Click here to load reader
Upload
syahirahnoorthin
View
115
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
mendengarbertutur
Citation preview
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBEKAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
UNIT 3STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS
Sinopsis
Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, dan sistem bahasa yang berkesan. Pengajaran guru akan mencapai matlamat jika guru dapat merancang strategi pengajaran yang sesuai dan menggunakannya secara berkesan. Di samping itu, penggunaan alat bantu belajar yang menarik dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat tahap pembelajaran murid-murid dengan memilih prosedur pentaksiran dan penilaian yang tepat dengan objektif pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir objektif ini anda seharusnya dapat
i. mengenal pasti dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis bagi mencapai objektif pengajaran;
ii. menerapkan pengajaran sistem bahasa dalam kemahiran bahasa secara terancang;
iii. mengaplikasikan bahan pengajaran sastera dalam kemahiran bahasa;
iv. memilih jenis-jenis penilaian dan membina instrumen penilaian yang sesuai untuk menilai kemahiran bahasa.
3.1Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramtis.
Matlamat
Matlamat kemahiran mendengar dan bertutur yang diajarkan kepada murid-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan kebolehan memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi di samping mampu berkomunikasi serta memberi maklum balas dengan menggunakan sistem bahasa yang mantap dan berkesan.3.1.1 Jenis Kemahiran Mendengar
Pada umumnya terdapat dua jenis kemahiran mendengar, iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.
Jenis KemahiranKeterangan
Mendengar PasifSejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.
Mendengar Aktif
Sejenis komunikasi dua hala. Murid memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar .
3.1.2Peringkat Bertutur
Terdapat dua peringkat pertuturan murid-murid di sekolah, iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.
3.1.3 Aktiviti Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Antara kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti jadual di bawah.
KemahiranCadangan Aktiviti
Mengecam / mengenal bunyiMengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan, guruh, ombak, tiupan angin, bunyi-bunyi binatang, kenderaan dan sebagainya.
Membuat inferensMenerangkan sebab-musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebab-sebab seseorang itu miskin?
Menganalisis maklumatMencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.
Membuat rumusanMembuat kesimpulan tentang sesuatu perkaras berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.
Membuat penailaianMemberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan.
3.1.4 Membina Bahan Pengajaran
a) Gambar
b) Ilustrasi
c) Poster
d) Carta
e) Pita rakaman
f) Video rakaman
3.1.5 Pentaksiran dan Penilaian
Penilaian dijalankan adalah berbentuk pemerhatian dan pengujian dan dijalankan sepanjang pengajaran. Instrumennya secara skala kadar, skala band dan senarai semak. Pentaksiran dijalankan dalam tempoh masa tertentu secara formal dan tidak formal seperti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh instrumen: senarai semak
Latihan Pemahaman
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
KEMAHIRAN BERTUTUR
Instrumrn: Senarai semak
Tuliskan markah dalam ruangan yang disediakan
Nama
MuridTarikh
MenilaiSebutan
(5 Markah)Kelancaran
(5 Markah)Jumlah
Peringkat pertuturan tinggi ialah bertutur untuk membuat analisis atau membuat inferens, ramalan, pandangan, justifikasi dan sebagainya b
Peringkat pertuturan rendah ialah pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Di samping mendengar, murid diharapkan dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara, untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
Sila dengar rakaman perbualan mengenai sesuatu isu.. Berdasarkan rakaman tersebut, cadangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.
PAGE 5