Grosseck 2011;

    Popescu 2010; Grosseck 2009). Walau bagaimanapun, kajian khusus penggunaan teknologi

    Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran bermakna masih diperlukan.

    Hasil temu bual penyelidik dengan pelaksana model Integrasi e-Latihan Bermakna (I-MeT)

    mendapati kajian berkaitan penggunaan teknologi yang telah dipilih, dirancang dari segi

     penggunaannya dan dilaksanakan dalam model I-MeT diperlukan.

    Model I-Met adalah model pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran hibrid, teknologi

    Web 2.0 dan strategi pengajaran POPeye dalam memperoleh pembelajaran bermakna (Din

    2010, Din et al. 2010, 2011). Teknologi yang diintegrasikan ke dalam model tersebut adalah

    WordPress, Facebook, YouTube, Twitter, PowerPoint, Google Docs, e-mel, perisian Adobe

    Photoshop, Windows Movie Maker, iMovie dan SoundForge. Teknologi-teknologi tersebuttelah dikenal pasti dan dirancang untuk penggunaan sepenuhnya oleh pelajar sarjana muda

    tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dalam kursus Teknologi

    Pendidikan. Dalam memperoleh pembelajaran bermakna, aktiviti P&P yang melibatkan pelajar

    telah dirancang melalui pelaksanaan lima komponen pembelajaran bermakna oleh Jonassen

    (1995) iaitu pembelajaran (i) aktif, (ii) konstruktif, (iii) koperatif, (iv) autentik, dan (v) objektif.

    Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan

    teknologi Web 2.0 untuk mencapai pembelajaran bermakna.

    TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL I-MeT

    Facebook, YouTube, WordPress, Twitter, dan PowerPoint merupakan sebahagian dari teknologiWeb 2.0 yang digunakan dalam menyokong P&P. Kelima-lima teknologi tersebut juga

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    3/10

    4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

    UKM-UNIMED 9 –  10 December 2013

    3

    merupakan alatan teknologi utama dalam model I-MeT yang digunakan sepenuhnya oleh

     pelajar dan pensyarah dalam kursus Teknologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Walau bagaimanapun, teknologi yang diintegrasikan ke dalam model I-MeT tidak hanya

    tertakluk kepada kelima-lima teknologi Web 2.0 yang tersebut. Pelajar dan pensyarah bebas

    menggunakan teknologi yang lain dalam menyokong proses P&P.

    Teknologi tersebut telah dipilih, dikaji, dan dikenal pasti fungsinya sebelum diintegrasikan ke

    dalam model I-MeT. Menurut Hamdan et al. 2012, saringan awal perlu dilakukan semasa pemilihan teknologi yang bersesuaian untuk diintegrasikan ke dalam model I-MeT. Hal ini

    demikian bagi mengelakkan pertindihan teknologi dan fungsi yang sama. Rajah 1 menunjukkan

    atribut dalam model I-MeT.

    Rajah 1 Atribut dalam Model I-MeT

    Kesemua teknologi Web 2.0 tersebut mempunyai fungsi masing-masing yang diintegrasikan

    dalam model I-MeT. Model I-MeT yang telah dibangunkan oleh Rosseni (Din 2010) telah

    diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan. Jadual 1 menunjukkan kategori,

     jenis dan fungsi teknologi Web 2.0 yang diintegrasikan dalam model I-MeT.

    Jadual 1 Kategori, jenis dan fungsi teknologi Web 2.0

    Kategori Jenis Fungsi

    Laman Jaringan Sosial Kumpulan Facebook perbincangan dan perkongsian bahan bantu

    mengajarBlog WordPress arkib bagi segala bahan bantu mengajar dan

    refleksi pelajar

    Laman Perkongsian

    Video

    YouTube persembahan dan perkongsian video

    Blog Mikro Twitter perbincangan, forum dan penyampaian

    maklumat

    Peralatan Persembahan PowerPoint/Prezi pembentangan kertas kerja dan kursus

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    4/10

     Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

    Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

    4

    Prosedur Penggunaan Teknologi Web 2.0 dalam Model I-MeT

    Model I-MeT telah diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan di UKM sejaktahun 2006 (Din 2010). Selain teknologi Web 2.0, pembelajaran hibrid dan orientasi POPeye

