16
KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MAN GSA PERCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE-13 - 14] Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tanniji Masron, Zulkifli laafar* Abstrak Perbincangan mengenai Kedah tua sering kali mengabaikan faktor-faktor kemerosotan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entreport. Tulisan ini akan cuba membincangkan faktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-13. Pada masa tersebut, diperhatikan telah wujud perubahan pola perdagangan China dengan Asia Tenggara yang disebabkan rampasan kuasa oleh Dinasti Mongol di China. Perubahan dasar perdagangan tersebut menyebabkan Kedah Tua mula kehilangan kepentingannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Pada masa yang sama, wujud perubahan politik yang ketara di Asia Tenggara. Antaranya ialah Kejatuhan Srivijaya-Palembang. Ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara, perluasan kuasa Sukhotai, dan pembebasan Kerajaan Tambralinga dari Srivijaya oleh Raja Candrabhanu. Perubahan yang berlaku telah membawa kepada ketiadaan satu kuasa pusat yang mampu memastikan wujudnya satu dasar perdagangan yang seragam di Selat Melaka. Huraian akan tertumpu kepada ketidaktentuan politik dan sosioekonomi dunia timur mulai kurun ke-13 sehingga kurun ke-14 masihi yang menjadi faktor pemicu kepada kejatuhan Kedah Tua. Pendahuluan Sejak kurun kedua masihi, sudah mula wujud negara-negara kota yang terIetak di pesisir laluan perdagangan di Teluk Bengal, Selat Melaka dan Laut China Selatan. Pembentukan entiti-entiti pelabuhan di tempat-tempat tersebut merupakan hasil interaksi perdagangan antara petempatan pesisir pantai dan pedalaman dengan pedagang luar. Pengaliran keluar komoditi perdagangan dan kemasukan modal membawa kepada perkembangan ekonomi yang mencetuskan penyusunan struktur sosioekonomi. Keadaan ini seterusnya memangkinkan perkembangan hierarki sosial dan petempatan yang membawa kepada kewujudan negara- Zulkifli laafar ialah Pengarab Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Nazarudin Zainun dan Tarmiji Masron ialah pensyarah di Pusat Pengajian I1mu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Nasha Rodziadi Khaw ialah pelajar minor Arkeologi di Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. 52 Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia KEMEROSOTAN KEDAR TUA: MAN GSA PERCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE-13 - 14] Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tarmiji Masron, Zulkifli laafar* Abstrak Perbincangan mengenai Kedah tua sering kali mengabaikan faktor-faktor kemerosotan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entreporl. Tulisan ini akan cuba membincangkanfaktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-J3. Pada masa lersebut, diperhalikan telah wujud perubahan pola perdagangan China dengan Asia Tenggara yang disebabkan rampasan kuasa oleh Dinasti Mongol di China. Perubahan dasar perdagangan tersebut menyebabkan Kedah Tua mula kehilangan kepenlingannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Pada masa yang sarna, wujud perubahan politik yang ketara di Asia Tenggara. Antaranya ialah Kejatuhan Srivijaya-Palembang. Ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara, perluasan kuasa Sukhotai, dan pembebasan Kerajaan Tambralinga dari Srivijaya oleh Raja Candrabhanu. Perubahan yang berlaku lelah membawa kepada ketiadaan salu kuasa pusat yang mampu memastikan wujudnya satu dasar perdagangan yang seragarn di Selal Melaka. Huraian akan terturnpu kepada ketidaktentuan politik dan sosioekonomi dunia timur mulai kllrun ke-13 sehingga kurun ke-14 rnasihi yang rnenjadi faktor pernicll kepada kejatllhan Kedah Tua. Pendahuluan Sejak kurun kedua masihi, sudah mula wujud negara-negara kota yang terletak di pesisir laluan perdagangan di Teluk Bengal, Selat Melaka dan Laut China Selatan. Pembentukan entiti-entiti pelabuhan di tempat-tempat tersebut merupakan hasil interaksi perdagangan an tara petempatan pesisir pantai dan pedalaman dengan pedagang luar. Pengaliran keluar komoditi perdagangan dan kemasukan modal membawa kepada perkembangan ekonomi yang mencetuskan penyusunan struktur sosioekonomi. Keadaan ini seterusnya memangkinkan perkembangan hierarki sosial dan petempatan yang membawa kepada kewujudan negara- Zulkifli laafar ialah Pengarab Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Nazarudin Zainun dan Tarmiji Masron ialah pensyarah di Pusat Pengajian I1mu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Nasha Rodziadi Khaw ialah pelajar minor Arkeologi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 52

KEMEROSOTAN KEDAR TUA: KEMEROSOTAN KEDAH ......membincangkan faktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-13. Pada masa tersebut, diperhatikan telah wujud perubahan pola

  • Upload
    others

  • View
    38

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MAN GSA PERCATURAN POLITIK DAN

    SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE-13 - 14]

    Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tanniji Masron, Zulkifli laafar*

    Abstrak

    Perbincangan mengenai Kedah tua sering kali mengabaikan faktor-faktor kemerosotan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entreport. Tulisan ini akan cuba membincangkan faktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-13. Pada masa tersebut, diperhatikan telah wujud perubahan pola perdagangan China dengan Asia Tenggara yang disebabkan rampasan kuasa oleh Dinasti Mongol di China. Perubahan dasar perdagangan tersebut menyebabkan Kedah Tua mula kehilangan kepentingannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Pada masa yang sama, wujud perubahan politik yang ketara di Asia Tenggara. Antaranya ialah Kejatuhan Srivijaya-Palembang. Ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara, perluasan kuasa Sukhotai, dan pembebasan Kerajaan Tambralinga dari Srivijaya oleh Raja Candrabhanu. Perubahan yang berlaku telah membawa kepada ketiadaan satu kuasa pusat yang mampu memastikan wujudnya satu dasar perdagangan yang seragam di Selat Melaka. Huraian akan tertumpu kepada ketidaktentuan politik dan sosioekonomi dunia timur mulai kurun ke-13 sehingga kurun ke-14 masihi yang menjadi faktor pemicu kepada kejatuhan Kedah Tua.

    Pendahuluan

    Sejak kurun kedua masihi, sudah mula wujud negara-negara kota yang terIetak di pesisir laluan perdagangan di Teluk Bengal, Selat Melaka dan Laut China Selatan. Pembentukan entiti-entiti pelabuhan di tempat-tempat tersebut merupakan hasil interaksi perdagangan antara petempatan pesisir pantai dan pedalaman dengan pedagang luar. Pengaliran keluar komoditi perdagangan dan kemasukan modal membawa kepada perkembangan ekonomi yang mencetuskan penyusunan struktur sosioekonomi. Keadaan ini seterusnya memangkinkan perkembangan hierarki sosial dan petempatan yang membawa kepada kewujudan negara-

    • Zulkifli laafar ialah Pengarab Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Nazarudin Zainun dan Tarmiji Masron ialah pensyarah di Pusat Pengajian I1mu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Nasha Rodziadi Khaw ialah pelajar minor Arkeologi di Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

    52

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAR TUA: MAN GSA PERCATURAN POLITIK DAN

    SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE-13 - 14]

    Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tarmiji Masron, Zulkifli laafar*

    Abstrak

    Perbincangan mengenai Kedah tua sering kali mengabaikan faktor-faktor kemerosotan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entreporl. Tulisan ini akan cuba membincangkanfaktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-J3. Pada masa lersebut, diperhalikan telah wujud perubahan pola perdagangan China dengan Asia Tenggara yang disebabkan rampasan kuasa oleh Dinasti Mongol di China. Perubahan dasar perdagangan tersebut menyebabkan Kedah Tua mula kehilangan kepenlingannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Pada masa yang sarna, wujud perubahan politik yang ketara di Asia Tenggara. Antaranya ialah Kejatuhan Srivijaya-Palembang. Ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara, perluasan kuasa Sukhotai, dan pembebasan Kerajaan Tambralinga dari Srivijaya oleh Raja Candrabhanu. Perubahan yang berlaku lelah membawa kepada ketiadaan salu kuasa pusat yang mampu memastikan wujudnya satu dasar perdagangan yang seragarn di Selal Melaka. Huraian akan terturnpu kepada ketidaktentuan politik dan sosioekonomi dunia timur mulai kllrun ke-13 sehingga kurun ke-14 rnasihi yang rnenjadi faktor pernicll kepada kejatllhan Kedah Tua.

    Pendahuluan

    Sejak kurun kedua masihi, sudah mula wujud negara-negara kota yang terletak di pesisir laluan perdagangan di Teluk Bengal, Selat Melaka dan Laut China Selatan. Pembentukan entiti-entiti pelabuhan di tempat-tempat tersebut merupakan hasil interaksi perdagangan an tara petempatan pesisir pantai dan pedalaman dengan pedagang luar. Pengaliran keluar komoditi perdagangan dan kemasukan modal membawa kepada perkembangan ekonomi yang mencetuskan penyusunan struktur sosioekonomi. Keadaan ini seterusnya memangkinkan perkembangan hierarki sosial dan petempatan yang membawa kepada kewujudan negara-

    • Zulkifli laafar ialah Pengarab Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Nazarudin Zainun dan Tarmiji Masron ialah pensyarah di Pusat Pengajian I1mu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Nasha Rodziadi Khaw ialah pelajar minor Arkeologi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

    52

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    negara kota awal. Kewujudan negara-negara kota di pesisir laluan perdagangan tersebut seperti tercatat di dalam penulisan Ptolemyl, sumber China2, India3 dan Arab.4

    Antara negara-negara kota terse but seperti Tan-Tan, Pan-Pan, Chih- Tu, Lo-Yueh, dan Langkasuka yang terletak di sebelah utara dari Segenting Kra hingga di selatan Semenanjung Tanah Melayu.5 Sumber ekonomi negara-negara kota terse but didasarkan kepada peranannya sebagai kota-pelabuhan yang berfungsi sebagai pusat entrepot atau Jeederport, iaitu pusat pengumpulan dan pengedaran barangan dagangan. Feederport berfungsi mengumpul hasil keluaran tempatan untuk dihantar ke entreport tempat kegiatan perdagangan antarabangsa dijalankan.6

    Negara-negara kota yang ada sebenamya dibayangi oleh empayar-empayar besar yang wujud ketika itu. Empayar-empayar besar ini sentiasa mengambil kesempatan keatas lokasi strategik kota-kota pelabuhan terse but. Tujuannya ialah untuk menguasai perdagangan antarabangsa yang pastinya menjana keuntungan besar. Oleh yang demikian, kota-kota pelabuhan tersebut tidak dapat mengamalkan dasar perdagangan mereka sendiri. Sebaliknya tertakluk secara berterusan di bawah dasar perdagangan yang ditetapkan oleh empayar yang menguasainya.

    Keadaan ini terjadi kerana hampir kesemua kota pelabuhan yang wujud hanya berbentuk petempatan pesisir pantai dan sungai. Mereka tidak mempunyai sumber manusia dan kekuatan politik yang cukup untuk mempertahankan kedaulatan masing-masing, apatah lagi untuk wujud sebagai sebuah entiti politik yang bebas. Kemakmuran kota-kota pelabuhan tersebut sangat bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi serantau yang melibatkan perubahan dasar perdagangan, laluan perdagangan yang digunakan, serta pasang surutnya permintaaan terhadap sesuatu komoditi. 7 Kesemua faktortesebut merupakan hasil daripada percaturan politik dan perubahan dalam pola penguasaan ekonomi kuasa-kuasa besar.

    Perkembangan Awal Kedah Tua

    Kedah Tua terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Lembah Bujang. Kawasannya terletak antara Sg. Muda di Selatan dan Sg. Sala di Utara. 8 Kawasan ini telah mula wujud selewat-Iewatnya sejak awal kurun kedua masihi lagi. Ini dapat dibuktikan berdasarkan

    Paul Wheatley, The Golden Khersonese, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1961, him. 160. 2 O. W. Wolters, PerdaganganAwal Indonesia: Satu KajianAsal Usul Kerajaan Srivijaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 1989, him. 102-10. Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 177-85.

    4 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, hIm. 244-51. Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. Passim.

    6 Leong Sau Heng, "Collecting centres, Feeder points and Entrepots in the Malay Peningsula" dalam J. Kathirithamby-Wells dan John Villiers (eds.), The Southeast Asian Port and Polity: Rise and Demise, Singapore: University of Singapore Press, 1990, him. 23-9.

    7 J. Kathirithamby-Wells, "Introduction: An Overview" dalam 1. Kathirithamby-Wells dan John Villiers (eds.), Southeast Asian Port and Polity, him. 9.

    8 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Mohd Yatim, Antiquities of Bujang Valley, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1990.

