Upload
ahmad-syazwan-omar
View
262
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TINGKAHLAKU KAKITANGAN ORGANISASI
KEPIMPINAN YANG BERKESAN IALAH KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ORGANISASI, SIKAP SERTA TINGKAHLAKU
KAKITANGAN. JABATAN PENDIDIKAN JAS MANI DI IPG KKB
Oleh
Mohd.Yazid Bin DeramanKetua Jabatan
RINGKASAN EKSIKUTIF
Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang
berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik
atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan
mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di Institut
Perguruan Kota Bharu, Pengarah adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan
orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB
adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan
terhadap pencapian matlamat organisasi.
Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengamn kualiti kepimpinan.
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang dapat
menigkatkan martabat organisasi. Berdasarkan fakta dibuktikan dalam penulisan ini,
kepimpinan di organisasi saya sekarang telah memainkan peranan penting dalam
kepimpinanya untuk mengubah organisasi dan juga sikap kakitangan.
Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di IPKB mempunyai perkaitan dan
pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru pelatih) dalam usaha mencapai
wawasan pendidikan negara bertaraf dunia dan merialisasi wawasan Plan Induk
Pembagunan Pendidikan. Kepimpinan yang berkesan kakitangan kometmen tinggi
dedngan moto,Gigih, Iltizam, Cemerlang, IPKB akan meneraju perubahan.
Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif
kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok,
mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari
pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam
pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang
mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah
pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses
mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan
ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan
sesuatu kepimpinan.
Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya bergantung kepada
gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung kepada
kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesaan dipimpin oleh pengetua yang
cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang Long dalam
kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi
dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan
yang berkesan. Pakar pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk
kepimpinan yang tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka
kepada perubahan dan kedaan persekitaran..
Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan bersepadu, ini kerana
pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan.
Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan anggota
organisasi melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan
objektif yang dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu
inovasi memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat dilaksanakan,
salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang berkesan . Pemimpin yang
berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku kakitangan dari sedia wujud
kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan mempunyai matlamat pencapian. Ini
dilakukan dengan mencipta wawasan organisasi, menanam semangat
bertanggungjawab melaksankana perubahan pada pekerja dan menyemai budaya dan
strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan terbukti
boleh mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya .
Kepimpinan Berkesan
(Husin.1993) dalam buku, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, membezakan
keberkesanan sekolah ialah kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengetua yang dinamik
dan bersungguh merupakan pembolehubah membawa kejayaan sekolah. Pengetua
berkesan ialah pengetua yang memainkan peranan sebagai pemimpin yang
mempunyai wawasan jelas tentang organisasinya dan kaki tanganya. Menurutnya ada
4 peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan perubahan sikap
kakitangan:-
1 Mempunyai kemahiran teknikal, pemimpin misti bertindak sebagai jurutera perubahan.
Tumpuan misti kepada teknik pengurusan dan pentadbiran yang cekap, mahir
manupulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.
Kemahiran termasuk, perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.
2 Pemimpinan berperanan sebagai jurutera manusia. Peminpin sewajarnya mahir dan
cekap dalam aspek perhubungan manusia dalam organisasi, termasuk membina dan
memngekalkan moral tinggi dikalangan kakitangan, mengalakkan inovasi, kreativiti dan
memberi sokongan kepada kakitangan.
3 Pemimpin utama organisasi, memyumbang kepakaran . Ia misti mahir dalam
pengurusan, kurikulum, dignosis keperluan kakitangan, penilian, atau pencerapan yang
berkesan.
4 Pemimpin simbolik, sebagai ketua yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan ,
tujuan atau wawasan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Pemimpin turun kebawah,
melihat sekitar organisasi, mengetuai upacara rasmi, cuba mengenali kakitangan
dengan lebih dekat
5 Pemimpin budaya. berusaha mencari, mentafsir dan memperkokohkan nilai,
kepercayaan dan unsur budaya menjadikan organisasi itu unit. Mengadakan aktiviti
sosialisasi kakitangan dan pelajar, pelasjar dengan budaya organisasi. Upacara
memberi hadiah, penghargaan dapat mengekalkan imej dan prestasi organisasi.
Kepimpinan pengetua yang berkesan dapat memperbaiki tabait kerja kakitanganya ke
arah kemajuan sekolah. membimbing, menunjuk ajar dan sentiasa memupuk semangat
kerjasama. Disamping itu juga sentia memberi sokongan kemahiran pengajaran,
pengurusan bilik darjah dan memberi galakan inovasi serta mengemukakann idea-idea
baru pada kakitangan. Pengetua juga sebagai jurulatih atau guru kepada guru.
pengetua juga harus meningkatkan pengetahuan, kemahijran, kepakaran, prestagi
kakitangan. ,membina pada profesioan mereka. Para penyelidik dan ahli tiori dalam
pendidikan mengatakan pengetua yang berkesan menyelia dan membimbing guru,
berperanan sebagai pemerhati, penyelaras, pembimbing dan sebagai tempat rujukan
dalam organisasi.