     juga diimplementasikan ke dalam model tersebut. Melalui orientasi POPeye (Pembelajaran

     berasaskan Projek e-Latihan Hibrid), satu projek menghasilkan video pendidikan akan diberikan

    kepada pelajar kursus tersebut. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan

    masing-masing perlu membangunkan sebuah video mengikut kriteria yang diberikan. Kriteria

    tersebut adalah penghasilan video pendidikan mampu (i) menyelesaikan masalah terhadap

    sesuatu isu, (ii) memberikan jalan penyelesaian atau cadangan yang bernas, (iii) membuat

     perkaitan dengan realiti kehidupan sebenar, dan (iv) memberikan kesedaran dan pengajaran

    kepada masyarakat dan negara.

    Seterusnya, pelajar akan bekerjasama untuk mencari idea, menyenaraikan isi-isi penting danmelakarkan kandungan video sebelum membentangkan kertas kerja projek video di dalam

    makmal komputer. Pelajar akan mempelajari cara-cara merakam, mengedit, dan

    menggabungkan video dengan gambar, serta memasukkan audio dan teks ke dalam video.

    Segala perbincangan dan perkongsian bahan mengenai penghasilan projek video akan dilakukan

    di dalam Kumpulan Facebook, dan refleksi setiap kali perjumpaan kumpulan dan pembelajaran

    akan ditulis di dalam blog WordPress setiap kumpulan dan di arkib. Forum, perbincangan dan

     penyampaian maklumat di antara tutor, pensyarah dengan pelajar terhadap sesuatu isu, pendapat

    atau topik akan dilakukan menerusi Twitter. PowerPoint atau Prezi akan digunakan oleh pelajar

    sebagai alat bantuan pembentangan kertas kerja projek video manakala pelantar YouTube akan

    digunakan untuk persembahan dan perkongsian video yang dihasilkan.

    METODOLOGI KAJIAN

    Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris

    Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Responden adalah seramai

    13 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan Set 2. Dalam kursus

    Teknologi Pendidikan, pelajar mempelajari cara-cara mengambil video dan gambar pegun,

    mengedit video dan memasukkan audio. Mereka juga mempunyai kemahiran asas Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan terlibat dalam kajian ini secara sukarela. Menurut

    Baker dan Edwards (2012), bilangan responden ini mencukupi untuk mengenal pasti tema

     berdasarkan dapatan temu bual.

    Temu bual separa berstruktur telah digunakan dalam kajian ini sebagai satu pendekatan kajian

    untuk memperoleh pendapat dan pengalaman daripada responden berhubung dengan penggunaan teknologi Web 2.0 dalam mencapai pembelajaran bermakna. Melalui protokol

    temu bual separa berstruktur ini juga, persepsi pelajar dalam mengaplikasikan teknologi Web

    2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress, YouTube dan PowerPoint yang terangkum dalam

    model I-MeT dapat dikenal pasti. Menurut Pathak dan Intratat (2012), kaedah ini bersesuaian

    dengan kajian yang mempunyai saiz sampel yang kecil dan kajian yang ingin mengenal pasti

    tema berdasarkan hasil temu bual responden. Kajian ini juga menjimatkan masa dan wang serta

    tidak membebankan penyelidik dan responden. Walau bagaimanapun, kelemahan temu bual

     jenis ini adalah memerlukan pembentukan hubungan dengan responden sebelum temu bual

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    5/10

    4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

    UKM-UNIMED 9 –  10 December 2013

    5

    dilaksanakan dan soalan temu bual yang dikemukakan kepada kesemua responden mestilah

    sama.

    Langkah pertama bagi melaksanakan temu bual adalah dengan membina hubungan baik dengan

    responden. Menurut Pathak dan Intratat (2012), pembinaan hubungan baik dengan responden

    adalah penting bagi mendapatkan perspektif positif mahupun negatif. Oleh itu, penemubual

    akan berkongsi pengetahuan asas berkenaan dengan teknologi Web 2.0 dengan responden

    tersebut sebelum soalan-soalan temu bual dikemukakan. Sebelum itu, borang keizinan menjadiresponden kajian diberikan kepada setiap responden untuk baca dan dipersetujui sebelum

    dikembalikan semula kepada penemubual.