    53

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITlK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    negara kota awal. Kewujudan negara-negara kota di pesisir laluan perdagangan tersebut seperti tercatat di dalam penulisan Ptolemyl, sumber China2, India3 dan Arab.4

    Antara negara-negara kota terse but seperti Tan-Tan, Pan-Pan, Chih- Tu, Lo-Yueh, dan Langkasuka yang terletak di sebelah utara dari Segenting Kra hingga di selatan Semenanjung Tanah Melayu.5 Sumber ekonomi negara-negara kota terse but didasarkan kepada peranannya sebagai kota-pelabuhan yang berfungsi sebagai pusat entrepot atau jeederport, iaitu pusat pengumpulan dan pengedaran barangan dagangan. Feederport berfungsi mengumpul hasil keluaran tempatan untuk dihantar ke entre port tempat kegiatan perdagangan antarabangsa dijalankan.6

    Negara-negara kota yang ada sebenamya dibayangi oleh empayar-empayar besar yang wujud ketika itu. Empayar-empayar besar ini sentiasa mengambil kesempatan keatas lokasi strategik kota-kota pelabuhan terse but. Tujuannya ialah untuk menguasai perdagangan antarabangsa yang pastinya menjana keuntungan besar. Oleh yang demikian, kota-kota pelabuhan tersebut tidak dapat mengamalkan dasar perdagangan mereka sendiri. Sebaliknya tertakluk secara berterusan di bawah dasar perdagangan yang ditetapkan oleh empayar yang menguasainya.

    Keadaan ini terjadi kerana hampir kesemua kota pelabuhan yang wujud hanya berbentuk petempatan pesisir pantai dan sungai. Mereka tidak mempunyai sumber manusia dan kekuatan politik yang cukup untuk mempertahankan kedaulatan masing-masing, apatah lagi untuk wujud sebagai sebuah entiti politik yang bebas. Kemakmuran kota-kota pelabuhan tersebut sangat bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi serantau yang melibatkan perubahan dasar perdagangan, laluan perdagangan yang digunakan, serta pasang surutnya permintaaan terhadap sesuatu komoditi. 7 Kesemua faktortesebut merupakan hasil daripada percaturan politik dan perubahan dalam pola penguasaan ekonomi kuasa-kuasa besar.

    Perkembangan Awal Kedah Tua

    Kedah Tua terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Lembah Bujang. Kawasannya terletak an tara Sg. Muda di Selatan dan Sg. Sala di Utara.8 Kawasan ini telah mula wujud selewat-Iewatnya sejak awal kurun kedua masihi lagi. Ini dapat dibuktikan berdasarkan

    Paul Wheatley, The Golden Khersonese, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1961, him. 160. 2 O. W. Wolters, PerdaganganAwal Indonesia: Satu KajianAsal Usul Kerajaan Srivijaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 1989, him. 102-10. Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 177-85.

    4 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 244-51. 5 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. Passim. 6 Leong Sau Heng, "Collecting centres, Feeder points and Entrepots in the Malay Peningsula" dalam J. Kathirithamby-

    Wells dan John Villiers (eds.), The Southeast Asian Port and Polity: Rise and Demise, Singapore: University of Singapore Press, 1990, him. 23-9.

    7 J. Kathirithamby-Wells, "Introduction: An Overview" dalam J. Kathirithamby-Wells dan John Villiers (eds.), Southeast Asian Port and Polity, him. 9.

    8 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Mohd Yatim, Antiquities of Bujang Valley, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1990.

    53

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    sumber penulisan dan sastera India yang ditulis sejak abad kedua masihi lagi.9 Berdasarkan syair-syair Tamil [Pattinappalai dan Silappadikaram]IO dan kesasteraan Sanskrit [Kathasaritsagara] II, diketahui bahawa Kedah Tua ketika itu telah mulai berfungsi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting.

    Kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan menyebabkannya seeara berterusan didominasi oleh kuasa maritim yang mengambil kesempatan ke atas kedudukannya yang strategik untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka. Pada kurun kedua masihi, didapati Kedah Tua didominasi oleh empayar perdagangan Funanl2 sehingga empayar tersebut merosot pada kurun keenam masihi. Selepas pertengahan kurun ketujuh masihi, berlaku perkembangan kuasa talasokrasi kerajaan Kan-To-Li yang membawa kepada pembentukan empayar perdagangan Srivijaya-Palembang. 13

    Sebagai sebuah empayar perdagangan, Srivijaya telah memulakan proses pasifikasi kota-kota pelabuhan di pesisir laluan perdagangan untuk memonopoli perdagangan antarabangsa di Selat Melaka. 14 Kedah Tua adalah salah sebuah daripada kota pelabuhan tersebut. 15 Para pengkaji pereaya bahawa Srivijaya terus menguasai Kedah Tua sehingga ke kurun ke-13 masihi l6 sehingga empayar tersebut kehilangan kedaulatannya kepada kuasa Singhasari dalam ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara. 17

    Kewujudan dan kemakmuran Kedah Tua dapat dibuktikan melalui jumpaan arkeologi di Lembah Bujang. 18 Kebanyakanjumpaan tersebut terdiri daripada monumen eandi Hindu-Buddha, seramik, porselin, manik dan eebisan area yang ditemui di sekitar Sungai Muda l9

    dan Sungai Bujang.20 Berdasarkan kepada penemuan-penemuan di kawasan-kawasan tersebut, pelbagai tesis telah dikemukakan mengenai perkembangan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Walau bagaimanapun, kewujudan Kedah Tua sebagai sebuah entiti politik masih belum dapat dibuktikan.21 Hal ini kerana sehingga kini masih belum

    9 Roland Braddell, "The Study of Ancient Times in The Malay Peningsula and Straits of Malacca" dalam Malayan Branch of Royal Asiatic Studies, 1980, him. 343.

    10 Roland Braddell, "The Study of Ancient Times in The Malay Peningsula and Straits of Malacca", him. 343. II Paul Wheatley, The Golden Khersonese, hIm. 180. 12 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, London: Bernard Quaritch Ltd, 1976, hIm. 62. 13 O. W Wolters, PerdaganganAwal Indonesia, hIm. 279-8\. 14 Perkataan Selat Melaka adalah istilah mod en yang dipercayai digunapakai semasa dan sesudah wujudnya kerajaan

    Melayu Melaka pada kurun ke-IS. Sedangkan Kedah Tua sudahpun bermula dari seawal kurun kedua masihi lagi. Istilah geografi ini dipinjamkan untuk menggambarkan keadaan sebelumnya.

    15 O. W. Wolters, PerdaganganAwallndonesia, hIm. 275. 16 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 164 dan K. A. Nilakantha Sastri, History of

    Srivijaya (Sir William Meyer Lectures, 1946-1947), Madras: University of Madras, 1949, hIm. 95. 17 K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam Buletin l'Ecole Fran,ais d'extreme-Oriente, Hanoi, tome XL, 1940, him.

    299. 18 Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Mohd. Yatim, Warisan Lembah Bujang, Bangi: Ikatan

    Ahli Arkeologi Malaysia, 1992 dan H. G. Quaritch-Wales, " Archaeological Research on Ancient Indian Colonization in Malaya" dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Studies, 1940: 20, I.

    19 Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Kamaruddin Zakaria, "Recent Archaeological Discoveries in Kedah", dalam Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Studies, Jihd LXVI Bahagian 2,1993, hIm. 73-80.

    20 Lihat Leong Sau Heng, "A Study of Ceramic Deposits from Pengkalan Bujang, Kedah", dalam Tesis Sarjana, Tidak diterbitkan, Universiti Malaya, 1973.

    21 Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, "Pensejarahan Kedah Tua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India", Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia [Purba], Bit 26 - 2007, him 175.

    54

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYS[A DAR[ SEG[ SEJARAH

    sumber penulisan dan sastera India yang ditulis sejak abad kedua masihi lagi.9 Berdasarkan syair-syair Tamil [Pattinappalai dan Silappadikaram]IO dan kesasteraan Sanskrit [Kathasaritsagara] II, diketahui bahawa Kedah Tua ketika itu telah mulai berfungsi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting.

    Kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan menyebabkannya secara berterusan didominasi oleh kuasa maritim yang mengambil kesempatan ke atas kedudukannya yang strategik untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka. Pada kurun kedua masihi, didapati Kedah Tua didominasi oleh empayar perdagangan Funanl2 sehingga empayar tersebut merosot pada kurun keenam masihi . Selepas pertengahan kurun ketujuh masihi, berlaku perkembangan kuasa talasokrasi kerajaan Kan-To-Li yang membawa kepada pembentukan empayar perdagangan Srivijaya-Palembang. 13

    Sebagai sebuah empayar perdagangan, Srivijaya telah memulakan proses pasifikasi kota-kota pelabuhan di pesisir laluan perdagangan untuk memonopoli perdagangan antarabangsa di Selat Melaka. 14 Kedah Tua adalah salah sebuah daripada kota pelabuhan tersebut. 15 Para pengkaji percaya bahawa Srivijaya terus menguasai Kedah Tua sehingga ke kurun ke-13 masihi 16 sehingga empayar tersebut kehilangan kedaulatannya kepada kuasa Singhasari dalam ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara. 17

    Kewujudan dan kemakrnuran Kedah Tua dapat dibuktikan melalui jumpaan arkeologi di Lembah Bujang. 18 Kebanyakanjumpaan tersebut terdiri daripada monumen eandi Hindu-Buddha, seramik, porselin, manik dan eebisan area yang ditemui di sekitar Sungai Muda l9

    dan Sungai Bujang.20 Berdasarkan kepada penemuan-penemuan di kawasan-kawasan tersebut, pelbagai tesis telah dikemukakan mengenai perkembangan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Walau bagaimanapun, kewujudan Kedah Tua sebagai sebuah entiti politik masih belum dapat dibuktikan. 21 Hal ini kerana sehingga kini masih belum

    9 Roland Braddell, "The Study of Ancient Times in The Malay Peningsula and Straits of Malacca" dalam Malayan Branch of Royal Asiatic Studies, 1980. him. 343.

    10 Roland Braddell, 'The Study of Ancient Times in The Malay Peningsula and Straits of Malacca", him. 343. II Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 180. 12 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, London: Bernard Quaritch Ltd, [976, him. 62. [3 O. W Wolters, Perdagangan Awa[ Indonesia, him. 279-81. 14 Perkataan Selat Melaka adalah istilah mod en yang dipercayai digunapakai semasa dan sesudah wujudnya kerajaan

    Melayu Mel aka pada kurun ke-15. Sedangkan Kedah Tua sudahpun bermula dari seawal kurun kedua masihi lagi . Istilah geografi ini dipinjamkan untuk menggambarkan keadaan sebelumnya.

    15 O. W Wolters, PerdaganganAwal Indonesia, him. 275. 16 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 164 dan K. A. Nilakantha Sastri, History of

    Srivijaya (Sir William Meyer Lectures, 1946-[947), Madras: University of Madras, 1949, him. 95. 17 K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam Buletin l'Ecole Fran,ais d'extreme-Oriente, Hanoi, tome XL, 1940, him.

    299. 18 Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Othman Mohd. Yatim, Warisan Lembah Bujang, Bangi : [katan

    Ahii Arkeologi Malaysia, 1992 dan H. G. Quaritch-Wales," Archaeological Research on Ancient lndian Colonization in Malaya" dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Studies, 1940: 20, I.

    19 Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Kamaruddin Zakaria, "Recent Archaeological Discoveries in Kedah", dalam Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Studies, Jilid LXVI Bahagian 2,1993, hIm. 73-80.

    20 Lihat Leong Sau Heng, " A Study of Ceramic Deposits rrom Pengkalan Bujang, Kedah", dalam Tesis Sarjana, Tidak diterbitkan, Universiti Malaya, 1973.

    21 Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, "Pensejarahan Kedah Tua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India", Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia [Purba], BiL 26 - 2007, him 175.

    S4

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    ditemui sebarang prasasti [batu bersurat] atau apa-apa tinggalan yang dapat mengesahkan kedudukan Kedah Tua sebagai sebuah entiti politik dengan struktur birokrasi yang tertentu.