Mengikut (Jaafar 1992) terdapat garis-garis panduan yang boleh digunakan untuk
menjadi pemimpin berkesan dan membawa perubahan keoada organisasi dan
kakitanganya :-
1. Kebanyakan pemimpin terdiri dari mereka yang berpengaruh, pintar, agresif,
berinisiatif dan mempunyai kenyakinan diri dan kebolehan menyelia. Pemimpin
periu membuat keputusan, penilian diri dan peningkatan kenyakinan diri.
2. Mengetahui dan mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan. Memahami
gaya tersendiri untuk mengekalkan keadaan fleksibel supaya dapat
menyesuaikan dengan pelbagai situasi yang berkenaan.
3. Mempercaya perkara yang baik tentang orang lain. Pemimpin yang berkesan,
persenel yang bijak , bertanggungjawaab dan ingin menyelesaikan.
4. Memenuhi keperluan kakitangan. Pemimpin berkeupayaan mendorong,
menyakin kakitangan untuk berusaha mencapai matlamat organisasi.
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Pemimpin berkesan membentuk matlalmat
untuk dijadikan panduan staf, menguatkuasa peraturan yang terancang dan rapi
untuk melaksanakan tugas.
6. Bertindak sebagai pemimpin. Bertindak seperti yang dijangka dan yang di
inginkan oleh pengikut agar sanjungan setaraf dengan pemimpin
Kajian tentang Teacher Perceptions of principle’s leadership as Related to School
Efekteniveness (Geltner 1981). lima peranan Pengetua yang berkaitan dengan
keberkesanan pentadbiranya:-
1. Ahli Falsafah sekolah - Pengetua merupakan orang penting kehidupan mereka
di sekolah. Dia menyampai dan mempercayai matlamat dan tujuan tugasnya.
Guru berkongsi kepercayaan dan sokongan melalui perpaduan yang wujud.
2. Sebagai Model Pendidikan – Sebagai model dapat mengubah tingkahlaku
guru.
3. Penyokong pendidikan- Sumber untuk mendapat sokongan. Sokongan
pengetua berkesan dan mendalam kepada guru dan profesion semenjak
bertugas dan sentiasa kekal dan diperkukuhkan.
4. Rakan sependidikan (Educational partner). Sebagai rakan sejawat oleh guru
dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Berpengetahuan dalam prestasi
pelajar, berusaha secara kolektif mencapai matlamat pengajaran.
5. Memulakan perubahan pendidikan (Educational innovator). Peneraju
pelaksanaan inovasi sekolah. Perubahan wujud hasil pengembelengan guru dan
pengetua. Guru merasakan mereka terlibat membuat keputusan refomasi
sekolah.
Kesimpulannya, seorang pemimpin adalah seorang pendorong yang berkesan. Ia
mampu mendorong anak buahnya dan dapat mengubah mereka kearah yang baik,
lebih hebat dari kedaan asal. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai
pembolehubah yang sangat penting pada organisasi, kerana tampanya organisasi akan
menjadi longgokan manusia sahaja. Pemimpin yang berkesan dan berwibawa
berperanan besar mencetus idea, inovasi,kreatif dan imaginasi ke arah pembentukan
generasi pendidik yang berketrampilan dan cintakan perubahan.
Kepimpinan berkesan IPKB - Meneraju Perubahan
Wawasan kepimpinan IPKB dewasa peka kepada perubahan pesat dunia pendidikan.
Pemimpin IPKB yang lepas dan sekarang sentiasa bersedia menganjak paridma.
melakukan lonjakan guantum dengan merubah dan meruntuh tembok penghalang
utama yang menolak perubahan ( Resist Change).Ken Blanchard pengarang buku
”Thed One Minutes Manager” menyatakan :-
Bila memikir perubahan kita sering memikir perkara yang lepas, bukan perkara
yang kita dapat.
Setiap orang mempunyai tolerensi yang berbeza terhadap perubahan
Sekali pun perubahan telah berlaku, kita secara fitrahnya mahu meletak perkara-
perkara kembali kepada keadaan asal.