    Penemubual akan mewujudkan satu laman khas bagi sesuatu topik menggunakan Twitter hash

    tag   bagi mengendalikan temu bual tersebut. Laman khas tersebut dinamakan #ge2153 dan

    dibuka kepada responden yang terlibat. Soalan utama akan diberikan kepada responden.

    Dapatan dari soalan pertama yang dikemukakan responden akan direkodkan dan soalan lanjutan

    dari soalan pertama tersebut akan dikemukakan. Tujuannya adalah untuk mendapat penerangan

    lanjut tentang sesuatu isu daripada responden. Selain itu, soalan yang mencabar minda (thought-

     provoking interjection) juga turut dikemukakan. Menurut Pathak dan Intratat (2012), responden

    akan memberikan penerangan berdasarkan permintaan penemu bual dan menunjukkan bahawa penemu bual mempunyai pengetahuan yang lebih kurang sama dengan responden. Penyelidik

     juga akan mengemukakan soalan analisis persekitaran kritikal (critical event analysis) (Pathak

    dan Intratat, 2012) yang meminta responden memberikan pendapat berdasarkan pengalaman

    responden. Dapatan temu bual responden akan dianalisis menggunakan perisian NVIVO 9.

    Transkrip akan disalin, disusun dan diedit sebelum dikategorikan mengikut tema.

    DAPATAN DAN PERBINCANGAN

    Bahagian ini akan menerangkan tentang dapatan daripada temu bual dengan 13 orang

    responden. Temu bual separa berstruktur telah dilaksanakan melalui laman Twitter di #ge2153.

    Dapatan temu bual tersebut akan dicatatkan dan dibincangkan dalam bahagian ini.

    Maklumat Demografi Responden

    Merujuk kepada rajah 2, sebelas orang responden perempuan telah melibatkan diri secara suka

    rela dalam sesi temu bual melalui interaksi di laman Twitter. Hanya dua orang responden lelaki

    menyertai temu bual ini secara sukarela. Melalui maklumat demografi ini dapat disimpulkan

     bahawa responden perempuan melibatkan diri secara aktif dalam laman Twitter berbanding

    responden lelaki.

    Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    6/10

     Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

    Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

    6

    Dapatan Temu Bual Responden

    Temu bual separa berstruktur ini telah dijalankan ke atas 13 orang responden mengikut prosedur pengumpulan data kualitatif. Berdasarkan daripada temu bual yang dilakukan melalui laman

    Twitter, dapatan akan dibahagikan mengikut tema. Dapatan juga akan dibincangkan dalam

     bahagian ini.

    Kelebihan Penggunaan Teknologi Web 2.0

    Temu bual yang dijalankan melalui interaksi laman Twitter mendapati penggunaan teknologi

    Web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik

    dengan mudah. Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap

     penglibatan pelajar dalam proses P&P. Melalui kajian Project Tomorrow, teknologi berpotensi

    mengaktifkan penglibatan pelajar dan meningkatkan potensi dalam diri pelajar (Anon, 2011).Rajah 3 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden A manakala rajah 4

    menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden B.  

    Rajah 3 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden A

    Rajah 4 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden B

    Selain itu, teknologi Web 2.0 mampu meningkatkan maklum balas pelajar dalam perbincangan

    dan forum. Menurut Junco, Heiberger dan Loken (2010), pelajar memberikan maklum balas

    yang cepat berdasarkan perbincangan atau forum menerusi laman Twitter. Kenyataan tersebut

    disokong dengan jawapan daripada responden E dan responden G iaitu:

    Responden E: “Technologies seems to promote prompt feedbacks from students

    during discus sion especially on our Video Production 3 Facebook group”

    Responden G: “I like the way we discuss on Facebook group and Twitter. Getting

    many feedbacks from other students” 

    Melalui kenyataan di atas, hal ini jelas menunjukkan teknologi mampu menggalakkan

     perbincangan dan penerimaan maklum balas yang banyak berbanding perbincangan dalam

     pembelajaran bersemuka. Pemberian maklum balas oleh pelajar membantu guru untuk membuat

     penilaian formatif terhadap topik-topik yang telah dipelajari di samping memberi maklumatkepada guru berkenaan ketidakupayaan pelajar memahami sesuatu topik (Juwah et al., 2004).