    Perkembangan Kedah Tua dapat dibahagikan kepada dua fasa utamaY Dalam fasa pertama [kurun keempat sehingga kurun ke-IO masihi], pelabuhan Kedah Tua berpusat di sekitar Sungai Mas yang merupakan eabang dari Sungai Muda. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada jumpaan prasasti Buddha dan Buddhagupta, seramik dan porselin serta area-area yang hampir keseluruhannya dapat ditarikhkan dari kurun kelima masihi. 23

    Fasa kedua [bermula dari kurun ke-ll sehingga kurun ke-13 masihi] pula melibatkan perkembangan hebat Pengkalan Bujang sebagai sebuah pusat entrepot. Ini dibuktikan melalui jumpaan longgokan seramik Song-Yuan, kaca dari Asia Barat, manik, monumen Candi Hindu-Buddha dan eebisan logam serta ukiran batu. Penemuan-penemuan ini jelas membuktikan kepentingan Pengkalan Bujang sebagai sebuah pelabuahan entrepot yang amat penting dan dilawati oleh kapal-kapal dagang dari timur dan barat pada kurun ke-ll hingga kurun ke-13 masihi.24

    Perubahan pusat pelabuhan dan kemasyhuran Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan sebenarnya bukan hanya disebabkan oleh faktor intristik seperti faktor semulajadi [Iokasi strategik, muara Sungai Merbok yang terlindung dan kewujudan Gunung Jerai], tetapi amat bergantung kepada faktor ekstensifyang merupakan faktor peneetus dari tamadun-tamadun yang mengapitnya di Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada ketika itu. Perkembangan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan diperhatikan amat bergantung kepada persekitaran politik dan ekonomi dunia luar.25

    Antara kurun kedua hingga kurun keempat masihi, diketahui bahawa Kedah Tua telah mula wujud sebagai sebuah pelabuhan perdagangan berdasarkan kepada sumber penulisan India.26 Jumpaan arkeologi yang dapat dipertarikhkan pada sekitar jangkamasa tersebut di Sungai Mas adalah amat kurang. Berdasarkan kajian terhadap seramik-seramik yang ditemui, perkembangan sebenar Kedah Tua di Sungai Mas euma bermula pada kurun keenam masihi.27 Kesimpulan ini sebenarnya adalah konsisten dengan perkembangan kuasa talasokrasi Funan dengan pelabuhan entrepotnya di Oe-Eo28 yang menjadi pusat tumpuan pedagang China dan India.

    22 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, "Art. Archaeology, and The Early Kingdom in The Malay Peningsula and Sumatra". Tesis Kedoktoran, London: University of London. Tidak diterbitkan, 1984, him. 238-9.

    23 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Kamarudin Zakaria, "Recent Archaeological Discoveries in Kedah", him. 73-80.

    24 Leong Sau Heng, "Collecting Centres, Feeder Points and Entrepots", dalam J. Kathirithamby-Wells dan John Villiers (ed.), Southeastasian Port and Polity, Singapore: Singapore University Press, 1990, him. 27-8.

    25 Hal ini akan dibincangkan di bawah. 26 Roland Braddell, The Study of Ancient times, him. 343 dan Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 180. 27 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdull Rahman, Art, Archaeology and The Early Kingdom, him. 238. 28 George Coedes. The Indianized States of Souteast Asia, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1968, him. 40-1

    dan 46-7 dan Michael Vickery. Society, Economic and Politic of Pre Angkor Cambodia, Tokyo: The centre fo East Asian Cultural Studies for UNESCO, 1998, him. 19.

    55

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLlTIK DAN SOSIOEKONOMl DUNlA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    ditemui sebarang prasasti [batu bersurat] atau apa-apa tinggalan yang dapat mengesahkan kedudukan Kedah Tua sebagai sebuah entiti politik dengan struktur birokrasi yang tertentu.

    Perkembangan Kedah Tua dapat dibahagikan kepada dua fasa utamaY Dalam fasa pertama [kurun keempat sehingga kurun ke-IO masihi], pelabuhan Kedah Tua berpusat di sekitar Sungai Mas yang merupakan eabang dari Sungai Muda. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada jumpaan prasasti Buddha dan Buddhagupta, seramik dan porselin serta area-area yang hampir keseluruhannya dapat ditarikhkan dari kurun kelima masihiY Fasa kedua [bermula dari kurun ke-ll sehingga kurun ke-13 masihi] pula melibatkan perkembangan hebat Pengkalan Bujang sebagai sebuah pusat entrepot. lni dibuktikan melalui jumpaan longgokan seramik Song-Yuan, kaea dari Asia Barat, manik, monumen Candi Hindu-Buddha dan eebisan logam serta ukiran batu. Penemuan-penemuan ini jelas membuktikan kepentingan Pengkalan Bujang sebagai sebuah pelabuahan entrepot yang am at penting dan dilawati oleh kapal-kapal dagang dari timur dan barat pada kurun ke-ll hingga kurun ke-13 masihi.24

    Perubahan pusat pelabuhan dan kemasyhuran Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan sebenamya bukan hanya disebabkan oleh faktor intristik seperti faktor semulajadi [lokasi strategik, muara Sungai Merbok yang terlindung dan kewujudan Gunung Jerai], tetapi amat bergantung kepada faktor ekstensifyang merupakan faktor peneetus dari tamadun-tamadun yang mengapitnya di Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada ketika itu. Perkembangan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan diperhatikan amat bergantung kepada persekitaran politik dan ekonomi dunia luar.25

    Antara kurun kedua hingga kurun keempat masihi, diketahui bahawa Kedah Tua telah mula wujud sebagai sebuah pelabuhan perdagangan berdasarkan kepada sumber penulisan India.26 Jumpaan arkeologi yang dapat dipertarikhkan pada sekitar jangkamasa tersebut di Sungai Mas adalah amat kurang. Berdasarkan kajian terhadap seramik-seramik yang ditemui, perkembangan sebenar Kedah Tua di Sungai Mas euma bermula pada kurun keenam masihiY Kesimpulan ini sebenamya adalah konsisten dengan perkembangan kuasa talasokrasi Funan dengan pelabuhan entrepotnya di Oe-Eo28 yang menjadi pusat tumpuan pedagang China dan India.

    22 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, "Art, Archaeology, and The Early Kingdom in The Malay Peningsula and Sumatra", Tesis Kedoktoran, London: University of London, Tidak diterbitkan, 1984, him. 238-9.

    23 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Kamarudin Zakaria, "Recent Archaeological Discoveries in Kedah", him. 73-80.

    24 Leong Sau Heng, "Collecting Centres, Feeder Points and Entrepots", dalam J. Kathirithamby-Wells dan John Villiers (ed.l, Southeastasian Port and Polity, Singapore: Singapore University Press, 1990, hIm. 27-8.

    25 Hal ini akan dibincangkan di bawah. 26 Roland Braddell, The Study of Ancient times, hIm. 343 dan Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 180. 27 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdull Rahman, Art, Archaeology and The Early Kingdom, hIm. 238. 28 George Coedes, The Indianized States of Souteast Asia, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, \ 968, him. 40-1

    dan 46-7 dan Michael Vickery, Society, Economic and Politic of Pre Angkor Cambodia, Tokyo: The centre fo East Asian Cultural Studies for UNESCO, 1998, him. 19.

    55

  • MALAYSIADARI SEGI SEJARAH

    Dalam jangkamasa tersebut, diperhatikan bahawa perkembangan Kedah Tua adalah agak terhad. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh dasar perdagangan kuasa maritim Funan yang memusatkan kepentingan-kepentingan perdagangannya di Oc-Eo melalui pasifikasi kota-kota pelabuhan yang lain. Para pengkaji percaya bahawa besar kemungkinan Kedah Tua pad a masa ini cuma berfungsi sebagai feeder pOints29 kepada pelabuhan Oc-Eo. Artifak-artifak yang ditemui yang terdiri daripada seramik Tang di Sungai Mas30 mewakili zaman kemerosotan kuasa maritim Funan yang menyebabkan pelabuhan Kedah Tua dapat berkembang secara bebas tanpa kawalan untuk sementara waktu. Hal ini dibuktikan lagi dengan penghantaran ufti dari Kedah Tua ke China pada tahun 638 masihiY

    Bermula pada kurun ketujuh, perdagangan di Sungai Mas telah berkembang dengan pesat berdasarkan kepadajumpaan seramik zaman Tang [618-906 masihi] dalam kuantiti yang amat banyak. Sungai Mas terus berkembang sebagai sebuah pelabuhan yang penting berdasarkan kepada jumpaan seramik-seramik China zaman seterusnya sehingga kurun ke-II masihi. 32 Perkembangan dari kurun ketujuh hingga kurun ke-II adalah selari dengan perkembangan kuasa maritim Srivijaya yang merupakan kuasa perdagangan yang menguasai pelabuhan Kedah Tua. Kemungkinan dasar yang diamalkan oleh Srivijaya telah memangkinkan perkembangan pelabuhan tersebut.

    Kebangkitan Kedah tua merupakan kesan daripada perkembangan politik dan sosioekonomi tempatan yang membawa kepada impak yang menguntungkan pelabuhan tersebut. Kemakmuran Kedah Tua bukanlah disebabkan oleh lokasinya yang strategik atau keadaan geografinya semata-mata, tetapi jelas berpunca daripada percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur. Faktor luar yang menyebabkan kebangkitan Kedah Tua mendatangkan kesan yang sebaliknya bermula pada kurun ke-13. Tulisan ini cuba mempertimbangkan sejauhmana faktor percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur pada kurun ke-13 dan kurun ke-14 membawa kepada kemerosotan Kedah Tua.

    Kedah Tua kurun ke-12 hingga 13 masihi

    Pada kurun ke-12 hingga 13 masihi, diperhatikan telah berlaku perubahan-perubahan politik dan sosioekonomi yang memberikan kesan langsung kepada perdagangan di Asia Tenggara. Keadaan ini tentunya meninggalkan kesan kepada pelabuhan-pelabuhan entrepot di pesisir Selat Melaka, terutamanya di Kedah Tua. Para pengkaji percaya bahawa pada penghujung kurun ke -13 masihi, Kedah Tua telah mula berada diambang kemerosotan.

    29 Feeder Port merupakan pusat-pusat tempat komoditi perdagangan dihasilkan atau dikumpul. Entrepot pula merupakan tempat komoditi-komoditi perdagangan dari beberapa Feeder Port dikumpulkan dan diperdagangkan. Lihat Leong Sau Heng, "Collecting centres, Feeder Points and Entrepots", him. 29-30.

    30 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, "Recent Archaeological Discoveries" him. 73-5. 3 I Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 119. 32 Seramik lain yang ditemui ialah seramik Song [960-1279 masihi], Lima Dinasti [907-960], dan tembikar batu Yueh,

    tembikar jenis Samarra dan Celadon Lung-Chuan. Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Kamarudin Zakaria, " The recent Archaeological Discoveries in Kedah", him. 78.

    56

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Dalam jangkamasa tersebut, diperhatikan bahawa perkembangan Kedah Tua adalah agak terhad. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh dasar perdagangan kuasa maritim Funan yang memusatkan kepentingan-kepentingan perdagangannya di Oc-Eo melalui pasifikasi kota-kota pelabuhan yang lain. Para pengkaji percaya bahawa besar kemungkinan Kedah Tua pad a masa ini cum a berfungsi sebagai feeder pOints29 kepada pelabuhan Oc-Eo. Artifak-artifak yang ditemui yang terdiri daripada seramik Tang di Sungai Mas30 mewakili zaman kemerosotan kuasa maritim Funan yang menyebabkan pelabuhan Kedah Tua dapat berkembang secara be bas tanpa kawalan untuk sementara waktu. Hal ini dibuktikan lagi dengan penghantaran ufti dari Kedah Tua ke China pada tahun 638 masihi. 31

    Bermula pada kurun ketujuh, perdagangan di Sungai Mas telah berkembang dengan pesat berdasarkan kepada jumpaan seramik zaman Tang [618-906 masihi] dalam kuantiti yang amat banyak. Sungai Mas terus berkembang sebagai sebuah pelabuhan yang penting berdasarkan kepada jumpaan seramik-seramik China zaman seterusnya sehingga kurun ke-ll masihi. 32 Perkembangan dari kurun ketujuh hingga kurun ke-ll adalah selari dengan perkembangan kuasa maritim Srivijaya yang merupakan kuasa perdagangan yang menguasai pelabuhan Kedah Tua. Kemungkinan dasar yang diamalkan oleh Srivijaya telah memangkinkan perkembangan pelabuhan tersebut.

    Kebangkitan Kedah tua merupakan kesan daripada perkembangan politik dan sosioekonomi tempatan yang membawa kepada impak yang menguntungkan pelabuhan terse but. Kemakmuran Kedah Tua bukanlah disebabkan oleh lokasinya yang strategik atau keadaan geografinya semata-mata, tetapi jelas berpunca daripada percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur. Faktor luar yang menyebabkan kebangkitan Kedah Tua mendatangkan kesan yang sebaliknya bermula pada kurun ke-l3. Tulisan ini cuba mempertimbangkan sejauhmana faktor percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur pada kurun ke-13 dan kurun ke-14 membawa kepada kemerosotan Kedah Tua.