Stiven Corvey (1989) dalam bukunya. The Saven Habits of Highly Effektives People.
menyatakan dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status ‘
Orang-orang yang paling berkesan’ iaiatu tahap ’memenangi peribadi’.dan ’memenangi
publik’. Tiga tabiat (habit) yang fundsmental bagi seseorang memenngi diri peribadi
adalah:-
Jadilah proaktif (Be Proactive)
Mula dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the end in mind)
Buat dahulu perkara pertama (Put first things first)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersonal) tabiat yang perlu diamalkan
ialah:
Fikir menang-menang (Think Win-Win)
Fahami dulu kamudian minta difahami (Seek first to understand and then to be
understood)
Sinergy (Synergize)
Tajamlah mata gergaji (Sharpen the saw)
Berdasarkan kepada kenyataan diatas, perubahan tidak akan terjadi tampa pengerak
atau penyebabnya. Cabaran pendidikan masa kini sangat memerlukan kepimpinan
IPKB berubah mengikut peredaran dan cabaran pendidikan alaf baru. Sebagai negara
yang sedang berkembang pesat mencapai wawasan 2020, sektor pendidikan dan
wawasan IPKB menjana tenaga pengajar memerlukan perubahan dan anjakan
paridma yang dapat merintis ke arah alaf baru dalam segala aspek.
”Sememangnya tugas ini amat berat, saya memerlukan pasukan benar-benar komited,amanah, jujur dan
sanggup berkerja keras untuk memastikan segala perancangan kita dapat kita laksanakan dengan cekap
dan berkesan, dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.,”
YB Dato Sri Hisamudin Tun Husin On-Perutusan Tahun Baru 2006.PIPP ms 30
1.Pendidikan Bertaraf Dunia
”Pendidikan bertaraf dunia, merupakan satu komitmen kepimpinan IPKB masa kini
dalam menyumbang dan memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ditingkat ke
arah standart yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Dalam
wacana Dasar Pendidikan negara, pendidikan bertaraf dunia meletakkan , membawa
implikasi dan impak yang serius kepimpinan pendidikan guru masa kini. Instuitut
Pendidikan Guru dan kepimpinannya , telah bersedia dengan wawasan melahirkan
genarasi pendidik guru yang mengamalkan, budaya fikir, kritis, kreatif dan inovasi.
Hanya manusia yang berdaya fikir dapat bersaing di medan antara bangsa, menjana
idea ke arah penbangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
’ Kita perlu ingat bahawa sini tampa sempadan ini, anak-anak kita tidak lagi bersaing sesama mereka,
tetapi bersaing dengan seluruh masyarakat dunia.’
YB Dato’Sri Hasamudin Tun Husin .Perutusan tahun baru 2006-PIPP ms 118
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Misi Nasional dalam jangka 15 tahun akan datang beriltizam menjadikan Malaysia
menjadi negara maju yang teguh, bersatu, memberi penekanan yang tinggi melahirkan
modal insan kelas pertama selaras dengan dengan sistem
nilai, budaya dan pengayatan Islam Hadari dan era globalisasi .Untuk memastikan
wawasan negara tercapai Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dirangka
sebagai garis panduan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan
menyeluruh dalam menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Kepimpinan
pendidikan masa kini terutama kepimpinan IPKB harus berubah ke arah, selaras
dengan plan PIPP dan memfokuskan pengurusan masa depan bagi membentuk dan
menyediakan landasan yang kukuh membentuk generasi bangsa Malaysia yang akan
datang dan corak pembangunan negara . Kepimpinan IPKB tidak terkecuali, dalam
merencana idea dan perancangan yang koperehensif bagi merialisasikan wawasan
ini.. Kepimpinan IPKB peka pada perubahan dalam membantu pembentukan sikap
kakitangan dalam penghayatan PIPP. Pemimpin di organisasi IPKB telahpun memberi
fokus utama dalam perancangan sedia ada agar enam teras ini di hayati dalam
progranm-program Institut dengan cemerlang .Menjadi misi dan visi IPKB untuk
menyediakan bakal guru masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti
perancangan dalam PIPP.
’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujusn untuk memperkemaskan pelaksanaan program
pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan’
YB Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi- Perutusan pelancaran PIPP
’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program
pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal ibsan secara menyeluruh dan berterusan
supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.
YB Dato’Sri Hishamuddin Tun Hussen- Perutusan pelancaran PIPP
Perubahan pendidikan guru di IPKB.
IPKB organisasi pendidik guru tertua di Malaysia dan terunggul di Kelantan Sebagai
orfganisasi latihan guru yang dinamik. dimana segala perubahan yang berlaku
sekarang adalah direncana, dilaksana dan dipantau oleh kepimpinan untuk
meningkatkan keupayaan sebagai intitusi perguruan yang pertama dan yang utama.
