2
MOHD AFFANDI B ABDUL RAHMAN CPD KOHORT 7 KUMPULAN 1 TAJUK : KEMAHIRAN TMK ABAD 21 (Penerokaan pengetahuan) a.Rujuk Nota berkaitan TMK Dalam Pendidikan dan Pembestarian Sekolah untuk memahami konsep Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah dalam membantu menjayakan TMK Dalam Pendidikan (Rujuk nota TMK dalam Pendidikan yang disertakan dan (web.moe.gov.my/.../teknologi_maklumat_dan_komu.) b. Bincangkan apakah kemahiran TMK yang perlu dikuasai oleh guru Abad Ke- 21dan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh anda dalam menjayakan konsep TMK dalam Pendidikan. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Seperti yang kita sedia maklum, Pelajaran di sekolah rendah ataupun sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam pelbagai bentuk perisian yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada pendapat saya, penggunaan ICT dalam proses Pengajaran Dan pembelajaran (PNP) sememangnya banyak membantu tugas guru selain untuk memudahkan proses PNP di dalam kelas. Penggunaan yang terancang akan dapat menarik minat pelajar, menghilangkan kebosanan belajar dalam kalangan murid, memudahkan kefahaman murid, mencetus pemikiran kreatif dalam minda muird, selain banyak memudahkan tugas guru sewaktu PNP. Kemahiran menggunakan perkakasan seperti LCD, Modul modul interaktif yang dibekalkan, CD, perisian power point, FROG VLE dan yang berkaitan, sudah pasti banyak membantu menambah kefahaman murid terhadap isi PNP yang disampaikan dan memudahkan guru mencapai objektif PNP yang dirancangkan. Guru bebas memuat turun bahan- bahan yang berkaitan PNP. Murid pula, akan meningkatkan lagi tahap tumpuan

Kemahiran Tmk Abad 21

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Page 1: Kemahiran Tmk Abad 21

MOHD AFFANDI B ABDUL RAHMAN

CPD KOHORT 7 KUMPULAN 1

TAJUK : KEMAHIRAN TMK ABAD 21

(Penerokaan pengetahuan)a.Rujuk Nota berkaitan TMK Dalam Pendidikan dan Pembestarian Sekolah untuk memahami konsep Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah dalam membantu menjayakan TMK Dalam Pendidikan (Rujuk nota TMK dalam Pendidikan yang disertakan dan (web.moe.gov.my/.../teknologi_maklumat_dan_komu.)

b. Bincangkan apakah kemahiran TMK yang perlu dikuasai oleh guru Abad Ke-21dan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh anda dalam menjayakan konsep TMK dalam Pendidikan.

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Seperti yang kita sedia maklum, Pelajaran di sekolah rendah ataupun sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam pelbagai bentuk perisian yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada pendapat saya, penggunaan ICT dalam proses Pengajaran Dan pembelajaran (PNP) sememangnya banyak membantu tugas guru selain untuk memudahkan proses PNP di dalam kelas.

Penggunaan yang terancang akan dapat menarik minat pelajar, menghilangkan kebosanan belajar dalam kalangan murid, memudahkan kefahaman murid, mencetus pemikiran kreatif dalam minda muird, selain banyak memudahkan tugas guru sewaktu PNP. Kemahiran menggunakan perkakasan seperti LCD, Modul modul interaktif yang dibekalkan, CD, perisian power point, FROG VLE dan yang berkaitan, sudah pasti banyak membantu menambah kefahaman murid terhadap isi PNP yang disampaikan dan memudahkan guru mencapai objektif PNP yang dirancangkan. Guru bebas memuat turun bahan-bahan yang berkaitan PNP. Murid pula, akan meningkatkan lagi tahap tumpuan dalam PNP. Secara tidak langsung, keadaan kelas akan lebih kobdusif, teratur, menjimatkan masa guru dan sebagainya. Semua impak positif ini dapat direalisasikan sekiranya para guru menguasai dan menfaatkan pengetahuan ICT dan TMK dalam PNP-nya.

Sewajarnya sebagai seorang guru, kita harus menguasai ilmu ICT ini dalam mempelbagaikan cara penyampaian PNP Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu menguasai kemahiran ini agar proses PNP lebih senang difahami dan diikuti oleh murid kita. Secara tidak langsung, objektif PNP yang dirancngkan dapat dicapai dengan berkesan dan jayanya.

Pelbagai kemahiran TMK yang perlu guru kuasai diabad ini. Ianya dirasakan sebagai sesuatu yang wajib memandangkan tugas guru pada abad ini yang sememangnya lebih mencabar terutamanya apabila berhadapan dengan Genarasi Y atau generasi alaf baru ini. Murid sendiri seawall kecil telah didedahkan dengan pelbagai gajet yang terkini, bijak mengakses pelbagai perisian dan dan galakkan penjaga serta pengaruh persekitaran yang semakin canggih ini, amat menuntut guru menguasai ilmu ini. Paling tidak, guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel, serta mengintegrasikan ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP. Guru juga perlu tahu menyenggara komputer, memasang dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain. Guru perlu meneroka aplikasi atau perisian terkini yang boleh dicadangkan kepada guru untuk disesuaikan dan diintegrasikan dalam PdP.