    Kedah Tua kurun ke-12 hingga 13 masihi

    Pada kurun ke-12 hingga 13 masihi, diperhatikan telah berlaku perubahan-perubahan politik dan sosioekonomi yang memberikan kesan lang sung kepada perdagangan di Asia Tenggara. Keadaan ini tentunya meninggalkan kesan kepada pelabuhan-pelabuhan entrepot di pesisir Selat Melaka, terutamanya di Kedah Tua. Para pengkaji percaya bahawa pada penghujung kurun ke -13 masihi, Kedah Tua telah mula berada diambang kemerosotan.

    29 Feeder Port merupakan pusat-pusat tempat komoditi perdagangan dihasilkan atau dikumpul. Entrep6t pula merupakan tempat komoditi-komoditi perdagangan dari beberapa Feeder Port dikumpulkan dan diperdagangkan. Lihat Leong Sau Heng, "Collecting centres, Feeder Points and Entrepots", him. 29-30.

    30 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, "Recent Archaeological Discoveries" him. 73-5. 31 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 119. 32 Seramik lain yang ditemui ialah seramik Song [960-1279 masihi], Lima Dinasti [907-960], dan tembikar balu Yueh,

    tembikar jenis Samarra dan Celadon Lung-Chuan. Lihat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Kamarudin Zakaria, " The recent Archaeological Discoveries in Kedah", him. 78.

    56

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kewujudan lapisan stratigrafi kosong yang terdiri daripada tanah mendapan aluvium di atas lapisan zaman Song-Yuan33 serta kekurangan artifak yang dapat dipertarikhkan pada zaman terse but. Kewujudan satu lapisan kosong tersebut membawa kepada interpretasi bahawa pelabuhan Kedah Tua telah mula diabaikan selepas kurun ke-13 masihi.

    Kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan terus merosot pada kurun ke-14 masihi apabila kawasan ini dijajah oleh kuasa agraris Majapahit34 dan lenyap selepas kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Faktor-faktor perubahan persekitaran ekologi, sosioekonomi dan percaturan politik pada penghujung kurun ke-13 dan awal kurun ke-14 merupakan faktor pemicu yang membawa kepada kehilangan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan.

    Pada kurun kesembilan hingga kurun ke-Il diperhatikan pelabuhan Kedah Tua berpindah ke Pengkalan Bujang dan ini dibuktikan melaluijumpaan seramik-seramik dari zaman Song di sana seperti telah dibahas di atas. 35 Pengkalan Bujang terletak di Sungai Bujang, yakni salah satu cabang dan Sungai Merbok yang mempunyai muara jauh lebih luas dari Sungai Muda. Keadaan ini tentunya boleh memuatkan lebih banyak kapal untuk berlabuh dan berurusan dalam satu-satu masa. Oleh itu, salah satu daripada faktor perubahan pusat pelabuhan adalah disebabkan pelabuhan di Sungai Muda sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kapal berlabuh yang semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa kegiatan perdagangan di kawasan ini menjadi semakin pesat bermula dari kurun ke-II masihi. Kepesatan terse but dapat dibuktikan denganjumpaan-jumpaan seramik, tembikar, manik dan barangan kaca yang menunjukkan bahawa pernah wujudnya perdagangan antarabangsa yang amat pesat di sana.36

    Di samping itu, berdasarkan kepada catatan Chu Fan Shih, turut direkodkan mengenai kewujudan kapal dari Kedah Tua yang berdagang dengan India. 37 Hal ini menunjukkan bahawa Kedah Tua juga dapat berdagang atas inisiatif sendiri bagi pihak Srivijaya. Perkara ini berkait rapat dengan kebolehan empayar Srivijaya yang mampu mengawal jaringan perdagangan dengan memastikan kapal-kapal yang datang berdagang singgah di pelabuhan entrepotnya, term as uk di Kedah Tua. 38 Pola perdagangan yang diterapkan oleh empayar Srivijaya yang menguasai Kedah Tua ini menjadi antara resepi yang membawa kepada kejayaan Kedah Tua.

    Perkembangan pad a kurun ke-Il hingga 13 masihi merupakan hasil daripada suatu kesinambungan dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya sejak kurun ketujuh masihi

    33 Jane. S. Allen., "Trade, Transportation, and Tributaries: Exchange, Agriculture and Settlement Distribution in Early Historic-Period Kedah, Malaysia", Tesis Kedoktoran, Hawaii: University of Hawaii, Tidak diterbitkan, 1988. hIm. 369 dan Michel Jacq-Hergouolac'h, The Malay Peningsula: Crossroads of the Maritime Silk Road [100BC-1300AD], Leiden: Koninklijk Brill N. v., 2002, him. 451.

    34 Keda [Kedah] dan Jere [Lernbah MerOOk] tersenarai sebagaijajahan Majapahit di dalam penulisan Nagarakretagarna. Lihat Siametmujiana, A Story ofMajapahit, Singapore: Singapore University Press Ltd, 1976, hIm. 138-9.

    35 Lihat Jane S. Allen, "Trade, Transportation and Tributaries", him. 412-32. 36 Michel Jacq-Hergoua1c 'h, The Malay Peningsula, hIm. 444-9. 37 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 72. 38 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 157.

    57

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kewujudan lapisan stratigrafi kosong yang terdiri daripada tanah mendapan aluvium di atas lapisan zaman Song-Yuan33 serta kekurangan artifak yang dapat dipertarikhkan pada zaman terse but. Kewujudan satu lapisan kosong tersebut membawa kepada interpretasi bahawa pelabuhan Kedah Tua telah mula diabaikan selepas kurun ke-13 masihi.

    Kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan terus merosot pada kurun ke-14 masihi apabila kawasan ini dijajah oleh kuasa agraris Majapahit34 dan lenyap selepas kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Faktor-faktor perubahan persekitaran ekologi, sosioekonomi dan percaturan politik pada penghujung kurun ke-13 dan awal kurun ke-14 merupakan faktor pemicu yang membawa kepada kehilangan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan.

    Pada kurun kesembilan hingga kurun ke-ll diperhatikan pelabuhan Kedah Tua berpindah ke Pengkalan Bujang dan ini dibuktikan melaluijumpaan seramik-seramik dari zaman Song di sana seperti telah dibahas di atas.35 Pengkalan Bujang terletak di Sungai Bujang, yakni salah satu cabang dari Sungai Merbok yang mempunyai muara jauh lebih luas dari Sungai Muda. Keadaan ini tentunya boleh memuatkan lebih banyak kapal untuk berlabuh dan berurusan dalam satu-satu masa. Oleh itu, salah satu daripada faktor perubahan pusat pelabuhan adalah disebabkan pelabuhan di Sungai Muda sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kapal berlabuh yang semakin meningkat. lni menunjukkan bahawa kegiatan perdagangan di kawasan ini menjadi semakin pesat bermula dari kurun ke-11 masihi. Kepesatan tersebut dapat dibuktikan denganjumpaan-jumpaan seramik, tembikar, manik dan barangan kaca yang menunjukkan bahawa pernah wujudnya perdagangan antarabangsa yang amat pesat di sana.36

    Oi samping itu, berdasarkan kepada catatan Chu Fan Shih, turut direkodkan mengenai kewujudan kapal dari Kedah Tua yang berdagang dengan lndia. 37 Hal ini menunjukkan bahawa Kedah Tua juga dapat berdagang atas inisiatif sendiri bagi pihak Srivijaya. Perkara ini berkait rapat dengan kebolehan empayar Srivijaya yang mampu mengawal jaringan perdagangan dengan memastikan kapal-kapal yang datang berdagang singgah di pelabuhan enfrepotnya, termasuk di Kedah Tua. 38 Pola perdagangan yang diterapkan oleh empayar Srivijaya yang menguasai Kedah Tua ini menjadi an tara resepi yang membawa kepada kejayaan Kedah Tua.

    Perkembangan pada kurun ke-I1 hingga 13 masihi merupakan hasil daripada suatu kesinambungan dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya sejak kurun ketujuh masihi

    33 Jane. S. Allen., "Trade, Transportation, and Tributaries: Exchange, Agriculture and Settlement Distribution in Early Historic-Period Kedah, Malaysia", Tesis Kedoktoral\, Hawaii : University of Hawaii, Tidak diterbitkan, 1988. hIm. 369 dan Michel Jacq-Hergouolac'h, The Malay Peningsula: Crossroads of the Maritime Silk Road [I 00BC-1300AD], Leiden: Koninklijk Brill N. v., 2002, him. 451.

    34 Keda [Kedah] dan Jere [Lembah Merbok] tersenarai sebagai jajahan Majapahit di dalam penulisan Nagarakretagama. Lihat Siametmujiana, A Story of Majapahit, Singapore: Singapore University Press Ltd, 1976, him. 138-9.

    35 Lihat Jane S. Allen, "Trade, Transportation and Tributaries", him. 412-32. 36 Michel Jacq-Hergoua\c'h, The Malay Peningsula, him. 444-9. 37 Paul Wheatley, The Golden Khersonese, him. 72. 38 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 157.

    57

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    lagi. Dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya menentukan pol a perdagangan di Selat Melaka. Naik turunnya nasib sesebuah kota pelabuhan amat bergantung kepadajumlah pedagang yang melawati pelabuhan-pelabuhan tersebut. Dalam hal ini diperhatikan bahawa nasib Kedah Tua secara eksklusif bergantung kepada dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya.

    Dasar Srivijaya tentunya menyokong kewujudan pelabuhan terse but sebagai pelabuhan entrepot kedua selepas Malayu-lambi atau Srivijaya-Palembang. Walau bagaimanapun, kemakmuran perdagangan Kedah Tua yang dipus atkan di Pelabuhan Pengkalan Bujang adalah suatu permulaan kepada kejatuhannya. Selepas keruntuhan Srivijaya pada penghujung kurun ke-13, perkembangan Kedah Tua tidak lagi didokong oJeh dasar talasokrasi Srivijaya dan muJa terdedah kepada persekitaran politik dan ekonomi dunia Juar.

    Faktor percaturan politik dan sosioekonomi antara kerajaan-kerajaan yang berpengaruh ketika itu memainkan peranan penting dalam menentukan nasib dan poJa perdagangan di Selat Melaka. Percaturan mereka inilah yang menentukan nasib pelabuhan di bawah naungan mereka termasukJah Kedah Tua. Oleh kerana kekuatan Srivijaya sebelum kurun ke-13 masih dapat menampan pengaruh-pengaruh luar tersebut maka kepentingan perdagangannya di Kedah Tua pada masa itu terseJamat daripada sebarang ancaman Juar.

    Pada kurun ketujuh masihi, kerajaan Chen-La yang seterusnya berkembang menjadi kerajaan Pra-Angkor merupakan sebuah kerajaan agraris yang tidak memberi persaingan terhadap perkembangan ekonomi di SeJat MeJaka. Mereka juga tidak mengamalkan dasar perluasan tanahjajahan ke selatan Segenting Kra. Pada masa yang sarna, kerajaan Mataram yang sedang berkembang di lawa Tengah pada permulaan kurun kelapan masihi juga merupakan kerajaan agraris yang tidak memberi sebarang persaingan kepada empayar Srivijaya. Kerajaan ini juga dikatakan belum mampu mengancam kedaulatan empayar perdagangan terse but. Perkembangan politik pada ketika itu jelas memperlihatkan bahawa dua-dua kerajaan agraris tersebut mengapit empayar Srivijaya. Kerajaan Pra-Angkor di utara dan kerajaan Mataram di selatan jeJas tidak berminat atau tidak mampu untuk mempertikaikan hegemoni empayar Srivijaya terhadap Selat Melaka.

    Tidak dinafikan bahawa kadangkaJa wujud juga sedikit konflik bersenjata antara kuasa-kuasa agraris tersebut dengan Srivijaya. Serangan-serangan kerajaan Mataram39 dan Angkor40 terse but tidak mendatangkan kesan yang besar terhadap penguasaan Srivijaya di Selat Melaka dan kemasyhuran pelabuhan entre pot Kedah Tua. Kekuatan Srivijaya ini tentunya dipengaruhi oleh kekayaan materiaJ yang dimilikinya melalui dasar monopoli perdagan-gannya dengan China. Kekayaan ini dapat digunakannya untuk menghadapi ancaman-ancaman terse but.

    39 Adalah diketahui bahawa kerajaan Mataram di bawah pemerintahan Raja Dharmawangsa Tguh pernah menyerang Srivijaya-Palembang pada penghujung kurun ke-IO. Lihat Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasional Indonesia II, Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1984, him. 173.

    40 Dalam Serangan Raja Chola pada tahun 1012 masihi, dipercayai bahawa Raja Suryavarman I dari Angkor telah membantu Raja Rajendrachola I untuk menyerbu Kataha, yang pada masa itu diperintah oleh Maravijayotunggavarman. Lihat George Coedes, The Indianized States of Southeast Asia, him. 136.