Dari dulu dan sekarang IPKB membukti keunggulan dan kewibayaan melahirkan ribuan
tokoh pendidik dan pemimpin masyrakat. Jika dicantum dengan sejarah dan masa
depan ,IPKB kini misti menghadapi cabaran lebih hebat lagi untuk menghasil guru
permulaan di alaf bara negara maju selari dengan wawasan 2020 dan hasrat
kepimpinan negara. Perubahan masa kini menuntut kepimpinan yang berkesan dan
kakitangan yang dinamik yang berperestasi cemerlang segi keilmuan, sikap, gaya
pemikiran. Kepimpinan IPKB sekarang telah berusaha dan bergerak membina landasan
budaya profesionalime keilmuan pada kakitangan dengan kompitensi pengkulihan,
konsultasi, penyelidikan dan pembinaan modal insan minda kelas pertama. Perubahan
meningkatkan kualiti kecemerlanan pendidikan guru yang dibuat kepimpinan sekarang
telah disokong secara kolektif dan strategik oleh kakitangan . Antara perubahan dan
cabaran di IPKB ke alaf baru:
1. Pentadbiran dan mengurusan berteraskan kualiti pengurusan berpandukan
pengurusan kualiti MS ISO 2000.
2. Pengurusan strategik berasakan misi/visi/objektif dan piagan pelanganag.
3. Naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Perguruan.-Mengeluarkan Diploma
Perguruan, Ijazah Pendidikan.
4. Budaya IPKB- Fokus kecermerlangan dan kepakaran setiap jabatan dan institut-
sebagai panda aras kecemerlangan
5. Sumber rujukan padagogi- Kursus dalam perkhidmatan dan kursus pendek
disekolah.
6. Pusat latihan guru bestari kepada guru sekolah .menegah dan rendah di
Kelantan
7. Program kembar dengan universiti luar negara- University of Hertfordshire
England.- B.Ed (Hons) Primary Mathemetics., Universiti Mahjong –B.Ed Tesl)
8. Program kembar dengan universiti dalam negara. UITM dan USM.
9. Pusat latihan guru J-Qaf dan Guru SAR Kelantan.
10. Perkongsian pintar dengan Universiti Malaysia Kelantan.& Universiti Terbuka
Malaysia.
Kepimpinan IPKB melalui pengurusan strategik
Kepimpinan yang berkesan melalui pengurusan yang strategik diamalkan di IPKB
untuk memastikan organisasi IPKB bersaing dengan dunia mencabar ini.
Untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan kepimpinan yang
berkesan, pengurusab berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas menjadi
teras kepada kejayaan (Edaris Abbu Bakri-2005-Pengurusan Strategik
konsep dan aplikas. Pemimpin terdahulu di IPKB telah memimpin dengan cemerlang
dan meletak asas yang kukuh kepada kepimpinan sekarang bagi meneraju perubahan
dam pendidikan guru. Kajian kepimpinan IPKB (Yazid 1997.) bertajuk ’Gaya kepimpian
IPKB dengan iklim organisasi’ menggunakan Iventori Diskriktif Tingkah Laku Ketua
(SBDQ – Sepervisory Behevior Description Questionnaire) berdasarkan kepada
tingkahlaku pertimbang (consideration), Pendayautama Struktur (Initiating), Penekanan
kepada pengeluaran (Production Emphesis) dan sensiviti sosial (Social Sensitivity).
Keberkesanan gaya kepimpinan ini di lihat pertalian dan kesan kepada iklim organisasi
dengan menggunakan Iventeri Persepsi Terhadap Iklim Organisasi ( WES-Work
Environment Acale). Dapatan kajian membuktikan kepimpinan yang berkesan telah
memberi kesan kepada perubahan organisasi , sikap dan tingkah laku kaitangan untuk
mengekalkan kecemerlangan insitusi dibawahnya.(Lampiran I ). Selepas kajin tiga
pengarah meneraju kepimpinan IPKB iaitu Tn.Hj Abd.,Rahman, Th.Hj Mohamad
Othman dan Tn.Hj Sallehudin Abd Wahab. Mereka ini adalah Pengarah berwibawa dan
cemerlang dan telah memimpin IBKB dengan cemerlang dalam menongkak arus dan
menghadapi cabaran pendidikan hari ini.
Bagaimana kepimpinan IPKB memain peranan untuk menangani, membawa dan
mengekalkan perubahan organisasi dan memastikan kakitangan berkhidmat dengan
selari dengan Moto IPKB, GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG. Pemimpin IPKB (Pengarah)
mempunyai kualiti sebagai pemimpin yang berkesan meneraju perubahan IPKB. Ketiga
pengarah sebelum ini memimpin Instuitut ini berdasarkan kepada kepimpinan yang
berkualiti.dan pengurusan strategk yang berkesan.