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    7/10

    4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

    UKM-UNIMED 9 –  10 December 2013

    7

    Oleh itu, guru dapat membuat penambahbaikan dari segi strategi pengajaran dan penyampaian

    mengikut berdasarkan maklum balas yang dikemukakan.

    Teknologi juga berkeupayaan meningkatkan interaksi pelajar introvert   dalam perbincangan

    dalam talian. Menurut Amichai-Hamburger (2002), pelajar introvert kurang melibatkan diri

    secara aktif dalam pembelajaran bersemuka tetapi penglibatan aktif ditunjukkan melalui

     perbincangan dalam talian. Kenyataan ini disokong dengan petikan temu bual daripada

    responden M yang menyatakan bahawa pelajar yang pemalu (introvert) mempunyai semangatuntuk berkongsi idea dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain seperti dalam rajah 5.

    Berdasarkan komen tersebut, dapat disimpulkan bahawa teknologi membantu pelajar introvert

    untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P dan berkeupayaan mengubah sikap pelajar

    untuk lebih berkeyakinan dalam memberikan pendapat yang bernas.

    Rajah 5 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden M

    Kekurangan Penggunaan Teknologi Web 2.0

    Dapatan temu bual juga telah mengenal pasti bahawa teknologi memberi kesan yang tidak baik

    kepada pelajar. Rajah 6 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden H.

    Melalui maklum balas responden H, teknologi meningkatkan kebergantungan sepenuhnya

     pelajar terhadap teknologi Web 2.0. Kebergantungan kepada teknologi akan membuatkan

     pelajar tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui kaedah tradisional sekiranya

    komputer atau telefon mobil rosak, atau talian Internet terputus. Selain itu, kebergantungan ini

    akan menyebabkan pelajar lemah dalam mengeluarkan idea atau pendapat dalam perbincangan

    kerana terlalu bergantung pada pencarian enjin Google.

    Rajah 6 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden H

    Responden D menyatakan bahawa teknologi menggalakkan isu plagiat dalam tugasan pelajar

     berdasarkan pengalaman di sekolah seperti dalam rajah 7. Pelajar cenderung menyalin danmenampal maklumat yang diperoleh dalam Internet berbanding mengolah menggunakan ayat

    mereka sendiri. Selain itu, pelajar juga cenderung memetik sepenuhnya pernyataan pengarang

    tanpa memberi kredit kepada pengarang tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Scanlon dan

     Neumann (2002) di mana pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil dan

    meniru keseluruhan petikan tanpa mengetahui etika plagiarisme.

    Rajah 7 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden D

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    8/10

     Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

    Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

    8

    Responden I: “Technology promotes cyber -bully among students. Example is

    creating fake FB of a bully victim” 

    Cyber-bully telah menjadi satu isu penyalahgunaan teknologi. Responden I menyatakan bahawa

    teknologi memberi kesan buruk dari segi cyber-bully kepada mangsanya. Menurut Li (2006),

    hampir sebahagian daripada peserta kajian iaitu pelajar adalah mangsa cyber-bully di sekolah di

    Canada. Walau bagaimanapun, Malaysia juga tidak ketinggalan mencatatkan kedudukan ke 17

    daripada 25 negara dalam isu cyber-bully  dalam kalangan remaja di mana remaja tersebut

     berumur dalam lingkungan 8 hingga 17 tahun (Anon, 2012). Hal ini tidak boleh dibiarkan di

    mana guru, pentadbir dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membendung

     permasalahan ini.

    Beberapa kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang diperoleh berdasarkan hasil temu

     bual dengan responden boleh diatasi dengan mereka bentuk strategi P&P berkesan. StrategiP&P tersebut perlu seimbang di antara pengintegrasian teknologi dan penjanaan idea dalam

    kalangan pelajar bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya pelajar terhadap teknologi.

    Bukan itu sahaja, etika yang berkait rapat dengan akhlak perlu ditekan dalam kalangan pelajar.