    58

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    lagi . Dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya menentukan pola perdagangan di Selat Melaka. Naik turunnya nasib sesebuah kota pelabuhan amat bergantung kepada jum lah pedagang yang melawati pelabuhan-pelabuhan tersebut. Dalam hal ini diperhatikan bahawa nasib Kedah Tua secara eksklusif bergantung kepada dasar perdagangan yang diamalkan oleh Srivijaya.

    Dasar Srivijaya tentunya menyokong kewujudan pelabuhan tersebut sebagai pelabuhan entrepot kedua selepas Malayu-Jambi atau Srivijaya-Palembang. Walau bagaimanapun, kemakmuran perdagangan Kedah Tua yang dipusatkan di Pelabuhan Pengkalan Bujang adalah suatu permulaan kepada kejatuhannya. Selepas keruntuhan Srivijaya pada penghujung kurun ke-13, perkembangan Kedah Tua tidak lagi didokong oleh dasar talasokrasi Srivijaya dan mula terdedah kepada persekitaran politik dan ekonomi dunia luar.

    Faktor percaturan politik dan sosioekonomi antara kerajaan-kerajaan yang berpengaruh ketika itu memainkan peranan penting dalam menentukan nasib dan pola perdagangan di Selat Melaka. Percaturan mereka inilah yang menentukan nasib pelabuhan di bawah naungan mereka termasuklah Kedah Tua. Oleh kerana kekuatan Srivijaya sebelum kurun ke-13 masih dapat men amp an pengaruh-pengaruh luar tersebut maka kepentingan perdagangannya di Kedah Tua pada masa itu terselamat daripada sebarang ancaman luar.

    Pada kurun ketujuh masihi, kerajaan Chen-La yang seterusnya berkembang menjadi kerajaan Pra-Angkor merupakan sebuah kerajaan agraris yang tidak memberi persaingan terhadap perkembangan ekonomi di Selat Melaka. Mereka juga tidak mengamalkan dasar perluasan tanah jajahan ke selatan Segenting Kra. Pad a masa yang sarna, kerajaan Mataram yang sedang berkembang di Jawa Tengah pada permulaan kurun kelapan masihi juga merupakan kerajaan agraris yang tidak memberi sebarang persaingan kepada empayar Srivijaya. Kerajaan ini juga dikatakan belum mampu mengancam kedaulatan empayar perdagangan tersebut. Perkembangan politik pada ketika itujelas memperlihatkan bahawa dua-dua kerajaan agraris tersebut mengapit empayar Srivijaya. Kerajaan Pra-Angkor di utara dan kerajaan Mataram di selatan jelas tidak berminat atau tidak mampu untuk mempertikaikan hegemoni empayar Srivijaya terhadap Selat Melaka.

    Tidak dinafikan bahawa kadangkala wujud juga sedikit konflik bersenjata antara kuasa-kuasa agraris tersebut dengan Srivijaya. Serangan-serangan kerajaan Mataram39 dan Angkor40 tersebut tidak mendatangkan kesan yang besar terhadap penguasaan Srivijaya di Selat Melaka dan kemasyhuran pelabuhan entrepot Kedah Tua. Kekuatan Srivijaya ini tentunya dipengaruhi oleh kekayaan material yang dimilikinya melalui dasar monopoli perdagan-gannya dengan China. Kekayaan ini dapat digunakannya untuk menghadapi ancaman-ancaman tersebut.

    39 Adalah diketahui bahawa kerajaan Mataram di bawah pemerintahan Raja Dharmawangsa Tguh pernah menyerang Srivijaya-Palembang pada penghujung kurun ke-I O. Lihat Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasionallndonesia 11 , Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1984. him. 173.

    40 Dalam Serangan Raja Chola pada tahun 1012 masihi , dipercayai bahawa Raja Suryavarman I dari Angkor telah membantu Raja Rajendrachola I untuk menyerbu Kataha, yang pada masa itu diperintah oleh Maravijayotunggavamlan. Lihat George Coedes, The Indianized States of Southeast Asia, him. 136.

    58

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLlTIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA T1MUR [KURUN KE 13-14]

    Namun demikian keadaan selesa tersebut tidak kekal lama apabila pola perdagangan yang diamalkan oleh pedagang-pedagang China berubah. Mereka mula meninggalkan pelabuhan entrepot Srivijaya dan terus ke pusat pengeluaran barangan. 41 Keadaan ini mula memberi ancaman kepada kepentingan Srivijaya. Akibatnya, kekuatan ekonomi Srivijaya menjadi lemah dan tidak lagi dapat mengekalkan hegemoninya di Selat Melaka. Selepas penghujung kurun ke-13, faktor percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur mula menzahirkan kesannya terhadap perkembangan Kedah Tua. Pada penghujung kurun ke-13 telah memperlihatkan faktor- faktor yang membawa kepada kemerosotan Kedah Tua. Kemudian berrnula pada kurun ke-14, wujud pula faktor pemicu yang melenyapkan sarna sekali peranan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan.

    Kemerosotan Kedah Tua penghujung kurun ke-13

    Terdapat beberapa faktor yang dapat digunakan untuk menerangkan punca kemerosotan Kedah Tua. Faktor yang mula-mula mengancam kepentingan perdagangan adalah perubahan politik dan sosioekonomi pada kurun ke-13. Beberapa perubahan yang berlaku secara serentak mendatangkan kesan yang mendalam terhadap hubunganfeeder port - entrepot yang menjadi asas kepada substruktur ekonomi Kedah Tua. Seterusnya, pada kurun ke-14, perubahan yang lebih radikal berlaku dan dasar perdagangan yang pemah mengawal pola perdagangan di perairan Asia Tenggara tidak lagi wujud. Antara perubahan pada kurun ke-13 yang membawa kepada kejatuhan Kedah Tua ialah dasar perdagangan China, perluasan kuasa Sukhotai, kebangkitan pelabuhan Jawa dan kebangkitan Majapahit pada kurun ke-14.

    Perubahan PoIitik dan Dasar Perdagangan China

    Perdagangan laut merupakan salah satu sumber ekonomi utama dalam memperkayakan perbendaharaan negara untuk Dinasti Song Utara. Salah satu sebab perdagangan laut menjadi penting pada zaman Song adalah kerana laluan perdagangan darat yang menghubungkan antara China dengan Asia Barat dan Eropah telah dikuasai oleh kerajaan Dinasti Hsia di Barat Laut China.42 Pada awal kurun ke-lO, Maharaja Tai Tsu telah menyerang dan menawan wilayah-wilayah di Selatan China dan menundukkan Annam.43 Tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menguasai sumber-sumber hasil bumi di sana seperti kayu kayan dan minyak wangi yang mendapat perrnintaan tinggi ketika itu, sama ada di dalam ataupun luar China.

    41 O. W Wolters, PerdaganganAwal Indonesia, hIm. 337. 42 C. P. Fitzgerald, China: A Short Cultural History, London: The Cresset Press, 196i , him. 385, 422, 426. 43 Wolfram Eberhard, History of China, California: University of California, hIm. 209.

    59

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLlTIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA T1MUR [KURUN KE 13-14]

    Namun demikian keadaan selesa tersebut tidak kekal lama apabila pola perdagangan yang diamalkan oleh pedagang-pedagang China berubah. Mereka mula meninggalkan pelabuhan entrepot Srivijaya dan terus ke pusat pengeluaran barangan. 41 Keadaan ini mula memberi ancaman kepada kepentingan Srivijaya. Akibatnya, kekuatan ekonomi Srivijaya menjadi lemah dan tidak lagi dapat mengekalkan hegemoninya di Selat Melaka. Selepas penghujung kurun ke-13, faktor percaturan politik dan sosioekonomi dunia timur mula menzahirkan kesannya terhadap perkembangan Kedah Tua. Pada penghujung kurun ke-13 telah memperlihatkan faktor-faktor yang membawa kepada kemerosotan Kedah Tua. Kemudian bermula pada kurun ke-14, wujud pula faktor pemicu yang melenyapkan sama sekali peranan Kedah Tua sebagai sebuah pusat perdagangan.

    Kemerosotan Kedah Tua penghujung kurun ke-13

    Terdapat beberapa faktor yang dapat digunakan untuk menerangkan punca kemerosotan Kedah Tua. Faktor yang mula-mula mengancam kepentingan perdagangan adalah perubahan politik dan sosioekonomi pada kurun ke-13. Beberapa perubahan yang berlaku secara serentak mendatangkan kesan yang mendalam terhadap hubungan feeder port - entrepot yang menjadi asas kepada substruktur ekonomi Kedah Tua. Seterusnya, pada kurun ke-14, perubahan yang lebih radikal berlaku dan dasar perdagangan yang pernah mengawal pola perdagangan di perairan Asia Tenggara tidak lagi wujud. Antara perubahan pada kurun ke-13 yang membawa kepada kejatuhan Kedah Tua ialah dasar perdagangan China, perluasan kuasa Sukhotai, kebangkitan pelabuhan Jawa dan kebangkitan Majapahit pada kurun ke-14.

    Perubahan Politik dan Dasar Perdagangan China

    Perdagangan taut merupakan salah satu sumber ekonomi utama dalam memperkayakan perbendaharaan negara untuk Dinasti Song Utara. Salah satu sebab perdagangan laut menjadi penting pada zaman Song adalah kerana laluan perdagangan darat yang menghubungkan antara China dengan Asia Barat dan Eropah telah dikuasai oleh kerajaan Dinasti Hsia di Barat Laut China.42 Pada awal kurun ke-IO, Maharaja Tai Tsu telah menyerang dan menawan wilayah-wilayah di Selatan China dan menundukkan Annam.43 Tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menguasai sumber-sumber hasil bumi di sana seperti kayu kayan dan minyak wangi yang mendapat pennintaan tinggi ketika itu, sarna ada di dalam ataupun Juar China.

    41 O. W. Wolters. Perdagangan Awallndonesia, him. 337. 42 C. P. Fitzgerald. China: A Short Cultural History, London : The Cresset Press, 196i , him. 385, 422, 426. 43 Wolfram Eberhard, History of China, California: University of California, him. 209.

    59

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Dasar Dinasti Song yang memberi keutamaan kepada kegiatan perdagangan44 telah mengukuhkan sumber ekonomi negara China. Hal ini kerana cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pedagang telah menyumbang kepada perbendaharaan negara. 45 Ini dapat dibuktikan dengan jumlah cukai bukan pertanian pada tahun 1160 di Kerajaan Song Selatan yang bemilai 40 Juta String Copper.46 Pada tahun 1189 pula, jumlah perdagangan eksport meningkat kepada 68 Juta String Copper.47 Kekayaan yang wujud ini adalah hasil manipulasi Maharaja-maharaja China terhadap dasar perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bukan kesemua dasar yang diamalkan menguntungkan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, khasnya di Kedah Tua.

    Pada awal kurun ke-13 wujud peningkatan kapasiti perdagangan di Kedah Tua dengan kewujudan seramik-seramik Song Selatan dari Zheijiang.48 Peningkatan kapasiti ini kemungkinan besar berkait rapat dengan dasar talasokrasi Srivijaya yang memaksa kapal-kapal untuk singgah di pelabuhan entrepotnya.49 Paksaan tersebut bukan sahaja melibatkan pelabuhan-pelabuhan di Sumatra, tetapi juga pelabuhan-pelabuhan di bawah kawalannya yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.50 Melalui peranan Kedah Tua sebagai batu as as kepada dominasi Srivijaya di Selat Melaka pada masa itu51 sudah tentunya dasar yang sarna juga dikuatkuasakan di sana. Walau bagaimanapun, keberkesanan penguatkuasaan ini terjejas apabila berlaku perubahan dalam dasar perdagangan China.

    Pada awalnya, dasar state monopoly diamalkan oleh Dinasti Song Utara. Ini dapat dilihat dengan tindakan pemerintah yang mengawal dengan teliti kegiatan perdagangan dan mengenakan cukai terhadap barang dagangan. Kawalan Kerajaan Song terhadap perdagangan ini menguntungkan pelabuhan-pelabuhan entrepot Srivijaya term as uk pelabuhan Kedah Tua. Di sam ping itu, dasar ufti yang diamalkan merupakan antara faktor yang membawa kepada kekayaan pelabuhan-pelabuhan di pesisir Selat Melaka. 52 Kapal-kapal dagang pada zaman Song Utara terdiri daripada kapal-kapal kerajaan yang berdagang dengan pusat-pusat entrepotdi Srivijaya. Kawalan Dinasti Song Utara terhadap perdagangan antarabangsa ini dibuktikan melalui kewujudan jawatan Inspector ofF oreign Trade di setiap pelabuhan utama di China53 untuk mengawal perdagangan di sana.