1 Merujuk kepada Razali Mat Zain (1989) dalam buku’ Tiori Kepimpinan
Dalam Pengurusan’ saya menganalisa peranannya dan kekuatan yang ada pada
kepimpinan IPKB
i. Kepimpinan sekarang mempunyai ciri kepimpinan yang berupaya
menetapkan matlamat, mengarah serta menyelaras tugas, aktiviti Institut dan
Jabatan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau
dengan kerjasama Ketua-ketua jabatan dapat mempengaruhi kakitangan berusaha
mencapai objektif IPKB melahirkan guru berwatak, berketerampilan dan berkesan
dalam profesion perguruan.Pelbagai program dilaksanakan dimana Pengarah menjadi
Penasihat atau peraju dan hasilnya mendapat kejayaan baik peringkat, Institut, Negeri
atau Kebangsaan (Lampiran II.)
ii.
ii Memberi Kepuasan kakitangan dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.
Membuat pemantauan program dan aktiviti atau hasil kerja pekerja, Teguran ditempat
kerja atau melalui mesyuarat Staf dan Ketua Jabatan dan ia mencadang
penambahbaikan membaiki prestasi tersebut.
iii Yakin dengan kepimpinan, membuat keputusan secara berhemah, memenuhi dan
memberi perhatian keperluan ahli, Minat luas pelbagai aktiviti organisasi dan
kakitangan. Tiada sifat pemarah malah bersifat kesempurnan, merasa puas dengan
pekerjaanya.
2 Sabri Saleh (1998) ’ Kepimpinan Sekolah Berkesan’ dalam Seminar Sekolah berkesan,
di Perlis ,1998. menjelaskan tiga kualiti pengetua yang berkesan dan ciri-ciri saya
melihat digunakan dalam kepimpinannya.
i. Pengarah saya mahir dan jelas halatuju dan fokus (Misi, Visi) organisasi dan
mampu, berani merencana tindakan untuk merialisasinya. baik dalam mesyuarat,
arahan, percakapan dan sikapnya ialah ke arah untuk mencapai misi dan visi Institut.
Kepada organisasi dan kakitangan beliau meletakkan harapan yang tinggi mencapai
hasrat yang dibena bersama. (Lampiran.III)
ii. Ia Menetapkan tempah masa (time –Frame) menyiapkan satu tugasan, Pelbagai
langkah drastik beliau lakukan, terutama mendapat sokongan dan kerjasama
kakitangan terutama ketua jabatan dan
iii. pensyarah. Beliau sentiasa merujuk dan bertindak berdasarkan Piagam Pelanggang
IBKB dalam perlaksanaan MS ISO ( Lampiran IV ).
iv. Beliau akan pengesahan matlamat yang hendak dicapai. Sekiranya ada
kelemahan dan kecuai tindakan pembetulan akan dilakukan dengan
v. segera. Pengerusi atau ketua jabatan yang berkenaan dengan program akan
berbincang dengan beliau dan melapor secara rasmi dalam mensyuarat Majlis
pengurusan pentadbiran profesianal (Lampiran.V) dan mesyuarat majlis kualiti dan
penambahbaikan kualiti ( Lampiran V I)
3 Dr.Robiah Sadin (1998.ms 49) dalam bukunya ’Asas Pentadbiran” Pemimpin berkesan
adalah ketua kumpulan, pemandu,menyelaras kegiatan ,pemimpin membuat tindakan
dengan mengerakan strukrur berasaskan intarksi pelbagai bahagian , mempengaruhi
kegiatan setiap bahagian untuk mencapai keberkesan organisasi.
i. Pengarah meneraju kepimpinan untuk membina,menyelaras manual prosedur
kerja bersama ketua jabatan dan ahli majlis IPKB. Ia.merupakan dokumen yang
penting di gunakan oleh kepimpinan kepimpinan Instutut dalam memastikan perjalanan
mengikut perancangan dan landasan yang. Pembahagian tugas, perancangan Jabatan
atau bahagian dengan peruntukan dipohon nadi utama pengerakan aktiviti Institut dan
meneraju perubahan. Pengarah
ii. menunjukan komitmen tinggi mengurus aktiviti jabatan dan beliau akan membuat
semakan dan pemantauan terancang melalui penilian program pertengahan tahun dan
akhir tahun dan dilapor dalam mesyuarat perancangan. (lampiran. VII)
4 Mohd.Alshari (1998) Kertas kerja ’Kepimpinan berkualiti pengerak kearah
keberkesanan pengurusan organisasi efektif) dalam Kolikium Nasional
5 Angkatan Kepimpinan Abab ke 21, Usaha mementukan kemantapan sistem kualiti MS
ISO 9000, merupakan usaha penambahbaikan .Konsep KAIZEN ditekan untuk
menjamin organisasi terus bersaing.