    Melalui surah Lukman ayat 17, ayat ini menekankan pembentukan akhlak yang mulia sesama

    manusia dan larangan daripada melakukan perbuatan yang mungkar ke atas diri sendiri,

    keluarga dan juga masyarakat.

    “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta

    laranglah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang

    menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang di kehendaki

    di ambil berat”

    (Surah Lukman, Ayat 17)

    Kursus etika di alam siber adalah salah satu strategi pendidikan bagi memperkukuh nilai etika

    dan kerohanian terhadap pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber yang

    lain dapat dielakkan. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan terhadap etika dankerohanian yang perlu disemai dalam jiwa setiap pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia,

    2012). Menurut Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd

    Azumi Mohamed, dalam mengurangkan risiko keselamatan siber, pendidikan formal tentang

    kesedaran siber diperlukan walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memberi

     banyak kebaikan kepada negara (CyberSecurity Malaysia, 2013).

    KESIMPULAN

    Teknologi Web 2.0 telah dikenal pasti menyokong proses P&P terutama sekali di institusi

     pendidikan tinggi. Walaupun teknologi mampu meningkatkan potensi pelajar untuk menguasai

    topik, meningkatkan maklum balas pelajar dan menggalakkan pelajar introvert untukmelibatkan diri secara aktif dalam perbincangan, teknologi juga mampu menggalakkan aktiviti

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    9/10

    4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

    UKM-UNIMED 9 –  10 December 2013

    9

    atau perbuatan yang tidak baik dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat diatasi melalui tindakan

    institusi pendidikan agar dapat mereka bentuk strategi P&P yang mampu memberi kesedaran

    kepada pengguna alam siber termasuklah pelajar, guru, pentadbir, ibu bapa dan juga

    masyarakat. Kajian seterusnya juga dicadangkan agar institusi pendidikan memainkan peranan

    yang penting dalam merangka strategi penggunaan teknologi Web 2.0 dalam P&P dan

    menggunakan setiap teknologi yang dipilih pada tahap maksimum demi mencapai pembelajaran

     bermakna.

    RUJUKAN

    Amichai-Hamburger, Y., Wainapel, G., & Fox, S. (2002). On the internet no one knows I'm an

    introvert": Extroversion, neuroticism, and internet interaction. CyberPsychology &

     Behavior, 5(2), 125-128.

    Anon. (2011). The New 3 E's of Education: Enable, engaged, empowered How Today’s

    Students Are Leveraging Emerging Technologies for Learning Retrieved from

    http://www.tomorrow.org/speakup/pdfs/SU10_3EofEducation_Students.pdf

    Anon. (2012). Online Bullying Among Youth 8-17 Years Old  –   Malaysia: Microsoft

    Corporation.Anon. (2013). Peruntukan terbesar buat sektor pendidikan. myMetro, 25 Oktober 2013:1.

    Baker, S. E., & Edwards, R. (2012). How many qualitative interviews is enough? National

    Center for Research Methods. Retrieved from http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/ 

    CyberSecurity Malaysia. (2013). CyberSecurity Malaysia - Universiti Kebangsaan Malaysia

    Meterai Perjanjian Tawar Modul Kursus Dalam Keselamatan Siber. Retrieved from

    https://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdf  

    Danciu, E., & Grosseck, G. (2011). Social aspects of web 2.0 technologies: teaching or

    teachers’ challenges? Procedia Social and Behavioral Sciences 15, 3768 – 3773.

    Din, R., Mohamad Sahari Nordin, Norlide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku

    Ahmad, Kamaruzaman Jusoff, Nur Ayu Johar, Muhammad Faisal Kamarul Zaman,

    Mohamad Shanudin Zakaria, Mazalah Ahmad, Aidah Abdul Karim, Khairul Anwar

    Mastor. 2010. Development and Validation of Meaningful Hybrid E‐Training Modelfor Computer Education.  International Journal of Computer Science and Information

    Technologies (IJCSIT) 1(3):179‐184. Indexed in Scopus.Din, R., Mohamad Shanudin Zakaria, Mohamad Sahari Nordin, M Faisal Kamarul Zaman,

     Noor Lide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku Ahmad, Khairul Anwar Mastor, Aidah

    Abdul Karim & Mohamed Amin Embi. 2011. A Meaningful Hybrid E-Training

    Measure And Model For Technology In Education. AJTLHE  3(2): 71-82.