    Bermula dari penghujung kurun ke-12, telah mula berlaku perubahan-perubahan politik di China54 yang mendatangkan kesan secara langsung kepada persekitaran ekonomi di Nusantara. Pada masa tersebut, Dinasti Song Utara mula menghadapi masalah dengan

    44 Wolfram Eberhard, History of China. 45 Wolfram Eberhard, History of China him. 212. 46 Wolfram Eberhard, History of China. 47 Ann Paludan" Chronicle of the Chinese Emperors, London: Thames and Hudson, 1998, him. 142. 48 Michel Jacq Hergoualc 'h, The Malay Peningsula, him. 446. 49 Berdasarkan penulisan Chou Ku Fei, dinyatakan jika kapal-kapal pedagang yang lalu di perairan Srivijaya tidak

    singgah ke pelabuhan entrepot mereka, kapal tersebut akan diserang. Disebabkan faktor inilah pelabuhan-pelabuhan Srivijaya menjadi pusat perkapalan yang terkemuka. Lihat K. A Nilakantha Sastri, Srivijaya, him. 294.

    50 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 157. 51 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 195. 52 O. W. Wolter, Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, him.

    40-2. 53 C. P. Fitzgerald, China, him. 423. 54 C. P. Fitzgerald, China, him. 426.

    60

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Dasar Dinasti Song yang memberi keutamaan kepada kegiatan perdagangan44 telah mengukuhkan sumber ekonomi negara China. Hal ini kerana cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pedagang telah menyumbang kepada perbendaharaan negara.45 Ini dapat dibuktikan dengan jumlah cukai bukan pertanian pada tahun 1160 di Kerajaan Song Selatan yang bemilai 40 Juta String Copper. 46 Pada tahun 1189 pula, jumlah perdagangan eksport meningkat kepada 68 Juta String Copper.47 Kekayaan yang wujud ini adalah hasil manipulasi Maharaja-maharaja China terhadap dasar perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bukan kesemua dasar yang diamalkan menguntungkan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, khasnya di Kedah Tua.

    Pada awal kurun ke-13 wujud peningkatan kapasiti perdagangan di Kedah Tua dengan kewujudan seramik-seramik Song Selatan dari Zheijiang.48 Peningkatan kapasiti ini kemungkinan besar berkait rapat dengan dasar talasokrasi Srivijaya yang memaksa kapal-kapal untuk singgah di pelabuhan entrepotnya.49 Paksaan tersebut bukan sahaja melibatkan pelabuhan-pelabuhan di Sumatra, tetapi juga pelabuhan-pelabuhan di bawah kawalannya yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.50 Melalui peranan Kedah Tua sebagai batu as as kepada dominasi Srivijaya di Selat Melaka pada masa itu51 sudah tentunya dasar yang sarna juga dikuatkuasakan di sana. Walau bagaimanapun, keberkesanan penguatkuasaan ini terjejas apabila berlaku perubahan dalam dasar perdagangan China.

    Pada awalnya, dasar state monopoly diamalkan oleh Dinasti Song Utara. Ini dapat dilihat dengan tindakan pemerintah yang mengawal dengan teliti kegiatan perdagangan dan mengenakan cukai terhadap barang dagangan. Kawalan Kerajaan Song terhadap perdagangan ini menguntungkan pelabuhan-pelabuhan entrepot Srivijaya termasuk pelabuhan Kedah Tua. Di sam ping itu, dasar ufti yang diamalkan merupakan antara faktor yang membawa kepada kekayaan pelabuhan-pelabllhan di pesisir Selat Melaka.52 Kapal-kapal dagang pada zaman Song Utara terdiri daripada kapal-kapal kerajaan yang berdagang dengan pusat-pusat entrepotdi Srivijaya. Kawalan Dinasti Song Utara terhadap perdagangan antarabangsa ini dibuktikan melalui kewujudanjawatan Inspector of Foreign Trade di setiap pelabuhan utama di China53 untuk mengawal perdagangan di sana.

    Bermula dari penghujllng kurun ke-12, telah mula berlaku perubahan-perubahan politik di China54 yang mendatangkan kesan secara langsung kepada persekitaran ekonomi di Nusantara. Pada masa terse but, Dinasti Song Utara mula menghadapi masalah dengan

    44 Wolfram Eberhard, History of China. 45 Wolfram Eberhard, History of China hIm. 212 . 46 Wolfram Eberhard, History of China. 47 Ann Paludan" Chronicle of the Chinese Emperors, London: Thames and Hudson, 1998, him. 142. 48 Michel Jacq Hergoualc'h, The Malay Peningsula, hIm. 446. 49 Berdasarkan penulisan Chou Ku Fei , dinyatakan jika kapal·kapal pedagang yang lalu di perairan Srivijaya tidak

    singgah ke pelabuhan entrepot mereka, kapal tersebut akan diserang. Disebabkan faktor inilah pelabuhan-pelabuhan Srivijaya menjadi pusat perkapalan yang terkemuka. Lihat K. A Nilakantha Sastri, Srivijaya, hIm. 294.

    50 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 157. 51 H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, hIm. 195. 52 O. W. Wolter, Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hIm.

    40-2. 53 C. P. Fitzgerald, China, hIm. 423. 54 C. P. Fitzgerald, China, hIm. 426.

    60

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITlK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TlMUR [KURUN KE 13-14]

    puak-puak nomad yang menubuhkan dinasti-dinasti mereka sendiri di Utara dan Barat China. Puak-puak tersebut terdiri daripada puak Khitans5, TongutS6 dan Juchen.S7

    Pada tahun 1125, Oinasti Chin [Puak Juchen] telah menjatuhkan Dinasti Liao [Puak Khitan] di utara dan menundukkan Oinasti Hsia [Puak Tongut] di Barat.S8 Pada 1126, mereka terus mara ke Peking dan Oinasti Song Utara terus diguJingkan. Waris-waris Dinasti Song yang telah digulingkan berundur ke Selatan China dan mengasaskan Kerajaan Song Selatan yang berpusat di Nanking. Ancaman berterusan dari Puak Juchen dan Khitan yang berada di Utara menyebabkan dasar ufti yang selama ini menjadi tunggak kepada kekayaan pelabuhan-pelabuhan pesisir Selat Melaka mula diabaikan.

    Oi dalam catatan Ma Tuan Lin yang menyatakan bahawa pad a tahun 1178, Maharaja Sung Hsiao Tung [1163-1190]59 tidak membenarkan ufti-ufti dari San Fo Tsi [Suvarnadvipa] dihantar ke Istana, tapi sebaliknya dihantar ke Fukien.60 Hal ini mungkin disebabkan perkembangan pelayaran pada Zaman Song Selatan yang membolehkan kapal-kapal sampai ke pelabuhan-pelabuhan terpecil. Lanjutan daripada dasar tersebut, bermula pada awal hingga penghujung kurun ke-13, kapal-kapal dagang yang datang ke nusantara mula terdiri dari kapal-kapal persendirian yang berdagang terus dengan pusat pengeluaran barangan khususnya difeederport. 61 Sedangkan dalam dasar sebelumnya semua kapal dagang hanya dibenarkan berdagang dengan pusat-pusat pengumpulan barangan tertentu sahaja.

    Selepas kejatuhan Dinasti Song Selatan ke tangan orang-orang Mongol pada 1280, ketiadaan dasar perdagangan konsisten menyebabkan kegiatan perdagangan antara pedagang-pedagang China terus berada di dalam keadaan anarki.62 Perubahan dasar China ini sebenamya secara langsung tanpa disedari telah menjadi faktor utama kepada kejatuhan kebanyakan pelabuhan entrepot di nusantara. Hal ini kerana kemakmuran pelabuhan-pelabuhan entrepot am at bergantung kepada monopoli perdagangan atau peranannya sebagai perantara antara pusat pengeluaran komoditi dengan pembeli. Apabila dasar perdagangan China membenarkan pedagang untuk berdagang terus secara bebas ke pus at-pusat pengeluaran, maka keadaan ini secara langsung sebenamya telah membawa kepada kejatuhan pelabuhan entrepot.

    55 Puak Khitan merupakan penutur Bahasa Proto-Mongolian. Mereka mengasaskan Dinasti Liao pada awal kurun ke-l 0 di sekitar Utara China. Lihat Denis Twitchett dan Klaus-Peter Tietze, "The Liao" dalam Herber Franked and Denis Twitchett [ed.], The Cambridge History of China Vol. 6, Cambridge: Cambridge University Press, 1994, him. 43-4.

    56 Puak Tongut mengasaskan Dinasti Hsia pada tahun 1038 M. Mereka merupakan puak penutur Bahasa Tibeto-Burman yang mendiami kawasan sekitar lembah Sungai Kunuing, Ta T'ung dan Huang. Lihat Ruth Dunnel, "The His Hsia" dalam Herber Franked and Denis Twitchett [ed.], The Cambridge History of China, him. 155-6.

    57 Puak Juchen merupakan penutur Bahasa Tunguistic yang mendiami kawasan Manchuria dan Sungai Amur. Mereka mengasaskan Dinasti Chin pada 1115 M. Lihat Herbert Franke, "The Chin" dalam Herber Franked and Denis Twitchett [ed.], The Cambridge History of China, him. 216-7 dan 221.

    58 Pembahasan mengenai hal ini berdasarkan penuhsan Ma Twan Lin dalam K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam BEFEO, tome xl, him. 292.

    59 Ann Paludan, ,Chronicle of the Chinese Emperors, him. 136. 60 K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam BEFEO, tome xl, him. 292. 61 O. W. Wolter, Perdagangan Awal Indonesia, him. 337 dan H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu

    Times, him. 157. 62 Para Berdagang tanpa mengikuti laluan yang telah ditetapkan dan berdagang di mana sahaja yang mereka suka. Lihat

    O. W. Wolters, Perdagangan Awal Indonesia, hIm. 337.

    61

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    puak-puak nomad yang menubuhkan dinasti-dinasti mereka sendiri di Utara dan Barat China. Puak-puak tersebut terdiri daripada puak KhitansS, TongutS6 dan ]uchen.S7

    Pada tahun 1125, Oinasti Chin [Puak Juchen] telah menjatuhkan Oinasti Liao [Puak Khitan] di utara dan menundukkan Oinasti Hsia [Puak Tongut] di Barat. s8 Pada 1126, mereka terus mara ke Peking dan Oinasti Song Utara terus digulingkan. Waris-waris Oinasti Song yang telah digulingkan berundur ke Selatan China dan mengasaskan Kerajaan Song Selatan yang berpusat di Nanking. Ancaman berterusan dari Puak ]uchen dan Khitan yang berada di Utara menyebabkan dasar ufti yang selama ini menjadi tunggak kepada kekayaan pelabuhan-pelabuhan pesisir Selat Melaka mula diabaikan.

    Oi dalam catatan Ma Tuan Lin yang menyatakan bahawa pad a tahun 1178, Maharaja Sung Hsiao Tung [1163-1190]59 tidak membenarkan ufti-ufti dari San Fo Tsi [Suvarnadvipa] dihantar ke Istana, tapi sebaliknya dihantar ke Fukien.60 Hal ini mungkin disebabkan perkembangan pelayaran pada Zaman Song Selatan yang membolehkan kapal-kapal sampai ke pelabuhan-pelabuhan terpecil. Lanjutan daripada dasar terse but, bermula pada awal hingga penghujung kurun ke-13 , kapal-kapal dagang yang datang ke nusantara mula terdiri dari kapal-kapal persendirian yang berdagang terus dengan pusat pengeluaran barangan khususnya difeederport. 61 Sedangkan dalam dasar sebelumnya semua kapal dagang hanya dibenarkan berdagang dengan pusat-pusat pengumpulan barangan tertentu sahaja.

    Selepas kejatuhan Dinasti Song Selatan ke tangan orang-orang Mongol pada 1280, ketiadaan dasar perdagangan konsisten menyebabkan kegiatan perdagangan antara pedagang-pedagang China terus berada di dalam keadaan anarki.62 Perubahan dasar China ini sebenamya secara langsung tanpa disedari te1ah menjadi faktor utama kepada kejatuhan kebanyakan pelabuhan entre pot di nusantara. Hal ini kerana kemakmuran pelabuhan-pelabuhan entrepot am at bergantung kepada monopoli perdagangan atau peranannya sebagai perantara an tara pusat pengeluaran komoditi dengan pembeli. Apabila dasar perdagangan China membenarkan pedagang untuk berdagang terus secara bebas ke pus at-pusat pengeluaran, maka keadaan ini secara langsung sebenamya telah membawa kepada kejatuhan pelabuhan entrepot.

    55 Puak Khitan merupakan penutur Bahasa Proto-Mongolian. Mereka mengasaskan Dinasti Liao pada awal kurun ke-I 0 di sekitar Ulara China. Lihal Denis Twitchen dan Klaus-Peter Tietze, 'The Liao" dalam Herber Franked and Denis Twitchell [ed.] , The Cambridge History of China Vol. 6, Cambridge: Cambridge University Press, 1994, him. 43-4.