i. Memimpin dan mengurus melalui sistem kualiti.(MS.ISO-9000). Pengarah
ialah Timbalan Wakil Pengurusan dan Timbalan Pengarah pengerusi pelaksana dan
Ketua Jabatan sebagai Pemegang Dokumen Kualiti MS ISO.Mengurus melalui majlis
kualiti MS ISO 9000.Untuk memastikan pejalana MS ISO mengarah berupaya
meningkatkan kemahiran dan keterampilan tinggi dan berkualiti mengurus IPKB. Belia
memberi keutamaan komitmen, dan pengurusannya dan pengayatan budaya kualiti
kepada kakitangannya yang berkonsep kepada keperluan pelanggang. Melalui,
mesyurat majlis kualiti, Pra –MKSP, pemegang dan pengerak prosedur kualiti ,audit
dalaman, audit pematuhan, pemantauan pajlis kulliti .BPG. Laporan penambaibaikan
kepimpinan IPKB kosisntesi menyediakan perkhidmatan berkualiti
( lampiran VIII)
ii. Sistem yang mantap dan menyesuaikan dengan keperluan
pelanggang.Organisasi penyelidikan di IPKB sebagai pusat pengajian tinggi dan
pendidikan guru yang unggul, berasaskan kepada empat peranan iaitu pengajara,
penyelidikan, penerbitan, dan perhidmatan. Kepimpinan IPKB memastikan setiap
jabatan membuat kajian tindakan terbaharu jabatan , Institut dan BPG. Pengarah
melibatkan diri aktif dalam Mesyuarat pemantau, program keilmuan penyelidikan dan
sokongan dalam menyiapkan penyelidikan amalan IPKB. Pengarah bercita-cita
menjadikan warga Institut mempunyai budaya penyelidikan dan menjadikan organisasi
penyelidikan penyelesaian malasah secara ilmiah dan sumbangan kepada globalisai
ilmuan.Seminar penyelidikan peringkat Inastitut, Zon dan kebangsaan merupakan
program tetap IPKB. Penerbitan melaui majalah Kijang Mas , Jurnal
penyelidikan ,Jurnaal ekademik IPKB menjadi tanda aras kepakaran penyelidikan dan
sumbangan pensyarah. (lampiran IX)
6 Hussin Mahmood (1993.ms 136) mengulas kajian oleh Leithwood dan Montgomery
pengetua berkesan ialah mengalakkan staf menilai dan meningkatkan lagi
kecekapam profesional, memberi sokongan staf perubahan amalan kerja harian,
mengumpul maklumat amalan baru organisasi dan melibatkan diri dalam pelaksanaan
program. Kompentensi pensyarah dan pekerja- Staf , merupakan eset penting yang
bagi menjamin pelanggang mendapat perkhidmatan yang memuaskan.Kepimpinan
IPKB
7 sekarang faham akan keperluan memenuhi kehendak pelanggang, pensyarah yang
ada kopentensi layak menyampikan kepakarannya. jika hendak mencapai Misi, visi dan
objektif organisasi. .Kepimpinan IPKB,mestikan satu analisa dibuat status kepakaran
kakitngan dan keterluan untuk menigkat kepakaran dan standard ditetap oleh ISO di
patuhi. Merit
kopentensi alat yang digunakan oleh oleh kepimpinan IPKB dalam program
Pembangunan Latihan Staf pensyarah serta kakitangan diberi peluang berkursus dan
mendapat kepakaran bidang di Institut , dalam negeri, dan luar negara.Ilmu dan
kepakaran ini diterjemah dalam Pengajaran & Pembelajaran dan melatih guru berwatak
yang diperlukan di sekolah.,( Lampiran X )
8 Menurut Dato’Abdul Shukur Abdullah (1998) masa merasmi Kolokium Nastional
Angkatan Kepimpinan Abab 21 mengatakan salah satu ciri-ciri kepimpinan berkesan
ialah menentukan iklim organisasi yang positif dan kondusif. Kepimpinan IPKB
mengambil berat tentang persekitaran kerja dan belajar yang kondusif. Bilik kuliah
dinaik taraf ddengan kemudahan ICT, perpustakaan bertaraf IPT, Kemudahan Internet
dijabatan, dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat. Penswastaan kebersihan
dan berkerja berdasarkan kepada konsep gotong diamalkan di IPKB. Bawah
kepimpinan IPKB akan mengambil bahagian pertandingan 3K, Kebersihan, Keceriaan
dan Keselamatan oleh Kementerian, kerana yakin organisasi dan kakitanganIKB telah
dapat mengubah minda dan memberi sumbangan kepada persekitaran kerja yang
kondusif.