    Din, R.. 2010. Development and validation of an integrated meaningful hybrid e-Training (I-

    Mett) for Computer Science: Theoretical-empirical based design and development

    approach. Tesis Dr. Fal, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti KebangsaanMalaysia.

    Fristchi, J., & Wolf, M. A. (2012). Turning on Mobile Learning in North America. Retrived at

    http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdf  

    Glenn, M. (2008). The Future of Higher Education: How Technology will Shape Learning?

     Economist Intelligence Unit . Retrieved from http://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-

    Ed-(NMC).pdf  

    Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? .  Procedia Social and

     Behavioral Sciences 15, 478 – 482.

    Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamarul Zaman, M. F., & Ab

    Khalid, R. (2012).  Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Web 2.0 di

     Malaysia.  Paper presented at the International Seminar Educational Comparative inCompetency Based Curriculum Between Indonesia and Malaysia, Bandung.

    http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/https://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdfhttps://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdfhttp://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdfhttp://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-Ed-(NMC).pdfhttp://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdfhttps://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdfhttp://eprints.ncrm.ac.uk/2273/

  • 8/19/2019 Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2

    10/10

     Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

    Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

    10

    Hamdan, A., Din, R., Adnan, A., Abdul Manaf, S. Z., Ismail, N. M., Mat Salleh, N. S., &

    Shafiin, H. (2013). Penggunaan Teknologi Web 2.0 Dalam Pembelajaran Hibrid.

    Tempawan Jurnal Penyelidikan 87-103.Howe, E., & Kekwaletswe, R. (2010). Utilizing Web 2.0 in a Virtual Learning Environment: A

    South African Context.  Paper presented at the IADIS International Conference e-

    Society.

    Jonassen, D. H. (1995). Supporting communities of learners with technology: A vision for

    integrating technology with learning in school. Educational Technology, 35(4), 60-63.

    Junco, R., Heiberger, G., & Loken, E. (2010). The effect of Twitter on college student

    engagement and grades. Journal of Computer Assisted Learning , 1-14.

    Juwah, C., Macfarlane-Dick, D., Matthew, B., Nicol, D., Ross, D., & Smith, B. (2004).

    Enhancing student learning through effective formative feedback. The Higher Education

     Academy Generic Centre, 1-40.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012).  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    Li, Q. (2006). Cyberbullying in Schools A Research of Gender Differences. School Psychology

     International, 27 (2), 157-170.

    Maknun, C. L. L. i. (2013). Internet-Based Mathematics Learning: Is Indonesia Able To Put

    The Internet Into Mathematics Classroom? Paper presented at the GSE Journal Of

    Education 2013.

    Pathak, A., & Intratat, C. (2012). Use of Semi-Structured Interviews to Investigate Teacher

    Perceptions of Student Collaboration. Malaysian Journal of ELT Research, 8(1), 1-12.

    Popescu, E. (2010). Students' Acceptance of Web 2.0 Technologies in Higher Education:

    Findings from a Survey in a Romanian University. Paper presented at the Proceedings

    DEXA Workshops (pp. 92-96).

    Raymond, G., & McKimm, J. (2010). Medical Education and E-Learning Opportunities in the

    South Pacific. Samoa Medical Journal , 32-40.

    Redecker, C., Ala-Mutkar, K., Bacigalupo, M., Ferrari, A., & Punie, Y. (2009). Learning 2.0:

    The Impact of Web 2.0 Innovations on Education and Training in Europe (pp. 1-123).

    Luxemborg.

    Scanlon, P. M., & Neumann, D. R. (2002). Internet Plagiarism Among College Students.

     Journal of College Student Development, 43(3), 374-385.

    Taranto, G., Dalbon, M., & Gaetano, J. (2011). Academic Social Networking Brings Web 2.0

    Technologies to the Middle Grades. Middle School Journal , 12-19.

    Wójcik, J. (2012). Attitudes of Polish Students Towards Web 2.0 Technology. In H. Sroka, S.Stanek & M. Pańkowska (Eds.), Creativity Support Systems. Methods, and Applications

    (pp. 119-130). Katowice.