    56 Puak Tongut mengasaskan Dinasti Hsia pada tahun 1038 M. Mereka merupakan puak penutur Bahasa Tibeto-Burman yang mendiami kawasan sekitar lembah Sungai Kunuing, Ta T'ung dan Huang. Lihat Ruth Dunnel, "The His Hsia" dalam Herber Franked and Denis Twitchell [ed.], The Cambridge History of China, hIm. 155-6.

    57 Puak Juchen merupakan penutur Bahasa Tunguistic yang mendiami kawasan Manchuria dan Sungai Amur. Mereka mengasaskan Dinasti Chin pada 1115 M. Lihat Herbert Franke, "The Chin" dalam Herber Franked and Denis Twitchell [ed.], The Cambridge History of China, hIm. 216-7 dan 221.

    58 Pembahasan mengenai hal ini berdasarkan penuhsan Ma Twan Lin dalam K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam BEFEO, tome xl, hIm. 292.

    59 Ann Paludan, ,Chronicle of the Chinese Emperors, hIm. 136. 60 K. A. Nilakantha Sastri, "Srivijaya" dalam BEFEO, tome xl, hIm. 292. 61 O. W. Wolter, Perdagangan Awal Indonesia, him. 337 dan H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu

    Times, hIm. 157. 62 Para Berdagang tanpa mengikuti laluan yang telah ditetapkan dan berdagang di mana sahaja yang mereka suka. Lihat

    O. W. Wolters, Perdagangan Awal Indonesia, hIm. 337.

    61

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Di samping itu, terdapatjuga dasar Dinasti Mongol yang cuba menghadkan penglibatan orang-orang berbangsa China di dalam aktiviti perdagangan antarabangsa.63 Keadaan perdagangan di nusantara mungkin lebih dihadkan lagi apabila tentera Mongol menguasai Burma, Annam dan Indochina yang dapat menyediakan pasaran eksport bagi perdagangan antarabangsa China dan Asia Tenggara.64

    Kesan perubahan politik China yang membawa kepada kemerosotan perdagangan di Nusantara secara amnya dan di Kedah Tua khususnya dibuktikan dengan ketiadaan penemuan seramik zaman Ming. Keadaan vacum seramik ini menunjukkan bahawa penghujung zaman Song-Yuan merupakan terminus ad quem kepada aktiviti perdagangan entrepot di Kedah Tua.65

    Perluasan Kuasa Sukhotai-Tambralinga

    Selain daripada faktor perubahan politik dan ekonomi di China, kemerosotan Kedah tua sebagai sebuah pusat entrepot turut dipengaruhi oleh faktor perubahan politik di Indochina yang mendatangkan kesan di Semenanjung Tanah MeJayu. Pertengahan kurun ke-13 memperlihatkan kemerosotan dua kuasa utama di Asia Tenggara iaitu Srivijaya di kawasan kepulauan dan Angkor di tanah besar. Sebagaimana proses disintegrasi Srivijaya mendatangkan kesan yang ketara terhadap keadaan ekonomi Kedah Tua, kemerosotan kuasa Angkor dan kebangkitan kuasa Sukhotai dan Tambralinga besar kemungkinan turut mempunyai as as yang membawa kepada perubahan status politik peJabuhan terse but.

    Selepas kemangkatan Raja Jayavarman VII dan Raja Indravarman II, Kerajaan Angkor telah mula merosot dan tidak dapat membendung pembebasan Kerajaan Sukhotai di Lembah Chao Phraya.66 Pada masa yang sarna, kelemahan Srivijaya membawa kepada pembebasan Tambralinga. Berdasarkan kepada prasasti Chaiya Candrabhanu67 , dan penulisan Culavamsa68 kerajaan Tambralinga [Sekitar Nakhon Si Thammarat] yang pemah berada di bawah hegemoni Srivijaya telah mula membebaskan diri. Turut juga disebut bahawa Raja Candrabhanu telah mengetuai satu ekspedisi untuk menakJuk Sri Lanka yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan Raja Pakrabahu II pada tahun J 247 dan 1270/1271. 69

    63 Pemerintah Mongol telah memperkenalkan pelbagai undang-Undang untuk menghadkan penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Contohnya, Orang-orang China diJarang mempelajari bahasa asing. Lihat Wolfram Eberhard, History of China, him. 234.

    64 Wolfram Eberhard, History of China. 65 Michel Jacq Hergoualc'h, The Malay Peningsula, hIm. 451. 66 George Coedes, The Indianized States, him. 191. 67 K. A. Nilakantha Sastri, History of Sri vi jay a (Sir William Meyer Lectures, 1946-1947), Madras: University of Madras,

    1949, him. \34. 68 W. Geiger, The Culavamsa [English Version], London, 1973, Chapter 83 verses 36 ff Dikutip dalam H. G. Quaritch-

    Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, hIm. 160. 69 K. A. Nilakantha Sastri, History of Srivijaya, hIm. 93.

    62

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Di samping itu, terdapatjuga dasar Dinasti Mongol yang cuba menghadkan penglibatan orang-orang berbangsa China di dalam aktiviti perdagangan antarabangsa.63 Keadaan perdagangan di nusantara mungkin lebih dihadkan lagi apabila tentera Mongol menguasai Burma, Annam dan Indochina yang dapat menyediakan pasaran eksport bagi perdagangan antarabangsa China dan Asia Tenggara.64

    Kesan perubahan politik China yang membawa kepada kemerosotan perdagangan di Nusantara secara amnya dan di Kedah Tua khususnya dibuktikan dengan ketiadaan penemuan seramik zaman Ming. Keadaan vacum seramik ini menunjukkan bahawa penghujung zaman Song-Yuan merupakan terminus ad quem kepada aktiviti perdagangan entrep6t di Kedah Tua.6S

    Perluasan Kuasa Sukhotai-Tambralinga

    Selain daripada faktor perubahan politik dan ekonomi di China, kemerosotan Kedah tua sebagai sebuah pusat entrep6t turut dipengaruhi oleh faktor perubahan politik di Indochina yang mendatangkan kesan di Semenanjung Tanah Melayu. Pertengahan kurun ke-13 memperlihatkan kemerosotan dua kuasa utama di Asia Tenggara iaitu Srivijaya di kawasan kepulauan dan Angkor di tanah besar. Sebagaimana proses disintegrasi Srivijaya mendatangkan kesan yang ketara terhadap keadaan ekonomi Kedah Tua, kemerosotan kuasa Angkor dan kebangkitan kuasa Sukhotai dan Tambralinga besar kemungkinan turut mempunyai asas yang membawa kepada perubahan status politik pelabuhan terse but.

    Selepas kemangkatan Raja Jayavarman VII dan Raja Indravarman II, Kerajaan Angkor telah mula merosot dan tidak dapat membendung pembebasan Kerajaan Sukhotai di Lembah Chao Phraya. 66 Pada masa yang sama, kelemahan Srivijaya membawa kepada pembebasan Tambralinga. Berdasarkan kepada prasasti Chaiya Candrabhanu67 , dan penulisan Culavamsa68 kerajaan Tambralinga [Sekitar Nakhon Si Thammarat] yang pemah berada di bawah hegemoni Srivijaya telah mula membebaskan diri. Turut juga disebut bahawa Raja Candrabhanu telah mengetuai satu ekspedisi untuk menakluk Sri Lanka yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan Raja Pakrabahu II pada tahun 1247 dan 1270/1271.69

    63 Pemerintah Mongol telah memperkenalkan pelbagai undang-Undang untuk menghadkan penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Contohnya, Orang-orang China dilarang mempelajari bahasa asing. Lihat Wolfram Eberhard, History of China, him. 234.

    64 Wolfram Eberhard, History of China. 65 Michel Jacq Hergoua!c'h, The Malay Peningsula, him. 451 . 66 George Coedes, The Indianized States, him. 191 . 67 K. A. Nilakantha Sastri, History of Sri vi jay a (Sir William Meyer Lectures, 1946- 1 947), Madras: University of Madras,

    1949, him. 134. 68 W. Geiger, The Culavamsa [English Version], London, 1973, Chapter 83 verses 36 ff Dikutip dalam H. G. Quaritch-

    Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times, him. 160. 69 K. A. Nilakantha Sastri, History of Sri vi jay a, him . 93.

    62

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    Pada masa yang sama, berdasarkan kepada penulisan Jina Kala Malini70 , diketahui wujud hubungan erat antara Tambralinga dan Sukhotai yang baru membebaskan diri dari pemerintahan Jayavarman VIII dari Angkor. Walau bagaimanapun, Tambralinga akhimya diserapkan ke dalam kerajaan Sukhotai pada penghujung kurun ke-13. 71

    Perkembangan Politik Tambralinga-Sukhotai mendatangkan kesan secara tidak langsung terhadap kemakmuran perdagangan di Kedah Tua. Pembebasan Tambralinga dari Srivijaya telah menyebabkan jaringan perdagangan Trans Semenanjung yang melibatkan laluan Sungai Trang dan Sungai Takuapa72 terputus. Laluan yang dapat menghubungkan Lautan Hindi dan Teluk Siam tersebut memberikanjalan singkat untuk mengangkut komoditi perdagangan. Penguasaan Srivijaya terhadap Tambralinga membolehkan laluan tersebut dimanipulasi untuk menguntungkan perdagangan di Kedah Tua. Walau bagaimanapun, apabila Tambralinga tidak lagi menjadi orbit kepada entrepot-entrepot Srivijaya, maka perdagangan juga turut merosot.

    Oi samping itu, perluasan kuasa Sukhotai turut memainkan peranan dalam kejatuhan Kedah Tua. Oi dalam penulisan Sejarah Yuan, dinyatakan bahawa Kerajaan Sukhotai dan orang orang "Ma-Li-Yil-Er" kerap kali berperang antara satu sarna lain. Oinyatakan juga Maharaja China mengingatkan Kerajaan Sukhotai supaya tidak mengapa-apakan Ma Li Yil Er.7l Kemungkinan Ma Li Yil Er boleh diidentifikasikan dengan Semenanjung Tanah Melayu, dan kemungkinan besar di Kedah Tua. Oleh yang demikian, jelas di sini Sukhotai merupakan salah satu ancaman kepada pelabuhan Kedah Tua.

    Perkembangan Pelabuhan Jawa

    Oi samping faktor perubahan dasar perdagangan China, serta perkembangan Sukhodaya yang membawa kepada kemerosotan Kedah Tua, faktor persaingan dengan pelabuhan lain turut menyumbang kepada kemerosotan tersebut. Selain dari faktor persekitaran ekonomi tempatan yang menentukan kemakmuran sesebuah pelabuhan entrepot, faktor perubahan laluan perdagangan yang digunakan oleh pedagang turut mempengaruhi turun naiknya sesebuah pelabuhan.74 Pelabuhan yang terletak di dalam laluan perdagangan secara langsung akan dilawati secara paling kerap. Ini akan membawa kepada kekayaan pelabuhan tersebut hasil daripada kutipan cukai yang wujud. Hal ini dibuktikan dengan kemakmuran pelabuhan-pelabuhan entrepot yang bertabur di pesisir Selat Melaka yang diketahui merupakan laluan utama pedagang-pedagang antarabangsa.75

    70 K. A. Nilakantha Sastri, History of Srivijaya, him. 94. 71 George Coedes, The Indianized States, him. 205 dan H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times,

    him. 162. 72 Kedua-dua lauan tersebut terletak di dalam wilayah Tambralinga antara Teluk Bandon dan Segenting Kra. Lihat Paul

    Wheatley, The Golden Khersonese, him. XXVI. 73 George Coedes, The Indianized States, him. 205. 741. Kathirithamby-Wells, "lntroduction:An Overview" dalam J. Kathirithamby-Wells dan John Villers [ed.], The

    Southeast Asian Port and Polity, him. 9. 75 Pelabuhan-pelabuhan terse but adalah Pannai-Barumon, Deli, Barus, Lamuri, Palembang dan Malayu-Jambi. Lihat

    buku Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Arkeologi, Seni dan Kerajaan Kuno Sumatera Sebelum Abad ke-14, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992.

    63

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLITIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    Pada masa yang sarna, berdasarkan kepada penulisan Jina Kala Malini70, diketahui wujud hubungan erat antara Tambralinga dan Sukhotai yang baru membebaskan diri dari pemerintahan Jayavarman VIII dari Angkor. Walau bagaimanapun, Tambralinga akhimya diserapkan ke dalam kerajaan Sukhotai pada penghujung kurun ke_13. 71

    Perkembangan Politik Tambralinga-Sukhotai mendatangkan kesan secara tidak langsung terhadap kemakrnuran perdagangan di Kedah Tua. Pembebasan Tambralinga dari Srivijaya telah menyebabkan jaringan perdagangan Trans Semenanjung yang melibatkan laluan Sungai Trang dan Sungai Takuapa72 terputus. Laluan yang dapat menghubungkan Lautan Hindi dan Teluk Siam tersebut memberikanjalan singkat untuk mengangkut komoditi perdagangan. Penguasaan Srivijaya terhadap Tambralinga mernbolehkan laluan tersebut dimanipulasi untuk menguntungkan perdagangan di Kedah Tua. Walau bagaimanapun, apabila Tambralinga tidak lagi menjadi orbit kepada entrepot-entrepot Srivijaya, maka perdagangan juga turut rnerosot.