9 Untuk menghadapi cabaran dan bersaing dalam era globalisasi kepimpinan IPKB
melangkah dengan bijak untk memastikan Institut ini menjadi pusat pembelajaran
melalui e-mail, word widewebs, teknologi digital, interner, SD-ROM dan bahan
multimedia intrektif. IPKB telah mengadakan ’link
program dengan Universiti of Herffordshire England, melalui program Study Net
(www.studynewt.herts.ac.uk). Keterampilan pensyarah dan kakitangan mengunakan
teknologi sangat diambil berat oleh Pengarah. Kursus-kursus dijalankan dalaman atau
diluar setiasa dijalankan.kepada kakitangan yang mahir atau belum mahir. Borang
metrit kopentensi digunakan oleh pentadbir mengukur tahap pengunaan ICT
kakitangan. (Lampiran XI.)
10 Mohamad (1999.m.s.9) bukunya ‘Cermin, Pengurusan Pendidikan) ..Kepimpinan yang
berkesan dan meneraju perubahan misti berfokus artikulasi kurikulum, dan
penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran. Di IPKB Pengarah akan
memantau pelaksanaan kurikulum dan aktiviti pengajaran, melalui Ketua-Ketua Jabatan
dan Majlis Pepereksaan Pendidikan Guru dan Mesyuarat Pengurusan Profesional
memastikan stadard penjaran pesyarah dibilik kuliah. Tahap pengajaran pensyarah.
diukur melalui standard kualiti yang ditetapkan iaitu penilian oleh ketua jabatan dan
persepsi guru pelatih kepada pensyarah melalui soal selidik di akhir semester. Ketua
jabatan akan membuat penilaian dan analisis, persepsi pelajar , penilian kepada
pensyarah dan melapor kepada mesyuarat jabatan, MPPP dan majlis kualiti . Pesyarah
yang tidak melepasi standard diarah oleh pengarah untuk mengambil tindakan supaya
tahap kecemerlangan dikekalkan. Pensyarah mencapai standard di kehendaki
meningkatkan lagi ke standard lebih tinggi. (lampiran XII).
Kepimpinan IPKB memastikan produk dihasilkan mematuihi kehendak
pelanggang..Pemerhatian saya, Pengarah dan kepimpinan IPKB menggunakan MS
ISO sebagai ukuran standard hendak dicapai, tetapi prosedur analisis S.W.O.T
digunakan bagi menangani perubahan organisasi dan kakitangan selaras dengan
kehendak objektifnya. (Lampiran XIII)
SEBAGAI SATU PROSES . DENTIFIKASI KEPERLUAN
DAN PROSEDUR DIRANGKA . AUDIT PERSEKITARAN
SECARA ’LINER ATAU SECARA . PEMBIKNAAN WAWASAN
’CYCLICAL UNTUK MENJADIKAN . PERUMUSAN MISI
UNGGUL,EFEKTIF DAN EFISYEN. . PENENTUAN MATLAMAT & OBJEKTIF
AKTIVITI, PROSES DAN PREOSEDUR . PEMBENTUKAN STRATEGI
. PELAKSANAAN DAN PENILAIAN
Rajah Analisis S.W.O.T oleh C.W.Hill 1995. Cesec In Strategic Management, New Jersey.
Pengarah dan ketua-ketua jabatan akan membuat penilaian bedasarkan beberapa
perkaran keperluan dalam analisis SWOT.
Keperluan menyesuaikan polisi
Keperluan menghadapi pelbagai respon masyarakat terutama pelanggang
Keperluan memenuhi kehendak dan permitaan kakitangan.
Keperluan menghadaapi perubahan.
Untuk mencapai tahap perubahan organisasi selaras dengan perubahan dUnia
pendidikan masa kini C.I.P.P ( Stufflebeam) digunakan. Analisa SWOT dan model
semak CIPP penambaihbaikan kerangka kerja .(lampiran XIV) digunakan organisasi
IPKB untuk memperlihatkan perubahan organisasi dan kakitangan ke arah
menghasilkan guru yang berkualiti.
