39
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA TUN HUSSEIN ONN KUALA LUMPUR NAMA AHLI: 1) NUR NAJIHAH BINTI NORIZAN 2) NUR FATIHAH ATIQAH BINTI SUBANI TINGKATAN: 3 CEKAL

Kepentingan Sistem Respirasi Yang Sihat Band6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA TUN HUSSEIN ONNKUALA LUMPUR

NAMA AHLI: 1) NUR NAJIHAH BINTI NORIZAN 2) NUR FATIHAH ATIQAH BINTI SUBANITINGKATAN: 3 CEKALNAMA GURU: NUR IRMA DIYANA BINTI NORBITAJUK: KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT1) PENGHARGAAN2) TAJUK3) OBJEKTIF4) PENGENALAN5) BAHAN CEMAR UDARA6) PELBAGAI PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI7) CARA UNTUK MAMPERBAIKI KUALITI UDARA8) AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH9) KESIMPULAN10) LAMPIRAN (GAMBAR2 & LABEL)

PENGHARGAANDengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyang.Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan pertolongannya dapat kami menyiapkan folio ini bagi matapelajaran SAINS tepat pada masanya.Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru sains kami Nur Irma Diyana binti Mohd Norbi,ibu bapa kami dan rakan-rakan kami yang banyak membantu kami di dalam menyiapkan kerja folio iniSegala bantuan dan jasa yang telah dicurahkan kepada kami amat kami hargai.Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan dalam kerja folio ini, ianya adalah atas kelemahan kami sendiri dan segala kebaikan adalah dari ALLAH S.W.T

KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

OBJEKTIFTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bahan cemar udara, pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi, cara untuk memperbaiki kualiti udara dan amalan mengekalkan udara yang bersih.

PENGENALANOksigen yang diperlukan untuk respirasi berasal dari atmosfera. Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang memudaratkan system respirasi akibat pencemaran udara. Udara yang disedut juga mengandungi bacteria, virus dan mikroorganisma yang lain.

BAHAN CEMAR UDARA

Pencemaran udaramerupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarangbahan kimia,jirim zarahanataubahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkanalam sekitarapabila ia dibebaskan keatmosfera.

ASAP ROKOK

Asap rokok banyak mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang mencemari udara. Asap mempunyai kesan yang dapat merosakkan sistem respirasi. Bahan-bahan berbahaya dalam asap rokok yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem respirasi ialah:

Bahan dalam asap rokokPenerangan

TarBahan lekit berwarna perangMembunuh sel dalam laluan pernafasan dan peparu.Menambahkan pengeluaran mukus dan kahak yang terhasil di dalam peparu.Dapat menyebabkan kanser peparu

KarsinogenAgen menyebabkan kanser yang mengakibatkan pelbagai jenis kanser.

Karbon monoksidaGas beracun tanpa warna dan tanpa bauMenghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan. Menyebabkan kurangnya oksigen di dalam badan dan mengakibatkan sakit kepala, kerosakan otak malah mungkin membawa maut.

PerengsaBahan yang kimiaMerengsa laluan pernafasan dan alveolus di dalam peparu. Membunuhkan sel pada permukaan laluan pernafasan dan peparu.Menyebabkan batuk dan menghidap kanser peparu.

NikotinSejenis dadah beracunMenyebabkan ketagihan.Merosakkan tisu otak.Menyebabkan darah lebih mudah membeku dan berkemungkinan menyebabkan strok. Mengeraskan dinding arteri dan boleh mengakibatkan berlakunya serangan penyakit janutng.

KARBON MONOKSIDA

Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap kenderaan.Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap yang tertutup dan enjin yang dihidupkan? Keracunan karbon monoksida boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan. Jika kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan.Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah beracun. Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.

SULFUR DIOKSIDA

Pembakaran arang dan minyak di kilang dan stesen janakuasa menghasilkan sulfur dioksida. Sulfur dioksida ialah gas tanpa warna dengan bau yang menyesakkan. Gas ini merengsa laluan pernafasan manusia, menyebabkan batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.

JEREBU

Wasap daripada ekzos kenderaan, pembakaran terbuka dan kebakaran hutan menghasilkan jerebu. Jerebu terdiri daripada zarah-zarah pepejal yang sangat halus, umpamanya habuk dan asap. Jerebu merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi seperti asma. Rajah di bawah menunjukkan keadaan bandaraya Kuala Lumpur yang dilanda jerebu.

TOKSIN

Toksin dibebaskan ke udara daripada asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan pembakaran bahan api. Contoh toksin dalam udara yang tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen. Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.

PELBAGAI PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASIPenyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

ASMA

Asma Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

BRONKITIS Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

EMFISIME Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

KANSER PEPARU

Kanser peparu disebabkan oleh bahan kimia penyebab kanser yang sedut semasa bernafas. Bahan kimia ini dikenali sebagaikarsinogen. Asap rokok mengandungi pelbagai karsinogen, contohnya tar yang boleh menyebabkan kanser peparu. Beberapa gejala kanser peparu termasuklah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas. Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara peparu normal dengan peparu yang berkanser.

PNEUMONIA

Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau kecederaan fizikal pada peparu atau akibat kanser peparu atau pengambilan alkohol yang berlebihan. Gejala radang peparu termasulah batuk, sakit dada, demam dan kesukaran bernafas.

TUBERKULISIS (TB)

Tuberkulosis adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria basillus yang sangat kuat sehingga memerlukan waktu lama untuk mengubatinya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru dibandingkan bahagian lain tubuh manusia. Gejala penyakit ini ialah mengalami demam, tetapi tidak terlalu tinggi yang berlangsung agak lama, biasanya pada waktu malam dan pesakit akan berpeluh. Gejala lain, penurunan selera makan dan berat badan, lemah tubuh badan dan batuk yang agak lama hingga lebih daripada 3 minggu disertai dengan kahak berdarah.

CARA UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI UDARABagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:

1) MEWAJIBKAN SEMUA KILANG MENGGUNAKAN PANAPIS ASAP

Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

2) MENGANJURKAN KEMPEN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.

3) GUNAKAN KENDERAAN YANG DISELENGGARA DENGAN BAIK

Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.

4) GUNAKAN PETROL TANPA PLUMBUM

Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

5) BERKONGSI KENDERAAN

Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.

6) MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.

7) TANAM LEBIH BANYAK POKOK

Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.

8) DANDA YANG TINGGI BAGI YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIHPerlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:

1. Tidak melakukan pembakaran terbuka.2. Tidak merokok di tempat terbuka. 3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur. 4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin. 5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan.

KESIMPULANKita perlulah menjaga kebersihan udara kerana kemungkinan udara yang kita sedut mengandungi bahan cemar yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Bahan cemar udara seperti asap rokok, karbon monoksida, sulfur dioksida, jerebu dan toksin boleh menyebabkan kita menghidapi pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kanser peparu, asma, bronkitis dan emfisema. Oleh itu, kita haruslah mencegah pencemaran udara dengan mengamalkan amalan mengekalkan udara yang bersih dan melakukan pelbagai cara untuk memperbaiki kualiti udara seperti penanaman semula pokok, mengitar semula dan mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap.

LAMPIRAN(GAMBAR2 & LABEL)