    Oi sam ping itu, perluasan kuasa Sukhotai turut memainkan peranan dalam kejatuhan Kedah Tua. Oi dalam penulisan Sejarah Yuan, dinyatakan bahawa Kerajaan Sukhotai dan orang orang "Ma-Li-Yil-Er" kerap kali berperang antara satu sarna lain. Oinyatakan juga Maharaja China mengingatkan Kerajaan Sukhotai supaya tidak mengapa-apakan Ma Li Yil Er.73 Kemungkinan Ma Li Yil Er boleh diidentifikasikan dengan Semenanjung Tanah Melayu, dan kernungkinan besar di Kedah Tua. Oleh yang dernikian, jelas di sini Sukhotai merupakan salah satu ancarnan kepada pelabuhan Kedah Tua.

    Perkernbangan Pelabuhan Jawa

    Oi samping faktor perubahan dasar perdagangan China, serta perkembangan Sukhodaya yang membawa kepada kemerosotan Kedah Tua, faktor persaingan dengan pelabuhan lain turut menyumbang kepada kemerosotan tersebut. Selain dari faktor persekitaran ekonorni ternpatan yang menentukan kemakrnuran sesebuah pelabuhan entrepot, faktor perubahan laluan perdagangan yang digunakan oleh pedagang turut rnernpengaruhi turun naiknya sesebuah pelabuhan.74 Pelabuhan yang terletak di dalarn laluan perdagangan secara langsung akan dilawati secara paling kerap. Ini akan rnernbawa kepada kekayaan pelabuhan tersebut hasil daripada kutipan cukai yang wujud. Hal ini dibuktikan dengan kernakrnuran pelabuhan-pelabuhan entrepot yang bertabur di pesisir Selat Melaka yang diketahui rnerupakan laluan utarna pedagang-pedagang antarabangsa.75

    70 K. A. Nilakantha Sastri, History of Sri vi jay a, him. 94. 71 George Coedes, The Indianized States, him. 205 dan H. G. Quaritch-Wales, The Malay Peningsula in Hindu Times,

    him. 162. 72 Kedua-dua lauan tersebut terletak di dalam wilayah Tambralinga an tara Teluk Bandon dan Segenting Kra. Lihat Paul

    Wheatley, The Golden Khersonese, him. XXVI. 73 George Coedes, The Indianized States, him. 205. 741. Kathirithamby-Wells, " lntroduction:An Overview" dalam J. Kathirithamby-Welis dan John Villers [ed.], The

    Southeast Asian Port and Polity, him. 9. 75 Pelabuhan-pelabuhan terse but adalah Pannai-Barumon, Deli, Barus, Lamuri , Palembang dan Malayu-Jambi. Lihat

    buku Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman , Arkeologi, Seni dan Kerajaan Kuno Sumatera Sebelum Abad ke-14, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992.

    63

  • MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Walau bagaimanapun, bermula pada penghujung kurun ke-12, telah berkembang sebuah pelabuhan yang terletak di luar jaringan perdagangan Selat Melaka. Pelabuhan tersebut telah mengatasi kepentingan Melayu-Jambi dan perkembangannya kemungkinan besar telah menjadi salah satu faktor kemerosotan Kedah Tua. Pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan di Pulau Jawa. Di dalam penulisan Chou-K'ii-Fei yang diterbitkan pada 1178, dinyatakan bahawa kepentingan pelabuhan ShO-Po [Jawa] telah mendahului kepentingan pelabuhan San-Fo-Tsi [Suvarnadvipa, Melayu-Jambi]. 76 Perkembangan pelabuhan di Jawa bermula pada zaman perkembangan Kerajaan Mataram dan berkesinambungan sehingga ke zaman kerajaan Majapahit pada penghujung kurun ke-13.

    Selepas berlakunya perpindahan pusat kerajaan Mataram ke Jawa Timur, kerajaan Mataram telah mula terlibat dalam kegiatan perdagangan maritim. Ianya bermula pad a zaman pemerintahan Dyah Balitung dan Pu Sindok kira-kira pada kurun ke-IO.77 Pada zaman awal perkembangan pelabuhan Jawa pada awal kurun itu, empayar Srivijaya yang pada masa itu mempunyai hegemoni di perairan Asia Tenggara masih dapat menghalang pelabuhan Jawa Timur daripada menyaingi pelabuhan-pelabuhannya di Selat Melaka. lni dapat dibuktikan melalui serangan dari Melayu-Jambi ke Jawa Timur pada 928/929. 78

    Perkembangan kepentingan pelabuhan maritim Jawa Timur dibuktikan melalui konflik yang seterusnya wujud antara Raja Dharmawangsa Tguh dengan Melayu-Jambi pada tahun 997 masih.79 Walau bagaimanapun, sehingga ke kurun ke-12, pelabuhan Jawa Timur masih belum dapat mengatasi kepentingan pelabuhan Srivijaya.

    Pada pertengahan kurun ke-ll, disebabkan oleh konflik politik dalam kerajaan Mataram, Raja Airlangga telah membahagikan kerajaan tersebut kepada dua iaitu kerajaan Pangjalu yang berpusat di Daha dan Janggala yang berpusat di Kahuripan. HO

    Perpecahan di dalam kerajaan Mataram kurang membawa kesan terhadap kemakmuran perdagangan di Jawa kerana kegiatan perdagangan maritim tetap berkembang di sana. Hal ini kerana kekayaan hasil bumi Jawa telah menarik perhatian pedagang-pedagang asing. S! Besar kemungkinan Pelabuhan ShO-Po yang disebut di dalam penulisan Chou-K'ii-Fei diidentifikasikan dengan pelabuhan Hujung Galuh di Sungai Brantas, yang berada di bawah kerajaan Pangjalu pada kurun ke-12.

    Di bawah pemerintahahan Raja Kamesvara, dikatakan pelabuhan tersebut dilawati oleh para pedagang antarabangsa seperti Champa, Khmer, Burma, Sri Lanka dan India. 82

    76 K. A. Nilakantha Sastri, History of Srivijaya, hIm. 87. 77 Boechari, "Some Considerations of the Problem of Shift of Mataram's Center of Govemment trom Central to East

    Java in the 10th Century A.D." dalam Bulletin of the Research Centre of Archaeology of Indonesia, 1976 No. 10, hIm. 2.

    78 Boechari, "Some Considerations". 79 Boechari, "Some Considerations", hIm. 9. 80 Marwati Djoened Poespenegoro dan Nugroho Notosusanto, hIm. 263. 81 Antara keluaran utama Pulau Jawa yang menjadi komoditi pada masa itu adalah beras, kayu cendana, dan rempah

    ratus dari Maluku. Lihat Boechari, "Some Considerations", him. 1-2. 82 Boechari, "Some Considerations", hIm. 271.

    64

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 – Persatuan Sejarah Malaysia

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Walau bagaimanapun, bermula pada penghujung kurun ke-12, telah berkembang sebuah pelabuhan yang terletak di luar jaringan perdagangan Selat Melaka. Pelabuhan tersebut telah mengatasi kepentingan Melayu-Jambi dan perkembangannya kemungkinan besar telah menjadi salah satu faktor kemerosotan Kedah Tua. Pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan di Pulau Jawa. Di dalam penulisan Chou-K'ii-Fei yang diterbitkan pad a 1178, dinyatakan bahawa kepentingan pelabuhan ShO-Po [Jawa] telah mendahului kepentingan pelabuhan San-Fo-Tsi [Suvarnadvipa, Melayu-Jambi]. 76 Perkembangan pelabuhan di Jawa bermula pada zaman perkembangan Kerajaan Mataram dan berkesinambungan sehingga ke zaman kerajaan Majapahit pada penghujung kurun ke-13.

    Selepas berlakunya perpindahan pusat kerajaan Mataram ke Jawa Timur, kerajaan Mataram telah mula terlibat dalam kegiatan perdagangan maritim. Tanya bermula pad a zaman pemerintahan Dyah Balitung dan Pu Sindok kira-kira pada kurun ke-IO.77 Pada zaman awal perkembangan pelabuhan Jawa pada awal kurun itu, empayar Srivijaya yang pada mas a itu mempunyai hegemoni di perairan Asia Tenggara masih dapat menghalang pelabuhan Jawa Timur daripada menyaingi pelabuhan-pelabuhannya di Selat Melaka. Ini dapat dibuktikan melalui serangan dari Melayu-Jambi ke Jawa Timur pad a 928/929.78

    Perkembangan kepentingan pelabuhan maritim Jawa Timur dibuktikan melalui konflik yang seterusnya wujud antara Raja Dharmawangsa Tguh dengan Melayu-Jambi pada tahun 997 masih.79 Walau bagaimanapun, sehingga ke kurun ke-12, pelabuhan Jawa Timur masih belum dapat mengatasi kepentingan pelabuhan Srivijaya.

    Pada pertengahan kurun ke-ll, disebabkan oleh konflik politik dalam kerajaan Mataram, Raja Airlangga telah membahagikan kerajaan tersebut kepada dua iaitu kerajaan Pangjalu yang berpusat di Daha dan Janggala yang berpusat di Kahuripan. HO

    Perpecahan di dalam kerajaan Mataram kurang membawa kesan terhadap kemakmuran perdagangan di Jawa kerana kegiatan perdagangan maritim tetap berkembang di sana. Hal ini kerana kekayaan hasil bumi Jawa telah menarik perhatian pedagang-pedagang asing.81

    Besar kemungkinan Pelabuhan ShO-Po yang disebut di dalam penulisan Chou-K'ii-Fei diidentifikasikan dengan pelabuhan Hujung Galuh di Sungai Brantas, yang berada di bawah kerajaan Pangjalu pada kurun ke-12.

    Di bawah pemerintahahan Raja Kamesvara, dikatakan pelabuhan tersebut dilawati oleh para pedagang antarabangsa seperti Champa, Khmer, Burma, Sri Lanka dan India.82

    76 K. A. Nilakantha Sastri, History of Sri vi jay a, him. 87. 77 Boechari, "Some Considerations of the Problem of Shift of Mataram 's Center of Government /Tom Central to East

    Java in the 10th Century A.D." dalam Bulletin of the Research Centre of Archaeology of Indonesia, 1976 No. 10, him. 2.

    78 Boechari, "Some Considerations". 79 Boechari, "Some Considerations", him. 9. 80 Marwati Djoened Poespenegoro dan Nugroho Notosusanto, him. 263. 81 Antara keluaran utama Pulau Jawa yang menjadi komoditi pada masa itu adalah beras, kayu cendana, dan rempah

    ratus dari Maluku. Lihat Boechari, "Some Considerations", him. 1-2. 82 Boechari, "Some Considerations", him. 27 I.

    64

  • KEMEROSOTAN KEDAH TUA: MANGSA PENCATURAN POLlTIK DAN SOSIOEKONOMI DUNIA TIMUR [KURUN KE 13-14]

    Kewujudan pedagang-pedagang antarabangsa tersebut menunjukkan peranan Pelabuhan Jawa ketika itu adalah sebagai sebuah pusat entrepot. Kemakmuran Jawa ini adalah selari dengan kemerosotan kerajaan Srivijaya pada masa itU.83

    Berdasarkan penulisan Chau Ju Kua84, diketahui bahawa Srivijaya telah mengamalkan dasar perdagangan yang lebih agresif pada kurun ke-13. Dinyatakan kapal-kapal yang tidak singgah di pelabuhannya akan diserang. Di samping itu, berdasarkan penulisan orang-orang Arab pada kurun ke-12 dan kurun ke-13, kegiatan perlanunan yang berlaku secara berleluasa di Karimata dan Bentan85 telah mengkucar-kacirkan perdagangan di Selat Melaka. O. W. Wolters86 berpendapat bahawa kegiatan perlanunan yang tidak dapat dikawal oleh Srivijaya berpunca daripada kegiatan Datu-Datu orang laut yang bebas untuk merompak kapal-kapal dagang yang melalui perairan Selat Melaka. Hal ini jelas menunjukkan mereka tidak lagi terikat atau menghormati dasar perdagangan yang didokong oleh Srivijaya.

    Keadaan ini menyebabkan pedagang-pedagang luar, terutama orang China mula hilang sabar dengan persekitaran