Kesimpulan
Pemimpin IPKB membuktikan keberkesabnasn kepimpinan meneraju perubahan
organisasi dan kakitangan dengan misi, visi yang jelas dan kualitinya dipaparkan
melalui personaliti, kepercayaan dan mental. Setiap Kepimpinan organisasi terutama
pemimpin IPKB, mempunyai keupayaan menigkatkan keefisyen, kecekapan
pengurusan untuk memastikan organisasi cemerlang dan terus bersaing. Kepiminan
Organisasi yang berkualiti sekarang meneraju perubahan, sentiasa membuat
penambahbaikan berterusan, konsisiten dan berfokus kepada keperluan pelanggang.
Perubahan dunia pendidikan, ledakan teknologi maklumat, memerlukan peminpin IPKB
yang berinovasi, efektif dabn berkualiti.
Sebagai organisasi yang telah mendapat sijil MS ISO tahun 2004, mistilah mempunyai
kepimpinan berteraskan semangat ISO 9000, Komitmen pihak pengurusan menjadi
keutamaan dalam menentukan orgasisasi ke arah sistem kepastian kualiti. Komitmen
kepimpinan IPKB mistilah meliputi aktiviti dan tindakan pengurusan dan penglibatan
pemimpin mistilah secara total.. Sistem kualiti yang diamalkan oleh IPKB akan
menjaminkan penghasilan produk (guru permulaan terlatih) yang berkualiti dan
memenuhi kehendak pelanggang (sekolah) Keupayaan IPKB menyediakan pengurusan
berkualiti, sistem yang
mantap akan menjamin sebuah organisasi terus berfungsi lebih efektif.dan berdaya
saing.
Kejayaan IPKB sekarang ini berpunca dari kepimpinan berkesan, dan wawasan yang
jelas., pemimpin yang berfikiran luas,berpandangan jauh, pemimpin berdaya maju,
berinisiatif, kreatif, berinovasi dan semangat yang tinggi. Peminpin yang yakin pada
kepimpinan dan melaksanakan tugas di amanah, produktif, keikhalasan dan
kematangan bertindak sesuai dengan perkembangan semasa dan kehendah
kakitangan. moto ’kepimpinan melalui teladan’ , perancangan berperingkat dan
berterusan, penglibatan semua warga dalam semua aktiviti, penghargaan pada
kakitangan, keputusan secara kolektif dan pendekatan musyarah serta hubungan baik
dengan agensi luar meletakktan kewpimpinan IPKB cemerlang dan dihormati.
Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung kepada individu dalam organisasi,
menggunakan kemudahan yang kondusif,tampa pembaziran tenaga dan sumber.
Wawasan pengarah saya, menjadikan IPKB intitusi bestari dari segi hubungan
insan,sahsiah, penampilan sebagai guru unggul, Intitusi latihan guru yang dinamik,
perubahan yang berlaku direncana, dilaksana dan dipantau secara sistematik supaya
menjadi intitusi pendidik guru, yang bitara, yang pertama dan utama. (Lampiran XI )
BIBLIOGRAFI
Abdul Shukur Abdullah (1991), Pengurusan Organisasi, Perpektif pemikiradan Tiori,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Brent Davies, Linda Ellison,Shukur Mohd.Dom (1999), Pemasaran Strategi Sekolah. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Neghara Malysia Berhad.
C.NortcoteParkison, MK Rustomy, SA Sapre. (1992), Idea-idea Hebat Tentang
Pengfurusan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Edaris Abu Bakri. (2005), Pengurusan Strategi, Konsep Dan Aplikasi Untuk Pendidikan.
Kuala Lumpur : UtusanPublication & Distributors Sdn.Bhd.
Husin Mahmood, ( 1993), Kepimpinan Berkesan Sekolah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Jaafar Muhammad (1988) , Asas pengurusan . Petaling Jaya: Fajar Bakti
Johd West-Burham.Tengku Aziz (2004), Mengurus Kualiti Sekolah, Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007),Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010. Putra Jaya : Pustakaan Negara Malaysia.
Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap kecekapoan, Pengurusan Dan
Pentadbiran. Ipoh : Multimedia Es Resources SAdn.Bhd.
Mohamad Abd.Rahman, (1999),Cermin Pengurusan Pendidikan, Selangor: Pustaka Ilmi.
Razali Mat Zain (1996) , Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan
Oublication and Distributors Sdn.Bhd.
Robiah Sadin ( 1998),Asas Pentadbir Pendidikan. Selangor, : Pustaka Cipta Sdn.Bhd.
Sharifah Madinah (2007), Faktor Pengetua, Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd.
Yazid Deraman ( 1997). Thesis Sarjana; Gaya Kepimpinan Dengan Iklim Organisasi,
Kuala Lumur : Universiti Malaya.
Yahya Don, (2005), Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd.